Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

 

No. Ruj : JEA1003/700-5/1/1


Tarikh  : 31 Januari 2019

Kepada,
Y.B. TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN
Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan
Negeri Johor
Blok A, Aras 5
Pusat Islam Iskandar Johor
Jalan Masjid Abu Bakar
80990 Johor Bahru
Johor Darul Takzim

 
Yang Berhormat Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PERASMI MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SMK TUN SYED
NASIR ISMAIL, JOHOR BAHRU KALI KE-47.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas

2.  Sukacita dimaklumkan majlis perasmian tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :


Tarikh  :  28 Februari 2019
Hari  : Khamis
Masa  : 8.00 pagi
Tempat: Padang SMK Tun Syed Nasir Ismail, Johor Bahru.

3.  Sehubungan itu, pihak sekolah serta Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK


Tun Syed Nasir Ismail dengan berbesar hati dan penuh takzimnya menjemput Yang Berhormat Tuan
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya Merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SMK Tun
Syed Nasir Ismail kali ke-47 serta menyampaikan hadiah.

4. Kesudian dan jasa baik Yang Berhormat menerima jemputan ini amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Semoga dengan kehadiran Yang Berhormat Tuan ke majlis tersebut dapat memeriahkan lagi
Kejohanan Sukan Tahunan SMK Tun Syed Nasir Ismail kali ke-47.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


 
Saya yang menjalankan amanah

…………………………………………………….
( EN ABDUL RAZAK BIN ABDUL KARIM )
Pengetua
SMK Tun Syed Nasir Ismail
Johor Bahru
 

No. Ruj : JEA1003/700-5/1/1


Tarikh  : 31 Januari 2019

Kepada,
Tuan Haji Shaharuddin Bin Saari
Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JOHOR BAHRU


JKR 6365, Jalan Abdul Rahman Andak,
80100 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.

 
Tuan,

JEMPUTAN KE KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SMK TUN SYED NASIR ISMAIL, JOHOR BAHRU KALI
KE-47.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas

2.  Sukacita dimaklumkan majlis perasmian tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :


Tarikh  :  28 Februari 2019
Hari  : Khamis
Masa  : 730 pagi
Tempat : Padang SMK Tun Syed Nasir Ismail, Johor Bahru.
Perasmi : Y.B. TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan
Negeri Johor

3.  Sehubungan itu, pihak sekolah serta Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK


Tun Syed Nasir Ismail dengan berbesar hati menjemput Tuan untuk untuk bersama-sama
memeriahkan lagi Kejohanan Sukan Tahunan SMK Tun Syed Nasir Ismail kali ke-47.

4. Kesudian dan jasa baik Tuan menerima jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Semoga dengan kehadiran Tuan ke majlis tersebut dapat memeriahkan lagi Kejohanan Sukan
Tahunan SMK Tun Syed Nasir Ismail kali ke-47.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


 
Saya yang menjalankan amanah

……………………………………
( EN ABDUL RAZAK BIN ABDUL KARIM )
Pengetua
SMK Tun Syed Nasir Ismail
Johor Bahru

Tentatif Pembukaan dan Penutupan


Kejohanan Olahraga Kali Ke-47
SMK Tun Syed Nasir Ismail, Johor Bahru

7.15 pagi : Semua guru, pegawai, pasukan rumah mengambil tempat.


7.30 pagi : Dif-dif jemputan mengambil tempat.
8.00 pagi : Ketibaan,
Y.B. TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN
Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan
Pendidikan
Negeri Johor

- Perbarisan Lintas Hormat


- Bacaan Doa
- Nyanyian Lagu Bangsa Johor
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Ucapan Pengerusi Pengelola Majlis
En Abdul Razak bin Abdul Karim
Pengetua
SMK Tun Syed Nasir Ismail
- Ucapan Perasmian oleh,
Y.B. TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan
Pendidikan
Negeri Johor
- Menaikkan Bendera Kejohanan
- Lafaz Ikrar Kejohanan
- Perbarisan keluar padang
- Senamrobik
- Persembahan
- Penyampaian Cenderamata

9.30 pagi Acara 4 x 160 m Akhir P13


Acara 4 x 160 m Akhir L13
Acara 4 x 160 m Akhir P15
Acara 4 x 160 m Akhir L15
Acara 4 x 160 m Akhir P18
Acara 4 x 160 m Akhir L18
Acara 160 m PKL
Acara 160 m PKP
Acara 4 x 320 m Akhir P13
Acara 4 x 320 m Akhir L13
Acara 4 x 320 m Akhir P15
Acara 4 x 320 m Akhir L15
Acara 4 x 320 m Akhir P18
Acara 4 x 320 m Akhir L18
Acara 4 x 160 m Akhir Guru Perempuan
Acara 4 x 160 m Akhir Guru Lelaki
10.30 pagi Rehat
11.00 pagi Pelajar berhimpun di dalam dewan
12.00 tengahari Penyampaian Hadiah
Ucapan Perasmian Penutupan
Majlis Bersurai

You might also like