Punca Pelajar Ponteng Sekolah Final

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

KPD3026

PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

TUGASAN:

KAJIAN TINDAKAN:
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN MURID PONTENG SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH:

NOR AINI BINTI JAMALUDIN

NO MATRIK:

D20152071920

PENSYARAH:

ENCIK ABU BAKAR BIN MAMAT


Isi Kandungan

BIL TAJUK HALAMAN

1.0 PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN ……………………………………..…........ 1
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN …………………………..…. 2
1.3 PENYATAAN MASALAH ………………………………….. 2
1.4 OBJEKTIF KAJIAN ………………………………………… 3
1.5 PERSOALAN KAJIAN ……………………………………… 3
1.6 DEFINISI OPERATIONAL| ………………………………… 3
1.7 RUMUSAN ……………………………………………………. 4

2.0 SOROTAN PENULISAN


2.1 PENGENALAN ………………...……………………..…........ 5
2.2 SOROTAN KAJIAN ……………………………………..…... 5
2.2.1 Faktor Keluarga …………………………………….... 6
2.2.2 Faktor Ekonomi ………………………………………. 6
2.2.3 Faktor Sekolah ……………………………………..…. 6
2.2.4 Faktor Pelajar ……………………………………..….. 7
2.2.5 Faktor Rakan Sebaya.…………………….…………... 8
2.3 MODEL KAJIAN
2.3.1 Teori Pembelajaran Sosial Bandura Dalam
Pendidikan ………………………………………….… 8
2.3.2 Teori Pembelajaran Sosial Bandura .……………….. 9
2.3.3 Teori Konteks Perkembangan .…………………….... 10
2.4 RUMUSAN .…………………….…………………………….. 10

3.0 REKA BENTUK KAJIAN


3.1 PENGENALAN .…………………….…………....................... 11
3.2 KUMPULAN SASARAN .…………………….…………...... 11
3.3 REKA BENTUK KAJIAN .…………………….………….... 11
3.4 RUMUSAN .…………………….…………............................... 12

4.0 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN


4.1 PENDAHULUAN .…………………….………….................... 13
4.2 DAPATAN KAJIAN .…………………….…………............... 13

5.0 RUMUSAN DAN CADANGAN


5.1 CADANGAN .…………………….…………............................ 15
5.2 RUMUSAN.…………………….…………................................ 16

BIBLIOGRAFI .…………………….…………................................... 17
BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Masalah ponteng merupakan masalah yang sering berlaku dalam kalangan pelajar
bermula dari peringkat sekolah rendah, menengah sehinggalah ke peringkat yang
lebih tinggi iaitu Institut Pengajian Tinggi (IPT). Masalah ponteng sekolah menjadi
semakin ketara sejak kebelakangan ini. Peningkatan gejala ponteng sekolah
merupakan satu masalah yang telah diperdebatkan sejak tahun 70-an lagi.

Jadual 1.1 memperlihatkan betapa seriusnya salah laku ponteng iaitu mengikut
laporan disiplin tahunan 1992, Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia, ponteng sekolah merupakan antara yang tertinggi peratusnya iaitu 86.5 %
daripada 62472 kes pada keseluruhannya.

Jadual 1.1 : Laporan Disiplin Pelajar Sekolah Bagi Tahun 1992


Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

Bil Jenis Salah Laku Pelajar Jumlah


01 Salah guna dadah 151
02 Mengedar dadah 05
03 Bercumbuan 237
04 Berkhalwat 230
05 Merokok 6204
06 Meyimpan rokok 1228
07 Datang lewat* 16799
08 Ponteng kelas* 17741
09 Ponteng sekolah* 19472
JUMLAH 62472

* Perbuatan yang ditakrifkan sebagai ponteng.

1|Page
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Perlanggaran salah laku ponteng sekolah adalah merupakan kes yang sentiasa berlaku
di semua sekolah dan ia menjadi masalah yang paling besar kepada semua pihak
terutamanya kepada Kementerian dan warga pendidik. Pelajar yang terlibat akan
ketinggalan dalam pelajaran dan juga pencapaiannya dalam akademik akan terjejas.
Ini membawa kesan buruk kepada negara iaitu menjejaskan kecemerlangan generasi
akan datang.

