Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 23

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM

SAHSIAH UNGGUL MURID


(SUMUR)
DI SMKA DAN SABK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
CYBERJAYA
2014

0
KATA ALU-ALUAN
Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmat serta keizinan-Nya telah
memungkinkan usaha bagi pelaksanaan Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) bagi
semua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan (SABK) di seluruh negara yang mula diperkenalkan dari tahun 2007 hingga kini.
Ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersungguh-sungguh dalam
usaha menjayakan pelaksanaan program ini. Semoga segala usaha tersebut diberi ganjaran
sebaik-baiknya disisi Allah SWT.

Sesungguhnya, usaha membangun Modal Insan melalui kaedah mendidik, mengajar,


membentuk dan membimbing pelajar di sekolah merupakan tanggungjawab Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Berteraskan kepada prinsip ini, Bahagian Pendidikan Islam KPM
mengambil inisiatif memperkenalkan satu program khusus ke arah pembentukan sahsiah
pelajar dari semasa ke semasa. Hasilnya, program SUMUR ini dilaksanakan di semua SMKA
dan SABK seluruh negara dan matlamat pelaksanaannya dilihat sejajar dengan anjakan
ketiga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025 yang
memberi penekanan untuk “Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai”.

Akhirnya, marilah sama-sama kita berdoa agar segala usaha kita ini akan mendapat
keredhaan Allah SWT.

Sekian, terima kasih

Hj Abdullah bin Md Din


Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pelajaran Malaysia

1
LATAR BELAKANG

1. Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) merupakan cetusan idea YB Dato’ Seri
Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia. Hasrat ini telah
disambut oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian
Pelajaran Malaysia dengan mencetuskan Modul 5C iaitu Murid Contoh, Murid
Cerdas, Murid Cerdik, Murid Cergas dan Murid Ceria.

2. Matlamat program ini adalah untuk; melahirkan murid yang memiliki personaliti
terpuji dan boleh dicontohi oleh murid-murid lain; sentiasa memburu ilmu untuk
kebahagiaan di dunia dan akhirat; mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan
yang cemerlang dalam kehidupan seharian; mempunyai ketahanan diri dalam
menghadapi cabaran hidup serta berusaha meningkatkan daya kepimpinan dan
bersemangat patriotisma.

3. Program SUMUR telah dilancarkan oleh YB Dato’ Noh bin Omar, Timbalan Menteri
Pelajaran Malaysia pada 29 Oktober 2007 di Sekolah Agama Menengah Tanjung
Karang, Kuala Selangor, Selangor.

4. Susulan daripada itu, sepuluh (10) buah sekolah rintis telah dipilih bagi
melaksanakannya iaitu; SMKA Maahad Muar, Johor; SMKA Sultan Muhammad,
Melaka; SMKA Nibong Tebal, Pulau Pinang; SMKA Naim Lil-Banat, Kelantan;
SMKA Sheikh Hj Othman Wahab, Sarawak; SABK Imtiaz Dungun, Terengganu;
SABK SAM Tanjung Karang, Selangor; SABK Maahad Al-Aziz, Parit Perak; SABK
SMA Al-Maarif, Kuantan Pahang dan SABK SMA Al-Nahdah, Yan Kedah.

5. Mesyuarat Pengurusan Bahagian Pendidikan Islam Bil.2/2010 pada 8 Februari


2010 telah memutuskan bahawa program SUMUR ini diserahkan kepada Operasi
Dakwah BPI KPM dan telah dilaksanakan bermula tahun 2010 di semua SMKA
dan SABK.

6. Aktiviti pelaporan berpusat telah dilaksanakan pada tahun 2012 melibatkan semua
SMKA dan SABK di enam (6) zon meliputi zon utara, zon tengah, zon selatan, zon
timur, zon Sabah dan zon Sarawak.

7. Manakala bagi tahun 2013 pula, program SUMUR telah berjaya dilaksanakan di
semua sekolah kelolaan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) KPM iaitu 56 buah
SMKA dan 159 buah SABK. Aktiviti pemantauan juga turut dilaksanakan di
beberapa buah sekolah terpilih di seluruh negara bagi memastikan pelaksanaan
program ini berjalan sebagaimana dirancang.

