Isi 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

1.

0 PENGENALAN

Perkahwinan merupakan perkara yang dituntut dalam Islam. Hubungan antara suami
isteri merupakan satu rahmat yang besar daripada Allah SWT. Perkahwinan merupakan
satu ikatan yang suci dan murni yang Allah SWT kurniakan kepada insan yang bergelar
suami dan isteri. Perkahwinan menurut syarak bermaksud suatu `aqad yang
menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan menurut peraturan yang
ditentukan oleh Islam (Muhammad Fathi, 2016). Definisi yang lebih lengkap dijelaskan
oleh Abu Zahrah (1957). Menurut beliau perkahwinan ialah suatu akad yang
menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan, mewujudkan sikap tolong
menolong antara mereka berdua, dan suatu akad yang menentukan hak dan kewajipan
masing-masing. Pensyariatan perkahwinan ini mempunyai banyak hikmah. Abd Kadir
(2002) menjelaskan bahawa antara hikmah dituntut supaya manusia berkahwin adalah
supaya manusia yang dijadikan berpasang-pasangan dapat hidup bahagia, melahirkan
zuriat, menghalalkan hubungan kelamin dan mengharamkan zina. Perintah Allah kepada
manusia supaya berkahwin dijelaskan dalam Al-Quran sebagai berikut:

Maksudnya: dan kahwinlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari


kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki
dan perempuan jika mereka miskin, Allah akan berikan kekayaan kepada
mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah
kurnia-Nya), lagi Maha mengetahui.

(Al-Quran: 18: 32)

Ayat di atas menjelaskan tentang perintah untuk berkahwin. Dalam melaksanakan


perkahwinan, kadang-kadang terdapat beberapa proses dan prosedur yang harus kita
ketahui. Prosedur perkahwinan tidak menjadi salah satu syarat sah dalam Islam namun
realitinya sekarang telah menjadi suatu kemestian agar perkahwinan itu direkodkan dalam
bentuk dokumen supaya pentadbiran mahkamah lebih sistematik dan teratur sepertimana
yang terkandung di dalam peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam setiap negeri.

1
2.0 KONSEP PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Penetapan tentang aturan perkahwinan untuk manusia telah ditentukan oleh Allah SWT
dengan peraturan yang tidak boleh dilanggar dan wajib dipatuhi selagi mana dia bergelar
manusia. Di dalam sumber perundangan Islam yang utama iaitu al-Quran dan al-Hadith
telah menggariskan hukum-hukum yang berkaitan dengan perkahwinan khususnya
mengenai peminangan sebagai permulaan di dalam perkahwinan, persediaan
perkahwinan, rukun nikah, hukum nikah dan juga tanggungjawab dalam perkahwinan.

2.1 Persediaan Perkahwinan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2008), telah menggariskan langkah-langkah


persediaan untuk perkahwinan. Lihat rajah 1 di bawah.

Pemilihan Peminangan/ Pernikahan/


Jodoh Pertunangan Perkahwinan

Rajah 1. Persediaan Perkahwinan

Pemilihan pasangan (jodoh) adalah permulaan kepada perkahwinan. Pemilihan yang


berdasarkan panduan yang ditetapkan oleh Islam adalah kaedah pemilihan terbaik
sebagai usaha untuk memastikan rumahtangga yang dibina mendapat keredhaan Allah
SWT. Panduan pemilihan jodoh seperti yang digariskan dalam Islam adalah seperti dalam
Jadual 1.

Jadual 1. Pemilihan Jodoh


Pemilihan Calon Isteri Pemilihan Calon Suami

Agama Menhayati agama


Keturunan Memiliki akhlak mulia
Kecantikan Mampu memimpin keluarga
Harta Suami yang kufu (setaraf)

2
Seseorang yang memilih jodoh berdasarkan panduan yang telah ditetapkan oleh Allah
SWT lazimnya akan menikmati kebahagian. Setelah memilih jodoh yang sesuai,
seseorang boleh beralih ke langkah persediaan perkahwinan yang seterusnya, iaitu
peminangan ataupun pertunangan.

