Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1.

0 Pengenalan

Kit pembelajaran merupakan salah satu bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Kit pembelajaran yang dihasilkan dengan menerapkan
elemen muzik, seni pergerakan dan seni visual di dalam kit pembelajaran. Hal ini
disebabkan setiap murid mempunyai kecerdasan tertentu atau lebih dikenali dengan
kecerdasan pelbagai yang dipelopori oleh Howard Gardner.

2.0 Refleksi

Kit pembelajaran yang dihasilkan berdasarkan Standard Pembelajaran 5.2.2 Memahami dan
menggunakan kata ganda berentak dalam pelbagai situasi dengan betul iaitu memahami
dan menggunakan kata ganda berentak bagi murid tahun lima. Oleh hal yang demikian, kit
pembelajaran yang dinamakan “Laluan Kata Ganda Berentak” telah dihasilkan.

2.1 Kekuatan
Kekuatan yang terdapat di dalam kit dihasilkan ialah dapat menarik minat pelajar.
Hal ini kerana, kit pembelajaran yang dihasilkan mempunyai warna dan gambar
yang pelbagai yang mungkin dapat menarik minat pelajar. Selain itu, Laluan Kata
Ganda Berentak juga lengkap mempunyai perkataan kata ganda berentak,
gambar melibatkan kata ganda berentak dan soalan berkaitan kata ganda
berentak supaya murid tahun lima dapat memahami dan menggunakan kata
ganda berentak mengikut situasi yang sesuai. Di samping itu, kit ini juga
menggunakan kos yang murah. Hal ini membolehkan guru-guru untuk
memperbanyakkan kit seperti ini untuk pengajaran di dalam kelas. Kit Laluan
Kata Ganda Berentak ini juga betujuan untuk melatih murid dalam mengenalpasti
gambar, perkataan dan soalan yang bersesuaian dengan kata ganda berentak
yang dipadankan. Akhir sekali, kit ini boleh dibawa ke mana-mana kerana
mempunyai saiz yang sederhana tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

2.2 Kelemahan
Kelemahan yang terdapat di dalam kit Laluan Kata Ganda Berentak ialah
penggunan yang terhad. Hal ini kerana penggunaan gambar yang sama akan
menyebabkan pelajar mudah bosan apabila melakukan berulang kali.
Seterusnya, kelemahan yang kedua ialah terlalu besar untuk pelajar tahun lima
untuk membawa kemana-mana untuk melakukan aktiviti di luar blik darjah. Akhir
sekali, kit ini juga tidak tahan dan tidak kalis air. Kelemahan ini akan
menyebabkan kit tersebut mudah rosak da tidak boleh digunakan.

1
2.3 Penambahbaikkan
Penambahbaikkan yang boleh dibuat ialah, saya perlu memperbanyakkan dan
membuat pelbagai vairasi gambar supaya murid tidak bosan dan sentiasa
mencabar minda mereka. Contohnya dengan membuat 4 atau 5 set kad
bergambar mungkin dapat menggunakan secara bergilir-gilir supaya murid
berasa tidak mudah bosan. Selain itu dengan menggunakan bahan yang telah di
laminate atau menggunakan bahan kalis air seperti papan plastik yang ringan
supaya mudah dibawa kemana-mana. Di samping itu, degan mengecilkkan kit
sebesar saiz A4, murid akan dapat membawanya ke mana sahaja untuk
membuat aktiviti di luar bilik darjah. Dengan menambahbaik kit pembelajaran ini,
murid akan lebih mudah untuk menggunakan kit tersebut secara berkesan.

3.0 Refleksi Persembahan Kit

Tema kit pembelajaran yang saya pilih ialah tema kata ganda. Saya telah membuat senarai-
senarai penting berkaitan barang-barang yang diperlukan untuk menghasilkan kit
pembelajaran saya. Saya telah memperuntukkan satu hari pada hujung minggu untuk
membeli barangan dan keperluan berkaitan kit pembelajaran yang ingin dihasilkan walaupun
saya menghadapi kekangan masa kerana perlu menyiapkan tugasan lain. Saya juga ada
membina jadual pengurusan masa supaya segala kerja dapat diselesaikan dengan tenang.
Apabila selesai membeli barang yang diperlukan untuk penghasilan kit pembelajaran, tanpa
membuang masa saya terus membina kit pembelajaran saya sedikit demi sedikit. Saya
mulakan dengan proses mencetak gambar daripada komputer berkaitan kata ganda
berentak. Selepas itu, saya melakukan proses menggunting dan seterusnya menampal
gambar, perkataan dan soalan tersebut di atas kepingan ‘mounting board’. Saya
menghasilkan 20 petak laluan kata ganda berantak diatas ‘mounting board’. Corak
permainan bagi kit pembelajaran saya hampir sama dengan permainan “Jutaria”. Akan
tetapi, yang lebih menariknya, saya telah membuat inovasi yang baru dan kreatif terhadap
kit pembelajaran yang saya hasilkan bagi tujuan menarik minat murid supaya lebih seronok
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Setelah selesai menyiapkan kit pembelajaran secara individu, saya meneruskan lagi
dengan tugasan berikutnya iaitu tugasan berkumpulan di mana saya dan dua orang kawan
saya secara bertiga dikehendaki membuat persembahkan menggunakan kit yang dihasilkan.
Kami perlu memilih kit pembelajaran yang terbaik diantara kami dan membuat
persembahan. Persembahan yang ditunjukkan mestilah mempunyai hubung kait dengan kit
pembelajaran yang dibina. Setiap seorang dalam ahli kumpulan dikehendaki
mempersembahkan aktiviti yang dirancang mengikut masa yang diperuntukkan. Sebagai

