Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

1

Bab 1: Pengenalan

1.1 Perbezaan di antara Ujian, Pengukuran, Penilaian


dan Pentaksiran

Ramai yang keliru dengan perbezaan utama di antara ujian, pengukuran,


penilaian dan pentaksiran sebagai mana digunakan di dalam pendidikan. Ini tidak
menghairankan. Penerangan berikut tentang tiga konsep yang digunakan akan
menghuraikan kekeliruan tersebut.
a) UJIAN

Ramai yang biasa dengan ujian kerana Haruskah aku


pada suatu ketika di dalam hidup mereka, menganalisis atau
mereka mungkin telah mengambil suatu bentuk menerangkan
ujian. Di sekolah, ujian diberikan untuk penaklukan Jepun?
mengukur keupayaan akademik dan secara tidak
langsung, untuk menilai samada kita telah
memperoleh sesuatu daripada pengajaran guru. Di
tempat kerja, ujian dijalankan untuk memilih
individu untuk pekerjaan tertentu. Ujian juga
digunakan sebagai asas untuk kenaikan pangkat
dalam pekerjaan. Di dalam sesetengah profesion,
ujian digunakan untuk mentauliahkan seseorang.
Contohnya, doktor perubatan, peguam, perunding
insuran, ejen hartanah, jurutera, penjawat awam dan
berbagai ahli profesion lain dikehendaki mengambil
ujian bagi menunjukkan kecekapan mereka dalam
bidang tertentu dan kadang kala bagi mendapatkan
lessen untuk menjadi pengamal dalam profesion
atau bidang. Ujian juga digunakan dalam pemilihan
untuk kemasukan ke kolej-kolej dan university-universiti. Di Amerika Syarikat the
Scholastic Aptitude (SAT) digunakan untuk menguji bagi tujuan kemasukan ke
program-program ijazah manakala the Graduate Record Examination (GRE)
digunakan untuk kemasukan ke program-program lepasan ijazah.
Di sepanjang kerjaya profesional mereka, guru-guru, kaunselor-kaunselor,
pentadbir-pentadbir sekolah dikehendaki menyediakan, memberi markah dan
menginterpretasi berbagai jenis ujian. Contohnya, pentadbir-pentadbir sekolah
menilai prestasi individu guru, dan kaunselor-kaunselor sekolah merekod prestasi
klien-klien mereka. Tidak mustahil bagi seorang guru membina, menjalankan dan
memeriksa beribu-ribu ujian sepanjang kerjayanya! Mengikut jawatankuasa bersama
the American Psychological Association (APA), the American Educational Research
Association (AERA) dan National Council on Measurement in Education (NCME),
sebuah ujian boleh dianggap sebagai sekumpulan tugasan atau soalan yang bertujuan
mendapatkan perlakuan tertentu apabila disediakan di dalam keadaan yang standard
dan bagi mendapatkan markah yang mempunyai kandungan psychometric yang
diinginkan. Istilah penting dalam takrifan ini adalah:
2
Bab 1: Pengenalan

 “sekumpulan tugasan” di mana pelajar dikehendaki menjalankan tugas


tertentu.
 “jenis perlakuan tertentu” di mana perlakuan tertentu dijalankan dan diuji. e.g.
kebolehan menganalisis, kebolehan menerangkan, kebolehan menyampaikan.
 “keadaan yang standard” di mana ujian berlaku dalam keadaan yang sama
bagi semua pelajar. e.g. semua pelajar dikehendaki menjawab ujian dalam
masa 2 jam.
 “kandungan psychometric” di mana markah yang diperoleh boleh dianalisis
untuk perbandingan pencapaian di antara pelajar, markah yang diperoleh
adalah sah dan boleh dipercayai.

Walaupun ramai orang tahu apa itu ujian, namun ramai yang susah untuk
membezakan di antara pengukuran, penilaian dan pentaksiran. Ada yang mengatakan
bahawa itu semua adalah sama! Adakah anda bersetuju?

