You are on page 1of 4

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Speaker Dewan,

rakan-rakan Yang Berhormat daripada pihak kerajaan, barisan pembangkang dan


seterusnya ahli-ahli dewan sekalian.

Tuan Speaker Dewan,

Sebagai menteri yang kedua, saya pastinya menolak definisi usul yang telah dipinda
oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi iaitu “Menangani Masalah Stres Dalam
Kalangan Murid-murid sekolah Bukan Tanggungjawab Kaunselor”. Jadi saya
memohon agar definisi usul itu dipinda semula seperti definisi yang diberikan oleh
Perdana Menteri, iaitu “Menangani Masalah Stres Dalam Kalangan Murid-murid
sekolah Tanggungjawab Kaunselor”.

Tuan Speaker Dewan,

Sebelum membentangkan hujah-hujah seterusnya, saya akan membidas hujah yang


dikemukakan oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi. Ketua Pembangkang
mengatakan bahawa__________________________________________________
___________________________________________________________________

Namun masalahnya ialah_______________________________________________

Sidang Perwakilan,

Menyusul kepada hujah kami yang kedua di bawah kata kunci iaitu Menangani
masalah Stress dalam Kalangan Murid Sekolah Tanggungjawab Kaunselor dapat
dibuktikan dengan kenyataan Naib Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia
(Perkama),Datuk Dr Ismail Alias kepada mStar Online , Jumaat_______. Beliau
mengulas mengenai rancangan Kementerian Kesihatan yang memperkenalkan modul
kesihatan mental di sekolah menengah untuk menangani masalah stress.Beliau juga
berkata, guru kaunselor tidak seharusnya tidak mengehadkan peranan mereka
dengan mengadakan sesi kaunseling untuk pelajar yang mempunya masalah semata.
Nisbah setiap guru kaunselor adalah untuk 500 pelajar dan difahamkan kira-kira 7,000
guru kaunselor di seluruh negara.

Tuan yang Dipertua,


Jumlah yang besar ini telah memperlihatkan peranan guru kaunselor amat penting di
sekolah bagi mengenal pasti pelajar yang berhadapan dengan stress dan
kemurungan. Pengenalan oleh kementerian itu berikutan kebimbangan terhadap
masalah kesihatan mental di Malaysia meningkat seramai 400,227 pesakit menjalani
rawatan di hospital kerajaan iaitu 15.6 peratus pada tahun 2020 berbanding 2009.
Peningkatan angka itu di lihat selari dengan ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) bahawa beban masalah kesihatan mental dijangka akan terus meningkat pada
kadar 15 peratus menjelang 2020. Beliau juga berkata, guru kaunselor perlu
menyediakan pelan preventif dalam usaha mengatasi masalah stress dalam kalangan
pelajar. Ini adalah kerana guru kaunseling diwujudkan di sekolah-sekolah selain
bertujuan untuk memberi bimbingan kepada pelajar dalam bidang kerjaya, mereka
juga berperanan memberi perhatian dan bimbingan kepada pelajar yang bermasalah
emosi secara peribadi agar mereka dapat menguruskan emosi yang negative dan
mengatasi rintangan dan cabaran hidup dengan lebih tabah . Tegasnya di sini,
tindakan baru pelajar selepas sesi kaunseling dapat membantu pelajar membina
semangat dan matlamat baru yang membolehkan mereka menuju kejayaan dan
kecemerlangan pada masa hadapan . Di samping itu, tugas seorang guru kaunseling
juga adalah menolong pelajar untuk bertingkah laku yng sesuai dengan minat, bakat,
sikap, kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri pelajar.

Tuan Yang Dipertua,


Hujah saya yang ketiga iaitu berpaksikan frasa , guru kaunseling di latih khas dan
dan mempunyai lebih banyak masa berbanding guru biasa dan juga ibu bapa yang
pada masa sekarang lebih banyak menghabiskan banyak masa di tempat kerja dan
rutin seharian.Justeru, guru kaunseling atau guru pembimbing dapat membantu
dalam aspek memahami emosi pelajar kebolehan mengurus emosi kebolehan
motivasi mengurus hubungan dan sebagainya.
.

Ahli-ahli dewan sekalian,


Umum mengetahui, alam remaja memang banyak pancarobanya. Maka kaunselor di
sekolah rendah mahu pun sekolah menengah wajib mengambil langkah yang wajar
bagi membimbing para remaja ke jalan selamat dan diredhai Allah SWT. Jika tidak ,
nescaya remaja yang bakal menjadi belia akan terpesong daripada landasan bangsa
dan masyarakatnya. Kebanyakan pelajar yang mempunya masalah seperti ponteng,
peribadi, tekanan hidup, stress dan sebagainya akan dibawa berjumpa dengan guru
kaunseling untuk diadakan sesi kaunseling yang mengikut prosedur-prosedur
tertentu. Guru kaunseling yang berada di sekolah telah dilatih khas untuk menjadi
seorang kaunselor bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar
Apabila pelajar itu berasa sukar menganalisis atau menyelesaikan masalah ,
mereka memerlukan seorang pembantu yang baik dan terlatih untuk membantu
menanganinya dan guru kaunselorlah ……………………….. Ini kerana, semasa
memberi khidmat kaunseling kaunselor akan mengamalkan prinsip-prinsip
kaunseling iaitu manusia mempunya harga diri, manusia itu unik, manusia yang
memiliki personality yang bersepadu juga memiliki personaliti yang sihat.

Tuan Yang Dipertua,


Tidak dapat disangkal lagi, peranan guru Kaunseling amat besar dalam menangani
masalah pelajar terutamanya stress, membentuk perkembangan pelajar, memberi
panduan dan tunjuk ajar ke arah penyempurnaan kendiri. Mengalami stress adalah
sesuatu yang normal dalam kehidupan manusia tetapi stress seharusnya dibendung
dari peringkat awal sebelum menjadi kronik kepada kecelaruan fikiran iaitu penyakit
mental yang mana pelajar berpotensi mengalaminya.

Tuan Yang Dipertua,


Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa saya menyokong usul ini seratus peratus
dan memohon agar usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan suara
majoriti.
Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadang.

Sekian, terima kasih.

You might also like