Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SJK(T) TUN SAMBANTHAN, BAGAN PASIR,

36300 SUNGAI SUMUN,


PERAK DARUL RIDZUAN.

MINIT MESYUARAT PANITIA TMK BILANGAN 3/TAHUN 2018

Tarikh : 23.8.2017
Masa : 12.20 Petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Pengerusi : Cik.K.Saranya
Kehadiran (Bilangan) : 15 orang
Kehadiran :
1. Pn.R.Tamilselvi (Guru Besar)
2. En.P.Comichael (Pk Koku)
3. Pn.A.Meena (Pk1)
4. Pn.D.Vasanthi (Pk Hem)
5. Cik.K.Saranya
6. Pn.S.Suria
7. Cik.Nivevtha
8. Cik. Thamarai
9. Pn.Latha (Ketua)
10. Pn.Gandimathi
11. Pn.Anitha
12. Cik.Illavarasi
13. Pn.Thevarani
14. Cik.Indra
15. Pn.Sintujas

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang dapat
menghadirkan diri ke mesyuarat Panitia TMK kali ke 3. Beliau meminta guru terus
menggunakan peralatan dan perisian ICT dalam P&P dengan baik dan berhemah
memandangkan sekolah masih lemah dalam mencapai kpi vle frog.
1.2 Beliau menyerahkan mesyuarat kepada Ketua panitia untuk tindakan seterusnya.

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG


LEPAS
2.1 Minit mesyuarat Bil. 2/2018 diterima setelah semakan dibuat.
2.2 Dicadang untuk disahkan oleh Pn.Gandhimathi.
2.3 Disokong oleh Pn.Latha.
3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Penggunaan Vlefrog masih lagi di tahap sederhana. Ketua Panitia berharap
agar semua guru dapat mewar-warkan kepada murid-murid supaya log in dan
menggunakan frogplay dan menjawab tugasan yang telah disediakan.

4.0 LAPORAN UNIT/PERKARA BARU


4.1 Peperiksaan Akhir Tahun
Cik.K.Saranya memaklumkan bahawa peperiksaan akhir tahun akan dijalankan
pada 26 Oktober – 2 November 2018 seperti yang di maklumkan oleh guru
besar. Harap guru bersedia dengan kertas soalan dan mengikut tarikh dan
masa yang ditetapkan untuk semakan.

4.2 Peruntukan Panitia


Seperti yang sedia maklum, peruntukan panitia pada tahun ini sebanyak
RM850 seperti yang telah dimaklumkan oleh kerana kewangan. Peruntukkan ini
akan dibahagi kepada 2 iaitu peruntukkan minggu panitia dan bahan ABM.
Ketua panitia telah menghantar nota minta untuk membeli carta- carta
berkaiatan dengan computer dan bilik computer.

4.3 Peralatan ICT


Cik.K.Saranya memaklumkan bahawa peralatan ICT di bawah selian beliau
telah diselenggara dan dibaiki. Untuk vle frog, semua murid telah diberi id dan
kata laluan. Beliau juga telah mempermudahkan kata laluan murid supaya
senang murid mengingatinya berbanding kata lauan yang asal. Beliau juga
berharap guru-guru yang telah meminjam alatan ICT dapat mengisi borang
yang telah disediakan.

4.4 Kursus Vle Frog


Cik.K.Saranya berharap agar dapat menganjurkan satu lagi kursus vle frog
kepada semua guru bagi memantapkan lagi pengetahuan guru-guru terhadap
pembudayaan ICT di dalam bilik darjah di alaf baru.

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Cik.K.Saranya Mencadangkan supaya membuat papan pameran untuk
komponen komputer dengan menggunakan komputer yang lama.
5.2 Cik.K.Saranya memaklumkan bahawa Laman Frog VLE kadang-kadang
CRASH dan perlu reset komputer dan buka semula laman Frog.
5.3 Cik.K.Saranya mencadangkan penubuhan kelab Vlefrog sekolah yang terdiri
daripada murid-murid yang mahir dan aktif dalam penggunaan vlefrog.

6.0 PENUTUP
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.15 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_________________________ ______________________
(CIK.K.SARANYA) (PN.TAMILSELVI)
Ketua Panitia TMK Guru Besar
SJKT TUN SAMBANTHAN SJKT TUN SAMBANTHAN

You might also like