Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 16

HBLS 2203

REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK HANISAH BINTI ABD.RAZAK


710608-10-5684

BUKU IDEA : ROSTRUM PINTAR.

Penyataan masalah:
Rostrum merupakan satu platform yang digunakan ketika seseorang memberi ucapan
dalam dewan. Biasanya rostrum terletak dalam dewan sekolah atau tempat membuat uca[pan.
Kebanyakkan rostrum yang digunakan adalah berbentuk tetap, berat dan sukar dialahkan.
Kadangkala rostrum yang ada di dalam dewan tidak direka bentuk mengikut ketinggian
seseorang.

Penyelesaian masalah:
Merekacipta sebuah rostrum yang mudah alih, mudah untuk disimpan, penggunaan
barang yang sesuai, tingginya boleh dilaraskan mengikut ketinggian orang yang
menggunakannya dan mempunyai ruang untuk menyimpan barangan.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


1
HBLS 2203
REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK HANISAH BINTI ABD.RAZAK
710608-10-5684

RASIONAL.
Lakaran yang terpilih adalah kerana telah menyelesaikan masalah yang dihadapi
semasa proses mengenalpasti masalah. Lakaran ini juga telah dimasukkan elemen-elemen
estatika dan eurodinamik supaya kelihatan lebih elegen. Untuk memudahkan pergerakan
rotrum ini telah diletakkan empat roda dibahagian bawah tapak. Roda-roda ini boleh dikunci
apabila tiba ditempat yang dikehendaki.
Salah satu punca masalah penyimpanan rostrum adalah kerana ianya tinggi dan besar.
Rostrum ini tidak terlalu besar dan ketinggian tidak lagi menjadi masalah kerana
ketingiannnya boleh direndahkan kepada separuh ketinggian maksima rostrum ini.
Bahan utama yang digunakan untuk membuat rostrum ini adalah besi, zink dan
plastik. Besi digunakan untuk membuat kerangka bahagian tiang dan tapak rostrum. Zink pula
digunakan untuk membuat kulit badan bahagian tiang dan tapak. Plastik pula digunakan untuk
membuat bahagian atas rostrum iaitu tempat letak bahan bacaan semasa berucap. Bahagian
laci pada bahagian atas juga diperbuat dari pada plastik. Ini adalah supaya bahagian atas lebih
ringan dari bahagian bawah dan secara langsung dapat meninggikan lagi tahap kestabilan.
Ketinggian rostrum ini boleh dilaraskan bagi memenuhi kehendak penceramah yang
berbeza ketinggian. Rostrum ini dibina dengan tiang berupaya ditinggikan dan direndahkan
dengan sistem mekanikal. Tiang rostrum disediakan dalam dua saiz iaitu bahagian bawah
lebih besar dari bahagian atas. Dan bahagian atas masuk di dalam bahagian bawah. Untuk
membolehkan tiang bahagian atas yang berada di dalam dinaikkan, satu jek mekanikal yang
menggunakan sistem skru di letakkan di dalam kotak tiang bawah dan di ikat pada tapak
kotak tiang atas. Jek ini menggunakan kuasa motor untuk mengerakkannya keatas dan
kebawah. Motor ini pula dikawal oleh alat kawalan jauh yang dikawal oleh juruteknik yang
bertugas.
Di bahagian bawah tempat letak teks ucapan telah disediakan satu laci untuk
menyimpan barangan.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


2
HBLS 2203
REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK HANISAH BINTI ABD.RAZAK
710608-10-5684

PROSES MEMBINA ROSTRUM.


