Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang.

Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnik sering
berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandnagan
mengenai kecantikan, oreintasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang
Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik
pada dasarnya bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul
dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan anggil ganjil, berada
ditahap rendah atau tidak bermoral. Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa
manusia: ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang
unsur sesuatu kaum. Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada satu konsep keterunan, iaitu
sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai nenek moyang yang sama, dan turun-
temurun daripada nenek moyang itu.

1. Hubungan etnik dari perspektif ekonomi, politik dan kepelbagaian agama.

Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah
penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi. Pertama,
penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum
Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan
berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju
seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India
pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini
sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan
yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia. Semua golongan
etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha mendapatkan hak
dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang
pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk.
Justeru itu, implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi
kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan
berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku
terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada
keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan
sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang
keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. Akan
tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan
banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu timbulnya persoalan
di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak
menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh
menyebabkan negara kita bergolak.

Politik merupakan suatu benda yang penting bagi memperkukuhkan hubungan etnik
antara kaum di Malaysia. Manakala, Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang
senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa
mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan,
pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik,
pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu. Implikasinya
mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya
sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk mempertahankan
agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu, semangat taat setia pada
negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin
menaburkan bakti pada negara mereka sendiri. Lambang bendara Malaysia akan tinggal
sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing-masing.

Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang
berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa
dan kebudayaan mereka sendiri. Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih
mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan
perkerjaan. Perkara ini seolah-olah sudah menjadi tegal atau “taboo” kerana ia memang sukar
untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau teknologi yang moden sekali pun. Setiap
etnik tidak mempunyai perasaan hormat menghormati dengan agama dan budaya etnik-etnik
yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan
kekecohan di kawasan tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka mempunyai masalah untuk
berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik. Masalah ini pasti mewujudkan
ketidakselesaan juga mereka melihat budaya yang sebelum ini belum pernah disaksikan oleh
mereka. golongan etnik-etnik ini tentunya sukar untuk menerimanya dan tidak mungkin akan
menerima apa-apa perubahan walhal ianya memberikan banyak faedah dalam kehidupan
seharian mereka. Walaubagaimanapun, masyarakat Malaysia bersatupadu tanpa sebarang
masalah antara satu sama lain.
2. Masyarakat Pluralistik di Alam Melayu, Sarawak dan Sabah, Kesultanan
Melayu Melaka dan penjajahan British serta selepas pembentukan Malaysia.

Masyarakat pluralistik di Malaysia telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu


sebelum merdeka dan selepas merdeka. Sebelum merdeka telah dibahagikan kepada dua,
bahagian iaitu sebelum zaman penjajahan dan selepas zaman penjajahan. Manakala selepas
merdeka pula dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu politik, ekonomi dan pendidikan.
Sebelum merdeka pluraliti budaya di Tanah Melayu berlaku sejak abad ke-5 Masihi.
Pembentukan pluralistik terjadi disebabakan oleh tersebarnya pengaruh Cina dan India ke
Tanah Melayu. Golongan pedagang Cina dan India adalah kumpulan yang mula-mula hadir
ke Tanah Melayu. Pada masa itu pula, Tanah Melayu menjadi pusat perdagangan
antarabangsa.
Alam Melayu sering menerima kehadiran pedagang asing telah menyebabkan mereka
menerima kehadiran masyarakat asing telah menyebabkan mereka telah menerima pelbagai
pengaruh asing secara tidak langsung. Raja Champa beragama Hindu dan kemudiannya
Islam telah berdagang dengan negara India, China dan Kepulauan Melayu. Di bawah kuasa
Portugis, Melaka menjadi tempat persinggahan beribu-ribu mubaligh Kristian yang berlayar
dari India ke Siam, China, Indo China dan Indonesia serta mempunyai pengaruh Kristian
Katolik. Pada tahun 1641, Portugis telah berjaya ditumpaskan oleh Belanda. Pada akhir
penguasaan Belanda, masyarakat pluralistik yang terdiri daripada Melayu, Cina, India, Jawa
dan Arab di Tanah Melayu.
Selepas merdeka dari segi politik pluraliti telah diteruskan oleh pentadbiran Tunku
Abdul Rahman. Tunku Abdul Rahman diterima sebagai Perdana Menteri pertama oleh
kumpulan etnik lain. Seterusnya, Parti Perikatan telah ditubuhkan dengan berasaskan 3 kaum
utama iaitu UMNO, MCA dan MIC. Selain itu, melalaui ekonomi pula Tunku Abdul Rahman
dapat menyisipkan dua perkara penting dalam pentadbirannya iaitu mengekalkan hak
istimewa masyarakat Melayu dan memastikan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi
serta kemajuan negara secara keseluruhan. Di samping itu, sebanyak 145,000 ekor tanah
telah dibuka oleh FELDA. Manakala, RIDA pula ditubuhkan untuk membaiki iktisad rakyat di
luar Bandar dengan member peluang dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Masyarakat pluraliti dapat melahirkan perpaduan melalui pendidikan. Laporan Razak
1956 mencadangkan 2 jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Umum yang menggunakan
bahasa kebangsaan, manakala Sekolah Rendah Jenis Umum menggunakan bahasa ibunda
sebagai bahasa pengantar. Seterusnya, Laporan Tahlib mengandungi empat usul penting
Jawatankuasa Mengkaji Semula Pelajaran 1960. Antara aspek yang terdapat dalam Laporan
Rahman Talib ialah pendidikan sekolah rendah percuma untuk semua aliran, pengajaran
bahasa kebangsaan di semua sekolah, peperiksaan di peringkat sekolah menengah adalah
sama ada di dalam bahasa Melayu atau Inggeris, dan umur persekolah dilanjutkan sehingga
15 tahun.
Kesimpulannya, masyarakat plulariti dapat membina bukan sahaja melalui
kedatangan penjajah membahagikan Alam Melayu kepada negara-negara yang lebih kecil,
tetapi juga mewujudkan sistem hidup barat seumpama politik, ekonomi, dan pendidikan.
Semangat kerjasama rakyat yang berbilang etnik telah membawa kemerdekaan Alam Melayu
seperti Malaysia, Indonesia dan sebagainya. Usaha-usaha ke arah mempereratkan lagi
kerjasama ini perlu diperkukuhkan bagi memastikan negara terus berada dalam susana aman
dan damai.
3. Konsep perlembangan sebagai asas pembinaan jati diri dan negara bangsa.

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep negara bangsa ? Pertama bangsa


