You are on page 1of 21

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

SEMESTER SEPTEMBER 2018

XBOH2103

PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

NO. MATRIKULASI : 901019085816001


NO. KAD PENGNEALAN : 901019-08-5816
NO. TELEFON : 019-6022593
E-MEL : fatinsaad09@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN GREENHILL

1
ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

1.0 Langkah terbaik dalam memastikan keberkesanan kempen. 3-4

2.0 Kepentingan menggunakan pelbagai kaedah dalam menyampaikan 5-6


maklumat KKP.

3.0 Faktor lain dalam organisasi yang boleh mengurangkan keberkesanan 7-8
kempen selain komunikasi.

4.0 Pendekatan umum dalam setiap program keselamatan dan 9 - 14


keselamatan pekerjaan.

5.0 Pendekatan terbaik yang menunjukkan hasil yang positif. 15 - 17

6.0 Rujukan 18

7.0 Lampiran 19 - 21

2
1.0 Langkah terbaik dalam memastikan keberkesanan kempen yang dijalankan.

Menurut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), seksyen 15(c), adalah
merupakan tanggungjawab majikan untuk menyediakan maklumat, arahan. latihan dan
pemantauan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjanya yang sedang bekerja
terjamin. Pihak majukan bukan sahaja perlu mematuhi akta ini, malah harus mengambil berat
terhadap tahap keberkesanan latihan dan kempen yang dijalankan kepada pekerja terutama warga
asing dalam menjaga kualiti dan imej organisasi. Aktiviti kempen atau latihan yang disediakan
haruslah difahami oleh pekerja bagi mengelakkan proses kerja dapat dijalankan dengan
cemerlang di samping dapat mengelakkan kemalangan dan masalah kesihatan. Antara langkah
yang boleh diambil adalah seperti keterangan di bawah.

1.1 Penggunaan piktogram semasa sesi latihan dan kempen dijalankan


- Safety Trainers akan mengalami masalah komunikasi dengan pekerja asing
kerana mereka tidak memahami input yang ingin disampaikan. Justeru itu,
penggunaan pictogram sangat digalakkan bagi memudahkan pekerja asing lebih
faham arahan yang ingin disampaikan. Penggunaan pictogram yang betul haruslah
dititikberatkan supaya salah faham dapat dielakkan.
- Contoh penggunaan pictogram : Ayat ‘dilarang merokok’ digantikan dengan
simbol larangan merokok.

Rajah 1.11 : Contoh piktogram

1.2 Mempunyai translator atau menyampaikan latihan dalam Bahasa Inggeris.


- Translator boleh di pilih dalam kalangan pekerja asing yang senior dan
mempunyai kefahaman yang tinggi dalam Bahasa Melayu dan merupakan
bangsa yang sama kepada kelompok pekerja yang akan menjalankan latihan.

3
- Penggunaan Bahasa Inggeris boleh dilaksanakan jika pekerja warga asing
mempunyai kemahiran dalam berbahasa Inggeris. Kebolehan ini memudahkan
hubungan dua hala untuk berkomunikasi.

1.3 On the job training.


- Latihan yang baik adalah latihan yang disertakan dengan latihan secara praktikal
ataupun hands on. Sesi praktikal semasa bekerja lebih memudahkan trainers
menunjukkan cara-cara yang betul semasa bekerja serta melakukan demonstrasi
bagi langkah-langkah mengelakkan kemalangan semasa bekerja.
- Pemakaian PPE yang betul juga boleh di demonstrasi semasa latihan ini. Latihan
yang terbaik adalah dengan melibatkan wakil daripada pekerja untuk membuat
demonstrasi lantas dapat mengetahui tahap pengetahuan pekerja dalam
keselamatan semasa bekerja.

1.4 Memilih dan melatih jurulatih (trainers) yang terbaik.


- Pemilihan jurulatih mestilah dilakukan mengikut kepakaran bidang yang tertentu
dan berdaftar dengan Kementerian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

1.5 Melakukan pre-assessment dan post-assessment.


- pre-assessment merupakan ujian yang dilakukan sebelum latihan diadakan bagi
mengukur tahap pengetahuan pekerja mengenai KKP.
- post-assessment pula merujuk kepada ujian pemahaman yang dilakukan selepas
latihan dijalankan.
- Menurut (Silberman, 2000), dengan adanya pre-assessment, pengajar dapat
memberikan perhatian terhadap pelajar atau mana-mana topik yang perlu diberi
penekanan, manakala pre-assessment dapat mengukur tahap pemahaman pelajar
mengenai pembelajaran yang dijalankan.