Membina kerangka. Batang besi di ukur mengikut saiz kerangka rostrum dan
dipotong. Seterusnya batang besi dipateri membentuk kerangka rostrum.
Membina tapak rostrum. Bahagian kerangka tapak ditutup dengan zink dan dicantum
dengan mengunakan paku rebet.
Mencantum Bahagian tapak dan kerangka tiang bawah. Bahagian tiang bawah
dicantumkan dengan menggunakan pateri. Sistem jek dipasang didalam tiang bawah. Tapak
jek diikat dengan skru pada tapak rostrum. Tapak atas jek pula di ikat pada tapak kerangka
tiang atas. Bateri 12Volt dipasang dan diletakkan di dalam tapak. Sistem pergerakan diuji
untuk kelancaran pergerakan. Jika tiada masalah dinding tiang ditutup dengan zink.
Membina bahagian atas. Bahagian atas dibina dengan menggunakan plastik. Bahagian
ini agak eurodinamik iaitu melengkung. Jadi kepingan plastik melengkung haruslah ditempah
dari kilang. Tapaknya juga turut ditempah siap. Seterusnya ialah mencantum kepingan plastik
menjadi bahagian atas seperti dalam lakaran. Glu silikon digunakan untuk mencantum
kepingan plastik.
Mencantum bahagian atas dan tiang. Bahagian atas dan tiang dicantum dengan
menggunakan skru dan glu silikon.
Mengecat. Setelah kerja pemasangan siap. Maka rostrum dicat dengan menggunakan
cat sembur dibahagian tiang dan tapak. Bahagian plastik dibiarkan dengan keadaan jernih
asalnya.
Memasang roda. Seterusnya adalah kerja pemasangan empat biji roda dibahagian
tapak rostrum. Roda dipasang dengan menggunakan skru sebagai pengikat. Roda ini boleh
dikunci supaya tidak bergerak.
Menguji sistem. Setelah semuanya selesai maka pengujian penuh sistem dijalankan.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


3
HBLS 2203
REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK HANISAH BINTI ABD.RAZAK
710608-10-5684

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN .


1. Batang Besi Empat Segi 2x2.
2. Zink
3. Plastik
4. Jek Kereta
5. Motor 12volt
6. Alat Kawalan Jauh (Pemancar Dan Penerima)
7. Bateri 12volt
8. Skru
9. Paku Rebet
10. Gli Silikon
11. Cat Sembur

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


4
HBLS 2203
REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK HANISAH BINTI ABD.RAZAK
710608-10-5684

ALATAN YANG DIPERLUKAN.


1. Pemotong Besi
2. Alat Pemateri
3. Alat Rebet
4. Pemutar Skru
5. Pena Ujian
6. Gergaji Besi.
7. Kikir Besi
8. Sesiku L
9. Pembaris Besi
10. Pita Ukur

Soalan 1
1.0 PENGENALAN

Rekacipta adalah penghasilan produk baru atau pengubahsuaian produk yang mempunyai
nilai komersial dan memenuhi keperluan serta kehendak pengguna. Keperluan manusia
semakin berubah , reka cipta menjadi semakin penting untuk memenuhi permintaan pengguna
yang semakin kompleks. Dalam kehidupan, pengguna sering menghadapi masalah
penggunaan suatu alat / barang sama ada di sekolah atau rumah. Oleh itu, kita sentiasa
mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini dan salah satu cara ialah melalui reka cipta.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


5
HBLS 2203
REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK HANISAH BINTI ABD.RAZAK
710608-10-5684

Tugasan ini telah meminta saya merekaciptakan satu alat/barang yang boleh membantu
menyelesaikan suatu masalah yang sering anda /masyarakat hadapi di mana-mana contohnya
di rumah, sekolah dan lain-lain.
Reka cipta saya dinamakan “BERUS BERSPRAY” merangkumi proses-proses berikut:
PROSES MEREKA CIPTA
I . PENGENALPASTIAN MASALAH
Penyataan masalah
a)Masalah
Walaupun terdapatnya mesin basuh, penggunaan berus kain masih perlu untuk memberus
kotoran degil, kasut dan sebagainya. Pengguna perlu memegang sabun berbuku sambil
memberus kain. Semasa memberus, kadangkali sabun berbuku pula mengalir bersama air
sehingga menyebabkan pengguna perlu tercari-cari sabun berbuku tadi. Ini boleh
melambatkan kerja. Selain dari itu, terdapat pengguna yang gemar menggunakan cecair
pencuci tetapi menuang dengan kadar tidak sesuai kepada bahan yang hendak dicuci. Ini
mengakibatkan pembaziran.
b)Penyataan masalah
1) Sabun berbuku terpaksa bergilir dipegang bersama berus kain.
2) Kadangkala tercari-cari sabun yang mengalir bersama air.
3) Menuang cecair pencuci berlebihan untuk cucian tangan.