Menurut Mohamed Yunus Mohamed Noor (1994), pelajar yang ponteng


sekolah biasanya memberi contoh yang buruk di sekolah. Oleh sebab mereka rasa
benci terhadap sekolah atau tidak menghiraukan arahan guru, maka mereka bertindak
melanggar peraturan sekolah, selalu tidak membuat tugasan dan merosakkan harta
benda sekolah. Ini menimbulkan kerisauan kepada guru dan pihak pentadbiran.
Dengan sebab ini juga, disiplin sekolah akan merosot dan lebih ramai pelajar
mengikut contoh yang buruk itu. Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji punca utama
penyebab murid ponteng ke sekolah melalui pembacaan ilmiah.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia yang menunjukkan


ponteng sekolah merupakan kes disiplin dengan peratusan tertinggi berbanding
salahlaku yang lain (Laporan Disiplin Pelajar, 1994). Masalah ponteng tidak boleh
dipandang remeh kerana kemungkinan pelajar yang ponteng akan dipergunakan oleh
anasir-anasir negatif untuk melakukan sesuatu yang membahayakan masyarakat.

Masalah salah laku ponteng sekolah bukan satu perkara baru dalam sektor
pendidikan di Malaysia. Masalah ini tidak pernah reda dibincangkan dari masa ke
semasa, namun begitu ia tetap menjadi masalah dan menjadi semakin serius.
Terjadinya kes ponteng adalah disebabkan oleh banyak faktor. Oleh itu, Kajian ini
dijalankan untuk mendapatkan maklumat dan membincangkanfaktor masalah
perlanggaran salah laku ponteng di kalangan murid. Kajian ini di skopkan kepada
faktor yang menyebabkan salah laku ponteng.

2|Page
1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk:

a) Mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong murid terlibat dalam gejala


ponteng sekolah.

1.5 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan-persoalan di dalam kajian ini menyentuh aspek-aspek yang difikiran perlu ,


iaitu:

a) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan murid ponteng sekolah?

1.6 DEFINISI OPERATIONAL|

Ponteng sekolah adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua
kegagalan menghadiri kelas di sekolah dengan sengaja tanpa alasan yang munasabah..
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997), ponteng bermaksud lari dari
tanggungjawab dan meninggalkan tanggungjawab tanpa kebenaran.

Yaakub Yusof (1976), mentakrifkan bahawa ponteng ialah murid yang tidak
hadir ke sekolah atau belajar tanpa keizinan guru atau ibubapa. Ini termasuklah
murid-murid yang meninggalkan kelas tanpa izin guru, lari atau keluar dari kawasan
sekolah pada waktu yang sepatutnya mereka wajib mengikuti pelajaran mereka di
dalam bilik darjah masing-masing.

Berdasarkan kefahaman pengkaji, ponteng sekolah merupakan ketidakhadiran


murid yang berpunca daripada keinginan pelajar itu sendiri. Kebiasaannya, murid
yang ponteng sekolah bukanlah disebabkan oleh alasan yang boleh diterima seperti
sakit, kemalangan, masalah kecemasan dan sebagainya. Sebaliknya, murid yang
ponteng sekolah tidak mempunyai alasan yang munasabah bagi tindakan mereka itu.

3|Page
1.7 RUMUSAN

Secara kesimpulannya, gejala ponteng yang berlaku pada masa kini amat serius dan
masih tidak dapat dibendung hingga sekarang. Dari masa ke semasa, gejala salah laku
ponteng ini menjadi isu yang hangat diperkatakan. Keadaan ini akan menjejaskan
perkembangan pendidikan dan memungkinkan kadar keciciran pelajar dalam
pembelajaran akan meningkat.

4|Page
BAB 2

SOROTAN PENULISAN

2.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan perkara-perkara yang berhubung dengan masalah ponteng


sekolah. Pengkaji menumpukan kepada beberapa pendapat mengenai faktor-faktor
masalah ponteng dan dapatan lain yang diselidiki. Berdasarkan pembahagian kes
salah laku di sekolah mengikut kategori dan peratusan kes pada tahun 1999, salah
laku ponteng sekolah mengatasi jenis salah laku lain di kalangan murid iaitu sebanyak
38,053 bilangan kes dan 0.793% (Berita Harian,18 Ogos 2000).

