SNHamzah 2016

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 25

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/318785175

Keberkesanan Terapi Seni Lukisan Terhadap Remaja Mangsa Penderaan


Seksual

Thesis · July 2016


DOI: 10.13140/RG.2.2.35521.45920

CITATIONS READS

0 741

1 author:

Siti Noorasmah Hamzah


Universiti Malaysia Terengganu
1 PUBLICATION   0 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Siti Noorasmah Hamzah on 31 July 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


SITI NOORASMAH HAMZAH

KEBERKESANAN TERAPI SENI LUKISAN TERHADAP


REMAJA MANGSA PENDERAAN SEKSUAL

SITI NOORASMAH HAMZAH


SARJANA SAINS

SARJANA SAINS
2016

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU


2016
KEBERKESANAN TERAPI SENI LUKISAN TERHADAP REMAJA
MANGSA PENDERAAN SEKSUAL

SITI NOORASMAH HAMZAH

Tesis ini Dikemukakan Bagi Memenuhi Syarat untuk Memperoleh


Ijazah Sarjana Sains di Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi
Universiti Malaysia Terengganu

Mei 2016
Abstrak yang dikemukakan kepada Senat Universiti Malaysia Terengganu
Sebagai memenuhi keperluan untuk Ijazah Sarjana Sains

KEBERKESANAN TERAPI SENI LUKISAN TERHADAP REMAJA


MANGSA PENDERAAN SEKSUAL

SITI NOORASMAH BINTI HAMZAH


Mei 2016

Penyelia Utama : Sh Marzety Adibah Al Sayed Mohamad, Ph.D.

Penyelia Bersama : Profesor Madya Sabri Bin Ahmad, Ph.D.

Pusat Pengajian : Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan terapi seni lukisan terhadap

tekanan, kesejahteraan diri, menyalahkan diri dan kesunyian dalam kalangan remaja

mangsa penderaan seksual. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat perbezaan

tekanan, kesejahteraan diri, menyalahkan diri dan kesunyian di antara kumpulan

eksperimen dan kumpulan kawalan. Melalui terapi seni lukisan pembolehubah

tekanan, kesejahteraan diri, menyalahkan diri dan kesunyian remaja mangsa

penderaan seksual akan dikenalpasti.

Reka bentuk kajian ini berbentuk kuasi-eksperimen dengan kaedah ujian pra dan

ujian pasca bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Sampel kajian terdiri

daripada 80 orang remaja mangsa penderaan seksual yang tinggal di institusi

pemulihan akhlak dan berumur di antara 13 hingga 18 tahun. Pemilihan sampel

adalah secara pensampelan bertujuan. Tiga instrumen yang digunakan dalam kajian

ini iaitu borang soal selidik, protokol temu bual separa berstruktur dan modul terapi

seni lukisan. Borang soal selidik yang digunakan ialah PCL-C, PANAS-X, CITES-R

dan UCLA bagi mengukur pembolehubah yang dikaji. Protokol temu bual separa

i
berstruktur pula digunakan bagi mengenalpasti keberkesanan terapi seni lukisan.

Modul terapi seni lukisan digunakan sebagai intervensi dalam kumpulan eksperimen.

Data kuantitatif dikumpul menggunakan borang soal selidik. Manakala data

kualitatif dikumpul menggunakan kaedah temu bual dan hasil lukisan. Analisis

statistik deskriptif seperti min dan sisihan piawai serta statistik inferensi seperti

ujian-t pengukuran berulangan dan ujian-t tak bersandar digunakan bagi

menganalisis data kajian. Analisis temu bual dan hasil lukisan adalah sokongan data

kuantitatif.

Hasil kajian mendapati: 1) Terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan

ujian pasca kumpulan eksperimen bagi pembolehubah tekanan, kesejahteraan diri ,

menyalahkan diri dan kesunyian. 2) Terdapat juga perbezaan yang signifikan antara

kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan bagi pembolehubah tekanan,

kesejahteraan diri, menyalahkan diri dan kesunyian. 3) Terapi seni lukisan

merupakan kaedah yang sesuai digunakan kepada remaja mangsa penderaan seksual

bagi meneroka dan merawat tekanan, kesejahteraan diri, menyalahkan diri dan

kesunyian. Terapi seni lukisan merupakan medium meluahkan perasaan yang

terpendam dan komunikasi berkesan.

ii
Abstract of thesis presented to the Senate of the University Malaysia Terengganu in
fulfillment of requirement for the degree of Master of Science

THE EFFECTIVENESS OF DRAWING THERAPY FOR VICTIMS OF


SEXUAL ABUSE

SITI NOORASMAH BINTI HAMZAH


May 2016

Main Supervisor : Sh Marzety Adibah Al Sayed Mohamad, Ph.D.