2
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SUMUR

1. Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) ini berada di bawah Guru Penolong
Kanan, Hal Ehwal Murid dan merangkumi semua aktiviti sekolah. Penyelaras
program SUMUR di peringkat sekolah pula perlu dilantik di kalangan Guru
Pendidikan Islam (GPI).

2. Program SUMUR ini terkandung di dalamnya empat (4) modul utama iaitu Modul
Mutadayyin, Modul Berbudi Bahasa, Modul Jati Diri dan Modul Penampilan Diri.

3. Semua pelajar hendaklah diberitahu dan diperjelaskan secara terperinci tentang


pelaksanaan setiap modul supaya mereka faham dan menyedari bahawa sesuatu
modul tersebut sedang berlangsung dan mereka turut terlibat dalam pelaksanaan
modul tersebut. Pernyataan-pernyataan dalam bentuk banner dan bunting perlu
dipamer sepanjang setiap modul itu berlangsung.

4. Proses penilaian bagi setiap modul adalah berdasarkan kumpulan-kumpulan kecil


pelajar (usrah) bagi meringan tugas guru. Guru (murabbi) perlu mengesahkan
penilaian berdasarkan borang yang telah disediakan.

5. Usrah WAJIB dilaksanakan pada kadar minimum sekali sebulan di semua sekolah
SMKA dan SABK sama ada di sekolah yang mempunyai asrama atau tiada
asrama. Pihak sekolah perlu menubuhkan satu badan contohnya Badan Dakwah
dan Kerohanian (BADAR/BDK) untuk menguruskan program usrah ini.

6. Penilaian murid hendaklah dibuat sebanyak empat (4) kali iaitu dua minggu sekali
bagi tempoh dua bulan setiap modul itu berlangsung.

7. Penyelaras program SUMUR sekolah perlu menghantar peratus dapatan daripada


penilaian murid bagi setiap modul yang dilaksanakan secara berkala iaitu 4 kali
setahun (April, Jun, Ogos dan November) dengan mengisi Borang Pelaporan yang
dijana dalam MS Excel. Laporan keseluruhan pelaksanaan program SUMUR
dalam bentuk ‘hard copy’ pula perlu dihantar kepada SPI JPN untuk dipanjangkan
ke BPI KPM pada bulan November bagi tahun semasa.

8. Bagi tujuan pengurusan fail pula, pihak sekolah perlu menyediakan enam (6) fail
utama merangkumi :

a) Fail Panduan Pelaksanaan Program SUMUR


b) Fail Induk
c) Fail Aktiviti
d) Fail BADAR/BDK
e) Fail Penilaian Pelajar
f) Fail Pemantauan

9. Sebarang kesulitan pada pelaksanaan program ini hendaklah dirujuk kepada


penyelaras program SUMUR di BPI KPM.

3
4
MODUL A : MUTADAYYIN

5
MODUL B : BERBUDI BAHASA

6
MODUL C : JATI DIRI

7
MODUL D : PENAMPILAN DIRI

8
PERINCIAN MODUL SUMUR

PELAKSANAAN
MODUL 1 CIRI-CIRI AKTIVITI PENILAIAN ULASAN
FEB - MAC
1. Kempen Islah-Tazkirah – Pemantauan
SOLAT BERKUALITI
Mutadaiyin Awal program dilakukan mengikut
1. Solat di awal waktu 2. Ceramah (1 x) Pertengahan Februari jadual yang
2. Solat berjemaah 3. Buletin Minggu Ketiga ditetapkan oleh
3. Solat sunat 4. Qiamullail sekolah

1. Tadarus Al-Qur’an
TADARUS AL-QUR’AN secara halaqah atau
berpasangan.

Borang muhasabah
MUTADAYYIN 1. Bacaan secara tartil 2. Bengkel Tahsin Qiraati (2 hari seminggu).
diri
2. Istiqamah membaca
Al-Qur’an
3. Bacaan secara
disemak
AMALAN ZIKIR DAN
1. Buletin bulanan
DOA BERTERUSAN
1. Basahi lidah dengan Awal program Februari Hafazan zikir dan doa
2. Ceramah kelebihan Zikir
zikir dan doa mingggu kedua selepas solat
2. Mulakan pekerjaan
dengan iringan doa.

