Professional Documents
Culture Documents
PanduanTugas PDF
PanduanTugas PDF
KEMAMAN, TERENGGANU
PANDUAN
TUGAS GURU DAN STAF
SOKONGAN
1
KANDUNGAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ...................................................................... 5
Work Hard, Work Smart....................................................................................................... 6
VISI KPM .................................................................................................................................. 7
MISI KPM ................................................................................................................................. 7
VISI JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU ................................................ 7
MISI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU ............................................... 7
VISI SEKOLAH ....................................................................................................................... 7
MISI SEKOLAH....................................................................................................................... 7
OBJEKTIF SEKOLAH ........................................................................................................... 8
PIAGAM PELANGGAN ......................................................................................................... 9
TERAS PERKHIDMATAN .................................................................................................... 9
TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA............................................... 10
TUGAS GURU BESAR ....................................................................................................... 12
TUGAS GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DAN KURIKULUM.......... 13
TUGAS GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID.................................... 15
TUGAS GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM .............................................. 16
TUGAS GURU PENOLONG KANAN PETANG ............................................................ 17
TUGAS LEMBAGA PENGURUSAN SEKOLAH ............................................................ 19
TUGAS GURU DARJAH .................................................................................................... 19
TUGAS GURU MATA PELAJARAN ............................................................................... 20
TUGAS PENYELARAS PERSATUAN/BADAN BERUNIFORM ............................... 21
TUGAS JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN BEKALAN ............................. 21
TUGAS PENGAWAS KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KEBERSIHAN
KAWASAN ............................................................................................................................ 22
TUGAS GURU PENGAWAS KEBAJIKAN .................................................................... 22
TATACARA MENGENDALI PERHIMPUNAN PAGI / PETANG ............................ 22
UCAPAN SEMASA PERHIMPUNAN ....................................................................................... 23
ATURCARA PERHIMPUNAN..................................................................................................... 23
2
TUGAS JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH (JKS) ............................................ 24
Objektif ...................................................................................................................................................... 24
Pentadbiran ................................................................................................................................................ 25
Kegiatan ...................................................................................................................................................... 25
Tugas ........................................................................................................................................................... 25
3
TUGAS JAWATANKUASA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
DAN PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS) ..................................................................... 40
TUGAS JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH....................................................... 41
TUGAS JAWATANKUASA KESIHATAN DAN PERUBATAN .............................. 41
TUGAS JAWATANKUASA KEBAJIKAN .................................................................... 41
TUGAS JAWATANKUASA PENGHAYATAN ISLAM .............................................. 42
TUGAS JAWATANKUASA DEWAN DAN SIARAYA ............................................. 42
Surat Pekeliling Iktisas Bil. 2/1981............................................................................................. 43
Ketepatan Masa Di Sekolah ....................................................................................................... 43
SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 3/1981.................................................................................. 44
Penggunaan Waktu Tidak Mengajar / Waktu Luang ................................................................... 44
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 6/1985 Peraturan Pakaian Guru ......................................... 45
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1986........................................................................................... 48
Panitia Mata Pelajaran ............................................................................................................... 48
Pekeliling-Pekeliling Mengenai Cuti Pegawai ............................................................................ 51
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999: .................................................................. 55
Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran .............................................................. 55
4
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
5
Work Hard, Work Smart
s
membawa erti Specific ( khusus )
Systematic (bersistem)
Style (gaya yang menarik )
m
membawa erti Measurable (boleh diukur)
Maximum (tahap tertinggi)
Money-wise (bijak berbelanja)
a
membawa erti Attainable (boleh dicapai)
Accurate (tepat strategi)
Auto-dynamic (arah kendiri)
T
membawa erti Target (matlamat mesti dicapai)
Time frame (mengikut jadual)
Totality (menyeluruh)
6
VISI KPM
MISI KPM
VISI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Chukai Melahirkan
Modal Insan Terbilang
MISI SEKOLAH
Mewujudkan Suasana Sekolah Yang
Kondusif Untuk Melahirkan Murid
Berakhlak Mulia Serta Terbilang Dalam
Kurikulum dan Kokurikulum
7
OBJEKTIF SEKOLAH
Objektif SK Chukai dalam tempoh tiga tahun
adalah:
1. Pencapaian UPSR meningkat:
• Sains & Matematik, ‘A’ melebihi 40% dan Minimum ‘C’ melebihi 90%
• Bahasa Melayu, ‘A’ melebihi 65% dan Minimum ‘C’ melebihi 95%
3. Berjaya mencipta nama dalam permainan berikut di peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan:
• Hoki
• Olahraga
• Bola Sepak
• Bola Baling
6. Menanamkan tabiat sentiasa menjaga kebersihan diri dan alam sekitar serta
sentiasa berusaha meningkatkan keceriaan bilik-bilik tempat belajar, bangunan
dan kawasan sekolah.
8
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga pendidik Sekolah Kebangsaan Chukai, 24000 Kemaman,
Terengganu dengan penuh khidmat akan berusaha sedaya upaya kami untuk:
Segala aduan yang diterima akan diambil tindakan semerta dengan membuat
siasatan dan maklum balas dalam tempoh tidak melebihi 7 hari.
Segala tuntutan bil dan invois akan dijelaskan dalam tempoh tidak melebihi
14 hari selepas diterima.
Buku latihan murid akan diperiksa dalam tempoh tidak melebihi 2 hari
selepas dihantar.
HUBUNGI: Guru Besar atau Guru-guru Penolong Kanan jika anda tidak
berpuas hati dengan perkhidmatan kami.
TERAS PERKHIDMATAN
Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan
Bekerja dengan penuh tanggungjawab
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
Bekerjasama dalam Membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara
Berpegang teguh pada ajaran agama
9
TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA
10
2.5 Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau
melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan
pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
2.6 Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh
kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa.
11
PANDUAN TUGAS
14
2.5.1 Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh
Guru Besar dari semasa ke semasa.
2.5.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang
diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
Mukadimah
Guru Penolong Kanan II bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai Dasar
Pendidikan Kebangsaan. Guru Penolong Kanan II bertanggungjawab mempertingkatkan
disiplin, kebajikan murid dan penerapan nilai-nilai murni.
1 Bidang Tugas
1.1 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan
Guru Penolong Kanan I.
1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
1.3 Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran
Hal Ehwal Murid.
1.4 Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sidang petang bagi sekolah-
sekolah yang mempunyai sidang petang.
1.5 Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti Hal Ehwal Murid.
1.6 Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah
2 Senarai Tugas
2.1 Disiplin
2.1.1 Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni.
2.1.2 Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah
dikuatkuasakan.
2.1.3 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang
melanggar peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku.
2.1.4 Menyelaras dan menyedia rekod disiplin dan laporan murid
2.1.5 Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
2.2 Bimbingan Dan Kaunseling
2.2.1 Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan
kaunseling.
2.2.2 Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling
murid dan menyediakan laporan yang diperlukan.
2.2.3 Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi
murid-murid baru.
2.3 Kesihatan dan Kebajikan Murid
2.3.1 Menguruskan kemudahan rawatan murid.
2.3.2 Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan
sempurna seperti menguruskan kad 001/002, PKS 1/PKS 2 dan Kad
Tenaga Asas.
2.3.3 Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah.
2.3.4 Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid.
