Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Analisis dan Interpretasikan dapatan hasil daripada ujian SDS

Interpretasi dapatan hasil ujian:

REALISTIK (7) INVESTIGATIF (8)

ARTISTIK (12)
KONVENSIONAL (5)

ENTERPRISING (13) SOSIAL (20)

Rajah 1. Dapatan skor berdasarkan Model Heksagonal Holland

Rajah 1 menunjukkan secara ringkas pembahagian skor yang diperolehi daripada


seorang klien berdasarkan Model Heksagonal Holland. Secara amnya, elemen sosial merupakan
skor yang paling tinggi iaitu 20 dan diikuti oleh Enterprising iaitu 13 skor serta Artistik pula ialah
12 skor, kemudian Konvensional 5 skor dan Realistik 7 skor serta Investigatif sebanyak 8 skor
sahaja.
RAJAH 2

S
20
18 E
16 A
14 C
12 R
10 I

8
6
4
2
Graf Dapatan Hasil Ujian SDS

Graf 1 menunjukkan skor yang diperolehi klien dalam SDS dalam bentuk perwakilan data
graf bar. Skor yang tertinggi adalah 20 iaitu sosial, kemudian diikuti pula dengan Enterprisining
skor sebanyak 13 dan yang ketiga pula iaitu Artistik sebanyak 12 skor. Selain itu, skor
Konvensional iaitu sebanyak 5 skor diikuti pula dengan Realistik sebanyak 7 skor dan Inventigatif
iaitu sebanyak 7 skor sahaja.

Berdasarkan dapatan ujian tersebut, saya mendapati bahawa responden memiliki Skor
sosial yang sangat tinggi sebanyak 20. Ini bertepatan dengan Kajian yang telah dibuat oleh Sidek
(2005) menyatakan bahawa individu yang memiliki sosial suka berkerja dan berinteraksi dengan
manusia. Selain itu, ia juga berminat dalam memberitahu, menolong, melatih memperkembang,
mengubati dan membuat kebajikan kepada orang orang lain. Tambahan juga, individu seperti ini
mempunyai kemahiran menggunakan kata-kata serta mahir dalam berkomunikasi dengan orang
lain. Matlamat utama ialah membuat kebajikan.

Seterusnya, bagi skor yang kedua tertinggi ialah Enterprising sebanyak 13 skor. Melalui
dapatan hasil ujian,Sidek (2005) menyatakan bahawa individu yang suka bekerja dan berinteraksi
dengan manusia, Selain itu, ia juga mempunyai minat dalam mempengaruhi,mengarah,
memimpin serta mengurus individu lain. Ia juga pandai dalam memanipulasikan orang lain serta
matlamat akhirnya ialah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi. Orang
seperti ini sangat disukai di dalam kehidupan bermasyarakat kerana sikap kepimpinannya yang
tinggi.

Tambahan lagi, jumlah skor yang ketiga tertinggi pula ialah Artistik iaitu sebanyak 12 skor.
Dalam dapatan kajian tersebut, Sidek (2005) menerangkan bahawa individu yang memiliki ciri
artistik yang tinggi ialah mempunyai kebolehan artistik dan inovatif. Selain itu juga, ia mempunyai
kebolehan intuisi dan bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur, malah ia tidak
selesa kerja yang rutin atau berulang-ulang dan selalu menggunakan imaginasi dan kreativiti.
Hasil dapatan ini juga sangat bersesuaian dan dengan ciri-ciri yang autonomi yang mana telah
dijalankan ujian kepada individu tersebut.

Tuntasnya, berdasarkan bukti yang telah ditunjukkan menunjukkan bahawa gambar rajah
tersebut memilki bentuk yang selari dan sangat bersesuaian dengan dengan ciri dan keperluan
hidup seseorang manusia.
Graf Bar Menganalisis IPS

8
7
6
5
4
3
2
1
PERSONALITI

RAJAH 3

AGRESIF INTELEKTUAL MENGAWAL JUJUR


ANALITIKAL INTROVERT MENOLONG
AUTONOMI KEPELBAGAIAN SOKONGAN
BERSANDAR KETAHANAN STRUKTUR
EKSTROVET KRITIK DIRI PENCAPAIAN
PETUNJUK

Berdasarkan graf yang telah dipamerkan, perbezaan skor yang ditunjukkan adalah sangat
ketara. Hal ini kerana, jumlah skor agresif 70%, analitikal 60%, autonomi 60%, bersandar 10%,
ekstrovert 50%, intelektual 2%, introvert 70%, kepelbagaian 10%, ketahanan 80%, kritik diri 50%,
mengawal 10%, menolong 40%, sokongan 70%, struktur 30%, pencapaian 70% dan jujur 20%.

Berbalik kepada ujian yang telah dijalankan skor yang tertinggi adalah Ketahanan menurut Sidek
Noah individu yang mempunyai ketahanan yang tinggi adalah individu yang mempunyai
ketahanan dari segi fizikal, mental dan emosi. Individu tersebut akan menghabiskan semua
tugas-tugas yang telah dimulakan dan tidak akan berhenti separuh jalan. Individu yang
mempunyai ketahanan yang tinggi ini juga sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu.
Seterusnya skor kedua tertinggi adalah Agresif. Berdasarkan skor yang diperoleh menunjukkan
klien adalah seorang individu yang agresif. Individu yang berpesonaliti ini suka mengkritik orang
lain. Dalam kebanyakan hal, hati dan perasaan orang lain bukanlah merupakan tumpuan anda,
yang penting ialah hajat dan matlamat anda tercapai. Hal ini sama terjadi kepada klien kerana
klien tidak disukai oleh kawannya kerana klien tidak tahu untuk menjaga hati dan perasaaan
orang disekelilingnya.

