Hubungan Industri

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Pendahuluan

Masalah pemberhentian pekerja merupakan masalah paling sensatif dikalangan pekerja

hari ini. Perkara ini mendapat perhatian dan dipandang serius dari semua pihak termasuk

pengurus sumber manusia dan kerajaan tempatan. Ini kerana masalah ini memerlukan modal

atau dana yang besar dalam proses pemberhentian pekerja, kebanyakan syarikat mengalami

masalah kewangan yang tinggi dan menjadi punca utama masalah ini.

Selain itu, terdapat masalah lain berkaitan isu ini iaitu penyusunan semula syarikat,

kegawatan ekonomi, lambakan pekerja asing dan lain-lain. Akibat dari masalah pemberhentian

kerja ini, keadaan ini memberi impak yang besar kepada syarikat dan ekonomi negara secara

amnya. Kesan yang amat ketara adalah pekerja yang diberhentikan terutamanya dari sudut

kewangan dan masalah mencari pekerjaan baru. Bagi syarikat pula, masalah dialami

kehilangan tenaga kerja mahir dan perlu melatih semula perkerja baru.

Analisa Kes

Merujuk artikel ini, saya telah mengaitkan keadaan ini dengan melanggar kontrak

perkhidmatan tertakluk kepada Akta Kerja 1955 danAkta Perhubungan Perusahaan 1967.

Pekerja yang diberhentikan kerja layak menerima faedah penamatan kerja sekiranya mereka

dilindungi di bawah mana-mana akta atau Perjanjian Bersama yang mempunyai hak-hak di

bawah Akta Kerja 1955.

Pekerja yang diberhentikan kerja tanpa diberi tempoh notis penamatan perkhidmatan

yang mencukupi, boleh menuntut bayaran gaji ganti notis (indemniti). Gaji ganti notis

hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada hari terakhir kontrak perkhidmatan ditamatkan.

Pembayaran faedah pemberhentian kerja hendaklah mengikut ketetapan di dalam kontrak

perkhidmatan, tetapi tidak boleh kurang daripada kadar minimum yang ditetapkan di bawah

Peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980, Akta Kerja 1955 dan

Faedah Penamatan dan Pemberhentian Kerja Sementara) 2008 iaitu pertama 10 hari gaji bagi
setiap tahun perkhidmatan jika perkerja telah berkhidmat melebihi 12 bulan tetapi kurang

daripada 2 tahun, kedua 15 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah

berkhidmat selama 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun atau ketiga 20 hari gaji setiap tahun

perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat 5 tahun atau lebih.

Akta Perhubungan perusahaan 1967, adalah jika pekerja yang terlibat dengan

pemberhentian merupakan ahli kesatuan sekerja dan menandatangani Perjanjian Bersama,

pekerja tersebut layak kepada perkara-perkara berikut iaitu pampasan yang dinyatakan di

dalam Perjanjian Bersama, pemulihan kerja di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan

Perusahaan 1967, sekiranya pekerja tidak berpuas hati dengan tindakan pemberhentian yang

dilakukan majikannya, pekerja yang tidak dilindungi di bawah Akta Kerja 1955, mereka

tertakluk kepada terma dan syarat di bawah kontrak perkhidmatan atau budi bicara majikan

berhubung jumlah pampasan yang akan diterima dan perkerja boleh mendapatkan khidmat

nasihat selanjutnya dari Jabatan Perhubungan perushaan berhampiran.

Kajian Kes.

Fakta kes, masalah pemberhentian pekerja yang mempunyai kontrak perkhidmatan

yang sah dengan syarikat. Keadaan ini telah melibatkan Mahkamah Perusahaan yang

memerintah Syarikat Sutherland sebuah syarikat besar terletak di Pulau Pinang membayar gaji

tertunggak sebanyak RM 20,000.00 kepada seorang pekerjanya yang dibuang tanpa sebab

munasabah pada empat tahun lalu. Pengerusi Mahkamah perusahaan, memerintah syarikat

berkenaan membayar gaji tertunggak kepada seorang operator pengeluaran yang merupakan

pekerja tetap yang telah berkhidmat lebih dari 10 tahun iaitu Encik Siva yang telah dibuang

kerja pada 12.4.2014.

Penyelesaian Kes

Berdasarkan kes yang dikemukakan oleh Encik Siva ke atas Syarikat Sutherland, beliau

boleh failkan terus kes ke Jabatan Perhubungan Perusahaan. Beliau boleh memfailkan kes
untuk mendapatkan semula pekerjaan mengikut Akta Perhubungan Perusahaan 1967 Seksyen

20(1) di Jabatan Perhubungan Perusahaan dalam masa 60 hari dari tarikh mereka dikenakan

tindakan. Beliau perlu segera membuat aduan tidak melebihi 60 hari (dua bulan) dari tarikh

dikenakan tindakan.

Selain itu, beliau boleh lapor cadangan atau tindakan pemberhentian yang telah diambil

oleh majikan kepada Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan. Berdaftar dengan jabatan

berdekatan sama ada secara hadir atau secara talian terus (online) di dalam portal pekerjaan.

Beliau akan dibayar pampasan atau faedah penamatan kerja bagi mereka yang layak. Selain

itu, Jabatan Tenaga Kerja berperanan membantumendapatkan hak mereka mengikut

peruntukan undang-undang dan bantu mendapatkan pekerjaan lain.

Kesimpulan

Pemberhentian pekerja merupakan isu hangat diperkatakan hari ini. Krisis ekonomi

dunia juga punca utama berlakunya pembuangan pekerja di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Ia merupakan satu fenomena tidak diingini oleh banyak pihak dan tidak dapat diatasi dalam

tempoh jangka masa yang singkat. Krisis yang melanda telah memberi impak besar

terutamanya dalam sektor perindustrian. Kebanyakan sektor perindustrian terpaksa

mengurangkan operasi bagi mengelakkan kerugian besar dan dan ada sesetengah kilang

terpaksa memberhentikan operasi mereka.

Pekerja merupakan aset penting kepada sesebuah syarikat bagi menjalankan operasi

disebabkan krisis ekonomi dunia ramai pekerja telah diberhentikan. Bagi menangani masalah

ini serta membela nasib pekerja diberhentikan semua pihak harus main peranan iaitu

bertanggungjawab manangani isu ini dengan lebih efektik dan cekap supaya tidak terus

berleluasa. Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan adil diantara pekerja, majikan

dan kerajaan.
Rujukan

Sarimah Hanim Aman Shah. (2006). Pengurusan Sumber Manusia. Shah Alam. Penerbit Fajar

Bakti Sdn. Bhd.

http://www.mohr.gov.my/index.php/en/

You might also like