15
2.3.5 Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Rancangan
Amalan Makanan dan Pemakanan, Projek Susu Sekolah dan lain-lain
rancangan bantuan dan kebajikan murid.
2.3.6 Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di
sekolah sentiasa dilaksanakan.
2.4 Skim Pinjaman Buku Teks
2.4.1 Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan
hapuskira.
2.4.2 Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan
mengawal bilik Buku Bantuan.
2.4.3 Menyenaraikan buku-buku teks mengikut judul, penerbit dan harga
bagi setiap darjah/tahun.
3 Pentadbiran
3.1 Mengurus dan mengemaskini Rekod Pendaftaran Murid.
3.2 Menyemak Buku Kedatangan Harian Murid sidang pagi.
3.3 Mengurus kemasukan dan penempatan murid.
3.4 Mengurus pertukaran murid.
3.5 Mengurus surat akuan, sijil-sijil murid, surat-surat pengesahan dan
pengedaran sijil-sijil berhenti sekolah.
3.6 Menyemak buku/kad kemajuan murid dan jadual markah.
3.7 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
1 Bidang Tugas
1.1 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar, Guru
Penolong Kanan 1 dan Guru Penolong Kanan II.
1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
1.3 Bertanggungjawab kepada guru besar di dalam semua aspek pengurusan
kokurikulum termasuk sidang petang.
1.4 Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum di sekolah.
1.5 Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah termasuk sidang petang.
2 Senarai Tugas
2.1 Kokurikulum
2.1.1 Sukan dan Permainan
2.1.1.1 Merancang Takwin kegiatan sukan dan permainan.
2.1.1.2 Mengurus pemilihan peserta untuk pertandingan.
2.1.1.3 Menyelia kegiatan sukan dan permainan.
2.1.1.4 Menyelaras aktiviti-aktiviti pertandingan sukan dan
permainan di dalam dan di luar sekolah.
2.1.2 Pakaian seragam
16
2.1.2.1 Merancang kegiatan pakaian seragam.
2.1.2.2 Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan pakaian
seragam.
2.1.2.3 Menyelia kegiatan sukan dan permainan.
2.1.2.4 Menyelaras aktiviti-aktiviti pertandingan sukan dan
permainan di dalam dan di luar sekolah.
Mukadimah
Guru Penyelia Petang bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam mentadbir sekolah
sesi petang.
1 Bidang Tugas
17
1.1 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar, Guru
Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan II dan Guru Penolong Kanan
Kokurikulum.
1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
1.3 Bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam mentadbir semua aspek
pengurusan sekolah bagi sidang petang.
1.4 Membantu mengeratkan hubungan di antara guru-guru sidang pagi dan
petang.
1.5 Membantu Guru Besar menyelia pengajaran dan pembelajaran.
1.6 Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah.
2 Senarai Tugas
2.1 Kurikulum
2.1.1 Membantu di dalam hal pengajaran dan pembelajaran bagi sidang
petang.
2.1.2 Menyusun Jadual Waktu Kelas serta menyediakan Jadual Waktu
Gantian.
2.1.3 Menyelaras penggunaan Pusat Sumber, Program Radio dan
Televisyen dan sebagainya.
2.1.4 Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan kelas-
kelas bimbingan dan pemulihan.
2.1.5 Menyelaras di dalam pengurusan ujian dan peperiksaan sekolah.
2.2 Kokurikulum
2.2.1 Menyelaras kegiatan pakaian seragam, persatuan, kelab dan
permainan bagi sidang petang.
2.3 Disiplin, Bimbingan dan Kaunseling
2.3.1 Menyelaras semua jenis tindakan disiplin.
2.3.2 Menyelaras aktiviti bimbingan dan kaunseling.
2.3.3 Melaksanakan peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah
serta mengawas keselamatan murid sidang petang.
2.4 Keselamatan
2.4.1 Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di
sekolah sentiasa dilaksanakan.
2.5 Pentadbiran
2.5.1 Merekod segala jenis cuti yang diambil oleh guru-guru sidang
petang.
2.5.2 Menyelaras pungutan yuran, derma dan jenis-jenis lain pungutan
yuran.
2.5.3 Menyelaras kerja-kerja kakitangan pejabat dan pekerja am
sekolah pada sesi petang.
2.5.4 Membantu merancang Takwim Sekolah.
2.5.5 Membantu merancang penyediaan anggaran belanjawan tahunan
sekolah.
2.5.6 Menyemak buku kedatangan murid-murid sesi petang.
2.5.7 Mengurus hal-hal kemasukan dan pertukaran murid sesi petang.
2.5.8 Mengurus hal-hal pinjaman buku teks yang berkaitan dengan
pengagihan borang permohonan dan pemulangan.
18
2.5.9 Membantu dalam hal-hal yang berkaitan dengan penyenggaraan
bangunan, keselamatan, kebersihan dan keceriaan sekolah bagi sesi
petang.
2.6 Tugas-tugas Lain
2.6.1 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diarah oleh Guru
Besar dari semasa ke semasa.
2.6.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan lain yang diberikan oleh
Guru Besar dari semasa ke semasa.
19
9. Mengemaskinikan buku rekod PKBS/LAB dan fail-fail murid.
10. Menyempurna dan menyimpan rekod kesihatan yang dikehendaki oleh Pejabat
Kesihatan.
11. Memastikan murid di darjahnya telah didaftarkan di dalam buku pendaftaran dan
dalam komputer.
12. Mengawasi buku teks yang dipinjam oleh murid.
13. Mengemaskinikan Buku Jadual Kedatangan Murid.
14. Memastikan murid-murid mematuhi peraturan sekolah.
15. Menyediakan Jadual Waktu Darjah.
16. Mengemaskini Buku Rekod Mengajar/e-Persediaan Mengajar.
17. Menyediakan jadual tugas mingguan murid.
18. Mengisi borang-borang RMT/AMP/Projek Susu Sekolah.
19. Bekerjasama dengan pelawat, penyelia dan sebagainya.
20. Mengelola urusan peperiksaan.
21. Mengambil tindakan kepada murid-murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab
selama 3 hari berturut-turut atau lebih.
22. Seberapa boleh memberi kerjasama kepada ibu bapa, murid yang menghadapi
masalah kesihatan, kelakuan dan sebagainya.
23. Menyediakan penyata tahunan kutipan yuran persekolahan kelasnya.
24. Menyediakan laporan bertulis berkaitan dengan murid bermasalah atau
berpenyakit untuk diserahkan kepada guru kelas pada tahun berikutnya untuk
diambil perhatian.
25. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
20
11. Memastikan alat-alat yang akan digunakan bagi setiap mata pelajaran itu
mencukupi.
12. Memastikan semua buku kerja dan buku latihan diperiksa dan diberi komen yang
membina.
1 Bangunan Sekolah
1.1 Mengawasi semua bangunan sekolah supaya sentiasa bersih daripada
dicemari oleh contengan, cakaran dan tulisan yang tidak sesuai.
1.2 Pastikan semua kerosakan kecil diambil tindakan segera membaikinya
dengan merujuk kepada Guru Besar/Guru Penolong Kanan berkenaan.
1.3 Mengadakan tanda-tanda pengenalan atau kod/nombor/bilangan bersiri
pada semua bangunan dan bilik-bilik khas. Mewujudkan papan tanda/labell
pengenalan setiap kelas dan bilik-bilik khas.
