Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PROGRAM AMALI PENGURUSAN JENAZAH

TING. 3 2018
PROGRAM AMALI PENGURUSAN JENAZAH
SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMRDEKAAN,
SMK DATUK BENDAHARA, JASIN, MELAKA.

1.0 PENDAHULUAN

Sempena sambutan bulan kemerdekaan yang ke 60, setiap panitia di bawah bidang
kemanusiaan dikehendaki merangka program tersendiri. Pengurusan jenazah merupakan
fardhu kifayah kepada umat Islam. Ianya menjadi tanggungjawab orang yang hidup kepada si
mati dan merupakan salah satu daripada sukatan pelajaran tingkatan tiga. Oleh itu, program
pengurusan jenazah yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam, SMK Dato Bendahara
yang bertujuan memberikan pendedahan secara praktikal dan amali kepada pelajar-pelajar
tingkatan tiga setelah mempelajarinya secara teori di dalam kelas.

2.0 RASIONAL

Memberikan pendedahan kepada pelajar tentang ilmu pengurusan jenazah secara amali dan
praktikal berdasarkan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Pengurusan jenazah memerlukan pengetahuan dan kemahiran tertentu.

3.0 MATLAMAT

Memupuk semangat ingin mempelajari ilmu Fardhu Kifayah disamping memperkembangkan


potensi dalam diri pelajar dengan mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.

4.0 OBJEKTIF

 Memberi pendedahan secara amali kepada pelajar tentang pengurusan jenazah yang tepat
mengikut syariat Islam.

 Menambahkan ilmu pengetahuan dan amali pelajar dalam pengurusan jenazah.


 Menyemai semangat kerjasama ketika pengurusan jenazah.

5.0 TARIKH
22 Ogos 2017 ( Selasa )

6.0 TEMPAT
Surau az-Zahra

7.0 PENCERAMAH
Ustaz Rosli Bin Sairan
8.0 SASARAN
Semua pelajar Islam tingkatan 3
9.0 KEWANGAN.
Lihat Lampiran A

10.0 JAWATAN KUASA PPJ


Lihat lampiran B 1

11.0 TENTATIF
Lihat lampiran B II

12.0 PENUTUP

Program amali pengurusan jenazah ini diharap dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja
berilmu dalam bidang Fardhu Ain dan akademik tetapi juga mampu menyumbang kepada
masyarakat kelak dengan mempraktikkan nilai-nilai Islam dan pemahaman terhadap
keperluan mendalami ilmu Fardhu Kifayah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

Cik Wan Akhlima Binti Wan Shafie Pn. Khadijah Binti Ahmad
SU Program GKMP Kemanusiaan
SMK Datuk Bendahara SMK Datuk Bendahara

Disahkan oleh,

Pn Yon Khairani Binti Kassim


Pengetua
SMK Datuk Bendahara

s.k: Fail Panitia

LAMPIRAN A
ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM
PENGURUSAN JENAZAH 2017

Pendapatan

a. Bantuan Pelajaran P.Islam/Moral RM 150.00 RM 150.00


b. Tabung Surau RM 360.00 RM 360.00

___________

RM 510.00_

Perbelanjaan

a. Bantuan Pelajaran P.Islam/Moral

1. Kelengkapan Jenazah RM 150.00 RM 150.00

b. Tabung Surau
1. Bayaran Pengelolaan Amali Jenazah RM 360.00 RM 360.00

__________

RM 510.00

LAMPIRAN B 1
JAWATANKUASA PROGRAM AMALI PENGURUSAN JENAZAH
TAHUN 2017

Jawatankuasa Induk :

Penasihat : Pn Yon Khairani Binti Kassim - Pengetua SMKDB

Pengerusi : En Hamdan Bin Hashim - GPK 1

N.Pengerusi : Pn Khadijah Binti Ahmad - GKMP Kemanusian

Penyelaras : Ustzh Nor Azlina Binti Sidek - KP Pend. Islam

Setiausaha : Ustzh Wan Akhlima Wan Shafie

Jawatankuasa Kerja:

AJK Persiapan Tempat & PA Sistem: -Memastikan surau besih


Ustaz Mohamad Hafizi Mahmud -Membeli kelengkapan jenazah.
Ustazah Noor Salawati Khalid

Juru Acara -Mengelolakan program bersama


Ustaz Muhammad Hafizi Mahmud penceramah.

AJK Brosur -Mengambil dan menyediakan brosur


Ustzh Wan Akhlima Wan Shafie program untuk tujuan dokumentasi

AJK Jamuan Penceramah -Menempah jamuan daripada pengusaha


Ustzh Noruhaidah Md Dahlan kantin.

-Mengawal disiplin pelajar.


Kawalan Disiplin
Semua GPI Tingkatan 3

LAMPIRAN B II

TENTATIF
10.30 pagi - Pelajar berkumpul di surau.

10.40 pagi - Ucapan alu aluan Pengerusi Majlis


- Ceramah dan Amali Pengurusan Jenazah (Ustaz Rosli Bin Sairan).

1.30 petang - Solat Zohor Berjemaah


1.50 petang - Sambungan Ceramah dan Praktikal Pengurusan Jenazah.

2.30 petang - Program tamat dan pelajar bersurai

You might also like