Mesy Guru Bilangan 1 2019

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GELUGOR

JALAN YEAP CHOR EE,


11700 GELUGOR,
PULAU PINANG.
No. Tel : 04-658 3823 No. Fax : 04-658 3823

MINIT MESYUARAT GURU BIL. 1 / 2019

Tarikh : 27 Disember 2018

Hari : Khamis

Masa : 8.30 pagi

Tempat: Bilik Mesyuarat

Kehadiran :

1) En Edi Osman b Ahmad


2) En Wan Mohd Azam b Wan Muhamad
3) En. Ng Kar Hoong
4) En Norhadi b Jelani
5) Pn. Faridah
6) Pn Nurul Majidah bt Zakaria
7) Pn Nurul Zawani Bt Ahmad
8) Cik Farawahida bt A.Rashid
9) Pn Nurshafiza bt Shafie
10) Pn Nurdiana bt Nordin
11) En Muhd Saufi b Razman
12) Pn Mani Mekalai A/P Tannimalai
13) En Wong Chee Meng
14) En Aminurullah b Amiluddin
15) Pn Husna bt Abdul Halim
16) En Mohd Hazrami b Mahmud
17) Cik Shamsidar bt A. Kasim
18) Pn Khadijatunnajwa bt Mohamed
19) Pn Nurul Hazwani bt Basharuddin
20) Pn Humairaa Azzuhraa bt Abdullah
21) Cik Norafidah bt Rejab
22) Pn Siti Noor Baizura bt Zakaria
23) En Muhammad Zahiruddin b Ahmad
24) Pn. Ziana
25) Pn Vicnesvary A/P Rakappa Nadar
26) Pn Noor Aziah Bt Ibrahim
27) Pn Ezrin Niza bt Ghazalli
28) Pn Parmjit Kaur A/P Modha Singh
29) Pn Salina bt Shamsudin
30) Pn Asmidar bt Awang
31) En. Afiq Farhan
32) Pn Nurfarah Liyana bt Muhammad Faizal Tan
33) Cik Nasriah Husna bt Mohd Fathil
34) Pn Zarmiza bt Rahim
35) Pn Bathminy A/P Muniandy
36) Pn. Tee Sok Huan
37) Pn KMC Kirsnaveni A/P Kuang Nam Thing
38) Pn Fardhunisha Akbar Jalaludin Khan
39) Pn.Khor Rou Fan
40) Pn Nur Inani Izzati binti Hashim
41) Pn. Rosselah bt. Hashim
42) Pn Masita bt Mat Saad
43) En Karthigayan A/L Pasupathy
44) Pn Nur Isdawani bt Hassan

Tidak Hadir Bersebab :

1) Pn. Nur Naziroh bt. Zainal

B. AGENDA

1.0 Ucapan Alu-aluan Pengerusi


Pengerusi Mesyuarat Guru memberikan salam serta membuat ucapan pembukaan untuk
mesyuarat guru kali pertama untuk sesi 2019.

1.1 Guru Besar mengucapkan selamat kembali bertugas kepada guru-guru untuk sesi 2019.
Beliau amat berharap dan yakin semua guru akan beri komitmen kerja yang lebih baik
dan lebih cemerlang lagi berbanding dengan tahun 2019.

1.2 Beliau turut memaklumkan bahawa dua orang guru yang ditukarkan kerana
“redeployment (RD)”. Ia bukanlah kehendak pihak sekolah. Malah hanya menurut arahan
pihak atasan.

1.3 GB mengalu-alukan kehadiran guru baru iaitu En. Afiq Farhan Dan Ustazah Ziana yang
berjaya pulang ke semenanjung dari Sarawak.

1.4 SK Bukit Gelugor adalah di bawah pemantauan Pn Yusniza (Pegawai PROSA) Pen.PPD
PPD Timur Laut

Tindakan : Makluman

2.0 Perkara Berbangkit


2.1 Tindakan telah diambil dan isu-isu telah selesai

3.0 Maklumat dari Guru Besar

3.1 GB membaca Falsafah Pendidikan Negara dan mengingatkan semua guru tentang amanah
yang dipikul oleh guru-guru dalam mendidik anak bangsa. GB juga mengingatkan tentang
harapan masyarakat kepada kita sebagai guru dalam mendidik supaya kemenjadian insan
menjadi focus utama guru.

