Inklusif Sulaiman

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

WARFARIN

(i) Tujuan/ Kegunaan Ubat

 Warfarin digunakan untuk menghalang pembentukan darah beku dan


menghalang darah beku sedia ada daripada menjadi semakin besar. Ia
kerap dipreskripsikan untuk pesakit yang mengalami degupan jantung tak
sekata tertentu dan/atau bagi mereka yang telah melalui serangan jantung
atau pembedahan penggantian injap jantung. Warfarin berfungsi dengan
menghentikan pembentukan bahan yang menyebabkan darah beku serta
mencegah berlakunya trombosi dan embolism.

(ii) Cara Penggunaan

Administrasi
 Ikut arahan pada label pengubatan. Makan tablet pada masa yang sama
sekali sehari. Terdapat jenama warfarin yang berbeza (contohnya,
Marevan®, APO-Wafarin®).
 Jangan tukar jenama kerana ia mungkin mempunyai keberkesanan yang
berbeza.

Jika terlupa
 Ambil dos yang tertinggal sebaik sahaja anda teringat, jika ianya dalam
tempoh hari yang sama. Teruskan mengambil warfarin anda pada waktu
yang sama pada keesokan hari. Jangan gandakan dos. Menggandakan
dos mungkin menyebabkan peningkatan pendarahan. Catatkan tarikh dos
yang tertinggal dan beritahu doktor anda semasa janji temu anda yang
seterusnya.

Penyimpanan
 Jauhi dari kelembapan (simpan di tempat yang kering) dan kepanasan
(elakkan daripada sinaran terus matahari)

 Simpan ubat di tempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak


 Peringatan

 Kehamilan: Warfarin boleh menyebabkan kecacatan semasa lahir.


Maklumkan doktor atau ahli farmasi anda jika anda hamil atau berhasrat
untuk hamil.
 Pembedahan: Jika anda akan melalui pembedahan (termasuk
pembedahan gigi) maklumkan doktor atau doktor gigi berkenaan bahawa
anda mengambil warfarin. Doktor mungkin meminta anda berhenti
mengambil warfarin selama beberapa hari sebelum prosedur tersebut
untuk mengelakkan pendarahan berlebihan.
 Alkohol: Elakkan pengambilan alkohol berlebihan. Dinasihatkan supaya
tidak mengambil lebih daripada 5 tin bir atau lebih daripada 1 botol wain
seminggu.
 Aktiviti Harian: Berhati-hati apabila menggunakan pisau cukur dan objek
tajam lain. Elakkan sukan lasak (contohnya, bola sepak, rugbi, seni
mempertahankan diri) atau aktiviti yang boleh mencederakan anda
.Elakkan penggunaan berus gigi, floss yang keras.
 Kecederaan: Sekiranya anda mengalami kecederaan ringan, basuh dan
berikan tekanan atas kawasan tersebut sehingga pendarahan berhenti (ini
mungkin mengambil masa sehingga 10 minit). Dapatkan perhatian
perubatan dengan segera jika pendarahan banyak berlaku pada tempat
cedera atau jika anda mengalami kecederaan di kepala. Teruskan
memberi tekanan pada tempat luka sambil menunggu bantuan.
 Peringatan: Semasa anda mengambil warfarin, anda perlu kembali untuk
pemeriksaan darah secara berkala. Pada setiap temu janji dengan doktor
anda, pemeriksaan darah akan diarahkan untuk memeriksa Nisbah
Ternormal Antarabangsa (INR), yang mencerminkan keberkesanan
rawatan antikoagulasi. Jadi, penting bagi anda menghadiri setiap temu janji
untuk memastikan bahawa warfarin diberikan dengan wajar. Sentiasa buat
janji temu lain jika anda gagal menghadiri salah satu. Anda hendaklah
pertimbangkan membawa kad pengenalan (Buku Panduan untuk Pesakit
Warfarin) untuk menunjukkan yang anda mengambil warfarin. Ini penting
terutamanya semasa kecemasan atau apabila anda tidak sedar. Berunding
dengan ahli farmasi atau doktor anda mengenai cara mendapatkan kad ini.

(iii) Interaksi

Drug – Drug

 Banyak pengubatan mengganggu keberkesanan warfarin. Penting bagi


anda memberitahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda mengambil
pengubatan lain termasuk pengubatan tanpa preskripsi, tradisional dan
herba. Ini termasuk:

o Antasid
o Batuk atau ubat selesema
o Ubat ulser gaster
o Julap
o Ubat tahan sakit (contohnya, aspirin dan NSAIDS lain)
o Vitamin tambahan (Vitamin K)

Drug – Makanan
 Bincang diet anda dengan doktor. Jangan lakukan sebarang perubahan
besar terhadap pengambilan makanan yang mengandungi vitamin K,
seperti hati, sayuran berdaun hijau dan brokoli, kerana ia mungkin
mengubah kesan warfarin.

Drug- Herba

 Dinasihatkan supaya tidak mengambil apa-apa Jamu, ubat Cina (Gingko


Biloba, Ginseng, Dong Quai) atau Ayurvedik , kerana kesannya terhadap
warfarin tidak boleh diramal.

(iv) Kesan Ubat

Kesan Terapeutik

 Mencegah dan merawat darah beku di dalam saluran darah.


Kesan Sampingan

 Kesan sampingan clopidogrel yang paling biasa ialah pendarahan.

 Lebam-lebam: Anda mungkin mudah menjadi lebam sekiranya jatuh atau


terlanggar sesuatu. JANGAN gosok atau urut kawasan tersebut. Sila
dapatkan perhatian perubatan jika lebam bertambah besar atau saiznya
tidak berkurangan, atau jika anda mendapat lebam-lebam tanpa sebab
nyata.
 Pendarahan: Sila dapatkan perhatian pengamal perubatan sekiranya anda
mengalami simptom berikut:

o Pendarahan daripada telinga, hidung, gusi (jangan lupa


menggunakan berus gigi lembut)
o Muntah darah (yang mungkin kelihatan seperti serbuk kopi atau
darah segar)
o Sakit perut tanpa sebab
o Bintik merah pada kulit
o Kesakitan atau pembengkakan luar biasa (con. Pada sendi)
o Darah dalam air kencing
o Darah haid yang banyak
o Pendarahan rektum
o Najis hitam, melekit

You might also like