Co-Supervisor : Associat Profesor Sabri Bin Ahmad, Ph.D.

School : School of Social Development and Economic

The purpose of this study is to investigate the effectiveness of drawings in art

therapy to alleviating stress, well-being, self-blame and loneliness among sexually

abused victims. This study is also conducted to identify the differences in stress,

well-being, self-blame and loneliness between the experimental and control groups.

In addition, this study will also identify the stress, well-being, self-blame and

loneliness through the art therapy sessions.

This study adopts a quasi-experimental design using pre-test and post-test in

experimental and control groups. The study sample involved 80 adolescents who

were sexually abused victims and live in reformatory institutions, aged between 13

and 18 years. Samples were selected using purposive sampling. Three instruments

used in this study were questionnaires, semi-structured interview protocol and an art

therapy module. The questionnaire used were PCL-C, PANAS-X, CITES-R and

UCLA to measure the variables. Subsequently, the art therapy module was used as

an intervention instrument among the experimental group. Quantitative data was

iii
collected by a set of questionnaires, while qualitative data was collected using the

interview method and the results of the drawings. The analysis of descriptive

statistics was reported in mean and standard deviation, while inferential statistics

was reported in paired sample t-test and independent sample t-test.

The findings of this study indicated that: 1) there was a significant difference

between pre-test and post-test in the experimental group with the variables of stress,

well-being, self-blame and loneliness. 2) there was a significant difference between

the experimental and control groups with the variable of stress, well-being, self-

blame and loneliness. The art therapy session was used for sexually abuse victims to

explore the treatment for stress, well-being, self-blame and loneliness. Art therapy

was effective in encourage the victims in expressing their subdued and unconscious

feelings during communicative interaction.

iv
PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kepada ALLAH SWT. Alhamdulillah syukur kehadratNYA,


sepanjang perjalanan menuntut ilmu ini telah diberi kesabaran dan semangat yang
tinggi dalam mengharungi pelbagai cabaran. Perjalanan yang mulia ini juga terasa
amat mudah tatkala menemui insan-insan yang banyak memberi semangat dan
motivasi terhadap diri ini. Terima kasih tidak terhingga kepada insan-insan yang
telah mendoakan saya sepanjang perjalanan ini.

Langkah ini juga dipermudahkan dengan iringan berkat doa tidak putus-putus
daripada bonda tercinta Dzahara Dat Awang dan tidak lupa juga kejayaan ini adalah
untuk arwah bapa tersayang Hamzah Bin Mustapha. AL-FATIHAH buat arwah
abah. Ya ALLAH, semoga mereka sentiasa dalam perlindunganMU dan
tempatkanlah mereka sebagai insan yang hampir disisiMU. Aamiin.

Saya amat menghargai kesabaran Dr. Sh Marzety Adibah Al Sayed Mohamad dan
Prof. Madya Dr Sabri Ahmad yang sedia berkongsi maklumat dan kepakaran dalam
sesi penyeliaan sepanjang pengajian saya. Pada kesempatan ini, saya juga ingin
merakamkan ribuan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Abdul Hanid Halit A.M.N.
yang telah banyak memberi semangat dan dorongan kepada saya sepanjang
pengajian ini.

Saya ingin merakamkan lestari budi kasih yang tidak terhingga kepada sahabat
Juhaida Ibrahim, Wan Zaimah Mohd Zalam dan Norfatiha Othman serta rakan-rakan
seperjuangan yang lain turut memudahkan saya dalam menyiapkan tesis ini.
Seterusnya, terima kasih kepada pihak-pihak dan individu yang terlibat dalam
membantu saya sepanjang kajian ini dilaksanakan.

v
PENGESAHAN

Saya mengesahkan bahawa Jawatankuasa Pemeriksa bagi Siti Noorasmah Binti


Hamzah telah mengadakan peperiksaan akhir pada 10 April 2016 untuk menilai tesis
Sarjana beliau bertajuk “Keberkesanan Terapi Seni Lukisan Terhadap Remaja
Mangsa Penderaan Seksual” mengikut peraturan yang ditetapkan oleh senat
Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Jawatankuasa pemeriksa memperakukan
bahawa calon ini layak dianugerahkan ijazah tersebut. Anggota Jawatankuasa
Pemeriksa adalah seperti berikut:

Mazidah Mohd Dagang, Ph.D.


Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi
Universiti Malaysia Terengganu
(Pengerusi)

Zakaria Bin Mohamad, Ph.D.


Profesor Madya
Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi
Universiti Malaysia Terengganu
(Pemeriksa Dalam)

Zuria Mahmud, Ph.D.


Profesor
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
(Pemeriksa Luar)

_____________________________

SURIYANI MUHAMAD,
Ph.D.
Dekan
Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi
Universiti Malaysia Terengganu

Tarikh:

vi
Tesis ini telah diserahkan kepada Senat Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan
telah diterima sebagai memenuhi keperluan Ijazah Sarjana Sains.

________________________________
SURIYANI MUHAMAD
Ph.D.
Dekan
Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi
Universiti Malaysia Terengganu

vii
PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli melainkan petikan
dan sedutan yang telah diberi penghargaan dalam tesis. Saya juga mengaku bahawa
tesis ini tidak dimajukan untuk ijazah-ijazah lain di Universiti Malaysia Terengganu
(UMT) atau institusi-institusi lain.

__________________________________
SITI NOORASMAH BINTI HAMZAH
Tarikh:....................................................

viii
KANDUNGAN
Halaman
ABSTRAK i
PENGHARGAAN v
PENGESAHAN vi
PENGAKUAN viii
KANDUNGAN ix
SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvi

BAB

1 PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Kajian 1
1.2 Penyataan Masalah 6
1.3 Pendekatan Teori 9
1.3.1 Pendekatan Pemusatan Klien 10
1.4 Objektif Kajian 13
1.5 Persoalan Kajian 13
1.6 Hipotesis Kajian 14
1.7 Kepentingan Kajian 15
1.8 Definisi Konsep dan Operasional 16
1.8.1 Terapi Seni 17
1.8.2 Penderaan Seksual 18
1.8.3 Tekanan 18
1.8.4 Kesejahteraan Diri 19
1.8.5 Menyalahkan Diri 20
1.8.6 Kesunyian 21
1.8.7 Remaja 22
1.9 Kerangka Konsep 22
1.10 Kesimpulan 24

2 TINJAUAN LITERATUR

2.0 Pendahuluan 25
2.1 Penderaan Seksual 26
2.1.1 Tekanan Mangsa Penderaan Seksual 29
2.1.2 Kesejahteraan Diri Mangsa Penderaan Seksual 31
2.1.3 Menyalahkan Diri Mangsa Penderaan Seksual 32
2.1.4 Kesunyian Mangsa Penderaan Seksual 34
2.2 Terapi Seni 36
2.2.1 Kajian Terapi Seni Luar Negara 36
2.2.2 Kajian Terapi Seni di Malaysia 42

ix
2.2.3 Kelebihan Lukisan 46
2.3 Kesimpulan 47

3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pendahuluan 48
3.1 Reka Bentuk Kajian 48
3.2 Lokasi Kajian 50
3.3 Populasi Kajian 51
3.4 Sampel Kajian 51
3.4.1 Kaedah Pemilihan Sampel 52
3.5 Prosedur Kajian 53
3.6 Instrumen Kajian 54
3.6.1 Soal Selidik Remaja Mangsa Penderaan Seksual 55
3.6.2 Protokol Temu Bual 61
3.6.3 Modul Terapi Seni 63
3.7 Kajian Rintis 72
3.7.1 Prosedur Kajian Rintis Soal Selidik 72
3.7.2 Prosedur Kajian Rintis Protokol Temu Bual 79
3.7.3 Prosedur Kajian Rintis Sesi Terapi Seni 79
3.8 Kajian Sebenar 81
3.8.1 Prosedur Kajian Sebenar 82
3.9 Tatacara Pengumpulan Data Kajian dan Analisis 86
Data
3.9.1 Tatacara Pengumpulan Data Kuantitatif 89
3.9.2 Tatacara Pengumpulan Data Kualitatif 92
(Data Sokongan)
3.9.3 Analisis Data Kuantitatif 98
3.9.4 Analisis Data Kualitatif 102
3.10 Kesimpulan 104