4
2.0 Kepentingan menggunakan pelbagai kaedah dalam menyampaikan maklumat KKP.

Menjalani kempen dan latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan mempunyai


kepentingan yang tertentu. Dalam konteks ini, pelbagai kehendak perlu diperhalusi, dipatuhi dan
diambil kira dari segenap aspek. Menurut Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
2016-2020 (OSHMP 2020), pelbagai strategi dan program telah di rangka bagi memenuhi
kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Tujuan utama akta dan
pelan induk KKP ini diwujudkan adalah untuk membentuk budaya kerja yang selamat serta
menjaga kesihatan dan kebajikan pekerja. Aset terpenting negara merupakan sumber manusia
iaitu pekerja. Dengan itu, dalam melindungi modal insan negara, elemen terpenting dalam
memastikan tempat yang sihat dan selamat ialah dengan mengadakan program dan strategi
keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Dato’ Sri Richard,2016).

Selain itu, isu pekerja warga asing ini merupakan perbualan hangat sejak tahun 2001
lagi. Menurut (CIDB, 2004) majoriti buruh asing yang bekerja di Malaysia tidak mempunyai
pengetahuan dalam KKP kerana tidak mendapat latihan daripada negara asal mereka dan ini
memberikan imej yang buruk kepada keselamatan dan kesihatan pekerjaan Malaysia. Dengan
itu, latihan dan kempen KKP merupakan perkara asas dalam memberi pengetahuan yang jelas
dan terbaik kepada pekerja tidak kira kepada buruh asing mahupun warganegara Malaysia.
Pengetahuan yang mendalam dalam proses bekerja dengan betul dan KKP bukan sahaja dapat
mengurangkan kadar kemalangan berlaku malah dapat meningkatkan motivasi diri dalam diri
setiap pekerja.

Pendekatan kempen dan latihan dalam pelbagai kaedah mempunyai kepentingan dalam
memahami kehendak pekerjaan. Penggunaan piktogram contohnya lebih senang difahami oleh
pekerja terutamanya kepada pekerja asing. Selain itu, toll box talk juga banyak membantu dalam
memberi pemahaman tentang proses kerja. Toll box talk adalah merupakan satu kaedah untuk
menyampaikan maklumat mengenai KKP. Terdapat pelbagai cara untuk menjalankan toll box
talk ini, antaranya ialah 5 minit sebelum bekerja pada setiap hari, 15 minit pada setiap minggu
atau 30 minit pada setiap bulan. Tujuan toll box talk ini diadakan adalah untuk mengulang kaji
dan memperingatkan kembali polisi, peraturan dan prosedur, objektif KKP serta memberi
keterangan terhadap sebarang perubahan dalam sistem KKP dan juga arahan daripada pihak

5
majikan berkenaan dengan isu-isu KKP. Menurut (Murad, 2004), latihan atau pembelajaran yang
dilakukan secara berulang-ulang kesan yang positif terhadap pemahaman dan aktiviti pelajar.

Dalam melaksanakan latihan dan kempen keselamatan dan kesihatan pekerjaan,


pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil mengikut isu KKP tertentu bagi memastikan
keberkesanan kempen berlaku. Secara amnya, setiap kempen atau latihan yang dilaksanakan
mempunyai kekurangannya yang tersendiri. Kepelbagaian kempen dan latihan perlu
dilaksanakan dalam memberi kesan penambahbaikan kepada kekurangan latihan dan kempen
yang sedia ada. Bagi perspektif pekerja pula, kepelbagaian kempen ini membantu dalam
meningkatkan kefahaman mereka kepada objektif keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang
ingin disampaikan oleh majikan.

6
3.0 Faktor lain dalam organisasi yang boleh mengurangkan keberkesanan kempen selain
komunikasi.

