Professional Documents
Culture Documents
Kepentingan Peta Minda Sebagai Alat Berfikir
Kepentingan Peta Minda Sebagai Alat Berfikir
Kepentingan Peta Minda Sebagai Alat Berfikir
1,2,3,4Jabatan Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang
Keywords Weak in understanding concepts in mathematics can easily lead students not
Mind maps, Achievement, to understanding and remembering the learning of mathematics easily.
Organizing information, Long-
term memory Result of the study found that student’s background factors, the teachers and
the environment conducive affect the students' achievement in mathematics
and statistics. On the other hand, students are more interested in student-
centered learning than teacher-centered. Along with that, the university that
has been offering engineering program has also taken seriously emphasis on
mathematics and statistics (Suhailah, Norzihani, Hazida, & Dawang, 2003).
Many courses involving mathematics and statistics have been created to
produce excellent engineering graduates. But the question that arises is the
extent to which students demonstrate their excellence in this course.
Mathematics and statistics are the subjects and courses that must be
mastered by every student for every career branch to apply the theory of
mathematics and statistics at either the basic or higher. Therefore, an
approach that has introduced mind mapping to help students understand
Math concepts. Mind maps were introduced by Buzan (2002) in the 1960s as
a method that can help students take notes. Now uses of mind map are
increasingly important as the skill of organizing information and describe
the concepts and objectives regularly (Subadrah, 2001). The use of mind
maps can help students as mind maps, complete with pictures, colors and
correlation (associate) will be easier to remember to just only read at a
glance. Therefore, it is believed that the information prepared in accordance
with the organic structure of the brain is more easily recorded in long-term
memory.
208
International Academic Research Journal of Social Science 3(1) 2017 Page 208-213
PENGENALAN
Pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai di dalam kelas adalah amat penting. Ini adalah
kerana kaedah yang sesuai dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan penerimaan pembelajaran
oleh pelajar. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas akan dapat membantu para pelajar
mencapai objektif pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan penguasaan ilmu yang disampaikan.
Pelbagai penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan
kepada para pelajar. Kaedah pembelajaran secara hafalan yang memerlukan daya ingatan yang kuat tidak dapat
membentuk pelajar yang kritis dan kreatif malah kaedah ini tidak sesuai lagi digunakan di zaman yang serba
maju ini. Kejayaan di dalam pelajaran adalah bergantung kepada kebolehan, usaha dan cara atau teknik belajar.
Tidak dinafikan bahawa sesetengah pelajar itu dapat melakukan sesuatu dengan mudah dalam masa-masa yang
tertentu dengan kebolehan dan kemampuan dirinya. Ramai di antara pelajar yang bijak, kecewa terutama dalam
subjek-subjek Matematik dan Sains. Ini adalah kerana para pelajar tidak memikirkan cara-cara untuk belajar
dengan berkesan. Justeru itu, satu pendekatan telah diambil iaitu memperkenalkan penggunaan peta minda
dalam membantu pelajar memahami konsep matematik.
Menurut Buzan (2002), manusia akan mudah mengingati sesuatu yang menarik untuk dipandang dan tulisan
atau gambar ringkas yang mengandungi maklumat yang boleh disimpan dalam minda manusia. Ini
menunjukkan selain memahami apa yang dipelajari, proses untuk mengingat semula juga adalah penting untuk
pelajar memanggil kembali maklumat yang telah disimpan tadi. Oleh itu, kaedah pembelajaran secara peta
minda yang diperkenalkan oleh Tony Buzan adalah salah satu kaedah pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam
bentuk modul. Pandangan beliau dipersetujui kerana melalui peta pemikiran yang dihasilkan, orang ramai dapat memperbaiki
daya konsentrasi, pemahaman, dan mengaktifkan fungsi kedua-dua belah otak. Amalan pengajaran
menggunakan konsep peta minda penting dalam merealisasikan matlamat kurikulum. Menurut Wahidin,
Kamisah dan Subahan (2004), penggunaan peta minda dalam pengajaran mampu membantu pelajar lebih focus,
boleh membuat interpretasi dan memahami topic yang dipelajari.
Goodnough dan Long (2002) melihat peta minda sebagai pendekatan yang menarik dan memberi motivasi
kepada sesuatu pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan. Ini akan meyebabkan pelajar menjadi kreatif dalam
menghasilkan peta minda melalui banyak pilihan dalam warna, simbol, kata kunci dan reka bentuk. Galakan dan
penghargaan kepada pelajar yang menggunakan peta minda dengan penuh kreativiti dan inovatif wajar dijadikan
budaya dalam kalangan pendidik (Mohd Mahzan, Abdul Razak, & Manisah, 2013). Dengan cara ini, para
pelajar merasakan mereka mempunyai sumbangan kepada proses pengajaran dan pembelajaran, sekali gus
memupuk keberkesanan kendiri para pelajar.
