Teori

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

https://www.slideshare.

net/rahmahsalsabila92/teori-belajar-vygotsky-ppt

https://www.slideshare.net/sujarwatinovhiey/teori-vygotsky

https://www.slideshare.net/syedahmadazhar/vygotsky-teori-pembelajaran-dari-perspektif-
sosiobudaya

https://www.slideshare.net/IMonstersI/henry-murray-35796630

http://legenda-ku.blogspot.com/2015/12/zpd-zone-of-proximal-development.html Lev
Vygotsky

Teori Ekologi mengikut Bronfenbrenner (1977) memberi penekanan bahawa individu yang
melalui proses pertumbuhan dan perkembangan itu terangkum di dalam sistem persekitaran
yang mementingkan interaksi diantara satu sama lain. Interaksi antara kanak- kanak dengan
persekitaran kanak-kanak itu boleh mempengaruhi proses perkembangan dan pertumbuhan
kanak-kanak.
Merujuk kepada konsep teori ini, kanak-kanak merupakan individu yang berada dalam ruang
lingkup mikro (berpusat di tengah) boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran. (Mariani Md.
Nor, 2006)

MIKROSISTEM

Mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai


interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Ia meliputi keluarga, guru,
individu, rakan sebaya, sekolah dan persekitaran yang terlibat secara langsung dengan kanak-
kanak. Ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan seseorang
kanak-kanak dan sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan komuniti kanak-kanak,
mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak.

Individu tidak dipandang sebagai penerima pengalaman yang pasif dalam setting ini tetapi
sebagai seseorang yang menolong membangunkan setting. Contohnya interaksi kanak-kanak
di dalam keluarga iaitu dengan ibu bapa dan adik beradik. Interaksi antara rakan, jiran serta
guru terlibat dalam proses perkembangan kanak-kanak.

Tingkah laku atau respons kanak –kanak juga akan mempengaruhi sikap ibu bapa terhadap
kanak-kanak tersebut. Contohnya, kanak –kanak yang berkelakuan baik akan disenangi oleh
orang dewasa di sekitarnya dan mereka akan memberi respon positif terhadap kanak –kanak
ini

MESOSISTEM
Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain.
Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi
dengan mikrosistem yang lain. Antaranya hubungan ibubapa – guru, ibubapa-rakan, guru-
rakan, antara rakan, hubungan antara pengalaman sekolah dengan pengalaman keluarga,
pengalaman sekolah dengan pengalaman rakan sebaya. Contohnya , seorang pelajar yang
merasa dirinya dipinggirkan oleh keluarga mungkin akan menghadapi masalah menjalinkan
hubungan yang positif dengan gurunya.

Kajian yang dijalankan oleh Zarinah Arshat, Rozumah Baharudin, Rumayajuhari & Rojanah
Kahar (2002) mendapati bahawa faktor latar belakang keluarga dan tingkah laku
keibubapaan boleh mempengaruhi perkembangan emosi dan kognitif anak. Pendidikan yang
diterima oleh ibu merupakan sumber kekuatan diri yang boleh mempengaruhi tahap estim diri
dan pencapaian akademik anak dalam keluarga berisiko di luar bandar. Ibu bapa yang
berpendidikan tinggi kebiasaannya melihat hubungan anak sebagai dua hala, bersifat timbal
balik , banyak melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran anak dan mengamalkan
komunikasi yang positif dan terbuka. Komunikasi yang terbuka membolehkan ibu bapa
menunjukkan kasih sayang melalui sentuhan, kemesraan dan sokongan. Adalah menjadi
fitrah manusia untuk disayangi dan menyayangi. Tanpa kasih sayang, seseorang itu mungkin
menghadapi pelbagai masalah emosi. Justeru itu, ibu bapa perlu mempelajari bagaimana
untuk menjadi seorang pendengar yang aktif dan juga mengesahkan keperluan dan
permasalahan anak-anak mereka.(Arshat, Baharudin, & Kahar, 2002)

EKSOSISTEM
Eksosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara
langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada
kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Pengalaman
individu tersebut akan turut mempengaruhi orang lain.
Contoh, Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran mempunyai peranan yang besar dalam
menentukan kualiti taman permainan, kemudahan rekreasi dan perpustakaan. Keputusan
mereka dalam perkara tersebut akan mempengaruhi perkembangan pelajar-pelajar di daerah
tersebut.
Dari perspektif pendidikan, sistem bilik darjah didapati memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi-perkembangan kanak-kanak bukan sahaja di Malaysia sendiri malah di
merata dunia. Kajian mendapati 99.4% ibu bapa berkecenderungan membantu kanak-kanak
mendapatkan buku yang sesuai untuk anak-anak mereka berbanding dengan bahan lain.
Sementara 84.9% pula menyediakan bahan bantu mengajar elektronik seperti CD Pendidikan
dan tidak begitu berminat untuk membelikan bahan mainan atau buku komik walaupun ada
unsur-unsur pendidikan. (Mariani Md.Nor, 2006)

