Surat Makluman Aktiviti Perkim (Jais)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERKIM DAERAH SABAK BERNAM

No 45, Jalan TP-01, Taman Perdana


Jalan Pasar, 45300 Sg Besar
Sabak Bernam, Selangor.
Tel Pejabat : 03-3224 3025/ 03-3224 3233

Kepada, Tarikh : 27 Julai 2018

Y.Bhg. Dato' Haris bin Kasim


Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS),
Tingkat 1, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah,
No.2, Persiaran Masjid, Bukit SUK Seksyen 5,
40000 Shah Alam, Selangor.

Ybhg Dato’,

MAKLUMAN AKTIVITI PERKIM SABAK BERNAM


Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa PERKIM Daerah Sabak Bernam telah menziarahi satu
keluarga mualaf berbangsa India pada tarikh 19 dan 25 Julai 2018.

3. Lawatan tersebut diketuai oleh Pengerusi PERKIM Sabak Bernam iaitu Ustaz Dr.
Mohd Hisham Bin Surgi dan turut serta bersama wakil daripada Lembaga Zakat Selangor
(LZS) caw. Sg Besar, pegawai-pegawai dan sukarelawan PERKIM Sabak Bernam.

4. Sebagaimana yang telah sedia maklum, PERKIM adalah NGO kerajaan yang telah
diasaskan oleh Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri
Malaysia yang pertama. Di antara matlamat PERKIM ialah menjalankan program dakwah,
pendidikan, kebajikan dan melaksanakan program kerjasama di antara sesama institusi Islam
dan pelbagai organisasi untuk kepentingan dakwah itu sendiri.

5. Bersama-sama surat ini disertakan laporan aktiviti PERKIM yang telah dijalankan
untuk makluman dan pengetahuan YBhg Dato’.

6. Akhir kata, semoga apa yang kita lakukan diredhai Allah S.W.T dan menjadi amal-
amal yang berpanjangan mengalir terus ke alam akhirat.
Sekian terima kasih. Wassalam.

Yang benar

(Dr.Ustaz Mohd Hisham Bin Surgi)


Pengerusi PERKIM Daerah Sabak Bernam

You might also like