Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS SAMBUTAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN

SMK TUNKU BESAR BURHANUDDIN 2018

Agenda MC Teks Catatan


Persediaan 1. MC membacakan aturcara majlis yang akan berlangsung.
2. Pelajar diminta memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang
majlis. Para pengawas dan semua guru diminta memberi
kerjasama dengan mengawasi para pelajar.
3. Pelajar diminta tidak membuat bising, berbual-bual dan
bersorak sepanjang majlis berlangsung.
4. Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan majlis. Pergerakan
keluar daripada majlis mestilah dengan kebenaran guru.
5. Pelajar tidak perlu tepuk tangan semasa:
i. Sebelum & selepas nyanyian lagu
ii. Sebelum & selepas bacaan doa
6. Pelajar diminta untuk terus berdiri sebaik sahaja MC
mengumumkan ketibaan tetamu jemputan

Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia EN.MOHD FADHIL AJK


tetamu BIN SHARIF Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Protokol
jemputan Sembilan..

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....
salam sejahtera
Pembuka kata lidah bicara
Izinkan saya mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria

Selepas -Yang Berbahagia TUAN MOHD FADHIL BIN Sharif (Penolong


Gimik Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan) Yang
mewakili Dato Sukari bin Abd Halim (Timbalan Ketua Pengarah
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

-Yang berbahagia Pn.Norezrin binti Mahmood,Pegawai


Penerangan Daerah Kuala Pilah
Yang Berusaha Tuan Mohd Nizar B Hartoyo
Daripada Unit Kokurikulum dan kesenian,mewakili Pengarah
Pendidikan Negeri Sembilan
Yang Berusaha Tuan Hj.Kamanizam bin Hj. Tindek,Timbalan
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah

Yang berusaha En.Adnan bin A.Aziz,pengetua sekolah


menengah kebangsaan tunku besar burhanuddin..

Yang Dihormati En.Adnan bin hj Mohd Hassan


Naib yang dipertua PIBG SMK Tunku Besar Burhanuddin,
Yang dihormati ,Pn.Syafiqah bt
Pegawai Perhubungan Sekolah,Polis diraja Malaysia Daerah
Kuala Pilah,Tetamu-tetamu kehormat,
Barisan Guru Kanan, guru-guru, para pelajar dan hadirin yang
dikasihi sekalian.

Alhamdulilah pada pagi yang berbahagia ini,kita dapat AJK Siaraya


berhimpun bersama-sama untuk meraikan sambutan bulan -lagu
kemerdekaan yang ke 61 peringkat Sekolah Menengah
Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin bagi tahun 2018.
Sesungguhnya kemerdekaan yang dikecap pada hari ini
merupakan suatu anugerah yang tidak ternilai. Oleh yang
demikian,sebagai warga negara yang merdeka,marilah kita
bersama-sama menghayati semangat kemerdekaan dengan
penuh keinsafan tanpa melupakan akan pejuang-penjuang
kemerdekaan negara yang telah banyak berkorban untuk
bangsa,agama dan negara.

Sidang hadirin yang dihormati,


Tarian ngajat menjadi warisan
Ditari oleh si anak muda
Hari Kebangsaan kita raikan
Bersama tema Sayangi Malaysiaku.

Bacaan doa
Kemerdekaan dikecap si anak watan
Patriotisme menyubur di dalam jiwa
Menadah tangan memohon keberkatan
Mendapat restu hidup sejahtera
Bagi memuliakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita
bersama-sama memohon kepada Yang Maha Esa agar majlis
kita pada pagi ini diberkati oleh-Nya.

Dengan ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan ustz .


Mohd Fareez bin Adnan untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- Bacaan doa –

Pembuka Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustaz Mohd Fareez


majlis bin Adnan atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan alu- Sidang hadirin dan pelajar yang dikasihi sekalian,


aluan Tuan
Pengetua Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Seterusnya, marilah kita mendengar ucapan yang akan


disampaikan oleh En.Adnan Bin A .Aziz, Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin untuk
menyampaikan sepatah dua kata.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

- Ucapan Pengetua –

Ucapan Ribuan terima kasih diucapkan kepada En.Adnan bin A. Aziz


perasmian ,Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar
Burhanuddin atas ucapan sebentar tadi.
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Baiklah, bagi menyempurnakan upacara perasmian sambutan


bulan kemerdekaan dan kemanusiaan peringkat sekolah
menengah kebangsaan tunku besar burhanuddin 2018, majlis
dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Tuan
MOHD FADHIL BIN SHARIF ,PENOLONG Pengarah Jabatan
Penerangan Malaysia Negeri Sembilan mewakili Timbalan
Ketua Pengarah Kementerian Komunikasi dan Multimedia(
Malaysia (Dato Sukari bn Abd Hamid) untuk memberikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Bulan
Kemerdekaan dan Kemanusiaan peringkat sekolah Menengah
kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin bagi tahun 2018.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

