Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

UNIT KOKURIKULUM SK KUALA KETIL

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KETIL


09300 KUALA KETIL
KEDAH DARUL AMAN

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga pendidik dan staf SK Kuala Ketil dengan penuh tekad dan
iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga
kami untuk :

MURID :

 Memastikan aktiviti gerak kerja kokurikulum berjalan pada masa yang


ditetapkan serta murid mendapat pendidikan kokurikulum berkualiti.
 Memastikan penglibatan dalam bidang kokurikulum diikuti oleh semua
murid di sekolah ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
 Menyediakan murid untuk pentaksiran PAJSK.
 Memastikan maklumat / data dapat disalurkan kepada pelanggan,
lengkap, tepat,cepat dan terkini.
 Setiap murid yang layak dan berpotensi dalam pelbagai bidang
kokurikulum dikembangkan secara optimum diperingkat sekolah,
daerah, negeri dan kebangsaan.
 Setiap murid tahap dua mendapat peluang menyertai kegiatan ko-
kurikulum sekurang-kurangnya satu persatuan, satu kelab beruniform
dan satu aktiviti sukan permainan.

STAF :

 Memastikan staf berkhidmat dengan penuh komited, berdedikasi,


berdisiplin, produktif serta proaktif.
 Memastikan staf menawarkan perkhidmatan cekap, ikhlas, amanah
dan berkesan serta menepati keperluan semasa.
 Memastikan pejabat sekolah sentiasa peka dan responsive kepada
kehendak pelanggan.
IBU BAPA :

 Memastikan semua maklumat berkaitan kokurikulum iaitu


kemenjadian diri murid secara keseluruhan dari segi penglibatan
kokurikulum terutama bagi pelaksanaan pemarkahan PAJSK
disampaikan secara berterusan kepada warga sekolah terutama murid
dan ibubapa.

KOMUNITI :

 Memberi kerjasama erat kepada semua aktiviti kemasyarakatan.

STAKEHOLDER :

 Memberi maklum balas kepada semua surat arahan daripada


stakeholder selewat-lewatnya 1 hari selepas surat diterima.

OBJEKTIF KETETAPAN KOKURIKULUM SEKOLAH

 Ketetapan Kokurikulum ini menjadi garis panduan yang jelas kepada


setiap warga sekolah.
 Memantapkan pengurusan kokurikulum di peringkat sekolah.
 Memenuhi keperluan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

PERNYATAAN KETETAPAN KOKURIKULUM

1.1 Menyediakan dan menyelaraskan program pendidikan termasuk


kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta
menanam dan mempertingkat nilai moral yang diingini dan
mengembangkan kesemua aspek Kecerdasan Pelbagai.
1.2 Ketetapan Kokurikulum Sekolah (KKoS) yang diwartakan mestilah
selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan juga
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 .
1.3 Aktiviti Kokurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak
dan SOP (“Standard Operating Procedure”)
Kementerian Pendidikan Malaysia .
1.4 Semua guru mestilah mempertingkatkan kemahiran kejurulatihan
secara berkala dalam ketiga-tiga bidang utama ;- Pasukan
Badan Beruniform, Kelab Persatuan dan Sukan Permainan .

DASAR PELAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM

“Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada


proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang
memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh kemahiran dan
nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah.”
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan
Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai ‘Kegiatan
Kumpulan’.
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26,
Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996,
Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi
takrifKokurikulum iaitu :
 Penyertaan dalam sukan permainan
 Penyertaan dalam persatuan dan kelab
 Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam
 Lain-lain kegiatan sebagimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan

DASAR UTAMA (1)

KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA


KURIKULUM KEBANGSAAN
Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

 “Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk


kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan
untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari
segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertiingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan.”
 (Subperaturan 3(1) Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum
Kebangsaan) 1997 yqng diterbitkan sebagai PU (A) 531/97.
MELAKSANAKAN KOKURIKULUM
DI SEKOLAH ADALAH WAJIB

 Kegagalan / keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah


suatu kesalahan yang jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda
atau penjara atau pun kedua-duanya sekali di bawah penalti am.

Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) : Penalti Am.

 “(1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang


baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, boleh, apabila disabitkan,
didendatidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya”.

 “(2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh,
dalan hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan,
dikenakanhukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus
ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh
dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan
kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan”.
DASAR UTAMA (2)

PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM


ADALAH WAJIB

· “Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan


setiap murid. Setiap pelajar hendaklahmengambil bahagian sekurang-
kurangnya dalam salah satu gerakerjapakaian seragam, satu
kegiatan persatuan dan kelab dan satu kegiatan sukan dan permainan”.