Masalah ponteng sekolah tidak menunjukkan tanda-tanda akan berkurang dan


mengakibatkan pelajar-pelajar yang terlibat dengan gejala ini terdedah kepada salah
laku negatif lain yang lebih memudaratkan. Contoh salah laku ini ialah merokok,
mencuri, menghisap dadah, peras ugut dan lain-lain. Oleh itu, masalah ini perlu
diatasi dengan segera.

Oleh itu, faktor-faktor yang telah menjadi penyebab kepada masalah ponteng
sekolah telah dikaji. Bab ini bertumpu kepada pendapat beberapa penyelidik atau
pengkaji yang lalu mengenai beberapa perkara yang berhubung dengan beberapa
faktor terhadap masalah ponteng.

2.2 SOROTAN KAJIAN

Menurut Zhang, Katsiyannis, Barrett, dan Wilson (2007), punca-punca ponteng


adalah disebabkan beberapa faktor katogeri utama iaitu faktor keluarga, faktor
ekonomi, faktor sekolah, dan faktor pelajar. Selain itu, faktor rakan sebaya juga
menyumbang kepada gejala ponteng sekolah.

5|Page
2.2.1 Faktor Keluarga

Faktor keluarga yang boleh menyebabkan gejala ponteng sekolah tidak terhad kepada
pendidikan ibubapa, pengawasan ibu bapa dan pendapatan ibu bapa sahaja.
Walaubagaimanapun, berdasarkan kajian Henry (2007), beliau mengaitkan gejala
ponteng sekolah dengan faktor keluarga. Beliau menyatakan bahawa sekiranya tahap
pendidikan bapa rendah, kemungkinan murid tersebut ponteng sekolah meningkat.
Kemungkinan pelajar untuk ponteng sekolah menjadi lebih tinggi apabila ibunya tidak
menghabiskan sesi persekolahan. Selain itu, murid yang tidak diawasi selepas sesi
persekolan oleh ibu bapa juga akan meningkatkan kemungkinan murid ponteng
sekolah.

2.2.2 Faktor Ekonomi

Gejala ponteng turut dikaitkan dengan pendapatan isi rumah (Zhang et. Al., 2007).
Murid yang terlibat dengan masalah ponteng sekolah cenderung hidup dalam keluarga
yang miskin dengan pendapatan tahunan yang sedikit. Schafer dan Olexa (1963),
dalam kajiannya di sebuah sekolah tinggi di Amerika yang mempunyai pelajar dari
status sosio ekonomi yang berbeza, jelas menunjukkan bahawa kebanyakan masalah
ponteng yang wujud di sekolah tersebut adalah berpunca dari pelajar-pelajar dari
status sosio ekonomi yang rendah.

2.2.3 Faktor Sekolah

Faktor sekolah yang menyumbang kepada kegiatan melanggar salah laku disiplin
bermula dari pengajaran guru iaitu dari segi penjelasan yang kurang lengkap, mutu
suara yang kurang baik, ketiadaan ketekalan guru dan iklim kelas yang diwujudkan
guru kurang menggalakkan (Ee Ah Meng, 1991). Menurut beliau lagi, kaedah
pengajaran guru yang hanya menggunakan strategi yang sama dan berpusatkan guru
yang tidak melibatkan pelajar, mengakibatkan pelajar menjadi bosan dan kurang aktif.
Akhirnya pelajar memilih jalan untuk meminggirkan diri dari sistem pendidikan.

6|Page
Disiplin yang ketat dalam bentuk denda yang kejam dan sikap guru disiplin
yang terlalu tegas juga menyebabkan ketegangan emosi dalam kalangan murid
seterusnya mendorong mereka untuk ponteng sekolah (Mustaza Abu Amin, 1994).
Selain itu, tindakan guru yang menegur murid secara terbuka juga akan menyebabkan
mereka menjadi pasif, menarik diri serta tidak yakin menyertai aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran (Ee Ah Meng, 1992). Pelajar akan mudah tersinggung
apabila dikritik atau ditegur di hadapan pelajar-pelajar yang lain seterusnya
memencilkan diri daripada sekolah dan mengambil keputusan untung ponteng
sekolah.

