Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 153

DR.

BURHANUDDIN AL-HELMI
DAN
PEMBANGUNAN EKONOMI POLITIK ISLAM DI
MALAYSIA

MOHD SYAKIR BIN MOHD ROSDI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


2010

1
DR. BURHANUDDIN AL-HELMI
DAN
PEMBANGUNAN EKONOMI POLITIK ISLAM DI MALAYSIA

oleh

MOHD SYAKIR BIN MOHD ROSDI

Disertasi yang diserahkan untuk


memenuhi sebahagian daripada keperluan
bagi Ijazah Sarjana Sains Kemasyarakatan
(Pengurusan Pembangunan Islam)

2010

2
PENGHARGAAN

" Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani ".

Alhamdulillah, segulung kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT. kerana telah

memberikan kekuatan, kesihatan, kelapangan waktu, kesungguhan dan keazaman

kepada pengkaji, sehinggalah berjaya menyiapkan disertasi ini. Semoga usaha ini

dipandang Allah SWT sebagai satu ibadah dalam rangka menggapai redha Allah SWT.

Penulis berbesar hati merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia iaitu Dr. Mohammad

Zaini Bin Abu Bakar, di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, dorongan dan sokongan moral

yang tidak berbelah bahagi, sepanjang tempoh penyelidikan dan penulisan disertasi sarjana

ini. Semoga Allah jua sebaik-baik ganjaran di dunia dan di akhirat buat pengorbanan dan

sumbang bakti tuan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh pensyarah ISDEV atas pengorbanan

kalian yang tidak berbelah bahagi. Segala tunjuk ajar dan juga nasihat telah menguatkan

lagi keazaman untuk menyiapkan disertasi ini dengan jayanya.

Sekalung penghargaan teristimewa buat bonda Noor Aine Binti Ismail, ayahanda Mohd

Rosdi Bin Yahya, isteri Nur Munirah Binti Muhd Fadzir dan anakku Nur „Izzatul Huda

serta seluruh keluarga pengkaji dan mertua di atas berkat doa, dorongan dan sokongan

kalian, maka disertasi ini berjaya disiapkan. Ribuan terima kasih juga, kepada sahabat-

sahabat seperjuangan di ISDEV yang sentiasa memberikan semangat dan bantuan

kepada pengkaji.

3
Akhirnya, penghargaan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang telah

membantu pengkaji sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Hanya Allah

SWT yang mampu membalas segala jasa kalian.

Mohd Syakir Bin Mohd Rosdi


Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia

4
SENARAI KANDUNGAN
HALAMAN
Penghargaan ii
Senarai Kandungan iv
Senarai Rajah x
Senarai Singkatan xi
Panduan Transliterasi xii
Abstrak xiv
Abstract xv

BAB 1: PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Kajian 2
1.2 Pernyataan Masalah 6
1.3 Objektif Kajian 16
1.4 Persoalan Kajian 16
1.5 Definisi Operasional 19
1.5.1 Konsep Pembangunan 19
1.5.2 Konsep Ekonomi Politik Islam 22
1.6 Skop dan Batasan Kajian 28
1.7 Kepentingan Kajian 30
1.8 Susunan Bab 31

BAB 2: SOROTAN KARYA

2.0 Pengenalan 33
2.1 Sorotan Kajian lepas 33
2.1.1 Dr. Burhanuddin Al-Helmi 33
2.1.2 Ekonomi Politik Islam 34

5
2.2 Analisis Kajian-Kajian Lepas 36
2.3 Sorotan Karya 37
2.3.1 Dr. Burhanuddin Al-Helmi 37
2.3.2 Ekonomi Politik Islam 41
2.4 Rumusan 49
2.5 Kerangka Teoretis Kajian 49
2.6 Kesimpulan 52

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pendahuluan 53
3.1 Reka Bentuk Kajian 53
3.2 Kaedah Pengumpulan Data 54
3.2.1 Data Sekunder 55
3.3 Kaedah Menganalisis Data 56
3.3.1 Kaedah Analisis Kandungan Dan Analisis Tekstual 56
3.4 Rumusan 57

BAB 4: BIOGRAFI DR. BURHANUDDIN AL-HELMI DAN PERJUANGAN


PEMBANGUNAN EKONOMI POLITIK ISLAM

4.0 Pengenalan 58
4.1 Asal Usulnya 58-59
4.1.1 Keperibadian 59-62
4.2 Pendidikan 63
4.2.1 Pendidikan Awal 63-65
4.2.2 Ilmu Tasawuf dan Tariqat 65-68
4.2.3 Homeopati 68-70
4.2.4 Pengaruh Awal Pemikiran 70-71
4.3 Penglibatan Dalam Bidang Politik 71

6
4.3.1 Zaman Awal Perjuangannya: Bermula Di Singapura 71-72
4.3.2 Zaman Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu 72-74
4.3.3 Pasca Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 74-78
4.4 Sikap dan Idealisme Politik 78-80
4.5 Dipenjarakan 80-82
4.6 Aliran Pembabitan Beliau Dalam Ekonomi Politik 82-83
4.7 Karya-Karya Beliau 83-84
4.8 Perjuangan Burhanuddin Terhadap Pembangunan Ekonomi
Politik Islam 84-85
4.8.1 Ekonomi 85-88
4.8.2 Politik 88-93
4.8.3 Sosial 93-102
4.9 Kesimpulan 102-103

BAB 5: ANALISIS SUMBANGAN KEINTELEKTUALAN DR. BURHANUDDIN


AL-HELMI HUBUNGANNYA DENGAN PEMBANGUNAN EKONOMI
POLITIK ISLAM DI MALAYSIA

5.0 Pengenalan 104


5.1 Analisis Konseptual Sumbangan Keintelektualan Dr. Burhanuddin
Al-Helmi Hubungannya Dengan Pembangunan Ekonomi
Politik Islam Di Malaysia 104-106
5.1.1 Prinsip 106-107
5.1.2 Matlamat 107-108
5.1.3 Strategi Pelaksanaan 108-112
5.1.4 Pemikiran Dan Idealisme 112-117
5.2 Rumusan Sumbangan Keintelektualan Dr. Burhanuddin Al-Helmi
Berdasarkan Konsep Pengislahan Ummah Terhadap
Pembangunan Ekonomi Politik Islam 118-121
5.3 Kesimpulan 121-122

7
BAB 6: PENUTUP

6.0 Pengenalan 123


6.1 Hasil Dan Rumusan Kajian 123-126
6.2 Implikasi Dasar 126-127
6.3 Cadangan Kajian Masa Hadapan 127
6.3.1 Subjek Kajian 127
6.3.2 Bidang Kajian 128
6.3.3 Skop Dan Batasan Kajian 128
6.4 Kesimpulan 128-129

BIBLIOGRAFI 130-137

8
SENARAI RAJAH DAN JADUAL
HALAMAN

Rajah 1.1 Kedudukan Ekonomi Politik Islam dan Muamalat 14


Jadual 1.2 Hubungan Objektif dan Persoalan kajian 16-17
Rajah 2.1 Rangka Konseptual Ekonomi Politik Islam 50
Jadual 4.1 Aktiviti Penglibatannya dan Tarikhnya 82-83
Jadual 4.2 Karya Bidang Perubatan, Politik dan Tasawuf 84
Rajah 5.1 Rangka Konseptual Gagasan Pemikiran
Burhanuddin Al-Helmi 115
Rajah 5.2 Rajah Konsep Pengislahan Ummah 118

9
SENARAI SINGKATAN
PAS Persatuan Islam Se Tanah Melayu/Parti Islam Se Malaysia
PKMM Parti Kebangsaan Melayu Malaya
AWAS Angkatan Wanita Sedar
PUTERA Pusat Tenaga Rakyat
AMCJA All Malaya Council for Joint Action/Majlis Tindakan Bersama
Seluruh Malaya
PUTERA-AMCJA Gabungan Pusat Tenaga Rakyat dan Majlis Tindakan Bersama
Seluruh Malaya
MDH Medical Doctor of Homoeopathy
ND Doctor of Naturopathy
IFN International Federation of Naturopath
HPA Homoeopathic Physician Association
PPHM Persatuan Perubatan Homoeopathy Malaysia
KMM Kesatuan Melayu Muda
KRIS Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung
PEPERMAS Pusat Perekonomian Melayu se Malaya
MATA Majlis Agama Tertinggi Se Malaya
PEKEMBAR Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya
UMNO United Malays National Organisation
PRM Parti Rakyat Malaya
KMM Kesatuan Melayu Muda
ISA Internal Security Act
LEPIR Lembaga Pendidikan Rakyat
MCA Malaysian Chinese Association
MIC Malaysian Indian Congress

10
PANDUAN TRANSLITERASI
(1) KONSONAN
HURUF ARAB HURUF RUMI HURUF ARAB HURUF RUMI
‫ا‬ a ‫ط‬ t

‫ب‬ b ‫ظ‬ z

‫ت‬ t ‫ع‬ „

‫ث‬ th ‫غ‬ gh

‫ج‬ j ‫ف‬ f

‫ح‬ h ‫ق‬ q

‫خ‬ kh ‫ك‬ k

‫د‬ d ‫ل‬ l

‫ذ‬ dh ‫م‬ m

‫ر‬ r ‫ن‬ n

‫ز‬ z ‫و‬ w

‫س‬ s ‫ه‬ h

‫ش‬ sy ‫ء‬ ‟

‫ص‬ s ‫ي‬ y

11
‫ض‬ d ‫ة‬ I@h

(2) VOKAL
VOKAL PENDEK VOKAL PANJANG
‫َـ‬ a ‫آ‬ a
‫ُـ‬ u ‫و‬ u
‫ِـ‬ i ‫ي‬ i
DIFTONG
‫وآ‬ aw ‫ّـو‬ uww
‫آي‬
ay ‫ّـ‬
‫ي‬ iv/i

12
ABSTRAK

Disertasi ini bertujuan mengenal pasti sumbangan Burhanuddin dalam pembangunan

ekonomi politik Islam di Malaysia. Kajian ini mempunyai dua objektif utama. Pertama,

mengenal pasti perjuangan pengislahan ummah Dr. Burhanuddin Al-Helmi dari aspek

pembangunan ekonomi politik Islam. Kedua, menganalisis sumbangan keintelektualan

Dr. Burhanuddin Al-Helmi dalam konteks pembangunan ekonomi politik Islam di

Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian perpustakaan telah dijalankan. Kajian

berorientasikan keperpustakaan yang dilakukan adalah berdasarkan kaedah penyelidikan

data-data sekunder dan bahan-bahan berkaitan konsep ekonomi politik Islam yang

terdapat di perpustakaan. Data sekunder yang diperoleh kemudiannya dianalisis

berdasarkan analisis kandungan dan analisis tekstual. Kajian ini merumuskan gagasan

pemikiran Burhanuddin yang berasaskan kepada tiga aspek iaitu perjuangan politik,

kebajikan sosial dan kepentingan agama. Seterusnya ditemui bahawa gagasan pemikiran

Burhanuddin adalah selari dengan sumbangannya dalam konteks ekonomi politik Islam.

Hasil dari dapatan kajian mendapati bahawa sumbangan Burhanuddin dalam konteks

ekonomi politik Islam adalah selaras dengan konsep pengislahan ummah. Hal tersebut

menunjukkan bahawa konsep ekonomi politik Islam adalah saling berhubungan dengan

konsep pengislahan ummah.

13
DR. BURHANUDDIN Al-HELMI

AND DEVELOPMENT OF

ISLAMIC POLITICAL ECONOMY IN MALAYSIA

ABSTRACT

The purpose of this dissertation is to identify the contribution of Burhanuddin in the

development of Islamic political economy in Malaysia. This study has two main

objectives. First, identify the nation of reformation struggles Dr. Burhanuddin Al-Helmi

development aspects of Islamic political economy. Second, analyzing the intellectual

contribution of Dr. Burhanuddin Al-Helmi in the context of the development of Islamic

political economy in Malaysia. To achieve these objectives, literature review was

conducted. Library oriented study was based on methods of secondary research data and

materials related to the concept of Islamic political economy found in the library.

Secondary data obtained were analyzed based on content analysis and textual analysis.

The study concluded that the idea of Burhanuddin thinking based on three aspects of

political struggle, social welfare and religious purposes. Subsequently discovered that

the idea of Burhanuddin thinking is in line with its contribution in the context of Islamic

political economy. The results of this study found that the contribution in the context of

Islamic political economy by Burhanuddin is consistent with the concept of ummah

reformation. It shows that the concept of Islamic political economy is interconnected

with the concept of ummah reformation.

14
BAB 1
PENDAHULUAN

1.0 PENGENALAN

Secara umumnya, kajian ini bertujuan mengkaji perjuangan Dr. Burhanuddin al-Helmi

(Burhanuddin) yang berkaitan perkembangan pembangunan ekonomi politik Islam di

Malaysia.

Kajian ini secara terperinci menganalisis pemikiran Burhanuddin yang telah

mempengaruhi perkembangan ekonomi politik Islam di Malaysia. Ia melibatkan aspek

sosiopolitik, sosioekonomi, kepentingan awam dan pengurusan sumber manusia.

Akhirnya, kajian ini dapat merumuskan idealisme Burhanuddin, ke arah mempengaruhi

pembangunan ekonomi politik Islam di Malaysia.

Secara ringkasnya, dalam bab pertama ini membincangkan mengenai latar belakang

kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, definisi operasional kajian,

skop dan batasan kajian, serta kepentingan kajian. Organisasi kajian juga akan

diperbincangkan. Setiap perkara berkenaan penting untuk memberikan tasawur awal

mengenai kajian, agar objektif kajian lebih jelas dan mudah difahami.

15
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Dua bidang yang berbeza mempunyai matlamat yang berbeza. Secara umumnya,

ekonomi bermatlamatkan pertumbuhan (growth) negara, manakala politik

bermatlamatkan pemerintahan dan kuasa. Walaupun begitu, ia sangat berkait rapat

antara satu sama lain. Perkaitan itu boleh dilihat dari sudut kemajuan sesebuah negara

amat bergantung kepada kestabilan ekonomi dan politik. Ekonomi tidak akan mampu

bergerak tanpa adanya pemerintah yang menguruskannya. Begitu juga politik, tidak

mampu kekal tanpa keutuhan ekonomi negara.

Menurut Wan Mohd Noor (2005), ekonomi politik berteraskan barat dilihat

sebahagiannya membawa kepada keruntuhan akhlak masyarakat. Hal ini mampu

dibuktikan melalui pengaruh budaya barat di dunia Timur seperti hiburan dan budaya

sosial. Sebagai contoh, budaya hiburan seperti rock, hip hop, thrasher, rap dan punk

sudah mempengaruhi hiburan tanah air. Begitu juga, budaya sosial Barat seperti punk,

hip hop, skin head, hippies, neo-Nazi, mafia dan gangster sudah tersebar luas. Kesan

daripada budaya tersebut, maka terhasil jiwa yang bermasalah. Sepertimana kata Al-

Marhum Muhammad Iqbal bahawa:

“Cita rasa Eropah tidak pernah menjadi perkara yang dihayati dalam
kehidupan Eropah itu sendiri. Akibatnya, jiwa yang sudah sesat itu
mencari makna dirinya melalui demokrasi-demokrasi yang saling tidak
bertolak-ansur, yang tugas utamanya hanyalah memeras golongan miskin
demi kepentingan golongan kaya. Percayalah, Eropah hari ini adalah
penghalang terbesar bagi kemajuan akhlak umat manusia.”1

1
Dipetik dari buku Wan Mohd Nor Wan Daud (2005). Pembangunan Di Malaysia. Jabatan Akidah dan
Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. hlm. 3
16
Pemikiran umat Islam sudah banyak dipengaruhi oleh wabak sekularisme, kapitalisme,

nasionalisme, komunisme dan sosialisme. Wabak ini mempengaruhi pemikiran umat

Islam terutamanya golongan pemuda dan pemudi. Sekiranya tidak diubati, maka umat

Islam akan menjadi lemah dan mudah dipermainkan oleh pihak Barat.2 Disebabkan

itulah pengkajian mengenai ekonomi politik Islam penting untuk dikaji.

Pengkajian ini berdasarkan pemikiran seorang tokoh yang dikenali ramai, tetapi tidak

banyak yang mengenalinya pada generasi hari ini, kerana kurang diketengahkan tokoh

ini. Ia dikatakan sebagai pejuang kemerdekaan, pejuang berhaluan kiri, pejuang

nasionalisme dan pejuang Islam. Nama beliau ialah Dr. Burhanuddin Al-Helmi

(Burhanuddin). Kemunculan beliau di arena politik tanah air telah mencorakkan

beberapa persaingan yang hebat. Hal ini telah dibuktikan, setelah mendapat mandat

daripada rakyat menerusi pilihan raya umum yang pertama dimenanginya di Kuala

Terengganu.

Burhanuddin merupakan tokoh yang amat bersesuaian untuk kajian ini atas beberapa

sebab, iaitu beliau merupakan salah seorang pembela tanah air daripada penjajahan dan

merupakan salah seorang daripada pejuang kemerdekaan. Perjuangannya yang begitu

kuat telah membawa beliau ke penjara. Walaupun begitu, semangatnya tidak pernah

luntur. Dengan tertangkapnya Burhanuddin pada 28 Januari 1965 itu di bawah

peruntukan Internal Security Bill, maka berakhirlah satu usahanya untuk melaksanakan

konsep Melayu Raya yang didukungnya selama ini.

2
Ibid., hlm. 8
17
Namun begitu, sejarah telah mencatatkan, Burhanuddin bukan sahaja berjuang

mengemukakan idea pemikiran politiknya pada tahun 1945, tetapi telah cuba

melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh, walaupun terpaksa menentang British

dan Perikatan. Ini juga boleh dilihat sebagai satu tabii ahli pembangkang, yang sentiasa

cuba menegakkan pendapatnya yang diyakini benar. Beliau ditahan tanpa bicara seperti

yang diperuntukkan oleh undang-undang, selama hampir lima tahun.3

Sebab yang lain, Burhanuddin pernah membawa obor nasionalisme yang kuat. Namun,

apabila kemasukannya ke dalam Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS), telah membuatkan

beliau lebih mendekati perjuangan Islam. Beliau telah menggabungkan prinsip

nasionalis dan Islam dalam perjuangannya. Ramai ahli sejarah berpendapat Burhanuddin

adalah seorang pejuang Islam. Walaupun begitu, ada yang berpendapat beliau hanya

menggunakan Islam sebagai salah satu ideologinya. Ini berdasarkan penglibatannya

dalam Hizbul Muslimin, Gerakan Natrah dan PAS. Cara beliau menegakkan Islam ini

berlaku dalam dua bentuk. Pertama, menjadikan Islam sebagai salah satu ideologi dan

kedua, menjadikan Islam sebagai perundangan dan percaturan bagi sebuah kerajaan

Islam.4

Burhanuddin melihat Islam adalah satu ideologi politik yang menuju kesempurnaan

hidup seseorang Muslim, ummah dan kebangsaan Melayu. Burhanuddin mengatakan

dalam karyanya Falsafah Kebangsaan Melayu (1954):

3
Ramlah Adam (2003). Burhanuddin Al-Helmy Suatu Kemelut Politik. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kuala Lumpur. hlm. 231-232
4
Ibid., hlm. 244
18
“Islam memandang kebangsaan itu sebagai suatu alat bukan tujuan.
Kebangsaan hendaklah mengambil tempat yang sederhana dan bulat
sebagai suatu lambang yang boleh menarik dan menyatukan suatu
bahagian tenaga untuk mencapai cita-cita mulia yang besar dan abadi,
sebagaimana Islam memandang dunia bukan tujuan tetapi hanya satu alat
atau tunggangan yang menyampaikan ke akhirat.”5

Kenyataan ini membuktikan beliau berpandangan Islam sebagai satu penyempurnaan

kepada sebuah pemikiran politik.6

Perjuangan beliau bukan setakat menyatukan masyarakat dari aspek politik. Bahkan dari

aspek sosioekonomi, beliau juga berjuang untuk membasmi kemiskinan yang dialami

masyarakat setempat. Seperti pada 29 November 1962, setelah beliau menjadi Ahli

Parlimen Besut dari tahun 1959-1964. Burhanuddin telah membangkitkan soal

kemunduran luar bandar yang sangat ketara. Banyak projek yang terbengkalai

sehinggakan rakyat tidak mendapat apa-apa faedah daripada projek tersebut.

Termasuklah, penipuan pihak kontraktor dan tanah yang tidak sesuai, menjadi faktor

kegagalan projek pertanian. 7

Sistem pendidikan berteraskan Islam juga diketengahkan oleh beliau. Sebagai contoh,

Burhanuddin telah membangkitkan isu berkenaan subjek Pendidikan Islam patut

menjadi subjek wajib bagi semua sekolah kerajaan. Sekolah agama Islam patut disusun

5
Kamarudin Jaffar (1980). Dr. Burhanuddin Al-Helmy Politik Melayu dan Islam. Terbitan Yayasan Anda
Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. hlm. 91
6
Ibid., hlm. 245
7
Ramlah Adam (2003). op. cit., hlm. 192
19
semula dan guru-gurunya patut mempunyai gaji yang lebih baik supaya penghormatan

kepada institusi ini lebih tinggi lagi.8

Kegigihan beliau memperjuangkan bangsa dan kebangsaan Melayu, boleh dilihat

berdasarkan kebimbangannya terhadap masyarakat Melayu seperti kenyataan beliau

dalam Falsafah Kebangsaan Melayu (1954) iaitu, kelemahan semangat Melayu adalah

kerana kejahilan, kemiskinan, ragu-ragu dan keliru oleh berbagai-bagai hal yang dibawa

dan ditimbulkan, serta kelalaian alim ulama sehingga masuknya fahaman kapitalis dalam

masyarakat Melayu.9 Namun, sejauh manakah perjuangannya itu? Justeru itulah, tokoh

ini dianalisis secara mendalam mengenai sumbangan beliau terhadap pembangunan

ekonomi politik Islam khususnya di Malaysia.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Malaysia telah mengalami pembangunan dan transformasi sosial serta ekonomi yang

pesat semenjak kemerdekaannya pada tahun 1957. Perkembangan pembangunan ini

amat berkaitan dengan strategi ekonomi politik negara. Pembangunan masyarakat yang

begitu pesat dari aspek ekonomi, politik dan sosial adalah sesuatu yang membanggakan.

Namun begitu, pembangunan fizikal pada hari ini sebenarnya telah dipengaruhi oleh

pemikiran masyarakat modenisasi. Sebagai contoh, fahaman sekularisme yang semakin

8
Ibid., hlm. 193
9
Kamarudin Jaffar (1980). Dr. Burhanuddin Al-Helmy Politik Melayu dan Islam. Terbitan Yayasan Anda
Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. hlm. 103
20
kuat mempengaruhi sehingga tidak mampu dibendung lagi.10 Fahaman dan ideologi

barat seperti sekularisme, liberalisme, pluralisme banyak mempengaruhi pemikiran ahli

politik dan ekonomi negara. Sehinggakan, sistem pembangunan politik dan ekonomi

yang dilaksanakan juga mengikut panduan Barat. Hal ini disebabkan, kesinambungan

dari sistem pendidikan yang dipelajari oleh mereka di Barat. Mereka pulang bukan

sahaja membawa segulung pendidikan Barat bahkan pemikirannya juga.

Mereka disanjung dan dibanggakan oleh masyarakat kerana tidak ramai pada hari itu

mampu menyambung pengajian di luar negara. Mereka dilantik menjaga pengurusan di

peringkat tertinggi pentadbiran negara. Termasuklah di sektor pentadbiran dan

kewangan negara. Maka, berlakulah perubahan demi perubahan berdasarkan sistem

pemikiran Barat. Persoalannya, kenapa pengetahuan mengenai sistem ekonomi politik

Islam kurang diketengahkan? Mustahil sekiranya tiada seorang pun yang mempunyai

ilmu berkenaan corak ekonomi dan politik Islam. Ataupun, adakah sistem ekonomi

politik berteraskan Islam menjadi punca kemunduran masyarakat?.

Justeru, fahaman sekularisme ini mudah mempengaruhi masyarakat Islam. Termasuklah

berlaku perubahan dalam sistem pengajian di sekolah-sekolah, sebagai contoh

pendidikan dualisme yang dipraktikkan. Oleh itu, adakah Malaysia terkecuali dari

pengaruh sistem ekonomi politik Barat? Bagaimanakah perkembangan pengaruh

pelaksanaannya? Adakah sesuai pelaksanaan ekonomi politik Islam di Malaysia?

10
M. Umer Chapra (1996). Islam dan Pembangunan Ekonomi. The International Institute of Islamic
Thought dan Thinker‟s Library Sdn. Bhd.
21
Timbulnya gerakan Islam yang terkenal iaitu Ikhwanul Muslimin merupakan kesedaran

setelah berlakunya keruntuhan kerajaan Uthmaniyah pada 1924. Tujuannya menyatukan

kembali ummah ke arah kesatuan akidah Islam dari sudut pemikiran dan

pelaksanaannya. Kekuatan umat Islam semakin tergugat. Umat Islam perlu kembali ke

pangkal jalan.

Pengaruh pemikiran Ikhwanul Muslimin bukan sahaja di Timur Tengah, bahkan tersebar

ke Tanah Melayu juga. Sebagai contoh, Muhammad Abduh di Mesir 11 dan Tahir

Jalaludin di Melayu Nusantara yang pernah menjadi pengetua Madrasah Al-Masyhoor

Pulau Pinang selama tiga tahun12, antara tokoh pembangkit semangat bangsa ketika itu

bagi menjatuhkan penjajah. Pemikiran mereka banyak mempengaruhi Burhanudin yang

pernah belajar di Madrasah Al-Masyhoor Pulau Pinang, India dan pengalamannya

beberapa bulan di Palestin. Hal tersebut telah membangkitkan semangat reformasinya

untuk membebaskan Tanah Melayu.

Beliau bukan sahaja berjuang menentang penjajah, malah prinsip perjuangannya

merangkumi perjuangan Islam dan penyatuan bangsa. Sebagai contoh, berlaku siri-siri

demonstrasi membantah pendudukan penjajah sehingga berlaku penangkapan terhadap

beliau dan beberapa rakan yang lain. Namun begitu, kenapa Burhanuddin tidak

diketengahkan secara umum dalam buku-buku sejarah mengenai penglibatan beliau

menentang penjajah?

11
Mahmod Zuhdi Abd Majid (2010). Sheikh Muhammad Abduh Tokoh Reformis. Terbitan Yayasan
Islam Terengganu.
12
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sheikh_Muhammad_Tahir_Jalaluddin
22
Hal ini selari dengan apa yang diperkatakan dalam tulisan Burhanuddin Al-Helmi (1957)

di dalam bukunya „Ideologi Politik Islam‟. Bukan itu sahaja, malah tulisan Burhanuddin

Al-Helmi (1954) yang bertajuk „Agama dan Politik‟ juga banyak membincangkan

mengenai hala tuju beliau dalam mengorientasikan perjuangannya untuk memartabatkan

Islam, supaya lebih difahami khususnya oleh pendokong-pendokong beliau mahupun

musuhnya. Kesungguhan Burhanuddin dapat dilihat dengan penglibatan beliau dalam

„Rusuhan Natrah‟ dan penyertaan beliau dalam Persatuan Islam Se-Tanah Melayu

(PAS). Namun begitu, usahanya tidak dapat dilaksanakan apabila terpaksa berhadapan

dengan kekangan demi kekangan.

Walaupun beliau tidak diketengahkan secara umum, tetapi dalam masa yang sama, ada

yang mengingatinya. Sebagai contoh, penganjuran seminar mengenai Burhanuddin telah

diadakan di dewan Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam

yang dihadiri 300 peserta bertemakan „Seminar Pemikiran Prof. Dr. Burhanuddin Al-

Helmi Bin Hj. Mohd Noor‟, sehingga akhirnya beberapa rumusan telah dibuat oleh

kebanyakan yang hadir. Antaranya ialah Dr. Burhanuddin Al-Helmi adalah tokoh siasah

Islam. Persoalannya, adakah benar Burhanuddin merupakan seorang tokoh siasah Islam?

Kesimpulan yang dibuat ini adalah berdasarkan kelompok yang tertentu sahaja, tanpa

melihat persepsi dari kelompok yang lain. Perkara ini penting untuk dinilai secara yang

lebih adil berbanding hanya melihat kepada satu kelompok sahaja.

Seterusnya, ekonomi politik Islam yang lebih menjurus kepada pembangunan

masyarakat, dari segi muamalat Islam seperti kekuatan ekonomi, kepimpinan dan

23
perpaduan sosial amat penting untuk dikaji, kerana ia merupakan asas utama perjuangan

Burhanuddin dalam membangun dan membela masyarakat. Sebagai contoh, ketegasan

Burhanuddin dalam membela nasib rakyat di kampung, apabila melihat

ketidaksungguhan kerajaan dalam menangani masalah baka ternakan dan latihan.13

Tambahan pula, beliau memang terkenal sebagai seorang tokoh kontroversi yang lantang

menyuarakan pandangannya di peringkat kampung mahupun negara. Oleh itu, sejarah

kelantangan beliau dalam menyumbangkan idea, bolehlah dikatakan sebagai pemimpin

Melayu yang mempunyai ideologi politik yang luas.14 Namun, sumbangannya tidak

didapati secara meluas dalam buku sejarah tempatan negara. Disebabkan itulah,

pengkajian khusus mengenai sumbangan beliau terhadap ekonomi politik Islam perlu

dikaji secara lebih mendalam.

Apabila kita meneliti penulisan yang melibatkan kegiatan Burhanuddin dalam ekonomi

politik Islam, maka karya-karya yang melibatkan Ramlah Adam (2003), Kamarudin

Jaafar (1980), Ahmad Boestamam (1972) serta penulis yang lain tidak dapat

dikesampingkan. Ramlah Adam (2003), lebih memfokuskan dari aspek biodata

perjuangan sejarahnya, manakala Kamarudin Jaafar (1980) pula, mengenai

perkembangan penglibatan Burhanuddin dalam politik Islam. Berbeza dengan karya

Ahmad Boestamam (1972) yang lebih memfokuskan terhadap aspek keperibadian dan

perwatakan beliau.