b) PENGUKURAN

Pengukuran adalah meletakkan nombor kepada sesuatu fenomena. Di dalam


pendidikan ia adalah suatu proses di mana ciri-ciri seseorang diukur dan diberikan
nombor (Ebel, 1986). Ingat bahawa ia adalah suatu proses, yang menandakan terdapat
langkah-langkah tertentu! Sebagai pendidik kita selalu mengukur ciri-ciri insan
seperti sikap, pencapaian akademik, keupayaan, minat, keperibadian dan sebagainya.
Maka, untuk mengukur kita harus menggunakan
alat tertentu supaya kita boleh memutuskan
Amboi, IQ dia 145! bahawa Ahmad lebih baik dalam matematik
berbanding Kumar manakala Tajang lebih positif
terhadap sains berbanding Kong Beng. Kita
mengukur untuk mendapatkan maklumat tentang
„apa keadaannya‟. Maklumat tersebut mungkin
berguna atau tidak, bergantung ketepatan alat
yang kita gunakan, dan kecekapan kita
menggunakannya. Sebagai contoh, kita
mengukur suhu menggunakan jangka suhu, dan
jangka suhu merupakan alatnya. Bagaimanakah
kita mengukur pencapaian dalam matematik?
Kita boleh menggunakan ujian matematik yang
merupakan alat yang mengandungi soalan dan
permasalahan untuk diselesaikan oleh pelajar.
Bilangan jawaban betul yang diperolehi adalah
indikasi prestasi individu pelajar dalam matematik. Perhatikan bahawa kita sekadar
mengumpul maklumat. Kita tidak menilai!

c) PENILAIAN

Setelah mengukur prestasi seseorang pelajar, langkah seterusnya adalah


membuat keputusab. Apabila kita menilai, kita mengatakan bahawa sesuatu itu bagus,
bersesuaian, sah, positif, dan sebagainya. Untuk membuat penilaian, kita perlukan
maklumat, dan ia diperolehi dengan mengukur menggunakan alat yang boleh
dipercayai. Sebagai contoh, anda mengukur suhu dalam bilik darjah dan ia adalah 30
3
Bab 1: Pengenalan

darjah Celsius yang merupakan sekadar maklumat. Ada pelajar yang merasakan suhu
itu terlalu panas untuk belajar manakala ada pelajar yang beranggapan suhu tersebut
sesuai untuk belajar. Pada suatu ketika setiap hari kita menilai sesuatu atau seseorang!
Pendidik sentiasa menilai pelajar dan ia selalu dibuat dengan membandingkannya
dengan suatu standard atau piawai. Sebagai contoh, sekiranya objectif sebuah
pengajaran adalah agar pelajar dapat mengaplikasi Undang-undang Boyle dalam
menyelesaikan suatu masalah dan 80% pelajar boleh menyelesaikan masalah, guru
boleh merumuskan bahawa pengajaran beliau tentang prinsip-prinsip tersebut telah
berjaya. Maka, penilaian merupakan perbandingan tentang apa yang diukur terhadap
suatu kriteria yang ditentukan dan untuk memastikan samada ianya telah dicapai,
samada bersesuaian, samada ianya bagus, samada ianya dapat diterima, samada ianya
sah dan sebagainya.

d) PENTAKSIRAN

Tidak terdapat takrifan yang sejagat tentang pentaksiran pendidikan. Huba dan
Freed (2000) mentakrifkan pentaksiran sebagai;

…..suatu proses mengumpul dan membincangkan maklumat daripada


G
berbagai dan banyak sumber bagi membina pemahaman tentang apa
pelajar tahu, faham, dan boleh buat dengan ilmu hasil daripada
pengalaman pembelajaran mereka; proses tersebut terhasil apabila
keputusan pentaksiran digunakan untuk memperbaiki pembelajaran
seterusnya (p.4) (diterjemah).
G

Rowntree (1977) melihat pentaksiran sebagai

……suatu pertemuan insan di mana seseorang berinteraksi dengan yang


lain secara langsung atau tidak langsung dengan tujuan mendapatkan
dan menginterpretasi maklumat tentang ilmu, kefahaman, kebolehan
dan sikap yang dipunyai oleh orang itu (p.3) (diterjemah).

Contohnya, berdasarkan maklumat daripada pentaksiran kita boleh mengenal pasti


bahawa Teck Eng memerlukan perkhidmatan khusus bagi membantu beliau membina
kecekapan membaca atau samada Khairul yang telah dikenal pasti sebagai dylexic
memerlukan tumpuan khusus. Istilah penting di dalam takrif pentaksiran adalah
mengumpul data dan membuat keputusan.

Amnya, pentaksiran dilihat sebagai suatu proses mengumpul maklumat dengan tujuan
membuat keputusan tentang pelajar. Daripada mula lagi anda perlu menentukan
indikator perlakuan yang membolehkan anda memastikan sekiranya hasil
pembelajaran telah dicapai oleh pelajar dalam mata pelajaran, kursus atau program
anda. Data dikumpul menggunakan berbagai ujian, pencerapan pelajar dan temu bual
yang akan dibincang secara lebih terperinci di dalam bab-bab berikut.
4
Bab 1: Pengenalan