1.4 Mengawas/menyelia pembinaan bangunan baru atau pembaikian kerosakan
bangunan.
1.5 Menyedia/menyiap segala laporan atau borang-borang kaji selidik yang
dikehendaki oleh JPN/PPD/JKR.
2 Perabot Sekolah
2.1 Mengawasi semua perabot yang ada dengan mengadakan:
2.1.1 Rekod-rekod tertentu.
2.1.2 Senarai perabot yang ada di dalam kelas dengan menggunakan
borang khas untuk dipamerkan.
2.2 Mengawasi buku stok dan sentiasa kemaskini.
2.3 Segala kerosakan pada perabot hendaklah diambil tindakan segera bagii
memperbaikinya dengan merujuk kepada pihak-pihak tertentu yang
bertanggungjawab.
2.4 Tentukan semua perabot yang baru diterima mempunyai mutu yang tinggii
serta dimasukkan ke dalam stoknya dengan serta merta.
21
TUGAS PENGAWAS KEBERSIHAN BANGUNAN DAN
KEBERSIHAN KAWASAN
1. Menentukan bahawa bilik darjah, bangunan dan kawasan sekolah sentiasa bersih.
2. Memberi kerjasama melalui perbincangan dengan Guru Bertugas/Guru Darjah bagii
mencapai tingkat kebersihan sekolah yang tinggi.
3. Menyampaikan pandangan kepada pekerja-pekerja tindakan yang perlu diambil bagii
mencapai perkara 1.
4. Mengadakan pertandingan kebersihan di antara kelas.
5. Menyampaikan pandangan-pandangan yang perlu kepada Guru Besar bagi mencapaii
tingkat kebersihan sekolah yang tinggi.
6. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah oleh Guru Besar.
22
5. Selain daripada perhimpunan pada hari Ahad, murid-murid juga dikehendaki
beratur di luar kelas masing-masing pada hari-hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis
untuk bacaan doa.
6. Perlu diketahui bahawa perhimpunan pagi/petang adalah wajib. Satu peruntukan
khas terdapat dalam jadual waktu. Semua guru wajib hadir.
ATURCARA PERHIMPUNAN
Loceng dibunyikan pada jam 7.35 pagi dan 5.35 petang bagi sesi petang. Semua murid
dan guru dikehendaki bersegera ke tapak perhimpunan.
1. Pengacara memberikan arahan - luruskan barisan, senang diri dan jaga sedia.
2. Majlis dimulakan dengan bacaan al-Fatihah, menyanyi lagu ‘Negaraku’, ‘Selamat
Sultan’, Lagu Sekolah, melafaz ikrar dan mengikuti bacaan/renungan dari al-Quran.
3. Ucapan guru bertugas.
4. Ucapan Guru Penolong Kanan/Guru-guru.
5. Ucapan Guru Besar.
6. Senaman beramai-ramai.
23
TUGAS JAWATANKUASA PERANGKAAN/PENYATA
1. Mengawasi supaya bilik guru sentiasa dalam keadaan bersih dan menarik sesuaii
sebagai tempat guru-guru berehat, membuat rujukan, memeriksa kerja murid dan
sebagainya.
2. Mengadakan jadual bertugas harian/mingguan kepada murid-murid untuk
membersih bilik.
3. Merancang satu rangka kerja sepanjang tahun bagi aktiviti-aktiviti keceriaan dan
kecantikan.
4. Memastikan buku-buku latihan murid, buku rujukan guru, kertas lembaran kerja
dan sebagainya tersusun elok di atas meja.
5. Mendapatkan kerjasama semua guru bagi menjamin ketenangan dan keselesaan
apabila berada di bilik guru.
Pendahuluan
Bagi membincang, merancang, melaksana dan menilai seluruh program pendidikan di
sekolah, khususnya pengajaran dan pembelajaran adalah amat perlu bagi sekolah
mewujudkan:
1 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
2 Panitia Mata Pelajaran
Objektif
Jawatankuasa ini hendaklah dengan secara serius memainkan peranan berusaha
mencapai objektif:
1. Mewujudkan suasana pengajaran/pembelajaran yang boleh mendorong murid
secara berkesan meningkatkan mutu pendidikan ke tahap yang lebih tinggi.
2. Membuat kajian dan nilaian tentang prestasi pembelajaran murid dengan tujuan
mencari jalan mengatasi kelemahan untuk mencapai kemajuan yang lebih tinggi.
24
3. Merancang strategi pengajaran/pembelajaran yang sesuai dengan keadaan sekolah
berasaskan kepada kehendak-kehendak sukatan pelajaran dan kemudahan-
kemudahan yang ada/akan diadakan di sekolah.
4. Menguruskan penerbitan-penerbitan berkala untuk kepentingan pembelajaran dii
sekolah.
Pentadbiran
1 Guru Besar akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah,
dengan memberi perhatian yang lebih berat terhadap tugas dan aktivitinya.
Setiausaha dengan sendirinya disandang oleh Guru Penolong Kanan I dan ahli-ahli
hendaklah terdiri daripada guru-guru kanan mata pelajaran.
2 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah hendaklah bersidang sekurang-kurangnya empat
kali setahun, iaitu pada awal dan pertengahan tiap-tiap penggal persekolahan.
Mesyuarat sebaik-baiknya membincangkan kertas kerja yang dibincangkan oleh
panitia-panitia yang berkaitan dengan program pendidikan sekolah. Peringatan
mesyuarat itu hendaklah dikirimkan kepada Jawatankuasa Kurikulum Daerah dan
Negeri.
Kegiatan
Jawatankuasa kurikulum Sekolah akan melaksanakan segala kegiatan yang berhubung
dengan perkembangan kurikulum di sekolah. Antara kegiatan-kegiatan ialah:
1. Menganjurkan kursus-kursus dan latihan-latihan bagi guru-guru sekolah (in house
training).
2. Mengelolakan bengkel-bengkel untuk membina bahan-bahan bantuan mengajar,
menyusun rancangan mengajar, menyelaras pengajaran/pembelajaran, membina
ujian, menjalankan penilaian dan sebagainya.
3. Menganjurkan ceramah-ceramah khas kepada murid-murid seperti cara menjawab
soalan lisan, penulisan dan Kefahaman dalam UPSR yang membantu murid dalam
pembelajaran dan peperiksaannya.
4. Menganjurkan pertandingan-pertandingan seperti kuiz, syarahan, perbahasan,
forum dan sebagainya.
5. Menjalankan kajian-kajian mengenai aspek-aspek pengajaran/pembelajaran yang
tertentu dengan tujuan mencari punca-punca kelemahan murid-murid dan berusaha
memperbaiki kelemahan tersebut.
6. Merancang kerja-kerja pemulihan bagi murid-murid yang sangat lemah pencapaian
dalam akademik.
Tugas
1 Bertanggungjawab untuk meninggikan mutu pencapaian akademik murid ke tahap
yang paling maksimum
2 Memastikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berjalan mengikut sukatan
dan perancangan yang telah ditetapkan.
25
3 Memastikan semua buku-buku teks dan buku tambahan yang digunakan adalah wajar
dan sesuai serta memenuhi sebagaimana yang dikehendaki oleh Dasar Pendidikan
Kebangsaan.
4 Mengadakan program-program tambahan yang boleh meningkatkan prestasi
akademik murid-murid.
