Professional Documents
Culture Documents
Transkrip Temubual
Transkrip Temubual
Marliana Pada pandangan puan, apakah yang puan faham tentang maksud
sosiobudaya
Pn Low Ai Ni Maksud sosiobudaya pada saya adalah berkaitan dengan budaya, adat
resam seperti bahasa, makanan, cara hidup, dan amalan. Sosiobudaya
merangkumi semua seperti kaum dan di Malaysia, kita mempunyai pelbagai
kaum dan kita tahu setiap keistimewaan dan budaya kaum yang ada di
Malaysia. Sebahagian kaum di Malaysia juga ada mengamalkan budaya orang
lain seperti makan dan sebagainya.
Marliana Bolehkah cikgu, memberikan pendapat cikgu mengenai budaya yang dibawa
oleh murid di sekolah? Adakah budaya di rumah mempengaruhi persekitaran
pembelajaran murid disekolah?
Pn Low Ai Ni Bagi saya , murid di sekolah pedalaman Sabah kurang dapat menyesuaikan
diri dengan persekitaran mereka di sekolah. Mereka lebih banyak membawa
pemikiran dan amalan mereka di rumah ke sekolah. Kebanyakan mereka
menganggap pergi ke sekolah adalah satu perkara wajib sahaja bukan untuk
menimba ilmu. Manakala, ketika saya mengajar Sekolah Ghaffar Baba, Saya
melihat impaknya sangat bagus kerana saya dapat melihat mereka bergaul
dan berinteraksi dengan baik walaupun ada sesetengah mereka yang berbeza
dalam gaya komunikasi (India, Cina, Melayu) serta mereka dapat mengenali
antara satu sama lain. Dari sudut pembelajaran pula, saya dapati setiap
individu mempunyai sikap yang berbeza juga berbeza bagaimana cara mereka
belajar. Contohnya, murid Cina yang hanya menghafal pembelajaran mereka
dan kurang komunikasi yang baik disebabkan oleh penguasaan bahasa yang
terbatas. Murid Melayu yang popular dengan sikap nakalnya tetapi mempunyai
otak yang cerdas. Manakala murid India yang sukar menukar bahasa
pertuturan mereka. Walaubagaimanapun, saya dapati mereka sendiri dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran dan gaya hidup rakan-rakan yang
berlainan budaya.
Pn Low Ai Ni Semasa mengajar di sekolah SMK Sook , Sabah, hampir kesemua murid akan
bercakap mengikut dialek bahasa mereka iaitu bahasa dusun dan murut.
Mereka tidak mahir untuk bertutur di dalam bahasa Melayu malah mereka juga
tidak tahu untuk menulis tulisan dalam bahasa Melayu. Tetapi berlainan sedikit
dengan budaya di SMK Ghaffar Baba. Kebanyakan pelajar mahir untuk
berinteraksi menggunakan bahasa Melayu semasa bertutur dengan rakan
yang berlainan bangsa. Tetapi bagi yang sama bangsa, contohnya bangsa
Cina, mereka akan menggunakan dialek bahasa mereka (bahasa Mandarin)
sekiranya mereka berkomunikasi antara satu sama lain.
Marliana Bagaimana pula taraf sosial ini memberi kesan dan impak terhadap
kepelbagaian sosiobudaya kepada murid?
Marliana Apakah aktiviti yang dijalankan oleh cikgu di dalam kelas untuk meningkatkan
kefahaman tentang sosiobudaya?
Pn Low Ai Ni Saya akan mencampurkan pelajar dalam kumpulan. Di sini saya dapat
memberi peluang kepada pelajar untuk mereka saling kenal-mengenali anatara
satu sama lain. Selain itu, saya meraikan perbezaan murid di dalam kelas
dengan cara mewujudkan satu budaya, tanpa menyentuh isu sensitif setiap
kaum. Contohnya, dari sudut komunikasi, penggunaan bahasa kebangsaan
untuk berkomunikasi dengan semua pelajar diterima bagi memahamkan
semua pelajar. Jika pelajar Cina ingin berkomunikasi bersama saya, saya akan
meminta mereka untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
Marliana Apakah aktiviti yang sesuai dilaksanakan oleh guru untuk meningkatkan
kefahaman dan pengetahuan murid tentang sosiobudaya di dalam sekolah?
Pn Low Ai Ni Apabila diadakan festival, kita perlu untuk membawa masuk festival tersebut di
dalam sekolah dan kita beri mereka peluang untuk merasai perbezaan budaya
yang ada. Semakin banyak mereka memahami sesuatu budaya, semakin
meningkat kefahaman dan penerimaan antara satu sama lain. Konflik pula
akan menjadi lebih kecil. Jika saya diberikan sesuatu yang baru, saya tidak
akan menyukai dan menerimanya serta-merta kerana saya tidak faham tetapi
sekiranya diberi pendedahan, tahap kefahaman saya tentang sesuatu perkara
dapat ditingkatkan. Aktiviti yang dilakukan di dalam kelas hendaklah dapat
mewujudkan sikap saling memahami kerana apabila sikap ini ada secara tidak
langsung mereka akan menghormati antara satu sama lain.
Marliana Jadi apa yang boleh saya simpulkan, kuncinya adalah memahami antara satu
sama lain?
Pn Low Ai Ni Ya