Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LANGGAR

06500 ALOR SETAR, KEDAH DARULAMAN.

E-mel:kea2095.ppd.kotasetar@gmail.com No.tel:047876390 No Faks:047876391

______________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU


KALI KEEMPAT TAHUN 2017

TARIKH : 9 Ooktober 2017


MASA : 2.40 – 4.30 petang
TEMPAT : Bilik Jahitan

KEHADIRAN :
1. Puan Siti Ruhilah binti Abdull Hamid (Guru Kanan Bahasa)
2. Puan Nur Hayati binti Abdul hamid (Ketua Panitia)
3. Puan Rofiza binti Omar
4. Puan Aslina binti Asmuni
5. Puan Shatirah binti Mehat
6. Puan Nur Azliza binti Azib

AGENDA :

1. Aluan Pengerusi
2. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
3. Perkara-perkara Berbangkit
4. Analisis Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM dan Post Mortem
5. Pentafsiran Berasaskan Sekolah (PBS)
6. Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB)
7. Perancangan Strategik Panitia 2018
8. Belanjawan Panitia 2018
9. Jadual Waktu / Agihan Tugas Guru
10. Hal-hal lain

I ALUAN PENGERUSI

1. Majlis dimulai dengan bacaan al-Fatihah. Puan Siti Ruhilah binti Abdull hamid selaku Guru
Kanan Bahasa mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli panitia yang hadir ke Mesyuarat
Panitia Bahasa Melayu kali keempat tahun 2017.

2. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada guru yang mengajar SPM 2017 kerana
menerima jadual Pecutan Akhir yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

1
II MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

3. Puan Rofiza binti Omar membentangkan minit mesyuarat guru kali ketiga dan disahkan oleh
Puan Shatirah binti Mehat.

III PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4. Perkara VII Program Peningkatan Prestasi PT3 dan SPM 2017


Puan Hayati memaklumkan bahawa Program Peningkatan Prestasi SPM masih dan sedang
dilaksanakan oleh 2 orang guru iaitu Puan Ruhilah binti abdull Hamid dan Puan Hayati binti
Abdul Hamid. Manakala bagi Program Peningkatan Prestasi PT3 telah selesai dilaksanakan.

5. Perkara VIII Hal-hal lain – Kusus KSSM Tingkatan 2


Puan Nur Azliza binti azib memaklumkan telah selesai dilaksanakan.

IV ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM DAN POST MORTEM

6. Puan Nur Hayati memaklumkan peratus yang dicapai dalam peperiksaan percubaan SPM
baru-baru ini adalah sebanyak 74.56% manakala GP pula 5.34. Oleh itu, untuk peperiksaan
SPM yang sebenar, beliau mensasarkan GP sebanyak 4.3.

7. Puan Nur Hayati juga memaklumkan berdasarkan post mortem yamg dibuat pada murid
Tingkatan 5 Arif dan 5 Ceria, beliau mendapati bahawa :

BIL TING Kertas POST MORTEM

1 5 Arif 1 BAHAGIAN A
 Murid menjawab dengan baik

BAHAGIAN B

 Murid menjawab soalan tetapi tidak sempat


 Karangan - perenggan penutup tidak sempat
 Terlalu banyak masa dihabiskan pada bahagian A
termasuk Nurin Sofea.
2 5 Arif 2  Pemahaman Komsas – KBAT tidak capai
3 5 Ceria 1 BAHAGIAN A
 Murid menjawab soalan tetapi silap jawab

BAHAGIAN B
 Penulisan karangan lemah
 Murid lelaki buat tetapi sekadar jawab sahaja
4 5 ceria 2  Pemahaman Komsas – KBAT tidak capai

8. Puan Ruhilah turut membuat post mortem bagi tingkatan 5 Bestari dan 5 Dinamik. Hasil post
mortem tersebut, murid dari tingkatan 5 Bestari berada dalam kategori sederhana. Beliau
2
menambah terdapat juga dalam kalangan murid tingkatan 5 Bestari dan 5 Dinamik tidak
menjawab soalan dan jawapan yang diberi tidak menepati skema.