5 Melengkapkan alat bantu mengajar yang bersesuaian, berkesan dan mencukupi.
6 Menyelesaikan semua masalah yang timbul berkait dengan pengajaran dan
pembelajaran dari segi fakta, istilah dan sebagainya.
7 Meningkatkan kesedaran di kalangan murid akan kepentingan pelajaran dalam
penghidupan.
8 Mengadakan hari-hari atau majlis yang berbentuk akademik seperti hari ucapan dan
penyampaian hadiah, majlis bahas, peraduan berbalas pantun dan sebagainya.
Objektif
Berikut adalah di antara beberapa objektif yang dikenal pasti untuk panitia mata
pelajaran:
1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran/pembelajaran.
2 Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar inovatif dan
boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan murid-murid terhadap
pembelajaran.
3 Memperbaiki prestasi murid-murid dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan
awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada
prestasi/target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.
4 Mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan
persatuan atau kelab akademik.
Pentadbiran
1 Guru kanan mata pelajaran yang dilantik oleh Guru Besar akan mempengerusikan
mesyuarat panitia mata pelajaran dengan ahli-ahlinya terdiri daripada guru-guru
mata pelajaran berkenaan. Seorang setiausaha akan dilantik dari kalangan ahli untuk
menyediakan minit mesyuarat.
2 Panitia mata pelajaran perlu bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali sepenggal.
Mesyuarat ini sebaik-baiknya membincangkan perkara-perkara yang berkaitan
dengan pengajaran/pembelajaran mata pelajaran tersebut termasuk hal-hal
penilaian dan ujian.
3 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaan-
perjumpaan berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan
pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia ke mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah.
26
Peranan Panitia
Berikut adalah di antara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia, sejajar dengan
peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas:
1 Memperoleh sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-ahli
panitia.
2 Menyediakan rancangan mengajar untuk kedua-dua penggal dalam tahun
persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu
darjah dan juga di antara darjah di mana ada kaitan.
3 Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk digunakan oleh
murid-murid berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan
pelajaran dan tahap kebolehan mereka.
4 Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan
yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid-murid dan kegunaan guru-guru
untuk dibekalkan di perpustakaan sekolah.
5 Menyelaras soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang
disediakan bagi tiap-tiap darjah dan menubuhkan bank soalan.
6 Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan murid-murid dalam tiap-tiap
peperiksaan berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir
tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan
pengajaran dan pembelajaran.
7 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau
tidak formal) untuk memikirkan dan membincangkan masalah-masalah yang
berhubung dengan kaedah mengajar serta penyelesaian kepada masalah atau isu-isu
tersebut.
8 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperoleh setelah mengikuti
kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain.
9 Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah
memajukan murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran tertentu.
10 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-
panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekolah-sekolah di dalam kelompok yang
sama.
Tugas
27
8 Bertanggungjawab untuk menentukan pembelian/membuat alat-alat pandang dengar
dan merekodkan barang-barang tersebut dalam buku stok masing-masing.
9 Mengkaji dan menentukan jenis buku kerja bagi tiap-tiap kelas jika diperlukan.
10 Menyelia dan menyemak buku latihan dan rampaian murid.
11 Membuat anggaran perbelanjaan tahunan untuk persetujuan pihak sekolah.
12 Bersama-sama memikul tanggungjawab meningkatkan prestasi murid.
13 Mengadakan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya sepenggal sekali atau lebih kerap
jika diperlukan.
14 Mengadakan tindak balas kepada setiap perubahan baru yang diperlukan seperti
sukatan pelajaran baru, pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran baru dan
sebagainya.
15 Menjalankan tugas-tugas lain yang ditentukan dan diarahkan oleh Guru Besar.
Untuk memastikan supaya Pusat Sumber Sekolah berfungsi secara berkesan dan guru-
guru serta murid-murid mendapat perkhidmatan PSS dengan sewajarnya, maka berikut
adalah garis panduan tanggungjawab, fungsi dan peranan Penyelaras PSS:
1 Tanggungjawab
1.1 Memastikan PSS berfungsi seperti yang dirancangkan.
1.2 Memimpin guru-guru dan murid-murid ke arah pembelajaran berasaskan
sumber.
1.3 Melaksanakan Sistem Pusat Sumber Sekolah.
1.4 Berusaha membangun PSS secara beransur-ansur dan berperingkat-
peringkat.
28
3 Tugas Harian Penyelaras PSS
3.1 Memastikan Pusat Sumber Sekolah dibuka setiap hari mengikut jadual dan
dikemaskini.
3.2 Tempahan-tempahan pengguna disediakan dan diselaraskan.
3.3 Menyenggara kerja-kerja pembelian, koleksi, pembinaan bahan yang
diputuskan oleh Jawatankuasa PSS.
3.4 Mengajar guru-guru dan pelajar-pelajar melalui program latihan tentang
pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber.
3.5 Menyusun dan mengatur jadual waktu penggunaan dan dokumen PSS.
3.6 Membuat catatan/rekod dan menyimpan rekod penggunaan dan dokumen
PSS.
3.7 Menyambung kerja-kerja pembinaan, rakaman, suntingan, katalogan dan
lain-lain kerja PSS yang berterusan.
3.8 Menguruskan pinjaman dalaman dan luaran.
3.9 Memastikan sistem PSS dilaksanakan dan dipatuhi sebagai latihan dan
amalan yang berterusan.
2 Peperiksaan awam
2.1 Memberi penerangan tentang hal-hal berkaitan peperiksaan awam kepada
guru kelas.
2.2 Mengedarkan borang-borang kemasukan peperiksaan (Borang
Sekolah/Borang sementara) untuk diisi oleh murid dengan kerjasama guru
kelas.
2.3 Menghadiri taklimat peperiksaan yang berkaitan yang biasanya diberikan
oleh JPN dan Lembaga Peperiksaan.
29
2.4 Mengumpul, menyemak borang-borang kemasukan (Borang sementara)
dengan kerjasama guru kelas.
2.5 Mengisi borang komputer kemasukan peperiksaan UPSR.
2.6 Memasukkan data pelajar ke dalam komputer dan membuat salinan untuk
JPN, Lembaga Peperiksaan dan sekolah.
2.7 Mengurus borang-borang yang berkaitan dengan peperiksaan. UPSR.
2.8 Menentukan bilik-bilik darjah yang akan digunakan sebagai bilik
peperiksaan.
2.9 Menyediakan pelan dan label meja calon.
2.10 Menyediakan papan tunjuk arah.
2.11 Menyelaras persediaan sijil dan menganalisis keputusan dengan bantuan
Ketua Panitia Mata Pelajaran/Penyelaras Projek Kecemerlangan UPSR.
2.12 Memungut yuran peperiksaan dengan bantuan guru kelas supaya semua
pungutan tepat dengan keperluan dan masa.
2.13 Mengurus semua surat menyurat yang berkaitan dengan peperiksaan
awam.
30
12 Menjalankan tugas-tugas yang lain sesuai apabila diarahkan oleh Guru Besar.
31
4 Mengadakan sebuah kelas khas pemulihan yang cantik dan menarik supaya murid-
murid yang lemah tertarik untuk datang ke kelas khas pemulihan dan memberi
semangat kepada mereka untuk belajar.
