Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

KESAHAN DAN serta bersesuaian digunakan oleh para

kaunselor sekolah berasrama penuh mahu


pun pengkaji lain bagi mengukur tahap sikap
KEBOLEHPERCAYAAN terhadap tingkah laku, norma subjektif dan
persepsi kawalan tingkah laku amalan adab
SOAL SELIDIK AMALAN belajar dalam kalangan pelajar terhadap.

BELAJAR PELAJAR Kata Kunci: kesahan- kebolehpercayaan-


soal selidik- amalan adab belajar
BERPENCAPAIAN
RENDAH SEKOLAH ABSTRACT

Learning Practices Questionnaire is built to


BERASRAMA PENUH identify the attitudes, subjective norms, and
perceived behavioral control towards
learning practices among the lower achiever
Norlia Harun students in residential school. This
Faizah A. Ghani questionnaire is built based on the Theory of
Planning Behavior by Ajzen (1991) and the
lilyryhanee@yahoo.com learning practices by Imam Shafi'i and Imam
al-Ghazali. This study is conducted to test the
Universiti Teknologi Malaysia
validity and reliability of the questionnaire
81310 Skudai, Johor using descriptive design. There were three
experts have been chosen to identify the
validity of the questionnaire, while ninety
ABSTRAK students were involved in testing the reliability
of the questionnaire. The results of RASCH
Soal Selidik Amalan Belajar dibina bertujuan analysis showed that the validity of the
untuk mengenal pasti tahap sikap terhadap questionnaire is 92.2% of the experts agreed
tingkah laku, norma subjektif dan persepsi while the person and items reliability are .98
kawalan tingkah laku amalan adab belajar and .88. Therefore, the questionnaire was
dalam kalangan pelajar Sekolah Berasrama found to have the high reliability and suitable
Penuh berpencapaian rendah. Soal selidik ini to be used by all counselors in residential
dibina berasaskan Teori Perancangan schools and other researchers to identify the
Tingkah Laku oleh Ajzen (1991) dan adab attitudes, norms and perception towards
belajar oleh Imam Syafie dan Imam al- learning practices.
Ghazali. Kajian ini dijalankan untuk menguji
tahap kesahan dan kebolehpercayaan soal Keywords – validity, reliability, questionnaire,
selidik menggunakan reka bentuk deskriptif. learning practices
Seramai tiga orang pakar telah terlibat bagi
melakukan kesahan soal selidik manakala
seramai 90 orang pelajar yang dipilih secara 1. PENGENALAN
rawak berkumpulan telah terlibat dalam
menguji kebolehpercayaan soal selidik. Hasil Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan
analisis data menunjukkan bahawa, nilai sekolah menengah aliran perdana di bawah
kesahan soal selidik adalah tinggi dengan
peratus persetujuan pakar sebanyak 92.2% kendali Kementerian Pelajaran Malaysia
manakala nilai kebolehpercayaan item dan yang menempatkan pelajar-pelajar terpilih
individu berdasarkan analisis RASCH yang
diperoleh ialah .98 dan .88. Oleh itu, soal berdasarkan kriteria kecemerlangan
selidik yang dibina didapati mempunyai nilai akademik, kokurikulum dan sahsiah diri [33].
kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi
Jurnal Kemanusiaan Vol. 25, Iss. 3 ISSN 1675-1930
Universiti Teknologi Malaysia

Sekolah Berasrama Penuh bermatlamat adalah antara faktor penyumbang kepada


untuk menjadi wadah terbaik dalam pencapaian yang rendah. Pelajar-pelajar
menjana insan yang mempunyai SBP yang berpencapaian rendah ini didapati
kecemerlangan ilmu, kemapanan sahsiah, mempunyai sikap dan amalan belajar
kesejagatan kepemimpinan dan kejituan negatif seperti gemar bersembang dengan
patriotisme bagi melahirkan ahli sains, rakan ketika belajar, gemar membuang
teknokrat dan professional yang dapat masa, tidak suka membuat nota dan latihan
memenuhi aspirasi negara [34]. Hasrat belajar malahan mereka turut didapati
utama penubuhan SBP adalah untuk gemar mengkritik dan menyalahkan guru
melahirkan 100 peratus pelajar cemerlang apabila gagal memahami apa yang
dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia diajarkan [21, 18, 25 dan 13].
(SPM) [9]. Namun begitu, hasrat ini masih Sikap dan amalan belajar negatif yang
belum dapat direalisasikan sehingga kini ditunjukkan oleh pelajar-pelajar SBP
kerana hasil analisis pencapaian SPM di SBP berpencapaian rendah adalah
dari tahun 2009 hingga 2015 menunjukkan bertentangan dengan adab-adab belajar
bahawa, lebih daripada 70 peratus pelajar menurut perspektif Islam [1 dan 15]. Hal ini
SBP masih belum mencapai keputusan turut diakui oleh Bahagian Pengurusan SBP [8]
cemerlang semua A dalam peperiksaan SPM yang menyatakan bahawa, pelajar SBP
[27]. Analisis peperiksaan SPM dari salah kurang mengamalkan adab belajar. Situasi
sebuah SBP di Johor menunjukkan sebanyak ini amat membimbangkan kerana amalan
20.5 peratus pelajar didapati tergolong adab belajar adalah penting bagi
dalam kelompok pelajar berpencapaian melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai
rendah dengan nilai Gred Purata disiplin dari aspek minda dan hati [36].
Keseluruhan (GPK) kurang 2.5 [27]. Hal ini Amalan adab belajar juga penting bagi
sering menjadi isu perbincangan di peringkat memudahkan para pelajar belajar dan
SBP dan KPM kerana pelajar-pelajar SBP memperoleh ilmu pengetahuan yang
merupakan pelajar-pelajar terpilih dari diberkati [24]. Selain itu, selaras dengan
seluruh Malaysia yang mempunyai latar Falsafah Pendidikan Negara [37], penerapan
belakang pencapaian akademik yang amalan adab belajar dalam diri setiap
cemerlang [9]. pelajar di Malaysia dapat membantu
Terdapat pelbagai faktor yang memudahkan negara bagi melahirkan insan
menyebabkan pelajar SBP berpencapaian yang seimbang dan harmonis dari segi
rendah. Kajian Norlia, Faizah dan Khairudin intelek, rohani, emosi dan jasmani. Namun
(2013) [21] menunjukkan faktor sikap, begitu, sehingga kini masih belum terdapat
kemahiran belajar dan budaya sekolah kajian yang dijalankan bagi menghasilkan

