Program Bagi Masyarakat Orang Asli

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 43

ISI KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan

Program dan rumusan

 Masyarakat orang asli

 Masyarakat pedalaman

 Masyarakat indegeous (pribumi)

3.0 Refleksi

4.0 Bibliografi

Lampir
2.0 PROGRAM BAGI
MASYARAKAT ORANG
ASLI
Model K9 atasi keciciran Orang Asli 

21 Jan 2013, 10:06 AM | Perspektif


Mukadimah

BAGI  mengurangkan kadar keciciran murid Orang Asli, satu daripada tujuh Pelan
Transformasi Pendidikan Orang Asli (PTPOA) adalah memperluas Sekolah Model
Khas Komprehensif (K9) bagi menyedia peluang dan akses pendidikan lebih
terancang kepada pelajar kaum itu.

 Projek pertama K9 mula dipraktikkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Bedian,


Baram, Sarawak khusus untuk komuniti kaum Penan.

            Bermula sesi persekolahan 2013, Sekolah Kebangsaan (SK)  Betau dekat
Sungai Koyan, Kuala Lipis, Pahang terpilih melaksanakan model khas K9
tersebut.

 Wartawan Utusan Malaysia, NORIZAN ABDUL MUHID membuat tinjauan


mengenai pelaksanaan program K9 untuk murid Orang Asli di SK Betau, baru-
baru ini. 

PELAKSANAAN Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) merupakan sebahagian


daripada komitmen Kementerian Pelajaran dalam memperkasa pencapaian murid
Orang Asli dengan tumpuan mengurangkan kadar keciciran golongan itu yang
tamat sekolah rendah ke tingkatan satu sebanyak enam peratus setahun dalam
tempoh lima tahun ini.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Betau, Hassim Othman berkata, menerusi
model itu, pelajar menghabiskan masa sembilan tahun di sekolah tersebut bagi
mengikuti pembelajaran bermula tahun satu hingga tingkatan tiga.

Menurutnya, asrama harian disediakan bagi memastikan pelajar Orang Asli yang
tinggal jauh dari sekolah seperti Kampung Simoi, Kampung Kuala Sat dan Kuala
Lanchang mudah untuk ke sekolah.

Buat permulaan, katanya, kira-kira 80 pelajar Orang Asli Semoi menjadi kumpulan
sulung tingkatan stu sekolah itu dan mereka dibahagikan kepada dua kelas.

‘‘Hal ini sebagai satu strategi Kementerian Pelajaran menyelesaikan


permasalahan selain merapatkan jurang pendidikan dalam kalangan masyarakat
Orang Asli.

‘‘Projek khas K9 ini berupaya  mengurangkan kadar keciciran murid Orang Asli di
peringkat rendah dan menengah malah membantu meningkatkan kehadiran
golongan itu ke sekolah,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

SK Betau merupakan salah sebuah daripada enam buah sekolah Orang Asli yang
terdapat dalam daerah Kuala Lipis, Pahang dan mempunyai kira-kira 600 murid,
40 guru dan staf sokongan.

Penubuhan awal SK Betau diperkenalkan seorang guru Dayak dari Borneo dan
asalnya merupakan sekolah pondok menggunakan papan batu kepada penduduk
yang mengikuti pembelajaran.

Guru-guru ketika itu dalam kalangan Orang Asli sendiri.

Selain itu menurut Hassim, sambutan pelajar Orang Asli yang mendaftar
memasuki tingkatan satu pada hari pertama persekolahan  amat baik walaupun
ada sebahagian daripada mereka agak lewat ke sekolah.

‘‘Pada peringkat permulaan, kita membuka hanya dua kelas tingkatan satu di
bawah K9 ini.

“Walaupun hanya dua kelas, sambutan pelajar yang hadir pada minggu pertama
persekolahan amat baik.

‘‘Hampir 100 peratus bilangan pelajar baharu Orang Asli yang mendaftar dalam
program taklimat ibu bapa K9 sebelum ini hadir memulakan persekolahan
menengah mereka,’’ ujarnya.

Kata Hassim, bagi memudahkan proses pembelajaran peringkat menengah


dilaksanakan di bawah program K9 di sekolah itu, beberapa tenaga pengajar dari
sekolah menengah berhampiran dihantar ke SK Betau termasuk dari Kementerian
Pelajaran.

Antara pelajar Orang Asli yang meneruskan sesi persekolahan menengah di SK


Betau menerusi projek K9 ini termasuklah dua bekas murid Tahun 6 sekolah itu
yang turut memperoleh keputusan agak baik   pada Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) lalu.

Pada peperiksaan itu, Sofea A/P Ghani, 13, mendapat 1A,3B dan 1C bagi subjek
bahasa Inggeris .

Menurut Sofea, dia berasa bertuah kerana berpeluang mengikuti pembelajaran di


peringkat menengah di sekolah yang sama malah terletak tidak jauh dari
kampungnya.

Katanya, walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana tinggal di asrama


sekolah, dia tetap merasa lega kerana ibu bapanya tidak perlu lagi mengeluh
mengenai perbelanjaan hariannya untuk ke sekolah.

‘‘Program K9 ini sangat baik kerana amat memudahkan persekolahan anak Orang
Asli yang tinggal jauh dari sekolah dan sangat wajar dimanfaatkan.

‘‘Oleh itu, tiada sebab lagi kenapa anak-anak Orang Asli sukar ke sekolah
disebabkan masalah pengangkutan atau rumah terletak jauh dalam kawasan
kampung,’’ katanya.

Bagi gadis itu, nasib kaumnya boleh berubah lebih baik sekiranya mereka
berusaha mengubah taraf kehidupan dan bijak merebut pelbagai peluang
pembangunan yang disediakan kerajaan pada hari ini..

Manakala rakannya, Haslin Harun, 13, dia hampir putus asa untuk meneruskan
persekolahan kerana rungsing memikirkan cara untuk ke sekolah ekoran
ketiadaan pengangkutan.

‘‘Sekolah menengah hanya terdapat di Medang dan sekolah itu agak jauh dari
rumah manakala sekolah paling dekat hanya SK Betau.

“Oleh sebab itu apabila K9 diperkenalkan, saya berpeluang menyambung


pembelajaran peringkat menengah di sekolah yang sama,” jelasnya.

Kata gadis bercita-cita menjadi guru itu, perlaksanaan program K9 turut memberi
peluang kepada murid Orang Asli meningkatkan keyakinan diri kerana sudah
biasa dengan suasana persekitaran sekolah.

SEORANG guru SK Betau memulakan pengajaran kepada Orang Asli tingkatan


satu yang terlibat dalam program khas K9 bermula sesi persekolahan baharu awal
Januari lalu di sekolah tersebut di Kuala Lipis, Pahang.
Tahun Satu hingga Tingkatan 3 sekolah sama

Kementerian Pelajaran memperkenalkan satu konsep baru bagi membolehkan murid


mengikuti pembelajaran selama sembilan tahun dari Tahun Satu sehingga Tingkatan
Tiga di sekolah yang sama. 

Konsep Sekolah Model Khas Komprehensif (K-9) itu bertujuan menangani kes
keciciran pelajar sewaktu transisi dari Tahun Enam ke Tingkatan Satu serta
memastikan kemudahan sekolah kurang murid (SKM) di digunakan secara
optimum. 

Buat permulaan, Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar 2 Paloh Hinai, Pekan, Pahang,
dipilih bagi merintis pelaksanaan projek itu yang akan dilancarkan Timbalan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Sabtu ini. 

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Khas, Dr Salbiah


Ismail, berkata asrama harian akan disediakan bagi memastikan pelajar yang tinggal
jauh dari sekolah dapat mengakses pendidikan secara berterusan. 