13
Ramlah Adam (2003). op. cit., hlm. 192
14
Ibid., .hlm. 247

24
Hal ini menunjukkan bahawa, pengkajian sebelum ini tidak memfokuskan secara

langsung berkenaan ekonomi politik Islam yang berkaitan Burhanuddin. Namun begitu,

hujah-hujah yang dikemukakan mereka, mampu untuk menguatkan dalil mengenai

perjuangan beliau, dari aspek muamalat Islam yang diterjemahkan sebagai ekonomi

politik Islam. Antara contoh perjuangannya mengenai meningkatkan ekonomi dan taraf

kehidupan masyarakat Melayu, adalah seperti beliau mengeluarkan kenyataan yang

tegas mengenai kemunduran luar bandar pada tahun 1962.15

Namun begitu, beliau tidak dapat lari dari kritikan kelompok pihak lain. Hal ini dapat

dibuktikan, apabila banyak persepsi terhadap beliau dikemukakan. Ada persepsi yang

baik, seperti apa yang diperkatakan oleh Ahmad Boestamam (1972) di dalam bukunya

„Dr. Burhanuddin Putera Setia Melayu Raya‟ yang mengulas mengenai peribadi

Burhanuddin yang amat dikaguminya dan ada pula yang kurang baik seperti yang

dipetik dalam buku Ramlah Adam (2003) yang menyatakan bahawa kecurigaan ahli-ahli

PAS sendiri timbul apabila beliau ingin dilantik menjadi Presiden PAS.16

Perkara yang menjadi konflik utama mengenai pendirian Burhanuddin, ialah penglibatan

beliau sebagai nasionalis yang berusaha untuk memerdekakan Tanah Melayu tidak

dilakukannya dengan menentang Jepun. Sebaliknya beliau mematuhi segala kehendak

pemerintah Jepun.

15
Ibid., hlm. 192
16
Ibid., hlm. 148
25
Walaupun masyarakat dan beliau sendiri mengetahui bahawa Jepun telah memecahkan

Tanah Melayu kepada beberapa buah unit dan empat buah negeri Melayu di Utara yang

telah diserahkan semula kepada Thailand. Namun begitu, beliau masih bekerja dengan

pihak Tentera Jepun sebagai Penasihat Hal Ehwal Adat dan Agama Islam di Taiping,

Perak. Hal ini di antara perkara yang menimbulkan persoalan mengenai pendirian beliau.

Beliau juga telah melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme Melayu sejak akhir tahun

1930-an. Beliau pernah dituduh terlibat dalam usaha menubuhkan National Front bagi

membantu Indonesia dan terlibat dalam pembentukan kerajaan buangan di Indonesia.

Beliau bersama rakan-rakannya yang lain selalu membuat hubungan dengan ejen

Indonesia dan tokoh-tokoh politik pembangkang. Beliau ditahan tanpa bicara selama

hampir lima tahun. Apabila kesihatannya bertambah buruk, beliau dibebaskan.17

Apabila diteliti prinsip perjuangan Burhanuddin, kajian Kamarudin Jaafar (1979) dapat

diambil sebagai asas seperti di dalam penulisan beliau yang mengatakan bahawa, prinsip

Burhanuddin dilihat seolah-olah bertentangan, namun beliau tetap teguh kepada tiga

prinsip ini, iaitu dalam memperjuangkan tanah air, memperjuangkan kebangsaan Melayu

dan memperjuangkan Islam.18

Begitu juga, pada permulaan perjuangan beliau berada di dalam PAS, lebih menonjolkan

semangat nasionalisme dan konsep Melayu Raya yang diperjuangkannya selama ini.

17
Ibid., hlm. 228-233
18
Kamaruddin Jaafar di Malam Memperingati Dr.Burhanuddin Al-Helmy pada 25hb Oktober 1979 di
Dewan Bahasa dan Pustaka, anjuran Institut Analisa Sosial.
26
Apa yang jelas, beliau dilihat seperti ingin menjadi wira politik orang Melayu, bukannya

Islam. Hal ini merupakan isu penting dalam pengkajian mengenai tokoh ini. Beliau juga

banyak membicarakan mengenai perjuangannya dalam menegakkan Islam seperti

dipetik dalam penulisan beliau yang bertajuk Agama dan Politik (1954), Ideologi Politik

Islam (1957), Falsafah Kebangsaan Melayu (1954) dan beberapa lagi karangan beliau.

Walaupun begitu, mengapa masih ada yang mempersoalkan dasar perjuangan beliau?.

Apa yang digambarkan oleh beliau di dalam karya-karyanya menggambarkan bahawa

politik, ekonomi, dan sosial tidak dapat dipisahkan dengan Islam, misalnya, beliau

mengatakan begini dalam karyanya Ideologi Politik Islam (1957):

“Kita perlu balik kepada al-Quran dan al-Sunnah yang nyata dan tegas
menunjukkan bahawa Islam tidak boleh berpisah dan dipisahkan oleh
politik kerana Islam menghubungkan hamba dengan Tuhan dan
menghubung hamba dengan hamba. Islam mengubah bentuk dan dasar
pemerintah dan masyarakat, bermula dari masyarakat Nasional lantas ke
masyarakat Internasional. Ini jelas kelihatan perjalanannya dalam sejarah
Islam dan perjuangan ini akan terus berjalan hingga ke hari kiamat .”19

Hal ini bermakna, kepimpinan yang berasaskan Islam berserta kematangan di dalam

mengatur strategi kenegaraan akan lebih membawa keberkatan, kemakmuran serta

keredaan Allah SWT Sepertimana firman Allah SWT dalam surah Ibrahim :-

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai


Tuhan ku! Jadikan lah negeri Makkah ini negeri Yang aman, dan jauhkan
lah daku dan anak-anak ku dari perbuatan menyembah berhala.”
Wahai Tuhan ku, berhala-berhala itu telah menyebabkan banyak yang
sesat di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa Yang menurut ku (dalam
Islam Yang menjadi pegangan ku) maka ia adalah dari golongan ku; dan
sesiapa yang menderhaka kepada Ku (dengan menyalahi ugama ku),

19
Kamarudin Jaffar (1980). op. cit., hlm. 179
27
maka Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani
(kiranya ia insaf dan bertaubat).20

Isu utama di sini ialah, terdapat daripada pengkaji yang mengkritik pembawaan beliau

dari segi dasar Islam yang diperjuangkannya. Hal ini disebabkan banyaknya pertubuhan

yang dimasuki oleh beliau.21 Beliau dilihat sudah tidak ada lagi tempat pergantungan

untuk membawa agenda politiknya sehingga terpaksa memasuki PAS.

Walaupun begitu, hasil dari pengamatan beberapa karyanya seperti Perjuangan Kita

(1946), Falsafah Kebangsaan Melayu (1954), Agama dan Politik (1954), Ideologi

Politik Islam (1957) dan ucapannya di Mesyuarat Agung PAS ke-12, masalah utama

beliau ialah kesusahan untuk merealisasikan matlamatnya. Sebagai contoh, melalui

beberapa siri penangkapan terhadap beliau telah menyebabkan perjuangannya tersekat,

sekaligus menghalangi usahanya untuk meneruskan idea-ideanya. Penangkapan terakhir

terhadap beliau ialah pada 28 Januari 1965 di bawah peruntukan Internal Security Bill.22

Perbincangan mengenai beliau tidak akan tamat, pengkajian terhadap beliau juga tidak

akan berakhir, namun kajian ini bertujuan mencari titik pertemuan antara sumbangan

beliau dan ekonomi politik Islam yang lebih dapat difahami sebagai muamalat Islam

sepertimana dalam Rajah 1.1.

20
Surah Ibrahim:35-36
21
Kamaruddin Jaafar di Malam Memperingati Dr.Burhanuddin Al-Helmy pada 25hb Oktober 1979 di
Dewan Bahasa dan Pustaka, anjuran Institut Analisa Sosial.
22
Ramlah Adam (2003). op. cit., hlm. 226
28
ISLAM

IBADAH
JINAYAT MUNAKAHAT MUAMALAT

EKONOMI POLITIK
ISLAM

Rajah 1.1 Kedudukan ekonomi politik Islam dan muamalat.

Merujuk kepada Rajah 1.1, pelaksanaan dalam Islam mempunyai empat bahagian

penyempurnaannya iaitu jinayat, munakahat, muamalat dan ibadah. Dalam keempat-

empat bahagaian tersebut, ekonomi politik Islam berada pada bahagian muamalat.

Kekuatan ekonomi sahaja tidak cukup untuk memastikan negara aman dan makmur.

Malah dengan percantuman di antara dua elemen ini iaitu Ekonomi Islam dan Politik

Islam mampu untuk mengubah serta mencorak masyarakat ke arah yang lebih baik, di

samping mendapat keredhaan daripada Allah SWT Perkara ini dinyatakan di dalam Al-

Quran, sepertimana firman Allah SWT :

“Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan


Tuhannya, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki
yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan
serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat
kesudahan (yang baik)”23

23
Ar-Ra‟d:22
29
1.3 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan pernyataan masalah yang dikemukakan, maka matlamat utama kajian ini

ialah menganalisis perjuangan Dr. Burhanuddin Al-Helmi yang berkaitan dengan

pembangunan ekonomi politik Islam di Malaysia.

Secara khususnya, objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti perjuangan pengislahan ummah Dr. Burhanuddin Al-Helmi dari

aspek Ekonomi Politik Islam.

2. Menganalisis sumbangan keintelektualan Dr. Burhanuddin Al-Helmi dalam

konteks pembangunan ekonomi politik Islam di Malaysia.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Bagi mencapai objektif di atas, beberapa persoalan kajian telah digariskan berhubung

tokoh Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan kaitannya dengan pembangunan ekonomi politik

Islam di Malaysia.

1. Apakah sejarah perjuangan Dr. Burhanuddin Al-Helmi?

2. Apakah dasar, skop dan matlamat perjuangan Dr. Burhanuddin Al-Helmi

berdasarkan ekonomi politik Islam?

3. Apakah idea-idea dan fakta-fakta Dr. Burhanuddin Al-Helmi dalam

pembangunan ekonomi politik Islam yang menjurus kepada masyarakat dari segi

amalan dan teori-teori ilmunya yang menjadi perbincangan sampai sekarang?

4. Apakah hubung kait isu-isu pemikiran Dr. Burhanuddin Al-Helmi dengan

perkembangan ekonomi politik Islam di Malaysia?

30
5. Sejauh manakah strategi pengislahan masyarakat yang dirancang oleh Dr.

Burhanuddin Al-Helmi dalam merealisasikan matlamatnya dalam konteks

ekonomi politik Islam?

Bagi menjelaskan lagi mengenai hubungan antara objektif dan persoalan kajian. Maka,

jadual 1.2 telah dibuat. Ia adalah seperti berikut:

OBJEKTIF KAJIAN PERSOALAN KAJIAN

1. Mengenal pasti perjuangan i- Apakah sejarah perjuangan Dr.


pengislahan ummah Dr. Burhanuddin Al-Helmi?
Burhanuddin Al-Helmi dari ii- Apakah dasar, skop dan matlamat
aspek Ekonomi Politik perjuangan Dr. Burhanuddin Al-Helmi
Islam. berdasarkan ekonomi politik Islam?
iii- Apakah idea-idea dan fakta-fakta Dr.
Burhanuddin Al-Helmi dalam pembangunan
ekonomi politik Islam yang menjurus
kepada masyarakat dari segi amalan dan
teori-teori ilmunya yang menjadi
perbincangan sampai sekarang?

2. Menganalisis sumbangan i- Apakah hubung kait isu-isu pemikiran Dr.


keintelektualan Dr. Burhanuddin Al-Helmi dengan
Burhanuddin Al-Helmi perkembangan ekonomi politik Islam di
dalam konteks Malaysia?
pembangunan ekonomi ii- Sejauh manakah strategi pengislahan
politik Islam di Malaysia. masyarakat yang dirancang oleh Dr.
Burhanuddin Al-Helmi dalam

31
merealisasikan matlamatnya dalam konteks
ekonomi politik Islam?

Jadual 1.2 Jadual hubungan objektif dan persoalan kajian

Bagi mencapai objektif pertama iaitu mengenal pasti perjuangan pengislahan ummah Dr.

Burhanuddin Al-Helmi dari aspek Ekonomi Politik Islam. Tiga persoalan kajian seperti

di dalam jadual 1.2 perlu dijawab.

Seterusnya, bagi mencapai objektif kedua iaitu menganalisis sumbangan keintelektualan

Dr. Burhanuddin Al-Helmi dalam konteks pembangunan ekonomi politik Islam di

Malaysia. Dua persoalan kajian seperti di dalam rajah 1.2 perlu dijawab. Apabila

kesemua persoalan tersebut dijawab, maka kajian ini telah mencapai keseluruhan

objektifnya.

1.5 DEFINISI OPERASIONAL

Terdapat dua konsep utama yang akan dihuraikan. Antaranya ialah konsep

pembangunan dan konsep ekonomi politik Islam. Konsep pembangunan perlu

dihuraikan, kerana ia sangat sesuai untuk Burhanuddin di atas peranan besar beliau

merubah dan memperbaiki masyarakat dalam konteks ekonomi politik di zaman beliau.

Oleh itu, definisi operasional ini bertujuan untuk menjelaskan maksud konsep tersebut

berdasarkan kesesuaian terhadap kajian ini.

32
1.5.1 KONSEP PEMBANGUNAN

Pembangunan merupakan istilah yang paling banyak didengar kira-kira dalam tahun

1970-an. Walaupun kata ini bukan merupakan istilah baru dalam perbendaharaan bahasa

Indonesia dan Malaysia, namun istilah pembangunan dengan pengertian “baru” iaitu

yang lebih berhubung kait berkenaan sosioekonomi, memang merupakan gejala

semantik yang relatif baru dan menjadi popular. Ia berlaku ketika pemerintah

memulakan suatu usaha pembangunan yang terancang dan berjangka panjang sejak

tahun 1969.24

Berdasarkan penelitian Shamsiah Badruddin (2009), beliau telah membawa beberapa

pandangan sarjana berkenaan makna pembangunan. Antaranya, menurut Riyadi

(2005), secara umum ada suatu keselarian makna bahawa pembangunan merupakan

proses untuk melakukan perubahan. Menurut Siagian (1994) pula, pembangunan

memberikan pengertian tentang,

“suatu usaha atau rangkaian usaha pertumbuhan dan perubahan yang


berstrategi dan dilakukan secara sedar oleh suatu bangsa, negara dan
pemerintah, menuju kemodenan dalam rangka pembinaan bangsa
(nation building)”.

Sedangkan Ginanjar Kartasasmita (1994), memberikan pengertian yang lebih

sederhana, iaitu sebagai,

“suatu proses perubahan ke arah yang lebih baik melalui upaya yang
dilakukan secara terencana”.

24
Pertemuan Cendekiawan Muslim Pertama, Jakarta (1987). Cetakan Pertama. Perspektif Islam dalam
Pembangunan Bangsa. Bidang Penerbitan PLP2M. hlm. 1
33
Begitu juga, menurut Alexender (1994), pembangunan (development) adalah proses

perubahan yang mencakup seluruh sistem sosial, seperti politik, ekonomi,

infrastruktur, pertahanan, pendidikan, teknologi dan budaya. Portes (1976) pula,

mendefinisikan pembangunan sebagai transformasi ekonomi, sosial dan budaya.

Pembangunan adalah proses perubahan yang direncanakan untuk memperbaiki

berbagai aspek kehidupan masyarakat. Oleh karena itu, secara keseluruhannya

menurut Shamsiah Badruddin (2009), pembangunan diertikan sebagai proses

transformasi dan perubahan dalam masyarakat yang meliputi segala aspeknya, baik

ekonomi, industri, sosial, budaya, dan sebagainya.25

Menurut perspektif Islam pula, pembangunan merupakan kesempurnaan fungsi

kekhalifahan, dengan merealisasikan acuan (sibghah) Allah dalam mewujudkan

ummatan wasathan. Kekhalifahan mengandungi erti memperbaiki kehidupan

kemanusiaan dengan mengambil peranan dari fungsi utama Allah iaitu mengelola

dengan cekap dan berkesan serta memakmurkan kehidupan kemanusiaan.26

Menurut Sideq Baba (2009), beliau menyatakan bahawa maksud pembangunan dari

perspektif Islam haruslah bermula dengan keupayaan menjana yang integrative,

kekuatan metodologi dalam pemahaman yang maslahah dan pemahaman fikah yang

lebih utama.

25
Shamsiah Badrudin (2009). Pengertian Pembangunan. Dipetik dari
http://profsyamsiah.wordpress.com/2009/03/19/pengertian-pembangunan/
26
Ibid., hlm. 26-27
34
Pembangunan menurut Islam juga banyak diperbincangkan. Antaranya ialah menurut

Md. Zaki b. Abd. Manan (1999), pembangunan adalah merujuk kepada perubahan

daripada satu keadaan kepada satu keadaan yang lebih baik, peningkatan kualiti hidup

dan pembaharuan dalam kemajuan hidup. Pembangunan yang memberi perubahan satu

keadaan kepada satu keadaan yang lebih baik merupakan satu keperluan yang dicari-cari

oleh manusia. Namun demikian pembangunan yang dicari dan ingin digerakkan

semestinya tidak boleh bertentangan dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri.27

Begitu juga, menurut Muhammad Syukri Salleh (1985), pembangunan berteraskan Islam

sebenarnya mempunyai falsafah, konsep, premis dan epistemologi yang tersendiri. Ia

berbeza dengan falsafah, konsep, premis dan epistemologi pembangunan lazim. Ia

nampak seperti sama, seperti sebenarnya berbeza. Misalnya begini, kedua-dua sistem

pembangunan ini mengakui hakikat wujudnya perbezaan di kalangan masyarakat dalam

berbagai bidang. Kedua-duanya juga menganjurkan keadilan dilaksanakan di tengah-

tengah perbezaan itu.

Pembangunan lazim menganjurkan pertumbuhan dan pengagihan semula kekayaan

(liberal-kapitalis) dan pengagihan semula serta keadilan pengagihan alat-alat

pengeluaran (Marxis), manakala Islam menganjurkan sistem zakatnya. Walau

27
Md. Zaki b. Abd. Manan(1999).Pembangunan Islam Di Malaysia. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM). Dipetik dari http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=464
35
bagaimanapun, falsafah hakikat di sebalik kewujudan perbezaan itu adalah berbeza,

begitulah juga berbezanya konsep keadilan yang mereka perjuangkan itu.28

Secara keseluruhannya, konsep pembangunan yang dimaksudkan dalam tema kajian ini,

lebih tertumpu terhadap suatu umat yang dibangun berdasarkan perencanaan dan strategi

baru yang dibina berasaskan kepimpinan yang berkebajikan berdasarkan idea-idea yang

bernas. Ia bersesuaian dengan istilah pembangunan yang disebut sebagai pengislahan

sepertimana huraian Wan Mohd Nor Wan Daud (2005).

1.5.2 KONSEP EKONOMI POLITIK ISLAM

Banyak perbincangan yang jelas oleh sebahagian penulis. Antaranya seperti Charles

Stanton Devas (2009)29, beliau menghuraikan ekonomi politik dari aspek sains dan

undang-undang ekonomi secara umum dan mengatakan bahawa ekonomi politik adalah

merupakan ekonomi klasik. Begitu juga dengan Bascom (2009), menghuraikan ekonomi

politik berdasarkan ilmu sains sosial yang melibatkan perkembangan masyarakat dari

aspek ekonomi dan politik, lalu beliau menyatakan bahawa, “political economy is the

science of wealth” dan “science of value”.30

Namun begitu, sebahagian daripada penulis yang lain, cuba untuk mendefinisikan istilah

ekonomi politik mengikut pandangan masing-masing. Menurut Deliarnov (2006),

28
Muhammad Syukri salleh (1985). Pengenalan Pembangunan Berteraskan Islam. International Project
On Islamic Political Economy. Universiti Sains Malaysia. Hlm. 68
29
Charles Stanton Devas (2009). Political Economy. Bibliobazaar, LLC.
30
John Bascom (2009). Political Economy. Bibliobazaar, LLC. Hlm. 9-17.
36
penggunaan ungkapan ekonomi politik lebih memudahkan penulis mengarahkan isu

dalam teori sosial, iaitu hubungan antara ilmu ekonomi dan ilmu politik. Berdasarkan

karya Deliarnov (2006) juga, beliau mengemukakan beberapa pandangan sarjana Barat

seperti di dalam buku yang ditulis oleh Staniland (1985) iaitu What is Political

Economy? A study of Social Theory and Underdevelopment, beliau mentakrifkan

ekonomi politik sebagai sebuah pelajaran tentang teori sosial dan keterbelakangan.

Tumpuan pada masalah dasar dalam teori sosial iaitu hubungan antara politik dan

ekonomi. Ia menimbulkan isu berkaitan bagaimana kedua-duanya boleh saling terkait

antara satu dengan yang lain dan bagaimana seharusnya mereka terkait. Kemudian,

menurut Caporaso dan Levine (1993), pada awalnya ekonomi politik membawa maksud

untuk memberikan cadangan mengenai pengurusan masalah-masalah ekonomi kepada

pentadbiran atau pemerintah negara atau disebut.

Lingkungan ekonomi politik pula meliputi pelbagai disiplin, tidak hanya melibatkan

ilmu ekonomi dan politik sahaja, malah menjangkaui ilmu sosial, budaya, hukum dan

psikologi.31 Bauer (1967) pula mengatakan, ekonomi politik ialah:

“Pengertian yang biasa diberikan tentang perencanaan komprehensif


adalah sebagai pengawalan pemerintah terhadap komposisi dan arah
kegiatan ekonomi”.32

Albert Widjaja (1982), menghuraikan konsep ekonomi terpimpin seperti program yang

direncanakan untuk meningkatkan ekonomi berdasarkan pemikiran dan ideologi

31
Deliarnov (2006). Ekonomi Politik. Penerbit Erlangga. Hlm. 10
32
Albert Widjaja (1982). Budaya Politik Dan Pembangunan Ekonomi. Penerbit LP3ES, Jakarta. hlm. 208
37
pemerintah masing-masing. Konsep tersebut dilihat hampir maknanya dengan ekonomi

politik.33

Seterusnya, perbezaan antara ekonomi politik dan politik ekonomi, boleh dilihat

berdasarkan huraian Mohammad Hatta (1967). Beliau menghuraikan hubungan antara

ekonomi dan ekonomi politik. Beliau menyatakan bahawa, ilmu ekonomi dan politik

perekonomian terletak dalam dua daerah yang berbeza. Sebagai contoh, ilmu ekonomi

mengatakan bagaimana adanya dan politik perekonomian mengehendaki bagaimana

mestinya. Ilmu ekonomi mencari sebab-sebab, manakala politik perekonomian mencari

akibatnya. Ilmu ekonomi mengatakan apa yang biasa terjadi, politik perekonomian

mengehendaki apa yang mesti terjadi.34 Seterusnya, beliau banyak membincangkan

mengenai politik perekonomian daripada ekonomi politik. Maka, ilmu politik

perekonomian lebih terkehadapan pelaksanaannya berbanding ilmu ekonomi jika diteliti

dari sudut falsafahnya.

Politik ekonomi mengemukakan apa yang mesti dikerjakan untuk mencapai hasil yang

sebesar-besarnya dalam melaksanakan rencana dalam alam yang nyata, dengan

memerhatikan pula faktor-faktor yang bukan ekonomi.35 Politik ekonomi masih erat

hubungannya dengan teori ekonomi. Teori ekonomi menjadi pedoman, politik ekonomi

menjadi pelaksana. Ia tidak terletak pada ekonomi dahulu. Ilmu ekonomi datang

33
Ibid., hlm. 37
34
Mohammad Hatta (1967). Teori Ekonomi, Politik Ekonomi dan Orde Ekonomi. Penerbit Tintamas,
Jakarta. hlm. 3-4
35
Ibid., hlm. 18
38
kemudian setelah timbulnya masyarakat. Atau disebut juga sebagai “ applied

economics”.36

Secara ringkasnya, politik ekonomi didefinisikan sebagai campur tangan pemerintah

secara aktif dalam kehidupan ekonomi. Politik merupakan suatu bahagian daripada

tenaga-tenaga ekonomi yang menguruskannya. Tanpa politik tidak akan timbul

ekonomi.37 Ini bermakna, tanpa penguasaan politik ekonomi negara tidak dapat

bergerak.38 Oleh itu, tiada perbezaan yang ketara mengenai konsep ekonomi politik dan

politik ekonomi. Sekiranya ada perbezaan, ianya hanyalah berkisar berkenaan

pengolahan maksudnya sahaja.

Manakala, menurut Lange (1966), ekonomi politik atau ekonomi sosial adalah ilmu

mengenai hukum-hukum sosial yang menguasai pengeluaran dan pembahagian dari

barang-barang material untuk kepuasan kehendak manusia. Ekonomi politik hanya

memerhatikan aspek sosialnya sahaja. Aspek fiziknya terletak di luar bidang ekonomi

politik.39

Konsep yang paling sesuai digunakan dalam kajian ini ialah berdasarkan pandangan

Shively (2011):

“The subfield of political economy within political science focuses on


how the state and economy interact.”40
36
Ibid., hlm. 27
37
Ibid., hlm. 28
38
Winardi (1976). Pengantar Teori Politik ekonomi. Penerbit Alumni. Bandung. hlm. 27-28
39
Oskar Lange (1966). Ekonomi Politik. P.T. Dian Rakyat. hlm.1
40
W.Phillips Shively (2011). Power and Choice An Introduction To Political Science. Mc Graw Hill
International Edition. Twelfth Edition.
39
Hal ini membawa makna bahawa, ekonomi politik termasuk di dalam bidang sains

politik yang membincangkan bagaimana interaksi antara ekonomi dan negara. Begitu

juga, Jevons (2008), „political economy treats of the wealth of nations‟, yang membawa

maksud memelihara kekayaan negara.41

Begitu juga, Caporaso dan Levine (1993), mentakrifkan ekonomi politik sebagai

mengemukakan cadangan mengenai pengurusan masalah-masalah ekonomi kepada

pentadbiran atau pemerintah negara atau disebut (Political economy referred to the

management of economy affairs of the state). Namun, pakar-pakar ekonomi politik baru

mentakrifkan sebagai analisis ekonomi terhadap proses politik.42

Menurut Shamsulbahriah Ku Ahmad (1990) pula, beliau banyak membicarakan

mengenai konsep ekonomi politik. Berdasarkan pandangan beliau, teori ekonomi tidak

membentuk politik, tetapi falsafah politik berkepentingan membentuk dasar ekonomi

negara. Begitu juga, ahli politik tidak bebas dan mempunyai kepentingan sendiri

termasuklah memutuskan dasar ekonomi negara. Menurut pandangannya lagi, ekonomi

politik merupakan bidang yang luas yang merangkumi bukan sahaja aspek ekonomi dan

politik, bahkan antaranya sosiologi, sains politik dan sejarah.

41
W. Stanley Jevons (2008). Political Economy. Bibliobazaar,LLC. hlm. 7
42
Deliarnov (2006). op.cit., hlm. 8-10
40
Merujuk kepada kamus dewan edisi ke-4, ekonomi politik membawa maksud cabang

ekonomi yang menganalisis ekonomi berdasarkan pendekatan politik.43 Cabang ilmu

politik yang membincangkan pengaruh ekonomi terhadap politik. Bidang ini penting

bagi memahami bagaimana perkembangan politik sesebuah negara sangat kuat

dipengaruhi oleh faktor ekonomi. Ia menumpukan persoalan penindasan, kelas dan

konflik kelas, hutang luar negara, pelaburan, perkembangan kapitalisme dan sebagainya

yang berkait dengan ekonomi. Ekonomi politik juga memberi banyak fokus kepada

persoalan hubungan antara negara miskin dengan negara maju. Disiplin ini merupakan

salah satu daripada cabang ilmu sains politik seperti falsafah politik, teori politik, politik

Malaysia dan juga sosiologi politik.44

Menurut Choudhury (1997), perspektif ekonomi politik Islam pada dasarnya berbeza

daripada idea-idea ekonomi politik dalam kesusasteraan. Ekonomi politik kelihatan

menjadi kajian tentang hubungan yang saling bertentangan antara struktur kekuasaan

dan struktur kekayaan serta sumbangannya. Ekonomi politik liberal tidak mengakui

perkaitan aksi kolektif dalam meringankan konflik sosial, tetapi menganjurkan campur

tangan kerajaan secara minima di setiap sektor ekonomi.

Secara kesimpulannya, berdasarkan keseluruhan makna dan pendapat mengenai

ekonomi politik, maka huraian konsep ekonomi politik yang bersesuaian untuk kajian ini

ialah menganalisis ekonomi dan politik, agar interaksi antara ekonomi dan pemerintah

dalam memastikan kekayaan negara dapat dipertingkatkan sebagai memenuhi kehendak

43
Kamus Dewan Edisi Ke-4, Dewan Bahasa dan Pustaka.
44
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ekonomi+politik
41
sosial. Ia mencakupi bidang sains politik, menjangkaui ilmu sosial, budaya, hukum dan

psikologi.

Maksud tersebut sesuai untuk digabungkan dengan Islam, kerana ia adalah sebahagian

daripada kesempurnaan Islam. Sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan al-

sunnah adalah sempurna, meliputi dimensi rohani, moral, pemikiran, pendidikan, jihad,

sosial, ekonomi dan politik.45 Islam merupakan suatu keseluruhan yang utuh dalam

bentuk suatu sistem yang terdiri sub-sistem yang saling berkaitan yang seluruhnya

bertujuan untuk mencapai suatu tujuan yang tertentu. Mengenal Islam harus dalam

bentuk keseluruhan dan bukan dalam bahagian-bahagian yang terpecah.46

Maka gabungan antara dua bidang tersebut telah membentuk bidang ekonomi politik

Islam. Ia merupakan satu kaedah dan bidang baru dalam aplikasi ekonomi politik dunia.

Ia merangkumi falsafah pelaksanaan ekonomi politik yang dilihat dari konsep

pengislahan ummah. Falsafah tersebut tidak dikaji berdasarkan kepada disiplin ekonomi

yang dilihat menurut teori ekonomi merangkumi nilaian angka sahaja. Begitu juga

politik, ia tidak dilihat berdasarkan kepada teori biasa politik yang membatasi hal

kenegaraan sahaja. Namun begitu, ekonomi politik Islam dirangka agar menjadi lebih

komprehensif dan bersepadu.