2.2.4 Faktor Pelajar

Berdasarkan pendapat pengkaji, gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid juga
berpunca daripada diri murid itu sendiri. Hal ini kerana, murid-murid mempunyai
sikap negatif terhadap sekolah dan pelajaran. Mereka juga tidak mempunyai motivasi
untuk belajar kerana menganggap belajar itu tidak penting dan mereka lebih rela tidur
daripada bangun awal pagi untuk ke sekolah atau mengulangkaji pelajaran.

Selain itu, murid yang sedang meningkat remaja cenderung untuk mencuba
sesuatu yang baharu tanpa mengambil kira kesan baik atau buruk yang bakal
dihadapinya. Dikalangan murid yang ponteng ini juga masih tidak faham akan
objektif mereka pergi ke sekolah. Tujuan murid-murid ini ke sekolah bukanlah ingin
menuntut ilmu tetapi sekadar mahu bersuka-suka dan menganggap tidak hadir ke
sekolah tidak mendatangkan sebarang kerugian kepada mereka.

7|Page
2.2.5 Faktor Rakan Sebaya

Faktor rakan sebaya merupakan faktor yang mempengaruhi gejala ponteng sekolah di
kalangan murid. Murid-murid yang sedang meningkat remaja mudah dipengaruhi oleh
rakan sebaya dan cenderung mengikut perlakuan rakan mereka.

Oleh itu, murid-murid yang diajak untuk ponteng sekolah oleh rakan sebaya
lebih mudah terpengaruh dan terjebak dengan gejala ini. Pendapat ini telah disokong
oleh Manja Mohd Ludin (1990). Pengaruh rakan sebaya pada peringkat remaja amat
ketara kesannya kerana pada peringkat ini remaja cuba memilih rakan-rakan yang
sehaluan dengan hobi dan minat mereka. Pergaulan pelajar dengan rakan sebaya tanpa
kawalan amat berbahaya kerana boleh menyebabkan seseorang pelajar melakukan
perkara-perkara yang tidak diingini.

Selain itu, murid yang ponteng juga adalah mereka yang mempunyai pendirian
yang lemah. Lemahnya pendirian seseorang akan menyebabkan seseorang itu mudah
dipengaruhi oleh orang lain. Pada usia yang sebegini, murid berada dalam proses
ingin mencari identiti diri maka mereka cenderung mencuba sesuatu yang baru tanpa
berfikir panjang. Oleh itu, pemilihan rakan sebaya oleh murid perlulh dipantau supaya
tidak memilih rakan sebaya yang salah.

2.3 MODEL KAJIAN

2.3.1 Teori Pembelajaran Sosial Bandura Dalam Pendidikan

Albert Bandura memperkenalkan teori pembelajaran sosial (Social Learning


Theory), yang merupakan salah satu konsep dalam aliran behaviorisme yang
menekankan pada komponen kognitif dari segi pemikiran, pemahaman dan
penilaian.

8|Page
2.3.2 Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Bandura menyatakan prinsip belajar ialah usaha untuk belajar dalam keadaan
yang semulajadi. Selain itu, prinsip pembelajaran juga adalah belajar dari segi
pemerhatian dilakukan dengan mengamati dan meniru orang lain (John W.
Santrock, 2008).

Bandura mengembangkan model Determinism Resiprocal yang terdiri


daripada tiga faktor utama iaitu perilaku (behavior), individu (kognitif) dan
persekitaran (environment). Faktor-faktor ini dapat mempengaruhi sikap dan
tingkahlaku murid dalam pembelajaran. Rajah dibawah menunjukkan interaksi
antara faktor dalam model ini:

Rajah 1: Interaksi Faktor Teori Bandura

Dalam model pembelajaran Bandura, faktor individu (cognitive)


memainkan peranan penting dan memberi pengaruh besar terhadap perilaku.
Faktor kognitif merujuk kepada keyakinan diri (self-efficiancy), iaitu
keyakinan dapat menguasai situasi dan menghasilkan sesuatu yang positif.
Misalnya, dalam konteks masalah ponteng sekolah, murid yang berkeyakinan
rendah mungkin tidak mahu berusaha belajar dan mengambil keputusan untuk
ponteng sekolah. Berikut merupakan konsep utama dalam teori Bandura:

a) Pemodelan
b) Pembelajaran vicarious
c) Perilaku diatur sendiri (Self-Regulated Behavior)

9|Page
2.3.3 Teori Konteks Perkembangan

Teori ini diperkenalkan oleh Richard Lerner (1978). Menurut Richard Lerner,
kajian tentang perkembangan remaja harus dilihat dalam konteks biologi,
sosial dan sejarah yang lebih luas. Teori ini menitikberatkan permindahan
remaja dari pra-remaja hingalah ke zaman awal dewasa dalam konteks
persekitaran sosial, ekonomi, politik dan budaya yang lebih luas. Selain itu,
teori ini melihat tingkah laku dan perkembangan remaja dalam konteks
keluarga, sekolah dan rakan sebaya yang berkaitan di antara satu sama lain
dalam struktur sosial. Untuk memahami tingkahlaku remaja, kita haruslah
mengenalpasti dan memahami faktor-faktor risiko dan kawalan sekurang-
kurangnya lima jenis pembolehubah iaitu biologi atau genetik, persekitaran
sosial, persekitaran yang dipersepsikan, personaliti dan tingkahlaku (Jas Laile
Suzana Jaafar, 2002).

2.4 RUMUSAN

Berdasarkan kepada teori-teori dan penulisan yang telah dibuat berhubung dengan
salah laku ponteng di kalangan pelajar, ternyata terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhi murid dalam tindakan dan perlakuan mereka tersebut. Faktor tersebut
ialah faktor keluarga, faktor ekonomi, faktor sekolah, faktor pelajar, dan juga faktor
rakan sebaya juga menyumbang kepada gejala ponteng sekolah. Model teori yang
boleh digunakan untuk mengkaji behaviour ini pula ialah Teori Sosial Bandura.

10 | P a g e
BAB 3

REKA BENTUK KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid merupakan gejala yang perlu diatasi
dengan segera. Ianya merupakan salah satu masalah yang serius dan boleh
menyebabkan kepada berlakunya gelaja yang lain yang lebih serius. Oleh itu,
pengkaji menjalankan kajian mengenai faktor-faktor yang menyebabkan murid
ponteng sekolah sebagai usaha dalam mencari jalan penyelesaiannya. Bab ini akan
membincangkan keseluruhan metodologi yang akan digunakan dalam lajian ini.
Perbincangan dalam bab ini merangkumi kumpulan sasaran dan rekabentuk kajian.

3.2 KUMPULAN SASARAN

Pengkaji melakukan kajian terhadap murid khususnya murid sekolah menengah yang
lebih mudah terlibat dalam gejala ponteng sekolah ini.

3.3 REKA BENTUK KAJIAN

Rekabentuk kajian merupakan tatacara yang sistematik yang mengaitkan hubungan


antara pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam sesuatu kajian untuk
mengutip data bagi menjawab persoalan kajian yang dibina oleh pengkaji (Cohen &
Manion, 1989). Dalam kajian ini, pengkaji menjalankan kajian berdasarkan kaedah
pembacaan iaitu pembacaan ilmiah bagi mengumpul data. Bahan bacaan yang dirujuk
ialah melalui buku, thesis, jurnal, risalah, surat khabar dan lain-lain yang dirasakan
sesuai.

11 | P a g e
Bahan bacaan ilmiah akan didapatkan melalui perpustakaan dan juga capaian
internet. Pengkaji melakukan pembacaan dan mengeluarkan isi yang dirasakan
memenuhi objektif pengkaji iaitu mengenalpasti faktor-paktor yang menyebabkan
murid ponteng sekolah. Kaedah ini adalah paling sesuai kerana pengkaji tidak
melakukan sebarang tinjauan ataupun soal selidik dalam pengumpulan data.