· [Perkara 5.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP (BS) 8591/Jld. II


(29)]

· Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid


menyertai kegiatan kokurikulum yang mereka minati.

· [Untuk tujuan ini Pengetua / Guru Besar telah diperuntukkan


kuasa untuk menubuhkan kelab/persatuan di sekolah seperti dalam
Peraturan 4 Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang
diterbitkan sebagai PU(A) 196/98.]
· Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan
kokurikulum hendaklah direkodkan dan diberi penilaian.

· [Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtsas Bil
1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986]

· Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu


telah mendaftarkan diri untuk menyertainya adalah suatu kesalahan yang
menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin jika
disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau
ponteng kelas.

· [Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam buku Undang-Undang dan


Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh murid-murid dan ibu bapa
mereka]

DASAR UTAMA (3)

PENYERTAAN SEMUA GURU ADALAH WAJIB

· Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau perkhidmatan awam


dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah
adalah wajib.

· “Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan


keberkesananpelaksanaan gerakerja kokurikulumdi sekolah” ( Perkara 5.2
dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985)

· Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi


tugas dan tanggungjawab yang spesifik, terperinci dan kuantitatif dalam
bidang kokurikulum di sekolah seperti yang dilakukan dalam bidang
kurikulum.

· Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang


telah diperuntukan adalah suatu kesalahan daripada segi keperluan
perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggungjawaban penjawat
awam atau pun moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan tindakan
disiplin mengikut “Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan
tatatertib) (Bab D).”
DASAR UTAMA (4)

PERLAKSANAAN “KEGIATAN KOKURIKULUM”

· “Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah


merupakan apa-apa kegitan yang dirancang lanjutan daripada proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang
memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang
dipelajaridalam bilik darjah.” [Peraturan 2 dalam Peraturan – Peraturan
Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997]

· Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendklah dirancang


dengan maksud mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan
dan kurikulum kegiatan serta skema penilaian yang pragmatis dan
progresif.

· Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah


mengandungi elemen-elemen pengetahuan, pengalaman dan
kemahiran baru serta nilai-nilai murni yang
membantumembangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid
secara seimbang.

PENYERTAAN ‘BERAMAI-RAMAI’

· Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan


prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi
atau paksaan tetapi memfokus kepada peningkatan perpaduan dan
integrasi dalam kalangan murid-murid.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

· Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah


bersifat eksklusif. Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid.

DASAR-DASAR SOKONGAN
DALAM PELAKSANAAN KOKURIKULUM
DI SEKOLAH

· “Sekolah – sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk


gerakerja kokurikulum ini hendaklah mengalakkan murid-muridnya
mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal
untukmasyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan
sekolah ; gerekerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum,
ketatanegaraan, moral dan sebaganya yang sesuai bagi pendidikan
menyeluruh dan pembentukan keperibadian.”

§ [Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS) 8591/Jld. 929]
-Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan
dan penyertaan anggota masyarakat setempat.

§ [Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling


Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk ‘Sekolah Sebagai Institusi
Masyarakat’]

-“Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam


keguatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah.
Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan
menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang
dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh
petubuhan bukan kerajaan yang berdaftar”. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
24/1998).

§ “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah


menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu
persekolahansecara terancang. Kementerian juga menggalakkan
penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan
tersebut”. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

§ “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian


Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu
diberi ruang untuk mengembangkanpotensi mereka secara menyeluruh
dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani,emosi dan jasmani’. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).

§ “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan


murid-murid atau orang perseorangan (atas penyertaan , penglibatan dan
pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah).
Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-
mata,tetapi hendaklah juga diberi kepada murid-murid yang mempunyai
sifat disiplin yang baik”. (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
1/1985).

§ Sekolah mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan


bakat dan potensi diri masing-masing dalam bidang-bidang
kokurikulum yang mereka minati ke peringkat yang lebih tinggi
sehinggalah ke peringkat antarabangsa.

§ Murid-murid juga sebaik-baiknya diberi peluang memperagakan


bakatdan kecemerlangan masing-masing.

KETETAPAN KOKURIKULUM SK KUALA KETIL

1. Semua guru adalah dilantik sebagai guru penasihat unit kokurikulum.


2. Semua murid perlu menyertai satu aktiviti kelab sukan dan
permainan, satu aktiviti kelab dan persatuan, satu badan beruniform
dan satu kelab 1 murid 1 sukan.
3. Murid yang tidak dapat hadir aktiviti mingguan perlu memaklumkan
sebab ketidakhadiran secara lisan atau bertulis kepada guru penasihat.