4 DAPATAN KAJIAN

4.0 Pendahuluan 105


4.1 Kenormalan Data 105
4.2 Analisis Data Kuantitatif (Analisis Deskriptif) 106
4.2.1 Profil Sampel Kajian 107
4.2.2 Perbezaan Nilai Min Tekanan Pra Ujian dan 109
Pasca Ujian Kumpulan Eksperimen dan
Kumpulan Kawalan
4.2.3 Perbezaan Nilai Min Kesejahteraan Diri Pra 117
Ujian dan Pasca Ujian Sesi Terapi Seni
Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan
4.2.4 Perbezaan Nilai Min Menyalahkan Diri Pra 123
Ujian dan Pasca Ujian Kumpulan Eksperimen
dan Kumpulan Kawalan
4.2.5 Perbezaan Nilai Min Kesunyian Pra Ujian dan 129
Pasca Ujian Kumpulan Eksperimen dan
Kumpulan Kawalan

x
4.3 Analisis Data Kuantitatif (Analisis Inferensi) 134
4.3.1 Perbezaan Tekanan, Kesejahteraan Diri, 134
Menyalahkan Diri dan Kesunyian dalam
Kalangan Remaja Mangsa Penderaan Seksual
Selepas Sesi Terapi Seni
4.3.2 Perbezaan Tekanan, Kesejahteraan Diri, 139
Menyalahkan Diri, dan Kesunyian dalam
Kalangan Remaja Mangsa Penderaan Seksual
Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan
4.4 Analisis Data Kualitatif (Data Sokongan) 143
4.4.1 Tekanan Remaja Mangsa Penderaan Seksual 145
4.4.2 Kesejahteraan Diri Remaja Mangsa Penderaan 151
Seksual
4.4.3 Menyalahkan Diri Remaja Mangsa Penderaan 156
Seksual
4.4.4 Kesunyian Remaja Mangsa Penderaan Seksual 162
4.5 Kesimpulan 166

5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 168


5.2 Rumusan Kajian 168
5.3 Perbincangan Kajian 169
5.3.1 Keberkesanan Terapi Seni terhadap Tekanan, 170
Kesejahteraan Diri, Menyalahkan Diri, dan
Kesunyian dalam Kalangan Remaja Mangsa
Penderaan Seksual
5.3.2 Perbezaan Tekanan, Kesejahteraan Diri, 179
Menyalahkan Diri, dan Kesunyian dalam
Kalangan Remaja Mangsa Penderaan Seksual
Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan
5.4 Implikasi Kajian 184
5.5 Cadangan untuk Penyelidikan Lanjutan 187
5.6 Kesimpulan 188

RUJUKAN 190

LAMPIRAN

BIODATA

xi
SINGKATAN

Dk Darjah kebebasan
T Nilai t
R Nilai korelasi pearson
P Nilai signifikan
M Nilai min
N Jumlah responden
N Kumpulan responden tidak seimbang
X Rawatan
U Pengukuran
Ha Hipotesis alternatif
DKN Dasar Keluarga Negara
PDRM Polis Diraja Malaysia
JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat
JKMNT Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu
M Nilai Min
PCL-C PTSD Checklist-Civilian Version
PANAS-X Positive Affect and Negative Affect Scale
CITES-R Children’s Impact of Traumatic Events Scale-Revised
UCLA-R Revised UCLA Loneliness Scale
TSCC Trauma Symptom Checklist for Children
RMPS Remaja Mangsa Penderaan Seksual
SP Sisihan Piawai
STB Sekolah Tunas Bakti
NGO Non Goverment Organisation
TS Terapi Seni
STS Sangat Tidak Setuju
TS Tidak Setuju
TP Tidak Pasti
S Setuju
SS Sangat Setuju

xii
SENARAI LAMPIRAN

Lampiran A(I) Surat Permohonan Kajian


Lampiran A(II) Surat Kebenaran Kajian
Lampiran A(III) Surat Pelantikan Penyemak dan Penilai Modul
Lampiran A(IV) Surat Pelantikan Penyemak dan Penilai Soal Selidik
Lampiran A(V) Surat Pelantikan Kaunselor
Lampiran B(I) Borang Soal Selidik
Lampiran B(II) Protokol Temu Bual Remaja Mangsa Penderaan Seksual
Lampiran B(III) Modul Terapi Seni terhadap Remaja Mangsa Penderaan Seksual
Lampiran B(IV) Borang Persetujuan Termaklum
Lampiran B(V) Borang Maklumat Klien
Lampiran C(I) Kenormalan Data
Lampiran C(II) Borang Penialaian Modul
Lampiran C(III) Kesahan Kandungan