3.4 RUMUSAN

Kajian ini dilakukan bagi mengesan faktor-faktor murid ponteng sekolah. Secara
umumnya, penyumbang kepada lahirnya perbuatan salah laku ponteng sekolah dalam
kalangan murid-murid adalah berpunca dari pelbagai faktor seperti faktor biologi dan
perangai, pengaruh keluarga, rakan sebaya dan persekitaran. Walaubagaimanapun,
penyumbang utama kepada masalah salahlaku ini ialah rakan sebaya. Hal ini kerana,
rakan sebaya merupakan individu yang dirasakan murid paling boleh dipercayai selain
mudah berkongsi pelbagai pendapat disebabkan tiada jurang usia.

12 | P a g e
BAB 4

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 PENDAHULUAN

Bab ini membincangkan secara terperinci tentang dapatan kajian. Data diperoleh
melalui satu sumber iaitu sumber pembacaan.

4.2 DAPATAN KAJIAN

4.2.1 Apakah faktor-Faktor yang Menyebabkan Murid Ponteng Sekolah?

a) Faktor Pelajar

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Johari Hassan, & Nik Selma Muhammad, 2011.
Faktor pelajar yang menyumbang kepada gejala ponteng sekolah menunjukkan nilai
yang sederhana dengan min sebanyak 3.32 (min item-item yang berada pada tahap
sederhana; 2.34 hingga 3.67). Murid menyatakan mereka lebih suka melakukan aktiviti
lain daripada belajar, merasa seronok berada di kafe siber dan merasa bosan dengan mata
pelajaran tertentu. kesimpulannya tahap pengaruh sikap pelajar adalah sederhana (Johari
Hassan dan Nik Selma Muhammad, 2011).

b) Faktor Keluarga

Min item-item yang berada pada tahap tinggi (3.68 hingga 5.00). Berdasarkan kaijian
Mohamed Sharif Mustaffa & Hazni Abdul Ghani, 2004, faktor keluarga yang
menyebabkan murid ponteng sekolah berada pada tahap sederhana dengan nilai min bagi
faktor keluarga ialah 3.65 iaitu berada pada tahap sederhana (2.34 hingga 3.67). Kajian
menunjukkan bahawa seramai 214 orang responden (80.4%) tidak bersetuju dengan
kenyataan bahawa ibubapa mereka membenarkan mereka ponteng manakala hanya 36
orang responden (13.5%) bersetuju dengan kenyataan ini. Selain iu, murid bersetuju
bahawa ibu bapa mereka sangat mementingkan pendidikan dan hanya sebilangan kecil
murid yang tidak setuju dengan kenyataan tersebut.

13 | P a g e
c) Faktor Sekolah

Berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan oleh Johari Hassan, & Nik Selma
Muhammad, 2011. Nilai min sebanyak 3.32 bagi faktor sekolah adalah sederhana.
Pernyataan “Pihak sekolah menyediakan kemudahan yang secukupnya untuk kegunaan
pelajar” mencatatkan min tertinggi dengan nilai 3.64. Selain itu, murid juga menyatakan
bahawa mereka seronok dengan suasana di dalam kelas.

d) Faktor Rakan Sebaya

Menurut kajian Johari Hassan, & Nik Selma Muhammad, 2011. Faktor ponteng dari
aspek rakan sebaya mempunyai pangaruh yang paling tinggi dengan min sebanyak 3.70.
hal ini kerana, kebanyakan murid lebih mempercayai rakan sebaya mereka berbanding
golongan lain termasuklah ibu bapa mereka sendiri. Mereka merasakan rakan sebaya
mereka sudi untuk berkongsi masalah dengan mereka berbanding ibu bapa yang tidak
memahami mereka. Apabila murid memilih rakan sebaya yang bermasalah, mereka akan
turut terjebak dengan perbuatan salah yang dilakukan oleh rakan mereka itu.

14 | P a g e
BAB 5

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 CADANGAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan


murid ponteng sekolah. Pihak pengkaji telah mengambil inisiatif untuk
mencadangkan cara-cara menangani masalah ini. Pengkaji berharap supaya kajian
yang dilakukan ini dapat memberi impak kepada sekolah supaya kes ponteng sekolah
dapat dikurangkan sehingga mencapai tahap minimum.