Keberkesanan kempen merupakan objektif utama dalam melaksanakan kempen dan


latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pelbagai faktor penyumbang yang mengurangkan
keberkesanan kempen. Antara faktor utamanya ialah kurangnya penglibatan daripada majikan
terutama dari sumber kewangan dan sumber manusia. Menurut Teori Birds, beberapa faktor
kegagalan pengurusan dikenal pasti yang menjadi punca berlakunya kemalangan. Pihak
pengurusan bukan sahaja penting dalam mengawal kemalangan malah penting dalam
menjayakan kempen/latihan KKP di samping mewujudkan suasa kerja yang selamat. Kajian
membuktikan sistem pengurusan keselamatan mempunyai signifikan yang positif ke atas
penglibatan pekerja di samping meningkatkan prestasi keselamatan, (Muniz et. al, 2007).

Selain itu, pemilihan program yang tidak tepat dengan kehendak dan proses kerja juga
menyumbang kepada kurangnya keberkesanan kempen keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Program yang salah mempunyai kaitan yang rapat dengan kurangnya kerjasama dan komitmen
daripada pihak pengurusan. Pemilihan program yang salah merupakan isu yang besar dan akan
memberi kesan yang negatif terhadap proses kerja serta keselamatan dan kesihatan pekerja.
Bukan itu sahaja, latihan yang salah ini juga akan membazirkan kewangan organisasi kerana
objektif dan keperluan utama latihan ini dijalankan tidak tercapai. Dalam memilih latihan KKP,
majikan perlu membuat perancangan awal dengan teliti bagi mengelakkan kejadian tersalah pilih
latihan yang ingin dilaksanakan. Jika ini berlaku, ia memberi imej yang negatif terhadap
organisasi malah merugikan dari aspek kewangan, masa dan sumber manusia (Maccollum,1995).

Sebuah syarikat pengeluar terbesar dawai tungsten dan molybdenum iaitu Dover
Products menyifatkan sikap dan komitmen pekerja merupakan faktor utama dalam menentukan
kejayaan serta mengukur keberkesanan latihan keselamatan dan kesihatan (Payne, 1988). Jika
pelbagai latihan KKP dilaksanakan namun tidak mendapat kerjasama daripada pekerja, ia
diumpamakan seperti mencurah air ke daun keladi kerana tidak akan memberi apa-apa
perubahan dari segi sikap dan aktiviti kerja yang selamat. Dengan itu, kerajaan Malaysia telah
mengambil pendekatan undang-undang bagi memastikan pekerja mengambil berat tentang kerja
yang selamat dan sihat. Menurut buku Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta
514), seksyen 24 (1) (d), pekerja harus mematuhi langkah-langkah atau arahan yang dikeluarkan

7
oleh majikan, badan berkanun atau akta-akta mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Selain itu, jika pekerja melanggar peraturan seksyen ini boleh didenda tidak melebihi satu ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tiga bulan atau kedua-duanya sekali (Akta 514, Seksyen 24 (2)).

8
4.0 Pendekatan umum dalam setiap program keselamatan dan keselamatan pekerjaan.

Menurut Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Malaysia (2016), menaik taraf kualiti
hidup pekerjaan sumber manusia negara menerusi aktiviti pencegahan penyakit dan
kemalangan di tempat kerja merupakan matlamat utama OSHMP 2020. Strategi utama pelan
induk ini adalah untuk memastikan wujudnya persekitaran kerja yang kondusif dan selamat
lantas memberi manfaat kepada pekerja, organisasi dan pihak kerajaan. Dalam melaksanakan
latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, terdapat beberapa pendekatan umum yang perlu
dititik beratkan. Namun begitu, bagi mematuhi kehendak tugasan ini, saya akan menerangkan
tiga (3) pendekatan umum dalam program keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

4.1) Komitmen daripada kerajaan, majikan dan pekerja.