xiii
SENARAI JADUAL

Jadual Halaman

1.1 Objektif dan Hipotesis Kajian 15


3.1 Reka Bentuk Kuasi-Eksperimen bagi kaedah Ujian Pra- 49
Pasca Kumpulan-kumpulan Tidak Seimbang
3.2 Komponen Soal Selidik RMPS Keseluruhan 59
3.3 Jadual Pembahagian Borang Soal Selidik 60
3.4 Skala Item Positif dan Negatif Bahagian Soal Selidik 60
3.5 Kesahan Kandungan Modul Terapi Seni Lukisan 71
3.6 Jadual Nilai Cronbach Alpha Kajian Rintis Soal Selidik 75
Remaja Mangsa Penderaan Seksual
3.7 Kebolehpercayaan Alat Ukur PCL-C, PANAS-X, CITES-R 76
dan UCLA
3.8 Keputusan Analisis Item Alat Ukur PCL-C (Tekanan) 77
3.9 Nilai Cronbach Alpha modul Terapi Seni Remaja Mangsa 80
Penderaan Seksual
3.10 Jadual Kerja Lapangan Sesi Terapi Seni Lukisan 84
(Fasa1: Jun-Ogos)
3.11 Jadual Kerja Lapangan Sesi Terapi Seni Lukisan 85
(Fasa2: September-November)
3.12 Jumlah Kutipan Soal Selidik Kumpulan Eksperimen dan 92
Kumpulan Kawalan
3.13 Jadual Pelaksanaan Temu Bual (Fasa 1) 97
3.14 Jadual Pelaksanaan Temu Bual (Fasa 2) 97
3.15 Jadual Tahap Min Item 99
3.16 Jadual Hipotesis Kajian dan Alat Statistik 101
4.1 Ujian Normaliti Pemboleh Ubah 106
4.2 Jumlah dan Peratusan Umur, Kaum, Agama dan Asal 109
Remaja Mangsa Penderaan Seksual
4.3 Nilai Min Tekanan Pra Ujian dan Pasca Ujian Kumpulan 110
Eksperimen dan Kumpulan Kawalan
4.4 Nilai Min dan Tahap Tekanan Pra Ujian dan Pasca Ujian 113
Kumpulan Eksperimen
4.5 Nilai Min dan Tahap Tekanan Pra Ujian dan Pasca Ujian 116
Kumpulan Kawalan
4.6 Nilai Min Kesejahteraan Diri Pra Ujian dan Pasca Ujian 118
Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan
4.7 Nilai Min dan Tahap Kesejahteraan Diri Pra Ujian dan Pasca 120
Ujian Kumpulan Eksperimen
4.8 Nilai Min dan Tahap Kesejahteraan Diri Pra Ujian dan Pasca 122
Ujian Kumpulan Kawalan
4.9 Nilai Min Menyalahkan Diri Pra Ujian dan Pasca Ujian 124
Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan
4.10 Nilai Min dan Tahap Menyalahkan Diri Pra Ujian dan Pasca 126
Ujian Kumpulan Eksperimen
4.11 Nilai Min dan Tahap Menyalahkan Diri Pra Ujian dan Pasca 128
Ujian Kumpulan Kawalan

xiv
4.12 Nilai Min Kesunyian Pra Ujian dan Pasca Ujian Kumpulan 129
Eksperimen dan Kumpulan Kawalan
4.13 Nilai Min dan Tahap Kesunyian Pra Ujian dan Pasca Ujian 131
Kumpulan Eksperimen
4.14 Nilai Min dan Tahap Kesunyian Pra Ujian dan Pasca Ujian 133
Kumpulan Kawalan
4.15 Perbandingan Tekanan Mangsa Penderaan Seksual Sebelum 135
dan Selepas Menjalani Sesi Terapi Seni
4.16 Perbandingan Kesejahteraan Diri Mangsa Penderaan Seksual 136
Sebelum dan Selepas Menjalani Sesi Terapi Seni
4.17 Perbandingan Menyalahkan Diri Mangsa Penderaan Seksual 137
Sebelum dan Selepas Menjalani Sesi Terapi Seni
4.18 Perbandingan Kesunyian Mangsa Penderaan Seksual 138
Sebelum dan Selepas Menjalani Sesi Terapi Seni
4.19 Perbezaan Tekanan Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan 140
Kawalan
4.20 Perbezaan Kesejahteraan Diri Kumpulan Eksperimen dan 141
Kumpulan Kawalan
4.21 Perbezaan Menyalahkan Diri Kumpulan Eksperimen dan 141
Kumpulan Kawalan
4.22 Perbezaan Kesunyian Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan 142
Kawalan
4.23 Jadual Pemboleh Ubah dan Sampel Kajian 143
4.24 Jadual Penderaan Seksual Sampel Kajian 144

