Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

1.

0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang telah dibentuk pada tahun 1963. Di

dalam Malaysia terhimpunnya beberapa negeri didalamnya, iaitu negeri-negeri di

Tanah Melayu termasuklah Kedah, Johor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan,

Selangor, Perlis, Pahang, Pulau Pinang dan Melaka serta Sabah dan Sarawak.

Mengimbau kembali ke arah pembentukan Malaysia pada 56 tahun yang lalu, ia

bermula sekitar tahun 1961 apabila Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada

ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di dalam ucapannya di Persidangan

Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang telah diadakan di Hotel

Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961 bahawa beliau telah membayangkan

penubuhan sebuah negara yang melibatkan gabungan Persekutuan Tanah Melayu,

Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Sebelum itu juga, idea penggabungan negeri

negeri ini pernah disuarakan cadangan penggabungan wilayah yang gagal menjadi

realiti. Pada tahun 1887 Lord Brassey, Pengarah Syarikat Borneo Utara telah

mencadangkan kepada British untuk menggabungkan Sabah (Borneo Utara) dan

Sarawak dengan negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. Pada tahun 1955,

David Marshall mencadangkan penyatuan Singapura dan Tanah Melayu. Cadangan

yang serupa juga pernah disuarakan oleh Ghazali Shafie pada tahun 1954 dan Tan

Cheng Lock pada tahun 1955. Cadangan mengenai pengabungan Singapura,

Sarawak, Sabah dan Brunei juga pernah disuarakan oleh Tunku di dalam persidangan

UMNO 1955. Pada tahun 1959, Lee Kuan Yew mendesak pihak British mengadakan

rundingan dengan Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan Singapura dengan

Tanah Melayu. Namun, cadangan itu ditolak kerana Tunku bimbang berlakunya

ketidaksamaan atau ketidakseimbangan penduduk. Akhirnya cadangan Tunku untuk

menubuhkan Malaysia menjadikan kenyataan.


Menurut Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican Ahli Akademik Pusat Penyelidikan

Dasar dan Kajian Antarabangsa Universiti Sains Malaysia (USM) yang ketika itu

merupakan Penganalisis sejarah dan Pensyarah kanan Jabatan Pengurusan dan

Kemanusiaan, Universiti Teknologi Petronas (UTP)kepada Astro Awani bahawa

kerjasama gabungan ini lebih merupakan kepada satu bentuk kerjasama dari segi

politik dan ekonomi dan ianya juga sebagai satu langkah untuk menyekat pengaruh

komunis yang dilihat semakin menular dan menjejaskan kestabilan politik. “Selain itu

juga, pembentukan Malaysia juga adalah untuk menyeimbangkan populasi kaum

yang berada di Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura. Persekutuan Tanah

Melayu mempunyai majoriti penduduk kaum Melayu diikuti Cina, India dan lain-lain

manakala di Singapura pula, jumlah kaum Cina begitu ramai dan tindakan Tunku

membawa Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei untuk membentuk Malaysia itu

juga sedikit sebanyak menyeimbangkan populasi kaum yang ada di Malaysia dimana

kebanyakkan penduduk di sana adalah kaum Bumiputera yang terdiri dari etnik Iban,

Kadazan, Murud, Bajau dan lain-lain lagi,” kata Ahmad Murad. Tambah beliau, pada

awalnya Sarawak dan Borneo Utara menolak cadangan tersebut kerana tidak yakin

akan pembentukan Malaysia ini akan mampu memberi jaminan kepada mereka untuk

pemerintahan sendiri. Namun setelah diberi jaminan mereka akhirnya bersetuju untuk

menyertai gagasan ini membentuk Malaysia, katanya lagi. (Awani, 2013)


Walaubagaimanapun, selepas berhadapan dengan pelbagai tentangan dan cabaran

maka Malaysia ditubuhkan secara rasmi dan ia telah melibatkan pergabungan

Persekutuan Tanah Melayu dengan tanah jajahan British lain iaitu Singapura, Borneo

Utara (Sabah) dan Sarawak pada 16 September 1963. Pengisytiharaan Malaysia

dilakukan secara rasmi di Stadium Merdeka pada 16 September 1963.