MASA PELAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH

TAHUN MASA
Tahun 4,5 ,6 120 minit seminggu
2.30 ptg – 4.30 ptg

JUMLAH BILANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM

UNIT KEKERAPAN
UNIT BERUNIFORM 12 kali setahun
KELAB/PERSATUAN 12 kali setahun
SUKAN/PERMAINAN 12 kali setahun

BUKU REKOD KOKURIKULUM (PAJSK)

1. Untuk tujuan pematauan,setiap murid wajib memiliki SATU buku rekod


PAJSK.
2. Buku rekod PAJSK ini ialah buku aktiviti kokurikulum yang akan
diguna pakai sepanjang tempoh setahun dari tahun 4 hingga tahun 6.
3. Buku ini hendaklah diserahkan kepada guru penasihat aktiviti untuk
tujuan merekod kehadiran dan aktiviti yang dijalankan sewaktu
perjumpaan.
4. Guru penasihat hendaklah membuat pengesahan dalam buku ini
dengan menandatangani pada ruang yang berkenaan pada setiap kali
perjumpaan.
5. Buku ini hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan
kepada Setiausaha Kokurikulum/GPK Koku pada setiap akhir penggal
untuk tujuan pemantauan.
6. Buku ini juga akan digunakan sebagai bahan rujukan bagi tujuan
merekod markah koku pelajar di akhir sesi persekolahan setiap tahun.

MASA AKTIVITI

Agihan masa bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti unit-unit kokurikulum adalah


seperti berikut:

Unit-unit koku Kekerapan Hari / Masa Tempoh


Pasukan pakaian Rabu Sepanjang
seragam(unitberuniform) 2 minggu sekali 2.30 – 3.30 ptg tahun
(12-14) kali
perjumpaan
Kelab/Persatuan Rabu Sepanjang
Akademik dan bukan 2 minggu sekali 2.30 – 3.30 ptg Tahun
akademik (12-14) kali
perjumpaan
Kelab Sukan dan Rabu Sepanjang
Permainan 1 minggu sekali 3.30 – 4.30 ptg Tahun
(12-14) kali
perjumpaan
Latihan Rumah Sukan
1. 1.Merah Khamis Ikut
2. 2.Biru 1 minggu sekali 2.30 – 4.00 ptg keperluan
3. 3.Hijau
4. 4.Kuning

PENYERTAAN DAN PERTANDINGAN

Pihak sekolah akan sentiasa menggalakkan badan-badan kokurikulum


mengambil bahagian dalam sebarang pertandingan samada di peringkat
sekolah, zon, daerah, negeri atau kebangsaan. Penyertaan dalam
pertandingan adalah sangat penting sebagai kayu pengukur keberkesanan
program kokurikulum yang dirancang. Malah apa yang lebih penting ialah
penglibatan murid di samping mencapai kecemerlangan yang akan memberi
kepuasan kepada murid untuk mendapatkan sijil demi kepentingan kerjaya
dan masa depannya.
PENGHARGAAN

Kecemerlangan adalah matlamat utama sekolah ini. Oleh itu setiap


pencapaian yang cemerlang samada diperingkat zon,, daerah, negeri dan
kebangsaan akan menerima penghargaan dan pengiktirafan daripada pihak
sekolah. Penghargaan dan pengiktirafan boleh diterjemahkan dalam
pelbagai bentuk seperti :
1. Ucapan tahniah dan penghargaan serta kata-kata perangsang oleh pihak
pentadbiran, guru-guru dalam majlis rasmi atau perhimpunan sekolah.
2. Memberi sijil-sijil penghargaan.
3. Memberi hadiah-hadiah khas dalam bentuk cenderahati, jamuan, lawatan
dan sebagainya.
4. Mempamerkan gambar-gambar dan sijil-sijil penghargaan pada papan
kenyataan.
SENARAI TUGAS
JAWATANKUASA KOKURIKULUM

TUGAS JAWATAKUASA PENGURUSAN


a) Merancang aktivit sekolah (Rancangan Jangka Panjang /Pendek).
b) Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
c) Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
d) Menentukan takwim dan jadual aktivit.
e) Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
f) Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan
kokurikulum
peringkat daerah/ negeri/kebangsaan.
g) Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual Kokurikulum.
h) Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga sekolah, Merentas Desa,
Hari
Kecemerlangan Kokurikulum dan kegiatan lain.
i) Menilai aktivit kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
j) Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit
dilaksanakan di sekolah.
k) Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan
kewangan
l) Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar
yang telah menunjukan prestasi cemerlang dalam bidang masing-
masing.
m) Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh
pelajar.