xv
SENARAI RAJAH

Rajah Halaman

1.1 Kerangka Konsep Keberkesanan Terapi seni terhadap 23


Tekanan, Kesejahteraan Diri dan Kesunyian RMPS
3.1 Reka Bentuk Kuasi-Eksperimen Kajian Keberkesanan Terapi 50
Seni terhadap Remaja Mangsa Penderaan Seksual
3.2 Prosedur Kajian Keberkesanan Terapi Seni Lukisan 54
Terhadap RMPS
3.3 Proses Pembentukan Soal Selidik Remaja Mangsa Penderaan 57
Seksual
3.4 Langkah Penyediaan Protokol Temu Bual 62
3.5 Prosedur Pembinaan Modul Terapi Seni Lukisan 69
3.6 Carta Alir Pengumpulan Data Kuantitatif dan Kualitatif 89
Kumpulan Eksperimen
3.7 Tatacara Pengumpulan Data Kajian Kuantitatif Kumpulan 90
Eksperimen dan Kumpulan Kawalan
3.8 Rajah Pra Ujian dan Pasca Ujian Terapi Seni terhadap 91
Remaja Mangsa Penderaan Seksual
3.9 Tatacara Pengumpulan Data Temu Bual 93
4.1 Graf Bar Nilai Min Tekanan Pra Ujian dan Pasca Ujian 111
Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan
4.2 Graf Bar Nilai Min Kesejahteraan Diri Pra Ujian dan Pasca 118
Ujian Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan
4.3 Graf Bar Nilai Min Menyalahkan Diri Pra Ujian dan Pasca 124
Ujian Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan
4.4 Graf Bar Nilai Min Kesunyian Pra Ujian dan Pasca Ujian 130
Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan
4.5 Hasil Lukisan Insan 147
4.6 Hasil Lukisan Nama 148
4.7 Hasil Lukisan Emosi 149
4.8 Hasil Lukisan Disebalik Diri 152
4.9 Hasil Lukisan Emosi 153
4.10 Hasil Lukisan Insan 154
4.11 Hasil Lukisan Emosi 157
4.12 Hasil Lukisan Kisah Hidupku 158
4.13 Hasil Lukisan Insan 159
4.14 Hasil Lukisan Inspirasi Jiwa 162
4.15 Hasil Lukisan Kekuatan dan Kelemahan Diri 164
4.16 Hasil Lukisan Rama-rama 165
4.17 Hasil Lukisan Kisah Hidupku 149

xvi
BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Perbincangan dalam bab ini memberi tumpuan kepada pengenalan terhadap kajian

yang dilaksanakan oleh penyelidik. Bab ini menjelaskan latar belakang kajian,

pendekatan teori, penyataan masalah, tujuan kajian, kepentingan kajian, definisi

pemboleh ubah dan hipotesis kajian.

1.1 Latar Belakang Kajian

Penderaan adalah tingkah laku daripada pemangsa kepada mangsa (Nor Shafrin,

2012). Penderaan terbahagi kepada empat kategori iaitu penderaan seksual,

penderaan fizikal, penderaan emosi dan pengabaian (Khadijah & Ann, 2003). Kajian

ini menekankan berkaitan isu yang dialami oleh mangsa yang didera secara seksual.

Penderaan seksual adalah penganiayaan yang melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti

seksual untuk memberikan kepuasan seksual dan faedah kewangan kepada

pelakunya, termasuk kenalan untuk tujuan seks, pencabulan, rogol, pelacuran,

pornografi, sumbang mahram atau lain-lain eksploitasi seksual (Biro Kanak-kanak,

2006).

Penderaan kanak-kanak adalah satu fenomena yang serius dan akan memberikan

kesan buruk kepada mangsa, masyarakat dan negara (Shamsul Amri, 2009).

Penderaan seksual adalah satu isu yang meluas berlaku dan masih tidak ada

1
penyelesaiannya (Goodyear-Brown, Fath & Myers, 2012). Penderaan seksual

terhadap kanak-kanak oleh orang dewasa merupakan satu penganiayaan yang

dilakukan terhadap mangsa (Ouis, 2009). Lazimnya penderaan seksual berlaku

terhadap golongan kanak-kanak perempuan dan wanita (Mohd Salleh, 2003).

Kebiasaan pelaku adalah orang yang dikenali oleh mangsa sendiri seperti bapa

kandung, bapa tiri, bapa saudara, abang dan kekasih (Hanes, 2000; Salina, Fauziah,

Suzana & Zaizul, 2012).

Kebanyakan kajian yang telah dilaksanakan di Malaysia lebih berfokus kepada

kajian untuk melihat pengalaman mangsa yang didera secara seksual, faktor

berlakunya penderaan seksual, kesan mangsa didera secara seksual terhadap diri

mangsa dan persepsi masyarakat terhadap mangsa yang didera secara seksual (Nor

Shafrin, 2012). Penderaan seksual ini telah meninggalkan kesan yang negatif kepada

mangsa dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang (Goodyear-Brown, et

al., 2012).