JURNAL KEMANUSIAAN / Norlia Harun (2016) 40 - 52 41


Jurnal Kemanusiaan Vol. 25, Iss. 3 ISSN 1675-1930
Universiti Teknologi Malaysia

instrumen yang dapat digunakan untuk perlu berada di tahap yang tinggi [4 dan 5].
mengukur tahap amalan adab belajar Namun begitu, faktor persepsi kawalan
dalam kalangan pelajar SBP. tingkah laku mampu menyebabkan
Justeru, dengan mengaplikasikan berlakunya tingkah laku sasaran secara
Teori Perancangan Tingkah Laku [4] dan langsung tanpa melalui pembentukan niat
adab belajar saranan Imam Syafie [1] dan tingkah laku [4]. Berdasarkan elemen
Imam al-Ghazali [15], kajian ini dijalankan pembentukan dan perubahan tingkah laku
bagi membina Soal Selidik Amalan Belajar oleh Ajzen (1991) [4], maka kajian ini
yang mempunyai kesahan dan menekankan faktor sikap terhadap tingkah
kebolehpercayaan tinggi bertujuan untuk laku, norma subjektif dan persepsi kawalan
mengenal pasti tahap sikap terhadap tingkah laku dalam membina Soal Selidik
tingkah laku, norma subjektif dan persepsi Amalan Belajar.
kawalan tingkah laku amalan belajar pelajar-
pelajar SBP berpencapaian rendah.

2. KAJIAN LITERATUR

Kajian ini dijalankan dengan


mengaplikasikan Teori Perancangan
Tingkah Laku [4] yang dibangunkan oleh
Rajah 1.1: Teori Perancangan Tingkah Laku
Ajzen (1991) [4] (rujuk Rajah 1.1). Teori ini
oleh Ajzen (1991)
merupakan sebuah teori perubahan
Amalan adab belajar merupakan
tingkah laku umum yang terdiri daripada
tingkah laku yang disasarkan dalam kajian
faktor sikap terhadap tingkah laku, norma
ini. Adab merujuk kepada tingkah laku baik
subjektif, persepsi kawalan tingkah laku dan
yang boleh dipelajari oleh semua orang,
niat tingkah laku. Teori ini menyatakan
kemahiran yang digunakan oleh manusia
bahawa, tingkah laku adalah hasil akibat
sepanjang hidup, tanda mengambil berat
niat tingkah laku yang tinggi, manakala niat
tentang orang lain dan diri sendiri,
tingkah laku ini ditentukan oleh
peraturan yang bermakna untuk
keseimbangan tahap sikap terhadap
kehidupan yang lebih baik serta perkara
tingkah laku, norma subjektif dan persepsi
penting dulu, kini dan selamanya [12].
kawalan tingkah laku [4]. Bagi memastikan
Kajian ini memberi fokus kepada adab
niat tingkah laku adalah tinggi untuk
belajar yang disarankan oleh Imam Syafie
melakukan sesuatu tingkah laku sasaran,
[1] dan Imam al-Ghazali [15].
sikap terhadap tingkah laku, norma subjektif
Di antara adab belajar yang
dan persepsi kawalan tingkah laku juga
JURNAL KEMANUSIAAN / Norlia Harun (2016) 40 - 52 42
Jurnal Kemanusiaan Vol. 25, Iss. 3 ISSN 1675-1930
Universiti Teknologi Malaysia