bermaksud jenis manusia daripada satu asal keturunan yang berdasarkan adat resam. Kedua
bermaksud kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. Etnik pula bermaksud
suatu yang berkaitan dengan bangsa manusia, manakala ras pula bermaksud kaum dan
keturunan.
Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen dengan raja berpelembagaan.
Kemerdekaan negara kita telah dicapai melalui semangat taat setia dan perasaan cintakan
tanah air (negara) yang tinggi dengan kaedah perundingan yang bijaksana. Malaysia telah
dijajah lebih daripada 400 tahun oleh Portugis (1511-1641), Belanda (1641-1821) dan Inggeris
(1824) serta Jepun (1942-1945) dan Siam. Sepanjang tempoh itu, rakyat negara ini bangkit
menentang penjajahan melalui berbagai cara untuk mempertahankan maruah negara dan
harga diri. Kemerdekaan pula dicapai melalui perundingan yang penuh bijaksana. Inilah nilai-
nilai yang sepatutnya menjadi warisan kita. Apabila pihak Inggeris kembali ke Tanah Melayu
pada bulan September 1945, mereka telah memperkenalkan Pentadbiran Tentera British
(BMA) dan seterusnya Kesatuan Malaya (Malayan Union). Penentangan terhadap Malayan
Union dilakukan kerana dasarnya yang merugikan orang Melayu. Orang-orang Melayu telah
bangkit menentang sistem pentadbiran Kesatuan Malaya (Malayan Union) kerana beberapa
sebab, iaitu:
1. Ia menggugat kedaulatan raja-raja Melayu.
2. Menggugat hak keistimewaan orang Melayu sebagai pribumi utama.
3. British telah membenarkan pemberian hak kewarganegaraan yang
tiada batasan kepada etnik bukan Melayu.
4. Di samping sikap dan kaedah yang digunakan oleh Harold MacMichael
yang berunsur pemerasan dan ugutan dalam usaha mendominasikan
kuasa pihak British.
Kenichi Ohmae menyifatkan abad ke 20 dan awal abad ke 21 sebagai era berakhirnya
negara bangsa. Lanjutan itu, beliau menekankan kepada pembentukan dunia tanpa
sempadan yang ditunjangi oleh aliran kecanggihan berasaskan teknologi maklumat. Bagi
beliau juga, keunggulan negara bangsa telah roboh dan tercabar akibat beberapa elemen
kuasa baru iaitu industri, pelaburan, pengguna dan maklumat. Sebagai ganti negara bangsa,
Ohmae mengungkapkan kepentingan region state (negara wilayah) yang berperanan sebagai
pusat hubungan dengan dunia global. Dalam pada itu, kerajaan dan kepimpinan negara-
negara tertentu masih berusaha untuk membentuk sebuah negara bangsa yang ideal bagi
sempadan geo-politik masing-masing. Malaysia tidak terkecuali dalam usaha tersebut dan
masih bergelut untuk membentuk sebuah negara bangsa yang sempurna bagi negara ini.
Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan dan pemimpin namun unsur-unsur
penghalang yang kebanyakannya berakar umbikan sentimen perkauman masih
mengepompongi sebahagian rakyat negara ini termasuklah pemimpin-pemimpin politik yang
sepatutnya berperanan sebagai role model bagi mencapai matlamat tersebut. 1 Malaysia
umpamanya, merupakan agenda terbaru pemerintah di bawah kepimpinan Dato’ Seri Najib
Tun Abd Razak untuk membentuk sebuah negara yang dikongsi bersama atau dianggap
sepunya bagi seluruh rakyat negara ini.
Jika disorot kembali, Dr. Mahathir telah mencetuskan kepentingan pembinaan bangsa
Malaysia melalui Wawasan 2020 pada tahun 1991. Cabaran pertama yang ditonjolkan dalam
gagasan tersebut dengan jelas meletakkan matlamat berkenaan :
“Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatupadu yang mempunyai matlamat yang
serupa dan dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum
berasaskan persamaan hak dan keadilan”
(Wawasan 2020, Lihat Cabaran Pertama)
Melampaui abad ke 21, matlamat tersebut masih disuarakan oleh pemimpin
selepasnya. Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menekankan kepentingan perkongsian
sebuah negara dan menekankan semangat kecintaan kepada negara. Menurut beliau :
“Kejayaan Malaysia telah dibina atas usaha bersama. Negara Malaysia akan terus
dibangunkan secara bersama dalam semangat yang tidak membenarkan berlakunya
tafsiran sempit dari segi identiti warga, tidak membenarkan berlakunya amalan
ekstremisme agama, tidak mengizinkan berlaku ketidakadilan di kalangan warga dan
tidak mengizinkan tercetusnya sebarang kebimbangan terhadap jaminan masa
hadapan mana-mana warga. Bumi dan langit Malaysia adalah tempat bertapak,
tempat berteduh setiap warga Malaysia, Bumi dan langit Malaysia menjanjikan tapak
kukuh dan langit cerah untuk setiap warga dapat hidup bersatu penuh muafakat.”
-Semasa ucapan Hari Kemerdekaan ke-50
Ini membuktikan Perdana Menteri Malaysia sangat menekankan konsep negara
bangsa di kalangan rakyat Malaysia. Pembinaan Negara Bangsa :-

Hasrat Wawasan 2020 adalah untuk melahirkan masyarakat Bangsa Malaysia yang
bersatu padu. KPM telah melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan matlamat
perpaduan kaum dan integrasi nasional terus dipelihara dan diperkukuhkan. Antaranya:

 Melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan satu kurikulum


kebangsaan untuk semua jenis sekolah dan satu sistem penilaian dan peperiksaan yang
seragam.
 Menjadikan agenda memperkasakan SK menjadi salah satu teras dasar pelaksanaan
RMKe-9 bagi merealisasikan matlamat menjadikan SK sebagai tempat memupuk
perpaduan kaum dan pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang akademik dan
bukan akademik.
 Menerapkan nilai jati diri, budi bahasa dan seni budaya dilaksanakan secara sisipan dalam
tajuk-tajuk mata pelajaran yang bersesuaian.
 Memperkenalkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan pada tahun 2003 di
peringkat rendah dan menengah bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar
tentang hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat pelbagai kaum serta
pentingnya semangat patriotisme, kesejahteraan dan keharmonian antara kaum.
 Memperkenalkan Konsep Sekolah Wawasan sebagai salah satu pendekatan altenatif
untuk memupuk nilai perpaduan kaum dan integrasi nasional dengan menempatkan dua
atau tiga jenis sekolah rendah yang berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran dalam
kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan
dan kantin. Pelaksanaan Sekolah Wawasan bertujuan mewujudkan persekitaran yang
memberi peluang yang luas kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi
dalam pelbagai aktiviti.
4. Usaha ke arah integrasi nasional serta cabaran yang dihadapi dalam usaha
mengekalkan hubungan etnik yang baik.
Terdapat pelbagai bentuk cabaran yang wujud dalam usaha kerajaan Malaysia untuk
mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional di kalangan rakyatnya yang berbilang kaum.
Pada masa yang sama kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengatasinya
dengan cara yang tersendiri. Berikut adalah cabaran-cabaran yang wujud dan cara-cara untuk
mengatasi cabaran kepada perpaduan dan intergrasi nasional.
Cabaran pertama kerajaan dalam mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional
adalah pergaulan antara kaum-kaum yang berlainan adalah terhad. Masyarakat Malaysia
lebih suka bergaul dengan kaum mereka sendiri dan jarang bergaul dengan kaum lain.
Sebagai contoh, pelajar-pelajar di sekolah lebih suka berkawan dengan kawan yang sama
kaum dengannya. Mereka telah mewujudkan rasa perkauman yang secara langsung
menghalang perpaduan dan intergrasi national. Mereka hanya bergaul apabila difikirkan perlu
sahaja. Keadaan ini telah menunjukkan satu jurang yang jauh wujud dalam interaksi kaum-
kaum di Malaysia. Untuk mengatasi masalah pergaulan antara kaum-kaum yang terhad,
kerajaan telah mewujudkan Sekolah Wawasan untuk memupuk konsep perpaduan di
kalangan pelajar. Sekolah Wawasan merupakan gabungan tiga jenis sekolah iaitu Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) di bawah
suatu kawasan yang sama di mana ketiga-tiga jenis sekolah ini berkongsi segala kemudahan
yang disediakan. Sekolah Wawasan ini diadakan untuk menggalakkan pergaulan serta
persefahaman di antara tiga kaum ini. Dengan wujudnya ketiga-tiga kaum dalam satu sekolah
sudah tentu masalah pergaulan antara kaum-kaum yang terhad dapat diatasi kerana pelajar-
pelajar yang berlainan kaum akan berkongsi menggunakan kemudahan yang disediakan dan
secara tidak langsung akan bergaul dan memahami diantara satu sama lain. Wujudnya
suasana seperti ini, maka perpaduan akan dapat diwujudkan.
Seterusnya adalah cabaran dari segi perbezaan agama, budaya dan adat resam
masyarakat Malaysia yang pelbagai. Setiap kaum di Malaysia mempunyai agama, budaya,
adat resam serta kepercayaan yang tersendiri. Maka, ini telah mewujudkan perbezaan
pendapat di antara kaum-kaum. Keadaan ini berlaku kerana terdapat percanggahan pendapat
di antara kaum-kaum tertentu seperti penganut agama Hindu tidak memakan lembu kerana
di anggap sebagai haiwan suci tetapi penganut agama Kristian dan Islam memakan lembu.