Peminangan atau pertunangan bermaksud menyatakan keinginan berkahwin oleh


seorang lelaki kepada perempuan yang diharuskan berkahwin mengikut syarak. Setelah
peminangan itu diterima dan sementara menanti masa perkahwinan, maka tempoh
tersebut dikenali sebagai tempoh pertunangan. Tujuan pertunangan adalah untuk
membolehkan pasangan lebih mengenali diri antara satu sama lain serta ahli keluarga
kedua-dua belah pihak. Pertunangan juga membolehkan pihak-pihak yang bertunang
dapat membuat penilaian terhadap pasangannya supaya tidak berlaku penyesalan pada
masa depan. Diriwayatkan di dalam hadis:

Daripada al-Mughirah Ibn Syu'bah berkata aku telah bertunang dengan seorang
perempuan pada zaman Rasulullah SAW. Maka bertanya Nabi SA W: Sudahkah
kamu melihat akannya? Saya menjawab: Belum. Maka baginda bersabda:
Lihatlah dia kerana ia boleh mengekalkan kebahagiaan pada hari nanti
antara kamu berdua.

(Riwayat al-Nasa'i, Abu Baud dan Ibn Majah)

Dalam pertunangan, pasangan juga harus mengikuti syariat dan menjaga pergaulan. Hal
ini adalah bagi menjaga keredhaan dan mendapat keberkatan dalam perkahwinan yang
akan ditempuhi . Perkara-perkara yang perlu dielakkan dalam pertunangan adalah seperti
dalam Rajah 2.

a) Berdua-duaan tanpa mahram yang menemani


b) Bebas daripada unsur nafsu dan syahwat
c) Menjaga aurat
d) Menjaga pertuturan dan pergaulan
e) Jangan menghebahkan kepada awam

Rajah 2. Batas-batas Pertunangan

3
Setelah mencapai tempoh matang pertunangan seperti yang telah dipesetujui, maka
pasangan akan beralih ke langkah yang terakhir, iaitu pern ikahan ataupun perkahwinan.
Rukun-rukun dalam pernikahan yang perlu dipatuhi adalah seperti yang akan
dibincangkan.

2.2 Rukun Nikah

Jadual 2. Rukun Nikah

RUKUN KETERANGAN

1. Calon Suami 1. Islam


2. Lelaki yang tertentu
3. Bukan mahram dengan bakal isteri
4. Bukan dalam ihram haji atau umrah
5. Mengetahui wali yang sah
6. Mengetahui bahawa perempuan itu
boleh dan sah dinikahi
7. Tidak mempunyai empat orang isteri
yang sah dalam satu masa.

2. Calon Isteri 1. Islam


2. Bukan seorang khunsa
3. Perempuan yang tertentu
4. Tidak dalam keadaan idah
5. Bukan dalam ihram haji atau umrah
6. Dengan rela hati
7. Bukan isteri orang

3. Wali 1. Adil
2. Islam
3. Baligh
4. Lelaki
5. Merdeka
6. Tidak fasik, kafir atau murtad

4
4. Saksi 1. Islam
2. Lelaki
3. Baligh
4. Berakal
5. Merdeka
6. Sekurang-kurangya dua orang
7. Memahami kandungan lafaz ijab
dan qabul
8. Dapat mendengar, melihat dan
bercakap (tidak buta, bisu, pekak)

5. Sighah (Lafaz Ijab dan Kabul 1. Pernikahan hendaklah dengan


perkataan nikah atau dengan
perkataan yang sama maksudnya
secara terang dan tepat

2. Tidak diikatkan dengan tempoh waktu


tertentu (seperti ikatan perkahwinan
yang dijanjikan dan dipersetujui dalam
tempoh tertentu dalam nikah
kontrak/mutaah)

3. Tidak secara taklik. Tiada sebutan


prasyarat sewaktu ijab (lafaz akad)
dilafazkan

4. Tidak boleh menggunakan


perkataankiasan dan sindiran.

