Antara Langkah Bagi Membantu Guru Penasihat Dalam Melaksanakan Aktiviti Ini Ialah

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 14

PELAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN

(GST)
Sila Klik di bawah untuk fakta dan maklumat berkaitan Pelaksanaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) :

Maklumat Cukai Barang Dan Perkhidmatan

Sumber: Keratan Akhbar Utusan Malaysia

GST: Manfaat serta-merta

Rakyat dapat merasakan manfaat serta-merta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan menikmati harga
lebih murah untuk pelbagai jenis barang.

Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain berkata, antaranya rakyat hanya perlu
membayar GST empat peratus ketika menjamu selera di restoran makanan segera berbanding cukai perkhidmatan lebih
tinggi dikenakan sekarang.

Kos perniagaan lain juga berkurangan selepas GST menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kerana restoran
berkenaan tidak lagi perlu membayar cukai jualan atas pembelian meja, kerusi dan kemudahan lain. Dengan pelaksanaan
GST, peniaga boleh menawarkan harga yang lebih murah hasil penjimatan daripada pembayaran cukai.

Kamariah berkata, pelaksanaan GST memberi kesan kepada penurunan Indeks Harga Pengguna (IHP) sekali gus menurunkan
perbelanjaan isi rumah. GST akan menurunkan IHP tetapi ini tidak bermakna IHP mesti turun selepas GST dilaksanakan
kerana jatuh naik IHP turut dipengaruhi faktor lain.

Beliau memberitahu, bukan semua harga barang akan menurun selepas GST diperkenalkan dan terdapat barang tertentu
yang akan mengalami kenaikan atau kekal pada harga asal.

Menurutnya, panduan pengguna akan diterbitkan supaya orang ramai mengetahui impak pelaksanaan GST kepada 350 jenis
barang supaya peniaga menurunkan harga barang tersebut pada kadar yang sesuai. Harga untuk minuman berkarbonat
umpamanya akan menurun selepas GST menggantikan SST dan kami mahu peniaga menyelaraskan harga secara berpatutan.

Kamariah berkata, kerajaan pada masa sama juga akan berbincang dan memujuk pasar raya besar di negara ini supaya
mengekalkan harga lama jika harga barang berkenaan meningkat selepas GST diperkenalkan. Mereka meminta pasar raya
menyerap perubahan harga yang disebabkan oleh pelaksanaan GST. Adalah penting supaya pasar raya besar tidak
menaikkan harga kerana terdapat juga peruncit yang membeli barang secara pukal daripada mereka untuk dijual semula di
tempat lain.

Kamariah berkata, pendapatan cukai kerajaan melalui GST pada kadar empat peratus adalah kurang berbanding perolehan
SST lalu mendorong kerajaan mengambil langkah lain untuk menampung kekurangan yang bakal berlaku. Beliau
menegaskan, dasar kerajaan untuk melaksanakan GST bukan bertujuan mengatasi defisit fiskal negara tetapi menyelesaikan
kelemahan dalam cukai jualan dan perkhidmatan serta mempelbagai sumber pendapatan negara.

GST tidak sebabkan harga barang naik


Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar jangkaan sebanyak empat peratus, tidak akan
menyebabkan harga barangan naik berdasarkan imbangan (offset) penghapusan cukai jualan dan perkhidmatan.

Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain berkata, secara logiknya dengan
pelaksanaan GST pengguna hanya perlu membayar cukai sebanyak empat peratus berbanding lima peratus bagi cukai
perkhidmatan sebanyak lima peratus dan jualan sebanyak 10 peratus.

Pelaksanaan GST adalah bersifat progresif memandangkan jangkaan peratusan yang akan dikenakan adalah pada kadar
empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan sekarang. Pelaksanaan GST mampu
mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan korporat selain meningkatkan hasil cukai serta
mengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.

GST bertujuan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan sejak 1972, kini diterima pakai di 143
buah negara seluruh dunia. GST tidak membebankan rakyat kerana pengecualian diberikan ke atas barangan keperluan
seperti produk-produk pertanian serta makanan asas.

GST juga berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion
bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport. Katanya, ini kerana syarikat yang mencatatkan
perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 adalah dikecualikan daripada membayar GST.

Ditanya mengenai pendaftaran syarikat di dalam sistem kerajaan, Kamariah berkata, buat masa ini belum ada sebarang
pendaftaran yang diterima kerana kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaannya.