4.1.1) Kerajaan
Kerajaan merupakan organisasi tertinggi yang akan mewujudkan dasar, visi dan
misi serta hala tuju program keselamatan dan kesihatan pekerjaan kebangsaan. Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) merupakan salah satu jabatan di bawah
seliaan Kementerian Sumber Manusia. Menurut laman web JKKP, mereka
bertanggungjawab dalam melindungi orang awam yang berada di kawasan tempat
bekerja daripada pelbagai sektor serta memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan
pekerja terjamin. Selain itu, ILO-OSH 2001 dan ISO 14001:1996 merupakan piawaian
yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi menguruskan program keselamatan dan
kesihatan Malaysia. Piawaian ini menekankan kepada komitmen dan kepimpinan
pengurusan, penyertaan pekerja, penambahbaikan secara berterusan, penilaian, integrasi
dan kajian semula pengurusan.
Pelbagai langkah dan usaha yang telah diambil bagi melestarikan program KKP
di Malaysia. Antara contoh komitmen JKKP adalah dengan menganjurkan Kursus Jangka
Pendek hasil kerjasama antara JKKP dengan Institut Keselamatan dan Kesihatan Negara
(NIOSH). Kaedah penyampaian kursus ini adalah melalui proses perkongsian
pengalaman, kepakaran dan juga maklumat. JKKP juga bertanggungjawab dalam
mengkaji, menyiasat, membincang serta memberikan cadangan kepada Menteri Sumber

9
Manusia berkenaan kehendak Akta 514 tanpa menjejaskan maksud sebenar tujuan akta
tersebut.

4.1.2) Pihak pengurusan organisasi / majikan.


Pengurusan organisasi harus memberi komitmen yang tinggi terhadap dasar-dasar
tertinggi yang telah diwujudkan oleh JKKP dengan melaksanakan dasar tersebut atau
mewujudkan dasar baru yang berlandaskan dasar tertinggi yang telah diwujudkan oleh
kementerian. Dasar ini harus diterangkan secara terperinci kepada pekerja dan mudah
difahami termasuklah pekerja asing.

Selain itu, majikan perlu mewujudkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan


Pekerjaan bertindak sebagai komunikasi KKP antara majikan dan juga pekerja. Antara
tanggungjawab Jawatankuasa KKP adalah:

 Membantu dalam pelaksanaan sistem kerja selamat serta kaedah


keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
 Menjalankan kajian semula keberkesanan program KKP.
 Melaksanakan kajian mengenai keracunan pekerjaan, trend kemalangan,
kejadian berbahaya, nyaris kemalangan dan juga penyakit yang berpunca
daripada tempat bekerja.
 Memberi laporan kepada majikan berkenaan amalan atau aktiviti bekerja
yang tidak selamat atau tidak sihat serta memberi cadangan untuk
penambahbaikan.
 Mengkaji semula dasar-dasar KKP di peringkat organisasi dan
mencadangkan penambahbaikan kepada majikan berkaitan penyemakan
dasar-dasar tersebut.

4.1.3) Penglibatan pekerja.

Pekerja merupakan modal insan bagi sesebuah organisasi. Dalam Akta 514 ada
menyatakan tentang tanggungjawab pekerja dalam memastikan keselamatan dan
kesihatan mereka terjamin semasa bekerja. Pelbagai peraturan dan garis panduan
diwujudkan untuk dipatuhi oleh pekerja bagi mengelakkan kemalangan berlaku.

10
Menurut Preston (1994), penglibatan pekerja adalah penting dalam mematuhi peraturan
KKP serta memberi maklum balas serta berkongsi isu-isu semasa bekerja kepada
majikan.

Dalam mencapai penglibatan pekerja yang optimum, pelbagai pendekatan yang


boleh ambil oleh majikan. Antara langkah yang boleh di ambil adalah dengan
mengadakan pertandingan staf terbaik dalam melaksanakan latihan KKP.

4.2) Mengintegrasikan latihan keselamatan dengan latihan yang lain.

Dalam melaksanakan program KKP, terdapat banyak cabaran dan masalah yang perlu
di hadapi hampir setiap peringkat sama ada semasa merancang atau semasa mengendalikan
program (David K.,1995). Namun begitu, program KKP ini perlu terus dilaksanakan secara
berterusan bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman pekerja mengenai pentingnya dalam
melakukan proses kerja mengikut SOP yang betul di samping memelihara keselamatan diri,
orang lain dan tempat bekerja. Dalam mengekalkan momentum yang ada pihak pengurusan akan
mengalami banyak cabaran terutamanya dalam hal kewangan, sumber manusia dan juga
kekangan pekerja dan juga masa.

