Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

TERHAD

Markas Wilayah Laut 1


Pangkalan TLDM Tg. Gelang
25990 KUANTAN

Tel : 09-5833601 Samb 2102


Faks : 09-5833330

20 Dis 17

MWL(1).600-1/3/9 - ( 13 )

Pekeliling Panglima Wilayah Laut 1 No 6/17

SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN


MARKAS WILAYAH LAUT 1 (SPKKP MAWILLA 1)

Rujuk:

A. BRL 9010 Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan TLDM.


B. MWL(1).600-1/3/9 - ( 8 ) bertarikh 19 Okt 17.

PENDAHULUAN

1. Kesemua The Navy People, samada yang berkhidmat di pangkalan mahupun


di kapal sentiasa terdedah kepada risiko kecederaan. Justeru, satu usaha perlu
diambil bagi mengelak atau mengurangkan risiko ini.

2. SPKKP MAWILLA 1 berperanan untuk menyediakan suatu persekitaran kerja


yang selamat dan sihat untuk warga The Navy People di MAWILLA 1. Organisasi
SPKKP MAWILLA 1 yang terdiri daripada Jawatankuasa Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (JKKP) MAWILLA 1 serta Jawatankuasa Penilaian
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JPKKP) bertanggungjawab terus kepada
Panglima Wilayah Laut 1 (PANGWILLA 1) dalam menentukan SPKKP MAWILLA 1
berjalan dengan cekap dan berkesan.

TUJUAN

3. Arahan ini bertujuan memperincikan SPKKP MAWILLA 1 seperti keperluan di


Rujuk A.

PELAKSANAAN

4. SPKKP MAWILLA 1. Pada dasarnya Organisasi SPKKP MAWILLA 1 terdiri


daripada 2 komponen utama iaitu komponen Pengoperasian dan komponen
Penilaian. Komponen Pengoperasian dikendalikan oleh JKKP sementara komponen
Penilaian dikendalikan oleh JPKKP. Carta organisasi SPKKP MAWILLA 1 adalah
seperti di Kembaran A.

TERHAD
TERHAD

5. JKKP. JKKP diketuai oleh Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


(PKKP) iaitu Lt Kdr Wan Mariana binti Wan Lah TLDM (Ketua Sel Refit, Depot
Logistik Wilayah 1). JKKP terdiri daripada Tim Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (TKKP) Pangkalan dan TKKP Armada. Ahli Tim yang dilantik adalah
seperti berikut:

a. TKKP Pangkalan.

(1) Ketua Tim: Lt Mohd Zulfadli bin Abd Manas TLDM


(MAWILLA 1).

(2) Timbalan: PW II PLM Mohd Hisham bin Hussin (Tim Selam


MAWILLA 1).

b. TKKP Armada.

(1) Ketua Tim: Lt Muhammad Firdaus bin Rahmat TLDM


(KD GANYANG).

(2) Timbalan: BK KOM Mohd Yazid bin Abdullah (KD GANYANG).

6. TKKP Kecil. Walaupun TKKP telah dilantik untuk pangkalan dan armada,
namun setiap unit di pangkalan dan setiap kapal perlu melantik TKKP Kecil sendiri.
Ini bagi menentukan TKKP Kecil dapat mengenal pasti segala hazard yang terdapat
di unit masing-masing dan melapor kepada TKKP bagi tindakan seterusnya.

7. JPKKP. JPKKP akan diketuai oleh Ketua Pegawai Staf Peperangan dan
dibantu oleh Tim QUEBEC ONE dalam menilai tahap keselamatan dan kesihatan di
unit pangkalan atau kapal melalui pelaksanaan Audit Tidak Terjangka (ATT) / Siri Q
seperti di Rujuk B.

8. Bidang tugas dan tanggungjawab adalah seperti di Kembaran B.

9. Dokumentasi dan Rujukan. JKKP dan JPKKP hendaklah merujuk dan


mematuhi dokumen, manual, prosedur arahan dan borang Hazard Identification Risk
Assessment and Risk Control (HIRARC) seperti yang terkandung di Rujuk A.