3.2 Telefon bimbit juga perlu dimatikan ketika mesyuarat dijalankan.

Tindakan : Makluman

4.0 Visi Sekolah

4.1 Visi SK Bukit Gelugor menjadikan pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera.

4.2 Pendidikan berkualiti yang dimaksudkan adalah berkenaan keseluruhan tenaga kerja
mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi serta sentiasa berdedikasi
dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, khususnya dalam bidang
pengajaran dan pembelajaran

Tindakan : Makluman

5.0 Misi Sekolah

5.1 Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti ,Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Tindakan : Makluman
6.0 Matlamat Sekolah

6.1 Mencapai sekurang-kurangnya 80% kelulusan untuk setiap aliran pada setiap kali
peperiksaan.Mencapai 80% Band 3 dan ke atas untuk murid-murid di bawah PBS.
6.2 Pemantapan Program Tranformasi Sekolah 2025 (TS25)
6.3 Memastikan fail- fail sentiasa dikemaskini.
6.4 Menjadi juara peringkat negeri untuk salah satu acara sukan.
6.5 Memastikan pengurusan kewangan sentiasa mengikut prosedur yang betul.
6.6 Memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih, ceria dan selamat
6.7 Membentuk disiplin dan sahsiah yang mapan dalam kalangan pelajar
7.0 Tanggungjawab Dalam Urusan Harian

7.1 Selagi bekerja, semua guru perlu membaca, meneliti, memahami, mengamalkan,
melaksanakan, menilai serta membuat refleksi ke atas:
a. Dasar-dasar kerajaan (termasuk dasar baru)

b. Surat-surat Pekeliling (semua jenis)

c. Panduan-panduan am dan khas

d. Perintah Am

e. Surat-surat dari PPD/JPN/KPM dan sebagainya.

f. Memo Rasmi Sekolah

Tindakan : Makluman

7.2 Guru-guru dinasihatkan supaya lebih prihatin berkenaan :

a. PelanPembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan kesemua isi kandungannya

b. Semua dokumen KSSR, KSSR SEMAKAN dan PBD

c. Melindungi Masa Instruksional (MMI)

- fokus utama adalah mengawal waktu pengajaran dan pembelajaran

d. Sarana Ibu bapa dan Sekolah

- peranan ibu bapa membantu meningkatkan pencapaian di sekolah

Tindakan : Makluman

8.0 Pembelajaran Abad Ke-21

8.1 GB berharap agar semua guru menggunakan kaedah pembelajaran Abad ke-21.
Kemahiran abad ke-21 pada kebiasaannya digunakan dalam menghuraikan pelbagai
kebolehan yang diperlukan untuk berjaya di zaman global. Justeru itu juga, proses
pembelajaran dalam bilik darjah perlu merangkumi literasi teknologi, pembelajaran
kolaboratif, penggunaan pendekatan pembelajaran berasakan projek serta aplikasi
pemikiran aras tinggi, termasuk pemikiran kritis untuk mengsintesis dan menilai
maklumat dalam menyelesaikan masalah.

8.2 GB memeparkan beberapa contoh susun atur bilik darjah abad ke-21 untuk tindakan dan
makluman guru.
Tindakan : Semua Guru
9.0 UPSR 2018

9.1 Jumlah Calon UPSR : 70 orang

Bilangan 70
calon
6A 0
5A 1B 2
4A 2B 3
% 65.71
KELULUSAN
GPS 2.97

9.2 Keputusan UPSR

SUBJEK % KELULUSAN
BAHASA MELAYU
92.9
(PEMAHAMAN)
BAHASA MELAYU
91.4
(PENULISAN)
BAHASA INGGERIS
78.6
(PEMAHAMAN)
BAHASA INGGERIS
81.4
(PENULISAN)
MATEMATIK 71.4
SAINS 90.0

9.3 Perbandingan 2018 dan 2017

2017 2018
%
% LULUS
LULUS
BM
98.9 92.9
(PEMAHAMAN)
BM (PENULISAN) 98.9 91.4
BI
94.5 78.6
(PEMAHAMAN)
BI (PENULISAN) 95.0 81.4
MATEMATIK 85.5 71.4
SAINS 98.0 90.0

9.4 Ucapan tahniah kepada semua guru kerana kejayaan ini adalah kejayaan bersama.

9.5 Terima Kasih kepada semua guru yang telah menyumbang kepada kecemerlangan anak
anak didik Tahun 6 (2018) ; bermula dari Pra Sekolah – Tahun 1 – Tahun 2 – Tahun 3 –
Tahun 4 – Tahun 5 dan Tahun 6.Pengorbanan anda hanya Allah dapat membalasnya.

9.6 Harapan GB, kita erlu bersedia untuk hadapi segala kemungkinan.. BANGKIT segera
bagi subjek-subjek yang keputusannya merosot dan kekalkan apa yang dibuat sekiranya
berkesan.