5. Dilafazkan oleh wali atau wakilnya

Jadual 2 menerangkan mengenai rukun-rukun yang perlu dalam pernikahan. Pasangan


haruslah mengikuti rukun-rukun ini bagi menjamin kebahagiaan rumah tangga yang bakal
dibina bersama.

5
2.3 Hukum Nikah

Terdapat lima hukum yang berkaitan dengan pernikahan.

Wajib Sunat Haram

Makruh Harus

Rajah 3. Hukum Pernikahan

1. Pernikahan Hukumnya Wajib

Bagi orang yang sudah mampu untuk melangsungkan perkahwinan, namun nafsunya
sudah mendesak dan takut terjerumus dalam perzinaan wajiblah bagi dia untuk kawin,
sedangkan untuk itu tidak dapat dilakukan dengan baik kecuali dengan jalan kahwin.

Kata Qurtuby :

Orang bujang yang sudah mampu kawin dan takut dirinya dan agamanya jadi
rusak, sedang tidak ada jalan untuk menyelamatkan diri kecuali dengan kawin,
maka tidak ada perselisihan pendapat tentang wajibnya dia kawin. Allah
berfirman :

“ Hendaklah orang-orang yang tidak mampu kawin menjaga dirinya sehingga


nanti Allah mencukupkan mereka dengan karunia-Nya,” (QS. An-Nuur : 33).

2. Pernikahan Hukumnya Sunat

Adapun bagi orang-orang yang nafsunya telah mendesak lagi mampu kahwin,
tetapi masih dapat menahan dirinya dari berbuat zina, maka sunnahlah ia kahwin. Kahwin
baginya lebih utama dari bertekun diri dalam ibadah, karena menjalankan hidup sebagai
pendeta sedikitpun tidak dibenarkan islam.

3. Pernikahan Hukumnya Haram

6
Bagi seseorang yang tidak mampu memenuhi nafkah zahir dan batin kepada isterinya
serta nafsunya tidak mendesak, haramlah ia kahwin.

“…Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri kedalam kebinasaan dengan


tanganmu sendiri…” (QS. Al-Baqarah : 195).

4. Pernikahn Hukumnya Makruh

Makruh kahwin bagi seorang yang lemah syahwat dan tidak mampu memberi belanja
isterinya, walaupun tidak merugikan isteri, kerana ia kaya dan tidak mempunyai keinginan
syahwat yang kuat. Juga makruh hukumnya jika karena lemah syahwat itu ia berhenti dari
melakukan sesuatu ibadah atau menuntut sesuatu ilmu.

5. Pernikahan Hukumnya Harus

Bagi lelaki yang tidak terdesak oleh alasan-alasan yang mewajibkan segera kahwin atau
kerana alasan-alasan yang mengharamkan untuk kahwin, maka hukumnya harus.

7
2.4 Tanggungjawab dalam Perkahwinan

Jadual 3. Tanggungjawab dalam Perkahwinan

Tanggungjawab Suami Tanggungjawab Isteri

1. Memberi Mahar 1. Taat kepada Suami


Mahar merupakan hak mutlak isteri. Tanggungjawab utama sebagai seorang
Sesiapapun tidak berhak mengambilnya isteri adalah mentaati suami dalam segala
dengan keredhaan dan keizinannya. urusan yang tidak bertentangan dengan
ajaran islam.

2. Memberi Nafkah 2. Menjaga Harta Suami dan Maruah Diri


Nafkan ialah pemberian yang wajib Isteri bertanggungjawab menjaga harta
diberikan oleh suami kepada isteri dan suami dan maruah diri semasa ketiadaan
anak-anaknya. Merangkumi perbelanjaan suami.
makan, minum, tempat tinggal, pakaian,
pendidikan, kesihatan dan sebagainya.