disarankan oleh Imam Syafie ialah menjaga perkara-perkara ini menghalang seorang
pemakanan, mengelak perbuatan maksiat, pelajar daripada mendapat keberkatan
menjaga batas pergaulan dan mencatat ilmu [1]. Seorang pelajar perlu menjaga
nota [1] manakala Imam al-Ghazali pula kebersihan hati kerana selagi hati tidak
menyarankan agar pelajar-pelajar bersih daripada perbuatan maksiat, maka
mengamalkan adab belajar seperti tidak hati tidak boleh menerima ilmu yang
sombong kepada ilmu dan menyerahkan bermanfaat kerana Ibnu Mas’ud r.a
urusan ilmu kepada guru, jangan sampai berkata: “Ilmu itu bukan dengan
mendengar perselisihan faham yang terjadi banyaknya riwayat tetapi ilmu itu adalah
antara orang lain, tidak menolak ilmu-ilmu cahaya yang diberikan dalam hati” [15].
yang terpuji, mencurahkan segala Imam Syafie juga menyarankan
kemampuan untuk belajar dan tujuan agar pelajar-pelajar dapat menjaga batas
belajar adalah untuk menghiasi batin dan pergaulan ketika belajar [1]. Salah satunya
mencapai keredhaan Allah SWT [15]. adalah dengan memilih rakan yang baik
Menjaga pemakanan merupakan [15 dan 2]. Amalan menjaga batas
salah satu daripada amalan adab belajar. pergaulan dengan rakan adalah penting
Imam al-Ghazali menegaskan bahawa, kerana rakan mampu mempengaruhi
mencari rezeki yang halal adalah pelajar dari segi pergaulan, perangai, cara
kewajiban semua mukmin kerana ibadah berpakaian, minat mahu pun pencapaian
dan mencari ilmu yang disertai dengan di dalam kelas [28]. Selain itu, Imam al-
memakan makanan haram adalah seperti Ghazali menyarankan agar pelajar
membangun sebuah bangunan di atas berusaha bersungguh-sungguh untuk
kekotoran [16]. Selain itu, pelajar-pelajar menguasai dan mendalami ilmu-ilmu yang
juga disarankan supaya mengamalkan dipelajari dengan baik [15]. Para pelajar
makanan berkhasiat bagi membantu perlu belajar bersungguh-sungguh dengan
pelajar-pelajar meningkatkan kecerdasan mengutamakan belajar kerana jika
minda dan daya ingatan serta menjauhkan seseorang jauh daripada ilmu, maka
diri daripada penyakit [11]. hatinya akan sakit dan mati [16]. Salah satu
Seterusnya, Imam Syafie punca kegagalan pelajar untuk cemerlang
menyarankan agar pelajar-pelajar ialah kurang berusaha dengan
mengelak perbuatan maksiat kerana bersungguh-sungguh, tiada ketekunan dan
kebanyakan perbuatan maksiat adalah tidak sanggup mengorbankan masa
berpunca daripada hati yang kotor seperti bermain untuk cemerlang [29].
hasad dengki, iri hati, khianat, sombong, Seterusnya, Imam Syafie
ujub, emosi, syahwat dan lain-lain dan menegaskan agar setiap pelajar mencatat

JURNAL KEMANUSIAAN / Norlia Harun (2016) 40 - 52 43


Jurnal Kemanusiaan Vol. 25, Iss. 3 ISSN 1675-1930
Universiti Teknologi Malaysia

nota ketika belajar [1]. Mencatat nota mengamalkan ilmu yang dipelajari mampu
merupakan cara terbaik untuk menyimpan meningkatkan ketakwaan dalam diri serta
ilmu pengetahuan, menggalakkan anda mudah mendapat petunjuk daripada Allah
mencari idea-idea penting, membantu SWT [30]. Ilmu dan amal adalah dua
proses mengingat, meningkatkan minat perkara yang saling melengkapi
untuk belajar berterusan serta diibaratkan seperti pohon dengan
memudahkan pelajar-pelajar mengulang buahnya dan ilmu tanpa amal adalah tidak
kaji pelajaran kerana bahan yang dibaca berguna manakala amal tanpa ilmu
telah dipendekkan dan isi pelajaran telah hanyalah sia-sia [17].
disatukan [14]. Pelajar-pelajar juga perlu
menghormati guru dengan merendah diri 3. METODOLOGI KAJIAN
kepada guru, memandang tinggi gurunya,
mengutamakan hak guru, sabar dengan Kajian ini dijalankan dengan menggunakan
kekasaran guru, duduk dengan hormat dan reka bentuk deskriptif bertujuan untuk
bersungguh-sungguh mendengar mengenal pasti tahap kesahan dan
pengajaran guru, meminta izin untuk kebolehpercayaan Soal Selidik Amalan
berjumpa, mengikut pandangan dan Belajar. Sampel kajian bagi menguji
pendapat guru, memohon keredaan guru kebolehpercayaan soal selidik adalah
dan selalu berbincang tentang perkara terdiri daripada 90 orang pelajar yang telah
yang menjadi perhatian guru [2 dan 15]. dipilih secara rawak berkelompok
Amalan menghormati guru adalah penting daripada dua buah SBP di Johor manakala
kerana proses belajar hanya dapat seramai tiga orang pakar yang mempunyai
dilakukan dengan mendengar secara kelayakan Ijazah Doktor Falsafah dalam
langsung atau duduk bersama guru bagi bidang bimbingan dan kaunseling dari
membolehkan pelajar-pelajar mendengar beberapa buah universiti tempatan telah
terus daripada mereka dan bukannya dilantik untuk menguji tahap kesahan soal
belajar sendiri daripada mana-mana buku selidik. Persampelan rawak berkelompok
atau kitab sahaja [17]. digunakan bagi menguji
Terakhir, Imam al-Ghazali kebolehpercayaan soal selidik kerana
menyarankan agar pelajar-pelajar kaedah ini mampu memudahkan pengkaji
menetapkan tujuan belajar untuk menemui responden kajian yang terkumpul
menghiasi batin dan mencapai keredhaan di satu tempat berbanding jika
Allah SWT. Bagi aspek ini, pelajar-pelajar menggunakan persampelan rawak
dituntut supaya mengamalkan ilmu yang mudah, pengkaji akan menghadapi
telah dipelajari kerana seseorang yang kesukaran terutamanya dalam menemui