45
Yusuf Al-Qaradhawi (2002). Fiqh Kenegaraan. Angkatan Belia Islam Malaysia. Kuala Lumpur. hlm.
20
46
Pertemuan Cendekiawan Muslim Pertama, Jakarta (1987). op. cit., hlm. 242
42
Bidang baru tersebut melihat bagaimana falsafah politik Islam dan falsafah ekonomi

Islam dapat digabungkan dalam membentuk falsafah baru yang disebut ekonomi politik

Islam. Hal ini berdasarkan syariat Islam yang terkandung juga disiplin ekonomi dan

politik. Contohnya pengharaman riba dalam Islam yang bersangkutan dengan disiplin

ekonomi moden.

Maka ekonomi politik Islam boleh didefinisikan sebagai gabungan falsafah ekonomi

Islam dan falsafah politik Islam yang melibatkan pembangunan sosiopolitik,

pembangunan sosioekonomi, kepentingan awam, pengurusan sumber manusia dan

pengurusan konflik. Ia dilaksanakan berdasarkan konsep keadilan dan kebajikan, amar

makruf nahi mungkar, konsep ubudiyah dan uluhiyah serta tanggungjawab sebagai

khalifah dan hamba Allah SWT yang berpandukan al-Quran dan Hadith. Ia juga

berdasarkan konsep pengislahan ummah, yang bermatlamatkan mardhatillah iaitu

mendapat al-falah yakni kejayaan dunia dan akhirat.

1.6 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Skop kajian ini ialah pemikiran dan pelaksanaan Dr. Burhanuddin Al-Helmi,

berdasarkan pengaruhnya terhadap pembangunan ekonomi politik Islam.

Penyelidikannya mengandungi dua bahagian. Bahagian pertama ialah mengenal pasti

pemikiran, prinsip, matlamat perjuangan, idealisme dan strategi pelaksanaan Dr.

Burhanuddin Al-Helmi berdasarkan biografi, ekonomi, politik dan sosial. Kajian ini

banyak merujuk kepada buku-buku biografi dan sejarah tokoh berkenaan. Ia dilihat

43
berdasarkan ciri-ciri ekonomi politik Islam iaitu berdasarkan pembangunan sosiopolitik,

pembangunan sosioekonomi, keseimbangan pembangunan masyarakat, kepentingan

awam, dan pengurusan sumber manusia. Ia dihubungkan dengan konsep keadilan dan

kebajikan dalam Islam.

Bahagian kedua pula menganalisis hasil dapatan kajian sumbangan Burhanuddin, dalam

mempengaruhi perkembangan pembangunan ekonomi politik Islam di Malaysia

berdasarkan pemikiran, prinsip, matlamat perjuangan dan strategi pelaksanaannya.

Analisis tersebut dilakukan berdasarkan konsep pengislahan ummah menjurus kepada

panduan al-Quran dan hadith.

Antara batasan-batasan kajian pula adalah seperti berikut:

1. Batasan subjek kajian - Merujuk kepada tajuk utama kajian, Dr. Burhanuddin Al-

Helmi merupakan individu yang dikaji. Kajian tersebut berkisar mengenai

pendapat-pendapat beliau yang lebih memfokuskan terhadap konsep ekonomi

politik Islam. Hal ini adalah untuk melihat sejauh mana pemikiran Burhanuddin

yang mempengaruhi pembangunan masyarakat ketika itu.

2. Batasan bidang - Kajian ini berdasarkan kepada bidang ekonomi politik Islam. Ia

merangkumi dari sudut muamalat dalam Islam yang melibatkan pembangunan

ekonomi, politik dan sosial masyarakat. Bukan itu sahaja, malah ia menggunakan

panduan al-Quran dan Hadis sebagai rujukan utama, yang menekankan konsep

keadilan dan kebajikan dalam masyarakat. Bidang ini meliputi falsafah ekonomi

44
Islam dan falsafah politik Islam yang lebih komprehensif. Ia lebih menekankan

pembangunan sosiopolitik, sosioekonomi dan sosiologi.

3. Batasan masa - Kajian ini membuat penelitian berkenaan Burhanuddin di

sepanjang penglibatan beliau di bidang politik. Maka, kajian ini terbatas kepada

permulaan beliau bergiat dalam arena politik sehingga akhir hayatnya, tidak

termasuk zaman remajanya.

1.7 KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN KAJIAN

Setelah mana meneliti beberapa karangan berkaitan dengan Burhanuddin, maka kajian

ini amat penting dilaksanakan atas empat sebab. Pertama, pengkajian ini penting kerana

mengkaji bidang ekonomi politik Islam yang belum dikaji oleh mana-mana pengkaji

sebelum ini. Oleh itu, ia membawa penumpuan terhadap perkembangan umat Islam

sendiri dari aspek ekonomi politik Islam.

Kedua, kajian ini membuka peluang banyak pihak dalam mengenali tokoh ini, kerana

belum banyak kajian yang dilakukan terhadap beliau. Kajian ini akan mengutarakan

perjuangan dan usaha-usaha beliau dalam memajukan tanah air tercinta. Kajian ini amat

penting untuk mengkaji sumbangan Burhanuddin di dalam memacu gerakkannya ke

arah mencapai matlamatnya. Seterusnya, ia penting bagi membuktikan fakta-fakta

bagaimana perjuangan beliau telah memberikan manfaat besar terhadap masyarakat.

45
Ketiga, kajian ini dilakukan bagi memahami konsep ekonomi politik Islam, yang

merangkumi sejarah dan kaedah pelaksanaan ekonomi politik, serta bezanya dengan

kaedah pelaksanaan ekonomi politik Islam secara umum. Perbezaan ini penting kerana

Islam mempunyai dasar dan prinsip tersendiri yang perlu dijadikan asas terhadap kajian

ini. Hasilnya diharapkan dapat dijadikan pendekatan kearah pemerkasaan pembangunan

ummah.

Akhirnya kajian ini amat penting bagi mengembangkan lagi ilmu pengetahuan mengenai

konsep ekonomi politik Islam dan seterusnya menjadi pelaksanaan bersama. Ia juga

dapat menambah khazanah ilmu di dalam bidang pengurusan pembangunan Islam di

bawah pusat pengajian sains kemasyarakatan.

1.8 SUSUNAN BAB

Bab pertama dalam kajian ini merupakan bab pengenalan yang akan menerangkan

tentang latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian,

skop dan batasan kajian, definisi operasional, kepentingan dan sumbangan kajian, serta

susunan kajian. Bab ini bertujuan memberikan gambaran dan tasawur mengenai

pengkajian ini yang bertajuk „Dr.Burhanuddin Al-Helmi dan Pembangunan Ekonomi

Politik Islam di Malaysia‟.

Manakala bab kedua mengkaji mengenai sorotan karya dengan lebih mendalam

berkaitan biodata perjuangan Burhanuddin berkenaan sejarah dan perkembangannya. Ia

46
disoroti berdasarkan konsep ekonomi politik Islam sehingga terbentuk kerangka

konseptual kajian.

Seterusnya dalam bab ketiga akan menghuraikan mengenai reka bentuk kajian, kaedah

pengumpulan data dan kaedah menganalisis data. Bab ini penting sebagai salah satu cara

yang sistematik untuk mencapai objektif kajian dengan lebih sempurna dan tepat.

Selain daripada itu, bab empat pula mengenal pasti prinsip, matlamat, strategi

pelaksanaan dan pemikiran Burhanuddin yang didapati menerusi kajian data-data

sekunder. Ia berdasarkan biografi, ekonomi, politik dan sosial. Ia dilakukan dengan

menggunakan kaedah perpustakaan.

Setelah mempunyai dapatan kajian, dalam bab lima kajian ini diperhalusi lagi dengan

melakukan analisis dapatan kajian mengenai sumbangan-sumbangan yang telah

dilakukan oleh Burhanuddin yang mempengaruhi pembangunan masyarakat dari aspek

ekonomi, politik dan sosial. Ia dianalisis berdasarkan prinsip, matlamat, strategi

pelaksanaan dan pemikiran Burhanuddin yang meliputi konsep ekonomi politik Islam.

Akhirnya, bab enam yakni bab yang terakhir ini menceritakan mengenai kesimpulan dan

rumusan terhadap kajian yang dilakukan. Selain itu, saranan berserta cadangan

diusulkan bagi penyelidikan yang boleh digunakan untuk kajian akan datang.

47
BAB 2
KAJIAN LEPAS DAN SOROTAN KARYA

2.0 PENGENALAN

Pengkajian ini akan melihat sumbangan pemikiran Dr. Burhanuddin Al-Helmi

(Burhanuddin) yang mempengaruhi perkembangan sosioekonomi dan sosiopolitik di

Malaysia. Ia melibatkan aspek muamalat sosial dalam Islam yang menjurus kepada

pembangunan ekonomi politik Islam. Pengkajian ini memfokuskan secara menyeluruh

terhadap kajian dan karya yang berkaitan tajuk kajian ini.

Setelah meneliti beberapa penulisan yang mewakili elemen penting yang berkaitan

dengan kajian ini, maka tema pengkajian ini lebih tertumpu kepada beberapa tema yang

utama iaitu mengenai Burhanuddin dari aspek biodata dan dasar perjuangannya.

Seterusnya perkembangan pelaksanaan pembangunan masyarakat yang dikaji

berdasarkan bidang ekonomi politik Islam.

2.1 SOROTAN KAJIAN LEPAS

2.1.1 Dr. Burhanuddin Al-Helmi

Setakat kajian yang ditemui hanya beberapa pengkajian sahaja yang betul-betul

memfokuskan berkenaan Burhanuddin. Kajian tersebut ialah Noraini Ismail (1999)

merupakan kajian terbaru mengenai Burhanuddin. Beliau mengulas mengenai pemikiran


48
politik Burhanuddin yang dilihat berdasarkan sejarah dan biografi perjuangan beliau. Ia

tidak jauh berbeza dengan kajian yang kedua iaitu Saliha Hasan (1972), yang melihat

berkenaan biografinya juga. Namun, Noraini lebih menekankan terhadap konsep

yayasan Islam yang diusahakan.

Roslan Saadon (2007) pula, membincangkan mengenai perjuangan nasionalisme Melayu

Raya yang dilihat dari perkembangannya berdasarkan sejarah pejuang-pejuang

kemerdekaan berhaluan kiri. Maka, penglibatan Burhanuddin dalam memperjuangkan

Melayu Raya dilihatnya sebagai suatu prinsip yang utuh, walaupun cabaran demi

cabaran diterimanya. Sehinggalah masyarakat Melayu pada ketika itu mula memahami

konsep Melayu Raya yang dibawanya. Perbincangan mengenai Burhanuddin ini turut

dibincangkan oleh Ishak Saat (2007) yang memfokuskan dari aspek radikalnya.

Berbeza pula dengan kajian Ismail Said (2008), beliau lebih menekankan tentang sejarah

kepimpinan PAS yang dilihat sebuah parti Islam yang mendominasi golongan

berideologi Islam pada ketika itu. Maka, Burhanuddin termasuklah di kalangan

golongan tersebut.

2.1.2 Ekonomi Politik Islam

Setelah meneliti kajian mengenai ekonomi politik Islam, maka pengkajian yang sering

dikaji adalah berkisar mengenai ekonomi dan politik secara berasingan. Begitulah juga

dengan bidang ekonomi Islam dan Politik Islam.

49
Setakat yang ditemui, hanya terdapat dua kajian yang mengkaji tentang ekonomi politik

iaitu Thirugnana (2004), membincangkan peranan pemerintah dalam mempengaruhi

sistem pendidikan sekolah Tamil. Berbeza dengan Faisal Syam (1999) yang

membincangkan tentang ekonomi politik berdasarkan rancangan kerajaan dalam

membangunkan ekonomi dunia maya (ruang siber) dan kesesuaiannya untuk ekonomi,

politik dan sosial bangsa kita.

Pengkajian secara khusus mengenai bidang ekonomi politik Islam setakat yang ditemui

hanyalah kumpulan kajian daripada International Project On Islamic Political Economy

(IPIPE) oleh Choudry dan Muhammad Syukri Salleh (1997). Justeru, pengkajian

mengenai ekonomi politik Islam masih di peringkat awal dan terbuka luas.

Pendapat Choudry (1997), mengenai ekonomi politik Islam ialah ilmu yang

mempelajari hubungan antara kerajaan (syura) dan sub sistem pasaran . Interaksi ini

dilakukan untuk mengembangkan pemahaman manusia, penerimaan sosial dan institusi

syariat dalam perilaku hidup.

Pengkajian mengenai ekonomi Islam dan politik Islam sudah banyak dikaji. Maka,

penelitian secara khusus mengenai bidang tersebut tidak menjadi fokus utama kajian ini

kerana penumpuan diberikan hanya pada kajian mengenai ekonomi politik Islam sahaja.

Sebagai contoh, Mohd Noor (2003) yang menekankan konsep ijtihad dalam ekonomi

Islam. Berbeza dengan Salleh Mohamed (1985) yang membincangkan tentang

50
pelaksanaan ekonomi Islam dalam sektor perindustrian. Namun begitu, Wan Rohani

(1998) pula, menekankan tentang peranan buruh dalam ekonomi Islam. Ia hampir sama

dengan kajian Taufiq Hidayat (2003), yang membincangkan tentang perlindungan hak

buruh menurut perspektif ekonomi Islam. Inilah antara beberapa contoh pengkajian

mengenai ekonomi Islam.

Begitu juga dengan bidang politik Islam yang sudah diterokai oleh ramai pengkaji.

Sebagai contoh, Masturi Rahmat (2004), membincangkan tentang pengaruh pemikiran

politik Abul A‟la Al-Maududi terhadap undang-undang Islam dan perlembagaannya.

Begitu juga, Nik Mohd Rosdi (2003) yang meneliti tentang pengaruh gerakan tajdid di

Mesir terhadap politik dan sosiobudaya masyarakat Melayu. Namun, Hasyimsyah

Nasution (1997) pula, memfokuskan tentang pengkajian mengenai keadilan pemikiran

politik Sayyid Qutb.

2.2 ANALISIS KAJIAN-KAJIAN LEPAS

Perbincangan tentang kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa kajian tentang ekonomi

dan politik telah banyak diperbincangkan. Begitu juga dengan Burhanuddin telah

diperbincangkan dari pelbagai sudut seperti biodata, sejarah perjuangan dan sikapnya.

Rumusannya, kajian ini berbeza dengan kajian yang pernah dilakukan kerana kajian ini

dapat mengisi lompang pengkajian mengenai Burhanuddin. Tambahan pula, setelah

meneliti kajian lepas, maka belum ada lagi pengkajian mengenai ekonomi politik Islam

51
yang berkaitan Burhanuddin. Justeru, kajian ini amat penting untuk mengisi lompangan

tersebut agar dapat memperdalami lagi pengkajian mengenai Burhanuddin. Ia juga

dapat memperluaskan lagi pengetahuan dalam bidang ekonomi politik Islam yang masih

baru diterokai. Semoga pengkajian ini dapat memberi manfaat kepada seluruh

masyarakat.

2.2 SOROTAN KARYA

2.3.1 Dr. Burhanuddin Al-Helmi

Kajian peribadi beliau yang bersangkutan dengan biografi perjuangannya tidak ditulis

secara meluas, hanya beberapa pengkaji sahaja yang mengkaji secara mendalam, sebagai

contoh Ramlah Adam (2003), Kamarudin Jaafar (1980), Ahmad Boestaman (1972) dan

beberapa lagi pengkaji. Tulisan-tulisan yang berkaitan Burhanuddin melalui artikel-

artikel hanyalah berkisar mengenai biografi yang ditulis oleh pengkaji-pengkaji lain

sahaja.

Isu kepimpinan Burhanuddin mengenai biografi atau biodata beliau secara terperinci

telah dibincangkan oleh Ramlah Adam (2003) dan Kamarudin Jaafar (1980). Namun

begitu, ketiga-tiga penulis ini membincangkan tentang Burhanuddin dari sudut

penekanan yang berbeza. Ramlah Adam (2003) lebih menekankan berkenaan biodata

peribadinya berbanding Kamarudin Jaafar (1980). Kamarudin Jaafar (1980) lebih

menekankan perbincangan berkenaan perjuangan Burhanuddin dari sudut politik Islam.

52
Penelitian terhadap beberapa karya utama berkenaan dengan matlamat, visi dan dasar

perjuangan Burhanuddin lebih menjelaskan fokus utama perjuangan beliau mengenai

pembangunan masyarakat. Penglibatan beliau dalam beberapa pertubuhan telah

dibincangkan melalui A.Noor (2004) dan Ismail Said (2008) yang menghuraikan

mengenai matlamat Burhanuddin. Antara matlamat beliau yang dikupas ialah mengenai

kesungguhannya dalam memerdekakan Tanah Melayu daripada penjajah yang

dikategorikan sebagai golongan kiri. Konsep Melayu Raya yang diperjuangkannya telah

mempamerkan kegigihan beliau dalam memartabatkan kebangsaan Melayu. Walaupun

begitu, beliau tidak meninggalkan dari aspek agama Islam sendiri. Perkara ini dapat

dibuktikan dengan penglibatan beliau terhadap beberapa pertubuhan termasuklah Parti

Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Parti Islam Se-Malaya sepertimana terdapat

dalam karya Ahmad Boestamam (1972).

Penulisan Ahmad Boestamam (1972), banyak membincangkan latar belakang, sikap dan

pegangan politik Burhanuddin. Hal ini disebabkan kedua mereka begitu rapat sejak dari

dalam PKMM, sehinggalah masing-masing membawa haluan sendiri dengan memimpin

parti yang berbeza. Namun begitu, Aisyah Ghani (1992) pernah berada dalam PKMM

dan memimpin Angkatan Wanita Sedar (AWAS), menceritakan bagaimana beliau

sewaktu berada dalam PKMM yang dulunya diakui sebagai sebuah pertubuhan yang

berjuang untuk memerdekakan Tanah Melayu, lalu kecewa dan memasuki UMNO.

Kekecewaan beliau disebabkan PKMM mula bekerjasama dengan Komunis dalam

menegakkan matlamatnya.

53
Melalui karya Burhanuddin (1946) sendiri, dapat diteliti bahawa perjuangan beliau

memartabatkan bangsa Melayu dan memerdekakan Tanah Melayu menjadi fokus utama

karyanya. Hasil daripada penelitian ini dapat dianalisis bahawa penglibatan Burhanuddin

dan parti-parti kiri yang lain, hanyalah semata-mata untuk memerdekakan Tanah Melayu

daripada penjajah. Ini adalah salah satu sumbangan besar Burhanuddin dalam

membangunkan ekonomi politik Tanah Melayu.

Penelitian terhadap perjuangan dan pemikiran politik Burhanuddin menunjukkan

beberapa unsur yang unik. Keunikannya boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu

strategi berpolitik, matlamat perjuangannya dan strategi kerjasama sosial. Keunikannya

yang pertama ialah strategi beliau berpolitik. Hal ini dibuktikan melalui penglibatan

Burhanuddin dalam sebahagian besar pertubuhan yang ada di Tanah Melayu pada ketika

itu. Perkara ini telah membuatkannya begitu matang dalam membuat sebarang

keputusan seperti ketegasan beliau dalam memberikan cadangan terhadap pentingnya

meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara. Begitu juga dalam soal pendidikan yang

boleh dirujuk melalui karya Talib Samat (2004).

Kedua, keunikan terhadap ketokohan beliau dapat dilihat melalui matlamat

perjuangannya, iaitu dalam memastikan kelainan dengan perjuangan pemimpin yang

lain. Perkara ini dapat dirujuk melalui karya Shellabear (1950) dan T. Situmorang

(1958). Menurut M.A. Muqtader Khan (2006), Burhanuddin dilihat sebagai ikon kepada

golongan kiri dalam membela tanah air daripada penjajah, apabila beliau menolak sikap

berkrompomi dengan pemimpin yang lain untuk bekerjasama dengan British. Kemudian,

54
semua pemimpin fahaman kiri mengikutnya. Begitu juga dasar penegakan hukum-

hakam Islam di Tanah Melayu yang tidak diperjuangkan pemimpin pertubuhan yang

lain. Dari satu segi dilihat seolah-olah perjuangannya hanyalah sia-sia dan tidak berjaya,

namun dari satu segi yang lain telah mempamerkan keutuhan prinsip perjuangan beliau,

dalam memperkukuhkan pembangunan ekonomi politik Islam masyarakat pada ketika

itu.

Keunikan lain yang dapat dilihat ialah strategi kerjasama sosial. Harper (2001), meneliti

keperibadian beliau berdasarkan penerimaan ahli-ahli politik bukan Melayu terhadap

Burhanuddin walaupun beliau dianggap sebagai pemimpin dan juara untuk bangsa

Melayu dan Islam sahaja. Tambahan pula, dibuktikan dengan perlantikkannya sebagai

pengerusi gabungan Pusat Tenaga Rakyat dan Majlis Tindakan Bersama Seluruh Malaya

(PUTERA-AMCJA) apabila badan ini diwujudkan pada tahun 1947.

Akhirnya, apabila disoroti kisah-kisah perjuangan Burhanuddin, maka kita boleh

mengklasifikasikan beberapa dasar prinsip perjuangannya. Perkara ini dapat dilihat

dalam kajian Kamarudin Jaafar (1979), dalam ucapan beliau yang mengatakan bahawa,

prinsip Burhanuddin dilihat seolah-olah bertentangan, namun beliau tetap teguh kepada

tiga prinsip ini, iaitu dalam memperjuangkan tanah air, memperjuangkan kebangsaan

Melayu dan memperjuangkan Islam.47

47
Kamaruddin Jaafar di Malam Memperingati Dr.Burhanuddin Al-Helmy pada 25hb Oktober 1979 di
Dewan Bahasa dan Pustaka, anjuran Institut Analisa Sosial.
55
Walaupun begitu, perjuangan Burhanuddin pada permulaan beliau berada di dalam PAS

lebih menonjolkan semangat Nasionalisme dan konsep Melayu Raya yang

diperjuangkannya selama ini sepertimana yang dinyatakan oleh Roslan Saadon (2007).

Apa yang jelas, beliau dilihat seperti ingin menjadi wira politik orang Melayu, bukannya

Islam. Perkara ini merupakan isu penting dalam pengkajian mengenai tokoh ini.

Hal ini dapat dibuktikan apabila beliau banyak membicarakan mengenai perjuangannya

dalam menegakkan Islam seperti dipetik dalam penulisannya yang bertajuk Agama dan

Politik (1954), Ideologi Politik Islam (1957), Falsafah Kebangsaan Melayu (1954) dan

beberapa lagi karangan beliau. Apa yang digambarkan oleh beliau di dalam karya-

karyanya menggambarkan bahawa politik, ekonomi, dan sosial tidak dapat dipisahkan

dengan Islam, misalnya Burhanuddin (1954) mengatakan;

“Islam memandang kebangsaan itu sebagai suatu alat bukan tujuan.


Kebangsaan hendaklah mengambil tempat yang sederhana dan bulat
sebagai suatu lambang yang boleh menarik dan menyatukan suatu
bahagian tenaga untuk mencapai cita-cita mulia yang besar dan abadi,
sebagaimana Islam memandang dunia bukan tujuan tetapi hanya satu alat
atau tunggangan yang menyampaikan ke akhirat.”

2.3.2 EKONOMI POLITIK ISLAM

Setelah meneliti karya berkaitan Burhanuddin, setakat ini belum dijumpai karya yang

menjurus terhadap pengkajian ekonomi politik Islam berkaitan beliau. Penelitian karya-

karya dan hasil kajian seperti Ramlah Adam (2003), Kamarudin Jaafar (1980), Ahmad

Boestamam (1972) dan lain-lain berkaitan ekonomi politik Islam, yang berkaitan

Burhanuddin, telah membuktikan bahawa kajian ini telah mengisi ruang yang belum

56
diterokai lagi. Ekonomi politik tidak dapat lari dari dasar dan garis panduan Islam.

Perkara ini disebabkan ekonomi politik juga ditekankan di dalam Islam seperti yang

diperkatakan oleh Yusuf Al-Qaradhawi (2002). Disebabkan itulah tajuk kajian ini

menggabungkan dua istilah „ekonomi politik‟ dan „Islam‟.

Menurut Shamsulbahriah Ku Ahmad (1990), teori ekonomi tidak membentuk politik,

tetapi falsafah politik berkepentingan membentuk dasar ekonomi Negara. Begitu juga

yang diperkatakan oleh Mannur (1982) dalam karya Dasar Ilmu Politik oleh Y. Mansoor

Marican (1982). Oleh itu, ahli politik tidak bebas dan mempunyai kepentingan sendiri

termasuklah memutuskan dasar ekonomi Negara. Namun begitu, Didik J. Rachbini

(2001) mengatakan ekonomi juga memainkan peranan penting dalam memastikan

pemerintahan itu kekal tanpa pemberontakan rakyat. Aspek ini mesti difahami dalam

usaha mengemukakan pandangan ekonomi yang berkesan melalui pendekatan ekonomi

politik.

Menurut Shamsulbahriah Ku Ahmad (1990) lagi, ekonomi politik bukan sahaja

merangkumi aspek ekonomi, tetapi termasuklah antaranya sosiologi, sains politik dan

sejarah. Selaras dengan itu, ia mempunyai persamaan dengan tulisan Rahmah Ismail

(2003) berhubung ekonomi pembangunan boleh dikaitkan dengan pembangunan sumber

manusia yang diurus oleh pemerintah. Manakala Joni Tamkin (2007) dalam jurnalnya

mengatakan, soal keadilan, pemilikan harta kekayaan, dan nilai-nilai etika perlu

dilaksanakan seperti terkandung dalam falsafah ekonomi Islam.

57
Tetapi, ia bertentangan dengan matlamat kapitalisme sepertimana menurut Y.Mansoor

Marican (1982), matlamat kebendaan dan keuntungan peribadi tidak dapat dipisahkan

dari sistem ekonomi politik kapitalisme yang bersifat kolonialisme, menurut Frank

Fanon adalah satu fenomena keseluruhan. Dalam hal ini, menurut Muhsin Abd. Hamid

(1998) perubahan perlu dilakukan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat bagi

membuka mata ramai sarjana Islam supaya bangun mengkaji permasalahan ini. Oleh

yang demikian, Wan Mohd Nor Wan Daud (2005) berpendapat proses pengislahan

penting bagi menjamin pembangunan yang harmoni. Kenyataan tersebut diperkuatkan

lagi dengan ungkapan Profesor al-Attas bahawa pengislahan ini bukan sahaja kepada

masyarakat Barat, tetapi juga kepada umat Islam yang berfikiran Barat.

Menurut Smith (1723-1790) di dalam The Wealth Of Nation, konsep pasaran bebas

kapitalisme atau disebut „lassiez-faire‟ lebih adil dan baik berbanding konsep

komunisme yang diperkenalkan oleh Marx. Hal ini kemudiannya mendapat kritikan oleh

golongan sosialisme dan komunisme setelah berlaku kemelesetan teruk pada tahun 30-

an. Golongan tersebut muncul dengan dakwaan sistem ekonomi mereka lebih baik.

Namun begitu, menurut Umer Chapra (1997) kapitalisme dan sosialisme telah

menimbulkan kebencian masyarakat terutama umat Islam kerana tidak selesa dengan

sistem individualisme melampau yang menonjolkan diri dalam persaingan tidak sihat.

Tambahan pula, sistem riba yang diguna pakai oleh mereka banyak membebankan

masyarakat. Begitu juga, doktrin komunisme yang menyarankan pemansuhan

menyeluruh terhadap harta benda persendirian. Ia membawa kepada peraturan politik

yang ketat, kecenderungan untuk menekan kebebasan dan daya usaha individu serta

58
percanggahan dengan fitrah manusia. Kesimpulannya, Ibn Khaldun mengatakan bahawa

pemerintahan berdasarkan peraturan-peraturan yang diwahyukan lebih baik untuk

mendapat kesejahteraan dunia dan akhirat.

Menurut Choudhury (1997), perspektif ekonomi politik Islam pada dasarnya berbeza

daripada idea-idea ekonomi politik dalam kesusasteraan. Dalam literatur diterima,

ekonomi politik kelihatan menjadi kajian tentang hubungan yang saling bertentangan

antara struktur kekuasaan dan struktur kekayaan dan distribusinya. ekonomi politik

liberal tidak mengakui perkaitan aksi kolektif dalam mitigation konflik sosial tersebut di

atas, tetapi mengucapkan campur tangan kerajaan minimal di resolusi hubungan

kekuasaan tersebut.

Ringkasnya, ekonomi politik Islam adalah ilmu yang mempelajari hubungan antara

kerajaan (syura) dan sub sistem pasaran . Interaksi ini dilakukan untuk mengembangkan

pemahaman manusia, penerimaan sosial dan institusi syariat dalam perilaku hidup

manusia.48

Menurut H.G. Mannur (1982) dalam tulisannya bertajuk ekonomi politik dalam karya

bertajuk Dasar Ilmu Politik oleh Y. Mansoor Marican (1982), terdapat tiga

kecenderungan atau matlamat dalam teori ekonomi barat iaitu kebendaan, kecekapan,

dan pemasaran. Ia berbeza dengan matlamat ekonomi politik Islam. Hal ini, menurut

Muhammad Syukri Salleh (2003), setiap aktiviti pembangunan adalah bermatlamatkan

48
Hlm. 20
59
mardhatillah berdasarkan prinsip ketujuh di dalam karya beliau. Begitu juga, Affandi

Hasan (1992) berpendapat bahawa konsep al-falah yakni bermatlamat kejayaan dunia

dan akhirat perlu diterapkan seiring dengan pembangunan negara, serta diletakkan

sebagai matlamat utama. Oleh yang demikian, menurut Wan Mohd Nor (2005) konsep

pengislahan menjadi faktor utama dalam mengembalikan keseimbangan pembangunan

duniawi dan ukhrawi, dalam mencapai matlamat tersebut.

Seterusnya, sorotan berkenaan ekonomi politik Islam pula dianalisis. Permulaannya

dibincangkan berkenaan politik Islam dahulu dan kemudiannya ekonomi Islam pula.

Menurut Yusuf Al-Qaradhawi (2002), sistem politik Islam ialah semua peraturan am

yang dilaksanakan oleh pemerintah, dengan matlamat menjaga kepentingan manusia,

selagi peraturan-peraturan itu tidak bertentangan dengan undang-undang Islam.