9. Puan Ruhilah merumuskan hasil post mortem iaitu murid yang gagal atau tidak mendapat
gred yang baik disebakan mereka tidak menjawab soalan dan jawapan yang diberi oleh
mereka tidak menepati skema yang disediakan.

10. Puan Siti Ruhilah mencadangkan agar Modul Komsas Tingkatan 4 disediakan dan mula
dicetak bulan Disember tahun ini.

11. Puan Hayati turut menambah kutipan duit daripada murid Tingkatan 4 untuk modul ini perlu
dilakukan pada awal tahun hadapan dan sekirannya tidak cukup, duit panitia akan digunakan
bagi menampung perbelanjaan tersebut.

Tindakan : Guru Tingkatan 4

V PENTAFSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

12. Puan Nur Hayati memaklumkan bahawa Guru Penolong Kanan mengingatkan guru yang
mengajar Tingkatan 2 dan 3 untuk mengisi markah PBS dalam sistem My Student. Sebarang
masalah boleh merujuk Puan Norolhudda binti Ahmad.

Tindakan: Guru yang berkenaan

VI. PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI (PKB)

13. Semua guru mesti menghantar buku rekod mengajar setiap minggu pada hari khamis kecuali
menghadiri kursus (ahad).

14. Puan Ruhilah memaklumkan pencerapan kali ketiga akan dilaksanakan.

BIL PENCERAP GURU DICERAP

1 Puan Ruhilah binti Abdull Hamid 1. Puan Nur Hayati binti Abdul Hamid
(Guru Kanan Bahasa) 2. Puan Shatirah binti Mehat
3. Puan Nur Azliza binti Azib
2 Puan Faezah binti Ramli 1. Puan Rofiza binti Omar
2. Puan Aslina binti Asmuni
(GPK HEM)

Tindakan : Guru yang berkenaan

15. Beliau turut berpesan sekirannya mahu markah tinggi, guru perlu melakukan pdpc PA-21 dan
memastikan kawalan kelas yang baik semasa dicerap.

16. Puan Ruhilah turut menambah guru yang masih tidak menghantar buku latihan murid untuk
disemak perlu melakukannya dengan kadar segera – rujuk jadual semakan buku latihan.
3
Makluman : Semua guru

VII PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA 2018

17. Ketua Panitia memaklumkan bahawa semua guru perlu melaksanakan perancangan yang
telah dibuat. Puan Aslina bertanggungjawab untuk program PT3 manakala Puan Nur Hayati
pula SPM.

18. Program dirancang seperti jadual dibawah.

BIL PROGRAM TARIKH TINDAKAN DOKUMENTASI

1 Program Penataraan April - Jun Puan Shatirah


Tatabahasa untuk murid-murid binti Mehat
Tingkatan 3 (PT3)

2 Bengkel Penulisan Cemerlang Mac-Jun Puan Rofiza binti


PT3 Omar

3 Prigram Near Miss Lulus dan Mac- Semua Guru


Near Miss Cemerlang Oktober
Berkelompok PPD dan UBK
Kota Setar.

4 Program Jejak Gemilang Kelas Mac - Semua Guru


Tambahan Harian) Oktober

5 Program Masa Itu Emas Mac, Jun, Semua Guru


Ogos
(Kelas Tambahan Masa Cuti
Sekolah)

6 Ceramah Teknik Menjawab Mac - Puan Nur Azliza


PT3 (Penulisan) September binti Azib

7 Bingkisan Ilmu Mac - Semua Guru


September
(Kerja Sekolah Terancang
Curti Sekolah)

8 Pemantapan Tatabahasa Mac - Ogos Puan Aslina binti


Asmuni
(Modul Tatabahasa)

9 Bulan Bahasa Oktober Semua Guru

Tindakan: Semua Guru

VIII BELANJAWAN PANITIA 2018

4
19. Puan Nur Hayati memaklumkan bahawa baki duit panitia masih ada lagi iaitu sebanyak
RM1000.