3. Memberi Pendidikan 3.Memberi Layanan yang Baik dan


Suami sebagai pemimpin perlu Saling Menghormati
melengkapkan diri dalam pelbagai bidang Sebagai isteri, haruslah melayani suami
ilmu pengetahuan dari masa ke masa. dengan baik dan berlemah lembut. Sifat
Didikan agama adalah wajib diberikan manja seorang isteri dizahirkan bersama
kepada isteri dan anak. suaminya.

Tanggungjawab Bersama

1. Memberi Kasih Sayang 2. Menjaga Amanah

3. Mewujudkan Pergaulan Baik 4. Melaksanakan Hubungan Kelamin

5. Menghormati Persemendaan 6. Saling Memahami

8
3.0 PROSEDUR PERKAHWINAN DI MALAYSIA

3.1 Prosedur Perkahwinan

Setiap orang Islam yang hendak berkahwin di Malaysia perlu mengetahui prosedur
perkahwinan mengikut Undang-undang Keluarga Islam Negeri tempat mereka menetap.
Hal ini penting bagi memastikan perkahwinan diikhtiraf serta dilindungi undang-undang.

1. Tiada Halangan Berkahwin

Maksudnya ialah pasangan sah berkahwin mengikut hukum syarak. Mereka bukan
daripada kalangan yang haram berkahwin untuk selama-lamanya atau haram dengan
sebab persemendaan/susuan.

2. Perjanjian untuk Berkahwin (Bertunang)

Pasangan digalakkan mengikat perjanjian perkahwinan terlebih dahulu sebagai langkah


awal sebelum perkahwinan. Sekiranya salah satu pihak membatalkan pertunangan tanpa
sebab-sebab yang munasabah, pihak yang dimungkiri boleh membuat tuntutan ganti rugi
di mahkamah.

3. Menghadiri Kursus Praperkahwinan

Pasangan mesti menghadiri Kursus Praperkahwinan Islam yang dilaksanakan oleh


Iabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Iabatan
Agama Islam Negeri bagi mendapatkan sijil untuk melayakkan mereka membuat
permohonan untuk berkahwin.

4. Menjalani Pemeriksaan Kesihatan

Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga perlu menialani Pemeriksaan


Kesihatan (ujian saringan HIV) bagi memastikan pasangan bebas daripada penyakit
tersebut yang boleh memudaratkan dan merebak.

5. Permohonan Kebenaran Berkahwin

Pasangan perlu mengisi borang permohonan kebenaran berkahein yang ditetapkan oleh
Jabatan Agama Islam Negeri mengikut peraturan dan Undang-undang Keluarga Islam.

9
Peruntukan Undang-undang Berkaitan Hal Ehwal Perkahwinan Berdasarkan Islam

1. Kuasa Mengurus Perkahwinan

Semua perkahwinan perlu dilakukan di hadapan Ketua Pendaftar, Penndaftar, Penolong


Pendaftar yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atau Sultan/ Raja.

2. Prosedur Perkahwinan

Perkahwinan yang akan dilangsungkan di dalam negeri, di luar negeri atau di luar negara
hendaklah mengikut prosedur kebenaran perkahwinan yang ditetapkan oleh pihak-pihak
yang berkuatkuasa. Ia merangkumi perkara-perkara seperti yang berikut:

a. Borang permohonan

Setiap pasangan yang akan berkahwin hendaklah mengisi borang permohonan


kebenaran berkahwin yang boleh diperolehi di Jabatan Agama Islam Negeri/Pejabat
Agama Islam Daerah/Penolong Pendaftar Perkahwinan di tempat pasangan
bermastautin.

b. Mengemukakan borang permohonan di Jabatan Agama Islam Negeri/Pejabat


Agama Islam Daerah.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada


Pendaftar/Penolong Pendaftar di daerah tempat dia bermastautin. Dokumen-dokumen
yang perlu dikemukakan bersama borang permohonan adalah seperti yang berikut :

