Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERATURAN SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT PAUL, ROBAN


MUKADIMAH
Bersekolah bukanlah bertujuan untuk menuntut ilmu pengetahuan dan lulus dalam peperiksaan semata-mata
tetapi ia juga untuk melatih murid-murid cara hidup bermasyarakat. Masyarakat yang aman dan bahagia serta
penyayang boleh diwujudkan bila masa individu yang menganggotainya berdisiplin, bersopan santun,
bertimbang rasa dan saling hormat menghormati.
Peraturan-peraturan ini dibuat khusus untuk melatih murid-murid agar menjadi insan yang mulia dalam
sebuah masyarakat yang dianggotainya.

Peraturan sekolah dibahagi kepada dua perkara;


1. Perkara yang diwajibkan
2. Perkara yang ditegahkan
1. Perkara Yang Diwajibkan
1.1 Hadir ke sekolah tepat pada waktunya pada setiap hari persekolahan, waktu Kokurikulum dan lain-lain
aktiviti anjuran sekolah dari masa ke semasa yang ditetapkan. Murid yang gagal hadir atau tidak dapat hadir
mestilah mengemukakan surat tunjuk sebab atau memaklumkan kepada pihak sekolah.
1.2 Memakai pakaian seragam sekolah dengan lengkap dan kemas pada waktu persekolahan. Pakaian
seragam yang lengkap meliputi baju putih, seluar biru dan bertali leher meron (murid lelaki). Baju kurung putih,
sarung biru dan bertudung putih bagi murid perempuan Islam. Baju gaun biru dan putih serta bertali leher
meron bagi murid perempuan bukan Islam. Tanda nama, berstokin putih dan berkasut putih bagi semua
murid.
1.3 Memakai pakaian ‘T-Shirt” khas sekolah untuk aktiviti Pendidikan Jasmani dan lain-lain aktiviti rasmi
sekolah seperti yang diarahkan.
1.4 Menghormati serta menyayangi semua guru, kakitangan sekolah dan semua pekerja-pekerja sekolah.
1.5 Menjaga harta benda sekolah dan memelihara kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah pada setiap
masa.
1.6 Menjaga nama baik sekolah semasa di dalam kawasan sekolah mahupun semasa berada di luar kawasan
sekolah.
1.7 Berambut pendek dan kemas bagi murid lelaki. Rambut berfesyen/dipotong ‘punk’ tidak dibenarkan.
Murid perempuan yang berambut panjang, hendaklah diikat dengan kemas menggunakan reban yang sesuai
dan tidak menutup mata.
2. Perkara Yang Ditegah
1. Keluar dari dalam kelas atau kawasan sekolah tanpa kebenaran guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran sedang dijalankan pada masa persekolahan.
2. Merosak kerusi, meja, memecah cermin tingkap dan apa sahaja harta benda sekolah atau harta awam.
3. Meninggalkan buku teks dan peralatan sekolah di dalam kelas selepas tamat sesi persekolahan.
4. Mengoyak, menconteng dan melipat-lipat buku teks sendiri atau buku teks rakan-rakan.
5. Menconteng atau menguris meja, kerusi atau dinding-dinding bangunan sekolah.
6. Melawan atau mengingkari guru atau pengawas yang telah dilantik.
7. Membawa ‘Laptop’ atau ‘Handphone’ ke sekolah.
8. Membawa gambar atau majalah lucah ke sekolah.
9. Membawa/Memakai barang kemas ke sekolah.
10. Memakai gincu, pewarna kuku atau alat perhiasan diri.
11. Menyimpan rambut panjang dan kuku panjang.
12. Membawa senjata tajam atau senjata yang merbahaya ke sekolah.
13. Menghina atau memperolok-olok kawan atau keluarga kawan.
14. Mengganggu/Mengacau rakan atau bergaduh sesama rakan.
15. Bermain atau berlari di kawasan yang dilarang.
16. Membuang sampah-sarap di merata-rata tempat. Buang sampah di dalam tong sampah yang telah
disediakan.
17. Mencabut atau memetik bunga di kawasan sekolah.
18. Membaling/Melontar batu atau kayu di kawasan sekolah.

You might also like