1.3 KENAPA, APA DAN BAGAIMANA DALAM PENTAKSIRAN


PENDIDIKAN

Amalan biasa dalam kalangan pendidik yang ingin mentaksir pelajar adalah
samada dengan menggunakan ujian sedia ada atau membina ujiannya sendiri, ataupun
gabungan kedua-duanya. Di Amerika Syarikat guru-guru biasanya menggunakan
berbagai ujian setara untuk mentaksir pelajar. Ujian-ujian ini mempunyai norma
kebangsaan, dan guru boleh membandingkannya dengan pencapaian pelajar-pelajar
mereka. Contohnya, sekiranya seorang pelajar mendapat 78 markah dalam ujian
matematik; apabila markah tersebut dibandingkan dengan norma, ia akan meletakkan
pelajar tersebut dalam peratusan 85. Ini bermakna bahawa 15% pelajar yang diuji
sebelumnya telah mendapat markah lebih daripada pelajar tersebut. Ia juga bermaksud
bahawa 85% pelajar yang diuji sebelum itu telah mendapat markah lebih rendah
daripada pelajar tersebut.

Kenapa kita mentaksir?

Apa yang kita taksir?

Bagaimana kita mentaksir?

Bagaimana kita tahu bahawa alat taksiran berkesan?

Bagaimana kita menginterpretasi hasil taksiran?

Bagaimana kita melaporkan hasil taksiran?

Gambarajah 1.4 Kenapa, Apa dan Bagaimana Dalam Pentaksiran


5
Bab 1: Pengenalan

Di dalam subjek ini kita akan fokus kepada membolehkan guru membina alat
pentaksirannya sendiri, bagaimana memastikan bahawa alat yang dibina berkesan,
bagaimana menginterpretasi hasil pentaksiran dan bagaimana melaporkan hasil
pentaksiran tersebut (lihat Gambarajah 1.4).
 Di dalam Bab 1 kita akan membincangkan ‘Kenapa kita mentaksir? ataupun
objectif pentaksiran pendidikan.
 Di dalam Bab 2 kita akan menumpukan kepada “Apa yang kita taksir?
ataupun hasil pembelajaran apakah atau perlakuan apakah yang kita taksir,
 Di dalam Bab 3 hingga 6 kita akan membincangkan isu “Bagaimana kita
mentaksir? Ataupun mentaksir hasil pembelajaran menggunakan ujian
objektif, ujian penulisan esei, projek, amali, pencerapan, ujian lisan dan
portfolio.
 Di dalam Bab 7 dan 8 kita akan cuba menjawab soalan “Bagaimanakah kita
tahu pentaksiran itu berkesan? ataupun bagaimana kita memastikan kebole
percayaan dan keesahan ujian dan analisis item.
 Di dalam Bab 9 kita akan menangani persoalan “Bagaimana kita
menginterpretasi hasil pentaksiran? ataupun cara menggunakan statistik untuk
menginterpretasi keputusan ujian.
 Dan akhirnya di dalam Bab Chapter 10 kita akan menumpukan perhatian
kepada “Bagaimana kita melaporkan hasil pentaksiran?” ataupun melaporkan
hasil ujian yang didapati kepada pihak berkepentingan yang berkaitan.

1.4 OBJEKTIF PENTAKSIRAN PENDIDIKAN

Mari kita bermula dengan bertanya soalan “Kenapa pendidik mentaksir


pelajar?” ataupun apakah objektif pentaksiran pendidikan. Ada di antara kita yang
merasakan soalan itu janggal. Berikut adalah tindak balas yang mungkin kita terima:

Penemubual: Kenapa anda mentaksir?


Guru: Saya mentaksir untuk tahu samada pelajar saya faham apa yang
saya telah ajar.
Penemubual: Apa maksud anda dengan „faham‟?
Guru: Samada mereka mampu mengingat apa yang saya ajar mereka
dan boleh menyelesai masalah.
Penemubual: Apa yang anda lakukan dengan hasil pentaksiran?
Guru: Saya beri pelajar jawaban yang betul dan tunjukkan kesalahan
dalam jawaban yang mereka berikan.

Yang di atas mungkin sebab yang pendidik berikan apabila ditanya kenapa
mereka membuat pentaksiran. Dalam konteks pendidikan pentaksiran dilakukan untuk
memahami kekuatan dan kelemahan individu agar dapat membuat keputusan yang
tepat tentang pengajaran dan pembelajaran. Keputusan tentang pengajaran dan
pembelajaran yang terbaik dapat dibuat berdasarkan maklumat, maka selalunya
keputusan yang lebih baik dapat dibuat berdasarkan maklumat yang lebih (Salvia dan
Ysseldyke, 1995).
6
Bab 1: Pengenalan

Kepada pelajar, pentaksiran dibuat untuk mendapatkan maklumat yang dapat


membantu membuat keputusan berkaitan pemulihan, pengayaan, pemilihan,
keistimewaan, kemajuan dan pensijilan. Bagi pengajar, pentaksiran memberi
maklumat tentang pencapaian objectif, keberkesanan kaedah pengajaran dan bahan
pembelajaran (lihat Gambarajah 1.5).