Begitu juga dengan penganut agama Islam yang tidak memakan babi tetapi penganut agama
Hindu dan Kristian boleh memakan babi. Maka timbullah perbezaan pendapat di antara
mereka yang mungkin akan membawa kepada perbalahan antara kaum. Keadaan ini
sememangnya telah menghalang perpaduan dan intergrasi national. Untuk mengatasi
masalah cabaran dari segi perbezaan agama, budaya dan adat resam, kerajaan Malaysia
telah memperkenalkan perkongsian budaya di kalangan masyarakatnya. Melalui perkongsian
budaya, setiap golongan masyarakat akan lebih memahami adat resam dan kepercayaan
kaum-kaum lain. Mereka juga akan lebih menghormati serta bertoleransi antara satu sama
lain agar tidak menyinggung perasaan individu yang lain. Contohnya, perkongsian budaya
yang telah dilaksanakan adalah melalui Rumah Terbuka semasa musim perayaan bagi setiap
kaum. Contohnya, rumah terbuka semasa Tahun Baru Cina dimana kaum-kaum lain seperti
India dan Melayu akan di jemput untuk meraikan bersama kaum Cina dengan mengziarahi
rumah orang Cina. Keadaan ini akan memperkenalkan budaya kaum Cina kepada kaum-
kaum lain dan mereka akan lebih memahami budaya kaum Cina. Perkara ini akan
menyebabkan kaum-kaum mencapai perpaduan dan intergrasi national.
Cabaran seterusnya adalah perbezaan status ekonomi masyarakat Malaysia
berdasarkan kaum. Perkembangan penjajahan di abad ke-19 telah membawa perubahan
yang besar kepada komposisi penduduk. Orang Cina dan orang India telah dibawa masuk
untuk mengusahakan sektor perlombongan serta perladangan. Masalah ini jelas kelihatan
kerana British telah mengasingkan kaum-kaum di tempat-tempat tertentu iaitu orang Melayu
tinggal di kawasan desa atau pinggir bandar, orang Cina di kawasan Bandar dan orang India
di kawasan ladang. Untuk mengatasi masalah perbezaan status ekonomi masyarakat
Malaysia berdasarkan kaum, kerajaan Malaysia menyusun semula masyarakatnya dalam
Dasar Ekonomi Baru. Melalui Dasar Ekonomi Baru ini, jurang ekonomi diantara kaum telah
dikurangkan dan pengagihan pendapatan berlaku dengan lebih baik. Keadaan ini telah
mengatasi masalah perbezaan status ekonomi berdasarkan kaum dan membawa kepada
perpaduan dan intergrasi nasional kerana masalah status ekonomi dan tempat tinggal tidak
wujud lagi dikalangan kaum-kaum. Maka mereka boleh berinteraksi di antara satu sama lain
tanpa mengira perbezaan status.
Cabaran seterusnya adalah kebanyakan anak-anak muda pada masa kini tidak
mempunyai kesedaran tentang bertapa pentingnya perpaduan dan intergrasi nasional.
Mereka tidak lagi mahu mengamalkan perpaduan dan lebih suka kepada membuat kerja
mereka sendiri tanpa mempedulikan orang lain. Sikap negatif ini akan menghalang usaha
kerajaan untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi national. Cara mengatasi masalah
sikap negatif anak-anak muda ini adalah mengajar mata pelajaran sivik di sekolah. Mata
pelajaran sivik seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral diajarkan di sekolah bagi
menerapkan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, toleransi dan kerjasama kepada
pelajar - pelajar. Melalui mata pelajaran ini, pelajar akan lebih memahami konsep dan
kepentingan perpaduan di dalam negara serta akan mengaplikasikannya dalam kehidupan
seharian. Keadaan ini secara langsung akan mengatasi masalah sikap negatif anak-anak
muda di sekolah dan menjayakan usaha perpaduan dan intergrasi national kerajaan.
RUJUKAN

1. Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006). LANH 1303 Pengajian
Malaysia. Kuala Lumpur : Open University Malaysia.
2. Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004). SPM SEJARAH. Selangor : Sasbadi Sdn.
Bhd.
3. Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002). PENGAJIAN AM
KERTAS 1 DAN 2 STPM. Malaysia : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
4. http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan.nsf/
5.http://www.ids.org.my/publications/ResearchPaper/ReportUndertaken/Socialdevelopment/
Report26.htm

You might also like