“Kira-kira 60 pelajar Tahun Enam di sekolah itu akan menjadi kumpulan sulung
memasuki Tingkatan Satu di sekolah sama, tahun depan. 

“Kemasukan ke sekolah itu tidak hanya terbatas kepada mereka, sebaliknya turut
terbuka kepada lulusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari sekolah
rendah lain,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam. 

Dr Salbiah berkata, konsep itu diperkenalkan hasil cadangan Timbalan Perdana


Menteri supaya sekolah model khas dibangunkan di SK Bandar 2 Paloh Hinai bagi
menempatkan pelajar Orang Asli di gugusan Chini dan kawasan lain sekitar Pekan
kerana sekolah terbabit masih berstatus SKM sejak dibuka pada 2001. 

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan menyuarakan saranan itu ketika merasmikan
penutupan program ‘outreach’ pendidikan khas dan lawatan menangani isu
pendidikan anak Orang Asli di Pekan pada 23 September tahun lalu, sekali gus
mengarahkan Jabatan Pelajaran Pahang menyediakan kertas konsepnya. 

Berdasarkan laporan mengenai perkembangan pendidikan pelajar Orang Asli di


Pekan, hanya antara 30 peratus sehingga 35 peratus murid Tahun Enam
menyambung pelajaran ke Tingkatan Satu. Selain itu, peratus kehadiran pelajar
amat rendah dan tidak konsisten, sekali gus menyumbang kepada keciciran dan
buta huruf tinggi di kalangan mereka. 

Dr Salbiah berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Menangani Isu Pendidikan Murid


Orang Asli dan Penan pada 4 Julai lalu juga bersetuju melaksanakan konsep K-9 di
SK Long Bedian, Miri serta sebuah lagi sekolah yang akan dikenal pasti di kawasan
Kapit/Belaga, Sarawak. 

Kementerian meluluskan peruntukan RM800,000 bagi mengubah suai serta menaik


taraf lapan bilik darjah kosong di SK Bandar 2 Paloh Hinai kepada blok asrama lelaki
dan perempuan, menaik taraf kantin dan bilik warden serta pembekalan perabot
asrama, dapur dan dewan makan. 

Beliau berkata, SK Bandar 2 Paloh Hinai juga mempunyai pelbagai prasarana lain
serba lengkap dan amat merugikan sekiranya ia hanya digunakan 141 pelajar sedia
ada dari peringkat prasekolah sehingga Tahun Enam. 

“Justeru, inisiatif terbaru ini akan membolehkan semua kemudahan itu dimanfaatkan
secara optimum, sekali gus membantu usaha meningkatkan kecemerlangan pelajar,
lebih-lebih lagi golongan pribumi,” katanya. 

Dr Salbiah menjelaskan, kemudahan asrama disediakan bagi pelajar Orang Asli


yang tinggal jauh serta menghadapi masalah pengangkutan, antara lain dari
Runchang, Kota Perdana, Tanjung Kelapa dan Permatang Keledang, bagi
memastikan konsistensi kehadiran mereka ke sekolah. 

Malah, dua bilik tetamu turut disediakan bagi membolehkan ibu bapa pelajar terbabit
bermalam selepas menghantar anak mereka ke sekolah kerana rata-rata mereka
menghadapi masalah pengangkutan untuk pulang pada hari sama. 
Asrama itu kini dihuni 64 pelajar Orang Asli yang memulakan pembelajaran di SK
Bandar 2 Paloh Hinai sejak 1 Ogos lalu, termasuk 24 pelajar cemerlang Tahun
Empat dipilih khas dari 12 sekolah sekitar Pekan. 

Katanya, Najib juga akan melancarkan Program Bakti Pendidikan Eastmen untuk
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pelajar Orang Asli di
sekolah itu. Menerusi program itu, Eastmen Chemical (M) Sdn Bhd menyumbang
lima komputer dan menaja program tuisyen kepada 24 pelajar Orang Asli di sekolah
itu. 

Oleh Syuhada Choo Abdullah (BH 060907)


2.0.1 RUMUSAN
MENGENAI
ROGRAM BAGI
ORANG ASLI
Program yang dijalankan oleh kerajaan mengenai program asrama harian
bagi orang asli. Program ini mempunyai banyak kelebihan apabila murid-murid dapat
tinggal di asrama serta ibu bapa juga dapat tinggal di asrama bagi menunggu anak-
anak mereka belajar. Hal ini dapat mempertingkatkan sahsiah diri kepada murid-
murid kerana ibu bapa mereka dapat melihat sendiri tingkah laku anak-anak mereka
semasa di sekolah.

Selain daripada itu, kemudahan yang disediakan di asrama yang


dipertingkatkan dapat meningkatkan lagi cara hidup orang asli supaya bersedia
dengan dunia luar. Kemudahan yang diberikan dapat mereka gunakan serta merasa
keselesaan bagi memupuk sifat serta semangat ingin belajar mereka.Kemudahan
yang disediakan seperti menyediakan asrama yang selesa bagi pelajar perempuan
dan lelaki, serta tempat tinggal ‘bilik tamu’ bagi ibu bapa. Hal ini dapat menjimatkan
kos perjalanan daripada rumah ke sekolah. Para ibu atau bapa dapat memasak
bersama-sama rakan-rakan mereka semasa berada di tempat tinggal sementara itu
‘bilik tamu’. Hal ini juga dapat mempertingkatkan silaturahim antara ibu bapa serta
guru.

Program ini juga mengurangkan kadar keciciran kepada murid-murid untuk


pergi ke sekolah yang memakan masa yang lama. Apabila kadar keciciran murid-
murid pergi ke sekolah menurun, maka proses pengajaran dan pembelajaran guru
dapat berjalan dengan lancar. Program ini juga memberikan murid-murid dari
kalangan masyarakat orang asli berasa seronok apabila mereka dapat berkumpul
beramai-ramain dan melakukan aktiviti bermanfaat bersama-sama. Makanan yang
disediakn di asrama juga mengikut pemakanan seimbang murid-murid. Hal ini dapat
meningkatkan kadar kesihatan di kalangan masyarakat orang asli ini. Makanan yang
berkhasiat serta secara berkonsisten diambil mengikut masa yang ditetapkan dapat
meberikan kecerdasaan kepada minda murid-murid.

Asrama harian yang diberikan kepada murid-murid ini juga adalah


pendedahan awal kepada murid-murid masyarakat orang asli hidup secara berdikari
apabila melanjutkan pembelajaran di asrama penuh ataupun di IPTA atau IPTS.
Kebiasaan mereka hidup di asrama juga mampu membuatkan mereka selesa
apabila bergaul dengan masyarakat bukan sahaja dari kalangan mereka.

Asrama yang disediakan dengan penyeliaan warden ini memberikan


kenyakinan kepada para ibu bapa mengenai keselamatan serta sahsiah anak-anak
mereka. Mereka juga dapat menanamkan kepercayaan kepada para guru untuk
mendidik anak-anak mereka.

Namun masih terdapat kekurangan pada program ini dari segi kos. Kos
pembinaan bagi kemudahan asrama menelan belanja yang banyak. Selain itu, kos
penyelenggaraan asrama juga memerlukan kos yang banyak. Kos-kos bagi
kebersihan dan keceriaan asrama juga memerlukan kos yang tinggi. Hal ini
menyukarkan ibu bapa dan murid-murid apabila berlaku kerosakan dan tidak
diselenggara dengan scepat mungkin memberikan risiko yang tinggi terutamanya
kepada murid-murid seperti luka, renjatan eletrik dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, masalah yang timbul juga adalah kurangnya guru yang
ingin menjadi warden terutamanya yang sudah berkahwin. Hal ini kerana,
kebiasaanya seseorang guru yang sudah berkehidupan berkeluarga lebih gemar
mereka tinggal di pecan atau bandar kerana kemudahan dari segi pakaian-pakaian
anak, pemakanan anak serta kemudahan untuk rawatan susulan bagi kanak-kanak.
Guru-guru yang ditempatkan di kawasan tersebut juga akan mengalami masalah
komunikasi serta masa yang amat terhad untuk melakukan penyesuaian diri untuk
mengadaptasi dengan komuniti masyarakat orang asli terutamanya.