GST tidak membebankan

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan bermula pertengahan 2011 tidak akan membebankan rakyat
khususnya di luar bandar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sebaliknya kadar empat peratus yang
dijangka dikenakan itu lebih rendah berbanding cukai jualan dan perkhidmatan pada masa ini. Kabinet sudah putuskan dan
ini satu langkah yang tidak membebankan rakyat kerana langkah ini telah diperincikan beberapa kali. Ia supaya tidak ada
ketirisan dari segi pungutan hasil yang sepatutnya menjadi hasil kepada negara.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Air di Dewan
Masyarakat Semporna di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Kemas negeri, Mat Marsidi, Exco Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar
dan Ketua Pemuda UMNO Semporna, Mohd. Aziz Jamman.

Cukai GST sekitar 4%

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula pertengahan 2011 nanti dijangka hanya sekitar empat
peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di antara lima hingga 10 peratus selama ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, GST juga dikecualikan ke atas barangan keperluan
seperti produk pertanian serta makanan asas bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat khususnya golongan miskin
dan berpendapatan rendah. Jelas beliau, pelaksanaan GST berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini
dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.

Katanya, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 dikecualikan daripada
membayar GST. Kira-kira 70 peratus industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini akan diberikan pengecualian GST. Selain
itu, pelaksanaan GST juga mengecualikan syarikat-syarikat besar daripada membayar beberapa yuran profesional. Jadi,
sudah tentu pelaksanaan GST memberi situasi menang-menang buat rakyat dan kerajaan.

Ahmad Husni menjelaskan, kebaikan GST kepada rakyat pula ialah pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur-
sayuran serta makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam. GST yang dicadangkan itu
adalah bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.

GST: Naik harga kena tindakan

Kerajaan akan membentangkan Akta Anti Mengaut Keuntungan Berlebihan pada bulan Mac ini sebelum pelaksanaan cukai
barangan dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan pada pertengahan 2011. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad
Husni Hanadzlah berkata, akta itu penting bagi memastikan tidak berlakunya aktiviti mengambil keuntungan berlebihan oleh
para peniaga.

Beliau menjelaskan, di bawah GST kadar cukai yang dikenakan adalah sekitar empat peratus sedangkan di bawah kadar cukai
jualan perkhidmatan (SST) semasa, kadar yang dikenakan adalah lima hingga 10 peratus.

Akta yang akan dibentangkan itu nanti adalah salah satu cara kerajaan melindungi pengguna jika terdapat peniaga bertindak
menaikkan harga (dengan kadar cukai lama SST) dan menaikkan harga sesuka hati selepas GST diperkenalkan. Husni berkata,
pelaksanaan GST mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan korporat selain
meningkatkan hasil cukai serta mengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.

Beliau menambah, GST bertujuan menggantikan SST yang diperkenalkan sejak 1972, kini diterima pakai di 143 buah negara
seluruh dunia. Husni menolak tanggapan ramai bahawa GST membebankan rakyat kerana pengecualian diberikan ke atas
barangan keperluan seperti produk-produk pertanian serta makanan asas

Kebaikannya adalah pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras,
gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam.

Katanya, pelaksanaan GST juga berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan
sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport. Ini kerana syarikat yang
mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 adalah dikecualikan daripada membayar GST.

Kira-kira 70 peratus industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini akan diberikan pengecualian GST. Selain itu, pelaksanaan
GST juga mengecualikan syarikat-syarikat besar daripada membayar beberapa yuran profesional. Jadi, sudah tentu
pelaksanaan GST memberi situasi menang-menang buat rakyat dan kerajaan.

Kajian mendalam GST jaga kesejahteraan rakyat

Kerajaan menjalankan kajian mendalam dan komprehensif berkaitan rancangan pelaksanaan cukai barangan dan
perkhidmatan (GST) bagi memastikan ia tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri
Ahmad Husni Hanadzlah berkata, dalam masa sama, kajian seumpama itu penting bagi memastikan Malaysia kekal sebagai
sebuah negara yang mempunyai daya saing.
Kerajaan telah membuat kajian mendalam, matlamat kita adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat. Isnin lalu, Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Rang Undang-Undang berhubung pengenalan GST akan dibentangkan
untuk bacaan pertama pada akhir sidang Dewan Rakyat.

