Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Perbezaan KBSR dengan KSSR

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Kurikulum Standard Sekolah Rendah


(KBSR) (KSSR)

Reka bentuk kuriulum berasaskan tiga bidang: Reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang
· Komunikasi · Komunikasi
· Manusia dan alam sekeliling · Kerohanian, sikap dan nilai
· Perkembang diri Individu · Kemanusiaan,
· Perkembangan fizikal dan estetika
· Sains dan teknologi
· Ketrampilan diri

Bahan kurikulum: Bahan Kurikulum:


· Sukataan pelajaran · Dokumen Standard Kurikulum

Reka bentuk kurikulum: Reka bentuk kurikulum:


· Linear · Modular

Organisasi kurikulum: Organisasi kurikulum:


Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)
· Mata pelajaran Teras, Wajib dan · Modul Teras Asas, Modul teras tema
Tambahan dan modul Elektif.

Tahap II (tahun 4, 5 dan 6) Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)


· Mata pelajaran Teras, Wajib dan · Mata pelajaraan Teras dan Elektif
Tambahan

Elemen Elemen
Memahiran berfikir Secara Kritis dan Kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta
Kreatif teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) secara
explicit.

Fokus: Fokus:
3M (Membaca, menulis dan mengira) 4M (Membaca, menulis, mengira dan menaakul)
1.PERSAMAAN KBSR dengan KSSR

Sepertimana yang telah kita ketahui, kewujudan KSSR ini adalah merupakan satu proses
transformasi daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Ini menjadikan KSSR
mempunyai sedikit persamaan dengan KBSR.
Antara persamaan KBSR dengan KSSR ialah
I. Kedua-dua kurikulum ini diolah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana
prinsip KSSR masih lagi berpegang teguh kepada 4 prinsip yang didukung oleh KBSR iaitu
pendekatan bersepadu di mana unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
kandungan si pelajaran diintergrasikan supaya terdapat kesepaduan dan keharmonian antara
unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran murid. Prinsip lain
yang sama-sama dipegang KBSR dan KSSR ialah perkembangan individu secara menyeluruh,
peluang pendidikan yang sama serta pendidikan seumur hidup.
II. KBSR dan KSSR juga mempunyai persamaan dalam organisasi kurikulum. Kedua-dua
kurikulum ini diorganisasikan mengikut tahap iaitu, Tahap 1 dan Tahap 2. Walaubagaimana pun,
pengkategorian dalam organisasinya pula telah berbeza(akan dihuraikan di bawah tajuk
perbezaan KBSR dan KSSR). KBSR dan KSSR juga turut memberikan penekanan dalam
bidang kokurikulum dan pembangunan insaniah.

2.PERBEZAAN ANTARA KBSR dengan KSSR


Perbandingan antara KBSR dan KSSR boleh dibuat berdasarkan perkaitan berikut ; reka bentuk
kurikulum, organisasi kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, pembahagian masa,
bahan kurikulum, fokus kurikulum dan penilaian.

I. Reka bentuk kurikulum.

KBSR direka dengan hanya mempunyai tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi,
Manusia dan Alam Sekelilingnya serta bidang Perkembangan Diri Individu. Tiga bidang ini
direka bagi memastikan perkembangan murid secara menyeluruh untuk membangunkan
negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta intergrasi nasional melalui sistem
pendidikan yang tersusun dan bersistematik.
Manakala, KSSR pula telah direka dengan penambahbaikkan daripada KBSR. Enam
tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal
dan Estetika; Sains dan Teknologi dan tunjang Keterampilan Diri menjadi bidang utama dalam
KSSR.
Penambahanbaikan reka bentuk dalam KSSR, bermatlamat untuk memperluaskan skop
pembelajaran murid di peringkat sekolah rendah dan memberi banyak peluang kepada mereka
untuk menjalani ‘independent learning’ .
Reka bentuk KBSR adalah bersifat linear yang bermaksud kurikulum yang
disampaikan adalah mengikut turutan misalnya bermula daripada kandungan, hasil
pembelajaran dan seterusnya cadangan dan aktiviti pembelajaran. Berlainan dengan KSSR di
mana dibentuk secara modular yang merupakan satu kurikulum yang kandungannya
diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan
sebagai modul.

II. Bahan Kurikulum

Justeru dengan perubahan yang berlaku dalam reka bentuk kurikulum, ia juga membawa
perubahan kepada bahan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran
guru semasa KBSR adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
sebagai panduan. Pembelajaran murid berlangsung mengikut perancangan yang dibuat oleh
guru berdasarkan kedua-dua dokumen itu. Bagi KSSR yang digubal secara pernyataan
standard maka dengan itu, bahan yang dirujuk oleh guru-guru ialah Dokumen Standard
Kurikulum yang mengandungi Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard
Pembelajaran. Segala perubahan ini telah menyebabkan para guru perlu untuk membuat
perubahan dalam pengajaran masing-masing sama ada daripada segi kaedah, strategi serta
teknik mengajar.