Penderaan seksual berlaku dalam bentuk fizikal dan bukan fizikal meliputi rangkaian

perilaku seks (Halina, 2004). Antara perilaku penderaan seksual melibatkan perilaku

sumbang mahram, rogol dan cabul ke atas mangsa (Nor Shafrin, 2006; Salina, et al.,

2012). Penderaan seksual adalah tingkah laku di mana pelaku memegang tempat

sulit mangsa, menyetubuhi (merogol), meliwat dan menunjukkan kemaluan kepada

mangsa (Mohd Salleh, 2003). Perilaku penderaan seksual membabitkan paksaan,

penipuan atau ancaman ke atas mangsa untuk melakukan apa-apa sahaja tindakan

berkaitan seksual (Mohd Salleh, 2003). Mangsa mengalami kecelaruan emosi,

tingkah laku dan kognitif kesan daripada penderaan seksual (Nor Shafrin, 2007).

2
Kesan penderaan seksual ini menyebabkan mangsa mengalami tekanan,

menyalahkan diri, kesunyian dan menyebabkan terganggunya kesejahteraan diri

dalam kehidupan.

Penyelidik berminat untuk melaksanakan kajian dengan menggunakan pendekatan

terapi seni terhadap remaja yang menjadi mangsa penderaan seksual. Kajian ini

dilaksanakan dengan mengaplikasikan terapi seni dalam membantu meneroka isu-isu

psikososial dalam kalangan remaja mangsa penderaan seksual. Tujuan kajian ini

adalah untuk mengkaji keberkesanan pendekatan terapi seni terhadap tekanan,

menyalahkan diri, kesunyian dan kesejahteraan diri yang terpendam dalam diri

remaja mangsa penderaan seksual. Menurut Gil (2003), terapi seni boleh membantu

mangsa yang didera secara seksual dalam pelbagai cara seperti meneroka dan

memulihkan emosi mangsa. Seni merupakan satu alat komunikasi bagi klien untuk

meluahkan perasaan yang terpendam daripada dalaman diri mereka (Gil, 2003).

Pendekatan terapi seni merupakan pendekatan yang baru di Malaysia. Terapi seni

pada asasnya adalah gabungan bidang psikologi dan seni (Malchiodi, 2007).

Pendekatan terapi seni berbeza dengan pendekatan kaunseling konvensional kerana

dalam kaunseling konvensional interaksi terapis dengan klien yang tertumpu kepada

apa yang dinyatakan oleh klien sahaja. Menariknya, penggunaan terapi seni memberi

ruang kepada klien untuk memberi makna pada lukisan yang merangkumi elemen-

elemen warna, bentuk, garis dan ruang (Malchiodi, 2003). Pemberian makna pada

hasil seni klien yang unik memperlihatkan seni sebagai medium luahan

penterjemahan minda bawah sedar (Robbins, 2001).

3
Menurut Malchiodi (2007) kebanyakan terapis menggunakan terapi seni dengan

mengintegrasikan dua konsep seni sebagai terapi dan psikoterapi dalam menjalankan

sesi terapi seni. Dua konsep tersebut ialah terapi seni sebagai merawat dan

memulihkan klien, dan terapi seni merupakan suatu bentuk simbol komunikasi.

Dalam erti kata lain, kedua-dua idea ini menjadi proses terapi seni yang penting

dalam proses komunikasi dan penyembuhan.

Terapi seni telah digunakan secara klinikal untuk beberapa dekad lamanya dan telah

disahkan sebagai pendekatan profesional sejak tahun 1991 (Stuckey & Nobel, 2010).

Terapi seni dapat digunakan dalam pelbagai latar untuk kesejahteraan diri kepada

mereka yang tahu akan kegunaannya (Malchiodi, 2007). Terapi seni boleh digunakan

kepada sesiapa sahaja terutama yang mengalami kesakitan emosi dan perasaan di

mana terapi seni menjadi satu pendekatan untuk meluahkan emosi dan dizahirkan

dalam bentuk visual yang memberi kelegaan emosi (Avrahami, 2006).