10.0 Integriti Guru

10.1 Antara tugas Guru Besar wajib memantau dan melaporkan kepada PPD / JPN dan Sektor
Jaminan Kualiti berkenaan guru-guru yang bekerja dibawah paras minima supaya
tindakan selanjutnya boleh diambil. Rekod Perkhidmatan Guru perlulah dijaga dan
mestilah sentiasa bersih.

10.2 Urusan peribadi perlu diselesaikan selepas waktu sekolah atau menyerahkan kepada
pasangannya suami atau isteri untuk diselesaikan supaya tugasan rasmi di sekolah tidak
terganggu.

Tindakan : Semua Guru

10.3 Guru-guru bertugas di sekolah perlu ada budaya berjalan-jalan melihat sekeliling kawasan
sekolah, memantau murid-murid, kebersihan kawasan serta keselamatan sekolah dan
melaporkan semua perkara dalam buku guru bertugas untuk tujuan pemantauan
JPN/PPD.
Tindakan : Guru Bertugas

11.0 Arahan Am

11.1 Semua Guru tertakluk kepada arahan Perintah Am Kerajaan dan Pekekeliling yang di
keluarkan dari masa ke semasa.Semua guru hendaklah patuh kepada profesion keguruan
dan arahan tugas. Guru dan staf sokongan perlu mengamalkan prinsip-prinsip
perkhidmatan cemerlang setiap masa

11.2 Semua guru perlu menghayati Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Negara dan Matlamat
Pendidikan Negara. Kepentingan murid adalah lebih utama daripada kepentingan peribadi
pada bila-bila masa waktu bekerja dan akur kepada “Surat Aku Janji” yang telah
ditandatangani oleh semua.

Tindakan : Semua Guru

12.0 Tidak Hadir Bertugas

12.1 Guru-guru dikehendaki memaklumkan dengan segera kepada PK1 jika tidak dapat hadir
ke sekolah pada hari berkenaan selewat-lewatnya jam 7.25 pagi.

12.2 Ini disusuli dengan pesanan ringkas telefon bimbit kepada GB untuk makluman juga
sebelum 7.25 pagi. SMS adalah sebagai bukti mohon.

12.3 Sijil sakit (MC) perlu diserahkan kepada GB sahaja dengan berjumpa dengannya pada
hari yang berikut. Hanya Ketua Jabatan sahaja boleh “endorse” dan luluskan cuti sakit.GB
juga mengingatkan bahawa sijil sakit BUKAN cuti sakit selagi tidak diluluskan oleh GB.

12.4 Jika MC swasta lebih dari 15 hari, perlu dapatkan pengesahan daripada doctor kerajaan.
Guru-guru diingatkan bahawa setiap MC yang diambil boleh menjejaskan rekod
perkhidmatan secara tidak langsung.

Tindakan : Makluman

13.0 Cuti Rehat Khas

13.1 Setiap orang guru layak memohon kepada Guru Besarcuti rehat khas sebanyak 7 hari
setahun.

13.2 Pertimbangan meluluskan cuti adalah berdasarkan syarat tidak menjejaskan perjalanan
sekolah dan tidak mengganggu P&P di sekolah. Oleh itu, ianya juga perlu dirujuk dan
disokong oleh PK 1.

Tindakan : Makluman

14.0 Surat atau Pekeliling Untuk Tindakan


14.1 Semua maklum balas dari surat atau pekeliling perlu dibereskan 3 hari sebelum tarikh
akhir.

14.2 Guru-guru perlu memastikan semua surat atau dokumen telah disemak dan diperakui betul
oleh PK yang berkaitan dan seterusnya mendapatkan pengesahan dan tandatangan dari
Guru Besar sebelum dihantar ke unit berkenaan.

14.3 Guru-guru diingatkan supaya mengelakkan sebarang peringatan daripada JPN/PPD


samada secara bertulis ataupun secara panggilan telefon. (zero deffect).

Tindakan : Pentadbir dan guru-guru

15.0 Buku Rekod Mengajar (BRM)

15.1 Guru bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan Buku Rekod Mengajar sendiri.

15.2 Maklumat di dalam BRM mestilah teliti, lengkap dan ditulis dengan tulisan yang kemas
dan boleh dibaca.

15.3 BRM wajib diserahkan ke pejabat pada hari Jumaat untuk disemak dan dibuat penilaian
serta ditandatangani oleh GB/PK1.

Tindakan : Makluman

16.0 Jadual Waktu

16.1 Guru kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam
kelas masing-masing.

16.2 Guru-guru juga diingatkan supaya tidak mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan
tanpa kebenaran GB walapun suka sama suka.