JURNAL KEMANUSIAAN / Norlia Harun (2016) 40 - 52 44


Jurnal Kemanusiaan Vol. 25, Iss. 3 ISSN 1675-1930
Universiti Teknologi Malaysia

responden yang tinggal bertaburan di Selidik Amalan Belajar dikira dengan


merata tempat [35]. Pembinaan Soal menggunakan formula yang dikemukakan
Selidik Amalan Belajar hanya memberi fokus oleh Jamaludin Ahmad [19] dengan
kepada faktor sikap terhadap tingkah laku, mengambil kira pandangan Russell [22].
norma subjektif dan persepsi kawalan Penentuan kesahan kandungan yang baik
tingkah laku [4] terhadap tujuh tingkah laku adalah berasaskan pandangan Tuckman
sasaran iaitu amalan menjaga dan Waheed [26] dan Abu Bakar Nordin [3]
pemakanan, mengelak perbuatan maksiat, iaitu aras pencapaian 70 peratus dianggap
menjaga batas pergaulan, belajar telah mencapai tahap pencapaian yang
bersungguh-sungguh, menghormati guru, tinggi. Berikut ialah kaedah pengiraan
mencatat nota dan mengamalkan ilmu kesahan kandungan iaitu:
daripada Imam Syafie dan Imam al-Ghazali
[1 dan 14].
Kesahan merujuk kepada sejauh Setelah mendapat kesahan pakar, ujian
mana sesuatu alat ukur berjaya mengukur kebolehpercayaan Soal Selidik Amalan
apa yang sepatutnya diukur [20]. Kesahan Belajar dijalankan dengan melibatkan
kandungan pula merujuk kepada sejauh seramai 90 orang pelajar SBP
mana pengukuran dapat dibuat mewakili berpencapaian rendah di Johor. Soal
aspek kandungan yang diukur [38]. Justeru, Selidik Amalan Belajar mengandungi tiga
kesahan Soal Selidik Amalan Belajar konstruk utama iaitu sikap terhadap tingkah
dilakukan dengan menggunakan laku amalan adab belajar, norma subjektif
pandangan tiga orang panel penilai luar tingkah laku amalan adab belajar dan
yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor persepsi kawalan tingkah laku amalan
Falsafah dalam bidang kaunseling serta adab belajar. Setiap konstruk
mempunyai kepakaran, pengalaman dan mengandungi item yang berkaitan dengan
pengetahuan dalam bidang kajian. persepsi pelajar terhadap amalan adab
Kaedah pengujian kesahan ini digunakan belajar meliputi aspek menjaga
kerana Mohd Majid Konting [20] pemakanan, mengelak perbuatan maksiat,
menyarankan agar pengkaji mendapatkan menjaga batas pergaulan, belajar
penilai luar yang terdiri daripada individu bersungguh-sungguh, menghormati guru,
yang pakar dalam bidang kajian bagi mencatat nota dan mengamalkan ilmu.
memastikan domain-domain yang Soal Selidik Amalan Belajar terdiri
terkandung di dalam alat ukur mewakili daripada empat bahagian iaitu Bahagian
bidang yang dikaji. Kemudian, A, B, C dan D. Bahagian A mengandungi
pencapaian kesahan kandungan Soal soalan berkaitan latar belakang responden

JURNAL KEMANUSIAAN / Norlia Harun (2016) 40 - 52 45


Jurnal Kemanusiaan Vol. 25, Iss. 3 ISSN 1675-1930
Universiti Teknologi Malaysia

seperti jantina, sekolah, bilangan adik yang digunakan bukan sahaja melalui nilai
beradik, pencapaian akademik, pekerjaan alpha Cronbach tetapi juga melalui kualiti
ibu bapa, jumlah pendapatan ibu bapa item yang dikaji [7].
dan status penerimaan biasiswa. Bahagian
B pula mengandungi soalan berkaitan sikap 4. ANALISIS DATA
terhadap tingkah laku yang merujuk 4.1 Kesahan Soal Selidik
kepada penilaian pelajar sama ada positif Keputusan ujian kesahan mendapati
atau negatif terhadap tingkah laku amalan bahawa, Soal Selidik Amalan Belajar
adab belajar. Seterusnya, bahagian C mempunyai tahap kesahan kandungan
mengandungi soalan berkaitan dengan yang tinggi. Berikut ialah keputusan
norma subjektif yang merujuk kepada pencapaian kesahan kandungan Soal Selidik
persepsi pelajar terhadap tekanan yang Amalan Belajar yang diperolehi daripada
diterima daripada orang-orang yang tiga orang panel penilai luar:
dianggap penting dalam hidup mereka Jadual 1: Keputusan Pencapaian Kesahan