10. Penyediaan Laporan. Setiap TKKP Kecil bertanggungjawab menghantar


laporan bulanan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti unit masing-masing kepada
TKKP Pangkalan dan Armada untuk dibuat ulasan sebelum memajukan kepada
PKKP dan salinan kepada PANGWILLA 1. Laporan yang dimajukan perlu
menggunakan contoh seperti di Kembaran C dengan markah berdasarkan kepada
kaedah pengukuran di Kembaran D.

TERHAD
TERHAD

PENUTUP

11. Adalah diharapkan SPKKP MAWILLA 1 yang diwujudkan ini akan berfungsi
dengan berkesan dalam memastikan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat
kerja berada di tahap yang terbaik. Penglibatan dan komitmen semua pihak dalam
menjayakan objektif SPKKP MAWILLA 1 adalah sangat diperlukan dalam usaha
MAWILLA 1 untuk menjadi Pangkalan Terbaik 2018.

12. Pekeliling ini berkuatkuasa pada tarikh ia dikeluarkan.

DATO’ PAHLAWAN HJ MOHAMAD ADIB BIN ABDUL SAMAD


Laksda
Panglima

Kembaran:

A. Carta Organisasi SPKKP MAWILLA 1.


B. Bidang Tugas dan Tanggungjawab JKKP dan JPKKP.
C. Contoh Tatacara Pengisian Borang HIRARC.
D. Contoh Borang HIRARC Yang Dipraktikkan Oleh Tentera Laut Amerika
Syarikat.

Agihan:

Luar:

Tindakan:

Penuh

Dalam:

Tindakan:

Penuh

TERHAD
TERHAD
KEMBARAN A KEPADA
MWL(1).600-1/3/9 - ( 13 )
BERTARIKH 20 DIS 17
CARTA ORGANISASI SPKKP MAWILLA 1

PANGLIMA WILAYAH LAUT 1

KETUA STAF

JKKP JPKKP

PKKP KPSP

TKKP PANGKALAN TKKP ARMADA QUEBEC


ONE

- PST MAWILLA 1 - PL KD TERENGGANU


- PL KD SRI KUANTAN - PL KD PAHANG
SQ HQ BQ
- PL DLW 1 - PL KD PENDEKAR
- PL DPW 1 - PL KD HANDALAN
- PL SKTLDM KUANTAN - PL KD PERKASA
- PL PROTELA KUANTAN - PL KD GEMPITA
- PL PSTL KUANTAN - PL KD PERDANA
- PL PSTL SETIU - PL KD GANYANG

A-1

TERHAD
TERHAD

KEMBARAN B KEPADA
MWL(1).600-1/3/9 - ( 13 )
BERTARIKH 20 DIS 17

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JKKP DAN JPKKP

1. PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PKKP).

a. Memberi nasihat mengenai langkah-langkah yang perlu diambil


oleh Pegawai Memerintah (PM) bagi kepentingan keselamatan dan
kesihatan anggotanya serta alam sekitar.

b. Memeriksa peralatan yang digunakan di tempat kerja yang boleh


memberi risiko kecederaan kepada anggota.

c. Menyiasat dan melaporkan kemalangan, near miss, kejadian


berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku
di tempat kerja.

d. Membantu PM atau jawatankuasa keselamatan dan kesihatan


dalam menganjur serta melaksanakan program keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja.

e. Menjadi setiausaha kepada jawatankuasa keselamatan dan


kesihatan serta melaksanakan semua fungsi setiausaha.

f. Membantu jawatankuasa dalam setiap pemeriksaan di tempat


kerja bagi maksud memeriksa keberkesanan langkah-langkah yang
diambil bagi mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.

g. Mengumpul dan menganalisis statistik mengenai setiap


kemalangan, kejadian berbahaya dan penyakit pekerjaan yang berlaku di
tempat kerja.

h. Menjalankan arahan-arahan lain yang ditetapkan oleh PM atau


individu yang bertanggungjawab bagi tempat kerja atas setiap perkara
yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan tempat kerja.

i. Mengemukakan laporan berkaitan aktiviti-aktivitinya kepada PM


sebelum hari yang ke sepuluh bulan berikutnya.

