Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Beza antara Earth Fault Relay (EFR) dan Earth Leakage Relay (ELR)

Bagi melindungi sistem kuasa elektrik daripada arus rosak ke bumi (earth fault) terdapat dua (2)
jenis geganti (relay) yang digunakan iaitu:
1. Earth Fault Relay (EFR)
2. Earth Leakage Relay (ELR)

Earth Fault Relay (EFR) digunakan untuk melindungi sistem kuasa apabila arus yang mengalir
pada pengalir Neutral (N) melebihi daripada nilai yang ditetapkan, contohnya apabila arus balikan
(return path current), In mengalir ke point tengah secondary transformer melebihi daripada nilai
setting, relay ini akan memberi isyarat kepada shunt trip coil pada Breaker (ACB) untuk
memutuskan litar. Keadaan ini berlaku disebabakan oleh ketidakseimbangan beban (load).

Earth Leakage Relay (ELR) digunakan untuk melindungi perkakasan daripada bahaya arus bocor,
terdapat tiga jenis setting yang digunakan pada relay ini.
Bagi melindungi arus bocor pada litar lampu, setting yang digunakan adalah 100mA, manakala
bagi litar kuasa adalah 30mA dan bagi tempat-tempat yang lantainya berkemungkinan basah serta
pusat hiburan settingnya adalah 10mA.
Walaubagaimanapun arus bocor ini memerlukan laluan khas ke bumi iaitu kabel earth (E)
disebabkan di Malaysia sistem yang digunakan adalah sistem TT yang mana sistem pembumian
penghantaran (transmission) dan sistem pembumian pengguna diasingkan.
Arus bocor ini akan disambungkan ke jisim bumi melalui copper rod.

Setting bagi EFR dan ELR perlu dibuat setiap 2 tahun oleh Jurutera Perkhidmatan Elektrik seperti
tertera pada Peraturan-peraturan Elektrik 1994.

You might also like