Justeru itu, pendekatan yang terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan
mengintegrasikan program KKP dengan aktiviti-aktiviti pengurusan atau latihan prosedur kerja
yang lain. Langkah ini bukan sahaja dapat menjimatkan masa, malah dapat mengurangkan kos
kewangan, tidak mengganggu secara kerap masa pekerja untuk menjalankan latihan KKP dan
latihan-latihan yang lain serta menjimatkan sumber manusia dalam menguruskan latihan ataupun
projek.

Rajah 4.2.1: Contoh integrasi latihan KKP dengan aktiviti organisasi yang lain.
11
4.3) Mengenal pasti kehendak latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Penyelenggaraan program dan latihan KKP ini bukan satu perkara yang mudah.
Faktor risiko, hazard dan bahaya perlu dikenal pasti bagi mengetahui kehendak latihan
yang perlu diadakan. Pelbagai kaedah dan analisis yang boleh dilakukan bagi mengenal
pasti risiko, hazard dan bahaya bagi sesebuah proses kerja. Antara langkah yang boleh
diambil ialah.

4.3.1 ) Job Hazard Analysis (JHA)

Mengenal pasti hazard merupakan perkara wajib yang perlu dilaksanakan supaya
pelaksanaan latihan keselamatan dapat diberikan kepada pekerja agar kemalangan dan
penyakit pekerjaan dapat dielakkan. Menurut buku Garis Panduan Pengenalpastian
hazard, penaksiran risiko dan kawalan risiko yang dikeluarkan oleh JKKP, hazard
ditakrifkan sebagai sesuatu yang berpotensi untuk mendatangkan kemudaratan dalam
bentuk kemalangan atau kesihatan kepada pekerja, orang yang berada di tempat kerja
ataupun menyebabkan berlakunya kerosakan kepada tempat kerja dan persekitarannya.

JHA merupakan satu teknik yang memfokuskan gerak kerja bagi mengenal pasti
hazard. Menurut DOSH, hazard terbahagi kepada empat jenis iaitu hazard fizikal,
biologikal, ergonomik dan juga kimia. Dalam membuat analisa hazard, terdapat 4
langkah yang perlu di patuhi. Langkah tersebut adalah dengan mengenal pasti proses
kerja yang ingin di analisis, membuat pengelasan mengikut proses kerja, mengenal pasti
hazard dan juga menyediakan pelan tindakan jika perlu.

Rajah 4.3.1a : Langkah pelaksanaan JHA.

12
Rajah 4.3.1b : Contoh Job Hazard Analysis (JHA)

4.3.2) Pengenalpastian hazard, penaksiran risiko dan kawalan risiko (HIRARC)

HIRARC merupakan kaedah pengenalpastian hazard serta pengurusan risiko yang


wajib diguna pakai oleh semua organisasi seperti yang di arahkan oleh OHSAS 18001
(Garis Panduan HIRARC, 2008). Secara umumnya, HIRARC mempunyai persamaan
dengan JHA, ia mempunyai sedikit perbezaan pada cara analisa ini dilakukan dan
keperluannya. HIRARC wajib dilaksanakan bagi semua organisasi manakala JHA
dilakukan apabila HIRARC tidak praktikal untuk dilaksanakan berdasarkan situasi hazard
dan tempat bekerja.
Proses HIRARC adalah sama dengan JHA, bezanya adalah HIRARC
menggunakan kaedah skala dengan menggunakan jadual matriks risiko. Terdapat tiga
skala risiko iaitu ringan, sederhana dan teruk. Terdapat formula yang digunakan untuk
mengira keterukan risiko, dan nilai risiko ini digunakan bagi mengukur keutamaan
kepada tindakan yang perlu diambil bagi menguruskan hazard.

Rajah 4.3.2a : Jadual matriks risiko


13
Pengenalpastian hazard dan risiko kerja memberi hasil yang positif dalam memastikan
kejayaan program keselamatan dan kesihatan pekerja. Menurut DOSH, proses pengenalpastian
hazard dan risiko ini melibatkan semua pihak iaitu jurutera, kontraktor dan juga pekerja.
Kesemua peringkat jawatan perlu bersama-sama memberi kerjasama dalam memberi laporan dan
mengenal pasti hazard dan risiko. Menurut Peyton dan Rubio, (1991), langkah utama dalam
mencegah kemalangan adalah dengan mengenal pasti hazard dan risiko terlebih dahulu.