DIAGNOSIS

KEISTIMEWAAN
PENSIJILAN

PENEMPATAN
PENTAKSIRAN
PENTADBIRAN &
BIMBINGAN

MAKLUMAN IBUBAPA

MEMBAIKI PENGAJARAN

Gambarajah 1.5 Tujuan Pentaksiran

a) Diagnosis
Penilaian atau pentaksiran Diagnostik dijalankan pada permulaan pengajaran atau unit
untuk sesuatu subjek bagi mentaksir kesediaan pelajar dan sebagai latar belakang
kepada apa yang akan diajar. Pentaksiran
pra-pengajaran dilakukan apabila anda
memutuskan perlunya maklumat tentang
seorang atau sekumpulan pelajar, ataupun
seluruh kelas sebelum anda boleh
meneruskan dengan pengajaran yang
berkesan. Sebagai contoh, anda boleh
melaksanakan Ujian Pembacaan untuk
pelajar Tahun Satu bagi mentaksir tahap
pembacaan mereka. Berdasarkan maklumat
tersebut, anda mungkin berikan pembaca
lemah intervensi yang khusus ataupun
tindakan pemulihan. Ataupun, ujian-ujian
tersebut mungkin menunjukkan bahawa
sesetengah pelajar membaca pada tahap yang sangat tinggi dan anda mungkin ingin
mencadangkan agar mereka diberi program pengayaan (lihat Gambarajah 1.6).

b) Keistimewaan
Pentaksiran juga dijalankan untuk membuat keputusan tentang keistimewaan.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pentaksiran, guru mungkin membuat
keputusan samada seseorang pelajar perlu dimasukkan ke kelas bersama kanak-kanak
istimewa. Kanak-kanak istimewa adalah pelajar yang berkelainan daripada sebuah
7
Bab 1: Pengenalan

populasi pelajar normal secara fizikal, mental, emosi atau kelakuan. Contohnya,
berdasarkan maklumat pentaksiran seorang kanak-kanak mungkin didapati adalah
dyslexic dan akan diberi rawatan yang istimewa ataupun seorang pelajar yang telah
didiagnosis sebagai kurang upaya dalam pembelajaran mungkin diberi pendidikan
istimewa.
iii) Pensijilan
Pensijilan mungkin merupakan sebab paling penting
untuk menjalankan pentaksiran. Contohnya, peperiksaan
umum yang dijalankan di dalam sistem persekolahan di
akhir sekolah menengah bertujuan menganugerahkan
pelajar segolong sijil. Markah yang diterima ditukarkan
kepada gred abjad yang melambangkan pencapaiannya
dalam subjek berlainan dan digunakan sebagai asas
untuk perbandingan di antara pelajar. Sijil yang diterima
itu kemudiannya digunakan untuk memilih pelajar
samada untuk melanjutkan pelajaran, biasiswa ataupun
pekerjaan.

Jenis Keputusan
Membantu Pelajar: Soalan untuk Dijawab
Mendiagnosis untuk Haruskah pelajar dihantar ke kelas pemulihan agar
tindakan pemulihan
masalah pembelajaran dapat diatasi?
Mendiagnosis untuk Haruskah pelajar diberi aktiviti pengayaan?
pengayaan
Keistimewaan Adakah pelajar mempunyai keperluan pembelajaran
khusus yang memerlukan bantuan pendidikan
istimewa?
Pemilihan Haruskah pelajar disalurkan ke X atau Y?
Kemajuan Sejauh manakah kemajuan pelajar dalam mencapai
matlamat pembelajaran tertentu?
Makluman kepada
Ibubapa
Persijilan Apakah kekuatan dan kelemahan dalam prestasi
keseluruhan pelajar dalam bidang khusus yang
ditaksir?
Pentadbiran & Bimbingan  Bagaimana prestasi sekolah berbanding sekolah
lain?
 Kenapa pelajar harus dirujuk kepada seorang
pembimbing?
Memperbaiki Pengajaran: Soalan untuk Dijawab
Objektif Adakah hasil pembelajaran yang diinginkan
dicapai?
Kaedah Pengajaran Adakah kaedah pengajaran yang digunakan
berkesan?
Pengetahuan Terdahulu Adakah pelajar mempunyai pengetahuan terdahulu
yang berkaitan?
Bahan Pengajaran Adakah bahan pengajaran yang digunakan
berkesan?
8
Bab 1: Pengenalan

Perbezaan Guru Adakah guru tertentu lebih berkesan daripada yang


lain?