Seterusnya, guru-guru di sini perlulah menyesuaikan diri dengan persekitaran


baru mereka dan mepelajari kehidupan mereka melalui perkongsian pandangan dan
pendapat dengan berkomunikasi yang lebih berkesan. Walaubagaimanapun,
komunikasi yang berlaku di sini tidaklah terlampau formal bahkan perlu lebih
memahami bahasa-bahasa daerah seperti suku kaum orang asli agar mereka dapat
mendalami Bahasa melayu untuk dijadikan bahasa pengantar bagi kegunaan harian
khususnya. Sebagai contohnya, pelajar yang kurang arif berkomunikasi setidaknya
dapat bercakap untuk berurusan dengan guru sewaktu proses pengajaran
dilaksanakan. Masalah berkomunikasi dan penyesuaian diri bermula setelah
kehadiran guru baru yang baru sahaja ditempatkan di sekolah.

Penambahbaikkan bagi program ini adalah memberikan latihan kepada


masyarakat orang asli supaya dapat menjadi warden asrama. Apabila hal ini
berlaku, mudah bagi warden dari masyarakat orang asli itu sendiri memahami
masalah yang dihadapi oleh murid-murid dan ibu bapa masyarakat orang asli itu.
Hubungan yang sudah terjalin baik mampu memberikan kerjasama antara warden
dengan ibu bapa. Kebanyakkan orang asli lebih percayakan daripada kalangan
masyarakat mereka sendiri mengenai sesuatu maklumat yang disampaikan. Warden
dari kalangan orang asli mudah melakukan sesuatu aktiviti dalam kalangan
masyarakt mereka kerana sudah mengetahui mengenai adat resam serta
kepercayaan yang masih mereka amalkan.

Orang Asli khususnya perlulah mengambil langkah-langkah yang bijak agar


mereka dapat menjadi warden asrama yang berwibawa dalam melaksanakan
tanggungjawab terhadap pelajar. Sebagai contohnya, asrama yang disediakan juga
perlulah dipantau oleh warden-warden yang dilantik dan para warden juga perlu
berkomunikasi sesama pelajar orang asli terutamanya agar segala keperluan dan
kemudahan yang disediakan amatlah lengkap dan sistematik. Hal ini demikian
kerana, keperluan dan kebajikan pelajar hendaklah dipantau dan di ambil berat bagi
menempatkan pelajar-pelajar yang jauh dari rumah mereka agar membantu mereka
menjadikan asrama ini sebagai tempat untuk belajar dan menimba ilmu selepas
waktu pesekolahan. Di samping itu, guru perlulah menyesuaikan diri dengan
menyelami kehidupan masyarakat atau komuniti pelajar sekolah orang asli supaya
guru-guru atau warden di situ dapat memahami dan menyesuaikan diri dengan
masyarakat di sana supaya budaya saling hormat-menghormati dapat diterap di
anatara satu sama lain.
2.1 PROGRAM BAGI
MASYARAKAT
PENDALAMAN
PROGRAM JALUR LEBAR

Sumber : http://www.kpkk.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=2148%3Autusan-malaysia-28-oktober-2010-
jalur-lebar-lepasi-sasaran-50-peratus-&catid=131%3Autusan-
malaysia&Itemid=145&lang=bm

UTUSAN MALAYSIA : 28 OKTOBER 2010 : JALUR LEBAR LEPASI SASARAN 50


PERATUS

PUTRAJAYA 28 Okt. - Kadar penembusan jalur lebar mengikut isi rumah telah
melepasi sasaran 50 peratus seperti yang ditetapkan pada hujung tahun ini, kata
Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sehingga pertengahan Oktober, kadar


penembusannya melepasi 53.5 peratus dan kerajaan optimis menjelang 2015
jumlahnya akan mencapai 75 peratus.

Pencapaian itu, kata beliau, adalah hasil kerjasama dan usaha pihak swasta dan
kerajaan termasuk pucuk pimpinan yang menitikberatkan penembusan jalur lebar
untuk semua golongan rakyat.

''Pelbagai inisiatif dan program telah dirancang dan giat dilaksanakan di bawah
Inisiatif Jalur Lebar (NBI) bagi memperluaskan liputan ke seluruh negara dengan
menggunakan pelbagai teknologi," kata.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat


Jawatankuasa Kabinet Mengenai Jalur Lebar di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais
Yatim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Noor Mohamed Yakcop.

Muhyiddin berkata, sebanyak 3,100 projek Kampung WiFi akan dibangunkan


sehingga 2014 di seluruh negara dan setakat ini enam projek perintis telah
dilaksanakan

Selain itu, dalam usaha kerajaan merapatkan jurang digital antara bandar dan luar
bandar termasuk Sabah dan Sarawak, pengagihan satu juta komputer riba berserta
pakej langganan jalur lebar telah mula diagihkan kepada pelajar serta golongan
berpendapatan rendah di seluruh negara.

''Sejak Julai lepas lebih 100,000 komputer riba telah diagihkan manakala 300,000
lagi akan diberikan sebelum akhir tahun ini kepada mereka yang layak," katanya.

Bagi memastikan kadar penembusan jalur lebar terus meningkat, Program


Kesedaran dan Promosi Jalur Lebar kepada semua lapisan masyarakat secara
intensif akan terus dilaksanakan sehingga akhir tahun ini.

Pada masa sama, Briged Bertindak Jalur Lebar di Kementerian Penerangan,


Komunikasi dan Kebudayaan akan terus memainkan peranan dalam mengatasi
sebarang isu berkaitan perkhidmatan jalur lebar.

Sejajar dengan usaha meningkatkan kualiti hidup semua lapisan masyarakat,


Muhyiddin berkata, Jawatankuasa Kabinet turut bersetuju mewujudkan satu eko-
sistem dinamik dan menyeluruh yang mampu menjana skala ekonomi dan perluasan
pasaran diterokai dengan lebih terperinci.

Ini termasuk mengiktiraf Rangkaian Sensor Tanpa Wayar (WSN) sebagai sumber
pertumbuhan baru yang mampu menjana aktiviti ekonomi dalam beberapa sektor
seperti pertanian, elektronik, elektrik dan pengangkutan.

Jawatankuasa tersebut, kata beliau, turut memantau Kandungan Komunikasi dan


Infrastruktur (CCI) dari penjanaan kandungan kepada rangkaian, perkhidmatan dan
peralatan.

''Sebanyak 10 projek permulaan (EPP) telah dikenalpasti untuk mengembangkan


ekonomi di bawah CCI yang bakal menjana pendapatan lebih 43,000 pekerjaan dan
menyumbang lebih RM49.83 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (GNI).

''Kerajaan yakin sektor ini boleh berfungsi untuk mengubah cara hidup rakyat
daripada pelbagai segi termasuk dalam urusan perniagaan, pembelajaran,
pekerjaan, hiburan, perbankan dan membeli belah," katanya.