Menurut Tee, Jailani, Baharom, Widad dan Yee (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk
atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya untuk
209
International Academic Research Journal of Social Science 3(1) 2017 Page 208-213
menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang kecil ini sebagai huraiannya. Peta minda adalah
sangat sesuai digunakan untuk membuat nota pada sesebuah topik untuk suatu mata pelajaran berdasarkan
prinsip penggunaannya. Selari dengan tujuan peta minda iaitu ia membolehkan pelajar mencatat nota dengan
mudah serta mengingat sesuatu dengan mudah di samping menggabungkan serta menyeimbangkan kegunaan
otak kanan dan otak kiri semasa belajar. Maka, peta minda adalah amat sesuai dan tepat bagi tujuan kajian ini
agar pelajar dapat membuat, menyimpan dan mengulangkaji nota dengan baik dan berkesan. Rajah 1
menunjukkan contoh peta minda bagi matapelajaran matematik.
Rajah 1.
Contoh peta minda
210
International Academic Research Journal of Social Science 3(1) 2017 Page 208-213
Penggunaan gambar adalah salah satu media yang cepat dalam memberi rangsangan dan juga
memberi pelbagai interpretasi yang boleh mencetuskan pemikiran yang lebih kritis.
Rajah 2 menunjukkan hasil peta minda yang dibuat oleh pelajar berdasarkan daripada langkah-langkah yang
dinyatakan di atas.
Rajah 2.
Hasil peta minda yang dibuat oleh seorang pelajar
Noor Razifah (2013), dalam kajiannya menunjukkan pencapaian antara kumpulan pelajar yang
diajar menggunakan peta minda dan kumpulan yang diajar menggunakan kaedah tradisional. Kajian juga
dilakukan untuk mengenalpasti persepsi murid terhadap peta minda. Mereka ingin belajar, suka mengikuti
pelajaran sains, suka membuat latihan dan merasakan pelajaran sains amat menyeronokkan, mudah dan realistik.
Dapatan menunjukkan kesediaan murid menggunakan peta minda dalam mempelajari mata pelajaran sains dan
memberi lebih keyakinan di samping mampu memanipulasi dan menggunakan peta minda dalam
mengulangkaji pelajaran yang lain.
Menurut Brinkman (2003), beliau mendapati bahawa peta minda adalah satu teknik yang mudah untuk belajar
dan pelajar melihatnya sebagai satu perubahan dalam pengajaran matematik. Bagi beberapa guru yang
memperkenalkan peta minda dalam pelajaran matematik mereka mendapati bahawa beberapa pelajar mereka
mula mengambil inisiatif sendiri untuk membina peta minda di rumah, terutamanya apabila membuat
persediaan untuk peperiksaan.
Kajian oleh Amiruniza (2012) mendapati maklumbalas murid tentang peta minda menunjukkan 100% suka
belajar menggunakan peta minda. Lebih daripada separuh murid-murid menyatakan mereka suka menggunakan
peta minda kerana dapat melukis dan mewarna. Sebab-sebab lain yang diberikan mereka ialah buku tidak
nampak kosong serta mudah meng ingati apa yang di belajar selain dapat menambah ilmu pengetahuan.
Wahidah (2011) melakukan kajian yang menggunakan keberkesanan sesuatu eksperimen di mana ujian pra
dan pasca dilakukan ke atas kumpulan rawatan dan kawalan.. Sampel adalah terdiri daripada 30 orang pelajar
untuk kumpulan rawatan, dan 30 orang pelajar untuk kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan telah diajar dengan
211
International Academic Research Journal of Social Science 3(1) 2017 Page 208-213
bantuan konsep peta minda dalam pembelajaran berasaskan masalah manakala kumpulan kawalan diajar dengan
kaedah PBM sahaja. Rekabentuk faktorial 2x2 yang melibatkan ujian-t pada paras signifikan 0.05. Hasil kajian
telah mendapati min pencapaian kumpulan rawatan adalah tinggi iaitu 82.33 dan signifikan secara statistik pada
tahap α= 0.05 (ρ = 0.00) berbanding dengan min kumpulan kawalan iaitu 64.93 yang menunjukkan bahawa
penggunaan konsep peta minda telah meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam subjek aplikasi.
Kajian juga menunjukkan peta minda dapat melihat keseluruhan bab dengan jelas serta membantu memahami
segala fakta yang berkaitan. Ianya juga berupaya membantu pelajar mengulangkaji pelajaran dengan pantas
kerana ideanya ringkas, padat dan penuh makna yang nyata dan tersirat.
KESIMPULAN
Penggunaan peta minda adalah salah satu kaedah dan cara untuk membantu dalam proses pembelajaran pelajar.