Pengisytiharaan itu juga turut berlangsung serentak di tiga lokasi yang, iaitu di Padang

Merdeka (dahulunya dikenali sebagai Padang Central) di Sarawak, negeri Sabah

bertempat di Padang Bandar Kota Kinabalu (dahulunya dikenali sebagai Bandar

Jessleton) dan Padang Dewan Bandaran, Singapura1. Penubuhan Malaysia

melibatkan pelbagai usaha dan keputusan yang dicapai di antara kerajaan

Persekutuan Tanah Melayu, di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra ,kerajaan

British yang berada di bawah pimpinan Harold Macmillan serta kerajaan Singapura di

bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Pemimpin-pemimpin tempatan di Borneo Utara

seperti Donald Stephens dan Tun datu Mustapha Datu Harun serta di Sarawak

melibatkan Stephen Kalong Ningkan ,Temenggung Jugah dan Datu Patinggi Abang

Haji Mustapha turut tidak terkecuali terlibat di dalam proses perundingan serta

persetujuan bagi menubuhkan Negara Malaysia. Selain daripada yang telah disebut

diatas, tokoh-tokoh tempatan yang lain di semua negeri terlibat turut terlibat dalam

menyusun bentuk dan ciri-ciri bagi setiap negeri ahli menyertai Malaysia 2.

1
Seminar 50 Tahun Sarawak Bersama Malaysia, ‘Sarawak dan Pembentukan Malaysia: dari Sumber Arkib
Negara Malaysia’, hlm. 9-10.
22
Mohd Bin Samsudin, Persekutuan Malaysia, 1961-1966: Kajian Penubuhan dan Cabarannya, Tesis ph.D,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2013, hlm. 10.
2.0 FAKTOR PENUBUHAN MALAYSIA
Masalah penguasaan kuasa komunis di Singapura merupakan antara faktor

yang paling utama yang mendorong ke arah hasrat Lee Kuan Yew selaku pemimpin

Singapura pada masa itu untuk bergabung dengan Tanah Melayu pada ketika itu.

Sebelum Persekutuan Malaysia ditubuhkan, terdapat dua masalah politik dalaman

yang berlaku di Singapura. Pertama, kelemahan pengaruh Parti Tindakan Rakyat

(Peoples Action Party (PAP)) dan kemunculan pemimpin berhaluan kiri dan sosialis di

Singapura. Selepas mengambil alih kerajaan Singapura, PAP konsisten dengan dasar

independent through merger. Walaubagaimanapun, kekurangan pengaruh PAP di

Singapura menyebabkan dasarnya menghadapi masalah3. Sekitar tahun 1960-an,

pencapaian Parti Tindakan Rakyat (Peoples Action Party PAP) yang dipimpin oleh

Lee Kuan Yew telah merosot dalam pemilihan kerusi parlimen. Sekitar tahun 1959,

PAP menguasai 43 buah kerusi daripada 51 buah kerusi, tetapi pada tahun berikutnya

iaitu 1961, PAP hanya mampu menguasai 27 buah kerusi sahaja di parlimen.

(Thukiman, 2002).

Barisan Sosialis yang dikatakan pro kepada komunis telah Berjaya menyekat

penguasaan PAP. Kekalahan yang dialami dalam pilihan raya di Anson dan Hong Lim

pada tahun 1961 telah membimbangkan Lee Kuan Yew. Jadi,dapat dlihat disini

bahawa, Lee Kuan Yew mahu bergabung dengan Tanah Melayu untuk mengelak

daripada bertambahnya penguasaan Komunis di Singapura yang sudah tentu boleh

menggugat kepimpinan beliau di Singapura dan ia secara tidak langsung boleh

membawa kepada impak negatif kepada pembangunan di Singapura. Ini

kerana,berlakunya pemberontakan yang dilakukan dalam parti-parti tidak sehaluan

lagi, perkara ini dapat dilihat, apabila pihak komunis di bawah pimpinan Barisan Buruh

Singapura, telah melancarkan suatu siri pemberontakan dan penyusupan di kesatuan-


kesatuan perdagangan dan berjaya mewujudkan kesatuan-kesatuan buruh dan

perdagangan kemudiannya, kesatuan-kesatuan ini akan dihasut oleh mereka untuk

mengurus dan melaksanakan pemberontakan dan rusuhan (Yaakop, 2009).