9
MODUL 2 CIRI-CIRI AKTIVITI PERLAKSANAAN PENILAIAN CATATAN
APRIL - MEI
1. Hormat menghormati - kempen : - Penilaian Rakan
* Ciri-ciri kempen memiliki 5 1 sebaya
ِ ‫اهلل والْي وِم‬
)‫اآلخ ِر فَالْيُ ْك ِرْم َج َارهُ (احلديث‬ ِ ِ ِ
ْ َ َ ‫َم ْن َكا َن يُ ْؤم ُن ب‬ : - Penilaian Naqib
(Mentor pelajar)
”Barangsiapa yang beriman kepada i. Informasi - Penialain Guru
Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah ii. Inovasi
ia menghormati jiran tetangganya” iii. Ilmiah Instrument rujuk
iv. Intelek lampiran
)‫َخو ال ُْم ْسلِ ِم الَ يَظْلِ ُمهُ َوالَ َيَْ ُذلُهُ (احلديث‬ ِ
ُ ‫اَل ُْم ْسل ُم أ‬
v. Islamik
- awal dan akhir
Cadangan aktiviti : program
” Seseorang Muslim itu adalah - Sepanjang program
BERBUDI saudara bagi Muslim yang lain dia i. Perasmian / Penutup
BAHASA tidak menzaliminya dan tidak ii. Sebaran Maklumat
membiarkannya keseorangan ketika (Reach Out)
saudaranya memerlukan” iii. Kempen 5 S
- Senyum
- Salam
- Sapa
- Sopan
- Sayang
iv. Sentuhan Jibril
” Sentuhan lima saat
lebih bermakna daripada
pertuturan 5 minit”

v. Mentor Mentee
2. Tolong menolong
)92 :‫(سورة الفتح‬ - Banner Seminggu Sekali
Contoh :-
” Muhammad itu adalah utusan Allah dan ‫ إِذَا‬،‫اْلَ َس ِد‬ ْ ‫اُح ِه ْم ِمثْ ُل‬ُِ ‫تَرى الْم ْؤِمنِْي ِِف تَو ِّاد ِهم وتَر‬
َ َ ْ َ َْ ُ َ
‫بالس َه ِر‬ ‫د‬ ‫س‬ ِ ْ ‫استَ َكى ِمْنهُ ُع‬
orang-orang yang bersama dengan dia َّ َ َ ُ َ ُ‫اعى لَه‬
‫اْل‬ ‫ر‬‫ائ‬ ‫س‬ َ ‫ض ٌو تَ َد‬ ْ
adalah keras terhadap orang-orang kafir, ‫ْي الَ يأْ َسى َعلَْي ِه الْ ُف َؤ ُاد‬
ُ ْ َ ُ ََ َ َ َّ ُ ‫َو‬
‫ْع‬ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫اه‬
‫ر‬ ‫ت‬ ‫ال‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫ى‬ ‫م‬‫احل‬
ْ
tetapi berkasih sayang sesama mereka”
)‫(احلديث‬
”What the eyes sees not the heart
rues not
- Pemplet
- “Guruku ibubapaku”
- “ Kami sayang guru”