2
permulaan, saya menggunakan kaedah soal jawab. Saya meminta murid-murid untuk
menyatakan kata ganda yang mereka ketahui. Setelah itu, saya akan memberi serba sedikit
penerang berkenaan kata ganda berentak dan meminta mereka untuk bermain permainan
“Laluan Kata Ganda Berentak”. Dalam Laluan Kata Ganda Berentak ini penerapan elemen
seni pergerakan, muzik dan visual diterapkan di mana murid akan melakukan pergerakan
seperti haiwan dan menyanyi jika mendapat kad misteri serta murid dapat melihat gambar
untuk membentuk kata ganda berentak sebagai elemen seni visual. Sekiranya murid yang
mendapat kad ‘Misteri’ tidak membuat apa yang terkandung dalam kad misteri pelajar
tersebut dikira salah. Selain itu, kit ini memudahkan mereka mengingat dengan lebih mudah
perkataan dan penggunaan kata ganda berentak. Akhir sekali, apabila sudah selesai
permainan, latihan pengukuhan akan diberikan. Saya akan membekalkan soalan berkaitan
kata ganda berentak dan murid akan menjawab. Hal ini bertujuan untuk menilai tahap
pemahaman murid. Sememangnya aktiviti ini sangat mencabar kemahiran kognitif murid-
murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti ini secara jelas telah menunjukkan ketiga-tiga elemen SDP yang telah
dikaitkan dalam proses pengajaran di dalam kelas. Bukan itu sahaja, aktiviti ini
membolehkan murid bergerak, berfikir dan meningkatkan interaksi sosial sesama rakan-
rakan. Dengan penerapan elemen-elemen seni dalam kit pembelajaran yang dihasilkan,
suasana pembelajaran yang sangat menarik dan seronok dapat diwujudkan. Bukan itu
sahaja, murid juga semakin fokus dan minat untuk belajar dan melakukan aktiviti. Semasa
perlaksanaan aktiviti bagi subjek SDP ini, saya telah merancang agar pengintegrasian ini
terjalin dengan lancar dan dapat membantu murid-murid saya agar lebih memahami isi
pelajaran selain berasa seronok sepanjang kelas dijalankan. SDP yang dirancang dalam
pengajaran kali ini diharapkan dapat membantu saya sebagai guru dalam mengaktifkan
proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran kepada murid-murid saya. Saya
merancang rancangan ini supaya saya dapat mencapai objektif dan matlamat pada akhir
pelajaran ini. Sewaktu melaksanakan aktiviti, SDP yang diintegrasikan telah membantu saya
untuk mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran saya. Hasil yang
dapat saya lihat dalam pelaksanaan kit pembelajaran kepada murid-murid ialah murid
sangat memberi fokus dan peka kepada arahan guru. Keadaan ini secara tidak langsung
telah berjaya mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam
kelas. Aktiviti seperti ini juga sememangnya telah merangsang tahap keseronokan murid-
murid untuk lebih minat dengan subjek yang diajar. Meskipun terdapat beberapa kelemahan
pada kit saya seperti bahan yang digunakan tidak mampu untuk bertahan lama dan alatan
dan bahan tidak mencukupi, namun pelaksanaan kit ini tetap berjaya seperti biasa. Bahkan
murid terlalu terhibur dengan penghasilan kit yang telah saya bina. Oleh sebab terdapat

3
beberapa kekurangan yang saya kenal pasti, saya bertekad untuk menghasilkan sesuatu
yang lebih sempurna dan menarik serta menepati semua kriteria yang dikehendaki
sekiranya untuk tugasan yang akan datang.

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kit yang dipersembahkan mempunyai kaitan dalam pengajaran dan


pembelajaran pelajar kepada satu peringkat ke peringkat yang semakin kompleks. Oleh hal
yang demikian, penggunaan Kit Laluan kata Ganda Beerentak amatlah saling berkaitan
dengan cara untuk memahami dan menggunakan kata ganda berentak.

You might also like