Disebabkan faktor inilah yang telah menyebabkan Lee Kuan Yew cenderung untuk

mempengaruhi pemikiran politik Tunku Abdul Rahman. PAP telah memenangi

pilihanraya tersebut. Selepas itu PAP mula dipengaruhi oleh kumpulan sosialis yang

mahu menyerapkan fahaman sosialis di negeri ini. Malahan, Lee Kuan Yew telah

mengadakan pakatan sulit dengan Devan Nair pemimpin buruh yang pro-komunis,

tanpa pengetahuan Tunku untuk menyokong PAP dalam pilihanraya 1959. Sokongan

daripada pihak komunis yang diterima PAP sedikit sebanyak telah membimbangkan

Tunku. Malah, Tunku menganggap Singapura adalah ‘powerhouse of communism4.

Menurut Tunku: ‘Kita semua boleh lihat cabaran daripada pihak komunis. Sekiranya

saya tidak merasakan bahaya ini, saya tidak akan mengambil tahu akan wilayah-

wilayah seperti Singapura, Sarawak dan Borneo’5. Daripada pernyataan ini jelas

menunjukkan kerisauan Tunku terhadap ancaman pihak komunis. Malah, soal

keselamatan dan ancaman Singapura turut merunsingkan pihak British. Berlakunya

perkembangan pergolakan kawasan Indochina akibat kebangkitan ancaman komunis

dari Vietnam Utara membimbangkan kerajaan British mengenai ancaman komunis di

rantau ini.
Malahan kedudukan politik Lee Kuan Yew yang semakin terancam serta

meningkatnya kebimbangan Singapura akan jatuh ke tangan komunis yang secara

tidak langsung akan mewujudkan ketidakstabilan rantau Asia Tenggara menyebabkan

pegawai-pegawai British di PTM dan Singapura berpendapat satu-satunya jalan

keluar adalah mengusahakan penggabungan Singapura dengan PTM serta wilayah-

wilayah British Borneo. Namun, Tunku menolak pandangan awal yang melihat

keselamatan PTM bergantung kepada langkah mengawal Singapura 6.

Hal ini kerana, beberapa masalah di Singapura, menyebabkan Tunku enggan

menerima penyatuan PTM dengan Singapura dan menerima Singapura dengan taraf

penuh. Pada masa yang sama, Kerajaan British dan PTM bimbang sekiranya PAP

disingkirkan oleh komunis atau pemimpian kesatuan sekerja yang menyokong

komunis, kumpulan komunis ini akan mengeluarkan semua kedudukan British di

Singapura.7. Walaubagaimanapun, idea Persekutuan Malaysia mula menunjukkan

perkembangan baik apabila Tunku mula berubah fikiran dengan memberikan reaksi

positif terhadap cadangan penggabungan Singapura. Tunku sedar bahawa kerajaan

Parti Tindakan Rakyat di bawah Lee Kuan Yew adalah lebih baik dan lebih selamat

daripada ancaman sebuah Singapura Komunis. Keselamatan Tanah Melayu

bergantung keatas Singapura juga dalam beberapa segi. Sekiranya Singapura diambil

alih oleh komunis, ia akan menjadi satu bahaya kepada Tanah Melayu. Pencantuman

akan membolehkan kerajaan pusat mengawal komunis daripada merampas kuasa di

Singapura.8.
Jelas bahawa, ancaman pengaruh komunis di Singapura menyebabkan Tunku

melahirkan penubuhan gagasan Malaysia. Penulis secara peribadi turut bersetuju

untuk meletakkan faktor masalah politik dalaman Singapura sebagai faktor terpenting