MAKROSISTEM
Makrosistem ialah perubahan keadaan dalam tempoh suatu masa. Misalnya, kanak-kanak hari
ini lebih fokus kepada permainan-permainan komputer atau kemajuan teknologi yang ada
kini jika dibandingkan dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih
gemar bermain di persekitaran rumah. Makrosistem merujuk kepada perkembangan individu
yang di pengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat Misalnya dalam
sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock 2008). Di sesetengah
negara, kaum lelaki diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting. Sebagai
contoh, di sesetengah negara kaum lelaki diberi peranan yang lebih besar di mana mereka
diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting. Berlainan pula dengan
negara-negara barat, kaum wanita mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam
memenuhi kehendak dan keperluan semasa. Tanpa kita semua sedari hal ini akan memberi
kesan ke atas perkembangan sosial dan emosi khususnya ke atas peranan mereka dalam
masyarakat. Bukan itu sahaja, faktor persekitaran sangat berperanan penting setiap
perkembangan kanak-kanak. Suasana tempat tinggal yang harmoni akan membantu membina
persekitaran yang baik untuk seseorang kanak-kanak membesar dengan baik dan melalui
proses perkembangan yang menyeluruh.

Makrosistem melibatkan budaya yang lebih luas di mana pelajar dan guru tinggal
termasuklah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma, nilai dan amalan
masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina
dititikberatkan. Di sesetengah Negara seperti di Amerika Syarikat, peranan mengikut jantina
yang pelbagai dapatditerima. Di Amerika juga, sejak di sekolah lagi kanak-kanak telah
ditanamkan budaya peranan dan tanggungjawab yang sama antara lelaki dengan perempuan.
Dalam kebanyakan negara Islam, sistem pendidikannya mengutamakan peranan lelaki di
mana kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dalam budaya tersebut.

Satu dari aspek status sosioekonomi murid adalah faktor perkembangan dalam kemiskinan.
Kemiskinan dapat mempengaruhi perkembangan anak dan merosak kemampuan mereka
untuk belajar, meskipun kanak-kanak dari golongan miskin sangat rajin. (Santrock, Psikologi
Pendidikan, 2008).

Makrosistem, dalam teori ekologi Bronfenbrenner meliputi kebudayaan di mana


individu ingat bahawa kebudayaan mengacu pada pola perilaku, keyakinan dan semua
produk lain. Dari sekelompok manusia yang diteruskan dari generasi-generasi ingat juga
bahwa studi lintas budaya perbandingan antara satu kebudayaan dengan kebudayaan lain atau
lebih kebudayaan lain, memberi informasi tentang generalitas perkembangan

KRONOSISTEM
Persekitaran kita tidak kekal sama, ia berubah mengikut peredaran masa. Sebagai contoh,
kehadiran ahli baru dalam sebuah keluarga membawa perubahan dan memberi kesan kepada
perkembangan kanak-kanak. Contohnya apabila ibu melahirkan ahli baru dalam keluarga,
maka kanak-kanak tersebut akan berasa tersisih dan memikirkan ibu bapa mereka tidak
menyayangi mereka kerana ibu bapa mereka memberi lebih tumpuan dan perhatian kepada
ahli baru dalam keluarga tersebut. Bukan itu sahaja, perubahan keadaan dalam suatu tempoh
masa. Misalnya kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer
jika dibanding dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar
bermain di persekitaran rumah. Kronosistem merangkumi pembuatan pola kejadian
lingkungan dan transisi sepanjang kehidupan. Contohnya pengaruh negatif perceraian yang
seringkali memuncak pada tahun pertama perceraian. Dua tahun setelah perceraian, interaksi
keluarga tidak terlalu berantakan dan lebih stabil. Dengan mempertimbangkan lingkungan
sosial budaya, wanita masa kini lebih mungkin didorong untuk mengejar kerjaya
dibandingkan dengan wanita 20 atau 30 tahun yang lalu.
Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh masa.
Contohnya, kanak-kanak pada hari ini hidup dalam banyak perkara yang pertama dilalui.
Mereka adalah generasi pertama mengalami jagaan harian di taman asuhan kanak-kanak atau
diasuh di rumah orang lain atau dijaga oleh pembantu rumah. Kronosistem meliputi
pemulaan peristiwa-peristiwa sepanjang rangkaian kehidupan dan keadaan sejarah dari
perkembangan individu. Misalnya, dalam mempelajari implikasi perceraian terhadap anak-
anak, para pengkaji menemukan bahawa kesan negatif sering memuncak pada tahun pertama
setelah perceraian dan bahawa kesan penceraian akan menjadi lebih buruk bagi anak laki-laki
daripada anak perempuan (Hetherington, 1989 dalam Santrock, 2008). Dua tahun setelah
perceraian, interaksi dalam keluarga tidak begitu stabil dan akan menjadi lebih terkawal.
(Santrock, Psikologi Pendidikan, 2008)