Politik Islam banyak dibincangkan dari aspek perubahan politik sesebuah negara.

Kekuatan dan kelemahan sesuatu parti politik diukur sebagai suatu perkembangan

politik sepertimana diperkatakan dalam kajian Ishak Saat (2007). Siasah bukan hanya

sekadar berkisar dari aspek politik kenegaraan, malah semua perkara yang berkaitan

dengan perlakuan seseorang manusia itu disebut sebagai politik. Selaras dengan apa

yang disebut oleh Ahmad Atiyatullah di dalam kitabnya, Da‟irat al-Ma‟arif al-Hadithah

yang dipetik dari karya Mustafa Haji Daud (1994) menjelaskan bahawa siasah ialah ilmu

pengetahuan yang berkaitan dengan kenegaraan, melaksanakan urusan rakyat,

memelihara haiwan dan melatihnya dan memberi petunjuk serta kepimpinan.

60
Hal ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan pembangunan dari aspek

sosiopolitik dan sosioekonomi dalam menggalakkan perkembangan masyarakat yang

lebih sempurna. Disebabkan itulah pengkajian mengenai pembangunan ekonomi politik

Islam ini penting dalam memastikan idea dan strategi Burhanuddin selaras dengan

kehendak syariat Islam. Yusuf Al-Qaradhawi (2002) menegaskan:

“Islam menyiapkan cara-cara yang sempurna bagi mengatur manusia.


Cara-cara itulah yang dipakai bagi mengatur kehidupan politik. Tanpa
kuasa politik, Negara kita tidak dapat melaksanakan kewajipan mengajak
orang supaya melakukan kebaikan dan mencegah kejahatan, berjihad,
menegakkan keadilan, mendirikan sembahyang, menolong orang yang
teraniaya dan lain-lain.”

Begitulah juga seperti apa yang dinyatakan oleh Ishak Saat (2007) mengenai pendirian

Burhanuddin terhadap Islam.

Ibn Khaldun dalam kitabnya “Muqaddimah” yang dipetik dari karya Mohd

Rumaizuddin Ghazali (2004) mengatakan bahawa,

“Kalaulah undang-undang itu digubal oleh ahli-ahli akal dan pembesar-


pembesar negara serta pakar-pakarnya maka itu adalah siasah akal.
Tetapi kalaulah undang-undang itu diwajibkan oleh Allah, diakui dan
disyaratkan maka ianya adalah siasah agama, yang memberi manfaat
kepada kehidupan dunia dan akhirat. Ini ialah kerana kejadian makhluk
bukan sahaja bermaksud untuk kebaikan dunia mereka, kebaikan dunia
semata-mata itu sia-sia dan batal kerana kesudahannya ialah mati dan
binasa.”

Kemajuan masyarakat dapat berkembang apabila timbulnya kesejahteraan politik dan

kestabilan ekonomi mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Islam. Oleh sebab

itulah, pengkajian mengenai ekonomi politik Islam penting agar masyarakat akan dapat

dibina berdasarkan pelaksanaan syari‟at Islam.

61
Hal ini dapat dibuktikan melalui pandangan Abdul Qadir Djaelani (2001) dalam

karyanya bahawa, ramai di kalangan masyarakat Islam berada di bawah pemerintahan

non-Muslim seperti Morocco, Tunisia dan Libya. Kesannya, masyarakat Islam mudah

terpengaruh dengan budaya dan ideologinya sehingga sanggup mengikuti kelakuan dan

sikap mereka. Sistem ekonomi politik Islam dan sistem ekonomi politik non-Islam

adalah berbeza kerana ekonomi politik Islam berdasarkan sunnah dan wahyu sedangkan

kapitalis, komunisme dan sosialisme adalah ciptaan manusia. Ia bertepatan dengan

pandangan Muhammad Iqbal (1977) bahawa Eropah hari ini adalah penghalang terbesar

bagi kemajuan ketamadunan umat manusia.

Menurut pandangan Rahmah Ismail (2003), penyediaan prasarana pembangunan dan

program sosioekonomi seperti kesihatan, pendidikan prasekolah dan institusi sokongan

ekonomi menjadi keperluan asas pembangunan Negara. Ia juga bertepatan dengan inti

pati pemikiran Ibn Qayyim (1292-1350) yang menekankan konsep kebajikan dan

keadilan.

Keseimbangan pembangunan masyarakat juga penting untuk mengelakkan timbulnya

masalah sosial. Disebabkan itulah, zakat menjadi implikasi besar terhadap peningkatan

sosioekonomi ummah seperti penekanan dalam jurnal karangan Patmawati Hj. Ibrahim

(2008). Keseimbangan ini melibatkan pembangunan material dan kerohanian. Apabila

berlaku ketidakseimbangan ini, maka timbullah permasalahan sosial yang bukan sahaja

berkaitan keruntuhan akhlak remaja. Malah menurut Rahmah Ismail (2003), ia juga

berkaitan kekurangan kemudahan seperti kesihatan, pendidikan, penindasan dan rasuah.

62
Begitu jugalah menurut Muhsin Abd. Hamid (1998), bahawa kegagalan pembangunan

moden berpunca daripada tujuannya hanyalah kebendaan semata-mata. Perkara ini

disokong oleh pandangan Gharaudi (1978) yang dijelaskan dalam karya Muhsin Abd

Hamid (1998).

Merujuk kepada penelitian Ramlah Adam (2003) dan Sohirin (2006) terhadap karyanya,

pemberontakan masyarakat berlaku apabila wujud ketidakpuasan hati atas

ketidakstabilan ekonomi dan ketidakpedulian kebajikan masyarakat. Bermula dari

pemberontakan individu seterusnya merebak dalam masyarakat. Begitulah juga menurut

Al-Farabi,

"Setiap seorang dari manusia itu menurut fitrahnya berkehendakkan


kepada masyarakat untuk mencapai kesempurnaan yang terbaik. Ia tidak
mungkin dapat menyelesaikan semua perkara dengan dirinya sendiri. Ia
berhajat kepada kaumnya, yang mana tiap-tiap seorang dari mereka itu
boleh menyelesaikan apa-apa yang dihajati".49

Apabila diteliti secara keseluruhannya, jelaslah di sini bahawa, ekonomi politik yang

berasal dari Barat lebih mengutamakan keuntungan, kebendaan dan kepentingan diri. Ia

amat berbeza dengan ekonomi politik yang berteraskan Islam. Ekonomi politik Islam

adalah suatu bidang yang membentuk tamadun Islam yang berpaksikan kepada tauhid,

dengan meletakkan mardhatillah itu sebagai asas dan matlamat.

Justeru, konsep hablumminallah dan hablumminannas harus diseimbangkan dan

berjalan dengan seiring. Apabila sistem dan asas itu diambil daripada Pencipta sudah

pasti tamadun yang terbina adalah seimbang antara rohani (spiritual) dan material
49
Idris Zakaria (1991). Teori Politik Al-Farabi dan Masyarakat Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka
63
(jasmani). Hasilnya, seluruh manusia dan alam akan sama-sama merasai kesejahteraan,
50
keamanan dan kemakmuran dari kemajuan tersebut. Inilah yang dikatakan sebenar-

benar pengislahan dan kejayaan ummah.

Merujuk kepada rajah 1.1, berdasarkan kepada penelitian terhadap karya yang lepas,

satu kerangka konsep berkenaan ekonomi politik Islam telah berjaya dihasilkan.

Kerangka konsep tersebut bertujuan merumuskan segala perbincangan mengenai tajuk

kajian ini. Perbezaan antara ekonomi politik dan ekonomi politik Islam amat berbeza.

Hal ini kerana, ekonomi politik Islam merangkumi ciri-ciri dan cara pelaksanaan yang

berpandukan al-Quran dan Hadis. Ia telah menghasilkan panduan pelaksanaannya ke

arah pemerkasaan pembangunan ummah seperti tercatat dalam rangka di bawah.

Seterusnya, dilaksanakan mengikut konsep pengislahan ummah yang bermatlamatkan

mardhatillah iaitu mendapat al-falah yakni kejayaan dunia dan akhirat.

2.4 RUMUSAN

Tokoh berkaitan Burhanuddin sudah dikaji oleh beberapa pengkaji. Semua kajian yang

dilakukan itu melibatkan biodata perjuangan beliau secara umum. Namun begitu,

pengkajian ini masih terbuka luas apabila masih kurang pengkajian mengenai beliau.

Walaupun sudah terdapat kajian yang menjurus kepada kegiatan beliau di dalam bidang

politik, namun setakat ini belum ditemui pengkajian secara khusus terhadap sumbangan

50
Hasiah Binti Mat Salleh (2010). Keagungan Tamadun Islam, Satu Model Terbaik Dalam Konteks
Pembinaan Tamadun Dunia Kini. Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya. Hlm.44.
64
beliau dalam pembangunan ekonomi politik Islam di Malaysia. Kajian yang dilakukan

ini, memfokuskan sepenuhnya terhadap sumbangan beliau dalam pembangunan

ekonomi politik Islam di Malaysia.

2.5 KERANGKA TEORETIS KAJIAN

Berdasarkan perbincangan yang dilakukan, kerangka teoretis bagi kajian ini adalah

seperti berikut :

i. Panduan al-Quran dan hadith menjadi asas utama rujukan pengkajian ini. Ia

berdasarkan kaedah penyelidikan Islam sendiri yang wajib menjadikan al-Quran

dan hadith sebagai sumber rujukan utama sewaktu menjalankan penyelidikan.

Hal ini penting bagi memastikan hasil kajian ini tidak terkeluar dari batasan

syariat Islam.

ii. Ekonomi politik Islam adalah gabungan antara tiga maksud falsafah iaitu

falsafah sosiologi Islam, falsafah ekonomi Islam dan falsafah politik Islam.

Justeru, bidang ini merupakan bidang yang lebih komprehensif dan holistik

merangkumi ekonomi, politik dan sosial. Ia menjadi teras utama pengkajian ini

berdasarkan tajuk penyelidikan iaitu “Dr. Burhanudin Al-Helmi dan

Pembangunan Ekonomi Politik Islam Di Malaysia”.

iii. Ciri-ciri dan pelaksanaan ekonomi politik Islam merupakan hasil dari penelitian

terhadap karya berkaitannya. Ia penting bagi membezakan antara ekonomi

politik dan ekonomi politik Islam. Pembezaan yang ketara dilihat berdasarkan

ciri-cirinya.

65
iv. Konsep pengislahan ummah merupakan satu bentuk pembaharuan dan perubahan

masyarakat yang dilihat dari segi ekonomi, politik dan sosial. Perubahan tersebut

adalah dalam lingkungan syariat Islam. Ciri-ciri pengislahan ummah ada

dijelaskan dalam bab seterusnya berdasarkan rajah 5.2. Bagi memastikan

sumbangan Burhanuddin bertepatan dengan konsep ekonomi politik Islam, maka

pengislahan ummah dijadikan sebagai panduan pembangunan ekonomi politik

Islam. Seterusnya, berjaya menggapai mardhatillah.

Keempat-empat perkara di atas merupakan kriteria asas kepada penelitian sumbangan

Burhanuddin dalam pembangunan ekonomi politik Islam. Perkara inilah dijadikan

sebagai landasan bagi menjalankan kajian ini sepertimana yang dipaparkan dalam rajah

2.1.

66
Panduan Al-Quran Dan Hadith

Falsafah Sosiologi
Islam

Falsafah Ekonomi Islam Falsafah Politik Islam

Ekonomi Politik Islam

PELAKSANAANNYA CIRI-CIRINYA
1.Menekankan Konsep 1-Pembangunan Sosiopolitik
Keadilan Dan
Kebajikan 2-Pembangunan
sosioekonomi
2.Amar Makruf Nahi
Mungkar. 3-Keseimbangan
Pembangunan Masyarakat
3.Berdasarkan konsep
‘Ubudiyah dan 4-Kepentingan Awam
Uluhiyah.
5-Pengurusan Sumber
4.Tanggungjawab Manusia
sebagai khalifah dan
Hamba Allah SWT

Konsep Pengislahan (Pembangunan) Ummah

Matlamat Mardhatillah iaitu Kejayaan Dunia dan Akhirat (Al-Falah)

Rajah 2.1 Rangka Konseptual Ekonomi Politik Islam

Merujuk kepada Rajah 2.1, Dr. Burhanuddin Al-Helmi harus melaksanakan segala

strategi dan pemikiran berdasarkan ciri-ciri ekonomi politik Islam yang juga merujuk

beberapa ciri pelaksanaannya. Strategi dan pemikirannya dikaji berdasarkan konsep

pengislahan ummah yang bertunjangkan al-Quran dan hadis yang akhirnya


67
bermatlamatkan mardhatillah. Maka, inilah beberapa perkara yang akan diteliti dalam

kajian ini.

2.6 KESIMPULAN

Kajian mengenai Dr. Burhanuddin Al-Helmi dalam konteks ekonomi politik cukup

penting untuk dikaji. Tambahan pula, bidang ekonomi politik Islam yang masih kurang

diterokai. Maka, kajian ini mampu mengisi lompangan kajian tersebut berdasarkan

konsep pengislahan ummah yang bertunjangkan al-Quran dan hadis. Oleh itu,

diharapkan kajian ini dapat menghasilkan input yang bermutu dan bermanfaat buat

semua pihak.

68
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENDAHULUAN

Menurut Winardis (1976), metodologi kajian adalah salah satu cara atau usaha yang

bersifat sistematik untuk mencapai objektif kajian. Hal ini dilaksanakan untuk

memperoleh, mengumpul data dan menganalisis data yang tepat serta berkesan, bagi

mendapatkan kepastian tentang sesuatu perkara dan seterusnya memperoleh

pengetahuan baru atau mengembangkan sesuatu bidang pengetahuan.

Menurut Bailey (1984) pula, metodologi kajian menjadikan andaian dan nilai yang

menjadi dasar alasan penyelidikan serta ukuran ataupun kriteria yang digunakan oleh

penyelidik untuk mentafsir data dan membuat kesimpulan.

Secara umumnya kajian ini adalah untuk mengkaji tokoh Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan

sumbangannya dalam bidang ekonomi politik Islam. Oleh yang demikian, tiga bahagian

dalam kaedah penyelidikan akan dimasukkan dalam bab ini iaitu reka bentuk kajian,

kaedah pengumpulan data dan kaedah menganalisis data.

3.1 REKA BENTUK KAJIAN

Menurut Sulaiman Masri (2003), reka bentuk kajian merupakan perancangan sistematik

yang akan menentukan cara sesuatu penyelidikan atau kajian dijalankan untuk mencapai
69
objektif penyelidikan. Menurutnya lagi, ia dihasilkan untuk memberi jawapan kepada

persoalan kajian atau masalah yang timbul dalam sesuatu kajian.51 Dalam kajian ini,

kaedah kualitatif digunakan sebagai satu pendekatan ke arah memastikan objektif kajian

yang berbentuk deskriptif tercapai.

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif kualitatif. Menurut Azizi Yahaya

(2006), penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk

menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Beliau mengatakan lagi, deskriptif

kualitatif dapat memainkan peranan penting dalam menunjukkan perhubungan yang

mungkin berlaku, faktor penyebab, kesan dan proses dinamik dalam penetapan sesuatu

faktor. Menurut Zamaliah Mahmud (2009), reka bentuk kajian yang berbentuk deskriptif

dipilih kerana secara asasnya kajian ini bertujuan untuk memberi gambaran terhadap

bidang yang dikaji52. Reka bentuk kajian dilaksanakan bagi memahami dan

memperdalami teori ekonomi politik Islam yang sebenar serta kepentingannya untuk

diaplikasikan.

Kajian yang berbentuk deskriptif dilakukan berdasarkan kaedah penyelidikan data-data

dan bahan-bahan berkaitan konsep ekonomi politik Islam yang terdapat di perpustakaan.

Miles dan Huberman (1994) berpendapat tidak ada peraturan tertentu dalam pembinaan

51
Sulaiman Masri (2003). Kaedah penyelidikan dan Panduan Penulisan: Esei, proposal dan tesis. Kuala
Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn Bhd. Hlm.25.
52
Zamalia Mahmud. (2009). Handbook of Research Methodology. Kuala Lumpur: University Publication
Centre (UPENA) UiTM.

70
kesahan dalam kajian kualitatif.53 Oleh yang demikian, kajian ini lebih terbuka dalam

menganalisis data.

3.2 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Kaedah pengumpulan data ialah satu kaedah atau usaha untuk mengumpulkan data-data

bagi menyiapkan penyelidikan ini. Bagi menyempurnakan disertasi ini, tinjauan kepada

sumber-sumber maklumat dan rujukan terkini di beberapa buah perpustakaan akan

dilakukan seperti yang disebutkan pada sub-topik berikutnya. Melalui kaedah ini juga,

pemilihan prosedur atau teknik serta alat pengumpulan data yang sesuai iaitu kaedah

penentuan subjek akan digunakan berdasarkan permasalahan kajian dan strategi

penyelidikan, di samping jenis dan kewujudan sumber data seperti karya-karya lepas,

surat khabar sezaman, kertas kerja seminar, carian internet dan tesis. Data-data tersebut

diperolehi melalui sumber sekunder melalui kajian keperpustakaan, yang dilakukan

secara analisis yang dinamakan juga sebagai data sekunder.

3.2.1 DATA SEKUNDER

Sumber ini diperolehi daripada bahan-bahan ilmiah seperti buku-buku dan jurnal.

Manakala sumber surat khabar sezaman. Turut juga dirujuk artikel-artikel yang

berkaitan Dr. Burhanuddin Al-Helmi daripada kertas kerja seminar dan tesis. Carian

internet dalam beberapa laman web juga turut dirujuk.

53
Matthew B. Miles and Michael A. Huberman, (1994), Qualitative Data Analysis : A Sourcebook of
New Methods. Baverly Hills : Sage Publication, hlm. 134
71
Kaedah utama yang digunakan untuk mendapatkan data ialah seperti berikut:

i. Kaedah Penentuan Subjek

ii. Teknik pensampelan penuh adalah memilih buku-buku yang berkaitan dengan

ekonomi politik Islam dan tumpuan akan diberikan kepada buku yang

menyentuh tentang tokoh Dr. Burhanuddin Al-Helmi. Penulis telah membuat

rujukan dari pelbagai buah perpustakaan, antaranya ialah :

1. Perpustakaan Utama Universiti Malaya

2. Perpustakaan Universiti Sains Malaysia

3. Perpustakaan Pusat Islam Universiti Sains Malaysia

4. Pusat Islam Kuala Lumpur

5. Perpustakaan Negara Kuala Lumpur

6. Perpustakaan Za‟ ba Universiti Malaya

7. Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia

8. Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

9. Perpustakaan Awam Kulim

10. Perpustakaan Awam Alor Setar

3.3 KAEDAH MENGANALISIS DATA

Data yang diperoleh akan dianalisis mengikut kesesuaian kajian ini untuk memberikan

kefahaman yang mendalam. Seterusnya menghuraikan maksud sebenar data tersebut

supaya lebih jelas. Kaedah analisis kandungan dan analisis tekstual digunakan untuk

menganalisis data.

72
3.3.1 Kaedah Analisis Kandungan Dan Analisis Tekstual

Menurut Neuman (2006), pendekatan analisis tekstual digunakan untuk meneliti dan

menjelaskan secara sistematik tafsiran yakni makna atau kandungan tersirat dokumen

yang dikaji.

Begitu juga, menurut Othman Lebar (2006), pendekatan analisis kandungan digunakan

untuk meneliti dan menjelaskan secara sistematik makna dan isi kandungan tersurat

dokumen yang dikaji. Tetapi, menurut Bailey (1984), analisis kandungan ialah

mengambil „verbal‟ serta tidak kuantitatif dan menukarkannya menjadi data kuantitatif.

Walaupun begitu, tafsiran Othman Lebar (2006) lebih sesuai digunakan dalam kajian ini.

Maka, sepertimana pandangan tersebut, data-data dan dokumen yang diperoleh akan

dianalisis kandungan dan teksnya, supaya mencapai objektif kajian.

3.4 RUMUSAN

Secara rumusannya, kaedah yang berbentuk deskriptif akan digunakan. Kaedah ini

berkait rapat dengan kaedah kualitatif yang banyak menggunakan perpustakaan sebagai

tempat utama kajian. Kaedah pengumpulan data akan menggunakan kaedah penentuan

subjek dan kaedah pemerhatian. Data-data yang diperolehi akan dikumpulkan seterusnya

dilakukan penganalisaan terhadap data tersebut. Ia berdasarkan kaedah analisis

73
kandungan dan analisis tekstual. Semua kaedah ini memudahkan lagi pencapaian

objektif kajian.

74
BAB 4
BIOGRAFI DR. BURHANUDDIN AL-HELMI DAN PERJUANGAN
PEMBANGUNAN EKONOMI POLITIK ISLAM

4.0 PENGENALAN

Bab ini membincangkan biografi Dr. Burhanuddin Al-Helmi (Burhanuddin) sebagai

subjek utama kajian. Perbincangan memfokuskan terhadap aspek perjuangan

Burhanuddin. Penelitian mengenai hubungan perjuangannya dengan pembangunan

ekonomi politik Islam menjadi fokus utama kajian. Hal ini dikaji berdasarkan data-data

sekunder yang terdapat di perpustakaan. Ia menggunakan kaedah penentuan subjek dan

kaedah pemerhatian. Justeru, hasil daripada pemerhatian dan penelitian, dilihat sama ada

perjuangan Burhanuddin bertepatan dengan kerangka konseptual pembangunan ekonomi

politik Islam, sepertimana yang dijelaskan dalam Bab Dua sebelum ini.

4.1 BIOGRAFI BURHANUDDIN

4.1.1.1 Asal Usulnya

Menurut Ramlah Adam (2003), Burhanuddin merupakan anak Perak kelahiran

Kampung Changkat Tualang, mukim Kota Bharu, daerah Taiping, Perak. Ayahnya, Haji

Muhammad Noor, seorang petani yang alim dan ahli tasawuf. Ayahnya berasal dari

keluarga bangsawan Sungai Jambu, Batu Sangkar, Sumatera Barat, Indonesia.

75
Manakala, ibunya bernama Syarifah Zaharah binti Habib Osman yang berasal dari

kampung kelahiran beliau.

Menurut Saliha (1972) pula, Burhanuddin mempunyai keturunan darah campuran

Minangkabau-Arab. Ayahanda Burhanuddin, Haji Muhammad Nor yang merupakan

perantau dari Indonesia telah datang ke Tanah Melayu pada tahun 1908 ketika berusia

18 tahun. Beliau berada di Makkah beberapa tahun untuk menuntut ilmu agama seperti

mempelajari al-Quran dan hukum-hukum Islam. Antara gurunya di Makkah termasuklah

Sheikh Mohammad Khatib Minangkabau. Antara sebab beliau merantau ke Makkah dan

Tanah Melayu untuk mengelakkan daripada tekanan pihak Belanda, yang memeras

rakyat memberi cukai kepala dan menjadi buruh paksa. Ini bermakna, ideologi untuk

membebaskan diri daripada penjajah sudah terbina dalam diri ayahnya. Kemungkinan

juga, ayahnya merupakan antara faktor penyumbang kepada pemikiran Burhanuddin

menentang penjajah.

Ibu Burhanuddin pula berketurunan Arab. Beliau berhijrah ke Perak dari Melaka untuk

mencari rezeki dan tempat yang lebih tenteram. Akhirnya, Haji Mohamad Noor dan

Sharifah Zahrah bertemu jodoh. Perkahwinan tersebut diuruskan oleh keluarga masing-

masing. Darah campuran ini telah membuatkan Burhanuddin cukup istimewa sehingga

menghasilkan seorang insan yang segak, berwibawa dan tajam pemikirannya.

76
4.1.1.2 Keperibadiannya

Sesungguhnya, kajian mengenai keperibadian beliau wajar dikaji. Hal ini penting untuk

menerangkan justifikasi mengapa Burhanuddin adalah seorang tokoh yang patut dikaji.

Ia boleh mengukuhkan lagi pendapat berkenaan kewibawaan dan ketokohannya.

Menurut Ahmad Boestamam (1972), berdasarkan sub-topik buku beliau, maka beberapa

contoh berkenaan keperibadian Burhanuddin dapat ditemui. Antara keperibadian

Burhanuddin yang dapat dikupas olehnya ialah Burhanuddin seorang pembela Islam

yang tenang. Sebagai contoh dapat dilihat apabila Mokhtarudin Lasso bertanyakan

kepada Burhanuddin mengenai ketuhanan seperti bukti kewujudan tuhan dan berbagai

lagi persoalan berkenaan Islam. Maka jawapan yang diberikan Burhanuddin dalam

keadaan tenang berdasarkan logik akal, menyebabkan Mokhtarudin tidak dapat

memutarbelitkan lagi soalannya.

Hal ini amat mengagumkan Ahmad Boestamam yang turut memerhatikan gelagat

kedua-dua tokoh ini. Maka, sikap beliau yang tidak cepat melatah, membolehkan beliau

mampu berhadapan dengan pelbagai rintangan dalam memperjuangkan matlamatnya

dengan tenang. Disebabkan itulah, beliau mampu berhadapan dengan pemimpin-

pemimpin yang lain dan berinteraksi tanpa ada pertelingkahan dan perselisihan secara

serius.

77
Seterusnya, beliau juga dianggap oleh Ahmad Boestamam sebagai seorang tokoh yang

paling demokratis. Beliau juga, mempunyai hati yang keras dalam perwatakan yang

lemah-lembut. Hal ini dibincangkan juga oleh Saliha Hj. Hassan (1972), berkenaan

perkataan Al-Hulaimi. Istilah tersebut diambil sempena gelaran bapanya sebagai „Abi

Halim‟ kerana ayahnya tidak mementingkan kebendaan, kesenangan dunia, seorang

yang tidak mudah marah serta sentiasa tersenyum. Begitu juga Burhanuddin, sifat

tersebut telah diwarisinya sehingga turut memiliki sifat lemah-lembut, sopan santun,

tenang, sabar dan pendiam. Maka, dari perkataan Al-Hulaimi itu dipopularkan umum

menjadi al-Helmi.

Disebabkan itulah, menurut Ramlah Adam (2003), beliau amat disenangi oleh kawan

mahupun lawan. Sebagai contoh, British menamakannya „Ghandi of Malaya‟ iaitu

seorang aktivis politik yang menuntut keadilan dan layanan yang baik serta menuntut

kemerdekaan dengan cara perundangan. Hal ini kerana beliau pernah belajar di India.

Beliau juga terkenal di kalangan rakyat biasa atau orang kampung sebagai seorang yang

jujur dan tidak suka berprasangka jahat terhadap rakan-rakan seperjuangan atau lawan

politiknya. Menurut Insun Sony Mustapha (1999), perkara ini dijelaskan oleh Mustapha

Hussain, rakan seperjuangannya dalam PKMM iaitu:-

“Dalam perdampingan saya dengan Burhanuddin, saya dapati bahawa


beliau seorang yang rajin, amat berjiwa rakyat, tulus dan ikhlas. Ilmu
agama yang dipelajarinya di Sumatera dan India telah digunakan
sepenuhnya untuk perjuangan rakyat. Tetapi beliau ada satu kelemahan.
Orang-orang yang dicurigai oleh puak kiri sebagai “musang berbulu
ayam” telah diterima dan dilayan seperti adik kandungnya sendiri
sehinggakan banyak rahsia parti yang diketahui oleh puak penentang.”

78
Begitu juga, yang dibincangkan oleh Ahmad Boestamam (1972), iaitu Burhanuddin

merupakan seorang yang lurus dan jujur. Hal ini disebabkan beliau tidak suka

berprasangka buruk terhadap kawan mahupun lawan. Beliau juga, merupakan seorang

pemimpin yang tak kenal angkuh. Pemimpin yang sukar tersinggung oleh cabaran

kawan.

Ramlah Adam (2003) pula, mengatakan bahawa beliau adalah seorang tokoh politik

yang kukuh dengan prinsip perjuangannya, walaupun gagal mencapainya. Hal ini diteliti

berdasarkan penglibatan luas beliau dalam politik tanah air. Beliau pernah dipenjarakan

beberapa kali. Perkara ini akan dihuraikan dalam bab seterusnya. Semua ini berlaku

adalah kerana semata-mata ingin memperjuangkan dan mempertahankan prinsipnya.

Keteguhan beliau menyebabkan pemimpin yang lain tidak mampu menggugat ideologi

politiknya.

Menurut Saliha Hj. Hasan (1972), dari segi amalan peribadinya, beliau bersungguh-

sungguh mengerjakan kewajipan sebagai seorang Islam, banyak berzikir dan kerap

mengalirkan air mata apabila beliau beribadat. Beliau gemar mengamalkan solat tahajud

dan pengikut setia Tariqat Na‟Syabandiah. Justeru, berdasarkan pengamalannya, maka

beliau dianggap sebagai seorang yang warak dan dianggap bertaraf ahli sufi oleh

setengah-setengah pengikutnya. Walaupun begitu, beliau tidak pernah menganggap

dirinya seorang ahli sufi. Ini menunjukkan sifat rendah hati dan tidak suka

membanggakan tugas yang dilaksanakan yang merupakan antara salah satu ciri

kepimpinan dalam Islam.

79
Sifat-sifat keperibadian yang disebut tadi, membuktikan bahawa beliau mempunyai

akhlak dan tingkah laku yang baik. Hal ini telah menonjolkan beliau sebagai seorang

yang tekun, sabar dan sentiasa berserah diri kepada Allah SWT dalam memperjuangkan

cita-cita politiknya, iaitu kemerdekaan tanah air, kebangsaan Melayu dan Islam.

4.1.2 PENDIDIKAN

4.1.2.1 Pendidikan Awal

Sejak kecil lagi Burhanuddin mendapat asuhan dan bimbingan daripada ibu bapanya dari

segi pendidikan agama. Beliau sudah bersembahyang fardu semenjak usianya tiga tahun,

khatam al-Quran ketika berumur sepuluh tahun dan mampu menghafal lebih separuh isi

kitab suci itu. Orang tuanya telah memberikan pelajaran agama dan didikan kerohanian

kepadanya. Lantaran itulah, Burhanuddin (1971) pernah mengungkapkan keterangan

mengenai bapanya;

“Ayahanda saya adalah seorang tasawuf dan bertariqat Naqsyabandi dan


waraknya. Maka saya pun dari kecil dilatihnya warak dan mesti kuat
beribadat mengikut-ikut dia sembahyang berjemaah, membaca Qur‟an
dan berzanji…”.