c)Penyelesaian Masalah
1) Mencipta sebuah berus kain yang boleh mengalirkan cecair pencuci dengan kadar
yang tepat.
2) Menyelesaikan masalah sabun berbuku yang terpaksa bergilir dipegang yang
melambatkan kerja mencuci.
Mengumpul Maklumat dan Data
Selepas mengenal pasti alternetif yang dapat menyelesaikan masalah, saya mengumpul
maklumat dan dat yang berkaitan dengan barangan yang akan dihasilkan. Pengumpulan data
dibuat melalui:

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


6
HBLS 2203
REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK HANISAH BINTI ABD.RAZAK
710608-10-5684

a) Pengalaman sendiri
Saya membuat kajian dan perbandingan produk di pasaran bagi mendapat maklumat lanjut
tentang reka bentuk , kemasan, dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan projek.
Saya telah membuat kajian tersebut di Tesco , Taiping pada 18 Oktober 2009.

b) Pemerhatian
Saya juga telah membuat pemerhatian tentang penggunaan berus kain dan berfikir cara
untuk membaiki produk tersebut untuk memudahkan tugas memberus kain.
c) Melayari internet
Saya telah melayari internet dan mendapat beberapa maklumat tambahan. Antaranya di
www.tradeindia.com , http://www.spraynozzle.com.au/an.html dan sebagainya
d) Bimbingan tutor
Saya telah pun berbual dengan tutor untuk mendapatkan khidmat nasihat. Saya telah
membuat panggil telefon antaranya pada 17 Oktober 2009 untuk mendapatkan maklumat
tentang idea dan maklumat. Selain dari itu, saya juga berbincang dengan tutor semasa
kelas tutorial.

Menyenaraikan Pelbagai Idea Penyelesaian Masalah


Saya telah melakar beberapa lakaran bebas sebagai idea penyelesaian masalah yang dihadapi.
Berikut disenarai beberapa lakaran tersebut:

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


7
HBLS 2203
REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK HANISAH BINTI ABD.RAZAK
710608-10-5684

Lakaran 1 Lakaran 2

Lakaran 3 Lakaran 4

Lakaran 5

II. PEMILIHAN IDEA


Setelah pelbagai lakaran idea dibuat, akhirnya idea “BERUS BERSPRAY” yang dipilih .
Lakarannya adalah seperti berikut:

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


8
HBLS 2203
REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK HANISAH BINTI ABD.RAZAK
710608-10-5684

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


9
HBLS 2203
REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK HANISAH BINTI ABD.RAZAK
710608-10-5684

III. PEREKAAN PROJEK


Berikut disediakan lakaran selengkapnya

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


10
HBLS 2203
REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK HANISAH BINTI ABD.RAZAK
710608-10-5684

Lukisan Ortografik

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


11
HBLS 2203
REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK HANISAH BINTI ABD.RAZAK
710608-10-5684

Lukisan isometrik

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


12
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBLS 2203

IV. PEMILIHAN REKA BENTUK


Pemilihan idea tersebut dibuat dengan mengambil kira faktor-faktor berikut:
a) keupayaan sendiri
Projek ini agak ringkas memandangkan tempoh yang diperuntukkan untuk menyediakan projek
hanya kurang 2 bulan. Selain dari itu , projek ini juga sesuai dengan kemampuan dan keupayaan
yang ada pada saya.
b) keistimewaan produk
Produk ini menggunakan fungsi “spray” untuk menyembur cecair pencuci mengikut kadar
yang dikehendaki oleh pengguna dengan tepat. Ini dapat mengelakkan pembaziran. Selain dari
itu, lantai untuk ruang pengisian cecair pencuci juga sengaja direka berbentuk condong untuk
memudahkan cecair tersebut masuk ke dalam salur keluar pencuci.
c) bahan dan komponen yang mudah didapati
Berus yang diperbuat daripada plastik ini amat mudah dihasilkan. Menurut Lynch (1966) ,
acuan plastik lebih mudah dibentuk dan boleh terus digunakan. Bahan yang diperbuat daripada
plastik ringan dan ini memudahkan kerja memberus.
d) Menyelesaikan masalah
Dengan perekaan projek tersebut, mudahlah kini saya untuk memberus kasut atau kotoron degil
yang ada pada baju. Selain dari itu, berus tersebut juga boleh digunakan untuk mencuci lantai
dan lain-lain kegunaan yang sesuai.
e) Cara pembuatan berus ini juga amat mudah dan bersesuaian
V. PERANCANGAN PEMBINAAN PROJEK
a) Bahan dan kesesuaian
Bahan yang digunakan untuk membuat berus berspray ini ialah