seperti ibu bapa, guru-guru atau rakan- Kandungan

rakan untuk melakukan amalan adab Bil Pakar Penilai Pencapaian Pandangan
Luar Kesahan Pakar
belajar manakala bahagian D pula Kandungan
1 Pakar 1 96.6% diterima
mengandungi soalan berkaitan persepsi 2 Pakar 2 90.0% diterima
kawalan tingkah laku yang merujuk kepada 3 Pakar 3 90.0% diterima
Jumlah 92.2% diterima
kepada penilaian pelajar sama ada susah Keseluruhan
atau senang untuk melakukan tingkah laku
amalan adab belajar. Skala yang Berdasarkan keputusan ujian kesahan

digunakan ialah skala Likert empat mata didapati, item-item Soal Selidik Amalan

bermula daripada nombor 1 (Tidak Setuju), Belajar telah disahkan mewakili pemboleh

2 (Kurang Setuju), 3 (Setuju) dan 4 (Sangat ubah yang hendak diukur dalam kajian ini.

Setuju). Semua panel penilai yang dilantik telah

Kajian rintis dijalankan bagi dapat memastikan bahawa domain-domain

menentukan kebolehpercayaan Soal yang terkandung dalam Soal Selidik Amalan

Selidik Amalan Belajar. Gabungan analisis Belajar adalah mewakili pemboleh ubah

Teori Respon Item melalui Model Rasch yang sepatutnya diukur dalam kajian. Oleh

digunakan untuk mengukur nilai itu, Soal Selidik Amalan Belajar didapati

kebolehpercayaan item dan individu soal sesuai digunakan untuk mengukur

selidik [10]. Model Rasch mampu pembolehubah sikap terhadap tingkah laku,

memberikan peluang kepada pengkaji norma subjektif dan persepsi kawalan

untuk membuktikan kesahihan instrumen tingkah laku amalan adab belajar pelajar-

JURNAL KEMANUSIAAN / Norlia Harun (2016) 40 - 52 46


Jurnal Kemanusiaan Vol. 25, Iss. 3 ISSN 1675-1930
Universiti Teknologi Malaysia

pelajar SBP berpencapaian rendah. tidak sepadan berdasarkan indeks


maksimum kuasa dua (infit) yang
4.2 Kebolehpercayaan Soal Selidik menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya
Nilai Kebolehpercayaan Item dan Individu satu item yang dikenal pasti tidak sepadan.
Soal Selidik Amalan Belajar Oleh itu, analisis urutan ketidaksepadanan
Hasil analisis Teori Respon Item melalui Model (misfit order) perlu dilakukan lebih lanjut bagi
Rasch menunjukkan nilai indeks mengenal pasti item yang tidak sepadan
kebolehpercayaan item bagi Soal Selidik dengan model.
Amalan Belajar ialah .98 manakala nilai Hasil analisis urutan
kebolehpercayaan individu ialah .88. Nilai ini ketidaksepadanan menunjukkan bahawa,
menunjukkan bahawa kebolehpercayaan indeks pengasingan (separation) item bagi
item dan individu bagi Soal Selidik Amalan tujuh sub konstruk adalah baik iaitu dari nilai
Belajar adalah tinggi [7]. 4.31 hingga 7.53. Indeks pengasingan paling
Selain itu, hasil pengujian tinggi melibatkan sub konstruk Penjagaan
kebolehpercayaan item bagi tujuh sub Makanan dan Jaga Batas Pergaulan yang
konstruk Soal Selidik Amalan Belajar mempunyai 8 aras pengasingan. Item-item
mendapati, indeks kebolehpercayaan bagi dalam sub konstruk Elak Maksiat dan Belajar
semua item adalah baik dengan nilai Sungguh-sungguh mempunyai 7 aras
menghampiri 1.0 iaitu .95 hingga .98 [7]. pengasingan, Amal Ilmu dengan 6 aras
Malahan, jangkaan pengulangan pengasingan dan Hormat Guru dan Catat
kebolehpercayaan bagi item tujuh sub Nota mempunyai 5 aras pengasingan. Hal ini
konstruk soal selidik ini juga adalah tinggi menunjukkan, pengasingan item secara
sekiranya ditadbir kepada kumpulan statistik adalah 5 hingga 8 kali tersebar dari
responden lain yang memiliki ciri-ciri sama ralat punca kuasa dua. Indek pengasingan
[31]. (separation) item menunjukkan nilai yang
Hasil analisis juga menunjukkan, lima diterima baik oleh Bond dan Fox [10] iaitu
sub konstruk iaitu Penjagaan Makanan, Elak melebihi daripada 2.0. Indeks pengasingan
Maksiat, Hormat Guru, Catat Nota dan Amal meningkat sekiranya kebolehpercayaan
Ilmu didapati sepadan dengan Model Rasch meningkat dan ketidaksepadanan item
dengan nilai maksimum kuasa dua (infit) dikesan dan diasingkan dari analisis.
dibawah dan sama dengan nilai 1.5
manakala bagi sub konstruk Jaga Batas Kalibrasi Skala Pemeringkatan
Pergaulan dan Belajar Bersungguh-Sungguh Seterusnya, proses mengkalibrasi skala
perlu diberi perhatian khusus dalam kajian pemeringkatan yang digunakan perlu
rintis ini kerana terdapat beberapa item yang dilakukan bertujuan untuk memastikan skala