Gambarajah 1.6 Kenapa Kita Mentaksir?

c) Penempatan
Selain persijilan, pentaksiran juga dijalankan untuk tujuan penempatan. Pelajar
dianugerahkan dengan berbagai keupayaan dan salah satu tugas sekolah adalah untuk
menempatkan mereka mengikut aptitude dan minat. Contohnya, sesetengah ujian
digunakan sebagai asas untuk menyalurkan pelajar mengikut aliran berdasarkan
prestasi akademik mereka. Telah menjadi tradisi bahawa kelas „A‟ dan „B‟ akan diisi
dengan pelajar berpencapaian tinggi berdasarkan keputusan peperiksaan akhir
semester atau peperiksaan akhir tahun. Ujian Penempatan telah digunakan dalam pra-
sekolah untuk menyalurkan kanak-kanak mengikut tahap literasi mereka! Amalan
menempatkan pelajar mengikut pencapaian akademik selalu diperdebat berdekad
lamanya di mana sesetengah cendikiawan menyokong dan ada pula yang
membangkang penggunaannya.

d) Makluman Kepada Ibubapa


Keluarga ingin mengetahui kemajuan anak mereka
di sekolah, dan ahli keluarga menghargai contoh-
contoh khusus tentang kemajuannya. Dengan
menunjukkan contoh kerja anak mereka daripada
masa ke masa akan membolehkan ibubapa
mentaksir perkembangan dan kemajuan anak
mereka. Adalah penting memberi tahu cerita
sepenuhnya apabila melaporkan maklumat tentang
kemajuan pencapaian pelajar. Dengan bercakap
dengan ibubapa tentang standard, berkongsi contoh
kerja pelajar, menggunakan rubrik dalam
konferens, dan membezakan di antara pencapaian dan kemajuan merupakan di antara
cara-cara untuk memastikan agar keluarga diberi gambaran yang jelas tentang
pembelajaran kanak-kanak.

e) Pentadbiran Sekolah dan Bimbingan


Sekolah mengumpul maklumat tentang pentaksiran bagi memastikan sejauh
mana pencapaian sekolah berbanding sekolah lain bagi semester atau tahun tertentu.
Keputusan pentaksiran juga bertujuan membuat perbandingan prestasi dari tahun ke
tahun bagi sekolah tertentu. Berdasarkan keputusan, pentadbir sekolah mungkin
mengambil langkah tertentu untuk memperbaiki kelemahan. Contohnya mengadakan
sumber tambahan untuk pelajar yang berpencapaian rendah sekiranya didapati
bilangan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan membaca dan menulis semakin
bertambah.
Keputusan pentaksiran (khususnya berkaitan perkembangan sosio-emosi)
mungkin digunakan oleh pentadbir dan pembimbing sekolah untuk merancang
strategi intervensi untuk pelajar berisiko. Pentaksiran oleh pembimbing boleh
membantu untuk mengenal pasti pelajar yang mempunyai masalah sosio-emosi yang
memerlukan perkhidmatan bimbingan atau dirujuk kepada pakar seperti psikiatris,
kaunselor undang-undang dan pihak penguatkuasa undang-undang.
9
Bab 1: Pengenalan

f) Memperbaiki Pengajaran
Sekiranya 60% pelajar gagal dalam suatu ujian,
adakah anda menyiasat samada strategi pengajaran-
pembelajaran anda bersesuaian atau anda menyalahkan
pelajar anda kerana lemah akademik mereka, ataupun
mereka tidak mengulang kaji pelajaran? Ramai dalam
kalangan pendidik akan menyalahkan pelajar mereka.
Maklumat tentang pentaksiran bernilai untuk memberi
indikasi hasil pembelajaran manakah yang telah
dicapai dengan jayanya dan yang mana pelajar
menghadapi kesukaran (lihat Gambarajah 1.6).
Keputusan pentaksiran bernilai memberi
indikasi tentang keberkesanan strategi pengajaran yang
dilaksanakan dan bahan pengajaran yang digunakan. Ia
juga memberi indikasi tentang sejauh mana pelajar
telah memperoleh pengetahuan terdahulu bagi
menerima konsep dan prinsip yang dibincangkan. Data pentaksiran juga boleh
memberi gambaran tentang mengapa seseorang guru lebih berjaya dalam mengajar
segolongan pelajar daripada pelajar lain.

