Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TUGASAN 1 : PENULISAN AKADEMIK

Program Pendidikan Inklusif (PPI) merupakan sebuah program pendidikan yang telah
diwujudkan bagi Murid Bekeperluan Khas (MBK) seperti masalah pendengaran, penglihatan,
masalah tahap kebolehtuturan, keterencatan akan serta fizikal. Menurut Norliah Mohd. Amin
dan Mohd Hanafi Mohd Yasin (2016), PPI merupakan sebuah program yang dirangka untuk
ditawarkan kepada MBK supaya mereka mendapat peluang yang sama untuk belajar
bersama-sama rakan yang tipikal didalam sebuah bilik darjah yang sama dan sekolah yang
sama untuk membolehkan mereka menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan
yang normal tanpa mengira kaum, latar belakang, status ekonomi serta tahap keupayaan.

Matlamat utama penubuhan PPI ini ialah bertujuan untuk meningkatkan penyertaan
dan memberikan peluang kepada MBK untuk mengikuti program akademik dan bukan
akademik bersama-sama murid di arus perdana tanpa mengambil kira perbezaan individu
masing-masing. Menurut Murnie Bte Hassan (2013) PPI ini diwujudkan atas tujuan untuk
mewujudkan hubungan kemanusiaan diantara ahli masyarakat. Hal ini adalah untuk
memastikan supaya MBK tidak merasa tersisih dan mempunyai tempat dalam kouniti
masyarakat.

Dalam dasar kebangsaan, menerusi akta yang telah diwartakan iaitu Akta 685 di
bawah seksyen 28(1), kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem
pendidikan atas alasan ketidakupayaan. Dasar di peringkat antarabangsa dapat dilihat
melalui pernyataan Salamanca (1994) dimana telah disarankan agar peruntukan kewangan
diberikan dalam sistem pendidikan agar sistem pendidikan dapat diperbaiki bagi
membolehkan kanak-kanak bekeperluan khas diserap dalam sistem pendidikan tanpa
mengira perbezaan individu dan masalah ketidakupayaan mereka (Lee Keok Cheong et.al,
2018).

Pelaksanaan PPI ini perlu dilaksanakan dengan sistematik supaya MBK mendapat
hak yang sama seperti murid normal dalam sistem pendidikan. Semua pihak memainkan
peranan masing-masing dalam memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan baik.
Guru besar merupakan individu yang penting dalam menggalas tanggungjawab untuk
mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif kepada MBK seerti tidak memberikan
tekanan kepada guru inklusif serta membantu dalam penambahbaikan PPI seperti
melaksanakan pemantauan secara berkala terhadap guru pendidikan inklusif dalam bilik
darjah melalui proses penilaian yang berbentuk interaksiseperti sesi soal jawab. Selain itu,
pihak pentadbir lain juga turut menggalas tanggungjawab yang penting untuk merancang
dan menyelaraskan segala keperluan bahan bantu belajar dan kebajikan MBK. Sebagai
contoh, pihak pentadbir perlu memastikan keperluan asas seperti kerusi dan meja
mencukupi dan bersesuain dengan murid yang bekeperluan khas tersebut. seterusnya ialah
peranan guru arus perdana iaitu guru mata pelajaran, guru resos dan guru pendidikan khas
perlu membina hubungan kerjasama antara satu sama lain. Hal ini adalah untuk membantu
guru inklusif dalam menigkatkan mutu proses pengajaran dan pemudahcaraan melalui sesi
kolaborasi dan perbincangan antara satu sama lain. Seterusya ialah peranan murid arus
perdana dan ibu bapa perlulah memberikan sokongan kepada pihak sekolah dengan
menunjukkan penerimaan yang baik terhadap MBK tanpa sebarang persepsi negatif bagi
memastikan mereka rasa lebih selesa.

You might also like