KERTAS KERJA Program Ziarah Cakna

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PROGRAM ZIARAH CAKNA 2019

SK NANGA NIROK NGEMAH


ANJURAN BERSAMA:

UNIT HAL EHWAL MURID DAN


UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Hasrat YB Menteri Pendidikan dan Pengurusan Tertinggi KPM supaya sekolah
memperkukuhkan nilai murni di sekolah melalui pembudayaan amalan penyayang,
hormat-menghormati, keseronokan, bertanggungjawab dan manusiawi.
1.2 Mesyuarat MPKPM Bil 32/2018 memutuskan bahawa hasil perbincangan bersama-
sama YB Menteri Pendidikan perlu bagi memperincikan 12 inisiatif baharu KPM tahun
2019.
1.3 Mesyuarat Ketua Bahagian KPM Bil.10/2018 pada 7 Disember 2018 memutuskan
supaya BPSH menyelaras pelaksanaan Program Ziarah Cakna di semua sekolah KPM.
1.4 Pelaksanaan konsep ziarah cakna dengan memperkukuhkan konsep sekolah
penyayang bagi menangani mutual distrust seperti yang dipraktik oleh negara Jepun
bagi memperkukuhkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa/penjaga.

2.0 RASIONAL

Rasional utama pelaksanaan program ini adalah:

2.1 Memperluaskan amalan penyayang dengan membudayakan amalan ziarah ke


rumah murid.
2.2 Merapatkan hubungan antara ibu bapa dan warga sekolah.
2.3 Meningkatkan persefahaman antara ibu bapa dan guru berfokuskan pembangunan
kemenjadian murid.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Berkongsi kemenjadian diri murid bersama-sama ibu bapa/penjaga.


3.2 Memahami latar belakang keluarga murid.
3.3 Berkongsi pandangan antara ibu bapa/penjaga dan guru bagi mengembangkan
potensi murid.

4.0 SASARAN

4.1 Murid yang sering keciciran kehadiran ke sekolah.

5.0 CADANGAN PROGRAM

Tarikh : 13 Februari 2019


Masa : 2.00 ptg – 5.00 ptg
Tempat : Rh Bangau, Nanga Nirok Ngemah Kanowit.
6.0 AJK PROGRAM ZIARAH CAKNA

Penasihat : En Sanjay Anak Bana (Guru Besar)


Naib Pengerusi : En Richard Anak Tinggi (Penolong Kanan Pentadbiran)
En Harry Panggai Anak Ramba (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
En Michael Anak Manja (Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha : En Alvin Chan Shi Rong (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
Bendahari : Pn Donna Balawan (Pembantu Tadbir)
Penyelaras : En Roger Anak Francis (Warden Asrama)
Jurukamera : En Setia Anak Anding
Dokumentasi : Pn Khairul Fadzilla
Keselamatan : En Andrew Anak Mat
AJK makanan : En Sapuan Bin Jalil
: En Richard Anak Klibet
: Pn Sairul Buriah
AJK Pengangkutan : Guru Kelas Tahap 2
AJK Backdrop : Pn Veronica Rumi Anak Radin
: Pn Lipar Anak Bungkoi
AJK Buku Program : Cik Rosxy Anak Sandom
: Pn Julie Anak Barnabas

7.0 TENTATIF PROGRAM

2.00 ptg : Berkumpul di Dewan Sekolah


2.10 ptg : Taklimat Keselamatan oleh Unit HEM
2.30 ptg : Bergerak ke Rh Bangau
3.00 ptg : Aktiviti bersama keluarga murid yang disasarkan
5.00 ptg : Housekeeping dan perjalanan balik.

8.0 ANGGARAN PERBELAJAAN

Peruntukan :

Bil Perbelanjaan Jumlah

1 Hadiah / Cenderahati
(Sumbangan unit HEM) RM 30.00
Hamper ( Peralatan Dapur ) x 1

JUMLAH RM 30.00

PENUTUP

Diharap dengan menyertai lawatan ini, dapat membuka minda disamping memberi peluang
kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi corak kehidupan warga emas selain
menghargai peranan warga emas dalam masyarakat.
Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

____________________ _______________________
(Alvin Chan Shi Rong) (Sanjay Anak Bana)
Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Besar
SK Nanga Nirok Ngemah SK Nanga Nirok Ngemah
Kanowit. Kanowit.

You might also like