Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT


BORANG MAKLUM BALAS i
SOALAN TUGASAN ii

KANDUNGAN 1
TUGASAN 1 2-3
RUJUKAN 4-5
LAMPIRAN 6-12

1
PENGENALAN

Penggunaan istilah Melayu pada peringkat awal tidak dikaitkan dengan manusia tetapi
merujuk kepada kawasan atau tempat atau kerajaan. Bahasa dilahirkan oleh masyarakt
setempat penggunaannya. J. R. Logan yang membuat kajiannya berlandaskan adat resam
suku bangsa. Beliau mendapati ada persamaan antara adat resam iaitu bahasa suku Naga
di Assam dengan adat resam kaum Melayu. M. Ptolemy pernah memanfaatkan istilah maleu
kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis, yang merujuk satu tempat di
utara pantai timur Semenanjung Malaysia. I’ tsing mendapati bahawa bahasa yang
digunakan di Sriwijaya ialah bahasa K’un-lun iaitu bahasa Melayu kuno.

Bahasa Melayu moden ialah lanjutan daipada Bahasa Melayu klasik. Ia bermula
pada abad ke-19 seiring dengan kemunculan Abdullah Munsyi. Terdapat dua tahap
perkembangan Bahasa Melayu moden iaitu pramerdeka dan pascamerdeka. Sumbangan
tokoh asing dalam Bahasa Melayu moden pramerdeka seperti R.O Winstedt. Beliau telah
menghasilkan beberapa karya seperti kamus ekabahasa Melayu iaitu Loghat Melayu, Malay
Grammar dan kamus dwibahasa iaitu A Practical Modern Malay-English Dictionary.
Sumbangan tokoh tempatan iaitu Abdullah Munsyi. Beliau telah menghasilkan Syair
Singapura Terbuka (1830), Kisah Pelayaran Abdullah (1838) dan Hikayat Abdullah (1849).
Sumbangan pertubuhan dan institusi seperti Pejabat Karang Mengarang.Tujuan pejabat ini
ditubuhkan adalah untuk menerbitkan jurnal bergambar, buku sekolah Melayu dan bahan
bacaan. Satu pertubuhan lagi ialah Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50). Matlamat utama
ialah menjaga hak-hak ahli dan juga para pengarang, memperluas dan mempertingkatkan
kebudayaan dan kesusasteraan Melayu serta melakukan pembaharuan dalam sastera
denyan tidak menghapuskan yang lama. Pertubuhan lain ialah Pakatan Belajar Mengajar
Pengetahuan Bahasa (PBMPB). Antara perancangan yang dilakukan ialah menyusun
kamus Melayu dan Buku Katan, menstandardkan dan menyeragamkan ejaan Jawi dan
menyusun sebutan bahasa Melayu yang biasa. Bahasa Melayu moden pascamerdeka.
Terdapat beberapa akta yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu. Antaranya
ialah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini menetapkan bahasa kebangsaan
ialah bahasa Melayu. Satu akta lagi ialah Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Akta ini
menetapakan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi. Akta
yang seterusnya ialah Akta Pendidikan 1996. Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi
bahasa pengantar dominan di semua institusi pendidikan melainkan sekolah jenis
kebangsaan di bawah seksyen 28.

Pada abad ke-13 hingga abad ke-19, kedatangan agama Islam mulai memacu
bahasa Melayu ke era kegemilangan sebagai bahasa tamadun Melayu. Zaman ini dikenali

2
sebagai Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ia meliputi Melaka, Acheh dan Sumatera.
Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa perhubungan seperti dari segi ilmu, pentadbiran,
perdagangan dan juga undang-undang. Hal ini membuktikan bahawa bahasa Melayu sudah
tersebar luas pada masa itu. Orang Eropah yang datang ke sini pula perlu mempelajari
bahasa Melayu. Terdapat juga beberapa orang tokoh yang menyatakan bahawa bahasa
Melayu merupakan bahasa yang berpengaruh pada masa itu. Salah seorang tokohnya iaitu
Dr. Awang mengatakan bahawa “Sesiapa sahaja yang datang ke Alam Melayu perlu belajar
dan menguasai bahasa Melayu walaupun dalam apa jua bidang iaitu pentadbiran,
perdagangan, malah dalam soal-soal agama pun mesti dalam bahasa Melayu”.