17.0 Jadual Kedatangan Murid

17.1 Guru kelas bertanggungjawab mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan dengan


lengkap dan terkini.

17.2 Jadual kedatangan adalah dokumen rasmi. Oleh itu, ia perlu ditulis dengan teratur, kemas,
bersih dan ditanda sendiri setiap hari oleh Guru Kelas (bukan murid atau ketua kelas)
pada waktu pertama. Sekiranya guru kelas tidak hadir, guru ganti bertanggungjawab
menandanya.Kedatangan murid harus dicatatkan pada waktu pertama dan dihantar ke
pejabat oleh guru sendiri selewat-lewatnya sebelum pukul 9 pagi.

17.3 Guru Kelas turut diingatkan supaya menggunakan dakwat satu warna sahaja iaitu hitam
atau biru.Nama murid mestilah ditulis dengan huruf besar dan disusun mengikut abjad.
17.4 Butiran ibu bapa/waris perlu diisikan dengan selengkapnya dan guru kelas perlu dapatkan
maklumat terkini dari borang maklumat murid yang baru.

17.5 Surat Amaran Pertama perlu dihantar kepada ibu-bapa / waris selepas murid tidak hadir
selama 3 hari berturut-turut atau 10 hari dalam kes tidak berturut-turut. Surat Amaran
Kedua dihantar 7 hari selepas amaran pertama untuk kes berturut-turut atau 20 hari
selepas amaran pertama untuk kes tidak berturut-turut.Surat Amaran Terakhir (Surat
berdaftar AR) dikeluarkan 7 hari selepas amaran ke 2 untuk kes berturut-turut atau 20
hari selepas amaran ke 2 untuk kes tidak berturut-turut. Semua surat amaran mesti dibuat
dalam 3 salinan.

Tindakan : Guru Kelas

18.0 Pesanan & Nasihat

18.1 Guru-guru dinasihatkan supaya elakkan dari :

a) Lewat masuk kelas


b) Keluar lebih awal dari waktu sebenar
c) Kawalan kelas yang lemah (murid terlalu bising)
d) Tidak menyiapkan Buku Ringkasan Mengajar.
e) Tidak menghantar Buku Ringkasan Mengajar
f) Datang lewat semasa guru bertugas mingguan
g) Ingkar kepada arahan yang diberikan
h) Mengajar sambil duduk di dalam kelas
i) Jarang menyemak atau kurang teliti dalam menyemak buku latihan murid.
j) Guru Bertugas yang tidak prihatin kepada masa misalnya, tidak menamatkan
perhimpunan pagi tepat pada masanya
k) Menggunakan telefon bimbit / dan menghantar pesanan ringkas dalam kelas
l) Menulis Buku Ringkasan Mengajar di dalam kelas
m) Mengunakan komputer riba dalam kelas yang tujuannya bukan untuk p&p
n) Tidur di dalam perpustakaan atau di tempat lain.
o) Tidak memakai pakaian pejabat yang sesuai dan betul, misalnya pemakaian baju
batik pada hari khamis dan tali leher semasa perhimpunan
p) Tidak memakai tanda nama
q) Tidak memakai pakaian PJ yang sesuai.
r) Laporan guru bertugas mingguan yang kurang perihatin dan yang tidak tepat
s) Dan lain-lain lagi yang tidak menunjukkan kewibawaan dan profesionalisme
sebagai seorang guru.

19.2 Guru-guru diingatkan supaya sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan prestasi murid
dalam semua subjek yang di ajar, lebih proaktif.

Tindakan : Makluman
20.0 Hal-hal lain

20.1 Guru Besar memaklumkan guru untuk mengambil Buku Rekod Mengajar, Jadual Waktu
dan Buku Kedatangan Murid di bilik beliau dan tandatangan jika telah mengambilnya.

20.2 Setiap guru mestilah membaca akujanji perguruan dibiliknya.

20.4 BRM diberi masa sehingga 26 Januari 2019 untuk disempurnakan.

20.3 PK HEM memaklumkan Hari Orientasi Tahun 1 akan diadakan pada 29 Disember 2018
dan beliau turut mengedarkan Jawatankuasa Kerja untuk program tersebut.

Tindakan:Makluman

42.0 Penangguhan Mesyuarat

42.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi.

Minit dicatat oleh:


Disahkan Oleh :

……………………………………… ………………………………………
(NURUL HAZWANI BT. BASHARUDDIN) (EDI OSMAN BIN AHMAD)
Setiausaha Mesyuarat Kurikulum Guru Besar
SK Bukit Gelugor SK Bukit Gelugor

You might also like