Kelmarin, Ahmad Husni berkata, kerajaan merancang mengenakan GST pada kadar empat peratus. Mengulas lanjut, beliau
memberitahu, sebanyak 143 negara telah melaksanakan GST dan kajian yang dijalankan turut membabitkan
keberkesanannya di negara-negara terbabit.

Ujar Ahmad Husni. dalam kelompok negara ASEAN, selain Malaysia, hanya Brunei dan Myanmar yang belum
memperkenalkan GST. Kerajaan katanya, menjangka pendapatan tahunan negara akan meningkat sebanyak RM1 bilion
dalam tempoh masa setahun selepas GST diperkenalkan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

Kajian komprehensif GST

Kerajaan telah menjalankan kajian yang agak lama dan komprehensif mengenai rancangan pelaksanaan cukai barangan dan
perkhidmatan (GST), kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Beliau berkata, kajian itu penting
bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat di samping memastikan Malaysia kekal sebagai
sebuah negara kompetitif.

Kerajaan telah membuat kajian yang mendalam...matlamat kerajaan adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat.

Isnin lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Rang Undang-undang berhubung pengenalan GST
akan dibentangkan untuk bacaan pertama pada akhir sidang semasa Dewan Rakyat dan Ahmad Husni kelmarin berkata,
kerajaan merancang mengenakan GST pada kadar empat peratus.
ISU DAN PERLAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN
PERKHIDMATAN (GST)

Cadangan untuk mengganti sistem cukai jualan dan perkhidmatan kepada cukai konsumpsi yang digelar sebagai GST telah
diumumkan pada pembentangan bajet 2005 oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Awalnya ia
dicadang untuk dikuatkuasakan bermula 1 hb Januari 2007. Dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan
kewangan kerajaan, Bajet 2005 mencadangkan penyusunan semula sistem percukaian negara termasuk mengkaji
peruntukan yang disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Ini katanya bertujuan untuk menjadikan sistem
percukaian negara lebih berkesan dan berupaya menjana hasil negara.

GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Pada masa ini cukai jualan dikenakan ke atas
barangan ketika diimport atau di peringkat perkilangan. Cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu
termasuk profesional, hotel dan restoran. GST didakwa sebagai sistem cukai yang lebih komprehensif, efisyen, telus dan
efektif. Ia juga diduga akan menambahkan pendapatan cukai tahunan untuk kerajaan. Dalam sebuah reaksi seorang
pensyarah perakaunan dari UiTM berpendapat GST tidak membebankan dan akan menambahkan hasil negara.

Pada 29 November 2009 Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataannya telah mendakwa
kerajaan akan memperoleh pendapatan cukai tahunan sebanyak RM 1 bilion dari GST. Beliau berkata sebanyak 143 buah
negara telah melaksanakan GST. Dalam Asean hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar yang belum memperkenalkannya.
Ditambah lagi, dikatakan GST akan dapat mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan individual.

Kini negara jiran yang melaksanakan GST adalah Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Kadar GST yang diguna oleh
negara-negara ini waktu ini ialah Singapura 5%, Thailand 7%, Indonesia 10% (digelar sebagai cukai nilai tambah – VAT) dan
Filipina 10%. GST dijangka dilaksanakan 18 bulan selepas bacaan kedua rang undang-undang pada Mac tahun depan (2010).
Ini bermakna cukai itu akan berkuat kuasa sekitar Ogos atau September 2011.

Apa itu GST?

VAT/GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada
cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu
berkesan.

Kini 138 negara melaksanakan Value Added Taxes (VAT) sementara beberapa negara – terutama US, mengenakan cukai
jualan, biasanya cukai pada satu aras sahaja diperingkat runcit. Dalam hamper semua negara cukai-cukai ini adalah sama ada
penyumbang terbesar atau penyumabang kedua besar kepada peroleh negara.

GST atau dalam Bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan
yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan
(consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang
ada sekarang.

GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak
kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual boleh
mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah
tertentu yang ditetapkan.

GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan)
merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.

Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan
hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk
tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.

Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai
bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini
dikenali sebagai “kredit cukai input”.