5 Membantu guru kelas memulihkan murid-murid yang lemah dalam pelajaran asas.
6 Mengadakan rekod-rekod/profil murid-murid berkenaan sebagai rujukan
pemulihannya.
7 Menyedia/menyiapkan segala laporan atau borang-borang kajiselidik yang
dikehendaki oleh pihak-pihak bertanggungjawab.
8 Merekacipta beranika jenis bahan-bahan pengajaran bukan sahaja untuk
mengekalkan minat murid-murid bahkan untuk mengukuhkan sesuatu kemahiran
atau konsep yang dipelajari oleh mereka.
9 Menjalankan tugas-tugas lain yang difikirkan perlu mengikut keadaan semasa
atau arahan Guru Besar dari masa ke semasa.
A. TUGAS-TUGAS UTAMA
32
5 Urusetia jawatankuasa Kewangan Sekolah
C. BIDANG KUASA
D. Lain-lain tugas rasmi yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Pengetua/ Guru
Besar
1 Menyedia surat-surat yang berkaitan dengan urusan sekolah yang diarahkan oleh
Pengetua dan Guru-guru Penolong Kanan
2 Menyediakan:
2.1 Biasiswa / Bantuan
2.2 Pembayaran bil-bil
3 Mengemaskini Buku Tunai:
3.1 Akaun Kerajaan
3.2 Akaun Suwa
4 Mengurus:
4.1 Cek-cek Akuan Kerajaan dan Akaun Suwa
4.2 Pesanan barang-barang keperluan pejabat dan stok pejabat
5 Mengurus Rekod Stok Harta Modal dan Inventori
6 Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar/Penolong Kanan atau wakilnya dari
semasa ke semasa
33
TUGAS PEMBANTU TADBIR (BAHAGIAN PENTADBIRAN
PERKHIDMATAN)
1 Menyedia surat-surat yang berkaitan dengan urusan sekolah yang diarahkan oleh
Pengetua dan Guru-guru Penolong Kanan
2 Mengurus:
2.1 Tuntutan gaji dan elaun
2.2 Pertukaran guru dan staf sokongan.
2.3 Pengesahan jawatan, pencen, PTK dan kursus induksi.
2.4 Surat-surat dan rekod cuti guru / staf sokongan.
2.5 Baucer Tuntutan Perjalanan
3 Mengemaskini kehadiran guru dalam sistem (Punchcom).
4 Tugas-tugas lain yang diarah oleh Guru Besar/Guru Penolong Kanan atau wakilnya
dari semasa ke semasa.
1. Menyedia surat-surat yang berkaitan dengan urusan sekolah atau yang diarahkan
oleh Guru Besar atau Guru Penolong Kanan
2. Membuka dan menutup pejabat sekolah dan memastikan bilik guru dan bilik
mesyuarat berkunci sebelum balik.
3. Mengurus Pendaftaran Tahun Satu dan kemasukan ke sekolah menengah
4. Mengurus pendaftaran kunci-kunci
5. Mengurus pertukaran keluar dan masuk murid
6. Mengurus pengeluaran Sijil Berhenti Sekolah, Laporan Adab Belajar dan Pentaksiran
Lisan Berasaskan Sekolah.
7. Merekod Sistem Merit Demerit dan Kawalan Murid ke dalam Sistem.
8. Tugas-tugas lain yang diarah oleh Guru Besar/Guru Penolong Kanan atau wakilnya
dari semasa ke semasa.
1. Menyedia surat-surat yang berkaitan dengan urusan sekolah atau yang diarahkan
oleh Guru Besar atau Guru Penolong Kanan
2. Membantu Pembantu Tadbir dalam urusan bank seperti membayar bil dan lain-lain.
3. Merekod keluar masuk surat termasuk melalui emel dan menguruskan sistem fail.
4. Mengedar surat-surat kepada guru/staf sokongan yang berkenaan.
5. Menguruskan Persediaan Mengajar Guru dan merekodkan ke dalam sistem.
6. Merekod Kehadiran murid ke dalam Sistem
7. Menjaga stok pejabat dan mengemaskinikannya dari semasa ke semasa
8. Menjaga dan memastikan alat mesin taip, komputer dan alat–alat pejabat yang lain
dalam keadaan baik.
9. Mencetak soalan-soalan peperiksaan dan siaran-siaran pejabat dan merekod ke
dalam sistem.
34
10. Mengurus dan merekod pinjaman notebook dan projektor LCD
11. Tugas-tugas lain yang diarah oleh Guru Besar/Guru Penolong Kanan atau wakilnya
dari semasa ke semasa.
35
6. Menyelia dan membuat pemantauan terhadap program-program yang dimuat
turun di e-book oleh pelajar secara berkala bagi menggelakkan salah guna.
7. Bertanggungjawab membuat pemeriksaan, pembersihan (cleaning) dan lain-lain
yang difikirkan perlu bagi memastikan semua e-book berada dalam keadaan baik
dan boleh digunakan pada bila-bila masa
8. Membuat laporan kepada pihak PPD (EIO) berkaitan kerosakan, keluar masuk e-
book atau lain-lain yang berkaitan.
9. Bersedia untuk membaiki kerosakan kecil e-book dan peralatannya jika perlu.
Kerosakan major perlu dilaporkan kepada pihak pengilang.
10. Membantu lain-lain kerja yang berkaitan IT disekolah sekiranya diarah berbuat
demikian.
11. Melaksanakan arahan dari pihak sekolah, TESDEC SERVICES Sdn. Bhd. dan
Kerajaan Negeri Terengganu yang diberi dari masa ke semasa.
36
TUGAS SETIAUSAHA SUKAN
37
9. Menyimpan rekod-rekod yang perlu, menyediakan laporan kepada Setiausaha
Sukan/Guru Penolong Kanan(KK)/Guru Besar dan menyediakan laporan tahunan
tentang pasukan.
10. Tugas-tugas lain yang ditentukan oleh Guru Besar/Guru Penolong
Kanan(KK)/Setiausaha Sukan.
38
4 Bertanggungjawab terhadap kebajikan peserta pasukan sekolah semasa
pertandingan sedang dijalankan.
5 Memastikan semua peserta pasukan sekolah selamat sampai ke rumah masing-masing
setelah tamat pertandingan yang mereka sertai.
1 Menyedia, merancang dan mengatur program yang tersusun dengan melibatkan guru,
pekerja dan murid.
2 Perancangan yang disusun hendaklah meliputi semua aspek kebersihan dan keceriaan
sekolah seperti bangunan, kawasan, kantin, tandas, dayacipta dan lain-lain.
3 Mengadakan projek gotong-royong dengan melibatkan semua guru, pekerja dan
murid.
4 Bertanggungjawab mewujudkan suasana dan persekitaran sekolah yang sentiasa baik
dan menarik sesuai sebagai sebuah institusi pengajian.
5 Memastikan kebersihan bangunan terpelihara, kerosakan kecil tidak terbiar, bilik-
bilik kelas dan bilik-bilik lain sentiasa bersih dan tersusun.
6 Mengadakan tempat pembuangan sampah yang sempurna dan melatih murid-murid
supaya mengamalkan cara pembuangan sampah dengan betul.
7 Mengatur dan menanam pokok mengikut kesesuaian tempat supaya menjadikan
perwajahan persekitaran yang menarik.