TUGAS GPK KOKURIKULUM


a. Menentukan objektif gerakerja kokurikulum sekolah tercapai.
b. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerakerja kokurikulum
sekolah.
c. Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerakerja
kokurikulum
d. Memastikan supaya setiap unit gerakerja kokurikulum berjalan
dengan
lancar, berterusan dan berkesan.
e. Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktivit
kokurikulum.
f. Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan
aktivit
kokurikulum.
g. Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada
pelajar.
h. Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatan
kokurikulum.
i. Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun
daripada
setiausaha kokurikulum, penolong Setiausaha kokurikulum dan
penyelaras-penyelaras unit.
j. Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada pelajar yang men
capai taraf kecemerlangan dalam aktivit kokurikulum.

TUGAS SETIAUSAHA SUKAN


a. Menyelaraskan semua aktivit sukan sekolah.
b. Menyediakan takwim dan aktivit sukan yang sesuai dengan aktivit
MSD/
MSN/MSM.
c. Membantu Pengetua mengagih tugas baru dalam olahraga dan
permainan.
d. Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan.
e. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktivit dan
peralatan.
f. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktivit sukan luar sekolah.
g. Mengurus dan menjaga keselamatan semua perlatan sukan sekolah.
h. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan
sukan.
i. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan
sukan.
j. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktivit sukan sekolah
dan
luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.
k. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan Kokurikulum
untuk kepentingan sukan sekolah.
l. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah
dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.
m. Menghadir kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu

TUGAS SETIAUSAHA KOKURIKULUM


a. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
b. Membantu Pengetua dalam pengagihan tugas kepada guruguru,
perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelajar.
c. Mengurus pemilhan peserta untuk ke pertandingan aktivit
persatuan/
kelab/pasukan badan beruniform dan sukan/permainan.
d. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktivit
kokurikulum
dipatuhi.
e. Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik.
f. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan
dikemaskinikan
dan mencukupi.
g. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktivit
kokurikulum dan mengadakan latihan dengan mereka.

TUGAS & TANGGUNGJAWAB AJK KERJA PENGURUSAN

TUGAS GURU PENASIHAT KELAB SUKAN PERMAINAN


a. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli
Jawatankuasa.
b. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
c. Memastikan aktivit selaras dengan objektif sekolah.
d. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung
dalam
Perlembagaan.
e. Merancang aktivit tahunan dengan kerjasama pelajar.
f. Memastikan aktivit berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
g. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan
Sukan/
Permainan.
h. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan
diurus
dengan baik.
i. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktivit disediakan dan
difailkan.
j. Mendaftarkan Kelab/Persatuan Sukan / Permainan.
k. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta
galakan
kepada ahli-ahli.
l. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di
peringkatsekolah/zon/
daerah dalam lawatan atau projek yang dijalankan.
m. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
n. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
o. Menghadir perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit
yang diwakil.
p. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
q. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
r. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijl Penghargaan
kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
s. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu
program.
t. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari
semasa ke semasa.

SENARAI TUGAS GURU RUMAH SUKAN.