1) Resin Plastik 2) Getah (membuat saluran paip) 3) Acuan CNC

b)Memilih Alatan

13
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBLS 2203

Alatan yang digunakan untuk membentuk berus dan getah paip tersebut ialah acuan .
c) Membuat Jadual Kerja dan Mengira Kos Pengeluaran
Jadual kerja untuk penghasilan berus berspray adalah ditunjukkan di bawah ini.
Bil Aktiviti Minggu
1 2 3 4 5 6 7 8
1. Mengenal pasti masalah /
2. Mengumpul maklumat dan idea /
3. Menjana idea-melakar dan memilih / /
projek
4. Perancangan dan pembinaan projek / /
5. Pemasangan, pengujian dan / /
pengubahsuaian

Kos bahan berdasarkan 100 unit keluaran


a) Kos bahan
Bahan Ukuran Kuantiti (unit) Kos seunit (RM) Jumlah (RM)
Resin Plastik 20 kg 100 1.20 120.00
Getah 10 liter 100 0.10 10.00
Jumlah 130.00

b) Kos upah
Bilangan pekerja x jam bekerja x kadar sejam
= 2 orang x 30 jam x RM 4.00
= RM 240.00
c) Kos overhead
Kos elektrik = RM 30
Kos air = RM 10
Jumlah = RM 40
d) Kos Pengeluaran = bahan +kos upah+kos overhead
= RM 130 + RM 240+ RM 40 = RM 410.0
e) Kos pengeluaran satu unit projek
Jumlah kos pengeluaran (kos bahan +kos upah+kos overhead) / Jumlah unit pengeluaran
= RM 410 / 100
= RM 4.10

14
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBLS 2203

VI. PEMBINAAN, PENGUJIAN DAN PENGUBAHSUAIAN PROJEK


Proses Pembinaan
Bil Bahagian Teknik Pembuatan
1. Berus kain Dibentuk mengikut acuan yang dikehendaki
2. Getah paip Dibentuk mengikut acuan yang dikehendaki.

Berus kain dan paip getah dicantumkan untuk menjadi berus berspray.
Pengujian
1) Pengujian dilakukan terhadap berus berspray. Terdapat beberapa kelemahannya iaitu:
a) terdapat banyak lebihan plastik (burr) .

Pengubahsuaian Projek
Bil Kelemahan Pengubahsuaian Projek
1. Terdapat banyak lebihan plastik Sukatan cecair disesuaikan sehingga tiada
lebihan plastik kelihatan.

BIBLIOGRAFI
Abbott, W (1972). Practical Geometry and Engineering Graphics, Blackie & Son Ltd.,
London
Ainon Abdullah (1994) . Pemikiran Reka Cipta. Kuala Lumpur. Utusan Publication
And Distributors Sdn. Bhd.

Garreh J. (1995) . Design And Technology. Great Britain. Cambrigde University


Press.

15
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBLS 2203

Giesecke, F., et.al, (2003), Technical drawing (12th ed.). Peearson Education
Inc., U.S.A.

Greer, A & Howell W. H (1982). Mechanical Engineering Craft Studies Part 1,


ELBS, London

Hart, K.R (1979), Engineering Drawing With Problem & Solutions (2nd ed.),
ELBS, London

Izwanuddin bin Yahaya (2006) Rekacipta Instrumen Ujian ‘Vertical Jump’ Berteknologi
Digital (Sensor) Bagi Ujian Kecergasan Fizikal. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi
Malaysia.

Jackson, E (1975). Advanced Technical Drawing, Longman, London

Rosli Ibrahim et al (2007) . Manual Lanjutan KHB Pertanian . Petaling Jaya. Sasbadi Sdn.
Bhd.
Seon, F.et al. (1994).Inside AutoCAD R13 for Windows and Window NT. Indiana: New
Rider Publishing.

16

You might also like