yang mendorong kepada penubuhan Persekutuan Malaysia pada 1963. Hal ini

kerana, beberapa perkembangan terakhir di Singapura yang ada hubungan dengan

masalah politik dalaman telah membimbangkan Tunku serta ancaman pengaruh

komunis di Singapura menyebabkan Tunku melahirkan penubuhan gagasan

Malaysia. Pandangan ini turut disokong oleh sarjana-sarjana seperti G.P. Means,

Simandjuntak dan Mohd. Nordin Sopiee bahawa faktor ancaman pengaruh komunis

di Singapura menjadi faktor utama yang mendorong pergabungan antara kedua-dua

negeri itu9. Menurut G.P Means, faktor utama penubuhan Malaysia adalah disebabkan

masalah di singapura. Keadaan politik Singapura pada ketika itu dilihat tidak stabil

dan tidak menentu. Selepas pilihanraya 1948 dapat dilihat trend berterusan ke arah

kekirian dengan unsur-unsur radikal Cina yang semakin menguasai senario politik

Singapura. Pihak komunis di Singapura bijak menyusun strategi dengan

membangunkan modus operandi yang sangat berkesan yang membantu untuk

menyembunyikan aktiviti mereka semasa mereka membina sokongan politik mereka

dalam pelbagai organisasi10 Tunku tidak sanggup menghadapi risiko berjiran dengan

sebuah Negara komunis terutama menjelang tahun 1964, Singapura akan di berikan

kemerdekaan.
Faktor ini mengubah pendirian Tunku yang kemudiannya telah membina

rancangan Malaysia iatu gabungan Singapura dengan PTM bersama-sama

penyatuan wilayah Borneo. Walaubagaimanapun, kesediaan Tunku untuk menerima

Singapura adalah berdasarkan beberapa syarat. Pertama, Kerajaan British harus

bersedia membenarkan penyatuan Sarawak dan Borneo Utara di dalam Persekutuan

dan kedua, Lee Kuan Yew harus menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh

kerajaan PTM khusunya tidak membenarkan Singapura daripada terlibat dalam politik

di PTM.11

3
Mohd Bin Samsudin, Persekutuan Malaysia, 1961-1966: Kajian Penubuhan dan Cabarannya, Tesis ph.D,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2013, hlm. 108.
4
Mohd Bin Samsudin, Persekutuan Malaysia, 1961-1966: Kajian Penubuhan dan Cabarannya, hlm. 79-81.

5
Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,
2000, hlm. 447.
6
Mohd Bin Samsudin, Persekutuan Malaysia, 1961-1966: Kajian Penubuhan dan Cabarannya, Tesis ph.D,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2013, hlm. 81
7
Mohd Bin Samsudin, Persekutuan Malaysia, 1961-1966: Kajian Penubuhan dan Cabarannya, hlm.108.
8
Hasrom Haron, Sejarah Tanah Melayu 1400-1963,Kuala Lumpur Penerbit: Universiti Malaya, 1975. hlm.
261.
9
Azmah Abdul Manaf, Kemunculan Malaysia Moden, Kuala Lumpur Penerbit: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd. 2003, hlm. 109.
10
G.P. Menas, Malaysia A New Federation in Southest Asia, Richmond, Penerbit : Va : Institute of Pasific
Relations, 1964. Hlm. 139.
11
Syarat menghalang campurtangan Singapura dalam politik PTM bertujuan menghalang cita-cita politi k Lee
Kuan Yew untuk memasuki PTM dan juga bagi mendapatkan sokongan orang Melayu bagi menjadikan
Singapura sebagai ahli baru Persekutuan. Lihat Mohd Bin Samsudin, Persekutuan Malaysia, 1961-1966: Kajian
Penubuhan dan Cabarannya, Tesis ph.D, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2013, hlm. 106.
3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, dapatlah dilihat bahawa penubuhan Malaysia ini bukanlah suatu

perkara yang dilakukan secara membabi buta hal ini kerana, ianya telah melalui suatu