Melalui kajian ini, pihak bertanggungjawab dapat mengetahui kelemahan


mereka, kelemahan sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah. Untuk mengurangkan
masalah disiplin ponteng sekolah ini, setiap pihak memainkan peranan yang penting
khususnya guru dan ibubbapa. Pengkaji percaya bahawa pihak sekolah dan ibubapa
mampu membawa perubahan dalam menangani masalah ini. Berdasarkan hasil kajian
ini, pengkaji ingin mencadangkan beberapa perkara untuk menangani masalah ini,
misalnya:

a) Guru perlu mempelbagaikan program menangani masalah ponteng sekolah di


mana hukuman bukan jalan penyelesaian
b) Profesionalisme perguruan perlu dihargai oleh semua pendidik dan
menjalankan amanat mendidik dengan cemerlang
c) Pihak pentadbir sekolah perlu lebih peka terhadap masalah yang dihadapi
oleh guru dan pelajar.
d) Menceriakan bilik darjah.
e) Guru menggunakan strategi pengajaran yang kreatif yang dapat menarik minat
murid untuk datang ke sekolah.
f) Membantu murid yang mempunyai masalah ekonomi.
g) Menimbulkan kesedaran dalam kalangan ibubapa supaya tidak membiarkan
anak mereka ponteng sekolah .
h) Memastikan murid tidak memilih rakan sebaya yang salah.

15 | P a g e
5.2 RUMUSAN

Pada pendapat pengkaji, gejala ponteng sekolah adalah berpunca daripada kurangnya
kesedaran murid itu sendiri terhadap kepentingan pelajaran. Murid mungkin tidak
diberi peluang untuk didedahkan dengan kepentingan pendidikan dalam kehidupan
mereka oleh guru dan ibubapa. Sesetengah murid pula mempunyai rutin yang sama
sahaja iaitu belajar, membuat latihan, membaca tanpa mengetahui kepentingannya.

Selain itu, murid juga diberikan latihan yang terlalu banyak khususnya murid
yang bakal menduduki peperiksaan bagi memastikan mereka mendapat keputusan
yang cemerlang. Keiinginan pihak tertentu ini menyebabkan murid berasa tertekan
kerana kurangnya waktu untuk berehat. Keadaan ini menyebabkan mereka mencari
alternatif lain untuk berehat dan berseronok. Maka, ponteng sekolah adalah jalan
mudah bagi mereka untuk menangani masalah ini. Oleh itu, murid mestilah
mempunyai kesedaran tentang kepentingan pelajaran. Tanpa kesedaran ini, mereka
akan mudah terjebak dengan gejala yang tidak sihat khususnya ponteng.

Daripada dapatan kajian, pengaruh rakan sebaya menunjukkan pengaruh yang


paling besar dalam punca murid ponteng sekolah. Oleh itu, murid perlulah
mempunyai kesedaran supaya tidak tersalah pilih rakan. Ibubapa, masayarakat dan
guru perlulah memberikan kata-kata nasihat dan memantau aktiviti murid supaya
mereka tidak berkawan dengan individu yang salah yang boleh merosakkan mereka.

Terdapat banyak cara untuk membantu murid dalam pendidikan khususnya


melalui iklim dan budaya sekolah. Suasana dan persekitaran yang harmoni dapat
membangkitkan semangat dan melahirkan murid yang mempunyai semangat cintakan
sekolah. Oleh itu, salah laku disiplin ponteng sekolah dapat dikurangkan. Sekolah
juga perlulah mewujudkan persekitaran yang sesuai dan indah bagi membolehkan
murid mempunyai rasa cinta terhadap sekolah. Selain itu, dalam usaha membentuk
disiplin murid, guru perlulah menggunakan alternatif lain selain kekerasan kerana
boleh menyebabkan emosi pelajar tidak stabil.