10
3. Mengenang budi / Menghargai
)‫(سورة إبراهيم‬ - Tayangan Clip Video
7. Dan (ingatlah juga) , tatkala Tuhanmu - Tayangan Filem / Drama - Waktu perhimpunan
memaklumkan; ” Sesungguhnya jika kamu Cth : rasmi
bersyukur , pasti kami akan menambah i. Anakku Sazali - Sebulan sekali untuk
(nikmat) kepadamu, dan jika kamu ii. Si Tanggang tayangan filem
mengingkari (nikmat-Ku), Maka iii. Siri Al- Hidayah
Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. iv. Mutiara Hati
v. Cikgu Limau Kasturi
)‫َّاس (احلديث‬ :
َ ‫(الَ يَ ْش ُكُر اهللَ َم ْن الَ يَ ْش ُكَر الن‬ 1. Sijil penghargaan
”Orang yang tidak bersyukur kepada 2. Perkongsian pengalaman
manusia adalah orang yang tidak 3. Cenderamata
bersyukur kepada Allah” 4. Bertukar hadiah
4. Laras Bahasa
‫لِ ُك ِّل َم َقام َم َقال‬ - Kaedah Penyampaian Lisan Mengikut kesesuaian
18. Dan janganlah kamu memalingkan i. Forum masa
mukamu dari manusia (karena sombong) ii. Tazkirah ringkas
dan janganlah kamu berjalan di muka iii. Nadwah (seminar)
bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah iv. Multaqa (Rollcall)
tidak menyukai orang-orang yang v. Sumbang saran
sombong lagi membanggakan diri. vi. Ceramah
19. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan
[1182] dan lunakkanlah suaramu. - Persembahan Mengikut kesesuaian
Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah i. Pentoman masa
suara keledai ii. Coral Speaking)‫(كالم مجاعي‬
)38 ‫َّاس ُح ْسنًا (سورة البقرة‬ ِ ‫َوقُ ْولُوا لِلن‬ iii. Lakonan
ُّ ‫ش فَِإ َّن اهللَ تَ َع َاَل الَ ُُِي‬
ُ ‫إِيَّ ُك ْم َوالْ ُف ْح‬
‫ش‬ iv. Sajak/ Puisi
َ ‫ش َوالَ التَّ َف ُّح‬
َ ‫ب الْ ُف ْح‬ - Poster Waktu senggang
)‫(احلديث‬ i. Pertandingan Cth :-
” Waspadalah kamu dari kata-kata yang ii. Iklan di kelas dan sudut- i. Sebelum
kotor kerana sesungguhnya Allah tidak sudut pameran perhimpunan
suka kepada kata-kata kotor dan perilaku :‫قال احلكماء‬ ii. Waktu rehat
yang cabul” iii. Waktu balik
‫إن الكالم لفي الفؤاد وإمنا جعل اللسان على الفؤاد‬
‫ِّن ََل َْمَز ْح َوالَ أَقُ ْو ُل إِالِّ َحقَّا‬ ِ
ِّْ ‫إ‬
iv. Waktu koku
‫دليل‬ v.
)‫(احلديث‬
Majlis penutup program
- Lagu / Nasyid berkaitan
” Aku pun turut bergurau senda, tetapi aku
budi bahasa
tidak mengatakan sesuatu, melainkan yang
- Tokoh Pelajar
benar belaka”
- Berdasarkan kepada penilaian
11
PELAKSANAAN
MODUL 3 CIRI-CIRI AKTIVITI PENILAIAN ULASAN
JUN - JULAI

1. Berkeyakinan Usrah Sepanjang Tahun Borang soal-selidik

2. Sabar dan tabah Gotong-royang 1 hari Penilaian selepas program


JATI DIRI

3. Tetap pendirian Forum Hari Kebesaran Pemantauan

4. Semangat juang Pameran 1 hari

12
PELAKSANAAN
MODUL 4 CIRI-CIRI AKTIVITI PENILAIAN ULASAN
OGOS - SEPT
1. Pemakaian: 1. Kempen:
i) Kemas - Banner
Sepanjang Program
ii) Bersih -Poster Penampilan Diri Tunjuk Borang soal-selidik
iii) Sesuai mengikut cara berpakaian
keadaan, tempat dan -Pamplet
majlis

Pantauan secara
Bengkel Adab diberikan berterusan dan
2. Adab: 2. Bengkel: kepada pelajar-pelajar penilaian diberikan
yang terpilih dan pelajar- berdasarkan kriteria-
pelajar tersebut kriteria berikut:
menerangkan semula
i) Adab bercakap - Ceramah kepada pelajar-pelajar lain i- Kefahaman
PENAMPILAN ii) Adab menuntut ilmu -LDK dalam LDK. ii-Penglibatan
DIRI
iii) Adab bergaul iii-amalan
3. Kepemimpinan: 3. Pengucapan
i) Bijak membuat Tazkirah / ucapan oleh
Awam: Dinilai oleh guru yang
keputusan pelajar sebelum kelas
mengajar bagi masa
bermula mengikut giliran
ii) Boleh berkomunikasi pertama kelas tersebut.
setiap hari persekolahan.
dengan baik
4. Sikap Positif dan
Proaktif
Penilai berdasarkan
i) Aktif di dalam
4. Anugerah Pelajar pencapaian keseluruhan
aktiviti dalam / luar
Mithali ciri-ciri yang
kelas
dikehendaki.
ii) Suka membantu guru
dan pelajar lain