‘Nik Safiah Karim (2004), pernah mengatakan bahawa sarjana Belanda Francois
Valentijn pernah mengungkapkan kebitaraan bahasa Melayu pada abad ke-16 dengan
menyatakan bahawa “Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah
pinggir laut tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan serata negeri Timur,
sebagai suatu bahasa yang difahami dimana-mana saja oleh setiap orang, tidak ubah
seperti bahasa Perancis atau Latin di Eropah atau sebagai Lingua Franca di Itali dan di
Levant. Martabat bahasa Melayu boleh dilabelkan sebagai bahasa bertamadun. Hal ini
dapat dibuktikan dengan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang bahasa kerajaan,
bahasa perdagangan, bahsa pengajian agama dan lingua franca bagi rantau Kepulauan
Melayu yang berada di bawah pemerintahan kerajaan Sriwijaya sejak abad ke-7 Masihi.

(581 patah perkataan)

3
RUJUKAN

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Raminah Haji Sabran, Ahmad Khair Mohd Nor & Zulkarnain Farihin Abdullah. (2016).
Bahasa Melayu Topikal Penggal 1 Tingkatan 6 Edisi Kedua. Kuala Lumpur:
Percetakan Salam Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1 (Ed. Ke-2). Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

Alqahharmson. (November 18, 2017). Kedudukan Bahasa Melayu di Peringkat Serantau


dan Antarabangsa. Dicapai daripada
https://cikgualqahharmson.blogspot.com/2017/11/kedudukan-bahasa-melayu-di-
peringkat.html

Benut Bugis. Sejarah Perkembangan dan Asal Usul Bahasa Melayu. Dicapai daripada
https://www.academia.edu/6546533/Sejarah_Perkembangan_dan_Asal_Usul_Bahasa
_Melayu

Katiri Sahirin Haimin. Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan, Dan


Terjemahan. Dicapai daripada https://edoc.site/sejarah-perkembangan-bahasa-
melayu-perkamusan-dan-terjemahan-pdf-free.html

Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu Sedekad Lalu. Dicapai daripada
https://books.google.com.my/books/about/Bahasa_Melayu_sedekad_lalu.html?id=t5H
aAQAACAAJ&redir_esc=y

Siti Suraini. Asal Usul Bahasa Melayu. Dicapai daripada


https://www.academia.edu/30405973/Asal_usul_bahasa_melayu

Syamiza Syahirah Mohd Shamsul. Sejarah Dan Perkembangan Bahasa Melayu- Asal Usul
Bahasa Melayu. Dicapai daripada
https://www.academia.edu/6546533/Sejarah_Perkembangan_dan_Asal_Usul_Bahasa
_Melayu

Yong Soon. Asal Usul Bahasa Melayu - Sejarah Dan Perkembangan Bahasa Melayu.
Dicapai daripada https://www.coursehero.com/file/24829878/1-Asal-Usul-Bahasa-
Melayupdf/

4
Zuryani Che Mat. (2017). Asal Usul Bahasa Melayu. Dicapai daripada
https://caridokumen.com/download/asal-usul-bahasa-melayu-
_5a450a20b7d7bc7b7a9e7c11_pdf

5
LAMPIRAN

6
Gambar 1 menunjukkan sumber yang diambil daripada buku.

7
8
9
Gambar 2 menunjukkan sumber daripada buku.

10
Gambar 3 menunjukkan sumber daripada Internet.

Gambar 4 menunjukkan sumber daripada pdf.

11
Gambar 5 menunjukkan sumber daripada pdf.

Gambar 6 juga PDF.

12
13
14
15

You might also like