JURNAL KEMANUSIAAN / Norlia Harun (2016) 40 - 52 47


Jurnal Kemanusiaan Vol. 25, Iss. 3 ISSN 1675-1930
Universiti Teknologi Malaysia

pemeringkatan yang digunakan dapat seterusnya.


bertindak seperti mana yang dimahukan
oleh pengkaji. Proses ini juga menunjukkan Polariti Item Bagi Sub Konstruk Soal Selidik
bahawa responden dapat membezakan Amalan Belajar
respons bagi setiap tahap pada skala Analisis polariti mendapati terdapat tiga item
pemeringkatan. Dalam kajian ini, terdapat yang mempunyai nilai titik ukuran korelasi
empat skala pemeringkatan yang kurang daripada 0.20 iaitu Item 22 (-0.33) dan
digunakan melibatkan skor Tidak Setuju (1), Item 21 (-0.23) daripada konstruk Belajar
Kurang Setuju (2), Setuju (3) dan Sangat Sungguh-Sungguh dan Item 47 (-0.08)
Setuju (4). daripada sub konstruk Jaga Batas Pergaulan.
Model pengukuran Rasch Sehubungan itu, item-item ini perlu
menyediakan pengiraan bagi memastikan digugurkan kerana ia gagal mengukur
skala pemeringkatan yang digunakan konstruk yang diwakili menjadikan jumlah
dikalibrasi dengan tepat dan dapat item yang tinggal adalah sebanyak 63 item
mengesan adakah wujud hirarki sebenarnya bagi 7 konstruk. Linacre [32] menyatakan
dalam skala yang digunakan [7]. Model ini bahawa nilai titik ukuran korelasi yang
mengambil kira nilai beza antara setiap diterima dan baik adalah antara 0.20 hingga
pemeringkatan iaitu antara julat (1.4 < x <5). 0.79. Jika terdapat nilai yang negatif dan
Sekiranya nilai beza adalah kurang daripada berada di bawah 0.20 maka item tersebut
1.4, bermakna pertindihan telah berlaku dan perlu digugurkan kerana item tersebut tidak
responden tidak dapat membezakan antara mengukur apa-apa konstruk. Bond dan Fox
skala pertama dengan berikutnya, [10] pula mengatakan, selagi nilai tersebut
manakala nilai beza yang melebihi 1.4 adalah positif, maka ia masih boleh diterima.
menunjukkan perbezaan persetujuan yang
dapat dibezakan dalam pangkatan skala Mengesan Kesepadanan Item (Item Fit)
tersebut. Maka peringkat skala tersebut Konstruk Soal Selidik Amalan Belajar
boleh dikekalkan. Hasil kalibrasi skala Kemudian, analisis kesepadanan item (item
pemeringkatan bagi Soal Selidik Amalan fit) pula dilakukan bertujuan untuk mengesan
Belajar menunjukkan, beza antara setiap kesepadanan item dalam Soal Selidik
skala adalah melebihi 1.4 yang bermaksud Amalan Belajar. Nilai luar kesepadanan
setiap skala pemeringkatan yang digunakan (Outfit) adalah piawai t (t standardized) unsur
dapat dibezakan dengan betul oleh luaran yang sensitif (outlier-sensitive) kepada
responden. Oleh itu, semua skala statistik kesesuaian min kuasa dua, lebih
pemeringkatan yang digunakan dalam sensitif kepada tingkah laku yang tidak
kajian rintis ini boleh digunakan untuk kajian dijangkakan oleh responden. Bond dan Fox