39
2 Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada Guru Besar sebelum diambill
tindakan ke atas murid berkenaan.
3 Membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan untuk membimbing dan
membantu dalam menangani masalah.
4 Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan daripada murid, guru serta ibu
bapa mengenai hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah.
5 Memberi bimbingan dan panduan dalam hal perlantikan pengawas-pengawas sekolah.
6 Mengadakan mesyuarat pentadbiran/mesyuarat khas.
40
TUGAS JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH
1 Mengadakan beberapa buah peti ubat yang lengkap untuk keperluan kecemasan dan
semasa.
2 Bertanggungjawab memberi rawatan awal kepada murid-murid yang sakit atau
cedera sebelum ia dihantar ke klinik/hospital.
3 Mengurus murid-murid untuk pemeriksaan perubatan oleh pegawai perubatan.
4 Menyedia dan mengurus peserta kuiz kesihatan.
5 Menyediakan, melengkapkan serta mengemaskini laporan dan borang-borang
kajiselidik kesihatan seperti yang dikehendaki oleh pihak-pihak tertentu.
6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah oleh Guru Besar/Guru Penolong
Kanan(HEM) dari semasa ke semasa.
42
BAHAGIAN SEKOLAH_SEKOLAH,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
BANGUNAN BANK PERTANIAN,
TINGKAT 12 - 14,
LEBUH PASAR BESAR,
KUALA LUMPUR
Ruj. Fail: 8591/(79)
Tarikh : 12 September 1981
Pengarah Pendidikan
Semua Negeri.
Tuan / Puan,
Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Kakitangan Sekolah serta murid-murid diwajibkan memelihara
dan mengekalkan amalan menepati masa datang dan hadir di sekolah - sekolah.
2. Dengan demikian Guru Besar hendaklah menyedarkan guru-guru, kakitangan lain serta murid-murid
tentang perlunya dan pentingnya amalan ketepatan masa.
3. Adalah diharapkan bahawa semua guru diingatkan dari semasa ke semasa tentang tanggungjawab
mereka untuk mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di sekolah, baik semasa datang ke
sekolah atau pun balik dari sekolah, mahupun ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar atau pun
menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru itu hendaklah
mengikut jadual pengajaran dan tidak boleh meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah sebelum tiba masa
untuk berbuat demikian.
4. Peraturan-peraturan mengenai ketepatan masa hendaklah dikenakan, selain dari murid-murid, juga
kepada guru-guru, kakitangan dan pekerja di sekolah. Guru-guru, khasnya, hendaklah memberi contoh teladan
yang baik sekiranya mereka ingin menggalakkan tabiat ketepatan masa di kalangan murid-murid mereka.
5. Memanglah ternyata bahawa suasana disiplin di sesebuah sekolah bergantung sebahagian besarnya
kepada Guru Besar. Guru Besar hendaklah mengambil langkah-langkah yang positif untuk menguatkuasakan
peraturan-peraturan mengenai ketepatan masa di sekolah.
6. Sila tuan / puan sampaikan isi surat pekeliling ini kepada Guru Besar untuk panduan dan tindakan
mereka.
43
BAHAGIAN SEKOLAH-SEKOLAH,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
BANGUNAN BANK PERTANIAN,
TINGKAT 12 - 14,
LEBUH PASAR BESAR,
KUALA LUMPUR
Ruj. Fail: KP 8591/(80
Tarikh : 14 September 1981
Pengarah Pendidikan,
Semua Negeri.
44
BAHAGIAN SEKOLAH-SEKOLAH,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
BANGUNAN BANK PERTANIAN,
TINGKAT 12 - 14,
LEBUH PASAR BESAR,
KUALA LUMPUR
KP (BS) 8591/JLD.11/(36)
Tarikh : 9 Mei 1985
Tujuan surat pekeliling ini adalah untuk menetapkan peraturan pakaian sewaktu bertugas bagi guru-guru,
pensyarah-pensyarah, lain-lain pegawai dan kakitangan perkhidmatan pelajaran di sekolah, maktab perguruan,
politeknik, Pejabat Pelajaran Daerah/Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.
Peraturan pakaian ini adalah dengan peraturan pakaian bekerja dan semasa menghadiri upacara-upacara rasmi
bagi pegawai-pegawai awam dalam surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 bertarikh 8 Februari 1985,
yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
45
• Kasut sukan, ‘jeans’, ‘slacks’, ‘track suit’, kemeja T/sukan, jersi, seluar pendek dan
apa-apa pakaian dari jenis kain jarang dan menjolok mata, TIDAK BOLEH DIPAKAI.
1.2 Sewaktu Bertugas Di Luar Bilik Darjah Ketika Menjalankan Gerakerja Pendidikan Jasmani
Dan Sukan: Lelaki Dan Perempuan
1.2.1 ‘Track suit’, seluar panjang yang sesuai, seluar pendek (bagi guru/pensyarah lelaki
sahaja), kemeja sukan, jersi, kasut getah, kasut sukan dan lain-lain pakaian yang
sesuai dan tidak menghalang kecergasan gerakgeri dalam gerakerja tersebut.
1.2.2 Kasut tumit tinggi atau kasut kulit yang mengganggu kecergasan gerakgeri, sarung
ketat atau seluar ketat, cheongsam, kebaya, sari dan lain-lain pakaian dari jenis kain
jarang dan menjolok mata, adalah tidak sesuai dipakai.
2 Sewaktu Bertugas Di Pejabat Sekolah/Maktab, Pejabat Pelajaran Daerah Atau Bahagian/Jabatan
Pelajaran Negeri/Kementerian Pelajaran Bagi Pegawai-pegawai Perkhidmatan Pelajaran.
2.1 Lelaki
2.1.1 Seluar panjang dan berbaju kemeja dan bertali leher, ‘bush jacket’ atau ‘longe
suit’. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam dan jika berlengan panjang, tangan
baju hendaklah jangan dilipat.
2.1.2 Pakaian baju melayu yang lengkap dengan samping, atau pakaian baju yang
mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang.
2.1.3 Pada hari Sabtu atau hari bekerja separuh hari, baju batik (batik buatan Malaysia)
boleh pakai, kecuali pegawai-pegawai yang dikehendaki memakai pakaian
seragam.
2.1.4 Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. Capal hanya boleh dipakai
dengan pakaian baju melayu yang lengkap dengan samping.
2.2 Perempuan
2.2.1 Pakaian Kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing dan lain-lain pakaian
Yang sesuai dan tidak menjolok mata.
2.2.2 Selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai
boleh dipakai dengan pakaian yang ditetapkan.
2.2.3 Kasut sukan, ‘jeans’, seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka atau
yang menjolok mata, TIDAK BOLEH DIPAKAI.
3 Pakaian Seragam
Kakitangan sekolah/maktab/pejabat yang dibekalkan dengan pakaian seragam hendaklah
memakai pakaian tersebut waktu kerja.
4 Pakaian Batik Di Sekolah/Maktab (Lelaki)
Baju batik boleh dipakai pada bila-bila masa kecuali sewaktu mengajar secara rasmi di bilik
darjah/kuliah atau diluar bilik darjah/kuliahpada hari-haripersekolahan/hari-hari kuliah.
5 Sewaktu Menghadiri Bengkel dan Lain-lain Majlis Rasmi Peringkat Daerah/Negeri dan
Kementerian.