Bekalan yang dikecualikan cukai

Bagaimanapun, barangan atau perkhidmatan yang merupakan keperluan asas tidak dikenakan cukai. Di Australia,
umpamanya, barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai termasuk barangan makanan asasi (kecuali makanan
tersedia, makanan bawa-balik, snek, alkohol dan minuman ringan), perkhidmatan kesihatan, ubat-ubatan, pendidikan dan
penjagaan kanak-kanak, utiliti, barangan tertentu yang dibekalkan oleh pertubuhan amal dan agama, dan barangan dan
perkhidmatan yang dieksport.

Pelaksanaan GST di negara ini merupakan satu langkah wajar memandangkan kebanyakan negara lain telah
melaksanakannya. Di samping itu, jaminan kerajaan untuk mengecualikan cukai tersebut terhadap barangan dan
perkhidmatan keperluan asas bertujuan untuk tidak membebankan pengguna berpendapatan rendah di samping mengelak
berlakunya inflasi. GST hanya dikenakan kepada barangan atau perkhidmatan mewah yang mampu dibeli oleh pengguna
berpendapatan tinggi. Di samping itu perniagaan kecil juga dikecualikan daripada GST.
Ada yang mengsyaratkan jika diuruskan dengan baik dengan kerjasama pelbagai pihak, GST mampu meningkatkan hasil
negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai. Di samping itu, sistem ini juga dapat memastikan setiap perniagaan
menyimpan rekod kewangan dengan lebih sempurna. Walaupun pelaksanaan sistem GST dianggap mencabar, tempoh yang
selesa sebelum pelaksanaanya membolehkan setiap lapisan masyarakat diberi pengetahuan mengenainya.

PENDIRIAN FOMCA TENTANG CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (GST)


WRITTEN BY ADMINISTRATOR
FRIDAY, 26 MARCH 2010 16:44

Pengenalan
Pada masa sekarang cukai penggunaan yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah cukai jualan dan cukai perkhidmatan.
Cukai jualan dikenakan pada kadar 5% dan 10% manakala cukai perkhidmatan dikenakan pada kadar 5%. Kedua-dua cukai
tersebut dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan tertentu.
Cukai Jualan dikenakan di peringkat pengimportan dan pengilangan, manakala cukai perkhidmatan dikenakan di peringkat
penggunaan.

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan bagi menggantikan kedua-dua cukai jualan dan cukai
perkhidmatan. Lebih daripada 140 buah negara telah melaksanakan GST.

Apa itu GST?

GST adalah cukai penggunaan secara menyeluruh yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah bagi setiap peringkat
rangkaian pengedaran.

GST dikenakan ke atas semua barang dan pekhidmatan termasuk yang diimport melainkan barang dan perkhidmatan yang
dikecualikan oleh kerajaan.

GST mempunyai satu mekanisme yang membenarkan peniaga menuntut kembali GST yang dibayar ke atas input
perniagaan secara automatik. Tuntutan dalam bentuk kredit cukai yang dibuat dengan menolak cukai input yang ditanggung
dengan cukai output yang dikutip.

Kadar GST

Kadar GST dicadangkan pada 4% iaitu lebih rendah daripada kadar cukai jualan (5% dan 10%) dan cukai perkhidmatan
(5%) yang dikenakan pada masa sekarang.

Mengapa GST perlu Dilaksanakan?

Perlaksanaan GST merupakan salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menyusun semula sistem percukaian
negara supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien dan telus.

Malaysia telah mengalami bajet defisit selama 46 tahun, semenjak 52 tahun yang lalu. Pada tahun 2009, bajet defisit
dianggarkan sebanyak 7.6%, yang merupakan tertinggi semenjak tahun 1987.

Pada masa ini, 40% daripada sumber pendapatan negara diperolehi daripada sector minyak dan gas. Keadaan ini
menunjukkan sumber pendapatan negara yang agak sempit, dan tidak boleh bertahan dalam tempoh yang panjang.

Keadaan di peringkat sejagat pada ini telah bergerak ke arah sistem percukaian tidak langsung.

GST juga bagi mengatasi kelemahan yang berlaku dalam cukai jualan dan perkhidmatan.

Bagaimana GST Dilaksanakan?

GST adalah cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap peringkat rangkaian pengedaran.

Apakah barang atau perkhidmatan yang dikenakan GST?

Semua barang dan perkhidmatan dikenakan pada kadar standard iaitu 4% melainkan barang dan perkhidmatan yang tidak
dikenakan cukai iaitu pembekalan berkadar sifar dan pembekalan yang dikecualikan.

Apakah barang-barang yang tidak dikenakan GST?