Menurut Kamarudin (1980), pendidikan Burhanuddin secara formal bermula di Sekolah

Melayu Behrang Ulu, Tanjung Malim dan kemudian di Sekolah Melayu Bakap sehingga

darjah tiga. Selepas itu, beliau menyambung persekolahan di Kota Bharu, Perak dan

80
pada waktu yang sama dia mula menceburkan diri ke dalam bidang penulisan dengan

menerbitkan sejenis akhbar mingguan Berita Minggu54.

Maka, pada peringkat awal pendidikannya, dari tahun 1917 sehingga 1923, pendidikan

agama lebih dikuasai oleh Burhanuddin. Justeru, pembentukan jiwa Islam semenjak

kecil telah memupuk akhlak mulia serta semangat keislaman yang tinggi kepadanya. Ia

memudahkan lagi pengaruh pemikiran menentang penjajah dan menegakkan Islam

mempengaruhi mindanya.

Kemudian, menurut Nabir (1976), sebaik sahaja tamat sekolah Melayu pada tahun 1924,

beliau dihantar oleh bapanya ke Sungai Jambu, Padang Panjang, Sumatera, Indonesia,

untuk belajar ilmu agama. Di sini beliau berguru dengan ulama-ulama Kaum Muda55 dan

berfahaman progresif tentang Islam. Melalui pembacaan dan tunjuk ajar daripada ulama

yang berfaham progresif, maka, pemikirannya pun sealiran dengan guru-gurunya. Di

Indonesia juga, beliau telah mempelajari bahasa Belanda. Beliau berada di Indonesia

selama dua tahun.

Menurut Saliha (1972) pula, pada tahun 1926, setelah kembali ke tanah air, bapanya

telah menghantar Burhanuddin ke Pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah. Beliau tidak lama

belajar di institusi terbabit kerana dikatakan sukatan pelajarannya agak rendah dan tidak
54
Isi kandungan akhbar ini merupakan peristiwa semasa yang berlaku di dalam dan di sekitar kampung Dr
Burhanuddin. Berita yang tersiar ditulis sendiri dan diterbitkan hanya beberapa naskhah edaran untuk
orang kampung atas pertolongan sahabatnya bernama Ahmad Nurdin. Lihat juga Ramlah Adam (2003).
Burhanuddin Al-Helmy Suatu Kemelut Politik. DBP. Kuala Lumpur. hlm. 7
55
Ulama yang berpendidikan dari Kaherah, Mesir. Mereka mengembangkan pemikiran moden dalam
sistem agama dan dakwah Islam. Bagi mereka manusia bebas menggunakan akal untuk memahami
kebenaran ajaran Islam dan mengajak umat Islam kembali kepada ajaran al-Quran dan Hadis.
81
sesuai dengannya. Ini disebabkan, beliau lebih suka pendidikan yang bersifat dua hala

atau perbincangan berbanding pendidikan satu hala sahaja. Lantaran itu, pada tahun

1927, beliau memasuki Madrasah Al-Masyhoor Al-Islamiyyah, Pulau Pinang. Di

madrasah ini beliau belajar sehingga tamat tingkatan menengah atas (Thanawi) dan

berjaya menguasai bahasa Arab.

Menurut Burhanuddin (1980), setelah mendapat biasiswa pada tahun 1928 daripada

hartawan India, Burhanuddin pergi ke India untuk mengembara dan menuntut ilmu. Di

India beliau banyak menimba pengalaman dalam pergerakan kemerdekaan dari

Mahatma Ghandi serta pernah berkenalan dengan Mohd Ali Jinnah, pengasas negara

Islam Pakistan dan Pandit Nehru di samping beberapa pemimpin kemerdekaan India

yang lain.

Berdasarkan keterangan di atas, Burhanuddin telah mempelajari lima bahasa iaitu Arab,

Belanda, Inggeris, Perancis dan German. Melalui pembacaan, mindanya mampu

memahami lebih mendalam berkaitan dengan Fiqh Islam. Menurut Ramlah Adam

(2003), pembacaan yang begitu meluas itu telah mendorong beliau untuk mendalami

ilmu tasawuf lebih-lebih lagi ketika menyiapkan tesis PhD di Aligarh Muslim Universiti,

India. Beliau telah membaca karangan ulama-ulama tasawuf seperti al-Ghazali, al-

Baidawi, al-Rifai, al-Rumi, al-Qusyairi, dan Ibn „Ata‟. Begitu juga, beliau gemar

membaca buku-buku tentang politik tanah air yang meluaskan lagi pengetahuannya

mengenai pergerakan politik semasa. Sehingga, dalam karya M.A. Muqtedar Khan

(2006), beliau digelar „Malay Intellectual Activist‟.

82
4.1.2.3 Ilmu Tasawuf Dan Tariqat

Seterusnya, berkaitan ilmu tasawuf dan tariqat pula, menurut Burhanuddin, eloklah lebih

dahulu mempelajari ilmu fizik kemudian pelajari ilmu metafizik atau mâ warâ‟a al-

tabâ„ah, ilmu falsafah dan ilmu perbezaan antara agama. Hal ini akan memudahkan lagi

untuk mendekati ilmu tasawuf.

Beliau telah dibesarkan dalam keluarga yang beragama. Ayahnya pula merupakan

seorang ahli tasawuf yang bertariqat Naqshabandi serta dengan lurus dan waraknya.

Maka, beliau dari kecil dilatih secara waraknya dan mesti kuat beribadat seperti

sembahyang berjemaah, membaca Quran dan al-Barzanji, ahzab dan zikir. Sebagai

orang muda yang taat pada orang tuanya, beliau mengikuti cara peribadatan ayahnya

kerana malu dan segan. Namun, sebagai seorang yang berjiwa remaja, maka hatinya

sentiasa ingin bebas bermain seperti kawan-kawannya yang lain.

Semasa berada di Indonesia, beliau belajar bahasa Belanda dan guru-guru agamanya

pula ialah ulama kaum muda dan berfaham progresif dalam Islam, maka fikirannya pun

terpengaruh dengan fahaman tersebut. Beliau juga sering membaca keterangan-

keterangan moden dan majalah-majalah moden seperti al-Manar dan al-Fath. Saya

pelajari ilmu-ilmu usul fiqh, usul al-ahkam, mazahib al-arba„ah (mazhab empat) dan

membaca kitab-kitab Bidayah al-Mujtahid, Subul al-Salam, kitab-kitab Syeikh al-Islam

Ibn Taimiyyah, Ibnu al-Qayyim, al-Shaukani, Syeikh Muhammad Abdul Wahhab, al-

Sayyid Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, Rashid Rida dan akhirnya Tantawi.

83
Justeru itulah, pemikiran Burhanuddin bertentangan dengan ayahnya yang dikatakan

fahaman jumud dan kolot. Ilmu tasawuf dan tariqat dilihatnya sebagai bidaah. Kitab

tasawuf seperti karangan Imam Ghazali itu dilihat seperti madu bercampur racun, kerana

beliau lihat dari segi perbahasan fiqh, tafsir dan hadis, ilmu tersebut tidak kuat menurut

kaedah rawi dan sebagainya. Ini berlaku di antara 1927 hingga tahun 1940. Pendeknya

ilmu tasawuf saya ketepikan. Pemikiran tersebut telah membuatkannya begitu radikal

dalam membuat keputusan.

Kemudian, semasa berada di India, beliau mempelajari bahasa Inggeris dan Perancis.

Seterusnya, beliau mempelajari ilmu-ilmu kedoktoran homeopati. Kemudian beliau

meneruskan pengajian dalam bidang perguruan psikologi-metafizik, ilmu rohani yang

berkait dengan falsafah dan perbezaan-perbezaan agama besar di dunia ini. Dalam

menyelesaikan tesis kedoktoran (PhD) maka terpaksalah beliau berfikir secara

mendalam inti sari dan punca perbezaan serta perbalahan. Termasuklah membahaskan

tentang sufi yang merupakan sebahagian daripada falsafah. Beliau pelajari sufi dari

bahasa-bahasa Eropah. Maka, terpaksalah membuka kembali buku-buku berkaitan al-

Ghazali, al-Badawi, al-Rifa„i, al-Rumi, al-Qushairi, dan Ibnu „Ata‟illah.

Kemudian, setelah beliau mengkaji kedatangan Islam ke Nusantara ini. Beliau

mendapati bahawa, datuk dan nenek kita memeluk agama Islam yang hanif adalah

kesan daripada dakwah ulama syiah dan ulama tasawuf. Mereka bukan memeluk Islam

melalui ulama fiqh. Islam masuk di Nusantara kita ini berkembang tidak dengan

kekerasan atau paksaan, tetapi dengan kemahuan hati dan pilihan. Sehingga dapat

84
mengatasi agama Hindu dan Buddha, sebagaimana yang diperjuangkan oleh wali songo

di Jawa dan kepulauan yang lain. Maka, perlahan-lahan memahami kesenian ilmu

tasawuf.

Menurut Burhanuddin (1966), apabila kita halusi inti sari alam metafizik dan pengertian

alam nyata yang diterangkan ulama tasawuf berdasarkan perbahasan ilmiah hari ini,

nampaklah di mana ilmu tasawuf dan tariqat-tariqatnya.

Beliau juga pernah dijemput berucap di Persidangan Pembukaan Kongres Ahli-ahli

Tariqat As-Sufiah Seluruh Malaya pada 20 Oktober 1960, di Dewan Bandaran Kuala

Lumpur. Begitu juga di Sidang Mesyuarat Agung Persatuan Tariqat As-Sufiah yang

pertama pada 3 Jun 1962. Beliau menyeru:

“Janganlah lemah ahli-ahli Tariqat Sufiah meneruskan jihad di tengah-


tengah masyarakat kebendaan yang perlu disiram dengan siraman jiwa
tauhid dan sufiah, dan awas, dan jauhkan diri daripada tasawuf yang
maghrur, tasawuf yang dirasuk oleh tipu daya musuh-musuh Islam.”

Beliau turut menyarankan kepada para pencinta tasawuf tarekat dengan ucapannya:

“Dalam meneruskan jihad Tariqat Sufiah ini, susunlah lebih kemas lagi
perpaduan dan siarkanlah pelajaran-pelajaran tasawuf itu mengikut adab
dan akhlak ahli-ahli tasawuf. Jangan tiru-tiru ahli fiqah. Biarlah ahli fiqah
dengan gelanggangnya! Tetapi ahli tasawuf jangan tak bergelanggang,
mestilah ada bergerak dalam gelanggangnya. Adakan yayasan dan
perguruan tasawuf secara zaman ini, jangan jadi pak turut sahaja. Islam
membenci pak turut dan taklik buta. Semua ahli tasawuf, mestilah betul-
betul menjadi al-tabi‟inal-„arifinal-shodiqin.”

Demikianlah seorang tokoh politik Islam yang begitu komited dalam membangunkan

85
bangsa dan negara dengan roh agama bersendikan pengamalan tasawuf tariqat yang

benar.

4.1.2.2 Homeopati

Dalam bidang perubatan homeopati, beliau merupakan lulusan Medical Doctor of

Homoeopathy (M.D.H) dari Ismeliah Medical College, Hydrabad, India. Selain itu,

beliau juga menerima ijazah Doctor of Naturopathy (N.D) daripada School of

Naturopathy, London dan Doctor of Divinity daripada International Academy Canada.

Beliau juga merupakan ahli International Federation of Naturopath (I.F.N) dan

Homoeopathic Physician Association (H.P.A., London).

Dalam kalangan masyarakat homeopati di Malaysia, beliau dikenali sebagai orang

Melayu pertama yang belajar homeopati dan bertanggungjawab memperkembangkannya

pada dekad-dekad awal. Meskipun beliau dikatakan telah mempraktikkan ilmu

perubatan homeopati sejak tahun 1930-an lagi, namun, beliau terlalu sibuk dengan

agenda politik semasa. Disebabkan itulah, hanya pada tahun 1953 atau 1954, baru beliau

berkesempatan mendidik pelajar perintis homeopati. Sumbangan beliau mendidik para

pelajar dilihat sebagai suatu sumbangan besar kepada masyarakat dari sudut ekonomi

politik dari segi pendidikan sosial. Sehinggalah pendidikan homeopati berkembang

dengan pesatnya pada hari ini.

86
Selepas merdeka pada tahun 1957, beliau melangkah ke hadapan dalam kerjaya politik

apabila memenangi kerusi parlimen bagi tahun 1959-1964. Di waktu itu beliau telah

menubuhkan persatuan homeopati yang pertama di Malaysia. Persatuan homeopati itu

didaftarkan pada 1962 dan dikenali sebagai Persatuan Perubatan Homoeopathy Malaysia

(Malaysian Homoeopathic Medical Association) atau PPHM. Pada masa yang sama

beliau dilantik sebagai presiden persatuan yang pertama. Hal ini membuktikan bahawa

beliau memanfaatkan jawatannya sebagai ahli parlimen, antaranya membantu pelajar

homeopati bersedia merawat masyarakat.

Selain bijak dan petah berucap, Burhanuddin juga mahir menulis. Beliau banyak

menyumbangkan hasil tulisan baik dalam bidang politik mahupun homeopati. Banyak

artikel yang ditinggalkan beliau. Sebahagian daripada tulisan itu telah diterbitkan,

khususnya mengenai politik. Buku-buku homeopati beliau telah disalin dan

diperturunkan kepada kerabat homeopati dari generasi pertama, tetapi malangnya tiada

satu pun diterbitkan. Sedangkan karyanya mengenai falsafah homeopati, materi medik

dan biokimia merupakan rujukan utama dalam bahasa ibunda bagi para pelajar

homeopati di Malaysia untuk dua dekad yang pertama.56 Senarai buku tersebut akan

dibincangkan dalam bab berikutnya.

Akhirnya, beliau dianugerahkan pingat emas Commander of World Order of Human

Merit daripada I‟Ordre Universal du Merit Human, Geneva pada 15 November 1959 di

atas sumbangannya dalam pembangunan perubatan homeopati. Huraian tersebut

56
http://www.homeolibrary.com/homeopathy/Web_Pengamal_2/Burhanuddin.htm

87
membuktikan sumbangannya dalam bidang homeopati, amat besar sekali. Ia

menunjukkan secara tidak langsung sumbangannya dalam bidang ekonomi politik dalam

konteks kebajikan sosial.

4.1.2.4 Pengaruh Awal Pemikiran

Pengaruh awal pemikirannya sudah tentu bermula semasa berada di sekolah lagi.

Semasa belajar di Jambu, Sumatera Barat pada tahun 1924 sehingga 1926, Burhanuddin

berada di bawah asuhan Haji Nuruddin, anggota Sarekat Islam Indonesia. Di samping itu

guru-guru yang mengajar dan mendidik beliau di sana terdiri di kalangan aliran Kaum

Muda. Kemudian, semasa berada di Madrasah Al-Masyhoor Al-Islamiah, Kepala Batas,

Burhanuddin juga terdedah dengan pemikiran Kaum Muda. Aliran inilah yang telah

menyalakan semangat anti-penjajah dan pro-kemerdekaan dalam diri beliau. Di sinilah

beliau mula memahami perjuangan menentang penjajah.

Menurut Ramlah Adam (2003), semasa belajar di India pada tahun 1928, Burhanuddin

mengikuti pergerakan Mahatma Gandhi serta berkenalan dengan Mohd Ali Jinnah dan

Pandit Nehru dan pemimpin-pemimpin kemerdekaan India yang lain. Selepas tamat

pelajarannya di Universiti Aligarh, India, Burhanuddin telah mengembara ke Palestin

dan Turki. Keberadaan beliau di sana telah memudahkannya lagi, memperdalami

fahaman reformis yang telah dipelajarinya di al-Masyhoor dan di India.

88
Ketika berada di Singapura pula, Burhanuddin telah bergiat cergas dalam pergerakan

Islam di pulau tersebut. Beliau menerbitkan majalah Taman Bahagia yang bercorak anti-

British yang mengakibatkan beliau ditahan oleh pihak British di sana. Selepas itu,

Burhanuddin terus bergiat pula dengan persatuan Jama‟atul Islamiah dan menjadi

penyunting majalah Kehidupan Dunia Akhirat.

4.1.3 PENGLIBATAN DALAM BIDANG POLITIK

4.1.3.1 Zaman Awal Perjuangannya: bermula di Singapura

Menurut Kamarudin (1980), Burhanuddin pulang ke tanah air pada tahun 1935, dan

terus menjadi guru bahasa Arab di Sekolah Arab Al-Juned, Singapura. Di samping itu,

beliau juga aktif di dalam pergerakan Islam di pulau itu. Misalnya dengan menyertai

Jama‟atul Islamiah. Pada tahun 1937, beliau menerbitkan sebuah majalah bernama

Taman Bahagia yang secara terang-terangan anti-British. Menurut Saliha (1974) :

“When he come back to Singapore in 1938, he edited an anti-British


newspaper called “Taman Bahagia”. This effort was short lived since he
was arrested by British authority within one and half hours of its
publication”.

Menurut Rashidah (1969) pula, umur majalah ini tidak panjang hanya sempat beredar

untuk keluaran pertama kerana dianggap berbahaya oleh pemerintah Inggeris. Kerana

majalah ini dia ditahan oleh polis cawangan khas Singapura. Selepas dibebaskan, beliau

89
membuka klinik homeopati di Singapura dan di Johor Bahru dengan bantuan seorang

doctor India bernama Dr. N. Rajah.

4.1.3.2 Zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu

Pada tahun 1939, beliau diperkenalkan kepada Kesatuan Melayu Muda (KMM) oleh

Mustapha Hussin iaitu pemimpin KMM. Burhanuddin dianggap tidak bahaya dalam

KMM kerana tidak begitu aktif berbanding pemimpin-pemimpin KMM yang lain,

seperti Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Mohammad, Ahmad Boestamam dan Sutan Djenain.

Justeru itu, beliau terlepas daripada mangsa tangkapan British pada tahun 1940 iaitu

menjelang Perang Dunia ke-2. Kebijakan strategi politik Burhanuddin dilihat berjaya

berbanding pemimpin kiri yang lain.

Menurut Kamarudin (1980), semasa pendudukan Jepun, Burhanuddin diberikan jawatan

tertinggi bagi orang Melayu iaitu Penasihat Adat Istiadat dan Kebudayaan Melayu

(Advisor on Malay Custom and Culture) dan berpejabat di Markas Pentadbiran Tentera

Jepun di Taiping. Menerusi jawatan ini, beliau menyediakan wadah pembebasan Tanah

Melayu dari sebarang bentuk penjajahan. Di samping itu, beliau berkesempatan pula

bertemu dan bergaul dengan pemimpin-pemimpin Islam seperti Ustaz Abu Bakar Baqir

(Pengetua Maahad II Ihya As-Syarif). Ini membuktikan sumbangan beliau sewaktu

memegang jawatan tersebut dalam konteks ekonomi politik, adalah menjaga

kemaslahatan ummah. Ia selari dengan konsep pengislahan ummah.

90
Menurut Nabir (1976) pula, beliau turut mengambil peluang daripada jawatannya untuk

mendampingi, melindungi dan membantu pusat pendidikan Islam yang terkemuka dari

segi sosial dan politik di Gunung Semanggol, Taiping yang bernama Maahad II Ihya As-

Syarif. Perhatian beliau terhadap Maahad ini begitu tinggi kerana sebelum pendudukan

Jepun, institusi ini telah banyak melahirkan guru-guru yang berpendidikan agama.

Perkara ini membuktikan satu lagi sumbangan Burhanuddin dalam mempertahankan

sosiopolitik orang Melayu dari segi pendidikan.

Menurut Kamarudin (1980) lagi, dalam tahun 1945, Burhanuddin bersama-sama Onan

Siradj, Ibrahim Yaacob dan lain-lain pemimpin KMM menubuhkan Kesatuan Rakyat

Indonesia Semenanjung (KRIS) yang dirancang dengan sokongan Jepun untuk

menguruskan kemerdekaan Malaya dalam konsep Melayu Raya.

Seterusnya, pada 12 Ogos 1945, menurut Saliha (1997), Burhanuddin dan Ibrahim

Yaacob mewakili KRIS mengadakan pertemuan dengan Ir. Sukarno dan Dr. Hatta di

Taiping bagi membincangkan pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu (Malaya) dan

Indonesia secara serentak pada 17 Ogos 1945. Rancangan ini gagal kerana tiga hari

sebelum tarikh pengisytiharan kemerdekaan akan diumumkan iaitu pada 14 Ogos 1945,

Jepun secara tiba-tiba terpaksa menyerah kalah kepada kuasa Berikat setelah Nagasaki

dan Hiroshima dimusnahkan oleh serangan dua butir bom atom Amerika Syarikat pada 6

dan 9 Ogos 1945. Akibat penyerahan Jepun ini telah memberi peluang kepada British

menduduki Malaya semula.

91
Walaupun Sukarno meneruskan rancangan kemerdekaannya, Burhanuddin tidak dapat

berbuat demikian untuk Tanah Melayu kerana kumpulan-kumpulan yang menentang

Jepun telah pun menguasai keadaan. Bayangkanlah sekiranya rancangan ini tidak gagal,

kedudukan Burhanuddin dalam politik dan pemerintahan tidak syak lagi menjadi amat

penting sekali. Maka, ia akan memudahkan Burhanuddin melaksanakan matlamatnya.

4.1.3.3 Pasca pendudukan Jepun di Tanah Melayu

Namun begitu, kegagalan ini tidak mematahkan semangat Burhanuddin untuk

membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah. Menurut Kamarudin (1980), beliau

menganggotai PKMM setelah ia ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 dalam satu kongres

Melayu di Ipoh. PKMM merupakan pertubuhan politik Melayu yang pertama selepas

British kembali semula mencengkam Tanah Melayu. Moktaruddin Lasso ialah presiden

yang pertama dan Burhanuddin sebagai naib presiden.

Kemudian, menurut Nabir (1976), semasa menjadi Yang Dipertua Agung PKMM,

Burhanuddin berjaya menganjurkan “Persidangan Ekonomi-Ugama Se Malaya” pada

22-24 Mac 1947 di Maahad II Ihya As-Syarif, Gunung Semanggol, Perak. Persidangan

ini telah mencetuskan penubuhan Pusat Perekonomian Melayu se Malaya (PEPERMAS)

dan Majlis Agama Tertinggi Se Malaya (MATA). Penglibatan beliau tersebut telah

membuktikan pelaksanaan beliau dalam membangunkan sosioekonomi masyarakat.

92
Pada penghujung tahun 1947, berdasarkan karya Kamarudin (1980), Burhanuddin

mengetuai perwakilan Malaya ke Inter-Asian Relations Conference di New Delhi.

Persidangan ini membuka peluang baginya berkenalan dan berbincang tentang gerakan-

gerakan menentang penjajahan bersama-sama pemimpin kemerdekaan negara-negara

Asia. Ia membuka ruang yang luas dalam mengatur strategi menentang penjajah

sepertimana prinsip perjuangan beliau.

Pada 14 Mac 1948, Burhanuddin terlibat menubuhkan Parti Hizbul Muslimin di Maahad

II-Ihya As-Syarif Gunung Semanggol. Menurut Nabir (1976) pula, peranannya dalam

parti baru ini tidak menyerlah kerana pada bulan Jun 1948 undang-undang darurat telah

diisytiharkan oleh British. Lantaran itu, PKMM telah diharamkan dan beberapa

pemimpinnya telah ditangkap termasuk tokoh-tokoh Hizbul Muslimin seperti Abu Bakar

Baqir dan Ustaz Abrab Tamimi. Penglibatan beliau dalam penubuhan parti Hizbul

Muslimin menunjukkan bahawa, dari sejak awal perjuangannya, beliau tidak pernah

meninggalkan hasratnya dalam perjuangan Islam, dalam menegakkan perjuangan

nasionalisnya.

Menurut Kamarudin (1980), ketika PKMM di bawah pimpinan Burhanuddin, PKMM

menyertai pakatan 39 pertubuhan Melayu seluruh tanah air untuk menubuhkan

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PEKEMBAR) atau UMNO pada 11 Mei 1946

kerana menentang gagasan Malayan Union tajaan British. Setelah Malayan Union

dibatalkan, PKMM keluar daripada bergabung dengan UMNO. Burhanuddin

93
mempunyai beberapa sebab mengapa perpisahan terpaksa dilakukan. Antaranya

Burhanuddin (1946) berkata:

“Setelah kita rasa dan ukur perasaan jiwa perjuangan kita dan rasa jiwa
perjuangan Pertubuhan Kebangsaan Melayu berlainan “rail” (landasan).
Ada lebih baik buat sementara untuk melapang dan memudahkan
masing-masing menuju dan berjuang membela hak dan keadilan putera
Melayu”.

Burhanuddin agak radikal dalam sebarang tindakan demi memperjuangkan prinsip

politiknya. Hal ini adalah pengaruh dari pengajiannya yang telah dijelaskan sebelum ini.

Ini jelas terbukti pada bulan Februari 1947, PKMM, Angkatan Pemuda Insaf (API),

Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan beberapa pergerakan lain bergabung dalam satu

pertubuhan bernama Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) untuk menentang UMNO dalam

menentukan corak dan landskap politik Malaya.

Kemudian PUTERA bersekutu pula dengan All Malaya Council for Joint Action

(AMCJA) bergabung tenaga untuk menentang UMNO dan British. Gabungan ini

dipengerusikan oleh Burhanuddin (1955) dengan menegaskan pendiriannya.

“Tetapi kita terpaksa berpisah kembali kerana perbezaan anggaran dasar

perjuangan, kita akan kecewa selagi kita berada dalam PEKEMBAR (UMNO)

iaitu kita akan menjadi alat penjajah maka terpaksalah kita keluar.”

Selepas berlaku penangkapan besar-besaran itu, Burhanuddin berpindah ke Singapura.

Tetapi pada bulan Disember 1950, beliau ditangkap oleh Inggeris kerana disyaki terbabit

dalam kes Natrah Hertogh. Beliau dibebaskan setahun kemudian.

94
Pada April 1955, Burhanuddin dijemput menghadiri Kongres Pemuda Melayu Se

Malaya di Kuala Lumpur. Beliau, kemudian dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa

Pemandu dan sekali gus diberi mandat mewakili Malaya ke Persidangan Afro-Asia yang

diadakan di Bandung.

Menurut Kamarudin (1980), Sekembalinya dari Bandung, Burhanuddin berkempen

dalam pilihan raya kebangsaan pada bulan Julai 1955 atas platform Barisan Kebangsaan

Melayu yang telah ditubuhkan oleh Kongres Pemuda Melayu Se-Malaya. Namun,

menurut means (1976), mengenai pilihan raya pertama itu, Burhanuddin dikatakan

mengkritik UMNO dan Parti Negara (pemimpin Dato‟ Onn Jaafar) dan menyatakan

keraguan terhadap pilihan raya tersebut tetapi Means tidak pula menyatakan sebabnya.

Mungkin, pilihanraya tersebut dilihat sudah dirancang untuk memenangkan UMNO. Hal

ini kerana UMNO pada ketika itu menyokong British dalam melaksanakan

perlembagaan menurut British seterusnya memberikan kemerdekaan. Sebaliknya,

Burhanuddin dan parti-parti fahaman kiri yang lain menentang British.

Menurut Boestamam (1972), selepas pilihan raya itu, Burhanuddin turut bersama

merancang menubuhkan Parti Rakyat Malaya (PRM). Namun, setelah PRM dilancarkan

pada 11 November 1955 atas persetujuannya, Ahmad Boestamam dilantik menjadi

Ketua Umum parti itu. Sebaliknya menurut Kamarudin (1980), beliau menjadi ahli Parti

Islam Se-Tanah Melayu iaitu pada bulan Disember 1956.

95
Kemudian pada 25 Disember 1956 dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS yang ke-5,

beliau terpilih sebagai Yang Dipertua Agung parti itu. Semasa pilihan raya tahun 1959

Burhanuddin memenangi kerusi Parlimen Besut, Terengganu, atas tiket PAS. Namun,

pada pilihan raya 1964, menurut K.J Ratham dan R.S Milne (1967) beliau didapati tidak

layak bertanding kerana sebuah mahkamah mendendanya sebanyak $25,360 bersabit

satu kesalahan teknikal dalam sebuah syarikat perniagaan.

Pada Januari 1965, Burhanuddin ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri

(ISA) kerana didakwa terbabit menyokong Indonesia dalam konfrontasi Malaysia-

Indonesia. Burhanuddin jatuh sakit semasa di dalam tahanan dan penyakitnya tidak baik

setelah dibebaskan pada bulan Mac 1966. Pembebasan beliau bersyarat iaitu tidak boleh

melibatkan diri dalam politik tetapi pada 22 September 1969 syarat tersebut ditarik

balik. Namun, pada 25 Oktober 1969 Burhanuddin meninggal dunia kerana keuzuran

ketika masih lagi menjadi Yang Dipertua PAS. Sejarah sumbangan beliau

membangunkan ekonomi politik di Tanah Melayu memang tidak dapat dinafikan.

Namun, beliau tidak pernah diiktiraf sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan.

Mungkin hanya kerana beliau berfahaman kiri.

4.1.3.2 Sikap Dan Idealisme Politik

Biografi hidupnya menggambarkan bahawa Burhanuddin seorang yang warak dan

begitu aktif dalam arena politik. Hasil daripada pembacaan yang banyak tentang politik,

gerakan Islam, pendidikan dan sebagainya, beliau mempunyai kesedaran yang

96
mendalam tentang agama, bangsa dan negara. Baginya politik ialah alat kepada agama,

kerana politik boleh berubah-ubah tetapi agama adalah tetap. Beliau mengesahkan dalam

karyanya Agama dan Politik pada tahun 1954:

“Politik itu berubah-rubah tetapi agama tetap. Agama tidak boleh


disesuaikan dengan politik, tetapi politik itulah yang mesti disesuaikan
dengan agama. Agama dengan sendirinya berisi berbagai-bagai ragam
politik tetapi politik itu bukan agama”.57

Menurut W. Mohd Azam (1997), kegiatan politiknya dikesan semenjak awal 30-an iaitu

apabila beliau ditahan oleh British akibat penentangan terhadap Deklarasi Belfour di

Palestin. Beliau telah ditahan beberapa bulan di sana. Namun penglibatan politiknya di

tanah air bermula sekitar tahun 1935 setelah kembali daripada luar negara dan sehingga

akhir hayatnya pada tahun 1969.