. Salinan kad pengenalan pemohon, wali dan 2 orang saksi


. Surat Pengesahan Status Bujang/Dara/Janda/Duda daripada Majikan/ Penghulu
. Sijil Kursus Praperkahwinan
. Borang Pemeriksaan Kesihatan (Ujian saringan HIV/AIDS)
. Sijil/Surat Perakuan Masuk Islam (saudara baru)
. Sijil/Surat Perakuan Cerai (jika janda/duda bercerai hidup)
. Sijil Daftar Kematian (jika janda/ duda bercerai mati)
10
Bagi pernikahan yang melibatkan pasangan dari luar daerah atau luar negeri, mereka
hendaklah menyertakan dokumen yang dinyatakan di atas bersama-sama dengan
dokumen-dokumen yang berikut:

. Kebenaran Berkahwin Di Luar Bidang Kuasa Kariah/Mukim/ )ajahan/ Bahagian/


Daerah/ Negeri pasangan

. Borang Pemeriksaan Kesihatan (bagi negeri yang berkaitan)

Jika salah satu pihak yang hendak berkahwin merupakan bukan warganegara, maka
dokumen yang perlu dikemukakan bersama-sama dengan dokumen di atas ialah:

. Surat Kebenaran Berkahwin daripada Pihak Berkuasa Agama Negara Asal


. Surat Sokongan Kedutaan yang berkenaan.
. Surat Kebenaran dan Visa yang Sah daripada Imigresen
. Pengesahan Pejabat Pendaftaran Negara (penduduk tetap)

Semua permohonan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar sekurang-


kurangnya 7 hari sebelum tarikh hari perkahwinan itu dicadangkan. Walau bagaimanapun
Pendaftar boleh membenarkan perkahwinan tersebut kurang daripada 7 hari dari tarikh
permohonan tersebut diterima berdasarkan keperluan.

3. Pendaftaran Perkahwinan

Selepas akad nikah dilangsungkan, pasangan hendaklah menandatangani borang-


borang yang berkaitan dan membuat bayaran yang ditetapkan Pendaftar akan
mendaftarkan perkahwinan tersebut setelah berpuas hati bahawa pernikahan itu
bertepatan dengan hukum syarak dan mematuhi Undang-Undang Keluarga Islam. Sijil
Perkahwinan atau kad nikah akan dikeluarkan setelah pendaftaran disempurnakan.

11
3.2 Prosedur Perceraian

1. Pembubaran perkahwinan terjadi melalui salah satu daripada bentuk-bentuk


berikut:

a. Talak (perceraian dengan kehendak suami).


b. Khuluk atau tebus talak (perceraian dengan persetujuan bersama).
c. Fasakh (perceraian dengan perintah mahkamah).

2. Permohonan pembubaran perkahwinan dan prosedurnya.

a. Setiap pasangan suami isteri yang berhasrat untuk membubarkan perkahwinan,


hendaklah melaporkannya ke Pejabat Agama Islam Daerah di tempat dia
bermastautin.

b. Dokumen yang diperlukan bagi proses perceraian ini ialah:

. Kad pengenalan
. Sijil/ Surat Nikah
. Surat Pemeriksaan Doktor (kes-kes yang tertentu)
. Surat Aduan Polis (kes-kes yang tertentu)
. Dokumen lain yang berkaitan.

c. Perunding cara di Pejabat Agama Islam Daerah akan mengenal pasti tuntutan
berdasarkan peruntukan dalam Akta / Enakmen / Ordinan Undang-Undang Keluarga
Islam.

d. Pemohon hendaklah mendapatkan borang permohonan perceraian di Pejabat


Agama Islam Daerah atau Mahkamah Syariah.

3. Pendaftaran Kes Di Mahkamah Syariah

12
Pemohon hendaklah mendaftarkan tuntutannya sama ada sendiri atau melalui
peguamnya ke Mahkamah Syariah. Dokumen yang perlu dikemukakan ialah:

. Kad Pengenalan/Pasport
. Borang Permohonan
. Penyata Tuntutan (afidavit) .
. Laporan runding cara dari Jabatan Agama Islam Negeri
. Dokumen lain yang berkaitan

3.3 Bentuk Kesalahan Di Bawah Undang-Undang Keluarga Islam dan


Hukumannya

Berikut merupakan dapatn bentuk-bentuk kesalah yang sering kali terjadi setelah tinjauan
dilakukan di Mahkamah Syariah.