B-1

TERHAD
TERHAD

2. JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN


(JKKP).

a. Mengkaji dan melaporkan kepada majikan keadaan dan amalan


yang tidak selamat dan tidak sihat atau cadangan penambahbaikan.

b. Menyiasat setiap perkara yang tidak selamat atau tidak sihat di


tempat kerja oleh ahli jawatankuasa atau para anggota dan dibawa
kepada PM.

c. Menyediakan peraturan, program dan sistem kerja selamat


seperti berikut:

(1) Program untuk mengurangkan kadar kemalangan.

(2) Prosedur melaporkan kemalangan dan penyakit pekerjaan.

(3) Prosedur melaporkan keadaan tidak selamat dan


mengemukakan cadangan langkah pengawalan.

d. Tatacara menghebahkan keputusan jawatankuasa kepada semua


anggota.

e. Melaksanakan kajian terhadap trend dan statistik kemalangan,


penyakit pekerjaan serta kejadian berbahaya dan seterusnya
mengemukakan cadangan mengenai langkah pengawalan kepada PM.

f. Membuat pemeriksaan ke atas tempat kerja secara berjadual


untuk mengenal pasti bahaya, termasuk tindakan berbahaya oleh
pekerja di tempat kerja dan seterusnya membincangkan hasil
pemeriksaan dan mencadangkan langkah penambahbaikan yang perlu
kepada PM.

g. Menyiasat aduan dan membuat laporan kepada PM serta


melaksanakan penambahbaikan.

h. Membantu dalam menganjurkan program galakan serta


pendidikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

i. Membincangkan laporan serta maklumat oleh juruaudit luaran


sekiranya ada. Maklumat yang boleh diberikan kepada jawatankuasa
adalah seperti berikut:

(1) Senarai keadaan berbahaya di tempat kerja.

(2) Tindakan susulan ke atas keadaan berbahaya yang telah


dilaporkan semasa mesyuarat yang lepas.

(3) Strategi pengawalan bahaya di tempat kerja.


B-2

TERHAD
TERHAD

3. JAWATANKUASA PENILAIAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN


PEKERJAAN (JPKKP).

a. Menilai tahap keberkesanan pelaksanaan KKP unit melalui ATT


dan Siri Q.

b. Memaklumkan sebarang ketidakpatuhan atau kepincangan unit


berkaitan KKP kepada JKKP untuk tindakan selanjutnya.

c. Melaksanakan perbincangan dengan JKKP bagi menentukan


aspek yang perlu dinilai oleh JPKKP dalam setiap ATT/Siri Q yang
dilaksanakan.

d. Menentukan setiap teguran melalui penilaian yang dibuat pada


masa lepas diambil tindakan oleh unit yang terlibat.

e. Memastikan unit terlibat dengan ATT/Siri Q menitikberatkan KKP


sepanjang pelaksanaan audit atau injek.

4. JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN


KECIL.

a. Mengenal pasti segala hazard yang terdapat di kapal yang boleh


menyebabkan risiko kepada anak-anak kapal.

b. Mencadangkan bentuk tindakan mitigasi bagi mengelak atau


mengurangkan risiko.

c. Membuat laporan serta cadangan kepada TKKP pangkalan dan


armada.

B-3

TERHAD
TERHAD

KEMBARAN C KEPADA
MWL(1).600-1/3/9 - ( 13 )
BERTARIKH 20 DIS 17

CONTOH TATACARA PENGISIAN BORANG HIRARC

HIRARC FORM
Bahagian Kejuruteraan Teknikal WE
Proses/Tempat: Pelabuhan/ Laut Conducted by: PW I TMK Razak bin Ayudin
Diluluskan Lt Mohamad Rosland TLDM
Tarikh 6 Dis 17 Tarikh Review 1. 8 Dis 17 2. 9 Dis 17

1. Hazard Identification 2. Risk Analysis 3. Risk Control


Which can Existing Risk Recommended
No Work Activity Hazard Likelihood Severity Risk PIC (Due date/Status)
cause/effect Control Control Measures
Pengumuman/
Penyambungan Renjatan Cedera
Standard
1. Kuasa kapal ke Elektrik/ Litar parah/ 3 3 9 (1)
Operation
kuasa darat Pintas Melecur
Procedure.