Menurutnya, setakat suku kedua 2010, pelanggan telefon selular telah melebihi 31
juta atau 108 peratus penembusan sekali gus menjadikannya penyumbang terbesar
melebihi 60 peratus kepada jumlah keseluruhan pendapatan industri komunikasi dan
multimedia di negara ini.
Terakhir dikemaskini ( Ahad, 31 Oktober 2010 15:14 )
2.1.1 RUMUSAN
MENGENAI
PROGRAM BAGI
MASYARAKAT
PEDALAMAN
Program yang dijalankan oleh kerajaan ini banyak memberi manfaat antaranya
adalah penggunaan internet dalam kehidupan seharian, terutamanya bagi seorang
pelajar, sama ada di peringkat sekolah mahupun universiti, ialah kebanjiran ilmu
pengetahun, yang membolehkan pelajar mendapat apa sahaja maklumat yang
diingini dengan menggunakan enjin carian google,yahoo dan sebagainya tanpa
perlu bersusah untuk pergi ke perpustakaan dan dalam masa yang sama mampu
menjimatkan masa. Dengan menaip tajuk yang berkaitan, enjin carian ini akan
mencadangkan beberapa puluh laman sesawang yang membincangkan tajuk yang
berkaitan. Pelajar juga boleh memuat turun buku elektronik secara percuma ataupun
berbayar dilaman sesawang yang berkenaan dan boleh mendapatkan sampel
tugasan untuk dijadikan rujukan, maklumat kini hanya berada di hujung jari.
Tambahan pula, pelajar boleh menambah ilmu pengetahuan mengenai dunia luar
dan tidak hanya bergantung kepada silibus pelajaran di sekolah sahaja. Terbuktilah
internet mampu meberikan manfaat kepada golongan pelajar. Ibu bapa juga boleh
menggunakan manfaat ini untuk mecari tips menarik di internet seperti tips
keibubapaan, resepi masakan dan sebagainya untuk diaplikasikan di dalam
kehidupan. Semestinya untuk seorang guru internet sangat penting untuk mereka,
kerana boleh mengakses dan  menyelitkan sedikit informasi tambahan yang menarik
dalam setiap topik pembelajaran untuk dikongsi bersama anak didik mereka semasa
mengajar dan dalam masa yang sama mampu menarik perhatian pelajar dan
mampu meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah dan tidak hanya bergantung
sumber yang ada dalam buku teks dan rujukan semata-mata. Dapat dirumuskan di
sini bahawa internet membekalkan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna untuk
dibaca dan diamalkan dalam kehidupan semasa.

Selain itu, antara kebaikan internet yang lain ialah mampu meningkatkan
penguasaan bahasa inggeris. Kita sudah sedia maklum bahawa bahasa inggeris,
yakni bahasa paling banyak digunakan di dunia, dan menjadi ‘lingua franca’ di
zaman melinium ini. Sangatlah penting bagi seseorang yang ingin berjaya dalam
apa jua bidang untuk menguasai bahasa ini dengan sebaik mungkin kerana bahasa
ini secara tidak langsung dijadikan bahasa ‘rasmi’ dalam pelbagai urusan yang
dijalankan samada di dalam negara mahupun luar negara, sesuai dengan kata-kata
seorang tokoh barat yang bermaksud ‘untuk menjadi yang terbaik, anda mesti
menguasai apa yang terbaik’ yakni menguasai bahasa yang utama mampu
menjadikan kita lebih berjaya. Seperti sedia maklum, kebanyakan laman sesawang
di internet menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar dan
membolehkan si pembaca boleh belajar secara tidak langsung mengenai cara
penyusunan ayat,teknik mengarang dan dalam masa yang sama mampu menambah
perkataan-perkataan baru yang boleh digunakan. Untuk pengguna lama sesawang
sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya, kebanyakan pengkemaskinian
status banyak dibuat dalam bahasa inggeris dan pengguna boleh belajar sedikit
sebanyak tentang tatabahasa dan mampu memerikan keberanian kepada pengguna
untuk menggunakan bahasa inggeris dalam kehidupan seharian. Bagi pengguna
yang mempunyai blog, amat digalakkan untuk mengemas kini entri anda dalam
bahasa inggeris mampu untuk meningkatkan teknik penulisan anda sedikit sebanyak
kerana pengunjung yang membaca blog anda patinya akan menegur setiap
kesalahan membolehkan anda mendapat ilmu dan teknik penulisan yang betul untuk
masa yang akan datang, melalui internet, banyak perubahan dalam bahasa inggeris
yang dapat dilihat. Peningkatan ini boleh dibuktikan dengan peningkatan keputusan
gred purata bahasa inggeris keseluruhan bagi SPM 2011 dan kajian mendapati
ramai pelajar yang menulis jawapan dalam bahasa inggeris berbanding tahun-tahun
sebelumnya dalam subjek-subjek sains yang menyediakan ayat secara dwibahasa
untuk soalan dan jawapan. Dengan itu, internet antara medium terbaik untuk
meningkatkan penguasaan bahasa inggeris di kalangan  pengguna.

Di samping itu, penggunaan internet juga mampu menjimatkan kos . sesuai untuk
pelajar, ibu bapa yang bertugas di luar negara, kini mereka mampu tersenyum lebar
kerana dengan menggunakan aplikasi berbual secara talian seperti skype, yahoo
messenger dan sebagainya, anda mampu untuk mebuat panggilan video, panggilan
suara dan “berchatting” dengan sanak saudara dengan percuma! Dengan ini,
pelajar, mahupum ibu bapa yang belajar mahupun bekerja di luar negara mampu
untuk berhubung dengan saudara mara ketika berada di perantauan tanpa perlu
bimbang soal bil telefon dan sebagainya kerana bil internet adalah tetap untuk setiap
bulan.  Kos yang diperuntukkan untuk berhubung dengan keluarga mampu
dikurangkan secara lebih berkesan kerana meraka bukan saja boleh berjimat, tetapi
dalam masa yang sama mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan tidak
menjadikan jarak beribu batu sebagai alasan untuk tidak berhubung dengan ahli
keluarga sekerap yang boleh. Malah ada sahaja pelajar yang berkahwin di luar
negara mampu untuk  “membawa” keluarga mereka untuk melihat majlis
perkahwinan mereka tanpa perlu mengeluarkan belanja untuk tiket penerbangan
serta penginapan kerana mereka boleh melihat perkahwinan anak mereka secara
langsung menggunakan skype, dan boleh berkongsi saat-saat gembira bersama
keluarga walau dimana jua anda berada. Sudah semestinya penjimatan seperti ini
sangat diperlukan oleh para pelajar mahupun pekerja kerana peningkatan taraf
hidup semakin mendesak dan dengan penjimatan ini mampu meredakan
kebimbangan mereka. Perkembangan teknologi perhubungan yang menggunakan
internet sebagai medium penggerak utama ternyata mampu membawa kebaikan
yang postif. Sesungguhnya, penggunan internet mampu membawa pengjimatan
kepada penggunanya.

Seterusnya, memudahkan urusan juga antara kebaikan penggunaan internet keatas


semua pihak. Jika dahulu, sering kali melihat ibu bapa kita ke bank untuk mebayar
bil-bil air, eletrik dan sebagainya, sekarang tidak lagi, dengan menggunakan internet
dan menggunakan khidmat perbankan melalui internet, anda boleh mengkakses
terus ke akaun bank anda dan boleh membuat pembayaran secara online, dengan
hanya berada di depan komputer, anda sudah mampu untuk menjelaskan segala
bayaran dan tidak lagi perlu bersusah payah beratur untuk mebayar bil –bil dan lain-
lain. Untuk bakal pelajar yang bakal bergelar pelajar universiti , sudah semestinya
mereka akan berpusu-pusu mengisi borang-borang biasiswa secara talian dengan
menggunakan aplikasi yang di bangunkan oleh kerajaan mahupun badan swasta,
untuk permohonan ke matirukulasi mahupun Institusi Pengajian Tinggi
Awam(IPTA) , memerlukan pelajar untuk memperlengkapkan butiran peribadi
mereka secara talian dan di hantar terus ke unit kemasukan pelajar, dan pada masa
yang sama, pekerja tidak perlu lagi mengasingkan surat-surat butiran peribadi yang
dahulunya dipos kepada Kementerian Pelajaran Tinggi. Malah, kebanyakan
maklumat mula disebarkan melalui laman sesawang sosial facebook sahaja tentang
pembatalan kuliah, jemputan ke majlis-majlis tertentu tanpa melalui surat-surat
jemputan lagi, malah ada yang menggunakan facebook untuk menjemput untuk
menghadiri majlis perkahwinan mereka tanpa perlu pergi rumah ke rumah untuk
menjemput datang ke majlis mereka. Pendek kata, kebanyakan urusan permohonan
kerja, semakan gaji mula menggunakan internet sebagai medium penyemakan dan
penyebaran maklumat tertentu berikutan bilangan penggunaan internet semakin
bertambah hari demi hari bak cendawan tumbuh selepas hujan. Para usahawan juga
dilihat semakin giat mempromosikan produk mereka di facebook yang dilihat mampu
memikat hati pelanggan global sama ada dalam Malaysia mahupun luar negara.
Dapat dirumuskan disini bahawa penggunaan internet mampu untuk memudahkan
banyak urusan.