Daripada skor yang diperoleh Analitikal merupakan skor kedua tertinggi selepas agresif. Skor
menunjukkan yang ciri analitikal klien adalah sederhana. Minat klien untuk menganalisis adalah
di tahap sederhana. Oleh sebab itu klien ada menyatakan dia tidak gemar untuk berada didalam
kelas matematik yang memerlukan analisis yang terlalu lama kerana ianya akan membebankan
klien.

Skor yang seterusnya adalah Intelektual. Skor yang diperolehi menunjukkan klien sukakan aktiviti
yang memberi cabaran dari segi intelektual. Klien merasa puas dengan aktiviti-aktiviti keilmuan
tetapi tidak puas dengan aktiviti-aktiviti yang berulang-ulang. Hal ini selari dengan diri klien yang
memang meminati aktiviti yang mencabar minda seperti didalam kelas sains dan sebagainya.
Klien amat meminati subjek-subjek yang memerlukan klien untuk berfikir bagi menyelesaikan
tugasan.

Manakala skor bagi Pencapaian pula menunjukkan klien adalah individu yang sangat bermotivasi
dan suka bersaing dalam mencapai sesuatu matlamat. Klien ada menyatakan bahawa dia tidak
suka dikalahkan oleh orang lain jika berada didalam sesuatu pertandingan atau didalam kelas.
Oleh itu klien menyatakan bahawa dia belajar adalah untuk mendapat nombor 1 didalam kelasnya
kerana tidak mahu dikalahkan oleh rakan sekelasnya.

Skor bagi Sokongan juga agak tinggi bagi klien. Skor sokongan menunjukkan klien adalah
individu yang mempunyai keinginan untuk dikasihi, difahami dan mendapat simpati. Hal ini diakui
sendiri oleh klien yang mana dia memang seorang yang sangat memerlukan perhatian dan jika
perhatian yang diberikan tidak mencukupi klien akan melakukan perkara-perkara yang tidak elok
untuk menarik perhatian orang disekelilingnya..
Keputusan dan Huraian bagi INPS

BIL AGEN KEPUTUSAN


1 13
MANUSIA
2 8
DATA
3 10
BENDA
4 10
PEMBANTU
5 7
ALTRUISME
6 12
PEMIMPIN
7 12
AUTONOMI
8 8

INTELEKTUAL
9 14

KREATIF
10 11

KEJAYAAN
11 12
ORGANISASI
12 11
KEUNTUNGAN
13 11
PROMOSI
14 10
MASA LAPANG
15 12
PENGIKTIRAFAN
16 11
SOKONGAN
17 11
KESELAMATAN
18 12
KEBUDAYAAN
19 14
AGAMA
20 10
KEPELBAGAIAN
21 11
AKTIVITI
Berdasarkan ujian INPS yang dijalankan terhadap klien, agen pekerjaan yang paling
dominan didalam diri klien adalah MANUSIA. Menurut Sidek Noah, Keperluan utama pekerjaan
jenis ini ialah anda mesti suka kepada aktiviti-aktiviti yang berorientasikan manusia. Banyak
masa anda akan digunakan untuk berhubung dan berinteraksi dengan orang lain. Peranan anda
termasuklah menyelia, memujuk dan menolong. Selain itu beberapa aktivititi lain yang mungkin
akan anda lakukan termasuklah mengajar, mengubati, memperkembang, memberi khidmat
kaunseling serta memberi nasihat kepada individu yang memerlukan. Hal ini amat sesuai dengan
personaliti klien yang agak banyak bercakap tetapi mempunyai tahap keagresifan yang agak
tinggi. Untuk membantu klien GBK boleh mengadakan sesi kaunseling individu tentang
bagaimana klien perlu untuk menjaga hati dan perasaan orang lain.
Selain itu juga keputusan kedua tertingggi adalah KREATIF.Pekerjaan jenis ini
memerlukan individu-individu yang mempunyai idea-idea dan persembahan diri yang unik. Gaya
hidup yang individualistik mungkin amat sesuai untuk bidang kerjaya jenis ini. Ketulinan dan
keaslian dalam merekacipta adalah dipraktikkan dalam penyelesaian masalah dan
penyelenggaraan kerja. Kebolehan untuk menghasilkan idea-idea baru dan cara
mempersembahkannya secara unik dan tersendiri adalah suatu kemestian. Hal ini juga
bertepatan dengan diri klien yang memang seorang yang kreatif dan juga agak berbakat dalam
lukisan. Klien juga selalu cuba untuk menonjolkan dirinya kepada orang disekelilingnya dengan
persembahan diri yang unik, sebagai contoh dengan gaya rambut yang lain dari yang lain.

Agen pekerjaan yang ketiga tertinggi AGAMA. Menurut Sidek Noah, salah satu pra-syarat
utama untuk berjaya di dalam pekerjaan ini ialah seseorang itu mesti mempunyai pengetahuan
agama yang tinggi dan luas. Individu tersebut akan selalu terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang
berkaitan dengan keagamaan. Peluang untuk berdakwah, mengajar, menjadi model dan
berkongsi nilai-nilai yang berkaitan dengan agama adalah merupakan tanggungjawab yang
diberikan kepada anda. Ketika menjalankan sesi bersama klien, klien ada menyebut tentang
keinginannya untuk menjadi seorang ustaz bila dewasa kelak. Klien juga menyatakan bahawa
dia ingin menjadi seorang tahfiz dan ingin menyambung pelajaran di sekolah maahad tahfiz yang
terdekat. Keinginan klien untuk mendalami ilmu agama itu selari dengan agen pekerjaan yang
kilen dapat setelah menjalani ujian INPS ini.

You might also like