JURNAL KEMANUSIAAN / Norlia Harun (2016) 40 - 52 48


Jurnal Kemanusiaan Vol. 25, Iss. 3 ISSN 1675-1930
Universiti Teknologi Malaysia

[10] menyatakan bahawa nilai yang untuk mengenal pasti keseragaman


sepadan bagi sesuatu pengukuran item responden menjawab soalan bagi item-item
dalam sesuatu konstruk yang produktif dan yang dibina. Keputusan uji ulang uji
baik ialah 0.5 hingga 1.5 manakala julat yang menunjukkan, tidak terdapat perbezaan nilai
diterima untuk skala pemeringkatan atau Alpha Cronbach ketara bagi ujian pertama
Skala Likert adalah antara 0.4 hingga 1.5 [32]. dan kedua iaitu sikap (.80 dan .75), norma
Justeru, nilai yang lebih tinggi (.73 dan .79) dan persepsi kawalan (.84 dan
daripada 1.5 menunjukkan item tidak .88). Hal ini membuktikan bahawa Soal
homogen dengan item-item lain dalam satu Selidik Amalan Belajar boleh diterima
skala pengukuran manakala nilai yang lebih dengan baik.
rendah pula menunjukkan pertindihan
konstruk dengan item lain. Hasil analisis
kesepadanan item menunjukkan, terdapat 6
item yang dikenal pasti tidak sepadan iaitu
Item 3 dan 51 daripada sub konstruk Elak
Maksiat, Item 71 dan 47 daripada sub
konstruk Jaga Batas Pergaulan, Item 22 dan
21 daripada sub konstruk Belajar Sungguh-
Sungguh. Kesemua item ini disarankan untuk
dibuang dari soal selidik bagi pelaksanaan
kajian seterusnya.
Item Yang Perlu Dibuang Dan Dikekalkan Jadual 2: Rumusan Analisis Konstruk Soal
Berdasarkan hasil analisis kesepadanan item, Selidik Amalan Belajar dengan No Item Yang
item 71, 47, 22 dan 21 perlu dibuang dari soal Baru
selidik kerana item-item tersebut gagal
memenuhi kriteria item yang baik
berdasarkan Model Pengukuran Rasch.
Justeru, pembentukan alat ukur Soal Selidik
Amalan Belajar yang baru hanya melibatkan
60 item sahaja berbanding sebanyak 73 item
sebelum analisis RASCH dilakukan. Jadual 2
berikut pula menunjukkan rumusan analisis
konstruk Soal Selidik Amalan Belajar beserta
nombor bilangan item yang baru.
Kemudian, proses uji ulang uji dijalankan 5. PERBINCANGAN

JURNAL KEMANUSIAAN / Norlia Harun (2016) 40 - 52 49


Jurnal Kemanusiaan Vol. 25, Iss. 3 ISSN 1675-1930
Universiti Teknologi Malaysia

Hasil ujian kesahan menggunakan [1] ‘Abdul ‘Aziz bin Fathi


pandangan pakar mendapati, Soal Selidik (2007). Ensiklopedi Adab Islam Menurut Al
Amalan Belajar mempunyai tahap kesahan Quran dan As Sunah JLD II. Terj. Abu Ihsan
yang tinggi dengan aras penguasaan al Atsari. Jakarta: PT Pustaka Imam Asy
sebanyak 92.2% dengan pekali kesahan Syafi’i.
kandungan .92 manakala hasil kajian rintis [2] Abdullah Nashih Ulwan (2013).
mendapati bahawa, Soal Selidik Amalan Tarbiyatul Aulad. Terj. Emiel Ahmad.
Belajar mempunyai tahap Jakarta: Khatulistiwa Press.
kebolehpercayaan item dan individu yang [3] Abu Bakar Nordin (1995). Penilaian
tinggi dengan nilai Alpha Cronbach .98 dan Afektif. Kajang: Masa Enterprise.
.88. Dapatan ini menunjukkan bahawa, Soal [4] Ajzen, I. (1991). The Theory of
Selidik Amalan Belajar mempunyai tahap Planned Behavior. Organizational Behavior
kesahan dan kebolehpercayaan yang And Human Decision Processes, 179-211.
tinggi. [5] Icek Ajzen. (2005). Attitudes,

Justeru itu, Soal Selidik Amalan Belajar Personality and Behaviour. Berkshire: Mc
ini sesuai digunakan untuk mengukur tahap Graw Hill Education.
sikap terhadap tingkah laku, norma subjektif [6] Al-‘Utsaimin. Syaikh Muhammad bin
dan persepsi kawalan tingkah laku amalan Shalih (2005). Syarah Adab & Manfaat

adab belajar dalam kalangan pelajar- Menuntut Ilmu. Terjemahan Ahmad Sabiq,
pelajar SBP berpencapaian rendah. Selain Lc. Jakarta: Pustaka Imam Asy-Syafi’i.
itu, hasil kajian ini turut diharapkan dapat [7] Azrilah Abd Aziz, Mohd Saifudin
membantu pihak SBP bagi menyediakan soal Masodi dan Azami Zaharin (2013). Asas
selidik disamping turut menyumbang kepada Model Pengukuran Rasch. Bangi:
perkembangan ilmu pengetahuan berkaitan Penerbitan UKM
kajian pembinaan soal selidik di Malaysia. [8] Bahagian Pengurusan SBP (2005).

Seterusnya, dicadangkan agar soal Panduan Pembinaan Jati Diri Pelajar SBP.

selidik ini dapat digunakan dalam kajian Kuala Lumpur: Sektor Sekolah Berasrama

sebenar yang berkaitan dengan sikap Penuh, KPM.

terhadap tingkah laku, norma subjektif dan [9] Bahagian Pengurusan Sekolah

persepsi kawalan tingkah laku pelajar-pelajar Berasrama Penuh Dan Sekolah Kluster,

SBP terhadap tingkah laku amalan adab BPSBPDSK (2008). Pelan Pendidikan Sekolah

belajar. Berasrama Penuh 2008-2015:’Melahirkan


Pemimpin Bertaraf Dunia’. Putrajaya:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
RUJUKAN
[10] Bond, T.G dan Fox, C.M (2007).