1. Bercerai di luar Mahkamah Syariah atau tanpa kebenaran mahkamah adalah suatu
kesalahan dan pelaku boleh didenda atau dipenjara atau kedua-duanya sekali.

2. Jika laporan tidak dibuat kepada mahkamah tentang sesuatu perceraian yang berlaku,
ini merupakan suatu kesalahan dan pelakunya boleh didenda atau di penjara atau kedua-
duanya sekali.

3. Jika seseorang telah diperintahkan oleh Mahkamah supaya hidup bersama semula
dengan isterinya dan dia sengaja cuai atau tidak mematuhi perintah itu, maka dia
dianggap melakukan suatu kesalahan dan boleh dihukum denda atau Penjara atau
kedua-duanya sekali.

4. Suami atau isteri yang dengan sengaja menganiaya isterinya atau suaminya atau
menipu harta isterinya atau suaminya djanggap melakukan kesalahan dan boleh dihukum
denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

5. Seseorang perempuan yang sengaja tidak menurut perintah yang dikeluarkan oleh

13
mahkamah agar taat kepada suaminya dianggap melakukan suatu kesalahan dan boleh
dihukum penjara. Kesalahan kali kedua dan seterusnyaakan dikenakan denda dengan
kadar yang lebih tinggi.

6. Seseorang yang murtad kerana niat ingin membatalkan perkahwinannya dianggap


melakukan suatu kesalahan dan boleh dihukum penjara.

7. Seorang lelaki yang setelah menceraikan isterinya dengan sah tetapi bersekedudukan
semula dengannya tanpa terlebih dahulu melafazkan rujuk, dianggap melakukan suatu
kesalahan dan boleh dihukum denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

8. Suami dianggap melakukan suatu kesalahan jika isterinya tidak diberitahu bahawa ia
telah diceraikan dan masih tinggal bersama suaminya dengan anggapan bahawa mereka
masih sebagai suami isteri yang sah. Suami boleh dihukum denda atau penjara atau
kedua-duanya.

9. Jika isteri tahu akan perceraian itu tetapi masih tinggal bersama suaminya, dia
dianggap bersubahat melakukan kesalahan dan boleh dihukum denda atau penjara atau
keduaduanya sekali.

Kadar dan tempoh denda atau penjara tertakluk kepada undang-undang yang terpakai di
negeri masing-masing. Keseluruhan pembubaran perkahwinan adalah untuk memberi
penjelasan dan kefahaman agar tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak sama ada
suami atau isteri. Walaupun berlaku perceraian antara suami isteri, Islam memberi
jaminan agar kedua-dua pihak mendapat hak atau nafkah yang seadil-adilnya.

14
4.0 RUMUSAN

Dalam institusi perkahwinan, Allah SWT telah memberikan amanah kepada pasangan
suami isteri untuk membina sebuah keluarga yang harmoni. Tanggungjawab ini
merupakan satu ibadah yang mesti dilaksanakan berlandaskan syariat Islam bagi
memastikan Ia membawa kebahagiaan kepada keluarga. Rumah tangga pasti ada
geloranya, namun pasangan harus bijak mengatasi segala rintangan yang mendatang.

Kebahagiaan dalam rumahtangga memerlukan kerjasama daripada kedua-dua


pasangan. Sejarah Islam telah merakamkan kejayaan baginda Rasulullah SAW bersama
para isteri baginda dalam memimpin rumahtangga sehingga baginda dinobatkan sebagai
uswah hasanah atau 'role model' oleh masyarakat dunia. Oleh itu, sewajarnyalah kita
mencontohi kerjasama dan persefahaman yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah
SAW dan Ummul Mukminin, mudah-mudahan kita juga turut merasai kemanisan hidup
berumahtangga dalam erti kata yang sebenarnya.

15
4.0 RUMUSAN

16
17

You might also like