Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Dokumentasi Majlis Tadarus al-Quran Sekolah 2019 SKG2019

DOKUMENTASI
MAJLIS TADARUS AL-QURAN
PERINGKAT
SK GANUN
2019

ANJURAN :

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


SK GANUN

1
Dokumentasi Majlis Tadarus al-Quran Sekolah 2019 SKG2019

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 3
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Rasional 3
2.2 Tarikh, Tempat dan Masa
3
2.3 Objektif
4
2.4 Sasaran
2.5 Bahan-bahan peralatan yang 4
digunakan
2.6 Jawatankuasa Pelaksana 5
3.0 HURAIAN PERINCIAN AKTIVITI
6
4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI
7
5.0 KEKUATAN/ KELEMAHAN
6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 10
7.0 PENUTUP
Lampiran

2
Dokumentasi Majlis Tadarus al-Quran Sekolah 2019 SKG2019

1.0 PENDAHULUAN

Majlis Tadarus al-Quran peringkat sekolah merupakan agenda Panitia Pendidikan


Islam yang diadakan pada setiap tahun. Ini bagi menyahut seruan kerajaan
Malaysia dalam meningkatkan potensi diri murid di sekolah. Menyedari hakikat
tersebut, Panitia Pendidikan Islam SK Ganun telah mengadakan Majlis Tadarus
al-Quran di peringkat sekolah agar pemilihan dan bimbingan peserta yang akan
menyertai pertandingan bermula daripada zon sehingga ke peringkat kebangsaan
dapat dipilih dari kalangan murid yang terbaik mengikut kategori.

2.0 LATAR BELAKANG


2.1 RASIONAL
Kewujudan program seperti ini dapat memupuk murid untuk lebih menjiwai ajaran
Islam dan dapat mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah.
Matlamat akhir majlis ini diharap dapat memajukan konsep pembelajaran melalui
penyertaan dan memupuk semangat kesukanan dan pertandingan di kalangan
murid.

2.2 TARIKH/TEMPAT/MASA
3.1 Tarikh : 22 Februari 2019 ( Jumaat )

3.2 Tempat : Kantin (Bercerita)


Surau (Tilawah al-Quran)
____________ (Hafazan al-Quran)

3.3 Masa : 08:30 Pagi – 10:00 pagi

2.3 SASARAN

Majlis Khatam Al-Quran ini mensasarkan penyertaan yang terdiri daripada :

2.3.1 Murid-murid SK Seri Hartamas

3
Dokumentasi Majlis Tadarus al-Quran Sekolah 2019 SKG2019

2.4 OBJEKTIF
2.4.1 Menekankan pembentukan dan pembangunan insan mulia yang
berkeupayaan menyumbang ke arah pembangunan tamadun bangsa
dan Negara.
2.4.2 Menguji pengetahuan murid dan mencungkil bakat istimewa
2.4.3 Memupuk semangat kekeluargaan dan kekitaan di kalangan murid
dan guru dalam suasana yang tidak formal.
2.4.4 Melahirkan tenaga pengajar yang berkemampuan dan
berketrampilan
2.4.5 Memajukan konsep pembelajaran melalui penyertaan dan memupuk
semangat kesukanan dan pertandingan di kalangan murid

2.5 BARANG-BARANG YANG DIGUNAKAN

PERBELANJAAN JUMLAH
BIL PERKARA
BBTP Kegiatan Agama (RM)
1. Cenderahati RM 60.00 X 3 RM 180
murid
Jumlah RM 180

4
Dokumentasi Majlis Tadarus al-Quran Sekolah 2019 SKG2019

2.6 JAWATANKUASA PELAKSANA


Penasihat : Datin Sakinah Binti Omar ( Guru Besar )
Pengerusi : En. Ramachandran A/L Karupiah (GPK Kurikulum )
Penyelaras : Pn. Norwati Binti Sabri
Setiausaha : Pn. Saudah Binti Mahamud
Bendahari : Pn. Nur Azizun Binti Mohamed Abd. Kadir
Pengacara Majlis : Cik Zemat Binti Che Hat
Pengurus Peralatan : En. Mohamad Noor Bin Abdullah
En. Mohd Fathi Bin Ahmad
Dokumentasi : Pn. Norfazilah Binti Hassan
Pengurus Tempat : Pn. Siti Maisarah Binti Amir
En. Lukman Bin Shafie
Dokumentasi : Pn. Norfazilah Binti Hassan
Hakim : En. Lukman Bin Shafie (Tilawah)
Pn. Norfazilah Binti Hassan (Tilawah)
En. Mohd Fathi Bin Ahmad (Bercerita)
Pn. Siti Maisarah Binti Amir (Hafazan)