13
PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN PROGRAM SUMUR
JAN FEB MAR
BIL AKTIVITI
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Surat Siaran Pelaksanaan SUMUR dari BPI
1 KPM kepada SPI JPN dan Sekolah SMKA dan
SABK
Mesyuarat Jawatankuasa SUMUR dan BADAR
2 sekolah dan Perancangan Takwim SUMUR dan
BADAR
3 Pelantikan AJK SUMUR dan BADAR sekolah
Pelancaran SUMUR dan Modul Mutadayyin
4
peringkat sekolah
Pelaksanaan Modul Mutadayyin peringkat
5
sekolah
6 Penilaian Program Mutadayyin oleh Naqib

Mesyuarat Penyelarasan Penilaian Program


7
Mutadayyin oleh Murabi dan Naqib

14
APRIL MEI
BIL AKTIVITI
1 2 3 4 1 2 3 4

Pelaporan Modul Mutadayyin oleh sekolah kepada SPI


8 JPN untuk dipanjangkan ke BPI KPM dalam Borang
Pelaporan yang dijana oleh MS Excel

Pelancaran dan pelaksanaan Modul Berbudi Bahasa


9
peringkat sekolah

10 Penilaian Program Berbudi Bahasa oleh Naqib

Mesyuarat Penyelarasan Penilaian Program Berbudi


11
Bahasa oleh Murabi dan Naqib

15
JUN JULAI
BIL AKTIVITI
1 2 3 4 1 2 3 4

Pelaporan Modul Berbudi Bahasa oleh sekolah kepada


12 SPI JPN untuk dipanjangkan ke BPI KPM dalam Borang
Pelaporan yang dijana oleh MS Excel

Pelancaran dan pelaksanaan Modul Jati Diri peringkat


13
sekolah

14 Penilaian Modul Jati Diri oleh Naqib

Mesyuarat Penyelarasan Penilaian Modul Jati Diri oleh


15
Murabi dan Naqib

16
OGOS SEPTEMBER
BIL AKTIVITI
1 2 3 4 1 2 3 4

Pelaporan Modul Jati Diri oleh sekolah kepada SPI JPN


16 untuk dipanjangkan ke BPI KPM dalam Borang
Pelaporan yang dijana oleh MS Excel

Pelancaran dan pelaksanaan Modul Penampilan Diri


17
peringkat sekolah

18 Penilaian Modul Penampilan Diri oleh Naqib

Mesyuarat Penyelarasan Penilaian Modul Penampilan


19
Diri oleh Murabi dan Naqib

17
OKTOBER NOVEMBER
BIL AKTIVITI
1 2 3 4 1 2 3 4

Pihak sekolah menyiapkan dokumentasi dalam


20 bentuk ‘hard copy’ untuk dihantar kepada SPI JPN
pada bulan November tahun semasa

Pelaporan Modul Penampilan Diri oleh sekolah


21 kepada SPI JPN untuk dipanjangkan ke BPI dalam
Borang Pelaporan yang dijana oleh MS Excel

Pihak sekolah menghantar dokumentasi pelaporan


22 program SUMUR sepanjang tahun dalam bentuk
‘hard copy’ kepada SPI JPN
Pihak SPI JPN memilih pelaporan terbaik bagi 2
23 SMKA dan 2 SABK mewakili setiap negeri untuk
dihantar ke BPI KPM

Pihak SPI JPN menghantar pelaporan terbaik


24
mewakili negeri kepada BPI KPM

18
BORANG PENILAIAN INDIVIDU PROGRAM SUMUR
MODUL A : MUTADAYYIN

19
BORANG PENILAIAN INDIVIDU PROGRAM SUMUR
MODUL B : BERBUDI BAHASA

20
BORANG PENILAIAN INDIVIDU PROGRAM SUMUR
MODUL C : JATI DIRI

21
BORANG PENILAIAN INDIVIDU PROGRAM SUMUR
MODUL D : PENAMPILAN DIRI

22

You might also like