20. Puan Rofiza binti Omar mencadangkan agar baki duit panitia digunakan untuk mencetak
Modul Novel dan Antologi yang akan digunakan pada tahun 2018.

21. Berikut belanjawan yang dicadangkan oleh ahli panitia dan perlu dihantar pada minggu
terakhir persekolahan :

i. Mikrofon
ii. Speaker
iii. Kertas Mahjong
iv. Marker pen
v. Plastik balut kertas soalan

22. Puan Nur Hayati turut memaklumkan bahawa tuan pengetua tidak membenarkan beliau
membuat sebarang tuntutan untuk pembelian plastik kertas soalan dan akhirnya beliau
menggunakan wang saku sendiri.

IX JADUAL WAKTU / AGIHAN TUGAS GURU

23. Jadual waktu dan agihan tugas guru yang dirancang seperti dalam jadual di bawah.

BIL KELAS GURU CATATAN

1 1 Arif

2 1 Bestari

3 1 Ceria

4 1 Dinamik

5 2 Arif Puan Shatirah binti Mehat

6 2 Bestari Puan Nur Azliza binti Azib

7 2 Ceria

8 2 Dinamik

9 3 Arif Puan Shatirah binti Mehat

10 3 Bestari Puan Nur Azliza binti Azib

11 3 Ceria Puan Aslina binti Asmuni

12 3 Dinamik Puan Rofiza binti Omar

13 3 Efektif

5
14 4 Arif

15 4 Bestari

16 4 Ceria

17 4 Dinamik

18 5 Arif

19 5 Bestari

20 5 Ceria

21 5 Dinamik

Makluman : Semua guru

X HAL-HAL LAIN

24. Ketua panitia memohon semua guru meneruskan Pdpc yang berbaki dengan baik.

25. Beliau turut memohon agar guru tingkatan 4 dan 5 melengkapkan modul dalam Fail ULBS.

Tindakan : Guru berkenaan

26. Puan Ruhilah mencadangkan agar Fail ULBS 2018 beli baru. Fail ULBS Bahasa Melayu
tingkatan 4 dan 5 tahun 2017 perlu diserahkan pada minggu terakhir sesi persekolahan.

Tindakan : Guru berkenaan

27. Agihan tugas untuk RPT 2018 seperti dalam jadual dibawah

BIL TINGKATAN GURU

1 1 Puan Shatirah binti Mehat

2 2 Puan Nur Azliza binti azib

3 3 Puan Aslina binti Asmuni

4 4 Puan Rofiza binti Omar

5 5 Puan Nur Hayati binti Abdul Hamid

Makluman : Semua guru

28. Makluman bagi guru yang menghadiri kursus perlu memberikan satu Salinan surat kepada
Ketua Panitia untuk difailkan – tahun semasa.

Tindakan : Guru yang berkenaan

6
29. Semua guru perlu mengemaskini fail-fail panitia yang berada dibawah seliaan mereka dan
membuat dokumentasi jika perlu.

Tindakan : Guru yang berkenaan

30. Puan Nur Hayati binti Abdul Hamid turut berpesan agar penulisan RPH perlulah mengikut
format yang ditetapkan oleh panitia supaya selaras.

Makluman : Semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Sekian, terima kasih .

Dicatat oleh Disemak oleh

……………………… ………………………..

(NUR AZLIZA BINTI AZIB) (NUR HAYATI BINTI ABDUL HAMID)


Guru Bahasa Melayu Ketua Paniti Bahasa Melayu
SMK Langgar SMK Langgar.

7
MAKLUM BALAS
MINIT MENSYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI KEEMPAT
TAHUN 2017

BIL PERKARA TINDAKAN CATATAN

1. Perkara 25, m/s 5 : Fail ULBS Guru Tingkatan 4 & 5

2. Perkara 26, m/s 5 : Fail ULBS Guru Tingkatan 4 & 5

3. Perkara 28, m/s 6 : Surat panggilan Guru yang terlibat


kursus

4 Perkara 29, m/s 6 : Pengurusan Fail Guru yang terlibat


Panitia

You might also like