Kaedah ini dilihat sebagai satu kaedah yang menggunakan daya imaginasi dalam menulis semula isi-isi yang
telah difahami. Selain itu, kaedah ini juga dapat membantu dalam meningkatkan daya ingatan jangka panjang
pelajar. Pelajar juga dilihat dapat mengaplikasikan kaedah peta minda ini apabila membuat ulang kaji atau nota
pembelajaran mereka sendiri. Selain itu, penggunaan peta minda juga dapat membantu pelajar menyusun
kronologi bagi satu-satu isi yang berkaitan antara satu sama lain. Dengan cara ini, kebarangkalian untuk
tertinggal isi penting dapat dikurangkan.
Tambahan pula, para pelajar juga kurang mahir dalam membuat perkaitan di antara satu topik dengan topik yang
lain mahupun antara satu sub topik dengan sub topik yang lain dan juga di antara satu konsep dengan konsep
yang lain. Kefahaman membuat perkaitan antara konsep dan topik ini perlu ada memandangkan pengetahuan
dalam mata pelajaran matematik ini merupakan satu pengetahuan berbentuk hieraki iaitu kefahaman berbentuk
mudah kepada yang berbentuk abstrak.
Bagi meningkatkan penggunaan peta minda ini, mungkin tenaga pengajar boleh mengedarkan lembaran kerja
atau nota pembelajaran yang menggunakan peta minda untuk diisi dan disemak oleh pelajar. Dengan cara ini,
mungkin pelajar lebih mudah memahami konsep penggunaan peta minda itu sendiri. Tenaga pengajar juga boleh
memperkenalkan atau memberi pendedahan peta minda ini di awal pengajaran lagi. Selain dari itu, biasakan
penggunaan peta minda setelah tamat pengajaran sesuatu sub topik supaya pelajar nampak dengan jelas
hubungan setiap tajuk kecil.
RUJUKAN
Amiruniza K. (2012). Penggunaan peta minda bagi meningkatkan minat belajar murid terhadap pelajaran
kajian tempatan. PISMK – OUM- Institut Perguruan Sarawak, Miri.
Buzan, T. (2002). How to mind map: The ultimate thinking tool that will change your life (pp. 6). London:
Thorson.
Brinkman, A. (2003). Mind mapping as a tool in mathematics education. The Mathematics Teacher, 96(2), 96.
Coretan Cikgu Mimi: Kegunaan dan kebaikan peta minda (http://gurukreatifmuridaktif.blogspot.my)
Goodnough, K. & Long, R. (2002). Mind mapping: A graphic organizer for the pedagogical toolbox. Science
Scope, 25(8), 20-24.
Holland, B., Holland, L. & Davies, J. (2004). An Investigation into the concept of mind mapping and the use of
mind mapping software to support and improve student academic performance. Learning and Teaching
Projects 2004, 89-94.
212
International Academic Research Journal of Social Science 3(1) 2017 Page 208-213
Kontrova, L. (2015). The effect of mind mapping on teaching the engineering mathematics, ICERI 2015
Proceeding, 1897-1902.
Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad & Manisah Mohd Ali. (2013). Professional teachers’ strategies for
promoting positive behaviour in schools. Asian Social Science 9(12): 205-211.
Noor Razifah Z, (2013). Penggunaan peta minda dalam meningkatkan kefahaman murid Tahun 4 bagi
menguasai konsep sains : Menyiasat alam bahan. (https://www.scribd.com/doc/168911016).
Rusilah Jais, Yusminah Mohd Yusof, Nur’ Ashiqin Najmuddin, Isamudin Rasip & Siti Arba’iah Darus (2005).
Penggunaan peta minda di kalangan pelajar perakaunan. Kolej Matrikulasi Melaka.
Subadrah. M.N. (2001). Penggunaan peta minda sebagai satu strategi dalam pengajaran kesusasteraan melayu.
Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan. Fakulti Pendidikan UKM.
Suhaila, S., Norzihani, Y., Hazida, D., & Dawang, M. (2003). Masalah pengajaran dan
pembelajaran matematik di kalangan pelajar KUTKM: Mengenal pasti punca kelemahan
pelajar dalam matematik. Pusat Perkhidmatan Akademik, Kolej Universiti Teknikal
Kebangsaan Malaysia Melaka.
Tee, T. K, Jailani Md Yunos, Baharom Mohamad, Widad Othman & Yee, M. H. (2009). Pengintegrasian
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Menerusi Peta Minda Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup.
Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009 (PKPST 2009). m.s. 114-121.
Wahidah, A.B. (2011). Keberkesanan konsep peta minda dalam pembelajaran berasaskan masalah. Tesis Ijazah
Sarjana Pendidikan Teknik & Vokasional, UTHOM.
Wahidin, Kamisah O. & Subahan Mohd. Meerah. 2004. Penggunaan peta konsep dan peta vee dalam
meningkatkan sikap pelajar terhadap kimia. Jurnal Pendidikan. 29, 125-144.
213