Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Tajuk : PEMBELAJARAN HANDS-ON LEBIH BERKESAN DARIPADA

PEMBELAJARAN TEORI

Nama Penyelidik : PATRICK LAU YEO PENG

Institusi : IPG KAMPUS IPOH

Bab 1

1.0 Pengenalan

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan pembelajaran melalui aktiviti hands-on di kelas
prasekolah. Kumpulan sasaran ialah dua puluh lima orang murid dari prasekolah SK WIRA JAYA.
Data kajian tersebut dikumpul melalui senarai semak, temu bual dan lembaran kerja. Pengajaran
melalui aktiviti hands-on bertujuan untuk menarik perhatian murid untuk belajar dalam kelas serta
meningkatkan tahap perfahaman murid terhadap isi pembelajaran yang disampaikan. Fokus
kajian adalah untuk melihat perubahan tingkah laku murid serta prestasi murid dalam kelas. Ini
bertujuan untuk mengawal serta merancang pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan. Masalah yang didapati dalam kelas ini ialah murid kurang memberi perhatian dalam
kelas dan ini telah menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung.
Dengan itu, pengajaran menerusi aktiviti hands-on dapat menarik perhatian murid dan murid
dapat menumpukan perhatian dalam kelas. Menerusi kajian ini yang dilakukan dengan
menggunakan kaedah aktiviti hands-on, saya dapati pelajar dalam kelas dapat menguasai dan
memahami isi pembelajaran yang disampaika engan lebih mudah.

2.0 Konteks Kajian

Dalam kajian ini, saya telah menumpukan kepada masalah murid tidak berminat semasa
pembelajaran dijalankan. Oleh yang demikian, saya telah mengkaji dan memilih satu strategi
pembelajaran yang bersesuai untuk meningkatkan minat serta tahap kefahaman murid dalam
kelas. Strategi yng dipilih ialah strategi pembelajaran melalui aktiviti hands-on iaitu para murid
menerima isi pembelajaran dalam kelas berasakan kerja amali yang dijalankan.

3.0 Refleksi Pengalaman Pengajaran Yang Lepas

Pada praktikum yang lepas, saya telah berperluang untuk mengajar di prasekolah SK WIRA
JAYA. Dengan pengalaman mengajar semasa paraktikum, saya telah memerhati proses
pengajaran dan pembelajaran dan telah dapat menguasai serba sedikit tentang teknik mengajar
di prasekolah.

Sepanjang praktikum, saya telah mendapati banyak masalah yang timbul semasa
melakukan pengajaran dan pembelajaran di kelas. Masalah utama yang dihadapai oleh saya
ialah para murid tidak menunjukkan minat dalam aktiviti yang telah dirancangkan oleh saya.
Mereka tidak ingin (mahu) untuk mengeluarkan pandangan mereka semasa melakukan sesi
perbincangan. Ini mungkin disebabkan oleh sifat kanak-kanak yang masih malu dan tidak ingin
menjawab sebarang pertanyaan guru.

4.0 Penyataan Masalah

Dari 3 September 2018 hingga 26 October 2018, saya telah menjalankan praktikum fasa 1 di
sekolah SK WIRA JAYA. Terdapat satu kelas prasekolah di sekolah tersebut. Penyelidikan
tindakan ini dilaksanakan bagi menangani masalah yang dihadapi oleh murid prasekolah.

Dalam tempoh saya menjalani praktikum di sekolah ini, saya telah memahami situasi, isu-
isu dan cara kanak-kanak belajar di dalam kelas dari guru prasekolah tersebut. Salah satu
masalah paling ketara ialah terdapat sebilangan kanak-kanak tidak menunjukkan minat dalam
kelas dan kurang memahami isi pengajaran yang disampaikan.

5.0 Tinjauan Awal

Isu masalah disiplin pelajar yang sering dipaparkan di dalam keratan akhbar menegaskantentang
punca kepada permasalahan sosial ini berpunca daripada hubungan ibu bapa dan remaja.
Pertentangan pendapat antara mereka timbul apabila kedua pihak cuba untuk
mempertahankankebenaran masing-masing. Remaja bermasalah menuding jari kepada ibu bapa,
kononnyamereka tidak mendapat perhatian sewajarnya kerana kesibukan ibu bapa dengan
kerjaya.Lantaran itu mereka kekurangan masa bersama, kasih sayang yang diharapkan telah
digantidengan wang ringgit dan kemewahan. Tanggungjawab diserahkan kepada pembantu
rumah yangtelah dibayar gaji dan guru di sekolah umpama pusat jagaan bayi dewasa. Ibu bapa
pula kelirudan beranggapan sekolah yang gagal melahirkan pelajar berdisiplin

6.0 Fokus Kajian

Saya telah menfokuskan masalah kajian melalui tempoh praktikum ini iaitu sejauh manakah
pengaplikasian aktiviti hands-on dalam pendidikan prasekolah dalam meningkatkan minat dan
penglibatan murid-murid dalam pembelajaran. Lantaran itu, saya telah melibatkan tindakan
penyelidikan ini dengan 25 orang murid di Prasekolah SK WIRA JAYA. Melalui aktiviti hands-on,
saya telah mendapati kawalan kelas saya telah meningkat kerana aktiviti yang dijalankan dapat
menarik perhatian murid untuk memberi perhatian dalam kelas.

