Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Cerpen ini bertemakan kekeluargaan, iaitu tekanan perasaan seorang remaja akibat perpecahan

keluarga. Contohnya, Zel menghadapi tekanan perasaan akibat penceraian ibu bapanya sehinggakan dia
mempunyai perasaan dendam kepada bapanya. Persoalan-persoalannya pula ialah persoalan tentang
perbezaan status antara suami dengan isteri mencetuskan konflik, iaitu bapa Zel bekerja sebagai
seorang guru di sekolah rendah kerana memiliki kelulusan yang lebih rendah berbanding dengan ibunya,
seorang usahawan. Persoalan lain ialah tanggungjawab seorang ibu tunggal. Ibu Zel berjaya
membesarkan Zel tanpa kehadiaran seorang suami di sisinya. Akhirnya ialah persoalan tentang
penyalahgunaan teknologi untuk membalas dendam. Zel berhasrat untuk menceroboh sistem komputer
bapanya bagi memusnahkan data di dalamnya.

You might also like