Kebaikkan daripada program ini juga ialah sebagai medium untuk rakyat bersuara,
yakni melalui laman-laman sesawang sosial seperti facebook untuk bersuara melalui
saluran yang betul seperti laman sesawang Perdana Menteri ataupun menghantar
aduan kepada stesyen-stesyen televisyen untuk menyalurkan maklumat yang
berkaitan atau aduan tentang sesuatu masalah yang sedang berlaku dan
memerlukan pemantauan pihak berkuasa. Jika aduan atau cadangan yang
dilontarkan berasas, pihak-pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang
sewajarnya bagi menangani masalah yang sedang berlaku, cara ini mungkin akan
lebih berkesan kerana wakil-wakil rakyat mula menggunakan laman sesawang sosial
sebagai medium untuk mendekatkan diri dengan rakyat dan mendengar semua
keluhan dan aduan rakyat yang perlu diambil berat. Menggunakan laman sesawang
sosial pemimpin boleh berkongsi pendapat dan pelan tindakan yang yang
dirancangya serta boleh meminta pandangan rakyat sama ada sesuai untuk
diserapkan dalam pentadbiran masing-masing. Dengan ini, pemimpin tidak lagi
hanya boleh mendengar aduan rakyat jika turun untuk melakukan khidmat
masyarakat, tetapi mampu untuk mengetahui banyak masalah yang berlaku hanya
dengan melalui laman sesawang. Melalui internet juga, individu yang tidak
mempunyai keberanian untuk bersuara secara berdepan dengan pemimpin juga
mampu untuk tampil membuat cadangan atau kritikan secara lebih sihat tanpa
melalui demonstrasi jalanan yang dianjurkan pihak tertentu untuk tampil bersuara.
Namu kerjasama dari pihak pemimpin juga amat diperlukan untuk menjayakan lagi
pendekatan ini supaya mampu meberikan peluang kepada rakyat untuk membuat
penambahbaikan dalam sistem-sistem tertentu untuk memperkasakan lagi corak
pentadibiran negara dalam proses untuk menjadi negara maju menjelang tahun
2020. Justeru, terbukti internet mampu untuk menjadi medium untuk rakyat bersuara
demi kemajuan negara bangsa tercinta.

Bukan itu sahaja pemberian’notebook’ juga memberikan peluang kepada pelajar


serta ahli keluarga pelajar di pedalaman untuk melayari internet. ‘Notebook’ yang
diberikan juga mampu mengurangkan kos pembelanjaan dengan harga sebenar
‘notebook’ di pasaran mencecak RM1000.

Namun terdapat kekurangan terhadap program ini apabila murid-murid yang terlalu
diberikan pendedahan menggunakan internet tanpa pengawasan ibu bapa boleh
menyebabkan mereka melayari laman web yang tidak sepatutnya terjadi.
Kelemahan juga dapat dilihat apabila memberikan ‘notebook’ kepada murid-murid
dan mereka serta ibu bapa mereka yang tidak tahu menggunakan ‘notebook’ ini
akan menyebabkan program ini tidak dapat Berjaya seperti yang dirancangkan.
Bukan itu sahaja, kebanyakan minat murid-murid terutamanya sekolah rendah yang
lebih gemar bermain permainan computer menyebabkan mereka leka dan
menganggu masa mengulangkaji serta masa tidur mereka. Hal ini menyebabkan
murid tersebut pergi ke sekolah dalam keadaaan mengantuk. Kekurangan program
ini juga adalah apabila murid-murid bagi sekolah menengah lebih gemar mencari
kenalan yang bukannya untuk tujuan kebaikan bahkan sebaliknya. Jenayah-jenayah
internet dapat mempengaruhi di kalangan murid-murid ini bahkan ibu bapa mereka
juga jika tidak diberikan pendedahan apakah jenayah internet dan denda yang
dikenakan.

Masyarakat pedalaman yang kebiasaannya berlatar belakangkan sosioekonomi


seperti pembalak, mengutip sayuran dan mengutip herba. Pendapatan kasar mereka
dalam sebulan tidak menentu menyebabkan mereka sukar untuk melanggan
‘broadband’ serta membayar bil internet tiap-tiap bulan. “penduduk luar bandar dan
pedalaman, capaian jalur lebar masih menjadi masalah.  Ini disebabkan tiadanya
liputan dan infrastruktur yang bersesuaian. “ (petikan daripada ulasan berita : Jalur
Lebar diperolehi daripada http://www.rtm.gov.my/berita/index.php?
option=com_content&view=article&id=1511:ulasan-berita--jalur-
lebar&catid=44:2012-05-09-03-26-03 ). Hal ini menyebabkan kesukaran bagi
penduduk pendalaman bagi mengakses internet mereka bagi mencari apa-apa
maklumat yang benar.

Penambahbaikkan yang boleh dilakukan adalah dengan mengadakan


taklimat kepada penduduk pedalaman serta murid-murid mengenai bahayanya
jenayah siber. Selain itu, boleh diadakah taklimat serta kursus bagi ibu bapa untuk
mengetahui fungsi dan kegunaan internet serta ‘notebook’. Pendedahan ini mampu
memberikan pengetahuan kepada ibu bapa dan mereka akan dapat mengetahui jika
berlaku salah penggunaan internet oleh anak-anak mereka. Ibu bapa juga perlu
diberikan pendedahan dengan menyekat laman web yang tidak sepatutunya dilayari
oleh anak-anak mereka. Ibu bapa ini perlulah diberikan pendedahan awal oleh
mana-mana wakil daripada program ini. Pendedahan awal ini mampu memberikan
ilmu pengetahuan kepada ibu bapa mengenai teknologi. Hal ini membuatkan ibu
bapa dapat memantau kegiataan anak-anak serta dapat mengajar anak-anak
mengenai maklumat yang diperolehi daripada internet.

Aspek kesihatan juga dikaitkan dengan penggunaan internet. Seseorang


yang menggunakan komputer akan duduk di hadapan skrin komputer untuk tempoh
masa yang lama. Ini akan membawa masalah kesihatan seperti penyakit mata, sakit
tulang belakang dan sebagainya.