14
5.0 Pendekatan terbaik yang menunjukkan hasil yang positif.

Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan merupakan tonggak kepada visi dan
misi bagi sesebuah organisasi dalam memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja
terjamin. Pengurusan KKP dikatakan baik apabila majikan dan pekerja mempunyai pengetahuan
yang tinggi mengenai KKP serta dapat menguruskan risiko dan hazard dengan baik serta
mematuhi akta-akta yang telah diwartakan. Menurut Pelan Induk KKP 2016-2020 (OSHMP
2020), terdapat empat budaya pencegahan kemalangan yang utama iaitu komitmen antara
majikan dan pekerja, menghormati hak pekerja terhadap kemalangan dan kesihatan pekerjaan
(KKP), penglibatan pekerja dalam aktiviti KKP serta pengetahuan serta pengurusan KKP yang
cekap.

Dalam mempromosikan budaya KKP, kempen dan program yang dijalankan harus
berkesan dan dapat difahami oleh pekerja. Kewujudan dasar keselamatan dan kesihatan yang
dilaksanakan oleh pengurusan memberikan kesan yang positif terhadap negara. Matlamat dan
objektif yang jelas harus dilaksanakan bagi memastikan program keselamatan dan kesihatan
dapat dinilai dan diukur tahap keberkesanannya. Dasar ini haruslah meliputi tanggungjawab dan
akauntabiliti majikan terhadap pekerja, sokongan penuh daripada majikan serta mewujudkan
wakil pengurusan dalam perundingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kesan positif
pendekatan tersebut boleh di lihat pada rajah 5.1 di bawah.

Rajah 5.1a : Statistik kemalangan tempat kerja mengikut tahun dan sektor.
15
Pelbagai program boleh dianjurkan yang berkaitan dengan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (KKP). Menurut modul Occupational Safety and Health Management OUM ( 2016),
antara program yang boleh dijalankan ialah Hazard Communication Programme, Emergency
Action Plan, Fire Prevention Plan, Safety and Health Audit dan Process Safety Management.
Penglibatan pekerja dalam menganjurkan program KKP bersama-sama pihak majikan akan
meningkatkan pemahaman objektif program di samping mewujudkan nilai-nilai tanggungjawab
dalam diri. Sehubungan dengan itu, majikan harus memainkan peranan dalam menyediakan
sumber kewangan, sumber manusia serta sumber akademik dan teknologi dalam menjayakan
program-program tersebut di samping menekankan pekerja tentang komitmen mereka terhadap
dasar-dasar yang telah diwujudkan. Jawatankuasa KKP yang telah di tubuhkan boleh melakukan
audit terhadap program-program KKP yang dijalankan bagi mengukur serta menilai tahap
keberkesanannya.

Merujuk kepada Pelan Induk KKP 2016-2020 (OSHMP 2020), salah satu konsep yang
diperkenalkan ialah pengurusan KKP diperkasakan di tempat kerja. Antara program yang
dinyatakan dalam konsep tersebut ialah promosi budaya pencegahan dan penguatkuasaan KKP
yang berkesan. Sebagai contoh, worksite analysis merupakan satu kaedah bagi mengenal pasti
potential hazard ataupun hazard yang boleh dikenal pasti semasa proses bekerja ataupun pada
persekitaran tempat bekerja. ‘Antara langkah-langkah worksite analysis adalah menjalankan
penyelidikan berkala terhadap jenis-jenis hazard, menganalisis kaedah, proses baru, peralatan,
bahan-bahan dan pemasangan, menjalankan analisa hazard kerja, membuat pemantauan
keselamatan tapak dan pemeriksaan kesihatan serta menyediakan sistem reprisal-free kepada
pekerja’ (D. Cleary, 2014).