3.0 HURAIAN AKTIVITI

MASA AKTIVITI

12.30 Tengah hari Pendaftaran peserta & Hakim

12.40 Tengah hari Pertandingan dimulakan


 Ucapan Pengerusi Majlis
 Bacaan Doa
 Pertandingan dijalankan serentak
 Solat Zohor
 Bersurai

5
Dokumentasi Majlis Tadarus al-Quran Sekolah 2019 SKG2019

4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI

Kesemua acara berakhir pada pukul 1.45 petang. Alhamdulillah, semua peserta
menunjukkan kesungguhan dan semangat dalam semua kategori yang dipertandingkan.
Majlis Penutupan Majlis Tadarus Al-Quran peringkat sekolah akan berlangsung pada Hari
Isnin 6 Mac 2017 dengan pengumuman pemenang bagi setiap kategori yang
dipertandingkan dan penyampaian hadiah. Berikut adalah senarai peserta yang akan
mewakili Majlis Tadarus al-Quran peringkat Zon Bangsar pada tahun ini.

i. Tilawah (L) : Muhammad Azmir Safwan Bin Maz Mirza (5S)


ii. Tilawah (P) : Nurul Farahah Binti Muhammad (6B)
iii. Hafazan (L) : Muhammad Zafran Bin Osman (6S)
iv. Hafazan (P) : Mira Zafrina Binti Osman (5S)
v. Bercerita (L) : Mohd Darwish Bin Ahmad Razif (6 H)
vi. Bercerita (P) : Nur Aina Ibtisyam Binti Mohd Azrul Syam (4H)

5.0 KEKUATAN /MASALAH

Kekuatan Program

Perjalanan Majlis Tadarus Al-Quran peringkat sekolah berjalan lancar dan terkawal.
Peserta-peserta yang menyertai pertandingan bagi setiap kategori telah bersedia dan
bersemangat. Dari aspek pengurusan peserta, pihak Panitia Pendidikan Islam telah
menyediakan senarai nama peserta dan borang pemarkahan kepada sebelum pertandingan
dimulakan. Secara keseluruhannya, perjalanan pertandingan berjalan lancar dan meriah.
Tahniah dan syabas diucapkan.

6
Dokumentasi Majlis Tadarus al-Quran Sekolah 2019 SKG2019

Kelemahan program

Terdapat beberapa kelemahan sepanjang pertandingan berlangsung. Antaranya, terdapat


murid-murid yang tidak mengetahui bila dan di mana pertandingan ini berlangsung. Hal ini
mungkin disebabkan kurangkan perhatian murid semasa makluman disampaikan. Malah,
pertandingan seperti ini masih belum mendapat sambutan hangat di kalangan murid.

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


Panitia Pendidikan Islam perlu memaklumkan lebih awal tentang Majlis Tadarus al-Quran
ini. Persiapan rapi perlu dibuat di mana peserta-peserta yang memberikan nama untuk
memasuki pertandingan mengikut kategori akan diberi bimbingan daripada tenaga
pengajar yang berkemahiran sebelum pertandingan berlangsung. Ini bagi memastikan
pemilihan peserta adalah terbaik untuk mewakili sekolah. Semua pihak perlu mengambil
tanggungjawab agar apa jua pertandingan yang dipertandingkan akan membawa kejayaan.
Bukan semata-mata penyertaan.

7.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, Majlis Tadarus al-Quran ini telah berjaya dilaksanakan dengan
baik. Harapan agar peserta-peserta ini dapat mencipta kejayaan seterusnya menaikkan
nama SK Seri Hartamas di mata dunia. Insya Allah.
.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

............................................. ............................................
(Pn. Norfazilah binti Hassan) (Pn. Norwati Binti Sabri)
Ketua Panitia Pendidikan Islam
SK Seri Hartamas

7
Dokumentasi Majlis Tadarus al-Quran Sekolah 2019 SKG2019

LAMPIRAN

You might also like