Dalam tempoh melebihi tiga dekad itu, didapati bahawa Burhanuddin mempunyai

idealisme politik yang tersendiri yang terpancar daripada tindakan, ucapan serta tulisan

beliau. Kamarudin Jaafar (1980), merumuskan Burhanuddin mempunyai tiga ciri utama

iaitu: (i) Merdeka, (ii) Kebangsaan Melayu dan (iii) Islam.

Kenyataan tersebut diperjelaskan lagi oleh W. Mohd Azam Mohd Amin (1997), yang

merumuskan idealisme politik Burhanuddin menjurus kepada tiga dasar yang utama: (i)

Semangat keislaman, (ii) Semangat Kebangsaan yang luas dan (iii) Penentangan

terhadap penjajah.

57
Kamarudin (1980). Hlm.158.
97
Menurut Saliha (1974), idealisme-idealisme politiknya diperjuangkan menurut

kesesuaian dengan perkembangan politik mengikut tahap perjuangan. Misalnya, bermula

dengan proses membangkitkan kesedaran umat Melayu untuk merdeka dan memerintah

sendiri. Ini diikuti dengan menyatupadukan jiwa-jiwa yang telah disedarkan dan

bermaruah ini ke dalam satu pergerakan yang berkesan dan mampu untuk menentukan

rupa bangsa dan asas-asas pemerintahannya sendiri.

Dalam perjuangan, Burhanuddin tidak terkeluar dari tiga dasar di atas. Perjuangannya

yang berasaskan Islam, tanah kebangsaan yang asal dan juga kemerdekaan bangsa

daripada penjajahan terbukti sukar ditandingi apabila diberi mandat memimpin satu

pergerakan atau pertubuhan. Kepimpinannya menggerakkan KMM (1945), Presiden

KRIS (1945), Presiden PKMM (1946), Pengerusi PUTERA (1947), Penasihat PKMM

(1947) dan Presiden PAS (1956) tetap unggul dan karismatik.

Implikasi daripada keunggulan ini, Burhanuddin telah digelar dengan pelbagai gelaran

seperti Pejuang Islam, Sayap Islam (Funston 1980: 119), Radikal Melayu (Stockwell :

130-145), Sayap Kiri (Saliha Hj. Hassan 1974: 1-5) dan tidak kurang juga dengan

tuduhan bahawa beliau terpengaruh dengan komunis dan sosialis (Alias Mohamed 1982:

108). Namun begitu, beliau tetap berjuang atas idealisme yang berlandaskan tiga dasar

yang dibincangkan di atas, tanpa menghiraukan gelaran-gelaran tersebut, walaupun ada

sesetengahnya berbentuk sinis, kecaman dan provokasi.

98
4.1.3.3 Dipenjarakan

Menurut Ramlah Adam (2003) lagi, selepas tamat pelajarannya di India, Burhanuddin

mengembara ke Palestin dan Turki. Semasa di Turki beliau ditahan kerana terlibat dalam

gerakan anti-British di sana.

Ketika di Singapura pada pertengahan 1930an, Burhanuddin telah menerbitkan majalah

Taman Bahagia yang bercorak anti-British. Satu jam selepas edisi pertama majalah ini

diterbitkan, beliau ditahan oleh pihak British. Beliau dipenjarakan selama enam bulan.

Terdapat juga catatan yang menyatakan beliau dibebaskan selepas membayar wang ikat

jamin sebanyak $1,000.

Pada tahun 1950, Burhanuddin telah ditahan oleh British akibat Peristiwa Natrah. Beliau

dituduh terlibat dalam demonstrasi menentang keputusan Mahkamah Tinggi Singapura

yang membenarkan Natrah (Maria Hertogh) dipulangkan kepada keluarga asalnya di

Belanda. Beliau telah dipenjarakan selama satu tahun. Namun, terdapat juga catatan

yang menyatakan beliau dipenjarakan selama tiga tahun di Singapura ekoran peristiwa

tersebut, iaitu dari tahun 1950 hingga 1952. Terdapat catatan yang peristiwa Natrah itu

hanya sebagai alasan bagi pihak British menahan Burhanuddin.

Sebenarnya Burhanuddin ditahan oleh British kerana semasa Darurat pada 1948, beliau

menyeru secara terbuka orang Melayu jangan menyerang kaum gerila Cina yang

berjuang melawan British di dalam hutan. Peristiwa Natrah hanya dijadikan alasan oleh

99
pihak British. British tidak boleh menahan Burhanuddin yang bergiat masa itu di

Singapura kerana pulau tersebut tidak tertakluk kepada undang-undang Darurat yang

hanya dikuatkuasakan di Semenanjung Tanah Melayu.

Burhanuddin menentang penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Ini menyebabkan dia

ditahan di bawah ISA pada bulan Januari 1965, kerana dituduh terlibat menubuhkan

kerajaan buangan di Riau, Indonesia.

Sepertimana yang dijelaskan sebelum ini, Burhanuddin jatuh uzur semasa dalam tahanan

ISA. Pada bulan Mac 1966, beliau dibebaskan dengan bersyarat dan dikenakan sekatan

kawasan. Di antara syaratnya adalah beliau tidak dibenarkan melibatkan diri dalam

politik. Syarat tersebut ditarik balik hanya pada 22 September 1969. Burhanuddin

meninggal dunia pada 25 Oktober 1969 berpunca daripada serangan lelah.

4.1.3.4 Aliran Pembabitan Beliau Dalam Ekonomi Politik

Aliran pembabitan beliau yang dicatat dalam sejarah perjuangannya diringkaskan di sini.

Ia mampu menjelaskan lagi sumbangan Burhanuddin dalam bidang ekonomi politik

Tanah Melayu. Antara pembabitan beliau ialah:

1- Menjadi penerbit majalah Taman Bahagia, Singapura, (1937).

2- Penyunting majalah Kehidupan Dunia Akhirat, Singapura, (1938).

3- Ahli Persatuan Jama‟atul Islamiah. Ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM), 1939.

4- Penasihat Adat Istiadat dan Kebudayaan Melayu semasa pendudukan Jepun, (1942).

100
5- Pemimpin Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS), 1945.

6- Ketua Umum Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), 1945.

7- Pengerusi PUTERA-AMCJA, 1947.

8- Ahli Jawatankuasa Perhubungan Bangsa-bangsa Asia, 1947.

9- Ahli pengasas PEPERMAS, 1947.

10- Ahli pengasas MATA, 1947.

11- Ahli pengasas Hizbul Muslimin, 1948.

12- Wakil Malaya di Persidangan Afro-Asia Bandung, 1955.

13- Jurucakap Barisan Kebangsaan Melayu, 1955.

14- Melancarkan penubuhan Parti Rakyat Malaya, 1955.

Pembabitan beliau secara meluas dapat dilihat berdasarkan perincian data tersebut. Ia

telah mengukuhkan lagi bukti bahawa beliau adalah seorang tokoh ekonomi politik di

Malaysia. Sebagai contoh, penglibatan beliau dalam bidang ekonomi ialah sebagai

pengasas PEPERMAS. Walaupun penglibatan utama beliau adalah dalam bidang politik,

namun pelaksanaan dan sumbangan idea dalam bidang ekonomi juga dilaksanakan

secara langsung dan tidak langsung.

4.1.4 Karya-Karya Beliau

Sumbangannya bukan hanya setakat di pentas ceramah dan politik. Malah, beliau juga

adalah seorang penulis. Burhanuddin telah menghasilkan beberapa buah buku dan

101
koleksi pidato. Karyanya merangkumi pelbagai bidang seperti perubatan, politik dan

tasawuf.

Karangan beliau dalam bidang perubatan homeopati adalah seperti berikut:

1- Falsafah Perubatan Homeopathy, Biochemistry.

2- Materia Medical.

3- Sejarah Perubatan.

4- Asas Pamkopia Homeopathy.

5- Mutiara Homeopathy. (Deli Muin, 1985: 66).

Karya dalam bidang politik dan tasawuf adalah seperti berikurt:

1- Perjuangan kita diterbitkan pada tahun 1946.

2- Falsafah Kebangsaan Melayu (1954).

3- Ugama dan Politik (1954).

4- Ideologi Politik Islam (1957).

5- Arab Pejalan Politik Tanah Melayu Sekarang (1963).

6- Simposium Tasawuf dan Tariqat (1972 cetakan ke-2).

4.2 Perjuangan Burhanuddin Terhadap Pembangunan Ekonomi Politik Islam

Setelah perbincangan mengenai biodata Burhanuddin dikupas secara mendalam. Maka,

gambaran perjuangan Burhanuddin sudah semakin jelas. Seterusnya, penelitian

perjuangan Burhanuddin yang komprehensif dapat dibahagikan kepada tiga bahagian

iaitu dari aspek ekonomi, politik dan sosial. Ia diteliti berdasarkan ciri-ciri ekonomi

politik Islam yang terdiri daripada pembangunan sosioekonomi, pembangunan

102
sosiopolitik, kepentingan awam dan pembangunan sumber manusia. Pengkajian ini

berdasarkan data-data sekunder yang didapati khususnya di perpustakaan.

Perjuangan Burhanuddin ini secara umumnya lebih terkenal dari aspek sosiopolitik.

Namun begitu, dalam menjayakan strategi politiknya, idea dan pandangan beliau

terhadap aspek pembangunan sosioekonomi juga amat ditekankan. Penekanan ini dilihat

sebagai satu sumbangan Burhanuddin dari aspek ekonomi walaupun tidak banyak.

4.2.1 Ekonomi

Dalam kajian ini, sumbangan utama beliau dari aspek pembangunan sosioekonomi akan

dikaji. Setakat ini belum dijumpai lagi karya-karya yang membincangkan berkenaan

perjuangan sosioekonomi Burhanuddin secara khusus. Mungkin kerana, beliau lebih

terkenal dalam bidang politik dan sumbangannya lebih banyak di bidang tersebut.

Walaupun tidak banyak sumbangan Burhanuddin di bidang ekonomi, namun, ianya

boleh dijadikan asas bahawa perjuangannya adalah komprehensif meliputi seluruh aspek

ekonomi, politik dan sosial. Pengkajian ini memfokuskan terhadap aspek pembasmian

kemiskinan, pengagihan sumber ekonomi, dan pembangunan ekonomi masyarakat.

Dalam bidang pembangunan ekonomi, Burhanuddin lebih banyak menyumbangkan idea

dan pandangan. Beliau juga terkenal sebagai salah seorang pengkritik kerajaan. Hal ini,

untuk memastikan pihak kerajaan tidak leka dengan pembangunan yang lebih

menumpukan tempat dan golongan tertentu sahaja.

103
Menurut Ramlah Adam (2003), berdasarkan penelitian terhadap karya yang lepas, pada

29 November 1962, Burhanuddin telah membangkitkan soal kemunduran luar bandar

yang sangat ketara. Banyak projek yang terbengkalai dan rakyat tidak mendapat apa-apa

faedah daripada projek tersebut. Termasuklah penipuan pihak kontraktor dan tanah yang

tidak sesuai, menjadi faktor kegagalan projek pertanian.

Dari aspek pengagihan sumber ekonomi, Burhanuddin menegur sikap kerajaan yang

tidak bersungguh-sungguh memajukan kawasan kampung dari semua segi. Perkara ini

disuarakan setelah beliau menjadi ahli parlimen dari tahun 1959-1964. Beliau telah

memenangi parlimen Besut atas tiket PAS.

Begitu juga dengan pembangunan sosioekonomi masyarakat, Burhanuddin semasa

bersama PKMM/PUTERA tetap menyokong prinsip-prinsip Malayan Union dengan

beberapa tambahan yang tertentu, seperti bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan

perlindungan serta galakan bagi kemajuan ekonomi, sosial, pendidikan dan agama Islam.

Hal ini membuktikan bahawa beliau tetap memperjuangkan ekonomi, tetapi melalui

politik.

Seterusnya, kegigihan beliau dalam membantu masyarakat yang susah boleh dilihat

menerusi penglibatan beliau secara langsung dengan syarikat Malay-German Shipping

Company. Beliau dikatakan adalah pengerusi syarikat tersebut. Penglibatan beliau dalam

syarikat ini adalah untuk membantu orang Melayu yang miskin menunaikan haji secara

murah. Tetapi beliau dituduh menyeleweng, dan didenda. Setelah itu, kedudukan beliau

104
sebagai ahli parlimen terbatal disebabkan denda yang dikenakan melebihi $2000. Maka,

berakhirlah kelantangannya bersuara di parlimen. Beliau juga pernah menjual saham-

sahamnya kepada orang Melayu dengan pergi dari rumah ke rumah.

Setelah berpisah dengan UMNO, PKMM mencari kawan dan pengaruh untuk

meneruskan agendanya. Maka, pada Mac 1947, atas inisiatif Burhanuddin dan Abu

Bakar Bakir, Pengetua Al-Ihya As Syarif, Gunung Semanggol, satu persidangan Ekonomi

Agama Se-Malaya telah diadakan di madrasah tersebut. Menurut Mohamed Salleh

Lamry (2006), sepertimana yang disebutkan sebelum ini, persidangan telah berjaya

melahirkan dua buah pertubuhan iaitu Pusat Perekonomian Melayu Se-Malaya

(PEPERMAS) dan Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA). Abu Bakar Bakir telah

dilantik menjadi Presiden PEPERMAS dan Penasihat MATA. MATA dirancang untuk

menjadi sebuah organisasi yang menjadi tempat semua persatuan dan individu Islam

bergabung. Seterusnya menjadi tempat perbincangan mengenai hal ehwal ekonomi,

pendidikan, politik dan sosial umat Islam.

Hal ini diperkuatkan lagi dengan pengkajian Ramlah Adam (2004) yang mengatakan

bahawa:-

“Isu ekonomi juga merupakan satu unsur penting dalam kepimpinan


Dato‟ Onn dan Burhanuddin……..Burhanuddin terlibat secara langsung
dalam menyalurkan idea-idea dalam penubuhan LEPER dan
PEPERMAS.”

Penglibatan beliau di sebalik tabir, bagi memastikan LEPER dan PEPERMAS berjalan

dengan lancar, amatlah bermakna buat pembangunan ekonomi dan pendidikan

105
masyarakat Melayu. Hal ini dibuktikan dengan kehadiran beliau dalam mesyuarat-

mesyuarat yang dianjurkan oleh pertubuhan tersebut. Beliau merupakan orang utama

pemberi idea dan cadangan bagi memajukan pertubuhan tersebut, sekali gus memastikan

pembangunan ekonomi dan pendidikan orang Melayu terbela.

Menurut Mohamed Salleh Lamry (2006), ia tidak terlibat secara langsung dalam aktiviti

lembaga tersebut kerana bimbang akan disalah anggap oleh masyarakat akan perjuangan

kirinya. Namun, Dato‟ Onn Presiden UMNO ketika itu telah menghidu kehadiran

PKMM dan PKM dalam organisasi tersebut.

Secara kesimpulannya, penglibatan Burhanuddin membangunkan sosioekonomi

masyarakat telah dapat dibuktikan. Walaupun sumbangannya tidaklah begitu banyak

berbanding pemimpin yang lain. Namun, Burhanuddin tidak pernah jemu-jemu berusaha

membangun dan mempertahankan sosioekonomi khususnya bangsa Melayu dengan

memanfaatkan pengaruh politiknya.

4.2.2 Politik

Seterusnya, dari aspek politik pula diteliti berdasarkan pembangunan sosiopolitik yang

pernah dilakukan oleh Burhanuddin. Burhanuddin yang tidak asing dengan dunia politik

merupakan seorang tokoh yang disegani pihak lawan atau kawan. Sudah tentu,

sumbangannya dari aspek sosiopolitik tidak dapat dinafikan lagi. Ia diteliti berdasarkan

aspek penindasan, kuasa pemerintahan, struktur sosial, dan strategi politik.

106
Aspek pertama yang dilihat ialah berdasarkan matlamat utama perjuangan beliau iaitu

memerdekakan Tanah Melayu daripada penjajah. Hal ini diteliti, berdasarkan sikap

penjajah yang telah membawa penderitaan kepada rakyat Tanah Melayu. Ia berdasarkan

penindasan yang dilakukan pihak penjajah dalam mengaut keuntungan dan hasil mahsul

bumi Melayu. Ia juga selaras dengan prinsip Burhanuddin yang ingin menyatukan

kembali seluruh Nusantara ini yang dinamakan Melayu Raya atau Indonesia Raya.

Menurut Kamarudin (1980), Burhanuddin telah melibatkan diri dalam bidang politik

dari tahun 1930 hingga 1969, iaitu hampir 40 tahun. Badan-badan politik dalam negeri

yang dianggotai dan disokong oleh beliau termasuklah KMM, KRIS, PKMM, MATA,

Hizbul Muslimin, PUTERA-AMCJA, Barisan Kebangsaan Melayu, Parti Rakyat

Malaya dan PAS. Penglibatan beliau hampir 40 tahun dan berbagai pertubuhan yang

disertainya, telah membuktikan kesungguhan beliau menyumbangkan idea, pengalaman,

prinsip dan strateginya demi melihat anak bangsa terus terbela.

Aspek kedua dilihat berdasarkan kuasa pemerintahan. Menurut Ramlah Adam (2003),

perkara ini selaras dengan tugas utama PKMM sewaktu diterajui oleh beliau ialah

membawa tujuan besar dan suci. Ia bermaksud, menimbulkan kembali nasib bangsa

Melayu yang telah tenggelam dan terkandas selama beratus-ratus tahun dengan cogan

katanya „Membela hak dan Keadilan Putera Melayu‟ dan berserta itu terus menuju cita-

cita mulia dan suci iaitu mencapai kemerdekaan bangsa dan tanah air.

107
Kemasukan Burhanuddin dalam PAS dilihat sebagai sudah dijangka. Hal ini kerana

beliau pada sebelumnya menjadi orang penting dalam Hizbul Muslimin. Beliau telah

dilantik sebagai salah seorang penggubal undang-undang dasar parti tersebut, bersama-

sama dengan tokoh-tokoh agama yang lain seperti Ustaz Abu Bakar, Abrab Tamimi,

Daud Jamil, Haji Ariffin, Osman Hamzah, Mohd. Asri Muda dan beberapa orang lain.

Pelantikannya itu menggambarkan keakrabannya dengan golongan agama, yang menjadi

pengasas parti tersebut. Hal ini dilihat sebagai salah satu strategi politiknya untuk

berkuasa, kerana parti tersebut ingin membina „Darul Islam‟ yakni negara Islam di

Tanah Melayu.

Aspek yang ketiga pula ialah struktur taraf sosial. Burhanuddin dalam Pelita Malaya

telah mengatakan:

“Bersatu itu ialah satu kekuatan kita! Dan apabila ada kekuatan kita akan
berupaya membuat atau menghasilkan apa juga yang kita citakan
menyeberang Selat Melaka, mengibarkan bendera Merah Putih, merdeka,
bahkan hidup mendirikan semula empayar Melayu yang maha besar itu
pun boleh dan tentu akan berhasil.”

Menurut beliau, seseorang yang sanggup menyerahkan taat setianya tanpa berbelah

bahagi terhadap negara ini boleh dianggap menghayati kebangsaan Melayu. Hal ini

menunjukkan bahawa, Burhanuddin cuba membuka ruang taraf kewarganegaraan

kepada bangsa lain.

Aspek yang terakhir ialah strategi beliau berpolitik. PKMM adalah boleh dianggap

sebagai satu tapak permulaan Burhanuddin untuk menjadikan konsep Melayu Raya atau

108
Indonesia Raya sebagai satu ideologi perjuangannya. Berdasarkan bukunya Perjuangan

kita (1946), beliau tidak langsung menyebut unsur-unsur lain dalam menegakkan

kebangsaan Melayu yang sejati, kecuali kedaulatan dan keagungan negeri dan

kebudayaan serta politik Melayu. Hal ini merupakan satu strategi politik Burhanuddin,

supaya masyarakat Melayu dan bukan Melayu menerima ideologi perjuangannya.

Sepertimana diungkapkan oleh Burhanuddin :

“Kebangsaan Melayu bukan dibina semata-mata kerana seseorang itu


bangsa Melayu atau bapanya Melayu, datuknya Melayu, tetapi
kebangsaan Melayu itu adalah diasaskan dan dibina di atas kebangsaan
Melayu iaitu kebangsaan mengikut tabiat semula jadi kedudukan bumi,
keturunan pusaka, kebudayaan baka dan penduduk hak mutlak bumi
pertiwi ini. Yang bersatu hasrat pada azamnya, bersatu padu dalam
ideologi kebangsaannya…”

Sebagai contoh, kerjasama tiga segi itu boleh berlaku kerana adanya keinginan daripada

ketiga-tiga pihak iaitu PKMM, PKM, dan parti-parti politik Indonesia untuk

menggunakan antara satu sama lain bagi faedah maksimum. Parti Komunis Indonesia

juga berhubung dengan Parti Komunis Malaya kerana ideologi, tetapi lebih kepada

menentang penjajahan Barat iaitu British dan Belanda, di samping mencari pengaruh

bagi kekuatan masing-masing. Burhanuddin sebagai pemimpin PKMM telah menyedari

peluang kerjasama dengan pihak Indonesia.

Walaupun kerjasama dibuat oleh golongan berideologi berbeza, beliau tetap kuat dengan

prinsipnya. Menurut Kamarudin (1980), Burhanuddin pernah mengatakan dalam pidato

beliau dalam kongres Parti Rakyat 1955 iaitu:-

109
“Kita menentang penjajahan tetapi tidak pula pro-komunis. Kita mahu
balik hak keadilan Tanah air kita dan kebangsaan kita yang berdaulat,
sebagaimana kita belum dipengaruhi dan dijajah dahulu”.

Menurut Salleh Lamry (2006) pula, perjuangan mereka telah menimbulkan kesedaran

kepada penduduk Tanah Melayu mengenai prinsip memerdekakan Tanah Melayu sekali

gus menyingkir penjajah. Maka, Burhanuddin dilihat berjaya mempengaruhi minda

masyarakat Melayu.

Kemudian, menurut Ramlah Adam (2003), penglibatan Burhanuddin dan PKMM dalam

Kongres 1946 juga mempunyai satu strategi politik yang penting dalam menentang

Malayan Union. Beliau menyokong Kongres kerana kepentingan kebangsaan Melayu,

penyatuan bangsa Melayu, dan menyedarkan semua peringkat bangsa Melayu akan

tanggungjawab kepada bangsa dan nusanya.

Burhanuddin dan partinya kemudian menyedari kesilapan fahaman mereka terhadap

Malayan Union tajaan British. Malayan Union cadangan British bertujuan untuk

membina sebuah negara kesatuan yang berdasarkan Malayan. Ini bermakna, bagi British

dasar kenegaraan Malayan Union adalah berdasarkan pembentukan sebuah negara

bangsa baru yang tidak berdasarkan sejarah yang silam, yang menunjukkan keagungan

bangsa dan kerajaan Melayu. Inilah perkara yang tidak dipersetujuinya.

Beliau mengubah pendekatan dan pemikiran politiknya mengikut kehendak dan suasana

politik. Walaupun beliau bukan seorang komunis dari segi ideologi, tetapi demi

110
strateginya untuk menguatkan golongan radikal Melayu, beliau bekerjasama dengan

AMCJA dan PKM sepanjang tahun 1947 bagi tujuan di atas. Perjuangan Burhanuddin

adalah menegakkan semenanjung tanah Melayu seperti slogan perjuangannya iaitu

Melayu raya atau Indonesia raya.

Beliau pernah menjemput wakil UMNO iaitu Sidin dalam persidangan pembangkang.

Hal ini dilihat sebagai satu strategi untuk mempamerkan bahawa UMNO juga

menyetujui apa yang dilakukan dan diputuskan oleh pihak pembangkang.

Burhanuddin tidak ditangkap oleh British kerana beliau bukanlah seorang tokoh politik

radikal yang militan. Walaupun beliau pernah bekerjasama dengan komunis, tetapi

bukan condong kepada ideologinya. Inilah anatara kebijakan Burhanuddin dalam

mengatur strategi politiknya. Sehingga British tidak ada hujah untuk menangkapnya.

Apa yang mungkin membezakan antara Burhanuddin dan pejuang-pejuang kemerdekaan

yang lain ialah penglibatan luas dalam isu-isu semasa bukan sahaja di tanah Melayu

bahkan di India dan Palestin. Beliau layak digelar tokoh nasionalis antarabangsa juga.

4.2.3 Sosial

Berdasarkan aspek sosial pula, salah satu daripada prinsip dan matlamat Burhanuddin

ialah menjaga kebajikan sosial atau masyarakat. Maka, ia bertepatan dengan

perbincangan dalam bab ini. Pembangunan sosial masyarakat dilihat berdasarkan kepada

111
keseimbangan pembangunan masyarakat yang diteliti berdasarkan keseimbangan

pembangunan rohani dan jasmani, keseimbangan pendidikan dan keadilan sosial.

Seterusnya, ia diteliti berdasarkan kepentingan awam dan pembangunan sumber

manusia.

Menurut Ramlah Adam (2003), keseimbangan pembangunan masyarakat dari aspek

pembangunan rohani dan jasmani boleh dibuktikan berdasarkan kata-kata Burhanuddin

seperti berikut :-

“Islam adalah agama orang Melayu dan cara hidup mereka. Islam adalah
agama damai yang tidak melakukan paksaan dan ancaman. Undang-
undang ini akan menyekat kebebasan agama Islam dari disebar atau
dikupas oleh ahli politik PAS. Pilihan raya menentukan kedudukan diri,
masyarakat, bangsa dan agama, maka ia menjadi tanggungjawab PAS
untuk menyempurnakan ikrar ini.”
“Hukum-hukum Islam yang berdasarkan al-Quran dan as-sunnah sebagai
semangat dan jiwa pentadbiran negeri ini.”

Sikap Burhanuddin yang tidak militan, bukan sahaja tidak selari dengan dasar Parti

Komunis Malaya, tetapi juga parti gabungannya, API. Burhanuddin hanya diperlukan

sebagai tempat rujukan sahaja.

Menurut Ahmad Boestamam, pertanyaan-pertanyaan Mokhtaruddin Lasso tentang

kewujudan Allah SWT kepada Burhanuddin, jelas menunjukkan Mokhtaruddin cuba

menguji akidah dan kebijaksanaan beliau dalam melayan karenah seorang komunis

seperti Mokhtarudin. Sikap Burhanuddin yang terbuka dan lembut, tidak menimbulkan

sebarang ketegangan di antara dua insan yang berlainan fahaman politik dan

112
kepercayaan itu. Beliau menolak komunisme sebagai satu ideologi politik dan sebagai

satu sistem kepercayaan.

Beliau menggesa kerajaan mengambil langkah-langkah yang tegas untuk mengiktiraf

agama Islam sebagai sebenar-benarnya agama rasmi Persekutuan tanah Melayu.

Keseimbangan pembangunan dari aspek pendidikan pula, Burhanuddin telah

membangkitkan soal Subjek Pendidikan Islam patut menjadi subjek wajib bagi semua

sekolah kerajaan. Sekolah agama Islam patut disusun semula dan guru-gurunya patut

mempunyai gaji yang lebih baik supaya penghormatan kepada institusi ini lebih tinggi

lagi.

Menurut Ramlah Adam (2003) lagi, Burhanuddin telah menggunakan KPM untuk

meneruskan cita-cita politik Islam. Sebagai seorang pengerusi yang mempunyai

pendidikan Islam yang kukuh dan telah terlibat dalam penubuhan Hizbul Muslimin,

beliau sangat bersimpati dengan cadangan-cadangan untuk mendaulatkan agama Islam

sebagai agama rasmi negara. Antara resolusi KPM ialah:

1- Kerajaan persekutuan didesak supaya melantik seorang menteri yang

bertanggungjawab kepada soal agama Islam.

2- Sebuah badan pengembangan agama Islam patut ditubuhkan bagi tujuan menubuhkan

sekolah, seperti yang dibuat oleh pendakwah Kristian yang menubuhkan sekolah

Inggeris sebagai satu alat pengembangan agama Kristian dan pendidikan.

113
3- Segala kewangan sekolah itu ditanggung oleh Majlis Agama Islam tiap-tiap negeri

dalam Persekutuan.

Kemudian Salleh Lamry (2006), pada November 1947, MATA telah menganjurkan

penubuhan sebuah badan yang akan menjalankan aktiviti yang luas dalam pendidikan,

iaitu Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR). Bidang tugas LEPIR termasuklah

penerbitan buku teks, merangka kurikulum yang sama untuk semua sekolah agama

rakyat, meningkatkan bilangan sekolah agama dan meningkatkan taraf pendidikan di

sekolah-sekolah ini hingga ke peringkat antarabangsa.

Burhanuddin telah memainkan peranan besar di belakang tabir penubuhan lembaga-

lembaga tersebut, apabila aktif di dalam menghadiri mesyuarat yang dianjurkan MATA,

PEPERMAS dan LEPIR. Ia tidak terlibat secara langsung dalam aktiviti lembaga

tersebut kerana bimbang akan disalah anggap oleh masyarakat akan perjuangan kiri.

Namun, Dato‟ Onn Presiden UMNO ketika itu telah menghidu kehadiran PKMM dan

PKM dalam organisasi tersebut.

Selanjutnya, mereka telah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan mengenai

penubuhan sebuah parti Islam. Maka, parti tersebut dinamakan sebagai Hizbul

Muslimin. Maka MATA akan menjadi jabatan agama, PEPERMAS jabatan ekonomi

dan LEPIR sebagai jabatan pendidikan. Menurut Salleh (2006) lagi, tiga perkara utama

penubuhan parti tersebut ialah mencapai kemerdekaan, membina masyarakat yang

114
berasaskan Islam dan menjadikan Malaya sebuah negara Islam. Untuk mencapai tujuan

tersebut, maka tujuh lagi objektif telah ditetapkan iaitu:-

1- Untuk menjadikan orang Islam di Malaya sedar tentang prinsip-prinsip Islam.

2- Untuk menyatukan barisan orang Islam yang berpecah di belakang satu

ideologi.

3- Untuk menyokong kebebasan akhbar, kebebasan berhimpun dan kebebasan

bercakap.

4- Untuk meningkatkan bilangan sekolah.