Sebelum kita teruskan dengan perbincangan terperinci tentang pentaksiran dalam bab-
bab seterusnya, anda perlu jelas tentang konsep berikut dalam pentaksiran:
 Pentaksiran (atau penilaian) Formatif dan Sumatif
 Pentaksiran Criterion-referenced dan Norm-referenced

1.5 Pentaksiran Formatif dan Sumatif

Pentaksiran boleh dijalankan pada masa berlainan sepanjang tahun persekolahan


dan rancangan pentaksiran yang menyeluruh akan termasuk pentaksiran formatif dan
sumatif. Titik pada mana pentaksiran dibuat dan matlamat pentaksiran membezakan
di antara kedua-dua kategori pentaksiran.

Pentaksiran Formatif:

Pentaksiran formatif selalunya dibuat pada permulaan tahun pengajaran,


dengan itu memberi peluang untuk mendapatkan bukti awal tentang pembelajaran
pelajar dalam subjek atau suatu titik pada program tersebut. Pentaksiran dalam kelas
merupakan salah satu teknik pentaksiran formatif yang paling terkenal. Tujuann
teknik ini adalah untuk memperbaiki mutu pembelajaran pelajar dan tidak harus
berbentuk menilai atau tidak melibatkan menggred pelajar.
10
Bab 1: Pengenalan

Pentaksiran Formatif Pentaksiran Sumatif

Waktu Dijalankan sepanjang proses Dijalankan di akhir suatu fasa


pengajaran-pembelajaran pengajaran-pembelajaran (e.g.di
akhir semester atau tahun)
Kaedah Ujian kertas & pensil, pencerapan, Ujian kertas & pensil, ujian lisan
kuiz, latihan, sesi amali dilaksanakan dilaksanakan berkumpulan
secara kumpulan dan individu
Matlamat  Untuk mentaksir kemajuan dan  Grading to determine if the
mencadangkan langkah pemulihan programme was successful.
untuk mereka yang tidak mencapai  To certify students and improve
objektif the curriculum
 Pemulihan atau pengayaan,
ataupun pengajaran semula topic
Contoh Kuiz, esai, ujian diagnostik, laporan Ujian akhir, ujian umum, ujian
makmal dan rekod kelayakan.

Gambarajah 1.7 Perbezaan di antara Pentaksiran Formatif dan Sumatif

Di dalam penilaian formatif guru membandingkan prestasi pelajar dengan


prestasi pelajar lain di dalam kelas dan bukan semuanya pelajar dalam tahun yang
sama. Selalunya sebahagian kecil kandungan diuji untuk melihat sejauh mana objektif
telah dicapai. Pentaksiran Formatif adalah berpusatkan tindakan dan menjadi asas
pembaikan kaedah pengajaran.
Sebagai contoh, sekiranya seorang guru mendapati bahawa beberapa orang
pelajar kurang faham sesuatu konsep, dia mungkin mereka bentuk suatu aktiviti lain
atau menggunakan strategi pengajaran yang lain. Selain itu, pelajar juga boleh
memantau kemajuan mereka secara berkala menggunakan kuiz dan tugasan.
Keputusan pentaksiran formatif digunakan untuk mengubahsuai dan mengesahkan
pengajaran. Secara pendeknya, pentaksiran formatif adalah pentaksiran berterusan dan
melibatkan kaji semula, dan pemerhatian tentang apa yang sedang berlaku dalam bilik
darjah.

Pentaksiran Sumatif:

Pentaksiran sumatif adalah bercorak menyeluruh; menyediakan kebertanggung


jawaban dan digunakan untuk menyemak tahap pembelajaran di akhir program
(kemungkinan di akhir semester, tahun atau selepas dua tahun). Sebagai contoh,
selepas tiga tahun dalam sekolah menengah pelajar mengambil sebuah peperiksaan
umum yang bercorak sumatif kerana ia berasas kepada pengalaman pembelajaran
terkumpul bagi pelajar tersebut. Pentaksiran sumatif
biasanya digunakan untuk menilai keberkesanan “When the cook tastes the
sebuah program pembelajaran pada akhir tahun soup, that’s formative
akademik atau pada waktu yang ditetapkan. evaluation; when the guests
Matlamat pentaksiran sumatif adalah untuk taste the soup, that’s
membuat pertimbangan tentang kecekapan seorang summative evaluation”
pelajar–selepas fasa pengajaran telah selesai. - Robert Stakes
Sebagai contoh, peperiksaan umum di Malaysia
11
Bab 1: Pengenalan

dilaksanakan di akhir 6 tahun sekolah rendah; di akhir sekolah menengah rendah dan
di akhir sekolah menengah atas. Itu semua merupakan pentaksiran sumatif untuk
memastikan tahap pemerolehan setiap pelajar di dalam subjek-subjek setelah
penyampaian kandungan sepanjang 2 hingga 3 tahun. Penilaian sumatif digunakan
untuk memastikan samada pelajar telah menguasai kecekapan khusus dang red abjad
mungkin diberi untuk mentaksir pencapaian pelajar. Lihat Gambarajah 1.8 yang
menyenaraikan perbezaan di antara dua ujian tersebut.

