Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN DIALOG PRESTASI SELEPAS PERHIMPUNAN PAGI ISNIN

TARIKH : 8.10.2018

HARI : ISNIN

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : ANJUNG ILMU SKS

MAKLUMAT YANG TELAH DISAMPAIKAN:

TUAN HJ AB. HAMID B. MAT ARIF (TN GURU BESAR SK SEKENDI)

1. Guru Besar telah mengedarkan borang senarai semak tugasan 2018 kepada
semua guru.
2. Tn Guru Besar meminta borang senarai semak diserahkan sebelum 22.10.2018
dan serahkan terus kepada beliau.
3. Peperiksaan AkhiR Tahun (PAT) 2018 bermula 22.10.2018 hingga 26.10.2018,
soalan-soalan matapelajaran teras untuk tahun 3 dan tahun 4 telah ditempah,
namun guru mata pelajaran perlu juga menyediakan soalan-soalan sendiri
sebagai “back up” jika soalan yang ditempah tidak ada.
4. Program Pasca UPSR – Guru Besar meminta kepada guru yang berkenaan untuk
menghantar kertas kerja untuk dibentangkan.
5. Meminta semua guru tahun 6 menyiapkan sijil berhenti sekolah dan fail peribadi
murid , untuk diserahkan kepada semua murid tahun 6 semasa keputusan UPSR
dikeluarkan.
6. Fail panitia, Tn Guru Besar meminta agar 4 buah fail folder dikemaskini dengan
sempurna dan perlu dihantar ke pejabat sebelum 12.10.2018 (Jumaat).
7. Mengharapkan “vest champion” di kumpulkan dan diserahkan kepada guru
bimbingan dan kaunseling.

EN. AYUB B. MAHMUDIN ( GPK KO KURIKULUM)

1. Bercadang mesyuarat KO-KU akan diadakan pada hari Khamis petang .


Membuat kesimpulan aktiviti KoKu yang telah dijalankan sepanjang 2018
mengikut unit-unit.

USTAZAH NORHUSLIANA BT HUSIN (GURU jQAF)

1. Memaklumkan bahawa murid tahun 5 akan menduduki peperiksaan


matapelajaran Jawi dan Bahasa Arab pada hari ini ( Isnin) 8.10.2018.

Perjumpaan diakhiri dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr .

Disediakan oleh : Pn Musinah bt Yusa

You might also like