Infrastruktur juga perlulah dipertingkatkan bagipenduduk pedalaman dapat


mengakses internet dengan kelajuan yang diingini bukanlah kelajuan yang perlahan
yang menyebabkan mereka berasa bosan dengan penggunaan digital ini.
Mempertingkatkan infrastruktur jalur lebar bagi kawasan pedalaman perlulah
dititikberatkan. Liputan internet juga perlulah dipertingkatkan bagi kegunaan
penduduk pedalaman di Malaysia. Kos bagi harga ‘broadband’ perlulah kadarnya
diperendahkan bagi penduduk pedalaman mampu membayar bil internet mereka
setiap bulan. Walaupun kadar pembayaran diperendahkan kelajuan internet tersebut
masih lagi sama kelajuannya ataupun tinggi kelajuannya. Program ini bagi pendapat
saya adalah lebih banyak kebaikkan yang diperolehi jika murid-murid menggunakan
penggunaan onternet yang disediakan dengan sebaiknya.
2.2 PROGRAM BAGI
PENDUDUK PRIBUMI
(INDIGENOUS)
Sumber : http://www.teo-education.com/teo/?p=5336

Pengenalan Program Linus dalam Tahun Satu

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS


“BUNGAJAMBUL:BHA19471” dalam ruangan SMS dalam akhbar Berita Harian
bertarikh 25 Februari 2010 – ‘Pengenalan Program Linus dalam Tahun Satu hanya
akan menjadikan kurikulum tahun satu semakin bercelaru’.

Kementerian Pelajaran Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan


tuan tentang pelaksanaan program Literasi dan Numerasi (LINUS) Tahun Satu.
Program LINUS merupakan salah satu daripada National Key Result Area
(NKRA’s) Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui program ini, kementerian telah
menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran berupaya
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas mengikuti
pendidikan tiga tahun di peringkat rendah pada akhir tahun 2012.

Program ini dilaksanakan pada tahun 2010, melibatkan murid Tahun Satu di sekolah
rendah yang merupakan kohort pertama mengikuti program ini. Semua murid Tahun
Satu akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 pada awal tahun untuk menilai tahap
penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi mereka. Murid yang dikenal pasti
masih belum mencapai kemahiran asas literasi dan numerasi, akan diasingkan
daripada murid arus perdana (dalam kumpulan tidak melebihi 30 orang). Mereka
akan diajar insentif oleh guru LINUS (guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik
Tahap 1) serta dibantu oleh guru pemulihan khas LINUS dan dilaksanakan dalam
waktu Bahasa Malaysia dan waktu Matematik mengikut peruntukan waktu sedia
ada. Murid yang berjaya dipulihkan melalui program ini, akan meneruskan
pembelajaran di aliran perdana.

Pihak Kementerian Pelajaran telah merancang beberapa strategi untuk memastikan


program LINUS ini dilaksanakan dengan baik dan tidak membebankan pihak
sekolah. Antaranya memberi latihan khusus kepada guru LINUS dalam teknik
pemulihan dan bimbingan untuk membantu murid yang mempunyai masalah literasi
dan numerasi, menyediakan modul pengajaran dan pembelajaran asas literasi dan
numerasi yang sesuai dengan tahap kebolehan murid, penambahan guru pemulihan
khas, melaksanakan program kesedaran tentang pentingnya asas membaca,
menulis dan mengira dalam kalangan warga sekolah dan komuniti, menjalankan
pemantauan, penyeliaan dan penilaian serta menempatkan fasilitator LINUS di
setiap Pejabat Pelajaran Daerah untuk membantu guru bagi memastikan program ini
berkesan dan mencapai matlamatnya.

Diharap penjelasan dan penerangan ini boleh mengatasi keraguan tuan tentang
pelaksanaan program ini.

Unit Komunikasi Korporat

Kementerian Pelajaran Malaysi


2.2.1 RUMUSAN
MENGENAI
PROGRAM BAGI
PENDUDUK
PRIBUMI
Program LINUS yang dijalankan disekolah MEMASUKI tahun kedua
pelaksanaannya, Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang diperkenalkan
Kementerian Pelajaran (KPM) bagi meningkatkan kadar kemahiran membaca dan
mengira di kalangan murid tahap satu di sekolah rendah, menampakkan impak yang
memberangsangkan. 

Berdasarkan dua saringan yang dijalankan iaitu pada Mac dan Jun lalu, murid Tahun
2 melepasi sasaran 95 peratus yang ditetapkan dengan kadar literasi mencatatkan
95 peratus, manakala numerasi berada pada kadar 97 peratus. 

Murid Tahun 1 juga menunjukkan prestasi membanggakan dengan mencapai 83


peratus untuk literasi dan 90 peratus untuk numerasi. 

LINUS adalah program yang dirangka sebagai sebahagian daripada Bidang


Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan dalam Program Transformasi
Kerajaan (GTP) bagi menyediakan asas kukuh kemahiran literasi dan numerasi bagi
kanak-kanak di negara ini untuk tempoh tiga tahun pertama pendidikan rendah. 

Literasi adalah kebolehan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat


tunggal dan ayat majmuk mudah (dengan menggunakan kata hubung dan) serta
mengaplikasikan pengetahuan berkenaan dalam pembelajaran serta komunikasi
harian. 

Numerasi pula adalah apa yang dikatakan sebagai kebolehan melakukan operasi
asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan
pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian. 

Melalui program ini, setiap murid menjalani proses saringan tiga kali setahun bagi
mengenal pasti mereka yang menghadapi masalah membaca, menulis dan asas
pengiraan yang kemudian diletakkan di dalam kelas pemulihan khas untuk
meningkatkan prestasi mereka sementara yang mempunyai masalah pembelajaran
akan mengikuti program Pendidikan Khas. 
Untuk itu, kerajaan melatih 15,500 guru LINUS untuk mengajar di kelas pemulihan
khas, manakala FasiLINUS (fasilitator yang memberikan sokongan profesional)
ditugaskan di semua sekolah untuk memantau, membantu dan memberi sokongan
kepada guru LINUS. 

Objektif utama pengenalan program LINUS adalah untuk mengenal pasti pelajar
yang menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran berkenaan pada peringkat
awal dan memulihkan mereka sebelum tertinggal lebih jauh berbanding rakan
sebaya. 

Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) LINUS berhasrat memastikan semua murid


menguasai kemahiran literasi dan numerasi apabila memasuki Tahun 3. Untuk tahun
2010 sasaran KPM adalah pencapaian sebanyak 90 peratus untuk murid Tahun 1
(kohort 1), 95 peratus pada tahun 2011 dan 100 peratus untuk murid-murid kohort 1
ini yang akan memasuki Tahun 3 pada 2012. 

Bagi murid kohort 1 ini yang membabitkan kira-kira 450,000 di seluruh negara,
mereka menghadapi saringan tiga kali dan pada September 2010, sebanyak
380,440 atau 85 peratus lulus saringan asas literasi manakala 407,094 murid atau
91 peratus lulus saringan asas numerasi. 

Proses saringan membabitkan dua bahagian iaitu lisan yang dijalankan secara
individu antara guru dan murid manakala ujian bertulis dijalankan secara serentak.
Saringan literasi dan numerasi juga dijalankan secara berasingan membabitkan guru
Bahasa Malaysia dan Matematik. 

Pada tahun 2010, saringan dijalankan untuk semua murid kohort 1 dan tahun ini
diadakan untuk murid Tahun 1 (kohort 2) dan Tahun 2 (kohort 1). Program ini
memberikan impak kepada murid dengan murid-murid dapat menguasai kemahiran
membaca,menulis, dan mengira pada tahap 1. Hal ini berbeza dengan program
KIA2M yang hanya menekankan kepada murid tahun 1. Program ini yang
menyediakan ujian saringan dapat menunjukkan peningkatan murid dari satu tahap
ke tahap yang lain mengikut modul yang telah ditetapkan.

Namun program ini terdapat kelemahan kerana program ini memerlukan guru benar-
benar focus terhadap sifar 0 membaca, menulis dan mengira apabila murid-murid
memasuki tahap 2. Permasalahan yang terjadi apabila tugas guru yang hanya bukan
sahaja terhadap pengajaran dan pembelajaran namun masalah pentadbiran juga
diberikan kepada guru

. Hal ini menyebabkan guru tidak mampu memberikan focus terhadap pengajaran
untuk mendidik murid-murid supaya dapat menbaca, menulis dan mengira. Guru-
guru yang sibuk dengan hal pentadbiran, hal fail-fail murid, kursus memberikan
gangguan terhadapa kelancaran program ini.