Hampir semua barang makanan asas rakyat Malaysia seperti beras, minyak masak, sayur-sayuran, ikan, telur, daging,
ayam, gula dan tepung tidak dikenakan GST (pembekalan berkadar sifar).

Selain daripada itu, barang yang dieksport juga tidak dikenakan GST bagi menjadikan eksport negara lebih kompetetif di
peringkat antarabangsa. Ia juga selari dengan amalan di negara-negara lain.

Apakah Perkhidmatan yang tidak dikenakan GST?

Perkhimatan asas yang digunakan rakyat Malaysia seperti pengangkutan awam, pendidikan, kesihatan, tol lebuhraya juga
tidak dikenakan GST (pembekalan yang dikecualikan). Layanan yang sama juga diberi kepada perkhidmatan kewangan.

Selain daripada itu, terdapat juga perkhidmatan terutamanya yang dieksport tidak dikenakan cukai (pembekalan berkadar
sifar).

Jualan Tahunan (Threshold)

Bagi mengurangkan beban cukai yang perlu ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah, hanya perniagaan yang
mempunyai jualan tahunan melebihi RM 500,000 setahun sahaja yang dibenarkan untuk mengenakan GST ke atas jualan
mereka.

Perniagaan kecil seperti kedai runcit di kawasan luar bandar akan terkeluar daripada sistem GST dan boleh menjual barang
keperluan tanpa mengenakan GST. Ini akan membantu rakyat secara keseluruhannya.

Kesan Perlaksanaan GST - Adakah GST akan menyebabkan harga barang dan perkhidmatan naik?

Impak GST ke atas Indeks Harga Pengguna

Kajian yang dijalankan mendapati Indeks Harga Pengguna (IHP) akan mengalami penurunan sebanyak 0.10%.

Namun begitu tidak dinafikan bahawa harga barang-barang dan perkhidmatan tertentu akan naik, manakala terdapat pula
harga barang dan perkhidmatan yang lain akan menurun.

Sebagai contoh, perubahan harga beberapa barang dan perkhidmatan adalah seperti berikut:
Penurunan harga ini disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya:

Penurunan kadar cukai kerana GST dikenakan pada kadar 4%. Kebanyakan barang dan perkhidmatan pada masa
sekarang dikenakan cukai jualan (5% dan 10%) dan cukai perkhimatan (5%) dan
Terdapat barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan GST.

Impak ke atas perbelanjaan isi rumah

Purata perbelanjaan isi rumah mengikut strata menunjukkan penurunan dalam perbelanjaan isi rumah sekiranya GST pada
kadar 4%. Secara keseluruhannya, purata penjimatan bagi setiap isi rumah di Malaysia adalah dijangkakan sekitar RM 5.97
sebulan atau RM 71.64 setahun.

Penjimatan pebelanjaan mengikut strata pada kadar GST 4% (RM/bulan)

Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4


Malaysia Semenanjung Sabah Sarawak
Keseluruhan 5.97 6.35 2.59 6.38
Bandar 7.17 7.41 3.53 8.46
Luar Bandar 3.62 3.89 1.61 4.36
Langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan bagi membendung aktiviti pengambilan keuntungan berlebihan.

Kerajaan sedar bahawa terdapat peniaga-peniaga yang tidak beretika akan menaikkan harga apabila GST dilaksanakan.
Alasan yang akan diberikan oleh mereka ialah kerajaan telah mengenakan cukai baru sebanyak 4%.

Dalam memastikan kepentingan pengguna terjamin, kerajaan akan mengambil langkah-langkah berikut untuk menangani
aktiviti yang tidak beretika tersebut:

1. • Menggubal peraturan untuk mengawal aktiviti pengambilan untung berlebihan (profiteering) dalam Akta Kawalan
Harga 1946.
2. • Menubuhkan Majlis Kawalan Harga
3. • Langkah penguatkuasaan yang lebih ketat dan tegas serta hukuman yang berat, dan
4. • Panduan Harga Pengguna akan dikeluarkan secara berjadual.

Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh pengguna dalam membendung aktiviti pengambilan keuntungan
berlebihan?

Pengguna juga boleh memainkan peranan dalam membendung aktiviti pengambilan keuntungan berlebihan ini. Pengguna
sepatutnya:-

1. membuat perbandingan harga sebelum berbelanja


2. sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna
3. melaporkan sebarang kenaikan harga yang tidak munasabah kepada pihak berkuasa atau persatuan pengguna,
dan
4. berbelanja secara berhemat.