Mandul/
Radio
pening dan 2 2 4 Minum susu
Kerja-kerja di Hazard Pengumuman/
mual-mual
Menara Utama Standard
2.
(Man Working Operation
Aloft) Orang / Cedera Procedure. Safety Helmet/
3 3 9
Benda Jatuh parah harness
(2)

C-1

TERHAD
TERHAD

Renjatan Dilakukan dalam


Cedera
Elektrik/ Litar 2 2 4 kawasan terbuka /
ringan
Pintas/ Minum Susu
Servis Bateri
3. Nil
Kapal Sarung Tangan/
Buta/ Topeng muka/
Bahaya Asid 2 4 8
Melecur Cermin mata
Keselamatan
Pemasangan Cedera
Orang Jatuh 1 3 3
Lampu Parah Safety Helmet/
4.
Penerbangan Renjatan Cedera harness
GPI 1 2 2
Elektrik Ringan
Terkena
Maut/ Pengumuman/
Senggaraan Libasan
5. Kecacatan SOP/ Safety 2 4 8
Meriam Laras
kekal Helmet/ Siren
meriam
Renjatan
Cedera
Pemasangan Elektrik/ Litar 4 1 4
ringan
6. dan Senggaran Pintas Nil
Lampu Biasa Cedera
Terjatuh 1 3 3
Parah
Pengumuman/
Orang Jatuh/ Maut/
Operasi Kren 5 Standard
7. Terkena kecacatan 2 4 8
tan Bot RHIB Operation
hentakan kekal
Procedure

Renjatan
Elektrik/ Litar Cedera Pengumuman/ 3 3 9
Penyelarian (3)
Pintas/ parah Standard
8. Janakuasa
Operation
Utama
Pencemaran Procedure
Pekak 1 4 4
bunyi

C-2

TERHAD
TERHAD

PROGRAMME OBJECTIVE

JABATAN: WEAPON AND ELECTRICAL ENGINEERING

BIL RECOMMENDATION CONTROL MEASURE PIC DUE DATE STATUS

1) Ceramah awal keselamatan.


1) 5 Nov 2010 1) Complete
1. 2) Persediaan rawatan kecemasan/persediaan LK TME(S) FARID
2) 9 Nov 2010 2) Complete
alat pemadam api.

1) Ceramah awal Keselamatan 1) 5 Nov 2010 1) Complete


2. BK TLR ROSLEE
2) Jaringan Keselamatan/ Jaket Pantulan Cahaya 2) 20 Nov 2010 2) In Progress

1) Ceramah awal Keselamatan/ 1) 5 Nov 2010 1) Complete


3. LK TME(S) CIK BADRUL
2) Overall/Ear Defender/Safety Goggle 2) 20 Nov 2010 2) In Progress

C-3

TERHAD
TERHAD

KEMBARAN D KEPADA
MWL(1).600-1/3/9 - ( 13 )
BERTARIKH 20 DIS 17

CONTOH BORANG HIRARC YANG DIPRAKTIKKAN OLEH TENTERA LAUT AMERIKA SYARIKAT

PROBABILITY

Frequency of Occurance Over Time


Risk Assessment Matrix A B C D
Likely Probable May Unlikely
Loss of Mission Capability; Unit Readiness or Assets;
I.
Death 1 1 2 3
Effect of Hazard

Significantly Degraded Mission Capability or Unit


SEVERITY

II.
Readiness; Severe Injury or Damage 1 2 3 4
Degraded Mission Capability or Unit Readiness; Minor
III.
Injury or Damage 2 3 4 5
Little or No Impact to Mission Capability or Unit
IV.
Readiness; Minimal Injury or Damage 3 4 5 5
Risk Assessment Codes

1 - Critical 2 - Serious 3 - Moderate 4 - Minor 5 - Negligible

D-1

TERHAD

You might also like