Program ini juga kurang dapat dilaksanakan di kawasa keluarga yang


sosioekonominya seperti nelayan, pesawah kerana murid-murid hadir ke sekolah
dengan cara yang tidak konsisten. Malahan sebahagian ibu bapa yang buta huruf
tidak mampu member tunjuk ajar kepada anak-anak mereka. Hal ini juga
membantutkan program ini. Masyarakat indigeous yang berpendapatan kuran dari
RM1500 ke bawah juga sibuk dengan kerja mencari wang sehingga kurang
memberikan tumpuan kepada perkembangan anak-anak mereka.

Penambahbaikkan bagi program ini adalah ibu bapa bagi masyarakat indigeous
perlu diberikan taklimat mengenai apakah itu LINUS dan bagaimanakan program ini
dijalankan. Bukan itu sahaja, kerajaan juga perlulah memberikan guru pembantu
paling tidaknya seorang pembantu guru menwakili dua orang guru bagi membantu
guru menguruskan hal-hal fail-fail murid, serta urusan pentadbiran.

Guru juga perlulah diberikan elaun tambahan apabila guru melakukan aktiviti-aktivit
seperti melatih murid-murid pada sebelah petang serta menguruskan hal-hal
melibatkan pentadbiran. Hal ini bukan sahaja memberikan motivasi kepada guru
malahan guru juga tidak akan terasa terlalu terbeban dengan urusan-urusan
pentadbiran.

Program ini juga akan bertambah baik jika ibu bapa masyarakat ini berkerjasama
dengan guru dengan melakukan borang semakan. Borang semakan ini diberikan
kepada ibu bapa dan ibu bapa perlulah menyemak tugasan anak-anak mereka
secara berkala. Murid-murid juga akan dikenakan denda berupa wang ringgit jika
tidak hadir ke sekolah tanpa alas an yang kukuh.
3.0 REFLEKSI

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan Budaya dan Pembelajaran. Jutaan
terima kasih diucapkan kepada pensyarah saya atas bimbingan dan tunjuk ajar yang
diberikan. Ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya kerana memberikan
bantuan mengenai pemahaman melakukan tugasan ini.

Tugasan ini mengukuhkan pengetahuan saya mengenai ketidaksamarataan


pendidikan dikalangan masyarakat orang asli, penduduk peribumi dan masyarakat
pedalaman. Tugasan ini dapat melatih kemahiran kreatif dan kritis saya. Hal ini
disebabkan saya perlunya meliti program yang telah dijalankan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia bagi sesuatu masyarakat. Saya perlu menelaah banyak
maklumat untuk mendapatkan keesahan mengenai program yang benar-benar
dijalankan bagi sesuatu masyarakat. Terdapat banyak program yang telah
dijalankan, namun saya memilih satu-satu program yang lebih menampakkan
keberkesanan program tersebut.

Namun saya juga menghadapi masalah dalam menyiapkan tugasan ini


kerana untuk meneliti maklumat mengenai program yang dijalankan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia bagi satu-satu masyarakat adalah bukan mudah.
Hal ini disebabkan, maklumat-maklumat yang diperolehi secara umum bagi program
semua mayarakat iaitu orang asli, penduduk indigenous dan masyarakat
pedalaman. Saya juga menghadapi masalah apabila kebanyakan masa saya
diperlukan di sekolah bagi aktiviti-aktivi kurikulum dan kokurikulum melambatkan
proses dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

Selain itu, antara kekangan yang terpaksa saya hadapi ialah saya terpaksa
menyelesaikan banyak kerja kursus dan aktiviti yang bertembung pada suatu masa
sehingga melemahkan semangat saya.Sebagai contoh selain saya terpaksa
menyelesaikan tugasan-tugasan yang diberi, saya juga mempunyai beberapa
tanggungjawab di IPG KKB ini dalam satu-satu masa.Namun, sebagai bakal
seorang pendidik saya telah melihatnya sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi
dan berfikiran positif untuk menanganinya.

Bagaimanapun berkat tunjuk ajar pensyarah saya dalam membantu


menjelaskan segala kemusykilan dan masalah yang tidak difahami sedikit sebanyak
memudahkan lagi saya untuk bertindak dalam menjayakan kerja kursus ini dengan
jayanya.

Akhirnya saya berjaya juga menyiapkan tugasan ini pada tempoh yang
ditetapkan sebelum menghantar tugasan ini pada tarikh yang telah
ditetapkan.Pelbagai faedah serta pengalaman yang saya perolehi semasa menjalani
tugasan ini yang mana segala ilmu yang saya pelajari telah dapat saya praktikkan
semasa menyiapkan tugasan ini.Ini merupakan sebagai satu pendedahan awal
kepada diri saya agar lebih bersedia untuk menjadi seorang guru yang hebat satu
hari nanti. Harapan saya semoga pensyarah saya dapat menerima hasil tugasan
yang saya berikan ini dengan sebaiknya.

Sekian, terima kasih.


4.0 BIBLIOGRAFI
Buku:

1. Noriati A. Rashid, Boon Poon Ying, Sharifah Fakriah Syed Ahmad, Zuraidah
A. Majid, (2011). Budaya dan Pembelajaran. Selangor : Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

2. Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subkhi bin Miskon (2010), Budaya
dan Pembelajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Internet :

1. _____________________ @ http://www.moe.gov.my/?id=168&aid=731
dilayari pada 10 Mac 2013.

2. ____________________ (2010) http://www.kpkk.gov.my/index.php?


option=com_content&view=article&id=2148%3Autusan-malaysia-28-oktober-
2010-jalur-lebar-lepasi-sasaran-50-peratus-&catid=131%3Autusan-
malaysia&Itemid=145&lang=bm dilayari pada 10 Mac 2010.

3. ____________________ (2012) http://www.rtm.gov.my/berita/index.php?


option=com_content&view=article&id=1511:ulasan-berita--jalur-
lebar&catid=44:2012-05-09-03-26-03 dilayari pada 11 Mac 2013.

4. ____________________ (2010) http://sktuaridtaud.forumotion.com/t215-


program-linus dilayari pada 12 Mac2013.

5. _____________________ (2011) http://www.slideshare.net/sifatpgsr/topik-4-


ketidaksamaan-pdd-4 dilayari pada 13 Mac 2013.
Sumber : http://jabatanmatematikipgkbm.blogspot.com/2011/01/apa-itu-linus.html

Apa Itu LINUS ?

LATAR BELAKANG

1. Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin telah
membentangkan Bidang Keberhasilan Utama [National Key Result Areas
(NKRA’s)] Kementerian Pelajaran Malaysia pada bulan Ogos 2009.

2. Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia


(KPM) telah diamanahkan untuk mengawas, melaksana danmenyelaras Ministry
Key Performance Indicator(NKPI) 3.2 KPM iaitu semua murid yang tiada masalah
pembelajaran berupaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira
selepas mengikuti pendidikan tiga tahun di peringkat rendah pada akhir tahun 2012.

3. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pula dipertanggungjawabkan untuk


menerajui projek ini dengan kerjasama semua bahagian dalam KPM. Sehubungan
dengan itu, satu program alternatif telah dirangka untuk murid Tahun 1, 2 dan 3
(Tahap I) yang belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Projek ini
dinamai Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang merupakan penambahbaikan
daripada program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid
Tahun 1 yang dilaksanakan mulai tahun 2006.

4. Murid berkeperluan khas yang meliputi murid bermasalah pembelajaran, masalah


pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, masalah kepelbagaian
deria, masalah fizikal, dan terencat akal, kurikulum yang khusus telah dibina.