5- Untuk menyediakan pendidikan mengikut keperluan semasa.

6- Untuk meningkatkan kebaikan moral orang-orang Melayu.

7- Menjaga Ekonomi dan kebajikan orang-orang Melayu.

Objektif tersebut sangat komprehensif dan holistik meliputi ekonomi politik dan sosial.

Inilah antara sumbangan idea Burhanuddin berdasarkan ekonomi politik.

Berdasarkan keadilan sosial pula, menurut Ramlah Adam (2003), Burhanuddin dilihat

mahu menjadi wira dalam segala hal, apabila telah memberikan cadangan bahawa

kerakyatan dibuka kepada semua kaum walaupun bukan Melayu. Hal ini dilihat oleh

semua kaum sebagai orang Melayu yang mampu menjaga keadilan sosial. Berdasarkan

keseimbangan pembangunan ekonomi antara penduduk bandar dan penduduk luar

bandar. Burhanuddin mendesak kerajaan perikatan memperbaiki taraf hidup penduduk

luar bandar.

115
Berdasarkan soal keadilan dan kebajikan sosial. Burhanuddin dalam bukunya Falsafah

Kebangsaan Melayu (1950) mengatakan,:

“Kita hendak mendirikan negara kebangsaan menurut keadilan dan


kemanusiaan yang luas…, bukan sekali-kali kebangsaan yang sempit,
jauh sejauh-jauhnya dari berbaur perkauman… Kebangsaan Melayu,
bukan dibina kerana semata-mata seorang itu bangsa Melayu atau
bapanya Melayu, datuknya Melayu, neneknya Melayu, keturunannya
Melayu, bakanya Melayu jika ia belum mengisi erti dan tujuan
kebangsaan Melayu…siapa sahaja yang telah memutuskan taat setianya
daripada negeri-negeri yang lain, (menunjukkan) kesetiaan (kepada)
ideologi kebangsaan Melayu…(yang baru).”

Berdasarkan slogan umum PKMM, PKMM dikatakannya sebagai satu usaha “Membela

hak dan keadilan putera Melayu”.

Dari segi pembangunan sumber manusia pula, berdasarkan pendidikan dan latihan.

Burhanuddin dan Abu Bakar Baqir pernah berbincang berkenaan penubuhan sebuah

Universiti, sepertimana kata Burhanuddin :

“Ini adalah permulaan idea sebuah universiti Islam yang diharapkan akan
menjadi kenyataan.”

Akhirnya, beberapa resolusi yang dikemukakan oleh beliau dan partinya dimasukkan

dalam kajian ini bagi membuktikan perjuangan beliau berasaskan ekonomi, politik dan

sosial. Antara beberapa resolusi yang dicadangkan ialah Konsep Tanah Melayu untuk

Melayu jelas terbayang. Antara resolusinya ialah:

1- Membentuk satu negara Melayu dengan satu bahasa dan satu negeri dipanggil

sebagai Melayu.

2- Menentang kehadiran pangkalan tentera asing di tanah Melayu.

116
3- Menolak prinsip kerakyatan jus soli kepada bangsa asing.

4- Mendesak kerajaan menubuhkan satu lembaga mengkaji keadaan ekonomi yang

tidak seimbang antara orang Melayu dengan bangsa lain.

5- Mendesak kerajaan memperuntukkan 50 peratus hak melombong bijih timah kepada

orang Melayu dan memberi bantuan kepada pekebun kecil kelapa.

6- Mendesak diadakan skim pembangunan tanah bagi memberi tanah kepada orang

Melayu.

PUTERA pula mendesak pemerintah dengan tiga cadangan penting iaitu:-

1- Raja-raja Melayu mesti dikekalkan sebagai Raja berperlembagaan tertakluk kepada

kawalan rakyat melalui institusi demokrasi, dan bukan tertakluk kepada nasihat

Pesuruhjaya Tinggi British atau Residen Negeri British.

2- Peruntukan khas mestilah diadakan dalam perlembagaan bagi kemajuan dan

peningkatan orang Melayu.

3- Perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat Melayu hendaklah di bawah

kawalan orang Melayu.

Menurut Salleh Lamry (2006), cadangan Perlembagaan Rakyat sebagai alternatif kepada

draf Perlembagaan Persekutuan yang disediakan oleh Jawatankuasa Kerja, dokumen

setebal 60 muka, merupakan kompromi kepada pelbagai aspirasi dari kelompok yang

berbeza dalam gabungan PUTERA-AMCJA. Tidak diambil peduli oleh pihak British.

Prinsip utama Cadangan Perlembagaan Rakyat itu adalah seperti berikut:

117
1- Semua orang yang lahir di Malaya secara automatik diberi kerakyatan Melayu dan

dibatalkan hak kerakyatannya dengan sebarang negara lain.

2- Bagi orang yang tidak lahir di Malaya, dia boleh diterima menjadi rakyat Melayu,

jika dia berumur 18 tahun ke atas, berkelakuan baik, tinggal di Malaya selama 8

tahun dari 10 tahun sebelumnya, lulus ujian bahasa Melayu yang mudah dan

bersumpah taat setia kepada Malaya.

3- Semua warganegara mempunyai hak dan peluang yang sama dalam bidang politik,

ekonomi, pendidikan dan kebudayaan tanpa mengira bangsa, kepercayaan, warna

kulit atau jantina.

4- Bahasa Melayu haruslah menjadi bahasa rasmi yang tunggal di negara ini.

Bagaimanapun, penggunaan bahasa-bahasa lain adalah dibenarkan.

5- Bagi sembilan tahun yang pertama, tidak kurang daripada 55% daripada perwakilan

dalam badan perundangan haruslah daripada bangsa Melayu.

6- Singapura haruslah dimasukkan ke dalam persekutuan Tanah Melayu.

7- Semua anggota badan eksekutif haruslah dipilih oleh badan perundangan dari

kalangan anggotanya.

8- Harus diadakan Majlis Bangsa-Bangsa dengan kuasa untuk menangguhkan selama

tiga tahun jika dianggap bahawa badan perundangan mempunyai implikasi ras.

9- Agama Islam dan adat Melayu haruslah di bawah kawalan institusi yang didirikan

oleh orang Melayu.

10- Raja-raja Melayu harus dikekalkan sebagai Raja berperlembagaan. (Straits Times, 9

July 1947. Dipetik dari Khong Kim Hoong 1984, 112-113)

118
Menurut Ramlah Adam (2003) pula, pada 14 Februari pula, Burhanuddin sebagai

Presiden PKMM mendesak supaya beberapa perkara dipenuhi iaitu:

1- Satu kesatuan Tanah Melayu termasuk Singapura.

2- Sebuah kerajaan pusat dan negeri yang dipilih melalui pilihan raya umum.

3- Sebuah bendera dan lagu kebangsaan.

4- Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara.

5- Raja-raja Melayu mempunyai kuasa yang sebenarnya dengan bertanggungjawab

kepada orang ramai melalui majlis-majlis yang dibentuk melalui pilihan raya.

6- Perlembagaan mesti memperuntukkan kedudukan istimewa Melayu bagi

memajukan politik, ekonomi dan sosial orang Melayu.

7- Adat istiadat Melayu dan agama Islam mesti dikuasai sepenuhnya oleh orang

Melayu melalui majlis-majlis khas.

8- Kerakyatan yang sama rata bagi semua mereka yang sedia menjadikan Tanah

Melayu sebagai tempat tinggal tetapnya dan mencurahkan taat setia yang tidak

berbelah bagi kepadanya.

Rumusannya, perjuangan beliau bukan sahaja di bidang politik, bahkan di bidang

ekonomi dan sosial. Justeru, bolehlah dikatakan keanggotaan Burhanuddin dalam dewan

rakyat, telah dimanfaatkan sebaiknya. Beliau nyata sekali telah bercakap atas perkara-

perkara yang memberi faedah kepada orang ramai, terutama dalam soal pembangunan

luar bandar dan kemajuan orang Melayu pada keseluruhannya. Kebangsaan Melayu pula

cuba ditegakkannya dalam pembentukan Malaysia yang dilihatnya sebagai Melayu

Raya. Kepentingan Islam sebagai ideologi politik partinya juga telah dikemukakannya

119
sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Kehadiran beliau dalam masa tiga

tahun telah melambangkan satu perjuangan yang tidak jemu-jemu dari beliau dengan

tema-tema yang dibawanya sejak awal penglibatan politik pada tahun 1936.

4.3 KESIMPULAN

Pemerhatian dalam bab ini telah menjelaskan biografi dan perjuangan Dr. Burhanuddin

Al-Helmi. Penelitian dalam bab ini juga didapati bahawa, perjuangan beliau dalam

pembangunan masyarakat dari sudut ekonomi politik Islam dilaksanakan secara

berperingkat melalui strategi berpolitik. Ia dilihat dari sudut pembangunan sosiopolitik,

pembangunan sosioekonomi, keseimbangan pembangunan masyarakat, kepentingan

awam dan pembangunan sumber manusia. Hasil dari penelitian ini membawa kepada

persoalan seterusnya, iaitu sejauh mana perjuangan Dr. Burhanuddin Al-Helmi benar-

benar menepati konsep pengislahan ummah yang telah digariskan? Ia seharusnya

bertepatan dengan cara pelaksanaan ekonomi politik Islam. Bagi menjawab persoalan

ini, analisis terhadap aspek tersebut akan dilakukan dalam bab berikutnya.

120
BAB 5
ANALISIS PERJUANGAN DR. BURHANUDDIN AL-HELMI HUBUNGANNYA
DENGAN PEMBANGUNAN EKONOMI POLITIK ISLAM DI MALAYSIA

5.0 PENGENALAN

Dalam bab empat yang lepas, telah menjelaskan biografi dan perjuangan Dr.

Burhanuddin Al-Helmi (Burhanuddin) berdasarkan konsep ekonomi politik Islam. Ia

berdasarkan ciri-ciri dan cara pelaksanaan ekonomi politik Islam tersebut. Dalam bab

yang kelima ini pula, penelitian secara konseptual dilakukan ke atas hasil pemerhatian

perjuangan Burhanuddin berdasarkan bab keempat terdahulu. Ia diteliti berdasarkan

prinsip, matlamat, strategi pelaksanaan, pemikiran dan idealisme beliau. Seterusnya, ia

dianalisis berdasarkan rumusan gagasan pemikiran Burhanuddin kaitannya dengan

konsep pengislahan ummah. Akhirnya, merumuskan hubungannya dari sudut

pembangunan ekonomi politik Islam.

5.1 Analisis Konseptual Perjuangan Dr. Burhanuddin Al-Helmi Hubungannya

Dengan Pembangunan Ekonomi Politik Islam Di Malaysia

Tahun 1940-an adalah merupakan tahun yang paling penting dan bersejarah dalam

perjuangan Melayu. Di sekitar tahun tersebut orang Melayu bukan sahaja menghadapi

masalah untuk membangunkan semula masyarakat Melayu yang kucar-kacir akibat

121
perang Dunia Kedua, tetapi juga terpaksa mencari identiti bangsanya dan satu bentuk

pemerintahan yang bebas dari kongkongan penjajah Inggeris.58

Pendudukan Jepun selama lebih dari tiga tahun (1942-1945), telah banyak meninggalkan

kesan ke atas kehidupan penduduk di Tanah Melayu. Layanan yang berbeza kepada

kaum-kaum yang berbeza berdasarkan taraf sosioekonomi, melahirkan bentuk kesedaran

kebangsaan yang berbeza. Di kalangan orang Cina dan India bentuk kesedaran mereka

lebih terikat kepada negeri asal masing-masing. Sementara bagi orang Melayu pula,

kesedaran kebangsaan berbentuk kemelayuan semakin bertambah kukuh.

Bagaimanapun, pada umumnya selepas pendudukan Jepun, ketiga-tiga kaum itu semakin

berani mempersoalkan kedudukan, kepentingan dan masa depan sosial, ekonomi dan

politik mereka masing-masing di negeri ini.59 Hal ini lebih memudahkan lagi

Burhanuddin mempengaruhi masyarakat untuk memperjuangkan tanah air dari penjajah.

Perjuangan Burhanuddin semakin dikenali ramai orang, apabila dilantik sebagai ketua

Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Sebelum itu, beliau menjawat jawatan

Naib yang dipertua PKMM semasa Mokhtaruddin Lasso menjadi Yang Dipertua

PKMM. Ia berlaku semasa kongres pertama PKMM pada 30-3 Disember 1945.

Seterusnya Kongres Kedua PKMM di Melaka pada Disember 1946, beliau dilantik

sebagai Yang Dipertua. Namun, beliau tidak kekal lama menjadi Yang Dipertua. Ia

58
Md. Salleh Bin Md.Gaus (1984). Politik Melayu Pulau Pinang 1945-1957. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur. hlm. Kulit
59
Ibid., hlm. 29
122
berlaku sewaktu Kongres Ketiga PKMM yang telah memperlihatkan satu agenda

penyingkiran oleh golongan yang berfahaman sosialis ke atas golongan yang

berfahaman Islam. Perkara ini dibuktikan, apabila Burhanuddin telah disingkirkan dari

jawatan Yang Dipertua PKMM. Tetapi melantiknya menjadi penasihat sahaja.60 Hal ini

disebabkan sikap Burhanuddin yang tidak militan, bukan sahaja tidak selari dengan

dasar Parti Komunis Malaya, tetapi juga parti gabungannya, API. Burhanuddin hanya

diperlukan sebagai tempat rujukan sahaja.61 Maka, perbincangan mengenai prinsipnya

adalah penting untuk membuktikan kenyataan tersebut.

5.1.1 Prinsip

Setelah meneliti kajian yang dilakukan oleh penulis lain. Maka, tiga prinsip utama yang

dikemukakan sebelum ini oleh Kamaruddin Jaafar (1980), boleh dijadikan sebagai asas

prinsip perjuangan Burhanuddin. Walaupun prinsip tersebut tidak menunjukkan secara

jelas, berkenaan perjuangan beliau dalam mempertahankan sosioekonomi masyarakat.

Namun, dalam kajian yang dilakukan didapati bahawa dalam memperjuangkan ketiga-

tiga prinsip tersebut, beliau banyak membangkitkan soal sosioekonomi di Parlimen dan

di luar Parlimen. Ini menunjukkan bahawa politik dan ekonomi adalah saling terkait.

Perkara ini telah dijelaskan dalam bab sebelum ini. Disebabkan itulah, pentakrifan

berkenaan konsep ekonomi politik Islam perlu difahami sejelas-jelasnya. Prinsip

tersebut ialah

60
Mohamed Salleh Lamry (2006). Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan. Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm. 65
61
Ramlah Adam (2003). Burhanuddin Al-Helmy: Suatu Kemelut Politik. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.
73
123
1- Memperjuangkan Tanah Air.

2- Memperjuangkan Kebangsaan Melayu.

3- Memperjuangkan Islam.

Rumusannya, perjuangan Burhanuddin dalam menegakkan prinsipnya telah banyak

membantu menyedarkan masyarakat. Kesedaran ini meliputi tiga prinsip yang telah

dikemukakan tadi.

5.1.2 Matlamat

Setelah memahami akan prinsip perjuangan Burhanuddin, maka rumusan mengenai

matlamat Burhanuddin juga penting untuk dijelaskan. Hal ini penting untuk

membuktikan kesinambungan teori prinsip dan pelaksanaannya yang menjadi objektif

kajian ini.

Oleh itu, antara rumusan matlamat beliau yang dapat dikumpulkan dari karya-karya

sebelum ini ialah

1- Pembangunan masyarakat.

2- Kesungguhan dalam Memerdekakan Tanah Melayu

Matlamat untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajah boleh dilihat dari kata-

katanya dalam Perjuangan Kita (1964):

“Dari setahun ke setahun seluruh bangsa Melayu bertambah-tambah


lemah, diperkosa dan diperbuat dan perbodoh ditimpa ketewasan dan
kekalahan yang bertalu-talu. Dengan begitu dapatlah dibentuk cara
pemerintahan yang digemari dan dikehendaki oleh
imperialis……..Mana-mana orang yang ada hak merengek dan berkata ia

124
diulit-ulitkan dengan makan disuap, macam kanak-kanak yang kecil.
Sedang nasib bangsa Melayu terbiar dan diadakan tabir-tabir untuk
mengelabui.” 62

3- Konsep Melayu Raya

4- Memperjuangkan Agama Islam.

5- Memartabatkan Bangsa Melayu.

Rumusan matlamat akhir perjuangan Burhanuddin dapat disimpul berdasarkan karangan

beliau yang bertajuk Perjuangan Kita (1964), jelas matlamat perjuangan beliau adalah

untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT semata-mata. Sepertimana kata-katanya:-

“Hasil dunia dan akhirat hidup dan mati kita seperti tuntutan yang
dikehendaki dan diredhai Allah Rabbul alamin.”63
Maka, setiap dari perjuangannya, tidak lain yang dikehendakinya melainkan keredhaan

Allah SWT semata-mata.

Sebagaimana, Burhanuddin pernah mengatakan dalam karyanya Falsafah Kebangsaan

Melayu (1954):

“Islam memandang kebangsaan itu sebagai suatu alat bukan tujuan.


Kebangsaan hendaklah mengambil tempat yang sederhana dan bulat
sebagai suatu lambang yang boleh menarik dan menyatukan suatu
bahagian tenaga untuk mencapai cita-cita mulia yang besar dan abadi,
sebagaimana Islam memandang dunia bukan tujuan tetapi hanya satu alat
atau tunggangan yang menyampaikan ke akhirat.”64

62
Kamarudin Jaffar (1980). Dr. Burhanuddin Al-Helmy Politik Melayu dan Islam. Terbitan Yayasan Anda
Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. hlm. 37
63
Ibid.
64
Ibid., hlm. 91
125
Matlamat dan prinsip Burhanuddin hampir sama. Ia membuktikan bahawa

Burhanuddin adalah seorang yang kuat berpegang teguh pada prinsipnya,

sekali gus berusaha mencapai matlamatnya.

5.1.3 Strategi Pelaksanaan

Strategi Burhanuddin dalam memperjuangkan matlamatnya, boleh dilihat dari beberapa

aspek. Antaranya, aspek ketegasan ideologinya, perbezaan pendapat dengan pemimpin

yang lain, dan kemasukannya dalam beberapa pertubuhan yang berbeza.

Dari aspek ketegasan ideologinya, dapat dilihat berdasarkan kemasukannya dalam

PKMM dan kerjasama PKMM dengan PKM dan AMCJA. Beliau pada permulaannya

dituduh menganut fahaman komunisme. Namun, setelah itu, dalam beberapa ucapannya,

beliau cuba membersihkan kembali pandangan masyarakat mengenai ideologinya dan

kerjasama parti beliau dengan parti yang berfahaman komunisme. Sebagai contoh,

pidato beliau dalam kongres Parti Rakyat 1955 iaitu:-

“Kita menentang penjajahan tetapi tidak pula pro-komunis. Kita mahu


balik hak keadilan Tanah air kita dan kebangsaan kita yang berdaulat,
sebagaimana kita belum dipengaruhi dan dijajah dahulu”.65

Inilah ketegasan ideologi yang dapat dilihat darinya. Sepertimana yang disebut dalam

bab sebelum ini, sebenarnya Burhanuddin mengubah pendekatan dan pemikiran

politiknya mengikut kehendak dan suasana politik. Walaupun beliau bukan seorang

komunis dari segi ideologi, tetapi demi strateginya untuk menguatkan golongan radikal
65
Ibid., hlm. 11
126
Melayu, beliau bekerjasama dengan AMCJA dan PKM sepanjang tahun 1947 bagi

tujuan di atas.66

Burhanuddin tidak ditangkap oleh British kerana beliau bukanlah seorang tokoh politik

radikal yang militan. Walaupun beliau pernah bekerjasama dengan komunis, tetapi

bukan condong kepada ideologinya.67

Aspek kedua pula ialah, pendapat beliau sering berbeza dengan pemimpin yang lain.

Walaupun nampak seperti suatu keunikan pada perjuangannya, namun disebabkan

keunikan itulah beliau dilihat sentiasa berhadapan dengan kesukaran dalam mengatur

strategi perjuangannya. Hal ini berlaku, apabila pemikiran perjuangannya sentiasa

menentang arus. Sebagai contoh, sokongan dan penentangan beliau pada Malayan

Union.

Sepertimana yang telah disebutkan dalam bab sebelum ini, pada awal penubuhan

Malayan Union, beliau dilihat telah menyokong Malayan Union, tetapi dalam masa yang

sama telah menghadiri kongres untuk menentang Malayan Union, dan UMNO pada

ketika itu menentang Malayan Union. Beliau beralasan bahawa sokongannya pada

kongres itu kerana kepentingan kebangsaan Melayu, penyatuan bangsa Melayu, dan

menyedarkan semua peringkat bangsa Melayu akan tanggungjawab kepada bangsa dan

nusanya.

66
Ramlah Adam (2003). op. cit., hlm. 91
67
Ibid., hlm. 101
127
Namun, setelah UMNO menyetujui Malayan Union, Burhanuddin dan partinya pula

menentang Malayan Union. Sepertimana kata Burhanuddin,

“Malayan Union cadangan British bertujuan untuk membina sebuah


negara kesatuan yang berdasarkan Malayan. Ini bermakna, bagi British
dasar kenegaraan Malayan Union adalah berdasarkan pembentukan
sebuah negara bangsa baru yang tidak berdasarkan sejarah yang silam,
yang menunjukkan keagungan bangsa dan kerajaan Melayu.”68
Inilah perkara yang tidak dipersetujuinya.

Hasil dari pengkajian mengenai strategi politiknya, beliau dilihat seolah-olah sengaja

membuat perbezaan pemikiran tersebut, mungkin kerana tidak mahu kehilangan

pengaruh politiknya. Sehinggakan, nampak bagaikan „sesumpah‟ yang senang berubah-

rubah pandangannya, tetapi bukan seorang yang „lidah bercabang‟. Hal ini kerana,

perjuangannya sama sekali dilihat bukanlah bertujuan menguntungkan dirinya.

Namun begitu, sebab-sebab dan alasan-alasannya juga perlu diambil kira. Hal ini kerana,

sebab dan alasan yang dikemukakannya itu tidak berbeza dengan prinsip perjuangannya.

Ini bermakna, beliau tetap teguh dengan matlamatnya walaupun berbeza dengan

pemimpin yang lain, iaitu „Melayu Raya‟ atau „Indonesia Raya‟.

Aspek yang ketiga iaitu penyertaannya dalam beberapa pertubuhan yang berbeza. Antara

contohnya, kenapa beliau tidak menyertai PAS semenjak dari penubuhan parti tersebut,

tidak dapat dikenal pasti puncanya. Namun begitu, Kamarudin Jaafar (1980)

berpendapat kemungkinan Burhanuddin masih meragukan penubuhan dan pelantikan

kepimpinan parti tersebut. Hal ini disebabkan, pelantikan Ahmad Fuad yang dikatakan
68
Ibid., hlm. 47
128
pro Dato Onn adalah merupakan salah satu strategi untuk menarik golongan UMNO

untuk menyertai PAS, kerana pada ketika itu Tengku Abdul Rahman yang memimpin

UMNO. Disebabkan itulah, beliau masih meragui ideologi perjuangan PAS.

Namun begitu, pada tahun 1956, Burhanuddin telah menyertai PAS. Kemungkinan

kerana unsur-unsur UMNO di dalam PAS sudah tidak ada. Tambahan pula UMNO

bersama-sama MIC dan MCA, Raja-raja Melayu serta Kerajaan British sedang

menjalankan perundingan mengenai kemerdekaan. Oleh itu, tidak ada lagi perbincangan

mengenai mencapai kemerdekaan, tetapi bagaimana untuk mencorak kemerdekaan

tersebut.69

Kesimpulannya, beliau adalah seorang ahli politik yang berstrategi. Walaupun tidak

berjaya mencapai matlamatnya, tetapi disebabkan perjuangannya, masyarakat Melayu

telah menyedari akan pentingnya kesatuan perjuangan membebaskan tanah air dari

penjajah dan kembali kepada Islam.

5.1.4 Pemikiran Dan Idealisme

Setelah melihat rumusan daripada prinsip, matlamat dan strategi pelaksanaan

Burhanuddin dalam perjuangannya. Maka pemikiran dan idealisme Burhanuddin

didapati lebih tertumpu kepada perjuangan politik. Namun begitu, perjuangan beliau

dalam bidang sosioekonomi berlaku secara tidak langsung. Itulah hubungan antara

69
Kamarudin Jaffar (1980). op. cit., hlm. 214
129
politik dan ekonomi. Saling berinteraksi antara satu sama lain. Pemikiran dan idealisme

Burhanuddin dapat dirumuskan kepada dua aspek utama iaitu Nasionalisme dan Islam.

Riwayat hidup Burhanuddin menunjukkan bahawa pendidikan Islam dan pengalaman

tentang perjuangan menentang penjajahan di luar negeri merupakan sumber-sumber

utama pemikiran politik beliau. Pendidikan Islam di padang panjang, Sumatera dan di

Al-Mahshoor, Pulau Pinang banyak mencorakkan pemikiran Islam kepada beliau. Beliau

juga dikatakan mengamalkan ajaran tasawuf hasil daripada pengaruh bapanya dan

pendidikannya di India.70

Gabungan antara dua aspek tersebut dapat dilihat berdasarkan karya-karya beliau secara

teori. Begitu juga, praktikalnya dapat dilihat dari sejarah perjuangannya. Dalam bukunya

Perjuangan Kita (1946), beliau berkata, sesungguhnya gelagat bangsa Melayu dapat

digerakkan dari dua jurusan ini iaitu (1)- Agama. (2)- Kebangsaan.71

Berdasarkan karya Burhanuddin, „Agama Dan Politik‟, memang tidak dapat dinafikan

lagi pemikiran Islam dan perjuangan nasionalisme beliau. Antara ungkapan beliau ialah,

“Selama ini kejatuhan bangsa kita umat Islam umumnya bukan kerana
agama Islam dan ajarannya, tetapi oleh pengikut-pengikut agama Islam
itu sendiri melencong dan meninggalkan Islam sebagaimana yang
dibuktikan oleh kajian Syed Jamaluddin al-Afghani dan Almarhum
Sheikh Muhammad Abduh”.

70
Ibid., hlm. 17
71
Ibid., hlm. 240

130
Namun katanya, pelaksanaan Islam tidak dapat dilaksanakan secara sempurna sekiranya

kemerdekaan tidak dapat dicapai.72

Sepertimana terdapat dalam karya Kamarudin (1980), Funston dalam jurnal kajiannya

telah mengemukakan pandangan mengenai penubuhan PAS adalah berasaskan kepada

sayap kiri dan sayap Islam. Sayap kiri yang lebih kepada sosialisme dan komunisme

tidak sesuai dengan pemikiran Burhanuddin yang berpendidikan Islam. Burhanuddin

pernah mengatakan dalam pidato beliau dalam kongres Parti Rakyat 1955 iaitu:-

“Kita menentang penjajahan tetapi tidak pula pro-komunis. Kita mahu


balik hak keadilan Tanah air kita dan kebangsaan kita yang berdaulat,
sebagaimana kita belum dipengaruhi dan dijajah dahulu”.73
Maka, sayap Islam adalah lebih sesuai dengan Burhanuddin. Hal ini dibuktikan dengan

pandangan Burhanuddin terhadap perjuangan menegakkan Islam yang lebih menyerlah

apabila beliau berada dalam PAS.74

Sebagai contoh, semasa berada di dalam PAS, Burhanuddin telah memberi ucapan di

Mesyuarat Agung PAS pada tahun 1957, beliau menegaskan bahawa,

“Kemerdekaan bangsa dan nusa sepenuhnya belumlah lagi bererti


tercapainya cita-cita PAS dan belumlah dihitungkan telah merdeka
dengan sepenuhnya, melainkan setelah berjalan hukum-hukum Islam
pada orang seorang, masyarakat dan negara baharulah tercapai
kemerdekaan yang dicita-cita oleh PAS”.

Seterusnya beliau menyambung,

72
Ibid., hlm. 145
73
Ibid., hlm. 11
74
Ibid., hlm. 23-26
131
“Dalam Malaya yang masih terjajah atau dalam masa peralihan ini telah
ketara golongan nasionalis yang berbagai-bagai corak, di antara yang
terbesar ialah (1)-Nasionalis yang bulat iaitu Kebangsaan Melayu
sebagaimana yang selalu saya terangkan dari dahulu hingga sekarang ini,
(2)- Nasionalis pro-kanan, (3)- Nasionalis pro-kiri, (4)-Nasionalis
kanan,(5)- Nasionalis kiri. Kanan yang menyebelah penjajahan dan kiri
menyebelah sosialisme atau komunisme. Nasionalis bulat itu sifatnya
dari dahulu lagi berjiwa progresif itulah yang sesuai dengan dasar
perjuangan PAS yang ditunjukkan oleh ayat „ummatan wasatan‟ dan
„khairun ummatin ukhrijat linnas‟, sebagaimana yang dirakamkan dalam
anggaran dasar Persatuan Islam (PAS).” 75

Ini bermakna, beliau cuba untuk membezakan antara perjuangan nasionalis kanan

atau kiri. Perkara ini disebabkan ada beberapa ideologi yang terdapat di Tanah

Melayu ketika iaitu nasionalisme, Islamisme, sosialisme, dan komunisme.

Burhanuddin mengatakan dalam karyanya Falsafah Kebangsaan Melayu (1954):

“Islam memandang kebangsaan itu sebagai suatu alat bukan tujuan.