JURNAL KEMANUSIAAN / Norlia Harun (2016) 40 - 52 50


Jurnal Kemanusiaan Vol. 25, Iss. 3 ISSN 1675-1930
Universiti Teknologi Malaysia

Applying The Rasch Model. Lawrence [20] Mohd Majid Konting (2004). Kaedah
Erlbaum Associates, Inc., Publisher: New Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Jersey. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
[11] Esa Abd Samad (2007). Menuju [21] Norlia Harun, Faizah A.Ghani dan
Puncak Kecemerlangan : Tip-Tip Sukses Dari Khairudin Sapar (2013). Faktor
A-Z. Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn Bhd. Ketidakcemerlangan Pelajar Sekolah
[12] Espeland, P. dan Verdict, E (2007). Berasrama Penuh. Prosiding Persidangan
Dude, That’s Rude! (Get Some Manners). Antarabangsa Pendidikan Dan Kaunseling
Hong Kong: Free Spirit Publishing Inc. 2013. Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat:
[13] Genevy Septy Anak Uning (2006). Perkama Konsultan, 295-299
Kajian Ke Atas Faktor- Faktor Yang [22] Rusell, J.D. (1974). Modular
Mempengaruhi Kelemahan Pelajar- Instruction: A Guide to the Design, Selection,
Pelajar Sekolah Berasrama Penuh Dalam Utilization and Evaluation of Modular
Matematik Tingkatan Satu Tesis Ijazah Materials. New York: Publishing Company.
Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia, [23] Salkind, J.N. (2010). Encyclopedia
Skudai. Of Research Design. USA: SAGE
[14] Hasan Mohd Ali (1996). Strategi Publications.
Belajar Yang Berkesan. Kuala Lumpur: [24] Tajul Ariffin Nordin, Roslee Ahmad
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. dan Rahimawati Abdul Rahim (2007).
[15] Imam al-Ghazali (2012). Mukhtasar Membina Pelajar Cemerlang Evolusi
Ihya ‘Ulumuddin. Terjemahan Ibnu Yasin. Pembelajaran Sepanjang Hayat. Johor
Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.
[16] Imam al-Ghazali (2015). Bidayatul [25] Thilaga Valli a/p P.Sivagnanamn
Hidayah. Terjemahan Muhammaad Nasir. (2004). Gaya Pembelajaran Pelajaran Sains
Batu Caves: Pustaka Al Ehsan. Tingkatan 4 Di Sebuah Sekolah
[17] Imam Ghazali (1991). Kepada Berasrama Penuh Satu Kajian Kes. Tesis
Anakku Dekati Tuhanmu. Terj. A Mudjab Master, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Mahali. Jakarta: Gema Insani. [26] Tuckman, B.W. dan Waheed, M.A.
[18] Ishak bin Osman (1991). Pola (1981). Evaluating An Individualized
Pendekatan Belajar Di Kalangan Pelajar Science Programme For Community
Sekolah Berasrama Penuh. Kuala Lumpur: College Student. Journal of Research in
Universiti Malaya. Science Teaching 18: 489-495
[19] Jamaludin Ahmad (2008). Modul [27] Unit Peperiksaan SBP Johor (2016).
Dan Pengendalian Bimbingan Kelompok. Analisis Keputusan SPM SBP 2015. SM Sains
Serdang: UPM Batu Pahat, Johor.

JURNAL KEMANUSIAAN / Norlia Harun (2016) 40 - 52 51


Jurnal Kemanusiaan Vol. 25, Iss. 3 ISSN 1675-1930
Universiti Teknologi Malaysia

[28] Williams-Boyd, P. (2003). Middle (2016). Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Grades Education. California: Library of Kementerian Pelajaran Malaysia.
Cataloging In Publication Data. http://www.moe.gov.my/my/falsafah-
[29] Toh Hoon Leong (2000). Rahsia pendidikan-kebangsaan
Pelajar Cemerlang. Klang: Utusan [38] Chua, Yan Piaw (2011). Kaedah
Publications & Distributors Sdn Bhd. Penyelidikan Buku 1. Malaysia: Mc Graw Hill
(Malaysia) Sdn. Bhd.
[30] Musthafa Dib Al-Bugha (2007). Al
Wafi: Syarah Hadiths Arbain Imam An-
Nawawi. Damaskus: Dar Al Musthafa.
[31] Wright, B.D., dan Masters, G.N.
(1982). Rating Scale Analysis. Chicago:
Mesa Press.
[32] Linarce, J.M. (2005). Measurement,
Meaning And Morality (Electronic Version).
Rasch Research Papers, Explorations And
Explanations: Research Papers And
Memoranda. retrived 5th March from
http://www.rasch.org/memo71.pdf.
[33] Kementerian Pelajaran Malaysia
(2016). Panduan Permohonan Kemasukan
Murid Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia.
http://www.moe.gov.my/my/syarat-
kemasukan-sbp.
[34] Kementerian Pelajaran Malaysia,
KPM (2012). Laporan Awal Ringkasan
Eksekutif: Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025: Putrajaya.
[35] Sidek Mohd Noah (2002). Reka
Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan
Praktis. Serdang: Penerbit UPM.
[36] Sidek Baba (2006). Pendidikan
Rabbani. Shah Alam: Karya Bestari Sdn Bhd.
[37] Kementerian Pelajaran Malaysia

JURNAL KEMANUSIAAN / Norlia Harun (2016) 40 - 52 52

You might also like