- Ucapan Perasmian -

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan MOHD FADHIL


BIN SHARIF,Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri
Sembilan atas ucapan dan perasmian Bulan Kemerdekaan
dan Kemanusiaan peringkat sekolah Menengah kebangsaan
Tunku Besar Burhanuddin bagi tahun 2018 sebentar tadi..

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Kehadiran kita semua pada pagi ini bukan hanya sekadar untuk
mewarnai program ini tetapi juga bertujuan untuk menzahirkan
rasa bangga dan cinta kita kepada tanah air. Ia bukan hanya
berkisar tentang mengibarkan Jalur Gemilang, dan laungan
Merdeka, tetapi bagi memahami, menghayati dan
menterjemahkannya dalam kehidupan seharian.
Majlis sekali lagi mempersilakan TUAN MOHD FADHIL BIN
SHARIF untuk menyempurnakan simbolik perasmian
sambutan kita pada hari ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan...........

- Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang


berbahagia tuan Mohd Fadhil bin Sharif atas kesudian
menyempurnakan simbolik perasmian bulan
kemerdekaan dan kemanusiaan peringkat SMKTBB
bagi tahun 2018.

Dengan ini Majlis mempersilakan pasukan koir sekolah


Menengah Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin untuk
menyampaikan tiga buah lagu iaitu,Keranamu Malaysia,Jalur
Gemilang dan Tanggal 31 dengan diringi muzik.
dipersilakan....
diminta semua hadirin berdiri untuk bersama-sama
menyanyikan lagu dengan penuh bersemangat.

-----nyanyian lagu patriotik-

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu


atas nyanyian lagu patriotik sebentar tadi.

-Majlis seterusnya mempersilakan saudara Rahaizad bin Rosli


Ketua Pemimpin Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Tunku Besar Burhanuddin untuk melaungkan 7 kali laungan
merdeka . Dipersilakan.....

Semua hadirin dipersilakan duduk...

Penyampaian Sidang hadirin yang dihormati, AJK Hadiah

cenderamata Seterusnya ,Sebagai tanda kenang kenangan dan


kpd VIP penghargaan kepada tetamu kita pada hari ini,majlis dengan ini
menjemput dan mempersilakan En.Adnan bin A.Aziz,Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin
dengan di iringi En.Adnan bin Hj.Hassan, Naib Yang Dipertua
PIBG SMK Tunku Besar Burhanuddin untuk menyampaikan
cenderamata kepada yang berbahagia
Tuan MOHD FADHIL BIN SHARIF, Penolong pengarah jabatan
penerangan negeri sembilan.

Majlis mempersilakan.........

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua dan Naib Yang


Dipertua Pibg SMK Tunku Besar Burhanuddin atas kesudian
menyampaikan cenderamata kepada yang berbahagia TUAN
MOHD FADHIL BIN SHARIF,Penolong Pengarah Jabatan
Penerangan Negeri Sembilan sebentar tadi.

Penutup Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebelum tirai majlis dilabuhkan, pihak sekolah ingin


merakamkan jutaan terima kasih kepada semua hadirin atas
kesudian hadir bagi meraikan sambutan hari kemerdekaan dan
kemanusiaan peringkat sekolah menengah kebangsaan tunku
besar burhanuddin bagi tahun 2018.
Saya mewakili jawatankuasa kerja Majlis Sambutan
Kemerdekaan dan Kemanusiaan sekolah menengah
kebangsaan tunku besar burhanuddin memohon ampun dan
maaf atas segala kekurangan,keterlanjuran kata mahupun
tersilap bicara sepanjang majlis berlangsung.

Semoga sambutan ini akan menyemarakkan lagi semangat


patriotisme dalam diri kita terhadap tanah air yang tercinta.

Tenang-tenang air di kali


Tempat mandian putera dan puteri
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi

Sekian, wabilahitaufik walhidayah


Terima kasih...

Dipersilakan kesemua tetamu jemputan untuk menikmati


jamuan yang disediakan..
Saya serahkan majlis kepada pengerusi majlis.

Pengumuman
tambahan

You might also like