1.6 Ujian Norm-Referenced dan Criterion-Referenced

Terdapat dua jenis ujian bergantung kepada bagaimana hasilnya diinterpretasi dan
digunakan. Secara tradisi terdapat dua jenis ujian yang dikenali sebagai ujian Norm-
Referenced Tests dan Criterion-referenced.

Ujian Norm-Referenced:

Sebab utama penggunaan ujian norm-referenced adalah untuk mengklasifikasi


pelajar. Ujian-ujian ini direka bentuk untuk menunjukkan perbezaan diantara dan
dalam kalangan pelajar agar menghasilkan darjat pelajar secara berurutan sepanjang
suatu continuum pencapaian daripada pencapai tinggi hingga ke pencapai rendah
(Anastasi, 1988). Untuk ujian norm-referenced, kumpulan pelajar yang representatif
diberikan ujian dan markah mereka dibandingkan dengan norma selepas melalui suatu
proses pentadbiran dan analisis yang rumit.
Sesiapa yang mengambil ujian norm-referenced boleh membandingkan
markahnya dengan norma. Contohnya, seorang pelajar yang memperoleh markah 70
dalam ujian norm-referenced hanya akan Nampak jelas apabila markah itu
dibandingkan dengan norma. Apabila dibandingkan dengan norma, dan didapati
markah pelajar itu adalah pada peratus ke-80, ini bermakna bahawa dia telah
mencapai tahap yang sama atau lebih baik daripada 80% pelajar dalam kumpulam
norma. Maklumat ini boleh menjadi berguna bagi memastikan samada pelajar perlu
bantuan pemulihan atau tidak, ataupun samada pelajar tersebut adalah calon program
pengayaan. Walau bagaimanapun, markah tersebut memberi maklumat yang sedikit
tentang apa yang pelajar tersebut tahu atau apa dia boleh buat. Kritikan utama ujian
norm-referenced ialah kerana ia selalunya fokus kepada mentaksir kecekapan asas
tahap rendah. Bilamana ia mengukur pencapaian, ujian norm-referenced selalunya
mengukur hanya sekadar sampel kandungan akademik yang diajar di sekolah seluruh
negara.

Ujian Criterion-Referenced:

Ujian criterion-referenced dapat memastikan apa yang pelajar boleh buat atau
sebaliknya, dan tidak membandingkannya dengan pelajar lain (Anastasi, 1988). Ujian
criterion-referenced melapor prestasi pelajar berbanding tahap prestasi yang
ditentukan pada suatu set matlamat atau hasil pembelajaran yang termaktub dalam
kurikulum. Ujian criterion-referenced digunakan apabila guru ingin mengetahui
sejauh mana pelajar telah memperoleh pengetahuan dan kecekapam yang mereka diharap
telah kuasai. Maklumat ini mungkin digunakan sebagai maklumat untuk memastikan sejauh
mana pelajar memperoleh kandungan kurikulum dan sejauh mana sekolah mengajar
kurikulum tersebut. Ujian criterion-referenced memberi butiran terperinci tentang sejauh
mana pencapaian seorang pelajar bagi setiap matlamat pendidikan atau hasil pembelajaran
12
Bab 1: Pengenalan

yang terkadung di dalam ujian tersebut. Contohnya, markah bagi sebuah ujian criterion-
referenced mungkin menceritakan operasi matematik mana seorang pelajar boleh laksanakan
atau tahap masalah pembacaan yang dialami pelajar. Lihat Gambarajah 1.8 yang
menyenaraikan perbezaan di antara kedua-dua jenis ujian.

Ujian Norm-Referenced Ujian Criterion-Referenced

Matlamat  Membandingkan prestasi pelajar  Membanding prestasi pelajar


dengan pelajar lain dengan kriteria (e.g. hasil
 Memilih pelajar untuk persijilan pembelajaran)
 Sejauh mana pelajar telah
memperoleh pengetahuan atau
kecekapan
 Memperbaiki pengajaran &
pembelajaran

Jenis soalan Soalan daripada senang hingga Soalan hampir sama tahap
susah kepayahan dengan kriteria
Melapor keputusan Gred diberi Tiada gred diberi (samada
pengetahuan/kecekapan dicapai
atau tidak
Liputan Kandungan Liputan kandungan yang luas Aspek kandungan yang tertentu
UPSR, PMR, SPM peperiksaan Ujian kelas, latihan dan tugasan
Contoh umum, peperiksaan akhir semester,
peperiksaan akhir tahun

Gambarajah 1.8 Perbezaan di antara Ujian Norm-referenced dan


Criterion-referenced

SEMAK KENDIRI 1.4


Ide a) Kenal pasti perbezaan utama di antara ujian norm-referenced
and dan criterion-referenced
b) Apakah perbezaan di antara pentaksiran formatif dan sumatif?
13
Bab 1: Pengenalan

RINGKASAN

 Bukti awal tentang ujian pendidikan telah dijalankan di China, digelar Sistem
Peperiksaan Imperial atau sistem keju.