proses demi proses untuk memastikan motif penubuhan Malaysia bukanlah suatu

perkara mainan tetapi ianya merupakan suatu komitmen yang sangat teliti daripada

Tunku Abdul Rahman sendiri. Dapat dilihat juga, penubuhan Malaysia ini bermula

dengan idea penubuhan, bahkan idea idea berkaitan penubuhan Malaysia ini juga

sebenarnya telah wujud lama sebelum Tunku Abdul Rahman menyatakan hasrat

beliau itu dan ianya telah melalui proses-proses yang berperingkat seperti yang

dibincangkan diatas. Selain itu juga, peristiwa-peritiswa di atas merupakan antara

peristiwa yang merupakan titik tolak utama kepada penubuhan Malaysia sekaligus

menjadi penyebab kepada tertubuhnya Malaysia. Apa pun, nikmat dan manfaat

pembentukan Malaysia adalah sesuatu yang tidak ternilai. Pembentukan Malaysia

telah mempercepat kemerdekaan bagi Singapura, Sabah dan Sarawak. Sabah dan

Sarawak yang terlalu mundur ketika itu mula mendapat nikmat pembangunan yang

berterusan sehingga kini setanding dengan negeri-negeri di Semenanjung

Malaysia. Ancaman Komunis di Singapura, Sabah dan Sarawak dapat diatasi .

Pembentukan Malaysia juga berjaya mewujudkan keseimbangan kaum dan

perpaduan yang jitu. Ia berjaya membina ‘keluarga beser Malaysia’ yang baru

berteraskan perkongsian warisan budaya yang kaya serta berada dalam satu unit

politik yang sama, iaitu Persekutuan Malaysia.


BIBLOGRAFI

Awani, A. (16 September, 2013). http://www.astroawani.com. Retrieved from


http://www.astroawani.com/berita-malaysia-at-50/16-september-1963-
bermulanya-sebuah-negara-22232
Thukiman, K. (2002). Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik. In K. Thukiman,
Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik. Skudai, Johor: UTM.
Yaakop, M. R. (2009). Isu Pemisahan Singapura – Malaysia: Rasional Keselamatan
Politik. In M. R. Yaakop, Isu Pemisahan Singapura – Malaysia: Rasional
Keselamatan Politik (pp. 62 - 89). JEBAT.
Seminar 50 Tahun Sarawak Bersama Malaysia, ‘Sarawak dan Pembentukan
Malaysia: dari Sumber Arkib Negara Malaysia’, hlm. 9-10.

Mohd Bin Samsudin, Persekutuan Malaysia, 1961-1966: Kajian Penubuhan dan


Cabarannya, Tesis ph.D, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2013, hlm. 10.

Mohd Bin Samsudin, Persekutuan Malaysia, 1961-1966: Kajian Penubuhan dan


Cabarannya, Tesis ph.D, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2013, hlm. 108.

Mohd Bin Samsudin, Persekutuan Malaysia, 1961-1966: Kajian Penubuhan dan


Cabarannya, hlm. 79-81.

Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur : Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd., 2000, hlm. 447.

Mohd Bin Samsudin, Persekutuan Malaysia, 1961-1966: Kajian Penubuhan dan


Cabarannya, Tesis ph.D, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2013, hlm. 81

Mohd Bin Samsudin, Persekutuan Malaysia, 1961-1966: Kajian Penubuhan dan


Cabarannya, hlm.108.

Hasrom Haron, Sejarah Tanah Melayu 1400-1963,Kuala Lumpur Penerbit: Universiti


Malaya, 1975. hlm. 261.

Azmah Abdul Manaf, Kemunculan Malaysia Moden, Kuala Lumpur Penerbit: Utusan
Publications &
Distributors Sdn. Bhd. 2003, hlm. 109.

G.P. Menas, Malaysia A New Federation in Southest Asia, Richmond, Penerbit : Va :


Institute of Pasific Relations, 1964. Hlm. 139.

Syarat menghalang campurtangan Singapura dalam politik PTM bertujuan


menghalang cita-cita politi k Lee Kuan Yew untuk memasuki PTM dan juga bagi
mendapatkan sokongan orang Melayu bagi menjadikan Singapura sebagai ahli baru
Persekutuan. Lihat Mohd Bin Samsudin, Persekutuan Malaysia, 1961-1966: Kajian
Penubuhan dan Cabarannya, Tesis ph.D, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2013,
hlm. 106.

You might also like