Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

3.

Penilaian
a) Tema
Tema kajian ini ialah berkaitan dengan hujan asid yang berlaku di bandar-bandar
kesan daripada udara yang tercemar yang disebabkan pembebasan gas-
gas pencemar oleh industri dan juga kenderaan.

b) Tesis
Beberapa tesis boleh dikenalpasti dalam kajian ini iaitu;
i. Aktiviti industri dan pembangunan perbandaran yang pesat telah
menyebabkan kualiti udara di Petaling Jaya dan juga Lembah Kelang
merosot.

ii. Pembebasan gas-gas pencemar seperti sulfur dioksida dan nitrogen


dioksida ke atmosfera telah menyebabakan berlakunya fenomena hujan
asid kesan dari aktiviti industri yang mengeluarkan asap tanpa kawalan.

iii. Hujan asid dapat memberikan kesan negatif iaitu mengancam dan
memusnahkan alam sekitar dan mengancam kesihatan manusia.

c) Adakah artikel tersebut menarik, menyeronokkan, spekulatif, analitikal atau


preskriptif?
Aktikel ini mudah difahami walaupun ia diselitkan dengan laras bahasa sains untuk
menerangkan bagaimana proses kejadian hujan asid dan kaitannya dengan gas-gas
pencemar yang dihasilkan oleh kilang-kilang dan juga aktiviti perbandaran khususnya
kenderaan. Penulis cuba memberikan penerangan yang ringkas tetapi penyampainannya
tersusun serta padat. Penulis juga telah membuat kajian ilmiah yang baik daripada
pengkaji-pengkaji lain selain teori-teori yang berkaitan untuk menyokong hasil kajiannya.
Penulis telah mempersembahkan kajiannya secara analitikal menggunakan data
primer dengan menjalankan kajian lapangan selama setahun di kawasan perindustrian
Petaling Jaya dan di buat perbandingan dengan kawasan dalaman di Tanah Rata,
Cameron Highland.. Sampel-sampel air hujan telah diambil untuk dianalisis. Pengkaji
telah mengambil sebanyak 32 sampel komposit yang dikumpul setiap minggu sepanjang
tahun 1994 menarik minat pembaca kerana kajian ini telah dijalankan secara
bersistematik.

Selain itu penulis juga telah mendapatkan data sekunder daripada hasil kajian
yang dijalankan oleh World Health Organization (WHO), Agensi Perlindungan
Persekitaran Amerika (EPA) dan juga Japan International Cooperation Agency (JICA)
untuk melengkapkan lagi kajian ini. Penulis juga menggunakan penunjuk dari agensi-
agensi ini untuk mengukur tahap keasidan air hujan dan juga jumlah pengeluaran bahan
kimia di kawasan Lembah Kelang.

Bahasa yang digunakan difahami dan mempunyai kesinambungan di antara satu


topik dengan topik yang seterusnya. Penulis juga menerangkan bagaimana kejadian
hujan asid telah menyebabkan kesihatan penduduk di kawasan yang terlibat terjejas jika
ia diminum dan apabila ia meresap ke dalam tanah sehingga mempengaruhi kandungan
plumbum yang berbahaya kepada hidupan. Pembaca juga dapat memahami apa yang
ingin disampaikan oleh penulis melalui huraian, jadual dan rajah yang terdapat di dalam
artikel ini.

You might also like