III. Organisasi Kurikulum

KBSR dan KSSR masih lagi mengekalkan organisasi kurikulum yang sama iaitu membezakan
murid mengikut tahap iaitu tahap 1 untuk murid tahun 1 hingga tahun 3 dan tahap 2 untuk murid
tahun 4 hingga tahun 6 namun terdapat perbezaan dalam penstrukturan mata pelajaran.
Murid tahap 1 dan 2 perlu diajar dengan mata pelajaran teras, wajib dan tambahan dalam
KBSR .Semasa KBSR diguna pakai, selain bahan-bahan daripada buku teks, bahan-bahan lain
yang relevan difikirkan dan disediakan oleh guru sevagai bahan pembelajaran di dalam kelas.
Namun dalam KSSR, tahap 1 diajar melalui Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul
Elektif, berbeza dengan pengajaran kepada murid tahap 2 di mana murid-murid ini diajar dalam
matapelajaran teras dan elektif. Perlaksanaan KSSR yang berasaskan modular telah
menggunakan bahan-bahan pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara interaktif
dan hands-on.

IV. Fokus Kurikulum.

Perbezaan antara dua kurikulum ini juga dapat dilihat melalui fokus setiap kurikulum . Ini dapat
dilihat dalam kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid.
KBSR memberi penegasan kepada penguasaan murid dalam kemahiran asas iaitu
kemahiran 3M yang membawa maksud kemahiran membaca, menulis dan mengira, manakala
dalam KSSR pula, telah ditambah satu lagi kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid
menjadikannya empat kemahiran asas. Kemahiran asas yang telah ditambah ke dalam KSSR
ialah kemahiran menaakul. Kemahiran Menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan
dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. Di tahap 1, tumpuan adalah kepada
penguasaan asas 4M manakala di tahap 2, fokus adalah terhadap pengukuhan dan aplikasi 4M.

V. Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran selain yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. EMK
diperkenalkan semasa dalam perlaksanaan KBSR yang mana hanya menerapkan kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis. Berbeza pula dalam perlaksanaan KSSR yang mempunyai
penyepaduan tiga elemen iaitu Elemen Kreatif dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi. Elemen ini diperkenalkan dalam KSSR sebagai pelengkap kepada
usaha memantapkan kualiti perlaksanaan kurikulum terkini. Penambahan tiga elemen ini
diharapkan dapat memenuhi keperkuan murid dalam membangunkan modal insane yang
holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi serta berkeperibadian mulia.
VI. Kaedah Penilaian.

Perubahan dalam reka bentuk kurikulum juga telah membawa kepada perubahan kaedah
penilaian
Semasa KBSR, penilaian dikendalikan guru di sekolah adalah secara formatif dan
sumatif. Penilaian berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pula adalah secara sumatif
iaitu melalui UPSR. Penilaian sumatif adalah amat ditekankan semasa KBSR berbanding
pernilaian formatif.
Penilaian KSSR pula berbeza dengan penilaian dalam KBSR. KSSR menekankan
penilaian formatif yang bertujuan menilai perkembangan proses pembelajaran murid. Penilaian
dilakukan secara berterusan sepanjang tempoh pembelajaran murid. Dalam KSSR, guru-guru
menilai murid melalui komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana melibatkan
proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap secara formatif dan sumatif.
Pentaksiran ini adalah penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal,
tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan.

KESIMPULAN

KBSR dan KSSR mempunyai ciri kekuatan masing-masing. Namun perubahan-perubahan


yang berlaku disebabkan rasional-rasional atau alasan yang kukuh serta mengikut kehendak
perubahan waktu dan selaras dengan cabaran semasa, maka transformasi perlu dilakukan.
Segala penambahbaikkan dalam kurikulum ini perlu dilakukan bagi menyediakan warga negara
kita untuk menghadapi arus kemodenan dalam menentang cabaran abad ke-21.
Ini jelas dapat dilihat dalam objektif KSSR yang lebih berfokuskan ke arah kemahiran-
kemahiran seperti mengira, berfikir, belajar, saintifik dan teknikal. Kemahiran-kemahiran ini
meliputi skop yang lebih luas seperti kemahiran dalam teknologi dan maklumat. Kemahiran-
kemahiran dalam KSSR juga diperlukan bagi menyiapkan diri menghadapi cabaran masa
hadapan dan mempertingkatkan lagi jati diri daripada peringkat akar lagi.

PENGENALANKBSR

KBSR atau Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah diperkenalkan susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979.
Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinetini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang
telah dilaksanakan sejak merdekatersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu
diatasi.Oleh yang demikian,, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun
1983. Pada tahun 1993, KBSR ditukarkan kepada nama yang baru iaitu KurikulumBersepadu Sekolah
Rendah.Nama sahaja yang berubah tetapi Kandungan kurikulum itu masih lagisama seperti sebelumnya. KBSR
disemak semula pada tahun 2003.Penyemakan ini kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akandilaksanakan KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi
Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP)

KSSR

Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dandikenali sebagai Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR). KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu
bentuk perubahan kepada kurikulum persekolahan sedia adayang melibatkan perubahan bentuk, organisasi,
kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah

You might also like