Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2017

Pada 15 April 2017, iaitu pada hari Sabtu, Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki telah menganjurkan Program Latihan Kepimpinan
Transformasi untuk Ahli Lembaga Pengawas sekolah bagi sesi 2017/2018. Kursus ini telah
berlangsung di Dewan Bestari, SMK Aminuddin Baki dari pukul 8.00 pagi hingga ke pukul 2.00
petang. Kursus kepimpinan ini telah dihadiri oleh 81 pengawas yang terdiri daripada pengawas
tingkatan dua, tingkatan tiga dan tingkatan empat. Terdapat juga beberapa orang guru disiplin
dan guru kaunseling telah hadir bersama untuk menyelia dan mengetuai kursus ini.

Pada mulanya, fasilitator kursus kepimpinan telah memperkenalkan diri masing-masing.


Mereka merupakan ( ), ( ) dan ( ). Mereka berasal daripada Lidah Pendeta
Consultancy & Management. Para pengawas diperkenalkan dengan pelbagai sorakan dan
tepukan dan semua orang telah menunjukkan semangat kepimpinan dan keyakinan masing-
masing. Kemudian, semua pengawas diumpamakan seorang pengarah ahli pasukan muzik.
Mereka diberi seminit untuk mengarah sesebuah pasukan muzik dengan menutup mata. Selepas
aktiviti itu, para pengawas diberitahu bahawa aktiviti tadi adalah untuk merasai keupayaan
memimpin sendiri.
Aktiviti seterusnya yang dijalankan ialah pembahagian kumpulan. Para pengawas telah
berkumpul dalam satu bulatan besar dan melaporkan nombor daripada 1 hingga ke 9. Malahan,
pengawas yang mempunyai nombor yang sama terdiri daripada kumpulan yang sama. Semua
kumpulan disuruh untuk melantik seorang ketua kumpulan serta mencipta nama kumpulan.
Selepas semua kumpulan telah selesai, mereka disuruh mencipta sebuah logo di sekeping kertas
mahjong. Kemudian, mereka haruslah mempersembahkan idea mereka dan memberi kata-kata
semangat. Seterusnya, para pengawas diberi 30 minit untuk bersarapan di kantin. Nasi ayam dan
sirap telah disediakan oleh kantin pada hari itu.

Selepas sarapan pagi, aktiviti yang seterusnya ialah setiap kumpulan haruslah memilih
dua orang yang pandai mencipta kraf untuk diikat tangan. Manakala untuk dua orang yang bijak
berhujah, mereka telah ditutup mata. Dengan ini, setiap kumpulan disuruh untuk mencipta
sesuatu dengan dua botol, satu tali, pita pelekat dan gunting dalam 30 minit. Kemudian, setiap
kumpulan perlulah membentang ciptaan mereka. Para pengawas turut mewujudkan kreativiti dan
inovatif mereka apabila menjalani aktiviti ini.

Tambahan pula, aktiviti yang terakhir ialah setiap pengawas telah berada di luar dewan
untuk melengkapkan suatu tugasan. Semua orang disuruh beratur mengikut ketinggian mereka.
Pengawas-pengawas diberi beberapa batang paip besar dan disuruh untuk menyalurkan paip dari
hujung ke permulaan paip tersebut. Dari hujung paip, pihak fasilitator akan memasukkan tiga
bola ke dalam paip. Proses ini akan berulang beberapa kali supaya seluruh warga pengawas akan
bergerak ke depan sampai ke dalam dewan dengan tidak menjadikan ketiga-tiga bola tersebut
jatuh. Dalam proses tersebut, para pengawas ditegur dan dipanggil untuk manjalankan aktiviti ini
semula kerana terdapat beberapa orang pengawas yang membisik dan bercakap atau
menyebabkan bola jatuh. Akhirnya, lembaga pengawas SAB berjaya dan setiap pengawas berasa
sungguh bangga.
Kursus kepimpinan pengawas berakhir tepat pada pukul 2.00 petang dengan lagu
‘ Gemuruh’ untuk meraikan kejayaan pengawas dalam aktiviti paip itu dan kursus ini
telah.berlangsung dengan lancar. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus ini telah
mengajar para pengawas tentang cara membentuk diri supaya menjadi seorang pengawas yang
berwibawa, beradab dan pentingya ialah cara menjalankan tugas dalam sekumpulan dengan
sempurna dan bekerjasama. Para pengawas telah pun membina jati diri dan keyakinan yang lebih
kuat pada akhir kursus ini. Para pengawas telah bersurai dengan rasa bersyukur dan berpuas hati.

4Disediakan oleh,
Michelle Loo Tze Xin
Setiausaha,
Lembaga Pengawas.

You might also like