Professional Documents
Culture Documents
Sang Harimau Dan Sang Kancil
Sang Harimau Dan Sang Kancil
Kelas: 4K
Tikus Bandar dan Tikus Kampung
Selamat petang kepada hakim-hakim, guru-guru dan rakan-rakan yang
sekalian. Cerita yang saya ingin menyampaikan pada hari ini ialah ”Tikus Bandar
dan Tikus Kampung. ” Pada suatu hari, tikus bandar balik ke kampung untuk
melawat sepupunya iaitu tikus kampung. Tikus kampung menghidangkan makanan
seperti jagung, anggur dan epal untuk menyambut kedatangan tikus bandar. Tikus
bandar tidak suka kepada makanan yang tidak lazat itu. Tikus bandar
berkata,”datanglah ke bandar dan lihat sendiri cara kehidupan kami.”
Tikus kampung tidak pernah pergi ke bandar. Maka ia pun bersetuju dengan
pelawaan sepupunya. Apabila tikus kampung sampai ke bandar, tikus kampung
berasa tidak selesa dengan bunyi bising dan kereta yang bergerak ke sana sini. Tikus
kampung hampir-hampir dilanggar oleh kereta dan bas.
Apabila mereka sampai ke rumah besar tempat tinggal tikus bandar, tikus
bandar pun berkata,” Marilah masuk.”Tikus kampung mengikut tikus bandar pergi
ke meja makan. Tikus kampung nampak terdapat banyak makanan yang lazat
terletak di atas meja.
Ketika mereka hendak makan, tikus kampung dan tikus bandar tiba-tiba
terdengar suara yang kuat,”oi, pencuri!……pergi dari sini. Nanti aku pukul kamu.”
Tikus bandar dan tikus kampung pun lari untuk menyelamatkan diri. Apabila
berada di luar rumah, tikus bandar berkata,”maafkan aku atas kejadian itu. Mari kita
pergi ke rumah lain. Di sana mungkin ada makanan yang lebih sedap dan selamat. ”