Seperti dinyatakan dalam para 3.1.1 dan 4.1 (bagi lelaki) atau para 3.1.2 dan 4.3 (bagi perempuan) jika
tiada peraturan pakaian khas ditetapkan.
6 Pakaian Semasa Menghadiri Upacara Rasmi (seperti yang dipetik dari para 3. Pekeliling Perkhidmatan
Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam)
6.1 Pakaian Rasmi (Formal) untuk Lelaki
Seseorang Pegawai Awam yang berhak memakai uniform ataupun dikehendaki memakai uniform yang
khas, hendaklah memakai uniform tersebut apabila menghadiri upacara-upacara rasmi. Peraturan-
peraturan pakaian seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA SULIT
2678/Pt.1/35 bertarikh 6 Jun 1970 di Lampiran ‘A’ mengenai pakaian seragam Pegawai-pegawai
Tadbir dan Profesional dalam Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas, seperti dipinda oleh Surat Pekeliling
Bil. 8 Tahun 1975, hendaklah dipatuhi semasa menghadiri istiadat-istiadat rasmi yang menetapkan dif-
dif jemputan memakai pakaian seragam atau pakaian rasmi kebangsaan. Sekiranya pegawai itu tidak
mempunyai uniform, maka ‘longe suit’ bolehlah dipakai, kecuali jika peraturan pakaian khas ditetapkan.
6.2 Pakaian Untuk Upacara Separuh Rasmi
Untuk upacara-upacara separuh rasmi yang lain seperti menghadiri upacara-upacara pembukaan
seminar, adalah diputuskan bahawa bagi peringkat kebangsaan, di mana tidak ada perwakilan
daripada luar negeri, maka pakaian waktu bertugas di pejabat seperti yang ditetapkan di dalam
pekeliling ini hendaklah dipakai. Untuk upacara-upacara peringkat antarabangsa, maka pakaian ‘longe
suit’ hendaklah dipakai.
46
7 Dengan surat pekeliling ini, para 3 Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran, Bil.11/68
bertarikh 25hb. September 1968, Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Bil.13/69, bertarikh 26hb. Disember
1969 para 4.3 dan 4.4 dalam surat-surat siaran KP(BS) 8591/Jilid II/(14) bertarikh 2hb. Julai 1983, adalah
dimansuhkan.
8 Adalah diharapkan tuan memaklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua pegawai dan
kakitangan perkhidmatan pelajaran di semua sekolah, maktab, politeknik, Pejabat Pelajaran Daerah atau
Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian di Kementerian Pelajaran.
Sekian.
t.t.
(DATO’ ABDUL RAHMAN HAJI ARSHAD)
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
47
BAHAGIAN SEKOLAH-SEKOLAH,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
BANGUNAN BANK PERTANIAN,
TINGKAT 12 - 14,
LEBUH PASAR BESAR,
KUALA LUMPUR
KP (BS) 8591/JLD.11/(44)
Tarikh : 13 Mac 1986
Y.B. Datuk/Tuan,
Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, Jabatan Pendidikan
Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, salah satu perkara yang hendak diselia adalah tentang kewujudan dan
keberkesanan panitia mata pelajaran di sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang
telah menubuhkan panitia mata pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada pula di sebaliknya. Walau
bagaimanapun, sama ada panitia mata pelajaran itu berfungsi atau tidak, Kementerian Pelajaran difahamkan
bahawa pihak-pihak yang telah membuat penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas dasar atau
arahan manakah, panitia mata pelajaran itu perlu ditubuhkan.
2. Oleh yang demikian, surat pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberitahu pihak sekolah
tentang perlunya penubuhan panitia mata pelajaran, supaya dengan ini, perhubungan dua hala antara pihak
sekolah dengan pihak-pihak yang membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi.
3. Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah adalah dikehendaki
menubuh atau memperkemaskan lagi panitia mata pelajaran supaya keberkesanan pengajaran-pembelajaran di
sekolah dapat dipertingkatkan.
3.1. Latarbelakang
Kebanyakan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap
sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan
keberkesanan guru yang mengajar.
Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada
matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.
Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau mengajar mata
pelajaran yang sama, menggembelengkan tenaga mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti
dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik. Mereka juga harus mempunyai semangat
bekerjasama, saling bantu-membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran
untuk memperbaiki lagi kecekapan serta kekesanan mereka. Dengan demikian, guru yang
mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha
mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama
ini, guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada
masalah-masalah, bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah berhubung
dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar.
48
3.2.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua
guru yang mengajar mata pelajaran di sesebuah sekolah. (Sekolah-sekolah kecil yang
bilangan gurunya sedikit adalah tidak perlu menubuhkan pelbagai panitia mata pelajaran)
3.2.2 Badan ini hendaklah dipimpin dan diketuai oleh seorang guru kanan yang dilantik
sebagai Ketua Panitia oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah.
3.2.3 Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara automatik menjadi ahli-ahli
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah pelajaran masing-masing di dalam jawatankuasa tersebut
dan menjadi sebagai penghubung di antara ahli-ahli panitia dengan Guru Besar atau
Pengetua Sekolah.
3.2.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaan-
perjumpaan berhubung dengan isu-isu dan masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu
dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar atau Pengetua atau Penolong Kanannya, sama
ada untuk mendapat penyelesaian atau makluman.
3.2.5 Di sekolah-sekolah di mana jawatankuasa kurikulum sekolah belum ditubuhkan,
ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung dengan Guru Besar atau
Pengetua bagi membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan
mengesyorkan segala cadangan atau permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan
keperluan pengajaran dan pembelajaran.
3.3. Tujuan Panitia Mata Pelajaran
Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenalpasti untuk panitia mata pelajaran:
3.3.1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran-pembelajaran
3.3.2 Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif
dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap
pembelajaran.
3.3.3 Membaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam)
dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi/target yang
ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.
3.3.4 Mewujudkan semangat kerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan
persatuan/kelab akademik.
Sekian.
t.t.
(HAJI JUMAAT BIN DATO’ HAJI MOHD NOOR)
Bahagian Sekolah-Sekolah
b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
50
Pekeliling-Pekeliling Mengenai Cuti Pegawai
SYARAT, KELAYAKAN SERTA KADAR KEMUDAHAN DALAM SISTEM SARAAN BARU BERDASARKAN
KAEDAH BARU
51
Seseorang pegawai yang menjadi ahli mana-mana pertubuhan atau persatuan di Lampiran B atau lain-
lain pertubuhan atau persatuan yang diistiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari
semasa ke semasa boleh dibenarkan cuti tidak berekod tidak melebihi 14 hari bagi menghadiri kursus
latihan atau khemah tahunan
Pertubuhan atau persatuan tersebut yang diadakan dalam Malaysia. Cuti tidak berekod sebanyak 2
hari lagi boleh diberi bagi perjalanan ke tempat pergi ke tempat latihan atau khemah dan sebaliknya.
Sebarang cuti yang diperlukan lebih daripada di atas akan di potong dari cuti rehat pegawai dan
sekiranya ini telah habis, pegawai itu boleh diberi cuti tanpa gaji.