Setelah worksite analysis dilakukan, pihak pengurusan perlu menjalankan pengenalpastian


hazard, penaksiran risiko dan kawalan risiko (HIRARC) bagi mengelakkan adanya pendedahan
hazard terhadap pekerja. Menurut Buku Garis Panduan HIRARC, JKKP (2008), terdapat formula
bagi membuat penaksiran analisa risiko. Keterukan risiko akan diterjemahkan melalui kaedah
kualitatif dan keputusan akan diterjemahkan dalam kaedah matriks risiko. Kaedah ini merupakan
suatu cara yang sangat berkesan untuk mengagihkan risiko di seluruh loji dan kawasan tempat
kerja. Setelah selesai penaksiran risiko selesai, penyingkiran dan kawalan hazard perlu

16
dijalankan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja dengan kaedah yang sesuai. Antara
kaedah yang boleh di pilih ialah, penghapusan, penggantian, isolasi, kawalan pentadbiran,
kawalan kejuruteraan dan penggunaan kelengkapan pelindungan diri (PPE).

Langkah yang terakhir bagi pendekatan yang positif bagi memastikan keberkesanan
kempen adalah dengan menjalankan latihan, pameran, carta serta kempen dan pertandingan
poster keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Majikan perlu memastikan pekerja diberi
latihan yang sepenuhnya sebelum melakukan sebarang pekerjaan. Pekerja juga perlu diberi
latihan jika terdapat sebarang perubahan prosedur kerja. Dengan anugerah dan sijil yang diterima
oleh pekerja dapat meningkatkan motivasi pekerja serta organisasi bagi mematuhi kehendak
KKP negara. Ia disokong oleh kajian daripada NIOSH, Columbia (2010), mengesyorkan majikan
meneruskan program latihan kepada pekerja kerana memberi kesan yang positif terhadap
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Jumlah perkataan :2,867 patah perkataan.

17
6.0 Rujukan.

1. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). (2017). Kajian Mengenai


Keberkesanan Dan Kecukupan Undang-Undang Dan Peraturan Yang Berkaitan Dengan
Keselamatan Pembinaan. (2004), Retrieved from http://www.citp.my/2017/wp-
content/uploads/final-report-proof-read-kajian-undang2-.pdf.
2. Department of Safety & Health. (2016). Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 2016, Retrieved from http://www.dosh.gov.my/index.php/ms/list-of-
documents/new-resources/2018-pelan-induk-kesihatan-dan-keselamatan-pekerjaan-2016-
2020/file.
3. Department of Safety & Health. (2012). Garis Panduan HIRARC (2008), Retrieved from
http://www.dosh.gov.my/index.php/ms/perundangan/garispanduan/hirarc-1/712-01-garis-
panduan-bagi-pengenalpastian-hazard-penaksiran-risiko-dan-kawalan-risiko-hirarc-
2008/file.
4. Industrial Safety & Hygiene News (ISHN). (2018). What does an effective safety
program look like?, Retrieved from https://www.ishn.com/articles/101166-what-does-an-
effective-safety-program-look-like.
5. Lembaga Penyelidikan Undang-undang (2017), Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994
(Akta 514), Petaling Jaya, Selangor : International Law Book Services.
6. Maccollum, D.V. (1995). “Contruction Safety Planning.” United States of America:
VanNostrand Reinhold.
7. Ministry of Health. (2017). Penaksiran Risiko Bahan Kimia, Retrieved from http://www.
myhealth.gov.my/penaksiran-risiko-bahan-kimia.
8. Muniz, B., F., Peon, J. M., & Ordas, C. J. V. (2009). Relation between occupational
safety management and firm performance. Safety Science, 47(7), 980-991.
9. Peyton R.X. dan Rubio, R.C. (1991) Construction Safety Practices and Principles, New
York: Van Nostrand Reinhold, pp. 20-22, 95-96, 162-163.
10. Silberman, M. (2000). Pembelajaran Aktif : 101 Strategik untuk Mengajar Apa Jua
Pelajar. (Ahmad, Z. Trans.). Kuala Lumpur. Institut Penterjemahan Malaysia. 2004.

18
7.0 Lampiran.

Rajah 7.1 : Borang HIRARC yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan

19
Rajah 7.2 : Keratan akhbar Utusan mengenai kepentingan mewujudkan Jawatankuasa KKP.

20
Rajah 7.3 : Simbol Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

21

You might also like