Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT KELAB CATUR

SK COCHRANE PERKASA
2019

Tarikh : 23.01.2019
Hari : Rabu
Masa : 2.00 petang
Tempat : Pusat Sumber SKCP
Kehadiran : 17/17

AGENDA 1 : UCAPAN ALUAN

1. Guru Penasihat Kelab Catur, En. Abdullah B. Imail mengucapkan selamat datang
kepada ahli kelab catur bagi tahun 2019.
2. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli kelab catur yang terpilih
untuk mewakili sekolah ke pertandingan catur peringkat zon dan negeri bagi
tahun 2018.
3. Pada tahun ini, adalah diharapkan masih terdapat murid yang dapat mewakili
sekolah dalam pertadingan catur peringkat zon dan juga negeri.

AGENDA 2 : PERLANTIKAN JAWATANKUASA BAGI TAHUN 2019.

1. Ahli jawatankuasa yang akan dilantik terdiri daripada ahli kelab catur bagi tahun
2019.
2. Jawatan yang akan dipertandingkan adalah, Pengerusi, Naib Pengerusi,
Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan 4 orang
ahli jawatankuasa.
3. Setelah diadakan pemilihan, butiran jawatankuasa adalah seperti dilampirkan.

AGENDA 3 : AKTIVITI BAGI TAHUN 2019.

1. Perjumpaan bagi kelab catur pada tahun 2019 akan diadakan pada hari rabu
mengikut giliran yang telah ditetapkan.
2. Butiran aktiviti/ program adalah seperti lampiran.
AGENDA 4 : HAL-HAL LAIN.

1. En. Amirul B Mohd Yusoff berharap ahli kelab catur berlatih bersungguh-sungguh
semasa aktiviti dijalankan.
2. En. Abdullah menyatakan, kehadiran semasa aktiviti adalah dititikberatkan, dan
berharap ahli kelab catur dapat menimba seberapa banyak kemahiran semasa
aktiviti dijalankan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30petang.

Disediakan oleh,

……………………………………
( NUR AZREEN BINTI IBRAHIM )
Setiausaha,
Kelab Catur 2019,
SK Cochrane Perkasa.

Disemak oleh,

……………………………………….
( ZULHELMI BIN ABDUL RASHID )
Pengerusi,
Kelab Catur 2019,
SK Cochrane Perkasa.

Disahkan oleh,

…………………………………………
( ABDULLAH BIN ISMAIL )
Guru Penasihat,
Kelab Catur 2019,
SK LKTP Ulu Penggeli, Kluang.

You might also like