Bronfenbrenner semakin banyak memberi perhatian kepada kronosistem sebagai sistem


lingkungan yang penting. Dia memperhatikan dua permasalah penting, iaitu kebanyakan
anak-anak di luar negara yang hidup dalam kemiskinan (terutama dalam keluarga bapa/ibu
tunggal) mempunyai perkembangan yang sangat berbeza-beza di antara satu sama
lain.(Santrock, Life-Span Development, 2002). Bronfenbenner juga berpendapat bahawa
anak-anak sekarang adalah generasi pertama yang mendapatkan perhatian setiap hari,
generasi pertama yang lahir pada zaman teknologi yang dipenuhi oleh komputer dan bentuk
media baru, generasi pertama yang lahir dalam revolusi seksual, (Santrock, Psikologi
Pendidikan, 2008).

ZPD (Zone of Proximal Development)


Apakah Pengertian dari Zone of Proximal Development
(ZPD) itu?
Zona Perkembangan Proksimal atau dalam istilah aslinya Zone of Proximal Development (disingkat
ZPD), adalah konsep yang pertama kali diperkenalkan oleh Lev Vygotsky. Ahli psikologi dari Uni
Soviet ini pertama kali memperkenalkannya di masa 1896 - 1934 walaupun belum benar-benar
sempurna pada masa sepuluh tahun terakhir umurnya. Untuk lebih memahami apa itu ZPD (Zone of
Proximal Development) maka perhatikanlah gambar berikut.

Zona Perkembangan Proksimal (Zone of Proximal Development/ZPD)

Vygotsky menyebut zona perkembangan proksimal ini dalam bukunya Mind in society: The
development of higher psychological processes. Cambridge, MA: Harvard University Press
(1978) sebagai "the distance between the actual developmental level as determined by independent
problem solving and the level of potential development as determined through problem solving under
adult guidance, or in collaboration with more capable peers" (halaman, 86). Jika diterjemahkan
kurang lebih maksudnya begini: " Zona Perkembangan Proksimal adalah jarak antara tingkat
perkembangan aktual yang ditunjukkan oleh kemampuan pemecahan masalah secara mandiri
DENGAN tingkat perkembangan potensial yang ditunjukkan melalui pemecahan masalah dengan
bimbingan orang dewasa , atau dengan kolaborasi teman sebaya (peer) yang lebih mampu.

Selain itu pemberian tugas yang tepat dan sesuai dengan


cara scaffolding (bertahap) akan membuat mereka melesat kemampuan
penyelesaian tugas belajarnya. Scaffolding dikembangkan oleh Wood dan
Midletown pada tahun 1975.

Salah satu contoh aplikasi dari teori Vygotsky tentang Zone of Proximal
Development ini adalah pengajaran resiprokal yang digunakan untuk
meningkatkan kemampuan siswa untuk belajar melalui bahan bacaan. Pada
pengajaran resiprokal, guru dan siswa melakukan kolaborasi pembelajaran
untuk melatihkan 4 macam keterampilan yaitu menyimpulkan, bertanya,
mengklarifikasi, dan memprediksi. Peranan seorang guru pada pengajaran
resiprokal berangsur-angsur akan dikurangi secara bertahap dari waktu ke
waktu.
Aplikasi teori Vygotsky tentang Zona Perkembangan Proksimal (ZDP) ini
adalah bahwa peran guru sebagai mediator pada kegiatan belajar siswa saat
mereka saling berbagi pengetahuan melalui interaksi sosial yang berlangsung
di dalam kelas. Scaffolding adalah kunci pengajaran yang efektif melalui
pemodelan keterampilan, pemberian petunjuk, hingga mengadaptasi tugas-
tugas yang diberikan sehingga sesuai dengan tingkat perkembangan siswa.

You might also like