Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

LAPORAN POLIS UNTUK MENJAMIN KESELAMATAN SAYA

Saya Nanthakumar, (No.K/P: 89013-08-5751). Saya merupakan seorang wartawan sambilan


bagi syarikat media online “DESAM” sejak bulan Januari 2017. Semasa perkhidmatan saya
sebagai seorang wartawan sambilan, saya telah menulis pelbagai isu yang melibatkan isu
semasa. Salah satu berita yang menjadi isu hangat adalah kes yang melibatkan Majlis Daerah
Tanjong Malim (selepas ini dirujuk sebagai “MDTM”).

Setelah isu tersebut mula diterbitkan melalui saluran media online “DESAM”, syarikat tersebut
telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan lapisan masyarakat yang berbilang
kaum. Beberapa siri berita yang berkaitan masalah - masalah MDTM telah diterbitkan. Salah
satu berita sensasi adalah berkaitan dengan Dominasi seorang pegawai wanita yang berpangkat
tinggi di MDTM. (“selepas ini digelar pegawai wanita tersebut”)

Berikutan dengan penyiaran berita tersebut, suatu surat dan / atau notis tuntutan bertarikh
10.07.2017 telah dihantar oleh pegawai wanita tersebut melalui peguamnya.

Kandungan berita tersebut adalah fakta yang benar dan berkonsepkan kepentingan masyarakat.
Selaras itu, bukti yang nyata telah dikumpulkan bagi mengukuhkan segala kandungan yang
diterbitkan dalam berita tersebut. Bagaimanapun, Pengasas dan Ketua Pengarang Desam Media
Online , iaitu En. Gunalan a/l Manium telah menuduh dan mengugut bahawa saya yang menjadi
punca bagi masalah yang dihadapi oleh syarikat beliau tersebut walaupun berita-berita tersebut
diterbitkan di bawah panduan dan arahan En. Gunalan a/l Manium sendiri.

Setelah En. Gunalan a/l Manium menerima notis tuntutan tesebut, penampilan, pendekatan dan
pertuturan beliau terhadap saya telah berubah dan bersifat mengancam. Berikutan itu, pada 4
haribulan Ogos 2017, pada atau lebih kurang pada pukul 2.30 p.m., beliau telah
menghubungi saya melalui talian talipon dan terus menuduh dan mengugut saya bahawa saya
yang patut mengaku dan menanggung segala risiko yang telah dihadapi oleh syarikat beliau.
Beliau juga mengugut saya supaya menyerahkan segala keterangan-keterangan yang
diperolehi berikutan isu pegawai wanita tersebut dan memberikan tempoh masa sehingga
14 haribulan Ogos 2017 untuk saya berbuat demikian. Beliau juga turut mengancam saya
melalui tiga rakaman suara menerusi “watsup” bahawa sekiranya saya gagal berbuat
demikian, beliau akan memastikan saya akan menerima balasannya dan akan
meninggalkan satu kesan yang amat mendalam yang melibatkan kerjaya sebagai sebagai
seorang wartawan.

Saya berasa amat takut dengan ancaman beliau dan pada atau lebih kurang pukul 2.45 p.m.
saya telah menghubungi peguam En. Gunalan a/l Manium iaitu Cik Geetha a/p Ravindran Royan
dari Tetuan Law Chambers of Geetha R.Royan untuk menerangkan kepada beliau mengenai
ancaman dan ugutan yang dikeluarkan oleh En. Gunalan tersebut. Seterusnya, saya juga telah
menyampaikan secara lisan kepada peguam, iaitu Cik Geetha bahawa saya akan
memberikan kerjasama dan akan membalas kepada surat peguam tersebut dengan syarat
kepentingan dan keselamatan saya terjamin daripada En. Gunalan a/l Manium.

Seterusnya, saya datang ke balai polis pada keesokkan pagi, untuk membuat satu laporan polis
terhadap En.Gunalan a/l Manium untuk menjamin keselamatan saya dan sekiranya keselamatan
dan kepentingan saya terjejas, En. Gunalan sewajarnya bertanggung jawab terhadap saya.

Sekian , terima kasih.

Yang benar,

Nanthakumar

You might also like