Panduan Harga Pengguna

Panduan harga pengguna akan dikeluarkan oleh kerajaan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh pelaksanaan GST.
Ian merupakan panduan kepada pengguna untuk membuat perbandingan harga. Panduan ini mengandungi sebanyak 350
harga barang dan perkhidmatan sebelum dan selepas pelaksanaan GST.
GST: Pengalaman Singapura
Dr. Rosli Yaakop, 23 Mac 2012

Di Singapura, cukai barangan dan perkhidmatan atau goods and services tax (GST) merupakan cukai
nilai ditambah (value-added tax) berasas meluas (broad-based) dikenakan ke atas barangan import
dan semua barangan dan perkhidmatan kecuali, pertama, jualan dan sewaan hartanah perumahan
(tempat kediaman) dan kedua, perkhidmatan pembiayaan (financial services). Walau bagaimana pun,
barangan yang dieksport dan perkhidmatan antarabangsa kadar cukainya sifar.

Ia adalah cukai berkadar rata (flat rate) berbanding cukai pendapatan yang kadarnya semakin tinggi
bila pendaptan semakin tinggi.
Kerana ia cukai ke atas penggunaan, maka dikatakan ia menggalakkan tabungan.

GST dilaksanakan di Singapura serentak dengan pelaksanaan “offset package” bertujuan meringankan
kesan negatif GST ke atas isirumah, khasnya yang berpendapatan rendah.

GST diperkenalkan di Singapura pada 1 april 1994, iaitu, 18 tahun yang lalu. Kadar cukai yang
dikenakan pada masa pelancaran ialah 3%. Kadar ini dikekalkan selama 9 tahun bersesuaian dengan
janji kerajaan semasa pelancaran bahawa kadar itu tidak akan diubah sekurang-kurangnya selama 5
tahun.

Ia telah dinaikkan secara beransur-ansur selepas itu - ke 4% pada 1 Januari 2003, 5% pada 1
Januari 2004 dan 7% pada 1 Julai 2007.
Sebelum tahun 1986, kadar cukai pendapatan korporat ialah 40%. Begitu juga kadar cukai
pendapatan perseoragan – ianya berkadar menaik dan bagi lingkungan pendapatan individu tertinggi
(top marginal rate) kadarnya ialah 40%.

Kadar ini didapati tidak berdayasaing. Jawatankuasa Ekonomi tahun 1986 telah mencadangkan
supaya Singapura mengubah dasar percukaiannya daripada pergantungan besar ke atas cukai
langsung kepada cukai tidak langsung jika ia mahu menambahbaik dayasaing antarabangsanya bagi
menarik pelaburan, melastarikan pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan gunatenaga berpendaptan
tinggi.

GST adalah cukai tidak langsung berasas meluas. Dengan penduduk tua semakin besar bilangannya di
Singapura, asas cukai (tax base), di negara itu dijangka mengecil. Oleh itu GST perlu diperkenalkan
bagi mengimbangi asas cukai langsung (direct tax base) yang semakin mengecil (golongan tua tidak
membayar cukai langsung) dengan cukai tidak langsung.

GST membolehkan beban cukai diagihkan kepada lebih ramai penduduk. Pengenaan cukai tidak
langsung (indirect taxes) melebarkan asas cukai sekaligus membolehkan cukai dipungut dari lebih
ramai penduduk.

Kerana GST pada asasnya adalah cukai ke atas penggunaan bukai ke atas pendapatan, maka sesiapa
yang menggunakan barangan dan perkhidmatan, mereka kesemuanya – tidak kira pendapatan
rendah, sederhana atau tinggi, kaya atau miskin – masuk di dalam jaringan cukai ini. Itu sebabnya,
GST kadangkala dikatakan sebagai “pukat harimau” – semua ikan, kecil atau besar, terperangkap
dalam jaring.

Di dalam sistem cukai langsung (cukai korporat dan cukai pendaptan individu), hanya segolongan
tertentu penduduk membayar cukai tetapi di bawah GST, tiada siapa boleh mengelak dan terkecuali
daripada membayar cukai. Ini menyebabkan pengkritik GST melihat GST sebagai regresif – orang
miskin, sebagai nisbah kepada pendapatan mereka, membayar lebih cukai berbanding orang kaya.
Penyokong GST, tanpa menafikan isu regresiviti ini, mencadangkan jalan pembetulan, iaitu,
memastikan agihan cukai yang dipungut dilakanakan dalam cara yang boleh mengurangkan beban
cukai ke atas golongan berpendaptan rendah.

