Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

RAWAK MUDAH (SIMPLE RANDOM)

Merupakan kaedah yang kerap digunakan. Dalam pemilihan secara rawak mudah, subjek
yang dipilih daripada populasi terpilih dengan menggunakan alat pemilihan rawak. Setiap
subjek di dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel.
Misalnya, terdapat 60 pelajar dalam sebuah kelas, dan nomborkan setiap pelajar dengan
nombor 1 hingga 60. Sekiranya anda memilih untuk menggunakan persampelan mudah untuk
mendapat 20 sampel dari populasi maka kaedah fishbowl atau program komputer boleh
digunakan untuk mendapatkan 20 orang pelajar sebagai sampel. Langkah-langkah
pesampelan rawak mudah adalah seperti di bawah:

Langkah 1: Kenal pasti jumlah semua elemen atau sampel dalam populasi

Langkah 2: Tentukan saiz sampel

Langkah 3: Pilih samada menggunakan kaedah fishbowl draw, jadual nombor rawak
atau menggunakan program computer.

RAWAK BERSISTEMATIK

Persempelan jenis ini sesuai digunakan jika rekabentuk penyelidikan tidak menjadikan strata
populasi sebagai pemboleh ubah bebas. Teknik ini agak mudah dan ringkas di mana
penyelidik yang ingin mengambil sampel 50 keluarga dari 200 keluarga yang terdapat di dalam
sesuatu kawasan hanya perlu memilih sampel setiap selang 4 keluarga (200/50=4).

Langkah 1: Kenal pasti jumlah elemen atau sampel dalam populasi

Langkah 2: Tentukan saiz sampel

Langkah 3: Pilih samada menggunakan kaedah fishbowl draw, jadual nombor rawak
atau menggunakan program komputer.

RAWAK BERSTRATAFIKASI
Kaedah persampelan ini sesuai digunakan bagi populasi yang tidak seragam (heterogenous).
Ianya juga sesuai jika penyelidik ingin membuat perbandingan di antara sub-populasi. Dalam
memilih sampel bagi mewakili lapisan-lapisan yang wujud dalam populasi, kaedah rawak
mudah tidak sesuai digunakan kerana sampel rawak mudah tidak mewakili lapisan-lapisan
yang wujud dalam populasi. Sebagai contoh, penyelidik akan menentukan lapisan atau
kelompok yang ingin dikaji.
Langkah 1: Kenal pasti lapisan atau kelompok yang hendak dikaji
Langkah 2: Tentukan strata yang anda ingin di strata dalam populasi
Langkah 3: Tentukan nisbah sampel yang mewakili setiap kelompok
Langkah 4: Mengambil sampel secara rawak berdasarkan nisbah yang telah
ditentukan.

RAWAK BERKELOMPOK
Persampelan ini sesuai jika elemen-elemen yang terdapat di dalam populasi adalah
berselerak (homogeneous) semasa kajian dijalankan. Persampelan ini berdasarkan
keupayaan penyelidik membahagikan populasi sampel mengikut kelompok kemudian memilih
elemen untuk setiap kelompok menggunakan persampelan rawak mudah. Kelompok boleh
dibentuk berdasarkan geographical proximity atau ciri-ciri kesamaan yang mempunyai
kolerasi dengan variable kajian.
Langkah 1: Kenal pasti kelompok yang berbeza dari populasi.
Langkah 2: Asing setiap elemen ke dalam setiap kelompok.
Langkah 3: Nomborkan setiap elemen dalam setiap kelompok secara berasingan.
Langkah 4: Tentukan jumlah sampel.
Langkah 5: Pilih sampel bagi setiap kelompok.

Kaedah Mendapat Sampel Secara Rawak Terdapat tiga kaedah yang biasa digunakan dalam
mendapatkan sampel secara rawak iaitu:
1. Fishbowl draw - sekiranya populasi kecil, kaedah yang mudah ialah dengan menomborkan
setiap individu, memasukan kertas nombor yang mewakili individu ke dalam kotak dan
seterusnya tanpa melihat ke dalam kotak, ambil kertas bernombor mengikut jumlah saiz
sampel yang telah ditetapkan. Kaedah ini menyerupai cabutan nombor bertuah.
2. Program komputer - terdapat pelbagai program komputer yang buat khusus untuk
membantu penyelidik di dalam memilih sampel secara rawak.
3. Jadual nombor rawak - kebanyakan buku kaedah penyelidikan atau statistik mempunyai
jadual nombor rawak. Penyelidik boleh memilih sampel dengan menggunakan jadual ini
seperti langkah-langkah di bawah:

Langkah 1: Kenal pasti jumlah sampel dalam populasi kajian seperti 50, 120 atau 450.
Langkah 2: Nomborkan setiap elemen bermula dengan nombor 1.
Langkah 3: Pilih lajur atau baris pada jadual yang akan menjadi titik permulaan.
Mulakan dari titik permulaan tadi bagi mendapatkan nombor yang akan dijadikan
sampel kajian berdasarkan saiz sampel yang telah dikenalpasti.
Langkah 4: Sekiranya nombor yang sama berulang teruskan ke nombor yang
berikutnya.
Jadual nombor rawak

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
2 13 44 91 39 85 22 33 04 29 52
3 52 34 06 12 45 65 81 26 86 33
4 38 27 76 89 90 43 09 45 64 93
5 47 47 55 78 33 24 21 36 87 41
6 50 08 45 67 82 31 41 65 13 17
7 47 09 10 45 38 72 96 17 52 19
8 50 35 57 62 69 05 78 17 29 33
9 33 66 90 75 11 26 55 72 92 54
10 56 43 67 09 16 70 15 51 44 56
11 89 23 56 73 56 09 03 55 88 53
12 07 99 54 76 82 65 87 13 42 22
13 62 24 56 78 90 12 42 71 54 81

You might also like