Menurut Johnson (1987), hasil kreatif seni membantu menghubungkan kembali

mangsa-mangsa penderaan seksual ke dalam masyarakat sekaligus dapat membina

kekuatan dalam diri. Terapi seni juga digunakan kepada mereka yang mengalami

gangguan, tekanan, trauma dan kecelaruan. Menurut Hennig (2004), terapi seni

bertindak menyusuri memori traumatik dan menggalakkan keterbukaan dalam

kalangan mangsa penderaan seksual. Justeru itu terapi seni menjadi pendekatan yang

dapat membantu bagi meneroka dan menggalakkan mangsa penderaan seksual untuk

meluahkan perasaan mereka. Harus diketahui melalui terapi seni, idea kreatif yang

diekspresikan memberi sumbangan yang sangat besar dalam proses pemulihan

merentasi pelbagai budaya (Cluckey, 2003).

4
Terapi seni digunakan sebagai alat penceritaan pengalaman yang mana klien diberi

ruang untuk meluahkan perasaan secara bebas tetapi bukan secara lisan (Stephenson,

2006). Tidak semua perkara boleh dilafazkan secara lisan dengan mudah (Malchiodi,

2003). Manusia mempunyai masalah dan sukar menterjemah emosi, pemikiran dan

pengalamannya yang kompleks secara lisan tetapi mudah untuk menterjemahkan

perasaan, pemikiran dan pengalamannya melalui penghasilan seni (Cluckey, 2003).

Menurut Malchiodi (2003), lukisan (art work) daripada hasil terapi seni adalah

sangat berguna kerana dapat memberikan maklumat yang banyak terutamanya

apabila kanak-kanak sukar untuk bercakap. Seni juga boleh digunakan untuk

membantu kanak-kanak dalam meluahkan tentang apa yang berlaku dan untuk

bercakap berkaitan isu-isu melibatkan perasaan yang mungkin tidak dapat diluahkan

secara verbal dan tidak cukup dengan perkataan sahaja (Khadar, Babapour &

Sabourimoghaddam, 2013). Gil (2003) menyatakan bahawa terapi seni ini

merupakan satu rawatan yang paling baik bagi memberi peluang kepada mangsa

penderaan seksual untuk sembuh dari memendam perasaan dan emosi yang kronik.

Terapi seni juga memudahkan komunikasi mangsa penderaan seksual dengan

memberikan pilihan kepada mereka untuk berusaha melalui isu-isu berkaitan emosi

yang menyakitkan dan kompleks (Pretorius & Preifer, 2010).

1.2 Pernyataan Masalah

Penderaan seksual merupakan masalah yang kompleks dan meluas serta memberi

kesan kepada individu dan masyarakat secara umumnya (Goodyear-Brown, et al.,

2012). Mangsa sukar untuk melaporkan kes penderaan seksual disebabkan ingin

5
menutup malu dan menjaga maruah keluarga (Nor Shafrin, 2012). Mangsa

mengelakkan diri daripada ditanya dan diteroka berkaitan isu dan pengalaman

mereka didera secara seksual (Malchiodi, 2003). Berdasarkan sumber statistik Polis

Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun (2013), angka penderaan seksual yang meliputi

kes rogol dan sumbang mahram yang telah dilaporkan di Malaysia adalah

meningkat. Berdasarkan sumber PDRM 2013, statistik kes pada tahun 2010

menunjukkan sebanyak 3595 kes dan pada tahun 2011 adalah sebanyak 3643 kes.

Manakala berdasarkan sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu

(JKMNT) (2014), kanak-kanak yang diberi perlindungan dan pemulihan akibat

menjadi mangsa penderaan dan pengabaian daripada tahun 2011 hingga 2013

menunjukkan peningkatan yang ketara. Pada tahun 2011 kes yang dilaporkan dan

diberikan perlindungan dan pemulihan oleh pihak JKMNT iaitu sebanyak 64 kes,

pada tahun 2012 sebanyak 82 kes dan pada tahun 2013 adalah sebanyak 102 kes.

Mangsa sukar untuk meluahkan emosi secara verbal dan sukar untuk diteroka.

Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan oleh Nor Shafrin (2012) menunjukkan

bahawa mangsa penderaan seksual sukar untuk menceritakan pengalamannya didera

secara seksual. Mangsa penderaan seksual akan menahan penderitaan mereka dalam

jangka masa yang lama mungkin bertahun-tahun (Gil, 2003). Mangsa penderaan

seksual tidak berdaya dan tidak yakin untuk membuat keputusan dalam hidup (Nor

Shafrin, 2012). Menurut Salina et al. (2012) penderaan seksual merupakan kes yang

rumit untuk ditangani. Tanpa intervensi sewajarnya mangsa penderaan seksual

berkemungkinan besar akan mengalami psikopatologi yang lebih serius pada masa

depan (Salina et al., 2012).

View publication stats

You might also like