Memang diakui bahawa GST menambahkan beban cukai ke atas isirumah (household) khasnya yang
berpendapatan rendah. Oleh itu, serentak dengan pengenalan GST, kerajaan Singapura juga
memperkenalkan “offset package” merangkumi penurunan kadar cukai korporat, kadar cukai
pendapatan individu dan pindahan manfaat langsung kepada isirumah yang layak. Berikut ialah
peningkatan kadar GST dan penurunan serentak kadar cukai korporat dan cukai pendaptan individu.

Kerajaan Singapura terus menurunkan kadar cukai korporat dan cukai pendapatan individu, inisiatif
yang telah dimulakan sejak tahun 1986. Pada tahun 2010, kadar cukai korporat di Singapura ialah
17% dan cukai pendapatan individu 20% (lingkongan pendaptan tertinggi). Kadar cukai efektif adalah
lebih rendah.

Apabila kadar GST dinaikkan kepada 7% berkuatkuasa pada 1 julai 2007, kerajaan Singapura
melebarkan offset package dalam bentuk pindahan langsung manfaat, iaitu, dalam bentuk bayaran
tunai (kredit GST, dividen pertumbuhan ekonomi dan bonus warga emas) dan menambah caruman
kepada kumpulan wang simpanan pekerja (CPF top-up), misalannya menambah caruman kepada
akaun pendidikan selepas menengah (post-secondary education account top-up) dan menambah
caruman bantuan perubatan untuk golongan tua (Medisave top-up for older Singaporans).

Juga terangkum di dalam offset package ialah pemberian rebat (di atas caj utiliti dan penyelengaraan
rumah awam) dan melaksanakan program Tambahan Pendapatan Pekerja (Workforce Income
Supplement). Kerajaan Singapura telah menurunkan kadar cukai bagi golongan berpendapatan
rendah dan skop pengecualian cukai diluaskan. Cukai hartanah juga diturunkan. Offset package ini
bertujuan mengurangkan beban cukai GST ke atas golongan berpendapatan rendah. Dan pakej ini
memang telah berjaya mengurangkan beban cukai ke atas penduduk Singapura keseluruhannya.

Dilaporkan bahawa hasil daripada pelaksanaan GST serentak dengan offest package, sistem cukai
(mengambilkira semua jenis cukai cukai - pendapatan, cukai hartanah, GST dan lain-lain cukai tidak
langsung), di Singapura kini cukup progresif – golongan berpendapatan tinggi membayar paling
banyak cukai berdasarkan kepada nisbah cukai kepada pendapatan. 10% isirumah yang paling atas
(dari segi pendapatan) menyumbang 38% dari seluruh cukai yang dipungut dan 20% isirumah yang
paling atas menyumbang 53%. Golongan berpendapatan rendah dan sederhana pula sebenarnya
menerima lebih bayaran pindahan berbanding cukai yang mereka bayar.

Kajian yang dibuat dalam tahun 2010 mendapati bahawa 84.2% dari jumlah GST yang dipungut,
disumbang oleh orang asing (bukan penduduk) dan 40% isirumah yang paling atas dan 20 isirumah
yang paling bawah pula menyumbang hanya 4% dari GST yang dipungut.

Bagi Singapura, GST akan kekal kerana pelaksanaan yang serentak dengan offset package membawa
kesan progresiviti, menjamin keseksamaan sistem cukai (equitability) dan menyediakan sumber yang
selesa bagi kerajaan membawa kebajikan kepada rakyat khasnya golongan berpendapatan rendah
Kalau ikutkan dah lama isu pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan(GST) ini
berkumandang. Dan apabila merujuk bacaan kali pertama rang undang-undang tersebut
dibuat pada 16 Disember, 2009 dengan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang
bakal dikenakan adalah sekitar 4.0 peratus.
Melalui undian yang pernah kami buka sebelum ini merujuk kepada laporan berita Malaysia
GST (Goods Service Tax) Akan Dilaksanakan Tidak Lama Lagi. Elak Malaysia
Bankrap!!! Daripada 606 responden, sejumlah 79% tidak bersetuju dengan pelaksanaan
GST.