Kemudahan Cuti tanpa Rekod dalam Perintah Am 42 (a) di atas diperluaskan aktivitinya
Kepada menghadiri mesyuarat agung tahunan, mesyuarat luar biasa, khemah latihan tahunan, seminar
dan aktiviti-aktiviti sukan anjuran pertubuhan/persatuan berkaitan di Malaysia sahaja. Kemudahan ini
juga dipanjangkan kepada aktiviti-aktiviti sukan anjuran pertubuhan/persatuan berkaitan di Malaysia
sahaja. Kemudahan ini juga dipanjangkan
kepada aktiviti-aktiviti serupa anjuran Persatuan Kebajikan dan Sukan di Jabatan-jabatan
Kerajaan,yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan diiktiraf oleh Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam.
Kemudahan Mengenai Cuti tanpa Gaji mengikut Perintah Am 14(a) Bab ‘C’ dengan memberi perhatian atas
perka-perkara berikut :-
i) Cuti yang dipohon oleh Pegawai hendaklah atas tujuan persendirian yang difikirkan mustahak
sahaja.
ii) Jumlah cuti yang diluluskan memadai untuk Pegawai menguruskan hal persendirian
mustahak mereka; dan
iii) Kepentingan perkhidmatan hendaklah diutamakan terutama bagi pegawai-pegawai yang
terlibat dalam kelas-kelas peperiksaan.
Kemudahan untuk Cuti Haji bagi guru-guru yang bersara dan kemudian telah dilantik sebagai Guru Kontrak
boleh diluluskan Cuti Haji ini jika telah berkhidmat selama 4 tahun dan mereka masih belum menggunakan
kemudahan cuti semasa dalam perkhidmatan.
52
KEMUDAHAN CUTI PEGAWAI BERSALIN
PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2/1998
LATAR BELAKANG
1. Kerajaan telah memberi beberapa kemudahan cuti bagi seseorang pegawai/guru wanita yang bersalin
seperti Cuti Bersalin untuk pegawai wanita mengikut Perintah Am 25 dan diperjelaskan lagi melalui
Pekeliling Perkhidmatan Bil.5 Tahun 1984 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.9 Tahun 1991. Selaras
dengan hasrat untuk mewujudkan satu masyarakat penyayang,kerajaan telah bersetuju tempoh Cuti
Bersalin dipanjangkan daripada 42 hari kepada 60 hari.
PELAKSANAAN
2. Seseorang pegawai/guru wanita yang bersalin layak mendapat kemudahan Cuti Bersalin sebanyak
lima (5) kali sepanjang tempoh perkhidmatannya.
3. Bagi setiap Cuti Bersalin, pegawai/guru wanita layak diberi cuti selama 60 hari yang dikira mulai dari
tarikh pegawai/guru wanita bersalin.
4. Bagi pegawai/guru wanita yang berada di bawah Sistem Saraan Baru, Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji)
sehingga 90 hari boleh digunakan mulai hari ke 61 dari tarikh bersalin. Ini bermakna Cuti Menjaga
Anak (tanpa gaji) tidak boleh diluluskan jika kemudahan ini diambil mulai hari ke 62 dari tarikh
bersalin. Jika sebahagian daripada 90 hari cuti tersebut tidak digunakan, baki cuti tersebut yang tidak
digunakan akan luput secara automatik. Kemudahan Cuti Menjaga anak (tanpa gaji) diberi sebanyak
lima (5 )kali sepanjang tempoh perkhidmatannya.
1. Seseorang pegawai wanita kecuali guru wanita yang telah menggunakan kelayakan lima (5) kali
kemudahan Cuti Bersalin dan bagi setiap kali bersalin seterusnya, hendaklah mengikut kaedah berikut
:-
(a) Cuti Sakit bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin tidak boleh digunakan dalam tempoh
60 hari dari tarikh bersalin kecuali Cuti Tibi,Kusta,Barah atau tempoh pegawai dimasukkan ke wad
hospital kerana sakit bukan atas sebab bersalin.
(b) Cuti Rehat mengikut kelayakan pegawai bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin boleh
digunakan mulai dari tarikh bersalin.
(c) Cuti Tanpa Gaji hanya boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin
setelah pegawai mengambil semua Cuti rehat mengikut kelayakannya.
(d) Jumlah cuti bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin seperti di 6(b) dan 6(c) di atas yang
digunakan hendaklah tidak melebihi 60 hari dari tarikh pegawai bersalin.
(e) Bagi pegawai yang berada di bawah Sistem Saraan Baru dan tidak menggunakan kemudahan
Cuti Rehat dan Cuti Tanpa Gaji yang diberi di perenggan 6(b) dan 6(c) di atas, boleh
menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) sehingga 90 hari mulai dari tarikh
pegawai bersalin.
1. Seseorang guru wanita yang telah menggunakan kelayakan lima (5) kali kemudahan
Cuti Bersalin dan bagi setiap kali bersalin seterusnya, hendaklah mengikut kaedah
berikut :-
(a) Cuti Sakit bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin tidak boleh digunakan dalam tempoh
60 hari dari tarikh bersalin kecuali Cuti Tibi, Kusta, Barah atau tempoh guru dimasukkan ke wad
hospital kerana sakit bukan atas sebab bersalin.
(b) Cuti Bergaji Penuh boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin jika tempoh
tersebut jatuh dalam cuti penggal sekolah.
(c) Cuti separuh Gaji bagi tempoh sehingga 14 hari boleh digunakan bagi maksud menggantikan
tempoh Cuti Bersalin jika tempoh tersebut jatuh dalam penggal sekolah.
(d) Cuti Tanpa Gaji hanya boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin setelah
guru mengambil Cuti Bergaji Penuh dan atau Cuti Separuh Gaji mengikut kelayakannya.
(e) Jumlah cuti bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin, seperti di 7(b), 7(c) dan 7(d) di
atas, yang digunakan hendaklah tidak melebihi 60 hari dari tarikh guru bersalin.
(f) Bagi guru yang berada di bawah Sistem Saraan Baru dan tidak menggunakan kemudahan Cuti
Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji yang diberi
53
di perenggan 7(b), 7(c) dan 7(d) di atas, boleh menggunakan kemudahan Cuti menjaga Anak
(tanpa gaji) sehingga 90 hari mulai dari tarikh guru bersalin.
2. Seseorang pegawai /guru wanita yang bersalin pada 1 Mei 1998 dan selepasnya layak mendapat
kemudahan Cuti Bersalin selama 60 hari dari tarikh bersalin. Ini bermakna, pegawai/guru wanita yang
bersalin sebelum 1 Mei 1998 masih tertakluk kepada tempoh Cuti Bersalin selama 42 hari.
3. Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji), Cuti Tanpa Gaji dan Cuti Separuh Gaji yang diambil oleh
pegawai/guru wanita yang bersalin di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini tidak akan menjejaskan
kelayakan pegawai /guru wanita untuk menggunakan Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah Am 14 dan 52
Bab c dan Cuti Separuh Gaji di bawah Perintah Am 51 Bab C.
t.t.
(TAN SRI DR. MAZLAN BIN AHMAD)
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Malaysia.
25 April 1998
54
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the General of Education Malaysia
Tel : 03-2586900
Fax : 03-2535150
KP(BS)8591/Jilid XV/(3)
9 Mac1999
4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai
dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta
apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan
Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat
dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.
5. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua Pengetua, Guru Besar dan guru di
negeri Y. Bhg. Dato’ Datin/ Tuan/Puan.
Sekian.
55