Sebagai kesimpulan, penanaman nilai-nilai murni perlu dipupuk seawal usia


kanak-kanak lagi. Setiap pihak seperti ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat
mempunyai peranan masing-masing supaya menjadi teladan yang baik kepada anak-
anak mereka. Hal ini kerana, kanak-kanak akan mengikuti persekiraran mereka,
sekiranya nilai baik yang ditunjukkan dihadapan mereka, maka ‘jelmaan’ akhlak yang
baiklah yang akan ditunjukkan oleh mereka.

16 | P a g e
BIBLIOGRAFI

Bandura, A. Principles of Behavior Modifiction. New York: Ronald Press, 1959. Translation:
Polish.

Berita Harian (2001). Statistik Kesalahan Juvana.

Berita Harian (2000). Kes Pelanggaran Disiplin.

Cohen, L. and Manion, L. (1989) Reseacrh Method in Education. 3rd edn. London:
Routledge

Dewan Budaya (1999). Laporan Perangkaan Polis, Kes Salah Laku Dan Jenayah Pelajar
Dan Remaja.

Ee Ah Meng .(1991). Psikologi Perkembangan Aplikasi Dalam Bilik Darjah.


Polygraphic Marketing Sdn.Bhd.Selangor Darul Ehsan.

Henry, K. L. (2007, January). Who's Skipping School: Characteristics of Truants in 8th and
10th Grade. The Journal of School Health, 77, 29-35.

Husein Mahmood dan Kamaruddin Abd.Rahman.(2001). Beberapa Pandangan Dan


Dapatan Berkaitan Dengan Disiplin Di Sekolah. Jurnal Kementerian Pelajaran
Malaysia Jilid xxvii Keluaran 65 Sept,Sept 1984.

Jas Laile Suzana Jaafar. (2002). Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Johari Hassan, & Nik Selma Muhammad. (2011). Faktor-Faktor Yang Menyebabkan
Masalah Ponteng Sekolah Di Sekolah Menengah Daerah Kulaijaya, Johor. Journal of
Educational Psychology & Counseling, 1(1), 1–9. Retrieved from
http://eprints.utm.my/10708/

Kamus Dewan. Edisi Ketiga. 1997. Ponteng. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1993). Laporan Salah laku Disiplin Pelajar Malaysia.
Unit Disiplin Bahagian Sekolah.

17 | P a g e
Kementerian Pendidikan Malaysia (1994). Panduan Bagi Mengatasi Ponteng Di Sekolah:
Unit Disiplin Bahagian Sekolah.

Lerner, Richard M. (1978). Promoting positive youth development: Theoretical and empirical
bases. Unpublished.

Mahadzir Mohd. Khir (2000). Jumlah Ponteng Sekolah Sepanjang Tahun 2000. Setiausaha
Parlimen Kementerian Pendidikan.

Manja Mohd Ludin (1990). Psikologi Sosiologi Dan Falsafah Dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mustaffa., Mohamed Sharif Ghani., & Hazni Abdul. (2004). Persepsi Pelajar Mengenai
Punca-Punca Masalah Ponteng. Satu Kajian Kes Di Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Universiti 2, Johor Bahru. Latihan Ilmiah. Tidak Diterbitkan

Mustaza Abu Amin. (1994). Fenomena di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di


Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Bandar Jasin. Satu Kajian Kes. Tesis
B.ed. Fakulti Pendidikan. UTM. Latihan Ilmniah yang tidak diterbitkan.

Mohamed Yunus Mohamed Noor (1994). Pelajar Yang Ponteng Sekolah Biasanya
Memberi Contoh Yang Buruk Di Sekolah.

Zambry Abdul Kadir (1998). Kesalahan Juvana Yang Dilakukan Oleh Pelajar Dan
Remaja. Pengarah Eksekutif Institut Pembangunan Minda (Inmind).

Yaakub Yusuf (1977). Sikap Ibu Bapa Pelajar Ponteng Dengan Sikap Ibu Bapa Pelajar
Tidak Ponteng. Satu Perbandingan. Latihan Ilmiah Yang Tidak Diterbitkan.

Zhang, D., Katsiyannis, A., & Barrett, D., Wilson, V. (2007, August). Truancy Offenders
in the Juvenile Justice System. Remedial and Special Education, 28, 244-256.

18 | P a g e

You might also like