Minit Mesyuarat Panatia Matematik Bil 1 2017

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Minit Mesyuarat Panatia Matematik Bil 1/2017

Tarikh : 22 Januari 2017 (Ahad)


Masa : 1:30 petang hingga 2:30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Jelapang
Kehadiran :
1. Pn. Norasikin b. Simat Penolong Kanan 1
2. En. Mohd Rashdan Hafiz b. Abd Rashid KP Panatia Matematik
3. Pn. Norhasimah bt. Ismail SU Panatia Matematik
4. En. Abd Hafiz b. Salleh Ahli Panatia
5. Pn. Rasidah bt. Sulaiman Ahli Panatia
6. Pn. Nor Azlina bt Ahmad Guru Pemulihan LINUS NKRA
7. En. Nik Mohd Zaini Aikal b. Zainurin Ahli Panatia
Agenda : 1.0 Ucapan Alu-aluan PK1
2.0 Perkara-perkara Berbangkit
3.0 Perancangan Aktiviti 2017
4.0 Hal-hal lain
5.0 Penutup

1.0 Ucapan alu-aluan PK1


1.1 Pn. Norasikin bt. Simat memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah dan mengucapkan tahniah
kepada Panatia Matematik kerana berjaya mengadakan mesyuarat panatia buat kali pertama pada tahun
ini di dalam kesibukan waktu para guru.
1.2 Beliau berharap semua guru dapat bekerjasama dan berkongsi ilmu serta maklumat melibatkan kaedah
pengajaran dan pemudahcaraan Matematik

2.0 Perkara-Perkara Berbangkit


2.1 Pencapaian UPSR melibatkan subjek Matematik pada tahun 2016 telah menunjukkan penurunan
prestasi dari segi GPS berikutan perubahan gred dan markah yang mencecah sehingga 90 markah
untuk mendapat A
2.2 Sudut Panatia perlu diwujudkan pada tahun ini dan boleh dilaksanakan secara bersama dengan
Panatia Sains dalam aktiviti perjumpaan ko-kurikulum Persatuan Matematik dan Sains

3.0 Perancangan Aktiviti 2017


3.1 PK1 memaklumkan bahawa SK Jelapang telah terpilih menjadi salah satu 4 buah sekolah daerah Setiu
untuk Program Empower ECER UPSR dengan perlaksanaan aktiviti akan bermula pada pertengahan
bulan Februari 2017.
3.2 En. Mohd Rashdan (KP Matematik) berharap semua guru dapat melaksanakan program Bijak Sifir
dengan mewujudkan Carta Penguasaan Sifir di setiap kelas yang diajar
3.3 Perlaksanaan Minggu Matematik akan diadakan dengan melibatkan Pertandingan Sifir, Kuiz Matematik
dan Teka Nombor.
3.4 PK1 berharap segala bahan yang disediakan oleh murid ketika perlaksanaan PDPc perlu ditampal di
Sudut Matematik dalam setiap kelas.
3.5 Pn. Rasidah bersama Pn. Nor Azlina akan merencanakan Program Numerasi bagi memastikan murid
tahap 1 dapat menguasai Asas Nombor,

4.0 Hal-hal lain


4.1 En. Mohd Rashdan memaklumkan bahawa Ujian 1 akan diadakan pada 11-14 Mac 2017 melibatkan
murid tahap 2 bagi subjek Teras.
4.2 En. Mohd Rashdan berharap semua guru mata pelajaran dapat berkongsi ilmu di antara satu sama lain
dan menyertai Group Telegram Matematik Sekolah Rendah yang banyak memberi input kepada para
guru untuk meningkatkan kompetensi dalam bidang Pengajaran.

5.0 Penutup
Pn. Norasikin berharap segala program yang dirancang oleh Panatia Matematik dapat diadakan dan
dilaksanakan dengan baik dan mesyuarat ditangguhkan pada jam 2:30 petang dengan bacaan surah Al-Asr.

Disediakan oleh :

.................................................................
(NORHASIMAH BINTI ISMAIL)
Setiausaha Panatia Matematik
SK Jelapang, Setiu

Disemak oleh

.................................................................
(MOHD RASHDAN HAFIZ B. ABD RASHID)
Ketua Panatia Matematik
SK Jelapang, Setiu

You might also like