 Peperiksaan Imperial pada hakikatnya satu-satunya laluan untuk orang


kebanyakan untuk menikmati kehidupan mewah sekiranya mereka lulus.

 Galton berhujah bahawa keupayaan mental manusia dan ciri-ciri peribadi adalah
diturunkan melalui baka.

 Dalam tahun 1905 Alfred Binet telah menghasilkan skala Binet-Simon (bersama
Theodore Simon) yang mengkehendaki pelajar membuat 30 tugasan pendek
berkaitan pertimbangan.

 Lewis Terman telah mengkaji semula ujianBinet-Simon dengan mengubah


beberapa item, menambah item yang lain dan membuat norma umur yang baru,
dan menambah had umur kepada "superior adults". Ujian ini telah menjadi Ujian
Stanford-Binet dikemaskini pada tahun 1916.

 Sebuah ujian boleh dilihat sebagai sekumpulan tugasan atau soalan yang bertujuan
mendapatkan perlakuan tertentu dalam keadaan yang standard dan untuk
mendapatkan markah yang mempunyai kendungan psikometrik tertentu.

 Pengukuran merupakan suatu proses di mana ciri-ciri seseorang diukur dan


diberikan nombor.

 Pentaksiran dilihat sebagai suatu proses pengumpulan maklumat dengan tujuan


membuat keputusan tentang pelajar.

 Pentaksiran bertujuan untuk membantu pelajar dan memperbaiki pengajaran.

 Pentaksiran sumatif adalah bercorak menyeluruh; memberi kebertanggung


jawaban dan digunakan untuk menyemak tahap pembelajaran di akhir program.

 Pentaksiran formatif selalunya dilakukan pada permulaan tahun persekolahan,


dengan itu memberi peluang untuk mendapatkan bukti segera tentang
pembelajaran pelajar dalam subjek tertentu atau pada suatu ketika dalam program.

 Sebab utama ujian norm-referenced digunakan adalah untuk membahagikan


pelajar. Ujian-ujian ini adalah direka bentuk untuk menunjukkan perbezaan dalam
pencapaian di antara dan dalam kalangan pelajar untuk menghasilkan darjat
pelajar secara berurutan.

 Ujian criterion-referenced memastikan apa pelajar boleh buat dan sebaliknya, dan
bukan bagaimana mereka berbeza di antara satu sama lain.
14
Bab 1: Pengenalan

ISTILAH
PENTING

Peperiksaan Imperial Keupayaan mental primer Pentaksiran


Psikometrik Kecerdasan Crystallised Penilaian
Skala Binet-Simon Kecerdasan Fluid Criterion-referenced
Quotient Kecerdasan Pentaksiran Sumatif Norm-referenced
Faktor “g” Pengukuran Pentaksiran Formatif

RUJUKAN:

 Anastasi, A. (1988). Psychological Testing. New York, New York: MacMillan


Publishing Company.
 Ebel, R. L., & Frisbie, D. A. (1986). Essentials of Educational Measurement
(4th ed.). Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall.

 Gronlund, N. (1988). How to construct achievement tesr. Engelwood Cliffs,


NJ: Prentice-Hall.

 Huba, ME. and Freed, J.E. (2000). Learner-Centered Assessment on College


Campuses:Shifting the Focus from Teaching to Learning. Needham Heights,
MA: Allyn & Bacon
 Lewis Terman (1916). The Uses of Intelligence Tests. First published in
The measurement of intelligence (chapter 1). Boston: Houghton Mifflin.

 Lewis Terman, (1904). General Intelligence: Objectively Determined and


Measured. American Journal of Psychology. 15. 201-293.

 Nitko, A.J. (2004). Educational assessments of students. Englewood Cliffs,


NJ: Prentice-Hall.

 Rowntree, D. (1977). Assessing Student – How Shall We Know Them?


London: Routledge & Kegan Paul.

 Salvia, G. and Ysseldyke, H. (1995). Assessing Children. Boston: Prentice-


Hall

 Stiggins, R.J. (1994). Student-Centered Classroom Assessment. New York:


Merrill

You might also like