Bagi kami GST adalah satu bentuk cukai yang lebih adil berbanding cukai pendapatan yang
ada pada hari ini.

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) VS Cukai


Pendapatan?
1. Cukai GST : Lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak cukai yang anda perlu
bayar (menghukum siapa yang terlalu boros berbelanja). Sukar untuk mengelak.
2. Cukai pendapatan : Lebih banyak pendapatan anda, lebih banyak yang perlu anda
bayar. (menghukum siapa yang berusaha lebih). Ramai yang terlepas tanggungjawab
membayar cukai.
Jikalau GST dengan dilaksanakan dengan betul, lebih mudah untuk membanteras dalang +
melindungi aktiviti kelompok kaya lari daripada membayar cukai. Cuma kami hanya akan
bersetuju dengan pelaksanaan jika kerajaan bersedia menghapuskan caj-caj tersembunyi
yang digunapakai selama ini.

Senarai Barangan Asas Dikecualikan Cukai Barang dan


Perkhidmatan (GST)
1. beras
2. sayuran
3. tepung
4. gula
Berdasarkan statistik di bawah ini bagi kami agak mengecewakan :
1. pencarum aktif epf = 12.5 juta.
2. pencarum perkeso = 8 juta.
3. pembayar cukai individu = 2 juta. Logikkah? Kurang daripada 10 juta daripada
rakyat Malaysia yang membayar cukai pendapatan. Menampakkan ramai yang
mempunyai pendapatan tinggi lari daripada tanggungjawab membayar cukai
4. pembayar cukai individu top bracket (bayar 26%) = 40,000 orang. Satu angka yang
tidak munasabah. Mana lagi beribu-ribu VVIP, Dato’ + Tan Sri dan kelompok-kelompok
kaya di Malaysia? Takkanlah 40,000 sahaja yang bayar cukai untuk top bracket?
Hakikatnya hari ini banyak ketirisan yang berlaku dalam usaha mengutip cukai di Malaysia
dengan sistem yang ada sekarang. Dan dengan pelaksaan GST dapat mengurangkan
kebocoran kutipan cukai di Malaysia sekaligus menambah lagi pendapatan kepada negara.

Melalui sistem sedia ada contohnya pengilang-pengilang, pengusaha-pengusaha, ramai


yang mengambil kesempatan dengan “mencuri” cukai jualan yang sepatutnya dikenakan
kepada pengguna tetapi akhirnya duit tersebut tidak sampai kepada kerajaan. Modus
operandi ini bukan rahsia lagi tetapi dilihat pihak berwajib yang mengutip cukai tak dapat
berbuat apa-apa.

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi kami sangat dialu-alukan jika
kerajaan hapuskan semua cukai-cukai tersembunyi yang lain termasuklah cukai import
yang kebiasaanya menjangkau antara 10% – 35%. Contohnya :

1. satu barang harga dibawa masuk RM 1000


2. cukai import 30%, jadi RM 1300
3. penjual ambil untung 30%
4. Jadi RM1690, jika GST 4% dilaksanakan
5. pembeli perlu bayar GST tax RM67.60
6. Harga barang jadi RM 1757.60
7. Kerajaan kutip cukai RM367.60
8. Di sini sahaja, hampir 36% caj tambahan yang dikenakan kerajaan
Contoh Pengiraan Selepas Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST)
Dilaksanakan :

Contohi pelaksanaan GST di negara lain supaya tiada lagi cukai-cukai yang tersembunyi
yang seringkali menyebabkan “rakyat terperangkap”. Apatah lagi kebanyakkan barang yang
ada di pasaran hari ini kebanyakannya adalah barang import, adakah masih ada cukai
import? Adakah buku setebal 4 inci kastam Malaysia itu akan dihapuskan?
Kerajaan ada 2 pilihan sekarang ini samada :

 laksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan hapuskan cukai-cukai yang
tersembunyi = rakyat untung @
 laksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan dalam pada masa yang sama
masih lagi “menghisap” melalui cukai-cukai yang tersembunyi = rakyat semakin
sengsara….
Buatlah sehingga 15% sekalipun, kami sokong tetapi sekali lagi kami katakan hapuskan
semua caj-caj tersembunyi termasuklah cukai kereta import supaya cajnya jelas kepada
semua rakyat Malaysia.

You might also like