Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN

Persekitaran bilik darjah mesra budaya adalah antara perkara utama yang perlu diambil
kira untuk diwujudkan di sekolah terutamanya di sekolah yang terdiri daripada murid yang
pelbagai etnik di dalam sesebuah bilik darjah.

Perkataan mesra menunjukkan gambaran keceriaan, keselesaan dan kegembiraan.


Kemesraan wujud apbila individu manusia berhubung antara satu sama lain. Dalam

perhubungan tersebut, nilai-nilai murni menjadi pegangan dan amalan yang akhirnya
mewujudkan toleransi, persefahaman dan budaya saling hormat menghormati. Manakala
budaya pula adalah sebagai satu kelompok nilai amalan dan perlakuan yang diterima pakai

oleh sekelompok masyarakat yang memenuhi kehendak rohani dan jasmani sehingga wujud
kesejahteraan bagi masyarakat tersebut. Oleh itu, mesra budaya bermaksud perlakuan atau
amalan yang mendatangkan keselesaan dan kegembiraan (Noriati A. Rashid et. Al, 2014).

Menurut Noriati et al. (2011), pengurusan bilik darjah secara efektif dapat dibahagikan
kepada dua aspek, iaitu pengurusan sumber P&P yang mesra budaya, dan susun atur bilik

darjahnya dalam usaha memupuk hubungan etnik antara masyarakat Malaysia. Persekitaran
bilik darjah mesra budaya bukan sekadar melibatkan unsur-unsur fizikal yang dapat dilihat
dengan pancaindera semata-mata seperti ruang bilik darjah serta peralatan di dalamnya,

sebaliknya persekitaran bilik darjah adalah turut melibatkan unsur-unsur emosi dan hubungan
kemanusiaan( Noriati A. Rashid et. al 2014), Justeru, kedua-dua unsur sangat perlu
digabungkan serta diserasikan untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah mesra budaya.

Manakala, Syed Ismail bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon (2010) menyatakan
bahawa pengalaman pembelajaran mesra budaya akan menjadi nadi bagi kehidupan

masyarakat yang harmonis dan aman di peringkat nasional dan global. Antara nilai sivik yang
diperlukan oleh masyarakat yang mempunyai pelbagai agama, etnik, dan budaya ialah hormat-
menghormati, toleransi, kasih sayang terhadap alam sekitar, kepatuhan kepada peraturan dan

undang-undang dan semangat patriotik.

Oleh itu, dalam menghadapi situasi bilik darjah yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan etnik yang mempunyai budaya yang berbeza ,pelbagai kaedah yang boleh diguna
pakai oleh guru dalam merangka kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dimana
semua bangsa mempunyai hak yang sama rata. Mereka semua berpeluang untuk belajar
dengan menggunakan kaedah dan pendekatan yang sesuai. , Oleh itu, seseorang guru
hendaklah membina satu persekitaran bilik darjah yang mesra budaya agar murid dapat melalui
proses pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.

2.0 PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA


3.0 MANUAL AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tajuk : Perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup.

Mata Pelajaran : Pendidikan Islam (Jawi)

Kelas : Tahun 2 Jujur

AKTIVITI: JAWI FUN LEANRNING STATION

Aktiviti jawi fun learning station ini sesuai digunakan oleh guru terhadap murid tahun 2
dalam pelbagai subjek. Disini saya memfokuskan kepada mata pelajaran pendidikan islam
(jawi) di bawah tajuk perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup. Aktiviti ini
sesuai digunakan oleh murid dalam kategori baik atau sederhana. Ianya amat senang dan
mudah dilaksanakan oleh guru kerana ia merupakan aktiviti yang mudah dikawal dan
melibatkan murid untuk bekerjasama sesama ahli kumpulan mereka. Manakala kad perkataan
yang dibuat, dihasilkan dengan menggunakan kertas keras yang besar bagi memudahkan
murid untuk mengeja suku kata perkataan. Sehubungan dengan itu, aktiviti ini bersesuaian
dengan murid katageori baik dan ia mampu menarik minat pelajar seterusnya menepati
pembelajaran berpusatkan murid.

Perlaksanaan aktiviti pengajaran jawi fun learning ini memerlukan bahan seperti
berikut:

o Manilakad
o Gambar
o Kad perkataan
o Perhiasan
o Kertas Terpakai
o Gam

Perlaksanaan aktiviti pengajaran jawi fun learning terdiri daripada


beberapa fasa permulaan pertengahan dan penutup. Fasa permulaan atau
dipanggil sebagai prosedur pertama ialah fasa pemerhatian atau kita kenali
sebagai set induksi. Pada fasa ini, guru menunjukkan beberapa makanan
tradisional pelbagai kaum di Malaysia yang disebut dengan suku kata terbuka
dan suku kata tertutup kepada semua murid di dalam kelas. Strategi berpusatkan
bahan iaitu gambar dilaksanakan. Guru haruslah memilih gambar makanan yang sesuai
dengan semua etnik, bangsa dan budaya murid di dalam kelas. Pastikan gambar yang
dipilih sesuai dengan kaum yang ada di dalam kelas. Disamping itu, guru menanyakan
beberapa soalan kepada murid. Contoh soalan yang di tanya ialah . Apa yang
kamu lihat tentang gambar ini? , Bolehkah kamu sebutkan nama-nama makanan
tradisional pelbagai kaum di Malaysia yang dinyatakan tadi? ,Adakah makanan tersebut
dimakan oleh semua kaum?. Seterusnya, penggunaan kaedah soal jawab antara murid
dan guru mengenai paparan gambar-gambar yang terlah ditunjukkan dan murid akan
menjawab soalan. Dalam perkara ini guru tidak boleh memilih satu-satu kaum atau
bangsa sahaja untuk menjawab soalan malah semua murid dibenarkan menjawab
soalan.Hal ini demikian kerana, supaya tiada kelompok yang akan merasakan diri
mereka tersisih di bilik darjah. Kesan daripada kaedah dan aktiviti soal jawab ini adalah
semua murid boleh berkomunikasi dengan baik tanpa mengira perbezaan bangsa dan
budaya.

