Pendidikan Moral Tingkatan 5 Bab 1

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Bab 1 : KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Manusia dan Alam Semesta Ciptaan Tuhan


- Alam semesta merupakan ciptaan Tuhan yang istimewa yang mempengaruhi

kehidupan seharian manusia.


- Manusia merupakan ciptaan Tuhan yang teristimewa kerana dianugerahkan akal
fikiran untuk berfikir.
- Setiap ciptaan Tuhan adalah unik. Manusia adalah “penjaga” setiap ciptaan
Tuhan.
Pengurusan Alam Secara Berhikmah untuk Kebaikan semua
Kehidupan
- Manusia dinasihati supaya menyayangi serta manjaga segala ciptaan Tuhan
dengan bertanggungjawab sebagai tanda bersyukur dengan anugerah Tuhan.
- Semua agama menggalakkan umatnya berhubung secara harmonis dengan kuasa
semula jadi dan tidak bertentang dengannya untuk kesejahteraan hidup.
- Penjagaan haiwan mesti diutamakan kerana haiwan juga mempunyai naluri serta
boleh merasai kesakitan. Hal demikian juga kerana alam sekitar adalah pinjaman
sementara.
- Aktiviti-aktiviti yang boleh mengancam alam dan penghuninya yang boleh
dihindari ialah :
a) memburu haiwan untuk mengaut keuntungan
b) Menebang atau menerokai hutan tanpa kawalan dan tidak terancang

c) Membuang sampah sarap di merata-rata tempat


d) Membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut
e) Menjalankan pembakaran terbuka
f) Tidak mengawal pengeluaran asap dan gas dari kilang serta kenderaan
bermotor
g) Pembuangan bayi, penderaan kanak-kanak dan penganiayaan isteri.

Agama

Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan , atau sesuatu kuasa yang
ghaib dan sakti seperti Dewa , dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan
kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat
berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu
sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek
ketuhanan.
Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai
sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia.
Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena
seperti yang berikut:

Perlakuan
seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara.
Sikap
seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci
dan bersih terhadap agama.
Pernyataan
seperti jambi,mantera dan kalimat suci.
Benda-benda material
yang zahir seperti bangunan.Contohnya masjid , gereja, azimat dan tangkal.

Salah satu lagi ciri agama ialah ia berkaitan dengan tatasusila masyarakat. Ini bermakna
agama bukan sahaja merupakan soal perhubungan antara manusia dengan tuhan, malah
merupakan soal hubungan manusia dengan manusia. Ciri-ciri ini lebih menonjol di dalam
agama universal, daripada agama folk. ( sila lihat dibawah )

Manusia yang tidak tidak mempercayai adanya tuhan dan menolak semua kepercayaan
beragama pula dipanggil ateisme.

Jenis – jenis agama


Agama boleh dibahagi kepada beberapa jenis menurut kriteria tertentu. Orang ramai
biasanya menjeniskan agama kepada agama yang sahih dan agama sesat.
Penjenisan mudah ini adalah subjektif, malah boleh mendatangkan perasaan tidak
puas hati dalam masayrakat yang berbilang kaum dan agama. Dengan itu, agama
haruslah dijeniskan berdasarkan kriteria yang zahir.

Dari segi penyebaran


Dari segi penyebarannya,sesuatu agama boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu:

Agama Universal
merupakan agama-agama yang "besar" dan mempunyai minat untuk menyebarkan

You might also like