RASIONAL

5. Asas literasi dan numerasi merupakan kemahiran yang diperlukan bagi


membolehkan murid berkomunikasi dan berinteraksi dalam kehidupan seharian
serta untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

6. Data KIA2M pada tahun 2008 menunjukkan sebanyak 54,000 murid Tahun 1


belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (literasi). Data PROTIM
tahun 2008 pula menunjukkan sebanyak 48,233 murid Tahun 4 belum menguasai
kemahiran asas membaca dan menulis (literasi) sementara sebanyak 117,000 murid
Tahun 4 belum menguasai kemahiran asas mengira (numerasi).

7. Data Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM


menunjukkan kadar keciciran murid sekolah rendah dan sekolah menengah
di Malaysia pada tahun 2008 adalah sebanyak 31,939.

8. KPM berpendapat satu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan untuk


mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi
perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan
berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan
kerjaya.

DEFINISI KONSEP

9. Definisi LINUS: LINUS ialah akronim bagi “Literacy and Numeracy


Screening”. LINUS merupakan program intervensi yang dirangka untuk
membolehkan murid memperoleh asas literasi (bahasa Malaysia) danasas numerasi
semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang belum menguasai
kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

10. Definisi Literasi: Definisi literasi adalah “keupayaan untuk membaca, menulis dan


memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk(dengan menggunakan kata
hubung), mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta
komunikasi harian.

MATLAMAT

11. Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap Isekolah


rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun
2012 kecuali murid berkeperluan khas.

OBJEKTIF

12. Objektif Program Literasi

Pada akhir Program Literasi murid berupaya:


i. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;

ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup; dan

iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang
mudah dengan menggunakan kata hubung ‘dan’.

13. Objektif Program Numerasi:

Pada akhir Program Numerasi murid berupaya:

i. Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 1000;

ii. membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000


bermula daripada sebarang nombor;

iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi; dan;

iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan


waktu, ukuran dan sukatan.

KUMPULAN SASARAN

14. Kumpulan sasaran ialah murid Tahap I yang berkeupayaan untuk menguasai


asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang mengikuti
pendidikan di Sekolah Kebangsaan (Program Pendidikan Khas Integrasi; Masalah
Pembelajaran, Masalah Pendengaran dan Masalah Penglihatan) dan Sekolah
Rendah Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran),
Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM LINUS

15. Makmal NKRA bagi program LINUS telah mengemukakan enam strategi utama
LINUS iaitu:

i. melaksanakan saringan terhadap murid pada tahun 1, 2 dan 3;

ii. melaksanakan fokus intervensi bagi menyediakan program pemulihan dan


komprehensif;

iii. meningkatkan kemahiran pedagogi guru;


iv. melaksanakan program kesedaran tentang pentingnya asas membaca, menulis
dan mengira dalam kalangan warga sekolah dan komuniti;

v. menjalankan pemantauan, penyeliaan dan penilaian; dan

vi. mewujudkan jawatan fasiLINUS di Pejabat Pelajaran Daerah untuk membantu


guru memastikan murid berupaya membaca, menulis dan mengira.

16. Murid yang telah dikenal pasti masih belum menguasai kemahiran asas literasi
dan numerasi akan diajar secara intensif oleh guru LINUS dan guru pemulihan khas
LINUS. Murid yang mengikuti program ini akan menduduki Saringan 2 pada bulan
Jun dan Saringan 3 pada bulanSeptember (jika perlu).

17. Pemilihan Guru LINUS: Guru yang menjalankan program ini terdiri daripada guru
Bahasa Malaysia dan guru Matematik Tahap I dan dibantu oleh Guru Pemulihan
Khas.

18. Guru pemulihan khas ditempatkan di sekolah mengikut nisbah murid LINUS


tegar. Nisbah guru-murid bagi program ini adalah 1:15 supaya tumpuan sepenuhnya
dapat diberikan kepada murid berkenaan. Dicadangkan satu jam setiap hari guru
pemulihan memberi tumpuan kepada 4 atau 5 orang murid sahaja untuk literasi dan
satu jam lagi untuk numerasi.

19. Guru sedia ada (guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik) yang
melaksanakan program ini perlu diberi latihan khusus dalam teknik pemulihan dan
bimbingan untuk menangani murid yang mempunyai masalah literasi dan numerasi.

20. Jadual Waktu: Program LINUS dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan


waktu Matematik mengikut peruntukan waktu yang sedia ada. Sebanyak 360 minit
seminggu diperuntukan bagi Bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan dan 270 minit
seminggu di Sekolah Jenis Kebangsaan, manakala 210 minit seminggu bagi
Matematik.

21. Pihak sekolah boleh menggunakan budi bicara untuk menjalankan program ini
mengikut kesesuaian waktu dan kemudahan sekolah.Namun, pihak sekolah
hendaklah memastikan perlaksanaan program ini berkesan dan mencapai
matlamatnya.
22. Kemudahan ICT: Kemudahan ICT yang terdiri daripada komputer dan LCD yang
sedia ada di sekolah perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.

PEMANTAUAN DAN PENYELIAAN

23. Pemantauan dan penyeliaan dilaksanakan di sekolah terpilih iaitu 8 peratus


daripada jumlah keseluruhan sekolah rendah. Pegawai yang terlibat terdiri daripada
pegawai Bahagian KPM, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan pegawai
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Pemantauan ini akan diterajui oleh Jemaah Nazir
dan Jaminan Kualiti (JNJK).

24. Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Akademik di setiap sekolah perlu
menyelia Program LINUS dari semasa ke semasa.

25. Satu mekanisme sistem pelaporan untuk memantau kemajuan murid LINUS


diadakan. Status penguasaan murid perlu dilaporkan menggunakan sistem yang
dibangunkan oleh KPM setiap kali saringan dilaksanakan.

KANDUNGAN PROGRAM

26. Program LINUS menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalammenentukan


skop kandungan pengajaran dan pembelajaran.

27. Kandungan skop kurikulum literasi bermula dengan pengenalan abjad, suku


kata, perkataan, frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah seperti dalam
Lampiran 1.

28. Kandungan skop kurikulum numerasi merangkumi aspek nombor bermula dari


sifar hingga angka 1000, yang melibatkan operasi asas tambah, tolak, darab dan
bahagi, di samping mengaplikasikannya dalam pengiraan pengukuran seperti dalam
Lampiran 2.

BAHAN DAN INSTRUMEN LITERASI DAN NUMERASI

29. Murid yang mengikuti Program LINUS menggunakan modulpengajaran dan


pembelajaran asas literasi dan numerasi yang sesuai dengan tahap keupayaan
murid bagi memastikan kejayaan program ini.
30. Guru digalakkan menyedia dan menggunakan bahan pengajaran dan
pembelajaran mengikut kesesuaian murid dan kreativiti.

31. Instrumen saringan dibina dan diguna pakai untuk menentukan sama ada murid
telah menguasai asas literasi dan numerasi. Pembinaaan instrumen saringan
disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

PELAPORAN

32. Pengumpulan data saringan dan analisis data dikendalikan oleh Bahagian


Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) sementara laporan pemantauan disediakan
oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).

PERJAWATAN

33. Jawatan fasiLINUS diwujudkan di PPD untuk membantu guru dalam pengajaran


dan pembelajaran Program LINUS di sekolah.

34. Jawatan Guru Pemulihan Khas akan ditambah di sekolah bagi melaksanakan


Program LINUS.

PENUTUP

35. Program ini menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysiauntuk


mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid yang berkeupayaan
kecuali murid berkeperluan khas pada peringkat awal persekolahan. Komitmen
semua pihak adalah diharap untuk memastikan program ini berjaya selaras dengan
sasaran NKRA.

You might also like