Bermula dengan stesen pertama yang mana guru menggunakan kaedah


pengulangan. Dalam kaedah ini, guru menayangkan beberapa kad suku kata terbuka
dan tertutup di hadapan kelas. Strategi berpusatkan murid dijalankan di mana guru
telah meminta murid menyebut dan mengulang suku kata terbuka dan tertutup yang
ditayangkan dihadapan kelas secara kelas, berkumpulan dan individu. Aktiviti
pengulangan ini meliputi semua kaum di dalam kelas. Manakala, bagi beberapa murid
yang dipilih secara individu untuk membaca dan mengulang suku kata terbuka dan
tertutup itu perlulah mewakili semua kaum yang ada di dalam kelas.
Suku kata terbuka + suku kata tertutup

‫باكو‬ ‫كول‬ ‫با‬


= +
‫ل‬
‫بولن‬ ‫لن‬ ‫ب‬
= +
‫و‬
‫لمغ‬ = ‫مغ‬ + ‫ل‬

Seterusnya, guru dan murid akan ke stesen kedua iaitu pembelajaran yang
menggunakan kaedah perbincangan di dalam kumpulan. Murid akan di bahagikan
kepada dua kumpulan yang terdiri daripada semua kaum yang terdapat di dalam kelas
tanpa mengenepikan mana-mana kaum. Kemudian, setiap kumpulan diberi beberapa
kad perkataan dan gambar dan perlu berbincang untuk mencantumkan kad-kad
perkataan supaya menjadi rangkai kata yang sesuai. Strategi berpusatkan murid dan
bahan digunakan dalam fasa ini. Kesannya, aktiviti perbincangan di dalam kumpulan
telah membuatkan murid dapat bekerjasama dan mempunyai daya saing untuk
menghasilkan kerja berkumpulan. Malahan aktiviti berkumpulan ini akan melibatkan
interaksi antara murid yang pelbagai kaum di dalam kelas ini.Oleh yang demikian
secara tidak langsung murid dapat mengenali budaya rakan yang pelbagai. Bukan itu
sahaja malah melalui pendekatan secara perbincangan ini memberi peluang kelompok
murid yang berasa tersisih, meningkatkan keyakinan diri mereka selain meningkatkan
peluang mereka mengecapi kejayaan
Rangkai kata:

Seterusnya, fasa yang terakhir ialah fasa ketiga iaitu permaianan kotak ajaib.
Dalam aktiviti permainan ini, murid diberikan satu kotak ajaib yang mengandungi kad-
kad rangkai kata. Kemudian, murid diperdengarkan lagu sehingga kotak ajaib bertukar
tangan sehinggalah lagu berhenti. Murid yang masih memegang kotak ajaib diminta
mengambil satu kad rangkai kata di dalam kotak tersebut. Murid diminta untuk membina
satu ayat berdasarkan rangkai kata yang diperoleh melalui kotak ajaib tersebut. Mana-
mana murid yang tidak dapat membina ayat menggunakan rangkai kata dibantu oleh
rakan-rakan mereka. Nilai kerjasama dan prihatin terhadap rakan tanpa mengira kaum
atau etnik dapat dilihat dalam aktiviti ini. Strategi yang digunakan adalah berpusatkan
bahan dan murid. Lagu yang digunakan pula ialah lagu “ Are Sleeping” pada lirik lagu
“Siapa saya” yang mana menggunakan rangkai kata makanan tradisional yang
dipaparkan dihadapan kelas. Guru akan menyanyi dan merakamkan lagu tersebut
sebelum diperdengarkan semasa melaksanakan aktiviti permainan kotak ajaib ini.

Membina ayat berdasarkan rangkai kata:

‫ناسي لمق‬ ‫روتي‬


‫خاناي‬
‫ناسي‬ ‫كوءيه‬
‫برياني‬ ‫باكول‬
‫لفت فيسغ‬ ‫كوءيه‬
‫بولن‬
Lagu: Siapa saya?
Siapa saya? Siapa saya?
Saya roti, saya roti.
Sebutlah nama, sebutlah nama.
Saya roti canai, roti canai.
* ulang lagu menggunakan rangkai kata nama
makanan tradisional yang berbeza.
Sebelum sesi pembelajaran tamat, guru menggunakan kaedah sumbang saran
dan stategi berpusatkan guru yang mana guru perlu merumus pelajaran pada hari
tersebut. Tidak lupa juga guru perlu mengingatkan murid agar menghargai makanan
tradisonal pelbagaian kaum yang ada di malaysia.

Kesimpulannya, manual aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang


adalah menepati dengan bilik darjah mesra budaya kerana guru melibatkan semua
murid yang terdiri daripada pelbagai kaum di dalam kelas tersebut dalam setiap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu melibatkan murid yang pelbagai kaum
secara main peranan di dalam aktiviti berkumpulan.

You might also like