Kebangsaan hendaklah mengambil tempat yang sederhana dan bulat
sebagai suatu lambang yang boleh menarik dan menyatukan suatu
bahagian tenaga untuk mencapai cita-cita mulia yang besar dan abadi,
sebagaimana Islam memandang dunia bukan tujuan tetapi hanya satu alat
atau tunggangan yang menyampaikan ke akhirat.”76

Pembawaan beliau atas prinsip keIslaman dapat dibuktikan lagi dengan penekanan

beliau dalam ceramah-ceramahnya. Antara tajuk ceramahnya yang berkaitan Islam ialah:

1- Islam disembunyikan

2- Bagaimana Islam berpolitik

3- Sebab-sebab diutus Nabi dan Rasul

4- Keadaan manusia sebelum Islam

5- Perlu kepada penutup kerasulan

75
Ibid., hlm. 243-244
76
Ibid., hlm. 91
132
6- Ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasul

7- Khulafah Ar-Rashidin

8- Kerajaan Islam mengembang

9- Kebangkitan dunia barat

10- Ideologi politik Islam77

Apabila Burhanuddin mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula

memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai dianggap „masih

kosong‟ dari matlamat sebenar, kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan

Islam78. Hal ini terpamer daripada hasrat Burhanuddin,

“Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah


dan terus menerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi
negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam
yang maha suci”.79

Kesimpulannya, hasil dari pengkajian dan penelitian terhadap sebahagian contoh-contoh

ungkapan dan penulisan beliau, membuktikan bahawa, pemikiran dan idealisme

perjuangan Burhanuddin hanyalah berdasarkan kepada dua aspek tersebut iaitu

Nasionalisme dan Islam. Untuk memudahkan rumusan pemikiran Burhanuddin ini,

bolehlah merujuk kepada Rajah 5.1.

77
Ibid., hlm. 147
78
Burhanuddin al-Helmy (1957), Panduan Jiwa Pergerakan, dlm. Suara Islam, Thn. 2, Bil. 1, Disember.
Yang dipetik dari Jabatan Arkib Pas, didapati dari laman web;
http://www.pas.org.my/v2/infopas/Sejarah_PAS.pdf
79
Burhanuddin al-Helmy (1960), Sambutan Kemerdekaan Kali Ketiga, Utusan Melayu, 31 Ogos. Yang
dipetik dari Jabatan Arkib Pas, didapati dari laman web;
http://www.pas.org.my/v2/infopas/Sejarah_PAS.pdf
133
Keunikan Perjuangan
dan Pemikiran
Burhanuddin

1- Strategi Berpolitik
2- Kelainan Dasar
Perjuangannya
3- Strategi
Kerjasama Sosial

Prinsip Burhanuddin

Rumusan Gagasan 1- Memperjuangkan


(Konsep) Pemikiran Tanah Air
Burhanuddin 2- Memperjuangkan
Kebangsaan
1- Perjuangan Politik Melayu
2- Kebajikan Sosial 3- Memperjuangkan
3- Kepentingan Islam
Agama
(Kamaruddin Jaafar: 1980)

Matlamat Burhanuddin

1- Pembangunan masyarakat.
2- Kesungguhan dalam Memerdekakan
Tanah Melayu
3- Konsep Melayu Raya
4- Memperjuangkan Agama Islam.
5- Memartabatkan Bangsa Melayu.

Rajah 5.1 Rangka Konseptual Gagasan Pemikiran Burhanuddin Al-Helmi

5.2 Rumusan Perjuangan Dr. Burhanuddin Al-Helmi Berdasarkan Konsep

Pengislahan Ummah Terhadap Pembangunan Ekonomi Politik Islam.

Merujuk kepada Rajah 5.1, secara kesimpulannya, rumusan gagasan (konsep) pemikiran

Burhanuddin dapat diklasifikasikan kepada tiga konsep iaitu perjuangan politik,

134
kebajikan sosial dan kepentingan agama. Namun begitu, huraian secara mendalam

mengenai ketiga-tiga konsep tersebut tidak akan dihuraikan secara mendalam dalam

sub-topik bab ini. Hal ini kerana, semua contoh-contoh dan bukti-bukti tersebut telah

diterangkan dalam bab-bab sebelum ini. Tiga konsep tersebut ialah :

1- Perjuangan Politik

Konsep pemikiran pertama Burhanuddin, ialah berkaitan pemikiran perjuangan politiknya.

Hal ini, berdasarkan ciri pertama ekonomi politik Islam, iaitu pembangunan sosiopolitik. Ia

boleh dilihat melalui keunikan perjuangan beliau, dalam mengatur strategi berpolitik dan

kelainan dasar perjuangannya dengan pemimpin yang lain. Begitu juga, jika diteliti

berkenaan matlamat perjuangannya, beliau mempamerkan kesungguhan dalam

memerdekakan Tanah Melayu dan konsep Melayu Raya. Ia berkaitan dengan prinsipnya

dalam memperjuangkan Tanah Melayu dan Kebangsaan Melayu.

2- Kebajikan Sosial

Konsep kedua pula ialah kebajikan sosial. Perkara ini boleh dirujuk kepada ciri ekonomi

politik Islam, yang berkaitan pembangunan sosioekonomi, keseimbangan pembangunan

masyarakat, kepentingan awam dan pengurusan sumber manusia. Ia melibatkan banyak ciri

kerana, kebajikan sosial menjadi teras utama perjuangan politik Burhanuddin. Perkaitan

antara pemikirannya dan ekonomi politik Islam boleh dilihat melalui keunikan

perjuangannya dalam merangka strategi kerjasama sosial. Sehingga boleh diterima umum,

baik Melayu atau bukan Melayu. Matlamat Burhanuddin dalam membangunkan masyarakat

dari segi fizikal dan spiritual juga, mempunyai kaitan dengan kebajikan sosial.

135
3- Kepentingan Agama

Akhirnya, rumusan ketiga gagasan pemikiran Burhanuddin berdasarkan ekonomi politik

Islam, ialah kepentingan agama. Hal ini bermakna, Burhanuddin amat menekankan soal

agama dalam menyempurnakan misi perjuangannya. Perkara ini amat bertepatan dengan

konsep ekonomi politik Islam. . Ia amat bertepatan dengan prinsip dan matlamat

Burhanuddin Al-Helmi yang meletakkan perjuangan menegakkan „Dinul Islam‟ dan

hukumnya sebagai asas utama perjuangannya. Perjuangannya ini lebih menyerlah apabila

memasuki PAS.

Ketiga-tiga konsep tersebut perlu selari dengan ciri-ciri pengislahan ummah. Bagi

memudahkan lagi pembaca memahami akan ciri-ciri pengislahan ummah yang

dirumuskan dalam kajian ini. Maka, dikemukakan Rajah 5.2 sebagai Rajah pengislahan

ummah.

Rajah 5.2 Konsep Pengislahan Ummah.

136
Rumusan perjuangan Burhanuddin adakah sama dengan konsep pengislahan ummah

sepertimana rajah 5.2? Enam konsep pengislahan ummah ini adakah bertepatan dengan

perjuangan Burhanuddin?

Maka, persoalan ini terjawab dengan melakukan penelitian dan perbandingan secara

mendalam berkenaan gagasan pemikiran Burhanuddin dengan ciri-ciri pengislahan

ummah. Hal ini kerana, konsep pengislahan ummah adalah berkait rapat dengan konsep

ekonomi politik Islam. Justeru, sekiranya idealisme dan pelaksanaan Burhanuddin tidak

bertepatan dengan konsep pengislahan ummah ini, maka perjuangan beliau tidaklah

bertepatan dengan konsep ekonomi politik Islam.

Secara mudahnya, ketiga-tiga rumusan gagasan pemikiran Burhanuddin iaitu perjuangan

politik, kebajikan sosial dan kepentingan agama mempunyai beberapa persamaan

dengan ciri-ciri pengislahan ummah. Pertama, perjuangan politik boleh dikaitkan dengan

amanah dan ikhlas dalam melaksanakan kebaikan. Seterusnya, berlumba-lumba

melakukan kebaikan menjadi teras perjuangan politik. Kemudian, tidak melakukan

kerosakan dalam perjuangannya.

Kedua, kebajikan sosial adalah berkait rapat dengan ciri pengislahan ummah seperti

mencapai kesempurnaan hidup dalam erti manusia biasa. Kemudian, mencapai

kesejahteraan dan keamanan masyarakat apabila kebajikan mereka terjaga. Ketiga,

kepentingan agama dalam erti kata memperjuangkan maqasid syariah. Namun,

sekiranya diteliti secara keseluruhannya, kesemua gagasan pemikiran Burhanuddin

137
mempunyai kaitan dengan keenam-enam ciri tersebut. Oleh itu, bolehlah disimpulkan

bahawa sumbangan Burhanuddin dalam ekonomi politik Islam amat bersesuaian sekali.

5.3 KESIMPULAN

Perbincangan dalam bab ini telah menjelaskan gagasan perjuangan Burhanuddin dan

menganalisis berdasarkan konsep pengislahan ummah yang merupakan asas utama

pembangunan ekonomi politik Islam. Hasil daripada analisis konseptual membuktikan

bahawa gagasan perjuangan Burhanuddin bertepatan dengan konsep pembangunan

ekonomi politik Islam. Ia dapat dirumuskan bahawa, gagasan perjuangan beliau selaras

dengan konsep pengislahan ummah yang menjadi tunjang pembangunan ekonomi politik

Islam. Akhirnya, melihat secara keseluruhan kajian didapati bahawa Burhanuddin

sememangnya penyumbang kepada pembangunan masyarakat dari sudut ekonomi

politik Islam.

138
BAB 6
PENUTUP

6.0 PENGENALAN

Bab-bab terdahulu telah membincangkan mengenai permasalahan kajian, objektif dan

kepentingan kajian. Ia juga membincangkan analisis berkenaan sorotan karya-karya

lepas untuk mencari kelompangan kajian. Malah, metodologi kajian dan analisis

konseptual gagasan perjuangan Dr. Burhanuddin Al-Helmi (Burhanuddin) berdasarkan

konsep ekonomi politik Islam juga diperbincangkan. Dalam bab keenam ini pula,

merupakan rumusan keseluruhan hasil daripada kajian ini. Ia turut membincangkan

cadangan kajian masa hadapan.

6.1 HASIL DAN RUMUSAN KAJIAN

Kajian ini membincangkan sumbangan Burhanuddin dalam membangunkan ekonomi

politik Islam yang amat bermanfaat bagi seluruh masyarakat. Ia penting bagi

membendung masalah kemunduran masyarakat terutamanya penduduk luar bandar.

Hasil dari kajian ini didapati bahawa, sumbangan Burhanuddin dalam pembangunan

ekonomi politik Islam bolehlah dibanggakan. Hal ini menunjukkan bahawa,

Burhanuddin sepatutnya diletakkan sebaris dengan Dato‟ Onn, Tunku Abdul Rahman

dan lain-lain tokoh kemerdekaan. Beliau pernah dipenjarakan beberapa kali oleh pihak

British. Hal ini membuktikan kesungguhan beliau dalam memerdekakan tanah air

daripada penjajah.
139
Objektif pertama kajian ini ialah mengenal pasti perjuangan pengislahan ummah Dr.

Burhanuddin Al-Helmi dari aspek Ekonomi Politik Islam. Bagi menyempurnakan

objektif ini, tiga persoalan kajian telah dikemukakan iaitu pertama, apakah sejarah

perjuangan Dr. Burhanuddin Al-Helmi? Kedua, apakah dasar, skop dan matlamat

perjuangan Dr. Burhanuddin Al-Helmi berdasarkan ekonomi politik Islam? Ketiga,

apakah idea-idea dan fakta-fakta Dr. Burhanuddin Al-Helmi dalam pembangunan

ekonomi politik Islam yang menjurus kepada masyarakat dari segi amalan dan teori-teori

ilmunya yang menjadi perbincangan sampai sekarang?

Ketiga-tiga persoalan ini terjawab menerusi bab keempat dalam disertasi ini. Bab

keempat menjelaskan tentang biodata perjuangan Burhanuddin yang terkenal sebagai

seorang ahli politik kiri di Tanah Melayu. Seterusnya, perjuangan Burhanuddin dilihat

dengan lebih mendalam berkenaan prinsip dasar dan matlamat Burahnuddin berdasarkan

tiga aspek iaitu ekonomi, politik dan sosial. Penemuan dari pengkajian tersebut

mendapati bahawa perjuangan Burhanuddin tidak terpisah dari tiga matlamat atau

gagasan pemikirannya tersebut sepertimana dianalisis dalam bab lima iaitu perjuangan

politik, kebajikan sosial dan kepentingan agama. Perjuangan yang dilaksanakan

hanyalah bermatlamatkan akhirat yakni mendapat mardatillah semata-mata.

Perjuangan Burhanuddin yang komprehensif diteliti berdasarkan perjuangannya

membangunkan masyarakat dari aspek sosioekonomi, sosiopolitik dan sosiologi. Maka,

dua asas perjuangan yang mempunyai perkaitan yang kuat iaitu perjuangan

Nasionalisme dan Islam merupakan teras perjuangan Burhanuddin. Perjuangannya

140
dilihat semata-mata hanyalah untuk mengembalikan tanah air yang dijajah dan

menyatukan seluruh Melayu Raya di bawah satu kepimpinan serta mendaulatkan Islam.

Justeru, sudah tentu pembangunan dari aspek sosioekonomi amat ditekankan. Semua

yang dilaksanakan ini hanyalah untuk melihat bangsa Melayu dapat dibangunkan dari

aspek fizikal dan rohani.

Objektif kedua kajian pula, bertujuan menganalisis sumbangan keintelektualan Dr.

Burhanuddin Al-Helmi dalam konteks pembangunan ekonomi politik Islam di Malaysia.

Penganalisisan sumbangan beliau dalam konteks pembangunan ekonomi politik Islam

dianalisis berdasarkan empat aspek iaitu prinsip, matlamat, strategi pelaksanaan dan

pemikiran atau idealisme. Bagi mencapai objektif ini, dua persoalan kajian dikemukakan

iaitu pertama, apakah hubung kait isu-isu pemikiran Dr. Burhanuddin Al-Helmi dengan

perkembangan ekonomi politik Islam di Malaysia? Kedua, sejauh manakah pengislahan

masyarakat yang dirancang oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmi dalam merealisasikan

matlamatnya dalam konteks ekonomi politik Islam?

Persoalan pertama terjawab menerusi penelitian dalam bab keempat. Manakala,

persoalan kedua terjawab berdasarkan penelitian dan penganalisisan dalam bab kelima.

Hasil kajian mendapati bahawa perjuangan Burhanuddin dari sudut ekonomi, politik dan

sosial tidak dapat disangkal lagi. Ia dilihat berdasarkan konsep pengislahan ummah yang

terdiri dari beberapa aspek yang telah dijelaskan dalam bab kelima. Maka, kegigihan

141
Burhanuddin dalam menyumbang tenaga, masa dan harta boleh dijadikan panduan oleh

pemimpin dan masyarakat keseluruhannya.

Penganalisisan dalam kajian ini merumuskan bahawa sumbangan Burhanuddin dari

aspek ideologi, prinsip, matlamat dan pelaksanaannya adalah selari dengan konsep

pengislahan ummah. Ia berdasarkan beberapa ciri utama pengislahan ummah iaitu tidak

melakukan kerosakan, menjaga maqasid syariah, amanah dan ikhlas dalam

melaksanakan kebaikan, kesejahteraan dan keamanan masyarakat, kesempurnaan hidup

dan berlumba-lumba melakukan kebaikan. Konsep pengislahan ummah tidak banyak

perbezaannya dengan konsep ekonomi politik Islam berdasarkan ciri dan

pelaksanaannya. Maka, kesimpulannya, berdasarkan fakta-fakta sejarah yang telah

dihuraikan dalam bab empat dan lima, maka telah terbukti bahawa Burhanuddin

merupakan salah seorang tokoh yang menyumbang dalam pembangunan ekonomi

politik Islam di Malaysia.

6.2 Implikasi Dasar

Sebagaimana dibuktikan dalam kajian ini, prinsip, matlamat, pemikiran dan strategi

pelaksanaan Burhanuddin adalah bertepatan dengan konsep ekonomi politik Islam. Ia

diteliti berdasarkan keselarasan yang berlaku dengan pelaksanaan dan ciri-ciri ekonomi

politik Islam. Pengkajian mengenai konsep ekonomi politik Islam pula mampu

mengharmonikan kaedah pelaksanaan ekonomi politik semasa.

142
Konsep ekonomi politik Islam yang dikemukakan dalam kajian ini secara tidak langsung

boleh dijadikan panduan untuk pengkajian ekonomi politik Islam akan datang. Bukan itu

sahaja, pengkajian mengenai tokoh lain juga boleh digunakan untuk mengkaji bidang ini

dengan lebih mendalam. Ia juga boleh dijadikan panduan dasar-dasar pelaksanaan

ekonomi politik sesebuah negara. Pengkajian yang lebih mendalam berdasarkan bidang

ekonomi politik Islam boleh dilaksanakan, dengan membandingkan bidang

pembangunan negara yang lain. Sebagai contoh, pembangunan sumber manusia,

pembangunan ekonomi negara, pentadbiran sains politik dan pentadbiran negara.

6.3 Cadangan Kajian Masa Hadapan

Secara keseluruhannya, kajian ini didapati telah memenuhi objektif dan menjawab

persoalan-persoalan kajian mengenai sumbangan Burhanuddin wedalam pembangunan

ekonomi politik Islam di Malaysia. Lanjutan daripada itu, terdapat perkara-perkara yang

boleh dikaji pada masa hadapan. Antaranya termasuklah dari segi subjek kajian, bidang

kajian, dan batasan kajian.

6.2.1 Subjek Kajian

Subjek kajian ini ialah Dr. Burhanuddin Al-Helmi. Beliau merupakan seorang tokoh di

Tanah Melayu. Banyak sumbangan beliau dalam membangunkan masyarakat

berdasarkan pembangunan ekonomi politik Islam. Maka, cadangan pada masa hadapan

agar kajian yang sama turut dilaksanakan terhadap tokoh pemimpin yang lain. Hasil dari

143
kajian tersebut nanti, diharapkan dapat memperkukuhkan lagi hasil penemuan kajian kali

ini. Seterusnya, dapat meningkatkan lagi kualiti pembangunan ekonomi politik

khususnya di Malaysia.

6.2.2 Bidang Kajian

Bidang kajian ini ialah ekonomi politik Islam. Pengkajian ini lebih tertumpu kepada

sumbangan Burhanuddin dalam pembangunan ekonomi politik Islam. Bidang ekonomi

politik Islam masih baru, dan perlu kepada penelitian yang lebih mendalam. Hal ini

kerana pengkajian dalam tempoh waktu yang singkat ini tidak mampu untuk

memperdalami bidang ini. Maka, dicadangkan agar kajian yang sama turut dijalankan

dan hasil kajian diharap dapat memperbanyakkan lagi kajian-kajian berhubung

pembangunan ekonomi politik Islam.

6.2.3 Skop Dan Batasan Kajian

Tumpuan kajian ini ialah sumbangan idealisme dan pemikiran Burhanuddin. Kajian ini

hanya menumpukan dari aspek pembangunan fizikalnya sahaja iaitu ekonomi, politik

dan sosial. Maka, dicadangkan agar kajian pada masa hadapan lebih menumpukan aspek

pembangunan rohani secara khusus. Diharapkan, kajian seperti itu akan dapat menjadi

pelengkap kepada hasil kajian ini.

144
6.3 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, bab ini membuktikan bahawa semua persoalan kajian telah

terjawab. Ia juga telah mencapai dua objektif kajian yang digariskan. Malah, kajian ini

juga telah menemukan beberapa rangka konseptual yang menjadi garis panduan utama

kajian, iaitu kerangka gagasan pemikiran Dr. Burhanuddin, kerangka ekonomi politik

Islam dan rajah ciri-ciri pengislahan ummah. Hal ini memudahkan lagi penyempurnaan

kajian ini. Ia juga telah menemukan berbagai gagasan perjuangan Dr. Burhanuddin Al-

Helmi dan dihubungkan dengan pembangunan ekonomi politik Islam. Hasil dari

penemuan ini diyakini telah memberikan sumbangan penting dalam memperkenalkan

konsep baru ekonomi politik Islam. Walaupun begitu, pengkajian berkenaan bidang ini

masih terbuka luas, kerana ia merupakan bidang baru dan masih banyak yang perlu

diterokai.

145
BIBLIOGRAFI

A.Noor (2004). Islam Embedded: The Historical Development of the Pan-Malaysian Islamic Party PAS,

1951-2003. Malaysian Sociological Research Institute.

Abdul Munir Mulkhan (1989). Perubahan Perilaku Politik dan Polarisasi Umat Islam 1965-

1987.CV.Rajawali,Jakarta.

Abdul Qadir Djaelani (2001). Cetakan Pertama. Membangun Masyarakat Bertamadun dan

Harmoni.Pustaka Dini.

Abdul Qadir Djaelani (2001). Cetakan Pertama. Negara Berdaulat Dalam Perspektif Islam.

Pustaka Dini.

Abu Al-Maat Abu Al-Futuh (1990). Cetakan Pertama. Islam Politik dan Pemerintahan.

Penerbitan Hizbi.

Ahmad Boestamam (1972). Cetakan Pertama. Putera Setia Melayu Raya. Kuala Lumpur:

Penerbitan Pustaka Kejora.

Ahmad Mahdzan Ayob (2002). Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Aisyah ghani (1992). Memoir Seorang Pejuang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Albert Widjaja (1982). Budaya Politik Dan Pembangunan Ekonomi. Jakarta: Penerbit LP3ES.

Antony Black (2006). Pemikiran Politik Islam: Dari Masa Nabi hingga Masa Kini. Jakarta:

Terbitan Serambi.

Burhanuddin Al-Helmi (1966). Simposium Tasawuf dan Tariqah. Pulau Pinang: Maktabah Haji

Abdullah bin Mohd Nordin Ar-Rawi.

Charles Stanton Devas (2009). Political Economy. Bibliobazaar, LLC.

Deliarnov (2006). Ekonomi Politik. Penerbit Erlangga.

146
Didik J. Rachbini (2001). Analisis Kritis Ekonomi Politik Indonesia. Pustaka Pelajar (Anggota

IKAPI).

Gharaudi (1978). Dipetik dari karya Muhsin Abd. Hamid (1998). Islam dan Pembangunan Sosial.

Terbitan bersama The International Institute of Islamic Thought dan Thinker‟s Library

Sdn. Bhd.

Golam W.Choudhury (1993). Islam and The Modern Muslim World. England. WHS Publications

Sdn. Bhd.

H.G.Mannur (1982). Dipetik dari karya Y.Mansoor Marican (1982). Dasar Ilmu Politik. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hart, Michael H. (1978). The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History. New

York. Carol Publishing Group/Citadel Press. Reprinting 1992.

Hasiah Mat Salleh (2010). Keagungan Tamadun Islam, Satu Model Terbaik Dalam Konteks

Pembinaan Tamadun Dunia Kini. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam,

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Idris Zakaria (1991). Teori Politik Al-Farabi dan Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Insun Sony Mustapha (1999). Mustapha Hussain: Pejuang Nasionalisme Melayu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ishak Saat (2007). Radikalisme Melayu Dari Perak 1945-1970:Kebangkitan Rakyat, Pemikiran,

Sumbangan Dan Pengorbanan. Tesis PhD. Universiti Sains Malaysia. Tidak

Diterbitkan.

Ismail Said (2008). Parti Islam Sa-Malaysia: Kepimpinan dan Perjuangannya dari tahun 1951-

1970. Tesis PhD. Universiti Sains Malaysia. Tidak Diterbitkan.

147
John Bascom (2009). Political Economy. Bibliobazaar, LLC.

Esposito, J. L. (1985). Islam dan Perubahan Sosial Politik di Negara Sedang Berkembang.

Bidang Penerbitan PLP2M.

Joni Tamkin (2007). Pemikiran Ekonomi Ibn Qayyim Al-Jawjiyyah. Jurnal Usuluddin. Bahagian

Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Bil. 25.

Kamaruddin Jaafar (1980). Dr. Burhanuddin Al-Helmy: Islam dan Kebangsaan Melayu. Kuala

Lumpur: Penerbitan Yayasan Anda.

Kamaruddin Jaafar (1979). Ucapan di Malam Memperingati Dr.Burhanuddin Al-Helmy. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Anjuran Institut Analisa Sosial.

Kamarudin Jaffar (1980). Dr. Burhanuddin Al-Helmy Politik Melayu dan Islam. Kuala Lumpur:

Terbitan Yayasan Anda Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Ke-4, Dewan Bahasa dan Pustaka.

M. Umer Chapra (1997). Islam dan Pembangunan Ekonomi. Terbitan bersama The International

Institute of Islamic Thought dan Thinker‟s Library Sdn. Bhd. Cetakan Pertama.

M.A. Muqtedar Khan (2006). Islamic democratic discourse: theory, debates, and philosophical

perspectives. Lexington Books.

Mahmod Zuhdi Abd.Majid (2010). Sheikh Muhammad Abduh Tokoh Reformis. Terbitan Yayasan

Islam Terengganu.

Maman S.Mahayana (2007). Gerakan Budaya Menjelang Kemerdekaan Indonesia-Malaysia.

Jurnal.

Mark Abrahamson (1963). Social Research Methods. Prentice Hall.

148
Masudul Alam Choudhury et al (1997). Islamic Political Economy In Capitalist-Globalization.

Utusan Publications and Distributors Sdn.Bhd dan International Project on Islamic

Political Economy (IPIPE), Universiti Sains Malaysia.

Matthew B. Miles and Michael A. Huberman, (1994). Qualitative Data Analysis : A Sourcebook

of New Methods. Baverly Hills : Sage Publication.

Md. Salleh Bin Md.Gaus (1984). Politik Melayu Pulau Pinang 1945-1957. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka bersama Kementerian Pelajaran Malaysia.

Md. Zhahir Kechot (2000). Ekonomi dan Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Means (1976). Malaysian Politics. London: Hodder and Stoughton Ltd.

Mohamed Salleh Lamry (2006). Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan.

Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohammad Hatta (1967). Teori Ekonomi, Politik Ekonomi dan Orde Ekonomi. Jakarta: Penerbit

Tintamas.

Mohd Affandi Hassan. (1992). The tawhidic approach in management and public administration:

Concepts, principles and an alternative model. Kuala Lumpur: National Institute of

Public Administration (lNTAN).

Mohd Rumaizuddin Ghazali (2004). Sains Politik Islam. Selangor: PTS Publications &

Distributors Sdn.Bhd

Muhammad Iqbal (1977). Reconstruction of Religious Thought in Islam. Lahore. Ulang Cetak

Edisi 1932.

Muhammad Syukri Salleh (2003). 7 Prinsip Pembangunan berteraskan Islam. Zebra Editions

Sdn.Bhd.

149
Muhsin Abd. Hamid (1998). Islam dan Pembangunan Sosial. Terbitan bersama The International

Institute of Islamic Thought dan Thinker‟s Library Sdn. Bhd.

Mustafa Haji Daud(1994).Pengantar Politik Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Nabir Haji Abdullah (1976). Maahad II Ihya As-Syarif Gunung Semanggol 1934-1949. Selangor:

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Oskar Lange (1966). Ekonomi Politik. P.T. Dian Rakyat.

Othman Lebar (2006). Penyelidikan Kualitatif – Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Tanjong

Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Patmawati hj. Ibrahim (2008). Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat: Tinjauan

Empirikal. Jurnal Syariah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Pertemuan Cendekiawan Muslim Pertama, Jakarta (1987).Cetakan Pertama. Perspektif Islam

dalam Pembangunan Bangsa. Bidang Penerbitan PLP2M.

Rahmah Ismail (2003). Ekonomi Pembangunan Isu Sumber Manusia. Penerbit Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Ramlah Adam (2003). Burhanuddin Al-Helmy Suatu Kemelut Politik. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka. Cetakan ketiga.

Ramlah Adam (2004). Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit

Universiti Malaya. Cetakan Kedua.

Rashidah (1969). “Dr. Burhanuddin al-Helmy Anak Melayu Pertama Mempelajari Homeopati”,

dlm. Dewan Masyarakat, Disember 1969.

Rasid Muhammad (1997). Matra Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Terbitan Angkatan Belia Islam

Malaysia.

150
Roslan dan Ahmad Zaki (2010). Pembangunan Modal Insan dan Tamadun dari Perspektif Islam.

Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya.

Roslan Saadon (2007). Gagasan Nasionalisme Melayu Raya: Pertumbuhan Dan

Perkembangannya. Tesis Sarjana. Universiti Sains Malaysia. Tidak Diterbitkan.

Sabitha Marican. (2006). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Pearson Malaysia

Sdn. Bhd.

Saliha Hj. Hassan (1972). Dr. Burhanuddin Al-Helmi, A Political Biography. Latihan Ilmiah,

Universiti Malaya.

Sarimah Hanim (2005). Ekonomi dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Shamsulbahriah Ku Ahmad (1990). Pengantar Ekonomi Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Sohirin Mohammad Solihin (2006). Islam and Politics, Emergence of Reformative Movement in

Indonesia. Selangor: International Islamic Universiti Malaysia.

Sulaiman Masri (2003). Kaedah penyelidikan dan Panduan Penulisan: Esei, proposal dan tesis.

Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn Bhd.

Syed Ahmad Hussein (2006). Pengantar Sains Politik. Kuala Lumpur: Terbitan bersama Dewan

Bahasa dan Pustaka dan Pendidikan Jarak Jauh, USM.

T.N. Harper (2001). The End of Empire and the Making of Malaya. Cambridge: Cambridge

University Press.

Teuku Iskandar (1970). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

W. Stanley Jevons (2008). Political Economy. Bibliobazaar, LLC.

151
W.Phillips Shively (2011). Power and Choice An Introduction To Political Science. Mc Graw

Hill International Edition. Twelfth Edition.

Wan Mohd Nor Wan Daud (2005). Pembangunan Di Malaysia Ke Arah Satu Kefahaman Baru

Yang Lebih Sempurna. Kuala Lumpur: Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Akademi

Pengajian Islam Universiti Malaya.

Winardi (1976). Pengantar Teori Politik ekonomi. Bandung: Penerbit Alumni.

Winardis (1976). Pengantar Metodologi Research. Bandung: Penerbit Alumni.

Y.Mansoor Marican (1982). Dasar Ilmu Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yusuf Al-Qaradhawi (2002). Fiqh Kenegaraan. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Zabidin Hj. Ismail (1996). Dr Burhanuddin Al Helmi – Putera Besar Melayu Raya

Zainal Abidin Ahmad (1977). Ilmu Politik Islam. Jil.1. Jakarta. Bulan Bintang.

Zamalia Mahmud. (2009). Handbook of Research Methodology. Kuala Lumpur: University

Publication Centre (UPENA) UiTM.

Sideq Baba (2009). Melayu Perkasa. Kuala Lumpur: Terbitan Alaf 21.

LAMAN SESAWANG

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sheikh_Muhammad_Tahir_Jalaluddin

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ekonomi+politik

http://www.homeolibrary.com/homeopathy/Web_Pengamal_2/Burhanuddin.htm

152
153

You might also like