1. Menguruskan dan menyelia semua aktiviti sukan dan permainan


serta olahraga yang melibatkan Rumah Sukan.
2. Membimbing dan mengadakan mesyuarat Rumah Sukan.
a. Membimbing AJK Rumah Sukan menjalankan Mesyuarat Agung AJK.
i. Melantik AJK Induk Rumah Sukan.
ii. Menyediakan minit mesyuarat Rumah Sukan.
3. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab AJK Rumah Sukan.
4. Memastikan rumah sukannya mempunyai Fail Rumah Sukan yang
dilengkapkan dengan maklumat dan perkara-perkara berikut:-.
i. Carta Organisasi Rumah Sukan.
ii. Senarai nama Guru Penasihat Rumah Sukan.
iii. Senarai tugas dan tanggungjawab Guru Penasihat Rumah Sukan.
iv. Perlembagaan Rumah Sukan.
v. Senarai nama AJK Rumah Sukan (pelajar).
vi. Senarai nama ahli rumah sukan (pelajar).
vii. Senarai aktiviti tahunan Rumah Sukan.
viii. Akaun kewangan (penerimaan, kutipan dan perbelanjaan wang
yang lengkap dengan resitnya - sekiranya ada membuat kutipan
wang).
ix. Jadual latihan bagi semua aktiviti sukan dan olahraga.
x. Jadual pertandingan bagi semua aktiviti sukan dan olahraga.
xi. Senarai nama peserta yang didaftar dan menyertai kejohanan
Merentas Desa, Kejohanan Olahraga dan sukan yang lengkap (bagi
tujuan pemberian markah kokurikulum).
xii. Senarai nama penerima hadiah sukan dan permainan bagi aktiviti
yang diwakilinya.
xiii. Keputusan Kejohanan Olahraga.
5. Menyediakan nombor peserta seperti yang ditetapkan oleh Majlis
Sukan Sekolah.
6. Menggantikan nombor peserta yang hilang dengan menggunakan
kain berwarna yang sama atau hampir sama dengan ton warna kain
asalnya.
7. Memastikan nombor peserta yang dibuat (diganti), ditulis dengan
jelas (saiz lebih kurang sama dengan yang asal).
8. Mendapatkan ganti rugi yang berpatutan daripada peserta yang
menghilangkan nombor pesertanya.
9. Jumlah wang yang boleh didenda berdasarkan keputusan yang
ditetapkan oleh AJK Penyelaras Rumah Sukan (sila rujuk Penyelaras
Rumah Sukan anda).
10. Menguruskan penyediaan makanan dan minuman (sekiranya
perlu) untuk peserta semasa aktiviti sukan dan permainan / olahraga.
11. Menjaga keselamatan pelajar semasa mereka menyertai aktiviti
sukan dan olahraga.
12. Bertindak selaku Pengurus Pasukan / Jurulatih untuk menghantar
pelajar / peserta dari rumah sukannya ke tempat permulaan acara
atau pertandingan.
13. Memastikan pelajar yang didaftar menyertai sesuatu acara /
pertandingan mengambil bahagian mengikut masa yang ditetapkan.
14. Membuat Laporan Tahunan Rumah Sukan.
15. Mengambil alatan dan memulangkan alatan dari bilik sukan.
16. Membuat tempahan awal untuk menggunakan alatan sukan yang
terhad bilangannya.
17. Hal-hal lain yang difikirkan sesuai dengan peranan dan
tanggungjawab sebagai seorang Guru Penasihat Rumah Sukan.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELARAS KELAB / PERSATUAN /


BADAN BERUNIFORM

a. Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan


PPD sepanjang tahun.
b. Membantu GPK Kokurikulum dan Setiausaha Kokurikulum
membahagikan murid mengikut KELAB dan PERSATUAN..
c. Membantu Setiausaha Kokurikulum menetapkan guru penasihat
kelab/persatuan serta membahagikan tugas kelab/persatuan kepada
guru.
d. Megenal pasti murid yang berpontensi untuk mewakili sekolah.
e. Mengenal pasti murid yang layak mendapat bantuan uniform.
f. Membantu GPK Kokrikulum dan SU kokurikulum menyelaraskan
kegiatan latihan dan pertandingan antara kelab/persatuan dan sekolah
supaya sesuai dengan hari, masa dan tempat.
g. Membantu SU Kokurikulum menyelaras tempat dan keperluan untuk
acara-acara anjuran sekolah ,daerah dan negeri.
h. Mengatur rancangan lengkap untuk Program utama dan pembangunan
unit masing-masing.
i. Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-
kegiatan yang diserti oleh unit masing-masing.
j. Mengawal selia dan menjaga alat kelab / persatuan/ badan beruniform
dengan keadaan yang baik.
k. Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab /
persatuan / badan beruniform sekolah.
l. Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti
kokurikulum unit masing-masing .
m. Membantu SU Kokurikulum memastikan segala aktiviti kokurikulum
direkod.
n. Membantu SU Kokurikulum memastikan maklumat penyertaan murid
dalam aktiviti anjuran sekolah, daerah, negeri direkod.
o. Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang
patut dibeli dan diperbaiki oleh unit masing-masing mengikut
keutamaan.
p. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke
semasa.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AJK UNIT-UNIT KOKURIKULUM

KELAB DAN PERSATUAN / KELAB SUKAN PERMAINAN/


UNIT BERUNIFORM

Pengerusi
a. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat.
b. Menelit catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan
yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.

Naib Pengerusi
a. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab
yang diberi.
b. Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.

Setiausaha
a. Menguruskan hal-hal surat menyurat.
b. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-
kegiatan.
c. Mencatat kehadiran ahli
d. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
e. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.

Penolong Setiausaha
a. Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggung
jawabnya.
b. Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.

Bendahari
a. Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
b. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
c. Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
d. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.
d. Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan
dalam Mesyuarat Agung.
e. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.

Penolong Bendahari
a. Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
b. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.

Ahli Jawatankuasa
a. Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktivit
yang dilaksanakan.
b. Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa

Pemeriksa Kira-Kira
a. Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan
tahunan dan bertangungjawab keatasnya.
b. Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

You might also like