7.0 Objektif Kajian

Objektif utama dalam kajian ini adalah untuk menyelesaikan masalah kehilangan minat dalam
kalangan murid serta meningkatkan tahap pencapaian murid terhadap isi pembelajaran yang
disampaikan. Saya telah memilih strategi pembelajaran menggunakan aktiviti hands-on dalam
menyelesaikan masalah yang berlaku ini.

8.0 Persoalan Kajian

a. Adakah pengaplikasian pembelajaran hands-on dapat membantu meningkatkan minat


murid-murid dalam pembelajaran?
b. Adakah tahap penglibatan murid-murid prasekolah dalam pembelajaran meningkat
apabila guru mengaplikasikan keadah hands-on?

9.0 Kepentingan Kajian

Antaranya ialah dapat meningkatkan minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Murid kelainan upaya ini kurang berminat untuk belajar dan melibatkan dalam
pembelajaran. Dengan memberi mereka peluang untuk melaksanakan aktiviti akan membuatkan
mereka berasa berminat untuk belajar.

Aktiviti hands on juga dapat meningkatkan daya ingatan murid tentang apa yang dipelajari
dengan lebih cepat serta dapat mengingatinya dalam tempoh yang lebih lama. Aktiviti hands on
juga memudahkan murid untuk memahami apa yang dipelajari dengan lebih mudah. Murid
kelainan upaya juga akan berasa seronok dan terhibur ketika mengikuti pengajaran dan
pembelajaran.

Setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan strategi


aktiviti hands on, murid akan dapat memindahkan pengalaman yang dipelajari dalam situasi
kehidupan yang bersesuaian. Selain itu, murid juga dapat menambahkan pengalaman melalui
aktiviti yang dijalankan. Sesungguhnya, pengalaman adalah guru terbaik.

Pencapaian murid dalam pembelajaran sains juga dapat ditingkatkan dengan


menggunakan strategi aktiviti hands on. Selain itu, aktiviti hands on yang dilakukan dapat
meningkatkan sifat inkuiri iaitu sifat ingin tahu murid. Aktiviti hands on turut meningkatkan
kemahiran-kemahiran proses sains seperti kemahiran memerhati dan keupayaan untuk
menginterpretasi data.

10.0 Batasan Kajian

Kumpulan sasaran ini terdiri daripada 25 orang murid. Terdapat 13 orang murid lelaki dan 12
orang murid perempuan dalam kelas ini. Prestasi kelas ini adalah sederhana dan tidak
mempunyai ciri-ciri unik yang lain. Saya memilih prasekolah ini adalah kerana prasekolah B
merupakan prasekolah yang diajar oleh saya sepanjang tempoh praktikum fasa ketiga. Ini dapat
memudahkan saya untuk melakukan penyelidikan ke atas kanak-kanak yang didapati
mempunyai masalah. Tambahan pula, murid dalam kelas tersebut kurang menunjukkan minat
dalam kelas dan tidak dapat memahami isi pembelajaran guru yang disampaikan oleh guru.
Masalah tersebut perlu diatasi dan saya telah menjalankan aktiviti handson untuk melihat sejauh
mana keadah ini dapat membantu murid dalam kels tersebut untuk menunjukkan minat dan
meningkatkan kefahaman murid dalam kels. Oleh itu, melalui penilaian serta pemerhatian dari
kajian, saya dapat mengenal pasti minat murid serta tahap perfahaman murid terhadap isi
pembelajaran yang disampaikan melalui aktiviti hands-on yang dijalankan.

11.0 Definisi Operasi

Menurut pandangan beberapa orang guru di luar Negara, Pembelajaran secara hands on
melibatkan pengalaman pelajar sepenuhnya dimana ia dapat meningkatkan keupayaan pelajar
untuk berfikir secara kritikal. Sister Judith Mary Frederick, fifth grade teacher, St. Mary's
Elementary School, Sandusky, OH pula mendefiniskan Pembelajaran secara hands on bukan
sekadar pembelajaran secara suka-suka kerana ia berupaya untuk menjadikan pelajar sebagai
individu yang dapat berfikir secara kritikal, berupaya mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam
kehidupan tetapi apa yang paling penting adalah proses pembelajaran untuk menghadapi situasi
kehidupan yang pelbagai.

Beberapa orang tokoh luar Negara juga turut memberikan maksud hand on mengikut pandangan
dan pendapat masing-masing. Karen Worth, Education Development Center Inc., Newton,
MA mendefinisikanpembelajaran hands on bukan sekadar memanipulasi alatan. Ia melibatkan
penyiasatan yang berkaitan objek, bahan, fenomena dan idea serta dapat memahami sesuatu
daripada pengalaman-pengalaman tersebut. Menurut Julie Gantcher, Bronx Zoo Education
Department, producers of Pablo Python Looks at Animals, Bronx, NY , Pembelajaran secara
hands on merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan dan jelas serta meningkatkan perasaan
ingin tahu, kompetensi serta kreativiti melalui aktiviti yang dijalankan secara amali.
Secara kesimpulannya, Hands on ialah belajar melalui pengalaman atau apa yang mereka
lakukan sendiri dengan bimbingan guru. Ia juga membawa maksud pelajar mempunyai objek
(hidup atau bukan hidup) yang sesuai yang dapat digunakan untuk tujuan penyiasatan

You might also like